DOA -doa Ku... Ya Allah....

... اشهد ان لا إله إلا الله وأشهد ان محمد رسول الله .....YA ALLAH...AMPUNKAN AKU ....Bimbinglah Aku di jalan -MU.. TETAPKAN AKU DALAM KASIH SAYANGMU, ......AMPUNKAN SEGALA KESALAHAN dan DOSA-DOSAKU..DOSA DAN KESALAHAN KEDUA IBU BAPAKU..DAN SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT....KUMPULKAN AKU BERSAMA PARA NABI DAN RASUL...YA ALLAH ...KEKALKAN AKU DAN KETURUNANKU DALAM ISLAM DAN BERIMAN KEPADAMU....YA ALLAH.YA ALLAH, HIDUPKAN AKU DALAM KEADAAN MERENDAH DIRI, MATIKAN AKU DALAM KEADAAN MERENDAH DIRI DAN BANGKITKAN AKU (PADA HARI QIAMAT) DI DALAM GOLONGAN ORANG-ORANG YANG MERENDAH DIRI.. استغفر الله العظيم ASTAGFIRULLAHALAZZIM....سبحان الله...SUBHANALLAH ...الحمد لله..ALHAMDULILLAH...الله أكبر..ALLAHUAKHBAR.....ALLAHUMA SOLLIALA SAYIDINA MUHAMMAD....WAALA ALIMUHAMMAD..........

Khamis, 31 Mac 2011

MENCUCI hATI dENGAN bACAAN sELAWAT


Petua: Dr FaDZIlaH kAMsAH

Sebelum tidur, amalkan selalu membaca selawat nabi paling kurang dalam kiraan 100 kali.
Menurut Dr Fadzilah Kamsah, cara ini dapat memurahkan rezeki, menenangkan fikiran yang runsing serta membuat orang sayang pada kita.

Orang yang hatinya bersih, pasti disenangi orang lain walau di mana jua dia berada.
Kesan jangka masa panjang, bacaan selawat dengan kerap membuat fikiran kita bebas dari unsur-unsur fikiran negatif, membuat kita sentiasa bersangka baik pada situasi-situasi dalam hidup kita.

Sikap suka bersangka baik dapat dibina dengan mengamalkan bacaan selawat. Rutin ini dapat mencetus sikap berfikiran positif, iaitu sikap yan paling perlu dalam usaha kita membina kecemerlangan.

Wallahua'lam

Isnin, 28 Mac 2011

TIGA GOLONGAN AHLI SYURGA

RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud:
“Ahli syurga itu ada tiga golongan iaitu orang yang memerintah yang bersifat adil dan dikurniakan taufik, orang yang berperasaan kasih sayang serta berhati lembut kepada setiap kaum kerabat dan sesama Islam, orang yang tidak suka meminta-minta dan berusaha mengelak daripada meminta-minta sedangkan ia mempunyai keluarga yang ramai” . (Riwayat Muslim).

Ringkasannya: TIGA golongan AHLI SYURGA

1.PEMERINTAH yang berlaku ADIL dalam pemerintahannya
2.ORANG yang mempunyai SIFAT KASIH SAYANG serta BERLEMAH LEMBUT khususnya kepada ahli keluarga umumnya serta sesama orang Islam.
3.Seseorang yang TABAH dan CEKAL menghadapi kesusahan hidup tanpa mengharapkan pertolongan orang lain.

Ahad, 27 Mac 2011

Insan Mulia, Pandanglah Hamba


Dahulu di sebuah kota di Madura, ada seorang nenek tua penjual bunga cempaka.Dia menjual bunganya di pasar, dengan berjalan kaki.Cukup jauh pasar tersebut. Setelah habis jualannya, dia pergi ke masjid Agung di kota itu.

Dia berwudhu,lalu masuk ke masjid, dan melakukan solat Zuhur. Setelah membaca wirid sekedarnya, dia keluar dari masjid.

Sambil berjalan membungkuk-bungkuk di halaman masjid, dia mengumpulkan dedaunan yang bertaburan di halaman masjid. Sehelai demi sehelai dikais dan dikumpulkannya. Tidak sehelai pun yang tertinggal. Tentu saja masa yang agak lama diperlukan untuk membersihkan halaman masjid dengan cara itu.
Panas matahari Madura di pada waktu siang hari sungguh menyengat. Keringatnya membasahi seluruh tubuhnya.

Banyak pengunjung masjid merasa hiba melihat kepadanya. Pada suatu hari Takmir masjid memutuskan untuk membersihkan dedaunan itu sebelum perempuan tua itu datang.

Seperti biasa, pada hari itu, dia datang dan terus masuk masjid. Selesai solat, ketika dia ingin melakukan pekerjaan rutinnya. Dia terkejut. Tidak ada sehelai pun daun terserak di situ. Dia kembali lagi ke masjid dan menangis dengan tersedu-sedu.

Dia menananyakan mengapa daun-daun itu sudah dibersihkan sebelum kedatangannya.
Orang-orang di masjid menjelaskan bahawa mereka kasihan kepadanya.
"Jika kalian kasihan kepadaku," kata nenek itu, "Berikan kesempatan kepadaku untuk membersihkannya."

Dipendekkan cerita, nenek itu dibiarkan mengumpulkan dedaunan itu seperti biasa.

Seorang kiai terhormat diminta untuk menanyakan kepada perempuan itu mengapa dia begitu bersemangat membersihkan dedaunan itu.

Perempuan tua itu sanggup menjelaskan sebabnya dengan dua syarat: pertama, hanya Kiai yang mendengarkan rahsianya; kedua, rahasia itu tidak boleh disebarkan ketika ia masih hidup.

Sekarang ia sudah meninggal dunia, dan anda dapat mendengarkan rahsia itu.

"Saya ini perempuan bodoh, pak Kiai," tuturnya. "Saya tahu amal-amal saya yang kecil itu mungkin juga tidak benar saya jalankan. Saya tidak mungkin selamat pada hari akhirat tanpa syafaat Rasulullah Nabi Muhammad. Setiap kali saya mengambil selembar daun, saya ucapkan satu salawat kepada Rasulullah. Kelak jika saya mati, saya ingin Rasulullah Nabi menjemput saya. Biarlah semua daun itu bersaksi bahawa saya membacakan selawat kepadanya."

Kisah ini saya dengar dari Kiai Madura, D. Zawawi Imran. Perempuan tua dari kampung itu bukan saja mengungkapkan cinta Rasul dalam bentuknya yang tulus. Ia juga menunjukkan kerendahan hati,kehinaan diri, dan keterbatasan amal dihadapan Allah swt.

Lebih dari itu, dia juga memiliki kesadaran spiritual yang luhur: dia tidak dapat mengandaikan amalnya. Dia sangat bergantung pada rahmat Allah. Dan siapa lagi yang menjadi rahmat semua alam selain Rasulullah saw?

Di kutip dari buku :
"Rindu Rosul - Meraih cinta ilahi melalui syafaat Nabi Saw"
hal 31-33
Penulis: Jalaluddin Rakhmat,
penerbit: Rosda Bandung, .
September 2001.

KEUTAMAAN BERJABAT TANGAN KETIKA BERTEMU


Dari al-Bara’ bin ‘Azib radhiyallahu ‘anhu, dia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَا مِنْ مُسْلِمَيْنِ يَلْتَقِيَانِ فَيَتَصَافَحَانِ إِلاَّ غُفِرَ لَهُمَا قَبْلَ أَنْ يَفْتَرِقَا
“Tidaklah dua orang muslim saling bertemu kemudian berjabat tangan, kecuali akan diampuni (dosa-dosa) mereka berdua sebelum mereka berpisah.“[1]

Hadits yang mulia ini menunjukkan keutamaan berjabat tangan ketika bertemu, dan ini merupakan perkara yang dianjurkan berdasarkan kesepakatan para ulama[2],bahkan ini merupakan sunnah yang muakkad (sangat ditekankan)[3].

Faedah-Faedah Penting yang Terkandung Dalam Hadits:

1. Erti mushaafahah (berjabat tangan) dalam hadits ini adalah berjabat tangan dengan satu tangan, iaitu tangan kanan, dari kedua belah pihak[4]. Cara berjabat tangan seperti ini diterangkan dalam banyak hadits yang shahih, dan inilah erti “berjabat tangan” secara bahasa[5]. Adapun berjabat tangan dengan dua tangan adalah cara yang menyelisihi sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam[6].

2. Berjabat tangan juga disunnahkan ketika berpisah, berdasarkan sebuah hadits yang diriwayatkan oleh syaikh al-Albani[7]. Maka pendapat yang mengatakan bahwa berjabat tangan ketika berpisah tidak disyariatkan adalah pendapat yang tidak memiliki dalil. Meskipun jelas saranannya tidak sekuat saranan berjabat tangan ketika bertemu[8].

3. Berjabat tangan adalah ibadah yang disyari’atkan ketika bertemu dan berpisah, maka melakukannya di selain kedua waktu tersebut, misalnya setelah solat lima waktu, adalah menyelisihi ajaran Nabi, bahkan sebahagian ulama menghukuminya sebagai perbuatan bid’ah[9]. Di antara para ulama yang melarang perbuatan tersebut adalah al-’Izz bin ‘Abdussalam, Ibnu Hajar al-Haitami asy-Syafi’i, Quthbuddin bin ‘Ala-uddin al-Makki al-Hanafi, al-Laknawi dan lain-lain[10].

4. Adapun berjabat tangan setelah solat bagi dua orang yang baru bertemu pada waktu itu (setelah solat lima waktu, pen), maka ini dianjurkan, kerana niat keduanya adalah berjabat tangan kerana bertemu dan bukan kerana solat[11].

5. Mencium tangan seorang guru/ustadz ketika bertemu dengannya adalah diperbolehkan, berdasarkan beberapa hadits Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan perbuatan beberapa orang sahabat radhiyallahu ‘anhum. Akan tetapi kebolehan tersebut harus memenuhi beberapa syarat, iaitu:

(a) Tidak menjadikan hal itu sebagai kebiasaan, kerana para sahabat radhiyallahu ‘anhum sendiri tidak sering melakukannya kepada Rasuluillah shallallahu ‘alaihi wa sallam, terlebih lagi jika hal itu dilakukan untuk tujuan mencari berkah dengan mencium tangan guru.
(b) Perbuatan itu tidak menjadikan guru menjadi sombong dan merasa dirinya besar di hadapan orang lain.
(c) Jangan sampai hal itu menjadikan kita meninggalkan sunnah yang lebih utama dan lebih disarankan ketika bertemu, iaitu berjabat tangan, sebagaimana keterangan di atas[12].

wallahualam

Penulis: Ustadz Abdullah bin Taslim al-Buthoni, M.A.
Artikel www.muslim.or.id
________________________________________
[1] HR Abu Dawud (no. 5212), at-Tirmidzi (no. 2727), Ibnu Majah (no. 3703) dan Ahmad (4/289), dinyatakan shahih oleh syaikh al-Albani dengan berbagai jalur dan pendukungnya dalam kitab Silasilatul Ahaaditsish Shahiihah (no. 525).
[2] Lihat Syarh Shahih Muslim (17/101) dan Fathul Baari (11/55).
[3] Lihat kitab Faidhul Qadiir (5/499).
[4] Lihat kitab Tuhfatul ahwadzi (7/429) dan ‘Aunul Ma’bud (14/80).
[5] Lihat kitab Lisanul ‘Arab (2/512).
[6] Lihat kitab Silasilatul Ahaaditsish Shahiihah (1/51-52).
[7] Dalam Silasilatul Ahaaditsish Shahiihah (1/48).
[8] Ibid (1/52-53).
[9] Seperti al-Fadhil ar-Ruumi, al-Laknawi dan syaikh al-Albani.
[10] Lihat nukilan ucapan mereka dalam kitab al-Qaulul Mubin fi Akhtha-il Mushallin (hal. 294-296).
[11] Lihat Silasilatul Ahaaditsish Shahiihah (1/53).
[12] Lihat Silasilatul Ahaaditsish Shahiihah (1/302).

Laksana Bidadari dalam Hati Suami (Penuh Cinta Kasih)


Allah Ta’ala berfirman,
فَجَعَلْنَاهُنَّ أَبْكَارًا (36) عُرُبًا أَتْرَابًا (37)
“Dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan. Penuh cinta lagi sebaya umurnya.”
(Qs. Al-Waqi’ah: 36-37)

Ibnul A’rabi berkata, “Al-’Urubu min An-Nisaa’i” ( العرب من النساء) maksudnya wanita yang patuh kepada suaminya dan memperlihatkan cintanya kepadanya.”

Tentang penafsiran ‘urub (عرب ) para ahli tafsir menyebutkan bahwa wanita-wanita tersebut sangat mencintai suaminya, sayang dan manja kepada suami, membuat suami cinta kepadanya, membuat nafsu syahwat suaminya bergelora kepadanya dan membuat suami berdandan kerananya.

Bukhari dalam Shahihnya berkata, ” ‘Uruban (عربا ) adalah wanita yang amat cinta pada suaminya.”

Seorang wanita solihah cerminan dari peribadi yang penuh kasih dan cinta pada suaminya. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk mencintai lelaki lain…sebagaimana yang disabdakan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam,
“Isteri-isteri kamu akan menjadi penghuni surga yang sangat mencintai, yang jika dia disakiti dan menyakiti maka dia segera datang kepada suaminya, dia letakkan tangannya di atas telapak tangan suaminya, sambil berkata, “Saya tidak dapat tidur sampai engkau meredhaku.”
(HR. Thabrani)

Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pun menganjurkan kepada laki-laki yang akan menikah untuk mencari wanita yang penyayang dan berbelas kasih.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Nikahilah wanita yang penyayang dan berpotensi beranak banyak, kerana aku akan merasa bangga dengan jumlah umatku yang banyak berbanding umat-umat yang lain di hari kiamat”
(HR. Abu Dawud dan An-Nasa’i)

Di antara bentuk cinta dan kasih kepada suami adalah bertutur kata dengan manis, lembut dan mesra, karena manisnya tutur kata wanita dapat memikat dan mempesonakan hati lelaki. Apakah engkau (wahai para isteri) tidak ingin kata-katamu laksana titisan air yang mendinginkan di tengah gurun pasir nan tandus lagi gersang bagi suamimu?

Wahai para isteri…sesungguhnya lelaki mendambakankan ketenangan dan ketenteraman di dalam jiwanya. Dia memerlukan tempat yang dapat membuatnya tenang…ke manakah lagi kiranya dia akan mencari ketenangan hati jika tidak pada dirimu?

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, dia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

Setiap anggota tubuh manusia wajib disedekahi, setiap hari di mana matahari terbit lalu engkau berlaku adil terhadap dua orang (yang bertikai) adalah sedekah, engkau menolong seseorang yang berkenderaan
lalu engkau bantu dia untuk naik kenderaanya atau mengangkatkan barangnya adalah sedekah, ucapan yang baik adalah sedekah, setiap langkah ketika engkau berjalan menuju shalat adalah sedekah dan menghilangkan gangguan dari jalan adalah sedekah.”
(HR. Bukhari dan Muslim)

Renungkan…perkataan yang baik adalah sedekah, siapakah yang lebih layak untuk mendapatkan kebaikan kata-katamu yang memikat jika bukan suami yang mendampingi hidupmu?

Mari kita lihat di antara sifat bidadari yang paling baik adalah gaya bahasa yang memikat ketika dia mendekati suaminya, dia menyayangi sebagaimana ibu yang menyayangi anaknya, dia menggoda suaminya dengan parasnya yang cantik jelita.

Bersuara Merdu

Dari Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma, bahwasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

” Sesungguhnya isteri-isteri penghuni surga bernyanyi untuk suami-suami mereka dengan suara yang paling bagus yang tidak pernah didengar oleh seorangpun. Di antara lagu yang mereka nyanyikan ialah ‘Kami adalah bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik, isteri-isteri kaum yang mulia.’ Mereka memandang dengan kegembiraan. Di antara nyanyian mereka lagi ialah ‘Kami kekal tidak akan pernah mati, kami setia tidak akan pernah berkhianat, dan kami bermukim tidak kan pernah berpergian.” (Shahih Al Jami’ Ash-Shaghir)

Sebagaimana manusia tertarik dengan suara yang indah, Allah dengan kekuasaanNya menjadikan suara yang indah dan menggembirakan sebagai salah satu kesenangan surga yang tidak akan sirna dan tak ada habis-habisnya.

Ketika kita melihat pada realiti yang ada, setiap manusia dianugerahi nada suara yang berbeza-beza antara satu dengan yang lainnya, ada yang dilahirkan dengan suaranya yang syahdu, ada pula yang kurang syahdu. Akan tetapi, pelajaran yang dapat kita ambil ialah, hendaklah kita berusaha memperelok nada pertuturan kita di depan suami kita.

Wahai para isteri…mulai dari sekarang, kerana belum terlambat untuk menjadi laksana bidadari dalam hidup suami. Dengan melihat keperibadian para bidadari, seharusnya hal tersebut menjadi cermin akhlak bagi setiap wanita dunia. Bidadari adalah makhluk yang tercipta mirip dengan bangsamu, duhai wanita…

Maka dari itu, berusahalah agar engkau boleh meneladani kecantikan akhlaknya, berlumbalah, dan bersegeralah dalam ketaatan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

“Wahai orang yang memanggil dan mencari bidadari, agar dapat bercumbu dengannya di taman-taman surgawi
Andaikan kau tahu siapa yang kau seru, tentu kau tak kan diam saja membisu
Andaikan kau tahu di mana dia berada, kau kan berusaha sekuat tenaga
Segeralah dan tapaki jalan menuju ke sana, kerana jalan yang kau tempuh tak lama lagi kan tiba
Bercintalah dan berbicaralah dalam kalbu, persiapkan maskawin selagi kau mampu untuk itu
Jadikan puasamu sebagai bekal untuk pertemuan, malam pertama adalah malam yang fitri setelah Ramadhan
Harapkan keindahan dan kecantikannya yang memikat, hampirilah sang kekasih dan jangan kau terlambat!”
Wahai lelaki dunia…
Cintailah isteri solihah yang tiada sempurna
Dengan cinta yang nyaris sempurna*
Menikahinya akan menghantarkanmu bersanding dengan bidadari di surgaNya yang sempurna
*) kerana kesempurnaan cinta yang hakiki hanya layak ditujukan bagi Rabbul A’la.

Artikel muslimah.or.id
Penulis: Fatihdaya Khairani
Murajaah: Ust. Ammi Nur Baits
Maraji’:
1. Tamasya ke Surga, Ibnu Qayyim Al Jauziyyah, Darul Falah, Jakarta.
2. Panduan Lengkap Nikah (Dari “A” sampai “Z”), Abu Hafsh Usamah bin Kamal bin Abdirrazzak, Pustaka Ibnu Katsir, Cetakan ke-4, Bogor, 2006.
3. Bersanding Dengan Bidadari di Surga, Dr.Muhamamd bin Ibrahim An-Naim, Daar An Naba’, Cetakan Pertama, Surakarta, 2007.
4. Mengintip Indahnya Surga, Syaikh Mahir Ahmad Ash-Shufi, Aqwam, Cetakan Pertama, Solo, 2008.
5. Taman Orang-Orang Jatuh Cinta dan Memendam Rindu, Ibnu Qayyim Al Jauziyyah, Darul falah, Cetakan ke-11, Jakarta, 2003.
6. Majelis Bulan Ramadhan, Syaikh Muhammad bin Shalih Al-’Utsaimin, Pustaka Imam Syafi’i, Cetakan ke-2, Jakarta, 2007.
7. Bidadari Surga Agar Engkau Lebih Mulia Darinya, ‘Itisham Ahmad Sharraf, IBS, Cetakan ke-3, Bandung 2008.

Pejuang Islam.

"Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); Maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antara mereka ada yang menunggu giliran, dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.”

(Surah al-Ahzab : 23)

Sabtu, 26 Mac 2011

MALAM DITURUNKAN AL-QURAN


Kilauan cahaya yang ada di bumi tidak dapat menandingi keindahan cahaya yang diturunkan Allah pada malam al-qadr.

SHEIKH al-Maraghi berkata: Surah al-Qadr termasuk surah Makkiyyah yang terdiri daripada lima ayat dan ia diturunkan selepas surah Abasa. Walaupun begitu, al-Dahhak berpendapat ia termasuk surah Madaniyyah, begitu juga apa yang dinyatakan oleh al-Waqidi bahawa surah al-Qadr ini adalah surah yang pertama diturunkan di kota Madinah.

Hubungan surah ini dengan surah al-'Alaq yang terdahulu: surah al-'Alaq, Tuhan memerintahkan nabi SAW membaca al-Quran dengan menyebut nama Tuhan yang mencipta kemudian menyebut nama Zat yang mengajar manusia sesuatu yang tidak diketahui.

Dalam surah ini, Allah SWT menerangkan penurunan al-Quran dan kepentingannya.

Surah ini juga menerangkan bahawa al-Quran diturunkan pada suatu malam yang bersifat agung dan sempurna.

Tafsiran ayat

Firman Allah SWT: Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.

Ibn Jauzi mengemukakan lima pendapat berkenaan dengan nama malam qadr itu:

i. Dengan maksud agung. Inilah pendapat al-Zuhri.

ii. Dengan makna sempit kerana dunia pada malam tersebut menjadi sempit dengan ramainya malaikat yang turun. Inilah pendapat al-Khalil bin Ahmad.

iii. Dengan makna hukum atau keputusan kerana pada malam tersebut semua urusan ditentukan oleh Allah SWT. Inilah pendapat Ibn Qutaibah.

iv. Kerana siapa yang tidak mempunyai kemuliaan akan mendapat kemuliaan dengan melakukan ibadat pada malam tersebut. Inilah pendapat Abu Bakar al-Warraq.

v. Kerana diturunkan pada malam tersebut kitab yang mempunyai kemuliaan di samping rahmat dan malaikat juga turun pada malam tersebut. Inilah pendapat guru kami Ali bin Ubaidillah.

Sayid Qutub berkata: Ayat-ayat al-Quran yang menyebut peristiwa malam ini berkilauan memancarkan cahaya, ia melimpahkan cahaya yang tenang, indah dan mesra iaitu cahaya Allah yang gemilang di dalam al-Quran-Nya.

Al-Maraghi berkata: Malam itu adalah saat kemunculan sinar petunjuk dan hari permulaan bagi agama baru yang diturunkan kepada seseorang yang terbaik di kalangan manusia.

Malam ini dikira sebagai batu asas agama Islam yang menjadi penutup kepada seluruh agama para nabi. Penurunannya adalah sesuai dengan tuntutan zaman dan tempat. Malam ini lebih baik daripada seribu bulan.

Selama ini, mereka hidup dalam kegelapan syirik, menyembah berhala dan tidak mengikut jalan kehidupan dan acuan yang sebenar.

Angka seribu mengikut kebiasaan bangsa Arab dikira sebagai suatu jumlah yang besar. Oleh itu, sebutan seribu di sini bukanlah seribu yang sebenarnya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Tiap-tiap seorang daripada mereka suka kiranya ia boleh hidup seribu tahun.

Pemilihan tempat dan waktu yang tertentu untuk diberikan keutamaan mempunyai hikmah tersendiri.

Kemuliaan apa lagi yang lebih agung daripada suatu malam yang menjadi permulaan turunnya cahaya dan petunjuk kepada manusia setelah berlalunya abad kaum Quraisy berada dalam kesesatan menyembah berhala.

Sepatutnya umat Islam menjadikan malam kemuliaan ini sebagai malam perayaan! Malam inilah permulaan turunnya perundangan samawi (langit), yang membimbing umat Islam ke arah yang baik.

Petikan:Mingguan Malaysia
Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

BUMI DALAM BAHAYA


V.M. Rabolu dalam karyanya menyatakan, Hercolubus atau Planet Merah berukuran lima atau enam kali ganda planet Jupiter sekarang sedang mendekati bumi.

Beliau menggambarkan suatu bencana yang akan dialami umat manusia termasuk gempa bumi dan tsunami. Planet ini merupakan raksaksa sangat besar dan tidak dapat mengalihkannya.

Menurutnya, ada celah yang sangat besar di dasar laut, yang mana berhubungan dengan api di bumi. Oleh kerana celah pasang surut ombak laut, gempa bumi dan berbagai hal lain yang mengerikan akan terjadi di air dan di atas daratan.

Tidak ada bandar pesisir yang tidak akan dihanyutkan dan daratan mulai karam ke dalam samudera kerana poros bumi mulai bergeser hasil semua eksperimen yang dilaksanakan.

Beliau menyatakan lagi: "Kalau Hercolubus datang semakin dekat dengan bumi dan sejajar dengan matahari, wabak-wabak yang membawa maut akan mulai berkembang dan menyebar di seluruh planet. Para doktor dan ilmuwan tidak mampu mengelak penyakit ini atau menemui penyembuhnya. Mereka tidak berdaya menghadapi wabak-wabak ini, menurut beliau.

Juga pendapat lain ada mengatakan, dunia sedang beralih ke akhir zaman. Walau bagaimanapun bermacam-macam kajian dan pendapat, apa pun yang terjadi, hal itu kita serahkan kepada kekuasaan Allah SWT yang menguruskan tadbir alam ini. Allah lebih berkuasa dan mengetahui atas segala sesuatu .

Tetapi kejadian-kejadian bencana itu, kita kaitkan dengan dalil-dalil dan keterangan yang dirakamkan oleh al-Quran. Bahawa "sesuatu kepastian itu, tidak akan terjadi bencana tanpa adanya dosa manusia".

Ertinya, jika kita tertimpa bencana, cara mudah untuk mengetahuinya disebabkan oleh dosa-dosa kita.

Sementara, dosa tersebut boleh berupa dosa peribadi ataupun dosa kolektif (semua). Ketika bencana datang, ia tidak hanya menimpa orang yang berbuat dosa (zalim), namun menimpa semua orang atau negeri terlibat. Jadi ketika bencana datang, dipastikan di situ ada dosa yang dilakukan manusia.

Daripada mana kesimpulan ini diperoleh, jawapannya adalah dari al-Quran. Firman Allah bermaksud: Dan musibah apa sahaja yang menimpa kamu, maka disebabkan oleh perbuatan tangan kamu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan kamu). (Asy-Syura: 30).

Al-Quran mengungkapkan istilah bencana dengan bermacam kata dan disebut secara berulang kali, iaitu musibah, bala atau fitnah.

Petikan Mingguan Malaysia

DI SEBALIK BENCANA

Petikan Mingguan Malaysia 24..3.2011
Oleh IBRAHIM ABDULLAH

Manusia perlu mengambil iktibar daripada setiap bencana yang berlaku di muka bumi ini. - Gambar hiasan

DUNIA kini berubah dengan begitu cepat sekali. Perubahan itu kadang-kadang mengejutkan kita dengan berbagai kejadian dan peristiwa yang menyangkut manusia sesama manusia dan manusia dengan alam semesta.

Umat manusia di era mutakhir ini dikejutkan dengan peristiwa dahsyat seperti bencana tsunami di Aceh, kemudian di New Zealand dan kini gempa bumi dan tsunami di Jepun yang mengorbankan banyak nyawa, harta benda dan alam sekitarnya.

Selain gempa bumi dan tsunami, bentuk-bentuk bencana alam memang banyak terjadi seperti tanah jerlus, banjir, gunung meletus, kebakaran hutan dan lain sebagainya. Bencana ini datang silih berganti dari satu daerah, wilayah, negeri dan ke negeri lainnya.

Seolah-olah daerah atau negeri yang satu menunggu giliran yang lain pula. Apakah rangkaian bencana ini hanya merupakan fenomena alam semata? Tidakkah kita boleh mengambil pengajaran di sebalik kejadian bencana tersebut?

Sebagai Muslim yang yakin adanya 'kekuatan' yang mengatur dan mentadbir semua kejadian di alam semesta ini, hendaknya dapat mengambil banyak iktibar. Lebih-lebih lagi jika dikaitkan kejadian-kejadian itu dengan ayat-ayat al-Quran.

Fokusnya adalah apa sahaja yang menjadi 'pencetus datangnya bencana' dan bagaimana untuk menghindari bencana berkenaan.

Jumaat, 25 Mac 2011

20 AMALAN MURAH REZEKI

1. MENYEMPATKAN DIRI DALAM BERIIBADAH
2. MEMBERBANYAK ISTIGHFAR
3. TINGGALKAN PERBUATAN DOSA DAN MAKSIAT
4. SENTIASA INGAT ALLAH
5. BERBAKTI DAN MENDOAKAN IBU BAPA
6. BERBUAT BAIK DAN MENOLONG ORANG YANG LEMAH
7. TUNAIKAN HAJAT ORANG LAIN
8. BANYAK BERSELAWAT
9. BUAT KEBAJIKAN BANYAK-BANYAK
10. BERPAGI-PAGI
11. MENJALINKAN SILATURRAHIM
12. MELAZIMI KEKAL BEWUDUK
13. BERSEDEKAH
14. MELAZIMI SOLAT MALAM (TAHAJJUD)
15. MELAZIMI SOLAT DHUHA
16. BERSYUKUR KEPADA ALLAH
17. MENGAMALKAN ZIKIR DAN AYAT QURAN TERTENTU
18. BERDOA
19. BERIKHTIAR SEHABIS BOLEH
20. BERTAWAKAL KEPADA ALLAH

Khamis, 24 Mac 2011

FITNAH TERHADAP PEREMPUAN

SOAL JAWAB AGAMA NO. 1


Maksud Fitnah terhadap Perempuan

SOALAN: Ustaz, saya kurang faham dengan maksud boleh menimbulkan fitnah bagi perempuan yang keluar rumah dengan berhias, memakai perhiasan, ataupun memakai wangian. Apakah yang dimaksudkan fitnah di sini? Jazakallah.

JAWAPAN:
Di antara fitnah hawa syahwat yang bukan sedikit peranannya dalam melemahkan keimanan seorang mukmin adalah fitnah wanita, sebagaimana firman Allah swt :

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاء

Ertinya : “Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita.”
(QS. Ali Imran : 14)

Ertinya : “Sesungguhnya tipu daya kamu (wanita) adalah besar."
(QS. Yusuf : 28)

Diriwayatkan dari Usamah bin Zaid dari Rasulullah saw bersabda,”Tidaklah suatu fitnah sepeninggalanku yang lebih berbahaya bagi kaum lelaki daripada (fitnah) para wanita.”
(Muttafaq Alaih)

Al Hafizh Ibnu Hajar mengatakan,”Di dalam hadits ini disebutkan bahwa fitnah para wanita lebih berat dari fitnah-fitnah selainnya. Hal itu ditunjukkan pula oleh firman Allah swt :

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاء

Ertinya : “Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan...”
(QS. Ali Imran : 14)

Disebutkan di dalam ayat itu bahawa mencintai wanita merupakan sebahagian dari kecintaan kepada syahwat, (ayat itu) diawali dengan para wanita sebelum jenis-jenis yang lainnya sebagai petunjuk bahawa para wanita adalah pokok dari fitnah itu semua. Sebagai bukti pula adalah kecintaan seorang lelaki kepada anak isterinya melebihi kecintaannya kepada anak selain dari isterinya…
(Fathul Bari juz XIV hal 337)

Di dalam riwayat Muslim dari Abu Said al Khudriy dari Rasulullah saw bersabda,”Sesungguhnya dunia itu manis lagi hijau. Sesungguhnya Allah menjadikan kalian sebagai khalifah di atasnya lalu Dia akan melihat bagaimana engkau beramal. Jagalah (diri) kalian terhadap dunia dan jagalah (diri) kalian terhadap wanita. Sesungguhnya fitnah yang pertama kali menimpa Bani Israil adalah wanita.

DR. Abdul Muhaimin Abdussalam Thahhan, Ustaz di Perguruan Tinggi I’dad al A’immah wa ad Du’ah mengatakan bahwa, fitnah wanita pada masa sekarang ini jauh lebih berat daripada pada masa-masa lalu disebabkan perkara-perkara berikut :

1. Banyaknya tabarruj (wanita-wanita yang berdandan), beragamnya fesyen moden yang digunakan oleh kaum wanita pada zaman ini untuk menambah daya tarik yang dahulu hal ini belumlah ada. Banyaknya butik yang mempromosi berbagai perhiasan, minyak wangi, pakaian-pakaian wanita yang semakin menambah fitnah wanita terhadap kaum lelaki.

2. Tersebarluasnya ikhtilath (percampuran dalam pergaulan)
antara lelaki dan wanita, pemuda pemudi di pelbagai sektor dan tempat. ( sekolah, pusat pendidikan tinggi, jabatan , kenderaan awam, kelab-kelab, pesta-pesta, kolam renang, tempat-tempat hiburan dan sebagainya). Pada masa sekarang ini ikhtilath antara lelaki dan wanita jauh lebih luas dan banyak berbanding masa-masa sebelumnya.

3. Perbuatan zina atau pergaulan seksual yang dilakukan secara terbuka (terang-terangan) tanpa ada lagi rasa malu .

4. Terbangkitkannya ghairah seksual disebabkan dorongan yang luar biasa dari berbagai media melalui program-program hiburan dan lainnya.
(Min Mu’awwiqhoot ad Da’wah hal 70 -71)

Untuk itu hendaklah setiap wanita muslimah menjaga dirinya di dalam pergaulan, seperti : menghindari daripada berdua-duaan dengan yang bukan mahramnya, tidak melunak manjakan suara ketika berbicara dengan lawan jenisnya atau tidak berlenggak lenggok ketika berjalan.

Setiap wanita muslimah sewajarnya mengelakkan diri daripada berpakaian yang dapat mengundang fitnah kaum lelaki seperti : menampakkan auratnya,terlalu jarang, ketat, bercorak atau warna yang mengundang perhatian orang yang melihatnya, memakai wangi-wangian atau lainnya.

Sudah seharusnya seorang wanita muslimah memakai pakaian khusus sebagai wanita muslimah dengan jilbab dan pakaiannya yang menutup aurat serta menghindari berbagai perhiasan kecuali jika ditujukan untuk suaminya.

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا

Ertinya : “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani..” (QS. Al Ahzab : 59)

وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى

Artinya : “dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu.” (QS. Al Ahzab : 33)
Wallahu A’lam

Sedutan http://www.eramuslim.com

BERKIRIM SALAM..MENJAWAB SALAM..!

CARA BERKIRIM SALAM DAN MENYAMPAIKAN SALAM ..

En.Osman:"Ali tolong sampaikan salam saya..assalamualaikum kepada Ismail".

Apabila Ali berjumpa Ismail dia akan berkata:

Ali: "Ismail,En. Osman berkirim salam ...assalamualaikum pada awak".

Jawapan Ismail: " alaika waalaikumussalam ......".

Isnin, 21 Mac 2011

Ubah Paradigma Anda Part 1

NIKMATNYA MEMPERBANYAK SUJUD


Bersujud di hadapan Allah SWT termasuk ibadah yang paling mulia, sekaligus sebagai saranan paling baik untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Kerana, kata Rasulullah SAW, "Saat di mana seorang hamba paling dekat kepada Tuhannya, Allah Azza Wajalla, adalah ketika dia bersujud.
(HR. Muslim dari Abu Hurairah ra)

Namun, tahukah kita bahwa dengan banyak bersujud maka muatan-muatan elektrik yang ada dalam tubuh kita akan keluar kerana diserap oleh bumi (tanah)?

Abdurrahman Al-Asymawi, seorang ulama terkemuka berbangsa Mesir dalam bukunya yang berjudul Basysyiru Wa La Tunffiru mengatakan, setiap hari tubuh menyerap cahaya dan tenaga elektrik magnetis yang tidak sedikit jumlahnya melalui peringkat-peringkat letrik yang kita gunakan.

Sehingga dengan demikian, tubuh kita ini menjadi alat untuk menyerap cahaya elektrik magnetis dalam jumlah banyak. Ertinya, tubuh mengangkut sejumlah tenaga elektrik tanpa kita sedari.

Ketika kita mengalami influenza, badan terasa sengal-sengal, berat, sesak, malas dan lemah. Hal ini menandakan bahwa tubuh sedang merasakan sesuatu dari muatan magnetis tersebut. Jadi bagaimana jalan keluarnya?

Melalui kajian ilmiahnya, seorang peneliti bukan Islam Barat mengemukakan bahawa pendekatan paling berkesan untuk "mensucikan" tubuh dari kandungan elektrik positif (yang berbahaya bagi tubuh) adalah dengan mencecahkan ( merapatkan ) bahagian ubun ke bumi (tanah) lebih dari sekali. Ini kerana, tanah itu sifatnya negatif maka ia akan menarik muatan elektrik yang positif, yang terdapat dalam tubuh.

Hal yang sama juga terjadi pada aliran (kabel) elektrik dari bangunan-bangunan yang dialirkan ke dalam tanah. Tujuannya adalah untuk menarik muatan elektrik yang ada pada petir ke arah tanah.

Lebih jauh dia menjelaskan kaedah paling tepat adalah dengan merapatkan bahagian ubun-ubun ke tanah secara langsung sambil memfokuskan arah pandangan ke arah pusat bumi. Dalam keadaan seperti itu, muatan elektrik yang ada dalam tubuh akan terserap oleh bumi secara lebih kuat dan dalam kuantiti yang banyak.
Dan yang lebih mengagumkan adalah seperti yang kita ketahui bersama bahawa secara ilmiah pusat bumi adalah Makkah Al-Mukarramah. Lebih tepatnya lagi adalah Kaabah, sebagaimana yang terdapat dalam kajian-kajian geografis dan disepakati oleh mereka yang ahli di bidangnya.

Jika demikian, sujud kepada Allah SWT yang kita lakukan setiap kali melaksanakan solat adalah merupakan saranan yang paling tepat untuk membuang muatan-muatan elektrik berbahaya tersebut, sekaligus menjadi saranan yang paling utama untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT,Tuhan Maha Pencipta.

"....maka, perbanyaklah oleh kamu bersujud," perintah Rasulullah
(HR. Muslim dari Abu Hurairah).

Manfaat lain dari banyak bersujud adalah keampunan dan darjat yang tinggi di sisi Allah SWT.
Rasulullah saw bersabda, “Hendaklah kamu memperbanyak sujud. Sesungguhnya jika kamu sujud satu kali saja kerana Allah, maka Allah akan mengangkatmu satu darjat dan menghapuskan satu kesalahanmu.'"
(HR. Muslim dari Tsauban Abu Abdullah)

Maka, dengan memperbanyak sujud, dua beban tubuh yang berbahaya, iaitu muatan elektrik dan dosa, akan berkurang sehingga tubuh pun terasa ringan.

Dalam Shahih-nya, Muslim meriwayatakan bahwa Abu Firâs Rabi'ah bin Ka'ab Al-Aslamiy–khadim (pelayan) Rasulullah SAW dan termasuk ahlusshuffah-berkata, Suatu kali saya bermalam bersama Rasulullah SAW. Saya menyediakan air untuk baginda berwudhu dan untuk keperluan yang lain.

Melihat hal tersebut, Rasulullah saw bersabda, "Mintalah!"
Saya menjawab, "Saya mohon agar dapat menemanimu di dalam syurga."
Maka baginda bertanya,
'Apakah ada permohonan lainnya?"
Saya menjawab, "Hanya itu, wahai Rasulullah."
Baginda lalu bersabda, "Bantulah aku untuk mewujudkan permintaanmu itu dengan banyak bersujud."

Demikianlah Allah SWT mempersembahkan balasan yang terbaik bagi hamba-hamba-Nya yang banyak bersujud di hadapan-Nya.

http://hajiarshad.blogspot.com oleh:nina mazrina

ubah paradigma anda part 2

GARA-GARA TIDAK IKHLAS


Wahai diri. Carilah ikhlas dalam gerak lakumu, dalam tutur bicaramu, dalam amal perbuatanmu. Kukuhkanlah niat suci hanya kerana Dia, Allah Yang Esa.
Berjuanglah melawan hawa nafsumu. Gapailah keikhlasan...

Ibnul Qayyim rahimahullah menyatakan: "Ia adalah hati yang selamat daripada segala syahwat atau keinginan nafsu yang menyelisihi perintah dan larangan Allah serta bebas daripada segala syubhah yang menyelisihi berita yang dikhabarkan-Nya."
(Ighatsat al-Lahfan, hal. 15)

Ibnul Qayyim juga menyifatkan pemilik hati yang selamat itu dengan ucapannya;
Ia akan sentiasa berusaha mendahulukan keredhaanNya dalam keadaan apapun serta berupaya untuk selalu menjauhi kemurkaanNya dengan berbagai-bagai cara".
Kemudian, beliau juga mengatakan;
"Amal yang ikhlas kerana Allah, apabila dia mencintai maka cintanya kerana Allah. Apabila dia membenci maka bencinya juga kerana Allah. Apabila memberi maka pemberiannya itu kerana Allah dan apabila tidak memberi juga kerana Allah..."
(Ighatsat al-Lahfan, hal. 15)

Syaikh as-Sa'di rahimahullah berkata;
" Hati yang selamat itu adalah hati yang selamat daripada syirik dan keraguan serta terbebas daripada kecintaan kepada keburukan atau dosa dan jika tidak, perilaku akan terus-menerus berkubang dalam kebidaahan dan dosa. Apabila hati itu bersih daripada apa-apa yang disebutkan tadi, maka kesannya adalah ia akan menjadi hati yang diwarnai dengan lawan-lawannya iaitu; keikhlasan, ilmu, keyakinan, cinta kepada kebaikan serta kelihatan keindahan kebaikan itu di dalam hatinya sehingga keinginan dan rasa cintanya akan sentiasa mengikuti kecintaan Allah, dan hawa nafsunya akan tunduk dan patuh mengikuti apa yang datang daripada Allah."
(Taisir al-Karim ar-Rahman [2/812])


Ayat-Ayat Allah SWT yang Memerintahkan Keikhlasan

Allah SWT berfirman yang bermaksud;
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu al-Kitab dengan benar, maka sembahlah Allah dengan mengikhlaskan agama untukNya. Ketahuilah, sesungguhnya agama yang murni itu merupakan hak Allah."
(QS. az-Zumar: 2-3)

Firman Allah SWT yang bermaksud;
"Padahal, mereka tidaklah disuruh melainkan supaya beribadah kepada Allah dengan mengikhlaskan agama untuk-Nya dalam menjalankan ajaran yang lurus, mendirikan sholat dan menunaikan zakat. Demikian itulah agama yang lurus."
(QS. al-Bayyinah: 5)

Allah SWT berfirman, yang bermaksud:
"Berdoalah kepada Allah dengan mengikhlaskan agama dan amal untukNya, meskipun orang-orang kafir tidak menyukai."
(QS. Ghafir: 14)

Firman Allah SWT yang bermaksud;
"Dialah Yang Maha Hidup, tiada sembahan yang benar selain Dia, maka sembahlah Dia dengan mengikhlaskan agama bagiNya."
(QS. Ghafir: 65)

Hadis-Hadis yang Memerintahkan Keikhlasan Hati

Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amalan kecuali yang ikhlas dan dilakukan demi mengharap wajahNya."
(HR. Nasa'i, dari Abu Umamah al-Bahili radhiyallahu'anhu, sanadnya hasan, dihasankan oleh al-Iraqi dalam Takhrij al-Ihya')

Rasulullah SAW bersabda, "Orang yang paling berbahagia dengan syafaatku kelak pada hari kiamat adalah orang yang mengucapkan la ilaha illallah dengan ikhlas dari dalam hati atau dirinya."
(HR. Bukhari dari Abu Hurairah radhiyallahu'anhu).


GARA-GARA TIDAK IKHLAS

Sulaiman bin Yasar berkata: "Suatu masa, ketika orang-orang mulai bersurai meninggalkan majlis Abu Hurairah, maka Natil, salah seorang penduduk Syam, berkata kepadanya, "Wahai Syaikh, tuturkanlah kepada kami suatu hadis yang pernah anda dengar dari Rasulullah SAW."
Abu Hurairah menjawab; "Baiklah, aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda": "Sesungguhnya orang-orang yang pertama kali diadili pada hari kiamat adalah:

1 - Seorang lelaki yang telah berjuang demi mencari mati syahid. Lalu dia dihadirkan dan ditunjukkan kepadanya nikmat-nikmat yang sekiranya akan diperolehnya, sehingga dia pun dapat mengenalinya.

Allah SWT bertanya kepadanya: "Apa yang telah kamu lakukan untuk mendapatkan itu semua?". Dia menjawab, "Aku berperang di jalanMu sampai aku menemui mati syahid."

Allah SWT berfirman;
"Kamu dusta, sebenarnya kamu berperang agar disebut-sebut sebagai pemberani, dan sebutan itu telah kamu peroleh di dunia."
Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk menyeretnya dalam keadaan meniarap di atas wajahnya sehingga akhirnya dia dilemparkan ke dalam api neraka.

2 - Seorang lelaki yang menimba ilmu dan mengajarkannya serta pandai membaca dan menghafal al-Quran. Lalu dia dihadirkan dan ditunjukkan kepadanya nikmat-nikmat yang sekiranya akan diperolehnya, sehingga dia pun dapat mengenalinya.
Allah SWT bertanya kepadanya; "Apa yang telah kamu lakukan untuk mendapatkan itu semua?". Dia menjawab, "Aku menimba ilmu dan mengajarkannya serta aku membaca dan menghafal al-Qur'an di jalanMu."

Allah berfirman;
"Kamu dusta. Sebenarnya kamu menimba ilmu agar disebut-sebut sebagai orang alim, dan kamu membaca al-Quran agar disebut sebagai qari'. Dan sebutan itu telah kamu dapatkan di dunia."
Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk menyeretnya dalam keadaan tertelungkup di atas wajahnya hingga akhirnya dia dilemparkan ke dalam api neraka.

3- Seorang lelaki yang diberi kelapangan oleh Allah serta mendapatkan kurnia berupa segala macam bentuk harta. Lalu dia dihadirkan dan ditunjukkan kepadanya nikmat-nikmat yang sekiranya akan diperolehnya, sehingga dia pun dapat mengenalinya.

Allah bertanya kepadanya; "Apa yang telah kamu lakukan untuk mendapatkan itu semua?". Dia menjawab, "Tidak ada satupun kesempatan yang Engkau cintai agar hamba-Mu berinfak padanya melainkan aku telah berinfak padanya untuk mencari redhaMu."
Allah berfirman;
"Kamu dusta. Sesungguhnya kamu berinfak hanya demi mendapatkan sebutan sebagai orang yang dermawan. Dan sebutan itu telah kamu dapatkan di dunia."

Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk menyeretnya dalam keadaan tertelungkup di atas wajahnya hingga akhirnya dia dilemparkan ke dalam api neraka."
(HR. Muslim [1903], Syarh Muslim [6/529-530])

Hadis ini banyak memberikan faedah bagi kita dalam mengenal erti sebenar keikhlasan, antaranya:

[1] Dosa riak- iaitu beramal kerana dilihat orang dan demi mendapatkan sanjungan-adalah dosa yang sangat diharamkan dan sangat berat hukumannya.
(Syarh Muslim[6/531]).

Riak merupakan bahaya yang sangat dikhuatiri Nabi SAW akan menimpa orang-orang soleh seperti para sahabat. Baginda bersabda; "Mahukah ku khabarkan kepada kalian mengenai sesuatu yang lebih aku takutkan menyerang kalian daripada al-Masih ad-Dajjal?".

Para sahabat menjawab, "Mahu ya Rasulullah." Baginda bersabda,"Iaitu syirik yang samar. Tatkala seorang berdiri menunaikan solat lantas menyempurnakan solatnya kerana merasa dirinya diperhatikan oleh orang lain."
(HR. Ahmad dan Ibnu Majah, al-Bushiri; at-Tam-hid, hal. 397, al-Qaul al-Mufid [2/55]).

Kalau Para Sahabat Berasa Demikian, Maka Bagaimana Pula dengan Manusia Biasa Seperti Kita?

[2] Saranan agar menunaikan kewajipan ikhlas dalam beramal. Hal ini sebagaimana yang telah diperintahkan Allah SWT dalam ayatNya yang bermaksud:"Tidaklah mereka diperintahkan melainkan agar menyembah Allah dengan mengikhlaskan amal untukNya dalam menjalankan agama yang lurus."
(QS. al-Bayyinah: 5)

[3] Hadis ini menunjukkan bahawa dalil-dalil lain yang bersifat umum yang menyebutkan keutamaan jihad itu hanyalah berlaku bagi orang-orang yang berjihad secara ikhlas. Demikian pula pujian-pujian yang ditujukan kepada ulama dan orang-orang yang gemar berinfak dalam kebaikan hanyalah dimaksudkan bagi orang-orang yang melakukannya ikhlas kerana Allah SWT.
(Syarh Muslim [6/531-532])

[4] Sesungguhnya ikhlas tidak akan berkumpul dengan kecintaan kepada pujian dan sifat rakus terhadap apa yang dimiliki oleh orang lain.
Ibnul Qayyim rahimahullah berkata;

"Tidak akan bersatu antara ikhlas di dalam hati dengan kecintaan terhadap pujian dan sanjungan serta ketamakan terhadap apa yang dimiliki oleh manusia, kecuali sebagaimana bersatunya air dengan api atau dhaab, sejenis biawak dengan ikan, iaitu musuhnya juga."
(al-Fawa'id, hal. 143)

[5] Keikhlasan merupakan sesuatu yang memerlukan perjuangan dan kesungguhan dalam menundukkan hawa nafsu. Sahl bin Abdullah berkata; "Tidak ada sesuatu yang lebih sulit bagi jiwa manusia selain daripada ikhlas kerana di dalamnya sama sekali tidak terdapat jalan untuk memuaskan hawa nafsunya."
(Jami' al-'Ulum wa al-Hikam, hal. 26).

Sebahagian salaf berkata;
"Tidaklah aku berjuang menundukkan diriku dengan perjuangan yang lebih berat daripada perjuangan untuk meraih ikhlas."
(Al-Qaul al-Mufid [2/53])

[6] Tercela dan diharamkanNya orang yang menimba ilmu agama tidak ikhlas kerana Allah. Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang menuntut ilmu yang semestinya dipelajari demi mencari wajah Allah akan tetapi dia tidak menuntutnya melainkan untuk menggapai kesenangan dunia maka dia pasti tidak akan dapat mencium bau syurga pada hari akhirat kelak."
(HR. Abu Dawud dan disahihkan al-Albani,Jami' al-'Ulum wa al-Hikam,hal.22)

[7] Amalan yang dicampuri syirik, contohnya riak tidak diterima oleh Allah. Rasulullah SAW bersabda, "Allah SWT berfirman: Aku adalah Dzat yang paling tidak memerlukan sekutu. Barangsiapa yang melakukan suatu amalan yang dia mempersekutukan diriKu dengan selainKu, maka akan Kutinggalkan dia bersama kesyirikannya."
(HR.Muslim, lJami' al-'Ulum wa al-Hikam, hal.23)

[8] Sebesar apapun amalan, maka yang akan diterima Allah hanyalah amal yang ikhlas. Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah tidak menerima amalan kecuali yang dilakukan dengan ikhlas dan demi mencari wajahNya."
(HR. Nasa'i, Jami' al-'Ulum wa al-Hikam, hal. 21)

Buah Keikhlasan

Di antara syafaat yang paling agung diperolehi orang-orang yang ikhlas adalah diharamkanNya tersentuh api neraka. Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya Allah mengharamkan sentuhan api neraka kepada orang yang mengucapkan la ilaha illallah dengan ikhlas kerana ingin mencari wajah Allah SWT ."
(HR. Bukhari dan Muslim dari Itban radhiyallahu'anhu).

Orang yang ikhlas atau bertauhid akan selamat daripada hukuman kekal di dalam neraka, iaitu selama di dalam hatinya masih tersisa iman atau tauhid meskipun sekecil biji sawi. Dan apabila keikhlasan itu sempurna di dalam hatinya maka ia akan selamat dari hukuman neraka dan tidak masuk ke dalamnya sama sekali.
( al-Qaul as-Sadid, hal. 17)


Orang yang mendapatkan keutamaan ini hanyalah orang yang ikhlas dalam mengucapkan kalimah syahadah.

Hadis ini mengandungi bantahan bagi kaum Murji'ah yang menganggap bahawa ucapan ‘la ilaha illallah' itu sudah cukup walaupun tidak disertai dengan harapan untuk mencari keikhlasan.
Hadis ini juga mengandungi bantahan bagi kaum Khawarij dan Mu'tazilah yang beranggapan bahawa pelaku dosa besar kekal di dalam neraka, sementara hadis ini menunjukkan bahawa para pelaku perbuatan-perbuatan yang diharamkan tersebut dan tidak bertaubat sebelum matinya, tidak akan kekal di neraka, hanya pelakunya yang memang berhak menerima hukuman atau seksa di akhirat sana.
[Al-Qaul al-Mufid ‘ala Kitab at-Tauhid (1/46)]

Selain itu, orang yang ikhlas juga akan berasa ringan dalam melakukan perbagai ketaatan yang pada umumnya terasa berat, kerana orang yang ikhlas sentiasa menyimpan harapan untuk mendapat pahala daripada Allah. Demikian juga, ia akan berasa ringan dalam meninggalkan maksiat, kerana berasa takut akan hukuman Rabbnya yang tertanam kuat di dalam hatinya.

Orang yang ikhlas dalam beramal akan berusaha mengubah amalannya yang sedikit menjadi banyak pahalanya, sehingga ucapan dan amalannya akan membuahkan pahala yang berlipat ganda. Syaikh as-Sa'di rahimahullah mengatakan:

Amal-amal itu sesungguhnya memiliki keutamaan yang bervariasi dan pahala yang bergantung kepada keimanan dan keikhlasan yang terdapat di dalam hati orang yang melakukannya”.
( Bahjat al-Qulub al-Abrar, hal. 17).

Petikan www.iluvislam.com

Ahad, 20 Mac 2011

LELAKI AMERIKA PELUK ISLAM SETELAH ...

SUNDAY, OCTOBER 17, 2010
Lelaki Amerika Peluk Islam Selepas Melihat Bagaimana Jutaan Umat Islam Rapatkan Saf di Masjidil Haram

Salam, selamat bertemu kembali..

In the program called (ONE FAMILY) on MAJD channel
the speaker Dr.Yahya Alyahya (head of the CALL to Islam Committee) said that Muslims are never disorganized; they just need to be CONVINCED.

THEN HE TOLD A STORY OF AN AMERICAN NON MUSLIM MAN WHO WAS DISCUSSING ISLAM WITH HIM WHILE HE WAS WATCHING A LIVE BROADCAST OF SALAT ISHA FROM KAABAH ON TV

The American man was so amazed at how crowded the mosque was. More than 3 million Muslims were there during the final nights of the holy month of Ramadan. The scene was so crowded, so disorganized.

The sheikh asked the Non-Muslim man:
How long do you think they'll take to organize themselves into rows and start the Salaat?
He answered: at least 2-3 hours
The sheikh said: but the Masjidilharam of Kaaba is 4 storeys high.
The man said: OH, this will make it about 12 hours then
The sheikh said: remember that they are from countries all over the world and speak different languages.
The American man said: THEN IT's IMPOSSIBLE TO ORGANIZE THEM BY ANY MEANS!!
Then the Salaat time came, and Sheikh Sudais of Makkah stood up and said (ESTAWOO) = Arrange yourselves (rapatkan saf, luruskan saf)


Within seconds, the whole scene changed and the crowd of 3 million Muslims arranged themselves in well-organized rows in NO TIME !!


Food for thought...

Jumaat, 18 Mac 2011

AMAL IBADAH YANG DICINTAI ALLAH

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra : Rasulullah Saw pernah bersabda, “perbuatan yang engkau lakukan tidak akan menyelamatkan engkau dari api neraka”, mereka berkata, “bahkan engkau sendiri ya Rasulullah?” Nabi Muhammad Saw bersabda, “bahkan aku sendiri, kecuali Allah melindungiku dengan kasih dan rahmatNya. Oleh karena itu lakukanlah perbuatan baik sepatut mungkin, setulus mungkin, sedapat mungkin dan beribadahlah kepada Allah pada pagi dan sore hari, pada sebagian dari malam hari dan bersikaplah al-qashd (mengambil pertengahan dan melaksanakannnya secara tetap) karena dengan cara itulah kamu akan mencapai (surga)”.

Diriwayatkan dari Aisyah ra : seseorang bertanya kepada Nabi Muhammad Saw, “apakah amal (ibadah) yang paling dicintai Allah?” Nabi Muhammad Saw bersabda,” amal (ibadah) yang dilakukan secara tetap meskipun sedikit”

Rabu, 16 Mac 2011

ADOLF HITLER, SATU KISAH YANG JARANG KITA DENGAR

Ini adalah sebuah artikel yang dikongsi di Facebook. Renungkan, selamat beramal.
Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi…saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua…
Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini.


Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan “Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?”

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya…lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : ” Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu…pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama…tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?”

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : “Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.


Beliau juga telah memberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua…bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu menunggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau…

Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir…
Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi…
Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah…

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi…

2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

” Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku”

3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan ” Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?”


Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau…minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas…

Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

Wallahu'alam.

Isnin, 14 Mac 2011

MUHASABAH DIRI - Bersyukur


KITA kerapkali memikirkan sesuatu yang telah hilang, sehingga kita lupa mensyukuri apa yang ada di hadapan kita. Kita merasa sedih kerana kekurangan material, padahal kita masih memiliki kunci kebahagiaan, memiliki setumpuk kebaikan, kenikmatan, dan masih banyak yang lainnya. Oleh kerana itu, renungkanlah dan bersyukurlah!
Apakah kita mengira bahawa, berjalan dengan kedua kaki itu merupakan sesuatu yang biasa padahal masih banyak manusia lain yang tidak mempunyai kaki?

Apakah kita mengira bahawa berdiri tegak dia atas kedua betis itu merupakan sesuatu yang mudah, padahal masih banyak manusia lain yang kehilangan kedua betisnya?

Apakah kita merasai nikmat tidur dengan memejamkan kedua mata, sementara masih banyak manusia lain yang tidak dapat tidur kerana sakit yang mengganggunya?

Pernahkah kita merasa senang ketika kita dapat menyantapkan makanan yang lazat dan minuman yang dingin, sementara masih banyak orang lain yang tidak dapat makan dan minum hanya kerana penyakit yang mereka deritai?

Oleh itu…

Hargailah semua nikmat yang kita dapat…
Bersyukurlah kepada Allah atas nikmat-nikmat tersebut…
Setiap nikmat itu adalah amanah Allah kepada kamu….
Gunakanlah nikmat tersebut untuk mentaati Allah…
Jangan sekali-kali menggunakan nikmat tersebut untuk menderhakai Allah…

“Ingatlah… bahawa kamu akan ditanya oleh Allah di akhirat nanti tentang nikmat yang kamu perolehi… ke arah mana kamu gunakan…”

Kamalazmi

PERIHAL MEMBERI DAN MENJAWAB SALAM


Soalan :
Ana pernah dengar waktu sekolah dulu tazkirah di mana kisahnya lebih kurang begini.

Rasulullah mengajar sahabat menjawab salam.Sekiranya diberi salam ‘assalamualaikum‘ dijawab ‘waalaikumussalam warahmatullah‘. Jika beri salam ‘assalamualaikum warahmatullah‘ maka dijawab‘ 'waalaikumussalam warahmatullahhi wabarakatuh‘. dan jika diberi salam ‘assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh‘ maka dijawab ‘ waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuhatauwaalaikumussalam’ sahaja. Maknanya memberi salam yang paling panjang adalah ‘assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh’ sahaja. Minta penjelasan ustaz mengenainya... Adakah ini hadis atau adakah hadis yang hampir dengan kisah di atas. ana hendak pastikan apa yang pernah ana dengar waktu di sekolah dahulu..... benar atau tidak .. sekian..

Jawapan :
Seringkas-ringkas ucapan salam itu ialah Assalamu’alaikum. Sepanjang-panjang ucapan salam itu pula ialah Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ini berdasarkan hadith Nabi saw :

عن عمران بن الحصين رضي الله عنهما قال‏:‏ جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال‏:‏ السلام عليكم، فرد عليه ثم جلس، فقال النبي صلى الله عليه وسلم‏:‏ “عشر” ثم جاء آخر، فقال‏:‏ السلام عليكم ورحمة الله، فرد عليه فجلس، فقال‏:‏ ‏”‏عشرون‏”‏ ثم جاء آخر، فقال‏:‏ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته، فرد عليه فجلس، فقال‏:‏ “ثلاثون”

Daripada ‘Imran bin Husain ra. katanya : “Datang seorang lelaki kepada Nabi saw lalu dia mengucapkan “Assalamu’alaikum.” Maka Baginda (saw) menjawab salamnya, lalu dia pun duduk. Sabda Nabi saw : “(untuknya) sepuluh.” Kemudian datang pula orang lain lalu mengucapkan “Assalamu’alaikum warahmatullah.” Maka Baginda (saw) menjawab salamnya, lalu dia pun duduk. Sabda Nabi saw : “(Untuknya) dua puluh.” Kemudian datang orang yang lain pula, dan mengucapkan “Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.” Maka Baginda (saw) menjawab salamnya, lalu dia pun duduk. Sabda Nabi saw : (Untuknya) tiga Puluh.”


(Al-Nawawi menyebut hadith ini di dalam kitabnya Riyadh al-Solihien dan berkata : “Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Tirmizi dan beliau berkata : Hadith ini Hasan.)
wallahu a’lam. Abdul Kadir
al-qayyim

Ahad, 13 Mac 2011

Napoleon Bonaparte - Adakah beliau memeluk Islam?


Susunan SITI AINIZA KAMSARI
Sumber: Utusan Malaysia

“AGAMA-agama itu selalu didasarkan pada hal-hal yang ajaib, seperti halnya Trinitas (Thriniti) yang sulit difahami. Yesus (Jesus) didakwa dirinya sebagai Anak Tuhan, padahal baginda berasal daripada keturunan Daud.

Maka saya lebih meyakini agama yang dibawa oleh Muhammad (Rasulullah). Islam terhindar jauh daripada kelucuan-kelucuan ritual seperti yang terdapat di dalam agama kita (Kristian). Bangsa Turki juga menyebut kita sebagai orang penyembah berhala dan dewa.

“Dengan penuh kepastian saya harus memperjelaskan kepada anda dalam setiap ucapan saya bahawa saya adalah seorang muslim dan saya memuliakan Nabi Muhammad serta mencintai orang-orang Islam.”

Mungkin anda tertanya-tanya, siapakah yang begitu berani menuturkan kata-kata di atas? Atau mungkin anda lebih tidak percaya kerana yang berkata demikian ialah Napoleon Bonaparte!

Tokoh itu begitu terkenal dalam sejarah sehingga namanya berada dalam urutan ke-34 daripada Seratus Tokoh Yang Paling Berpengaruh Di Dunia (Buku tulisan Micheal H. Hart yang meletakkan Rasulullah s.a.w menduduki tempat teratas dalam senarai itu).

Sebagai Kaisar atau Raja Perancis, Napoleon mengukir sejarah yang begitu hebat sebagai jeneral tentera yang berjaya menundukkan dan menawan banyak negara Eropah sehingga ke Asia Barat, termasuk Mesir dan Palestin.

Istilahnya beliau menyapu bersih, sehingga menjadikan Napoleon sangat berkuasa dan berdaulat penuh terhadap negara Perancis. Malah sesetengah pihak menganggap dalam bidang ketenteraan dan strategik Napoleon ialah jeneral yang paling genius.

Napoleon dilahirkan di Ajaccio (Aiacciu) atau disebut Ajax dalam bahasa Latin di Pulau Corsica yang terletak di bahagian tenggara Perancis pada 15 Ogos 1769 sebagai Napoleone Buonaparte. Pulau Corsica yang berada di bawah jajahan Perancis merupakan pulau keempat terbesar selepas Pulau Sicily, Sardinia dan Cyprus di Laut Mediterranean.

Kariernya sebagai anggota tentera yang paling digeruni bermula apabila beliau menyertai Tentera Revolusi Perancis pada lewat 1790-an.

Sehingga tahun 1799, Napoleon memerangi hampir seluruh Eropah sehingga beliau kembali ke Perancis sebagai raja selepas kempennya selesai di Mesir.

Pada 1800, Napoleon kembali semula ke medan perang dengan mengalahkan Austria. Pada 1802, Napoleon memperkenalkan sistem Perundangan Perancis yang baru yang dikenali sebagai Napoleonic Code.

Pada 1804 beliau ditabalkan sebagai Maharaja Perancis di Gereja Notre Dame Cathedral. Sehingga 1807, keluasan empayarnya bermula dari Sungai Elbe di bahagian utara Perancis menganjur sehingga ke Itali di bahagian selatannya atau dari Pyrenees sehinggalah perairan Dalmatian.

Kejatuhan

Tetapi selepas 1812, Napoleon mula mengalami kejatuhan apabila beliau menerima kekalahan pertama ketika cuba menakluk Rusia. Beliau juga terpaksa melepaskan Spain (Sepanyol) kepada Duke Of Wellington daripada tentera British dalam Peninsular War. Beliau mengalami kekalahan yang teruk pada 1814.

Napoleon terpaksa melarikan diri ke Pulau Elba dan kembali semula ke Perancis pada 1815 untuk mengumpulkan kembali kekuatan tentera yang dikenali Grand Army. Tetapi beliau terpaksa mengaku kelemahan apabila mengalami kekalahan teruk dalam Perang Waterloo di tangan tentera Wellington.

Sebagai hukuman, Napoleon dinafikan haknya untuk menetap di Perancis. Malah beliau dibuang negeri ke Pulau Saint Helena yang terletak di bahagian timur Afrika. Enam tahun kemudian, iaitu pada 1821 beliau meninggal dunia di pulau itu dipercayai akibat kanser perut.

Sehinggalah pada 1840, barulah mayatnya di bawa pulang semula ke Paris. Tetapi dalam satu ujian didapati rambut Napoleon mengandungi kandungan racun arsenik yang tinggi.

Ini menjadi teori kepada punca kematian beliau yang sebenar. Beliau dipercayai diracun oleh Count of Montholon bagi pihak British yang tidak mahu melihat Napoleon kembali berkuasa.

Namun persoalan besarnya benarkah pemimpin tentera yang digambarkan sebagai seorang yang kejam dan rakus ini benar-benar memeluk Islam?

Jika benar, adakah kerana ada muslihat di sebalik itu bagi membolehkan apa yang beliau hajati tercapai?

Pengislaman Napoleon didedahkan oleh penulis David M. Pidcock dalam sebuah bukunya yang memetik kembali keratan sebuah akhbar rasmi Perancis, Le Moniteur, yang menyebut mengenai pengislaman Napoleon pada 2 Julai 1798. Ia berlaku hampir 23 tahun sebelum beliau meninggal dunia pada 1821.

Apabila tokoh ini memeluk Islam, beliau dikenali sebagai ‘Aly (Ali) Napoleon Bonaparte’.

Peristiwa ini dipercayai berlaku ketika Napoleon berada di Mesir. Napoleon tertarik kepada Islam ketika dijemput menghadiri suatu majlis memperingati ulang tahun kelahiran baginda Rasulullah s.a.w yang dihadiri oleh begitu ramai umat Islam.

Majlis itu menyedarkan Napoleon kepada kata-kata Voltaire yang mempercayai bahawa manusia memerlukan agama dalam hidup mereka. Manusia tidak boleh hidup tanpa agama atau tanpa mempercayai tuhan.

Pengalaman di Mesir itu dikatakan memberikan satu perjalanan rohani kepada Napoleon.

Tetapi apakah yang membuatkan tokoh perang ini dapat menerima Islam?

Napoleon berkata, Rasulullah s.a.w. berjaya memandu kehidupan kaum Arab yang jahil kepada jalan yang benar. Mengajar kepada mereka mengenai keesaan Allah. Allah yang satu. Tuhan yang tidak mempunyai bapa, tidak mempunyai anak dan tidak mempunyai pendamping.

“Sedangkan menyembah pelbagai jenis tuhan merupakan satu budaya yang sangat kabur tetapi tidak lebih satu aspek pemujaan kepada berhala yang merupakan hanyalah patung-patung yang kosong,” katanya.

Napoleon juga sangat mengagumi kitab suci al-Quran setelah beliau membandingkan isi kandungannya dengan Alkitab (Injil).

“Saya menemukan kebenaran-kebenaran yang unggul di dalam al-Quran yang selama dikelirukan oleh kitab-kitab terdahulu yang manusia itu campur tangan di dalamnya melalui kata-kata mereka sendiri, bukannya kata-kata Tuhan,” katanya.

Malah yang lebih menarik adalah ucapan Napoleon ketika beliau mula-mula sampai di Palestin pada tahun 1799 sebelum bertempur dengan tentera Othmaniah.

Sambil mengenakan serban di kepalanya, Napoleon mengaku mengenai pengislamannya dan berkata: “Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Saya Bonaparte, Amir dari tentera Perancis. Kepada semua pemimpin tempatan, para mufti dan penduduk Gaza, Ramla dan Jaffa, semoga Allah melindungi kita semua,” katanya.

Pengislaman Napoleon mungkin dapat diketahui lebih lanjut melalui sebuah lagi buku, iaitu Napoleon and Islam atau Bonapart et Islam oleh C. Cherfils. ISBN: 967-61-0898-7

Dalam buku itu, Napoleon dipetik sebagai berkata: “Dalam masa terdekat ini, jika berpeluang, saya ingin menyatukan semua umat manusia melalui budaya yang baik (Islam) dan kerajaan yang memimpin rakyatnya melalui prinsip yang tertulis dalam al-Quran al Karim.”

Undang-undang

Menyebut mengenai undang-undang, Napoleon sendiri mengakui akan keagungan undang-undang Islam iaitu syariah.

Lalu beliau mengguna pakai undang-undang itu semasa memerintah Perancis dan dipercayai hingga sekarang pengaruh dan elemen undang-undang syariah masih diguna pakai di negara itu.

Contoh yang paling ketara adalah apabila berlaku tragedi kemalangan jalan raya yang meragut nyawa Puteri Diana dan teman lelakinya, Dodi Al Fayed pada 1997.

Mengikut undang-undang lama Perancis, jurugambar yang sempat mengambil detik-detik berlakunya kemalangan dan kematian Puteri Diana itu dijatuhkan hukuman. Mereka disabit kesalahan kerana tidak membantu mangsa dan lebih mengutamakan untuk mengambil gambar.

Bentuk undang-undang dan hukuman ini jelas diambil daripada perundangan syariah Imam Malik.

Bagaimanapun, pensyarah di Jabatan Sejarah dan Tamadun Manusia, Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Zuraini Nordin berkata, terdapat pelbagai pendapat mengenai status agama dan pengislaman Napoleon.

Beliau berkata, pada asalnya panglima dan maharaja Perancis itu seorang yang berpegang kepada ajaran Deism iaitu tidak percaya kepada ajaran-ajaran Kristian seperti Original Sins (Dosa Warisan), mukjizat dan sebagainya.

“Dia mengkritik ajaran Kristian itu sebagai hanya mementingkan aspek spiritual individu berbanding dengan Islam yang dia sendiri iktiraf sebagai agama yang rasional dan mementingkan ilmu - sains,” katanya.

Maka tidak hairan jika Napoleon sangat-sangat menghargai agama Islam, menghormati orang Islam dan mengagumi keperibadian Nabi Muhammad itu sendiri.

“Ini kerana beliau percaya Rasulullah bukan sahaja seorang pemimpin agung tetapi juga seorang ‘penjajah’ yang ulung,

“Jadi ia sangat sesuai dengan jiwanya sebagai seorang maharaja dan penjajah Perancis yang sangat bercita-cita tinggi,” katanya.

Kata Zuraini, Napoleon ialah seorang yang banyak membaca mengenai Islam, al-Quran dan hadis Nabi dan beliau memupuk hubungan baik dengan para mufti dan ulama-ulama Al-Azhar semasa ekspedisinya di Mesir.

“Napoleon mengiktiraf Islam sebagai satu sistem kepercayaan yang unggul dan beliau banyak mengadaptasikan undang-undang syariah ke dalam kod sivilnya yang dikenali sebagai Code Napoleon.

“Dengan kod atau undang-undang itu Napoleon rasakan beliau dapat memberi manfaat kepada empayarnya dan rakyat Perancis.

“Sebagai seorang raja, tidak dinafikan Napoleon seorang yang agak berjiwa rakyat dan semasa pemerintahannya banyak reformasi dilakukan untuk kepentingan rakyatnya,” katanya.

Namun, menurut Zuraini, ada juga pihak yang menaruh rasa sangsi dan mempertikaikan mengenai pengislaman Napoleon itu.

“Walaupun ada direkodkan mengenai pengislaman Napoleon, dipercayai tokoh ini hanya menaruh minat terhadap Islam.

“Malah beliau mempergunakannya demi kepentingan diri dan meluaskan empayar,” katanya.

Dakwaan ini tidak menghairankan kerana pengislaman seseorang di Eropah sering kali tidak disenangi oleh sesetengah pihak yang ada kepentingan masing-masing.

Pertikaian ini sebenarnya membuka lembaran kepada kajian yang lebih mendalam bagi menentukan status agama anutan Napoleon.

Kepada Barat, mungkin terlalu sukar untuk mereka menerima hakikat ada tokoh sehebat Napoleon yang menerima kebenaran Islam.

Sedikit sebanyak ia memberikan tamparan kepada pelbagai sikap negatif mereka terhadap Islam selama ini.

petikan

Cat Stevens – Yusof Islam


Cat Stevens yang bertukar menjadi Yusof Islam, masuk Islam kerana sebuah buku “Terjemahan Al-Qur’an”, yang diterjemahkan oleh A. Yusof Ali.
Abang Cat Stevens adalah seorang paderi yang cukup kuat Kristiannya. Tiba-tiba abangnya masuk Islam. Pada mulanya Cat Stevens terkejut, dia terfikir bagaimanakah seorang paderi boleh masuk Islam. Akhirnya dia menyimpulkan bahawa abangnya jenis orang gila, sekejap kuat agama Kristian, kemudian menjadi penganut agama Islam pula.

Cats Stevens terus menjalani hidupnya sebagai seorang penyanyi, sibuk dengan pertunjukan pentas sana sini. Pada satu hari, ketika hari jadinya, abangnya yang telah masuk Islam datang ke rumahnya ketika Cat Stevens sedang mengadakan parti hari jadinya. Abangnya mengucapkan selamat hari jadi dan terus menghadiahkan satu bungkusan dan berkata “Benda ini benda suci, tolong letakkan di tempat suci dan jangan kamu hina.” Dia pun ambil dan letakkannya di meja bilik tidurnya.

Setelah habis pesta hari jadinya ketika dia mahu tidur, dia teringat dengan bungkusan yang diberikan oleh abangnya. Apabila dia buka bungkusan tersebut, itulah pertama kali dia terlihat sebuah buku dengan perkataan di kulitnya THE HOLY QU’RAN (Kitab Suci Al-Qur’an). Apabila dia melihat sahaja kitab itu dia terasa sesuatu yang ganjil dalam hatinya.

“Aku buka buku dan aku cuba baca maknanya yang terdapat dalam Bahasa Inggeris, dari satu perkataan ke satu perkataan, dari satu ayat ke satu ayat, aku baca! Baca! Baca! Aku terasa satu macam dalam diriku. Aku tak tahu bagaimana nak gambarkannya tetapi aku memang rasa satu macam. Bermula dari situ, ke mana saja aku pergi, baik ke pertunjukkan pentas atau latihan muzik atau ke mana saja, aku bawa buku itu, aku bawa dalam beg pakaianku. Apabila selesai pertunjukkan pentas, balik ke hotel aku akan sambung baca. Begitulah dari semasa ke semasa.”

Akhirnya Cat Stevens memasuki agama Islam dan menjadi penganut agama yang begitu taat sehingga dia menjadi pendakwah Islam pula sehingga sekarang ini. Namanya Cat Stevens juga ditukar kepada Yusof Islam.
Begitulah keadaannya apabila seseorang itu memahami Islam sebelum masuk Islam. Dia memahami setiap seelok-belok dan hukum Islam serta hati sanubarinya benar-benar yakin dengan Islam, barulah dia masuk Islam. Apabila sudah yakin, imannya tidak bergoyang.

petikan

Cerita Pengislaman Datuk Leo Micheal Toyad


http://www.fauzisabri.com/2010/03/cerita-keislaman-datuk-leo-micheal.html
Posted by Fauzi Sabri Labels: Kongsi, Muslim

"Saya sekarang Muhammad Leo Toyad…saya rasa ada kedamaian dalam Islam…" itulah jawapan spontan bekas Menteri Pelancongan ketika ditanya bagaimana beliau tertarik memeluk agama Islam. Perihal Datuk Seri Dr Muhammad Leo Toyad Abdullah memeluk Islam bukannya perkara yang hendak diperbesarkan tetapi ceritanya yang ingin bersama Islam sejak berada dalam kabinet itu tidak pernah diberitahu pada sesiapa pun.

Beliau hanya memendam rasa dan keinginannya sejak sekian lama sehinggalah pada tarikh 17 Jun 2006 Dr. Muhammad Leo mengambil keputusan untuk di'Islam'kan oleh Iman Besar Negeri Sarawak. Pada mulanya beliau yang masih lagi panggil oleh rakan-rakan sebagai Dr. Leo agak segan menceritakan hal itu kerana menganggap terlalu peribadi, namun akhirnya menjawab juga beberapa soalan.

Dr. Leo, sebelum ini beragama Roman Khatolik mempunyai seorang isteri dan empat orang anak yang sudah menjangkau umur lebih 18 tahun."Mereka tidak bersama saya…" jawab kepada Agendadaily semasa berbual dengannya di bangunan Parlimen ketika ditanya samada isteri dan anak-anaknya ikut sertai Islam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen P212 Mukah mengakui tertarik dengan Islam kerana ramai di kalangan ahli keluarganya telah memeluk Islam. Sebagai seorang baru dan tidak tahu tentang Islam, Dr. Leo kini sedang mendalami pengajian Al-Quran dan hukum hakam Islam melalui seorang ustaz.

"Saya juga seperti biasa menunaikan solat di masjid dan surau serta mengikuti pengajian di majlis ilmu yang adakan di masjid-masjid," katanya. Di samping itu, Dr. Leo juga membaca buku-buku mengenai Islam, membaca sebutan ayat-ayat Al-Quran dengan betul dan turut menggunakan tape dan CD.

Dr. Leo dilahirkan di Mukah, Sarawak pada 11 April 1950, mendapat pendidikan awal di SRB St. Patrick Mukah pada tahun 1957 kemudian meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah di SMB St. Patrick Mukah pada tahun 1963, SMK Three Rivers Mukah pada 1968 dan SMK Tanjong Lobang Miri pada 1969.

Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya (UM) dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Surgeri pada tahun 1976.

Pada tahun 1977 Dr. Leo telah memulakan tugas sebagai Pegawai Perubatan dan Kesihatan di Jabatan Kesihatan Sarawak dan sekali lagi kembali ke UM kemudiannya berjaya menerima Ijazah Sarjana Kesihatan Awam pada tahun 1981.

Bergiat aktif dalam politik setelah menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Kampung Tellian Tengah / Ulu, Mukah pada tahun1980.Kini sebagai Ketua PBB Cawangan Kampung Tellian Tengah / Ulu, Mukah, Ketua Bahagian Limbang dan Naib Presiden PBB Pusat.

Beliau juga terlibat dalam pelbagai aktiviti sosial. Beliau kini adalah Pengerusi Saberkas Sarawak sejak 1998, Penaung dan ahli seumur hidup Persatuan Melanau Miri sejak tahun 1989, Presiden Persekutuan Melanau Sarawak semenjak tahun 2004 dan Penasihat Persatuan Bolasepak Bahagian Mukah sejak tahun 1998.

Pada tahun1982, Dr. Leo telah meninggalkan tugasnya di Jabatan Kesihatan Sarawak untuk bertanding mewakili Barisan Nasional di kerusi Parlimen Mukah dan memenangi kerusi tersebut buat kali pertamanya.Dr. Leo juga terus berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen kawasan Mukah untuk tahun-tahun pilihan raya 1986, 1990, 1995, 2004 dan 2008.

Beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Luar Negeri semasa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Menterinya.- 11/7/2008

*sumber: Agendadaily.com(cerita lama yang sengaja saya re-posting bertujuan untuk menyatakan bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang benar, yang menjadi idaman setiap manusia. ISLAM bukan milik Melayu, tetapi ISLAM milik Allah SWT yang diformulasikan sebagai ADDIN (cara hidup -sistem hidup yang telah diaturcarakan secara sempurna-ZERO DEFECT

Sabtu, 12 Mac 2011

MEREKA MEMILIH ISLAM


Ikuti Kisah-kisah pengislaman Dr. Gary Miller (Pakar Matematik Kanada), Aminah Assilmi (Bekas Kristian dan Aktivis Pembebasan Wanita), Idris Tawfiq(Bekas Paderi), Estanislao Soria (Bekas Paderi), Michael Wolfe (Dari Keluarga Kristian-Yahudi Amerika), Rosalyn Rushbrook (Berijazah Dalam Teologi Kristian London)…. Saya percaya masih ramai yang belum membaca atau mengetahuinya.
---------------------------------------------------------------------

Dr. Gary Miller(Tokoh Ilmu Teologi Kristian Dari Kanada, Pakar Matematik)

Dr. Gary Miller(Abdul Ahad Omar) berasal daripada Kanada. Beliau merupakan seorang pakar matematik yang mendalami ilmu teologi (ketuhanan) Kristian. Pada tahun 1978 beliau dihadiahkan al-Quran dan selepas membacanya beliau mula menyedari tentang kepincangan Bible dan kebenaran al-Quran.

Beliau terus memeluk agama Islam dan merupakan seorang pendakwah Muslim yang komited hinggalah ke hari ini. Antara tulisan beliau yang menarik ialah yang bertajuk “The Amazing Quran” (Quran Yang Mengagumkan).

Dalam tulisannya itu, beliau membuktikan bahawa al-Quran adalah wahyu dan tidak mungkin ditulis oleh manusia dengan menggunakan pendekatan saintifik.
Antara tulisannya ialah, “Seperkara yang mengejutkan golongan yang bukan Islam selepas mereka mengkaji al-Quran ialah, ia tidak seperti apa yang mereka jangkakan. Bagi mereka, al-Quran ialah sebuah kitab tua yang datang dari padang pasir Arab dan berumur lebih kurang 14 abad.

Justeru mereka menjangkakan, isi-isinya pasti juga tua lagi kuno seperti umurnya. Sebahagian daripada mereka pula menjangkakan, oleh kerana ia datang dari padang pasir, ia pasti banyak bercerita tentang padang pasir. Tiba-tiba mereka menyedari bahawa ia tidak seperti itu….

Al-Quran boleh dikaji secara saintifik kerana ia mengutarakan sesuatu yang tidak diutarakan oleh kitab-kitab agama lain secara amnya. Malah al-Quran mampu menyahut cabaran ahli-ahli sains. Konsep sains pada hari ini ialah satu konsep yang memerlukan bukti.

Jika seseorang mengutarakan sesuatu teori, pakar-pakar sains tidak akan mempedulikannya melainkan jika ia disertakan dengan bukti dan sanggup melalui beberapa ujian yang saintifik. Al-Quran sebenarnya sanggup diperlakukan seperti itu untuk membuktikan bahawa ia adalah benar.
Seribu empat ratus tahun sudah berlalu dan tidak ada sesiapa pun yang mampu membuktikan kepalsuan al-Quran, justeru al-Quran adalah sebuah kitab yang hak lagi benar”.
Rujukan: http://www.islamicity.com/science/theamazingquran.shtml
----------------------------------------------------------------------


Aminah Assilmi
(Bekas Kristian Protestan Amerika, Aktivis Pembebasan Wanita Radikal)
Aminah as-Silmi ialah seorang bekas Kristian Protestan dari kumpulan Gereja Southern Baptist.
Beliau juga merupakan seorang aktivis dari kumpulan pembebasan wanita yang radikal dan pernah bertugas sebagai seorang wartawan penyiaran. Beliau merupakan seorang pelajar yang pintar dan mendapat pelbagai anugerah kecemerlangan ketika berada di sekolah. Ketika di kolej beliau terpaksa belajar dengan wanita-wanita Arab yang rata-ratanya memakai tudung. Beliau menganggap mereka sebagai “golongan yang menjijikkan.” Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk berdakwah kepada mereka agar mereka menganut agama Kristian.

Untuk tujuan itu beliau telah mengkaji Islam dengan mengkaji al-Quran, Sahih Muslim dan 15 buku yang lain. Kajian terhadap Islam ini berterusan selama 2 tahun dan akhirnya persepsinya terhadap Islam telah berubah. Ketika itu barulah beliau menyedari betapa Islam merupakan agama yang amat memuliakan wanita. Pada tanggal 21 Mei 1977, beliau mengucap dua kalimah syahadah.

Selepas memeluk Islam beliau berpakaian menutup aurat dan tindakan itu menyebabkan beliau kehilangan kerjayanya sebagai seorang wartawan penyiaran di Denver. Malah mahkamah memutuskan beliau dipisahkan daripada anak-anaknya disebabkan keislamannya. Akhirnya, dengan izin Allah, anak-anaknya, ibu bapanya dan bekas suaminya memeluk Islam…
Rujukan: http://www.texnews.com/religion97/muslim110197.html
-------------------------------------------------------------------------


Idris Tawfiq
(Bekas Paderi Roman Katolik UK)
Idris Tawfiq ialah seorang bekas paderi Katolik (Roman Catholic). Beliau memperoleh ijazah dalam bahasa Inggeris dan Sastera daripada Universiti Manchester, dan dalam bidang Teologi (Sacred Theology) atau Ilmu Ketuhanan daripada Pontifical University of Saint Thomas Aquinas di Rom.

Sebelum memeluk Islam beliau berpandangan Islam ialah satu agama kolot yang merendahkan martabat wanita, mementingkan keganasan dan mengajak umatnya agar mengebom diri untuk mendekatkan diri kepada Tuhan. Ketika beliau bercuti di Mesir selama seminggu beliau mula menyedari bahawa umat Islam secara umumnya tidak seperti yang dipaparkan dalam media massa di Barat.

Apakah perbezaan yang besar antara agama Kristian Katolik dan Islam? Beliau menjawab, “Asas bagi agama Islam ialah Allah. Kesemua perkara adalah berpaksikan Allah… Ia tidak menjadikan, sebagai contoh, Nabi Isa sebagai paksi. Seperkara yang lain ialah, Islam merupakan satu agama yang komprehensif.

Ia bukan satu agama yang menekankan ibadah pada hari-hari tertentu (contohnya hari Ahad) sahaja. Sebaliknya, Islam mengajar umatnya tentang cara untuk menyapa orang lain, adab-adab makan minum, adab-adab memasuki bilik, malah tentang setiap perkara.”
Rujukan: http://www.idristawfiq.com
---------------------------------------------------------------------


Estanislao Soria
(Bekas Paderi Roman Katolik Filipina)
Estanislao Soria ialah seorang paderi Kristian dari mazhab Katolik (Roman Catholic) yang berasal dari Filipina. Beliau mendapat pendidikan dan memperoleh ijazah dari Xavier University dan Loyola School of Theology, Ateneo de Manila University. Ketika pemimpin Islam Moro, Nur Misuari, bercadang untuk menjadikan Mindanao sebuah negara Islam terpisah daripada Filipina, Estanislao Soria menentang cadangan itu.

Beliau (yang lebih dikenali di Filipina sebagai ‘Father Stan’) berazam membuktikan penentangan beliau itu secara ilmiah. Justeru beliau telah membuat kajian yang mendalam dalam bidang sosiologi dan sejarah Filipina untuk membuktikan bahawa cadangan Nur Misuari adalah tidak berasas sama sekali. Di samping itu beliau berasa perlu untuk berdakwah kepada orang-orang Islam bertujuan untuk membawa mereka kepada Kristian. Untuk mencapai tujuan ini buku-buku tentang Islam telah beliau baca dan kaji.

Akhirnya sesuatu yang mengejutkan telah berlaku, iaitu, selepas beliau mengkaji Islam beliau menyedari bahawa Islamlah agama yang sebenarnya dan seterusnya memeluk agama Islam pada tahun 2001. Beliau mendapati banyak pandangan yang diutarakan oleh tokoh-tokoh Kristian seperti Thomas Aquinas adalah berasaskan ajaran Islam.

Beliau berkata, “Kajian saya menyedarkan saya bahawa tamadun Barat sebenarnya berkembang kesan daripada ajaran Islam… Saya juga menyedari bahawa Gospel mengikut Barnabas adalah lebih sahih (credible) jika dibandingkan dengan keempat-empat Gospel yang terdapat dalam Bible sekarang (iaitu Gospel mengikut Mark, Matthew, Luke dan John).” (Gospel mengikut Barnabas menceritakan dengan jelas tentang pengutusan nabi Muhammad selepas nabi Isa).
Rujukan: http://www.islamonline.net/english/Journey/2005/11/jour01.shtml
-------------------------------------------------------------------------


Michael Wolfe
(Dari Keluarga Kristian-Yahudi Amerika, Wartawan)
Michael Wolfe berasal daripada Amerika. Ibunya ialah seorang Kristian dan bapanya seorang Yahudi. Justeru berlatarbelakangkan itu beliau berkesempatan mengenali agama Yahudi dan Kristian namun kedua-dua agama itu tidak menarik perhatiannya. Agama Yahudi, baginya, amat menekankan tentang kaum yang terpilih (iaitu golongan Yahudi), dan pandangan ini tidak dapat beliau terima. Agama Kristian pula diselimuti pelbagai misteri.

Beliau menegaskan, “Agama kebenaran yang saya cari mestilah satu agama yang tidak mengabaikan aspek metafizik dan sains. Ia bukannya satu agama yang sempit yang susah untuk difahami. Agama itu tidak memerlukan manusia perantara seperti paderi. Ia tidak menentang perkara tabii seperti seks. Dalam agama itu perlu ada ritual atau amalan harian agar dengan itu kesedaran diri dapat dipertajam dan minda dapat disiplinkan.

Yang paling penting, saya perlukan kejelasan dan kebebasan dalam beragama kerana saya tidak mahu membuang akal fikiran untuk digantikan dengan dogma atau kepercayaan secara membuta tuli… Dan semakin saya mengkaji Islam semakin saya menyedari bahawa inilah agama yang saya cari.”…. Antara buku yang beliau karang ialah ‘The Hajj: An American’s Pilgrimage to Mecca’ dan ‘One Thousand Roads to Mecca: Ten Centuries of Travelers Writing About the Muslim Pilgrimage’. Beliau mendapat Anugerah Wilbur 2003 kerana buku agama terbaik yang dihasilkan.
Rujukan:http://www.islamonline.net/English/artculture/2002/12/article09.shtml
-------------------------------------------------------------------------


Rosalyn Rushbrook
(Berijazah Dalam Teologi Kristian, Penulis Dari London)
Ruqaiyyah Waris Maqsood dilahirkan pada tahun 1942 di kota London, UK. Nama asalnya ialah Rosalyn Rushbrook. Beliau dibesarkan sebagai seorang Kristian dan memperoleh ijazah dalam bidang Teologi Kristian daripada Universiti Hull pada tahun 1963. Pengetahuan beliau yang mendalam dalam ilmu Kristian merangsang beliau untuk menulis beberapa buah buku tentang agama itu. Antara buku yang ditulis beliau ialah ‘In the Steps of Jesus’, ‘Jesus of Nazareth’, ‘Does God Have a Body?’ dan ‘The Trouble with God’.

Namun pengetahuannya yang mendalam tentang Kristian juga menyedarkan beliau tentang kesesatan agama Kristian terutamanya yang berkaitan dengan konsep triniti. Akhirnya beliau memeluk Islam pada tahun 1986. Pada hari ini beliau berjaya menghasilkan pelbagai buku tentang Islam dan pada tahun 2001 beliau dianugerahkan Anugerah Iqbal kerana sumbangannya.
Rujukan: http://www.welcome-back.org/profile/maqsood.shtml
Mereka telah memilih Islam setelah mengkaji al-Quran. Bagaimana dengan kita semua yang sudah Islam? Adakah kita mengkaji dan membuat rujukan dengannya?

Renung-renungkanlah

Follow by Email