DOA -doa Ku... Ya Allah....

... اشهد ان لا إله إلا الله وأشهد ان محمد رسول الله .....YA ALLAH...AMPUNKAN AKU ....Bimbinglah Aku di jalan -MU.. TETAPKAN AKU DALAM KASIH SAYANGMU, ......AMPUNKAN SEGALA KESALAHAN dan DOSA-DOSAKU..DOSA DAN KESALAHAN KEDUA IBU BAPAKU..DAN SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT....KUMPULKAN AKU BERSAMA PARA NABI DAN RASUL...YA ALLAH ...KEKALKAN AKU DAN KETURUNANKU DALAM ISLAM DAN BERIMAN KEPADAMU....YA ALLAH.YA ALLAH, HIDUPKAN AKU DALAM KEADAAN MERENDAH DIRI, MATIKAN AKU DALAM KEADAAN MERENDAH DIRI DAN BANGKITKAN AKU (PADA HARI QIAMAT) DI DALAM GOLONGAN ORANG-ORANG YANG MERENDAH DIRI.. استغفر الله العظيم ASTAGFIRULLAHALAZZIM....سبحان الله...SUBHANALLAH ...الحمد لله..ALHAMDULILLAH...الله أكبر..ALLAHUAKHBAR.....ALLAHUMA SOLLIALA SAYIDINA MUHAMMAD....WAALA ALIMUHAMMAD..........

Sabtu, 31 Disember 2011

KISAH IBRAHIM ADHAM

Gambar hiasan
Suatu hari Ibrahim Bin Adham ingin membuang air kecil, lalu dia pun pergi ke tandas awam. Apabila dia ingin masuk ke dalam,seraya seorang lelaki menegurnya, “Wahai orang tua,bayarlah dulu sebelum masuk.”

Mendengarkan sapaan lelaki itu,air mata Ibrahim Bin Adham pun bercucuran keluar dari matanya.
  • Lelaki tadi terkejut dan berkata, “Wahai orang tua,andaikata kamu tiada wang untuk dibayar, masuklah secara percuma. Janganlah menangis kerana ini.”
    Ibrahim bin Adham menjawab, “Wahai pemuda,aku menangis bukan kerana aku tiada duit tetapi aku terfikir jika tempat sejijik ini pun harus dibayar untuk dimasuki, bagaimana pula dengan syurga ALLAH. Berapakah bayaran yang harus aku sediakan untuk masuk ke dalamnya…”

Jumaat, 30 Disember 2011

WASIAT IMAM SUFIAN ATH- THAURI



Apabila adanya sahabat engkau datang menziarahi engkau maka jangan kamu bertanya kepadanya : Adakah engaku sudah makan? atau : Bolehkah aku menyediakan untuk engkau makanan?. Tetapi hendaklah engkau menghidangkan makanan sama ada dia akan makan atau jika tidak maka angkatlah makanan itu.

WASIAT IMAM SUFIAN ATH- THAURI


Engkau  mesti bersifat zuhud supaya ALLAH menampakkan kepada engkau keburukan dunia.Engkau mestilah bersifat warak agar Allah memudahkan kepada engkau ketika hisab. Tinggallah apa yang meraguimu kepada apa yang tidak meraguimu. Hilangkanlah perasaan syak dengan keyakinan agar ia menyelamatkan agama  engkau.

Isnin, 26 Disember 2011

10 AMALAN SONGSANG ORANG ISLAM DI MALAYSIA ?

Gambar hiasan
 Sumber http://mietazkirah.blogspot.com
  
Pernahkah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan seharian. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik: 

1. Kenduri Tahlil. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh si mati atau harta peninggalan si mati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam? 

2. Kenduri Kahwin. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan dia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau dia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si mati, kita patut memberi sedekah dan kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan. 

3. Pakaian Cantik. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara atau majlis-majlis rasmi, kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah mahu pun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik. 

4. Adab Tetamu. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan dijamu makan, kita rasa segan nak makan, malu-malu kucing kononnya malu dan beradab, sedangkan yang dituntut tetamu harus banyakkan makan dan habiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir. Perangai tinggal makanan tak habis dah jadi budaya orang kita. 

5. Solat Sunat. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak dan solat fardhu yang digalakkan berjemaah di masjid. 

6. Bulan Puasa. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan, tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam, akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita? 

7. Ibadah Haji. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? 

8. Pendidikan Anak. Semua ibu bapa amat bimbang kalau anak mereka gagal dalam peperiksaan. Maka dihantarlah anak ke kelas tuisyen walaupun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Al-Quran atau tak pandai hukum hakam agama, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen mengaji Al-Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM70.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM50.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih bimbang jika anak tidak dapat baca Al-Quran atau solat dari tidak lulus peperiksaan. 

9. Mencari Rezeki. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak memperhambakan diri padaNya segan dan malas. 

10. Hiasan Isteri. Seorang isteri hendaklah berhias untuk suaminya sahaja. Bukan berhias-hias secara  tidak sewajarnya ketika hendak keluar rumah. Para isteri hendaklah berusaha memahami situasi ini kerana ia dituntut oleh agama. Seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia. Berusahalah untuk mencapai kedudukan isteri solehah yang akan mengetuai bidadari di syurga nanti. 

Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. 


Wallahualam.

Isnin, 19 Disember 2011

RENUNGAN....


Tiada engkau menyintai sesuatu melainkan pasti engkau menjadi HAMBA dari apa yang engkau cintai itu, dan ALLAH tidak suka bila engkau menjadi HAMBA sesuatu selain daripadaNYA.

RASULULLAH S.A.W. bersabda: Celaka hamba dinar, celaka hamba dirham, celaka hamba baju, permaidani dan isteri, celaka dan rugi, dan umpama kena duri semoga tidak keluar.

Al-Junaid berkata: Engkau takkan mencapai hakikat ubudiyah [kehambaan] selama engkau masih diperbudak oleh sesuatu selain ALLAH, iaitu harta, isteri atau lain-lainnya.

KISAH BEKAS-BEKAS BANDUAN NERAKA



Bersujudlah Kita ,Pohon Keampunan
SETIAP MANUSIA yang menerima azab siksaan di neraka akan mengalami berbagai-bagai penderitaan yang belum pernah terbayang oleh mereka semasa di dunia dahulu. Di sana semua manusia akan di siksa berdasarkan kesalahan-kesalahan yang telah mereka lakukan semasa hayatnya di dunia.

Di neraka tidak ada setitik air pun yang dapat dirasa oleh manusia-manusia malang ketika menjalani siksaan pedih di dalam neraka. Keadaan di sekeliling neraka penuh dengan berbagai-bagai azab yang berupa api yang marak menjulang dengan hawanya yang seribu kali lebih panas dari mana-mana api yang terdapat di dunia ini. 


Dengan kala jengking, kala, lipan,ular dan lain-lain akan menyerang dan menggigit ahli-ahli neraka.

Setelah cukup tempoh atau jangkamasa siksaan, maka umat manusia akan dibebaskan dari neraka. Sebaik saja mereka keluar mereka akan  terasa betapa nikmatnya setelah dapat meneguk ‘air kautsar’ pemberian dari anak-anak kecil mereka yang telah sekian lama menanti pembebasan ibu bapa mereka dari dalam neraka itu.

Sebaik saja air itu masuk ke kerongkongan, seluruh tubuh mereka akan terasa segar dengan serta merta, lalu ibu bapa itu memeluk tubuh mereka akan maisng-masing dengan tangisan yang tidak terhingga serta penuh dengan penyesalan.

RASULULLAH S.A.W. yang telah menganugerahkan syafaat baginda kepada umat-umatnya yang tersiksa di neraka melihat peristiwa itu dengan hati yang amat terharu.
Kini tibalah masanya bagi bekas banduan-banduan neraka itu dipimpin masuk ke dalam syurga  untuk menikmati suatu kehidupan paling bahagia yang berkekalan.

Telaga Bahrul Hayat
Tetapi bagaimana mereka hendak menuju ke syurga dalam keadaan rupa masing-masing yang hitam legam akibat bakaran api neraka selama ini. Dalam keadaa yang begini ALLAH akan menitahkan malaikat Jibril menyuruh bekas-bekas banduan neraka itu membersihkan tubuh mereka dengan menyelam di dalam telaga khas yang dipanggil “Bahrul Hayat’.

Setelah mendapat perintah daripada malaikat Jibril, maka berlumba-lumbalah bekas banduan neraka itu terjun ke dalam telaga “Bahrul Hayat’ untuk membersihkan diri masing-masing sebelum berangkat menuju ke syurga. Selepas puas membersihkan diri maka keluarlah bekas-bekas BANDUAN NERAKA ITU DARI DALAM TELAGA TERSEBUT. ALANGKAH TERPERANJATNYA MEREKA BILA MENDAPATI tubuh masing-masing kini bertukar menjadi paling cantik, tampan dan indah sekali dan jauh lebih indah dan menarik dari bentuk wajah dan tubuh  mereka ketika zaman muda di dunia dahulu.

Inilah hadiah daripada ALLAH untuk tetamu-tetamu taman syurga di hari akhirat nanti di mana manusia yang mati dalam rupa yang paling hodoh berkedut dan berbagai lagi ketika di dunia dulu bertukar menjadi paling tampan dan menarik apabila di masukkan di dalam syurga kelak.

Kemudian mereka diberi persalinan pakaian yang lengkap dan indah, iaitu pakaian yang disediakan untuk penghuni-penghuni syurga. Lalu mereka berjalan dengan diiringi oleh anak-anak kecil masing-masing menuju ke taman syurga dengan hati yang penuh gembira.

Mendengar suara manusia yang ramai itu berhampiran dengan pintu syurga maka berduyun-duyunlah penduduk syurga keluar ke pintu tersebut untuk mwnywmbut bekas-bekas banduan neraka yang telah  dibebaskan.

Akan tetapi bekas-bekas banduan neraka yang ramai itu berasa amat malu untuk mendekati syurga kerana penduduk taman itu jauh lebih hebat dan cantik dari mereka. Mereka terasa amat malu kerana di dahi mereka masing-masing terdekat tanda tertulis kalimah ’Bekas banduan neraka’.

Rasulullah Bermunajat
Perkara ini segera diadukan oleh penduduk syurga kepada RASULULLAH S.A.W. dengan berkata:
“Wahai RASULULLAH, umatmu yang telah engkau syafaatkan dan bebaskan dari neraka terasa amat malu untuk mendampingi kami kerana terdapat tanda pada dahi masing-masing yang membezakan antara kami dengan mereka. Engkau mintalah kepada  ALLAH S.W.T supaya dihilangkan  tanda hitam itu dari dahi mereka supaya senang mereka bergaul dengan kami dan menjadi ahli-ahli syurga yang tidak terbatas”.

RASULULLAH S.A.W. pun segera bermunajat di hadrat ALLAH S.W.T. dan meminta ALLAH membersihkan tanda hitam di dahi bekas-bekas banduan neraka itu.

Permintaan RASULULLAH diperkenankan oleh ALLAH S.W.T. yang kemudian memerintahkan kepada malaikat Jibril menghantar sebiji telur kepada setiap bekas banduan yang akan memasuki syurga itu untuk menghilangkan tanda hitam di dahi mereka.

Bekas banduan itu terlalu gembira apabila diperintahkan supaya  membersihkan tanda hita tersebut. Dan setelah menyapu putih telur bersama bedak ke dahi masing-masing lalu hilanglah tanda-tanda hitam itu buat selama-lamanya.

Apabila tanda itu sudah tiada maka bekas-bekas banduan neraka itu diberi persalinan yang lain pula oleh malaikat Jibril sbelum mereka dihantar masuk menikmati kehidupan syurga yang penuh dengan nikmat dan kemewahan.

Setelah semuanya selesai mereka pun dipimpin masuk ke taman syurga itu, kemudian datanglah semua penduduk syurga menyambut tetamu-tetamu baru itu dengan hati yang amat gembira.

Kini tinggallah bekas-bekas banduan neraka itu di taman syurga bersama dengan lain-lain ahli syurga  yang terhadulu dari mereka untuk selama-lamanya tanpa suasana sedih dan menderita lagi seperti ketika mereka di siksa di dalam neraka dahulu.

Sumber: Kisah-Kisah Benar

KISAH ASAL USUL AZAN



ABDULLAH bin ‘Umar r.a. berkata:” Sewaktu kaum muslimin tiba tidak beberapa lama di Madinah, mereka berkumpul beramai-ramai untuk mengerjakan sholat.  

Oleh kerana di waktu itu belum lagi ada satu cara pun untuk memanggil orang mengerjakan solat, lalu mereka pun bermusyawarah membicarakan tentang cara hendak memberitahu orang bahawa telah sampai waktu solat.

Dalam masa bermusyawarah itu ada orang yang mencadangkan supaya dibunyikan loceng seperti yang dilakukan oleh orang-orang Nasarani, dan ada pula orang yang mencadangkan supaya meniup seruling seperti yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi”.

ABDULLAH bin ‘Umar r.a. berkata lagi : “Setelah mendengar  cadangan dari beberapa orang maka Umar r.a. berkata:”Kenapa kita tidak suruh seseorang untuk mengajak mengerjakan solat?”. Setelah Rasulullah s.a.w. mendengar berbagai-bagai cadangan, maka Rasulullah s.a.w. pun berkata kepada Bilal r.a.: “Wahai BILAL ! Berdirilah kamu dan panggil orang untuk mengerjakan solat”.

Rasululllah s.a.w. mengajarkan cara azan yang berbunyi berikut:
Allahu Akhbar ,Allahu Akhbar,
Asyhadu alla ilaaha illallah. Asyhadu alla ilaaha illallah
Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Asyhadu  anna Muhammadar Rasulullah.
Hanyya ‘alash shalah. Hayya ‘alash shalah.
Hayya ‘alal falah. Hayya ‘alal falah.
Allahu Akbar. Allahu Akbar.
Laa ilaaha illallah”.

Jumaat, 16 Disember 2011

TANDA AMALAN YANG IKHLAS

Sumber: http://dirihamba.blogspot.com

FIRMAN Allah Taala bermaksud: “Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mendirikan solat serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar”.
– Surah al-Bayyinah, ayat 5

Menerusi ayat di atas, Allah SWT memerintahkan supaya setiap orang mengikhlaskan hidupnya semata-mata kepada Allah Taala. Ia digambarkan melalui dua bentuk ibadat khusus iaitu solat sebagai hubungan antara manusia dengan Allah dan ibadat zakat yang menghubungkan antara manusia dengan manusia.

Ertinya segala aktiviti hidup seorang Muslim hendaklah ikhlas kerana Allah Taala. Dengan demikian, ikhlas dalam konteks sebagai seorang Muslim bermaksud ia mestilah mengharapkan keredaan Allah dan ganjaran pahala daripada-Nya.  Justeru itu, segala kata-kata,amal perbuatan dan jihad perjuangannya tidak mengambil kira sebarang keuntungan, kemegahan, gelaran mahupun kedudukan tinggi. Baginya, syarat amalan yang diterima Allah ialah niat yang ikhlas dan bertepatan dengan syariat dan sunah Nabi Muhammad SAW.

Dalam hal ini, ulama telah menggariskan tanda-tanda ikhlas itu kepada beberapa perkara sebagai berikut:
Pertama, takutkan kemasyhuran dan sanjungan yang boleh membawa kepada fitnah sama ada kepada dirinya mahupun agamanya, terutama sekiranya ia seorang yang berkebolehan. Kerana ia yakin bahawa Allah menerima sesuatu amalan itu berdasarkan batin, bukan lahirnya semata-mata.

Kedua, orang yang ikhlas sentiasa menganggap dirinya cuai terhadap Allah, lalai dalam melaksanakan ibadat, tidak dapat mengawal hati daripada dimasuki sifat bangga diri, sombong dan kagum dengan diri sendiri.
Ketiga, lebih suka melakukan amalan atau kerja secara sembunyi daripada diiklankan dan mencari populariti.
Dalam konteks sebuah organisasi, ia lebih suka menjadi tunjang pokok walaupun tiada yang nampak kerana berada dalam perut bumi, namun ia adalah asas bagi pokok itu hidup, tegak dan kuat.

Keempat, baginya sama saja berkerja sebagai pemimpin atau pengikut, selagi kedua-duanya adalah berkhidmat untuk agama. Hatinya tidak dapat dipengaruhi perasaan cinta untuk muncul ke depan atau berada di barisan hadapan.

Kelima, tidak menghiraukan kepuasan hati manusia sekiranya ia membawa kepada kemurkaan Allah Taala.

Keenam, suka atau bencinya, memberi atau menolaknya,rela atau marahnya, semuanya kerana Allah Taala dan agamanya.

Ketujuh, ia tidak bersifat malas, lemah disebabkan perjalanan yang jauh, lambat dapat memetik hasil dan lambat mencapai kejayaan
.
Kelapan, gembira dengan kemunculan orang yang berkelayakan dalam barisan perjuangan bersamanya.

Dalam al-Quran, Allah SWT menegaskan bahawa syaitan sama sekali tidak mampu menguasai orang yang bersifat ikhlas, sebagaimana firman-Nya bermaksud: “Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya,kecuali hamba-hamba Engkau yang ikhlas di antara mereka”. – Surah al-Hijr, ayat 39-40

Al-Fudhail bin Iyadh, seorang ulama terkenal ketika mendengar firman Allah yang bermaksud: “(Allah) Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu,siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun”. 
Surah al-Mulk,ayat 2,
 lalu berkata: Sebaik-baik amal itu ialah yang paling ikhlas dan yang paling betul.

Kemudian ia ditanya: “Bagaimana yang paling ikhlas dan betul itu ? Jawabnya: sesuatu amal itu sekiranya ia ikhlas tetapi tidak betul, maka ia tidak diterima, dan sekiranya ia betul tetapi tidak ikhlas juga, maka ia tidak diterima. Jadi, ia hendaklah memiliki kedua-dua sekali iaitu ikhlas dan betul.

Ikhlas hanya semata-mata kerana Allah dan betul pula mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW. Kemudian beliaumembaca firman Allah Taala bermaksud: “Barang siapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amal salih dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya”. – Surah al-Kahf, ayat 110.

Wassaalam

TANDA ORANG YANG BENAR-BENAR DALAM SYARIAT



·         BENAR-BENAR MENGENAL ALLAH [ YAKNI MEMAHAMI BENAR TAUHID DAN MANTAP IMAN KEYAKINANNYA KEPADA ALLAH]
·         MENJAGA BENAR-BENAR PERINTAH ALLAH
·         BERPEGANG TEGUH PADA SUNNATURRASUL SAW
·         SELALU BERWUDUK [ YAKNI BILA BERHADAS, SEGERA MEMPERBAHARUI WUDUK]
·         RELA MENERIMA HUKUM QADHA ALLAH DALAM SUKA DAN DUKA
·         YAKIN TERHADAP SEMUA JANJI ALLAH
·         PUTUS HARAPAN DARI SEGALA YANG ADA PADA TANGAN MAKHLUK [MANUSIA]
·         TABAH, SABAR MENANGGUNG BERBAGAI DERITA DAN GANGGUAN ORANG
·         RAJIN MENTAATI PERINTAH ALLAH
·         KASIH SAYANG TERHADAP SEMUA MAKHLUK ALLAH
·         TAWADHU’ MERENDAH DIRI TERHADAP YANG LEBIH TUA, ATAU LEBIH MUDA
·         MENYEDARI SELALU BAHAWA SYAITAN ITU MUSUH YANG UTAMA

Khamis, 15 Disember 2011

PESANAN BUNG HAMKA 4



§  “Kenal akan keindahan dan sanggup menyatakan keindahan itu kepada orang lain adalah bahagia.”

§  “Dalam seni bahasa kita, adalah ‘kunci’ kata-kata itu yang harus diperhatikan. Di sinilah terletak halusnya, walaupun hanya empat atau lima baris.”

§  “Kita harus yakin bahawa apa yang ditentukan oleh Allah buat kita, itulah yang terbaik.”

§  “Tidak semua orang yang menolak kebenaran itu tidak tahu bahawa yang ditolakkanya itu benar.”

§  “Yang menjadi ketua pemerintah ialah kebenaran, yang menjadi hakim yang paling berkuasa ialah keadilan.”

§  “TIGA rukun yang benar dan perlu dalam mencapai utama iaitu dengan tabiat, dengan pengalaman dan dengan pelajaran. Adapun musuh yang sentiasa menghalangi manusia mencapai keutamaan ialah hawa-nafsu yang menyebabkan marah dan  dengki.”

§  “Manusia mempunyai batas kekuatan sedangkan kebenaran tidak dapat  dibatasi.”

§  “Katakanlah yang benar dan adil, sebab benar dan adil adalah  satu.”

§  “Kesombongan tidak dapat bertahan di hadapan kesombongan.”

§  “Bangsa yang merampas hak bangsa lain atau orang yang memperhambakan sesama manusia telah melakukan kesalahan. Tetapi kesalahan tidak boleh ditimpakan kepada si gagah sahaja. Yang dijajah dan ditindas atau diperhamba turut bersalah. Mengapa mahu dijajah? Orang lain tidak dapat menolong kalau yang dijajah telah menggalangkan batang leher sendiri untuk disembelih.”

PESANAN BUNG HAMKA 3


§  “Kepercayaan kepada Tuhan itu telah ada dalam lubuk jiwa manusia, tetapi kepercayaan tentang adanya Allah itu belum menjadi jaminan bahawa orang itu tidak sesat.”

§  “Kepercayaan-Kepercayaan agama menjelaskan bahawa manusia makhluk yang termulia darjatnya dalam alam. Penganut-penganut tiap-tiap agama mempercayai bahawa penganut agamalah yang paling mulia.”

§  “Walau bagaimana alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal.”

§   ‘AKAL ialah anugerah Tuhan kepada makhluk yang dipilih-NYA, iaitu manusia. Akal tidak diberikan semata-mata. Ia perlu  dituntun (dipandu).”

§  “Salah satu tugas agama ialah memelihara akal. Memelihara akal ialah dengan jalan menambah ilmu melatih diri berfikir, merenungkannya.”

§  “Hawa nafsu membawa kesesatan dan tidak berpedoman dan akal menjadi pedoman menuju keutamaan. Hawa nafsu menyuruh mengelamun, berangan-angan, tetapi akal menyuruh  menimbang.”

§  “Anak adalah untuk zaman yang akan datang, bukan untuk zaman kita. Salahlah pendidikan orang tua yang hendak memperbuat anaknya seperti mereka juga.”

§  “Sewaktu kecil anak-anak lelaki menjadi perhiasan mata kerana lucunya, kerana dia tumpuan harapan, maka setelah dia besar, dia menjadi kebanggaan kerana kejayaan hidupnya.’

§  “IKHLAS dan sejati akan bertemu dalam senyuman anak kecil, senyum yang sebenarnya senyum, senyum yang tidak disertai apa-apa.”

§  “Tahan menderita kepahitan hidup sehingga penderitaan menjadi kekayaan adalah  bahagia.”

PESANAN BUNG HAMKA 2



Ø  “Adil ialah menimbang yang sama berat, menyalahkan yang salah dan membenarkan yang benar, mengembalikan hak yang empunya dan jangan berlaku zalim ke atasnya.”

Ø  “Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian.”

Ø  “Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah. Kaya dan miskin di hadapan keadilan adalah sama.”

Ø  “Berkisar dan berpaling dari keadilan kerana dorongan hawa nafsu hanyalah mempersulitkan diri sendiri.”

Ø  Adil dalam budi pekerti ialah perangai iffah. Adil menghadapi lawan ialah memakai perangai syajaah. Adil dalam pergaulan ialah menghindarkan lengah dan lalai. Adil dalam masyarakat ialah menenggelamkan kepentingan diri sendiri ke arah masyarakat bersama.

Ø  “Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak. Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai. Ilmu untuk bendanya dan agama untuk  jiwanya.”

Ø  “Perhatian kepada agama pada zaman ini sudah jauh lebih maju daripada yang sudah-sudah. Di samping kejahatan yang bermaharajalela, keinsafan kepada agama sudah mulai tegak. Di mana-mana orang mengadakan pengajian kerana hendak mengetahui ajaran-ajaran agama.”

Ø  “Agama tidak melarang sesuatu perbuatan kalau perbuatan itu tidak merosak jiwa. Agama tidak menyuruh, kalau suruhan tidak membawa selamat dan bahagia jiwa.”

Ø  “Maksud agama ialah merentangkan jalan, manakala fikiran ialah membanding dan menimbang.”

Ø  “EMPAT sifat yang ditimbulkan oleh agama, iaitu perasaan malu iaitu enggan mendekati suatu yang tercela, boleh dipercayai dalam pergaulan hidup (amanah), benar dan jujur.”

PESANAN BUNG HAMKA



·      “Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, BUKAN terletak pada wajah dan  pakaiannya.”

·         “Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang  keras.”

·         “Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkah-laku dan akal budinya.”

·         “Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip  manfaatnya.”

·         “Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja. Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir. Dengan jalan menambah kecerdasan akal, bertambah murnilah kemerdekaan  berfikir.”

·         “Dalam medan hidup, ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan. Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh, dengan kesempurnaan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab  dan budi.”

·         Kata Hukama: “ Hendaklah  adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya, belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkannya.”

·         “Mengikut adab kesopanan, tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui, bukanlah orang yang patut dihormati.”

·         “Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain, walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan  keyakinan itu.”

·         “Bagaimana juapun, kita hidup mesti beradat, dihapus adat lama pasti timbul adat  baru.”

Follow by Email