DOA -doa Ku... Ya Allah....

... اشهد ان لا إله إلا الله وأشهد ان محمد رسول الله .....YA ALLAH...AMPUNKAN AKU ....Bimbinglah Aku di jalan -MU.. TETAPKAN AKU DALAM KASIH SAYANGMU, ......AMPUNKAN SEGALA KESALAHAN dan DOSA-DOSAKU..DOSA DAN KESALAHAN KEDUA IBU BAPAKU..DAN SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT....KUMPULKAN AKU BERSAMA PARA NABI DAN RASUL...YA ALLAH ...KEKALKAN AKU DAN KETURUNANKU DALAM ISLAM DAN BERIMAN KEPADAMU....YA ALLAH.YA ALLAH, HIDUPKAN AKU DALAM KEADAAN MERENDAH DIRI, MATIKAN AKU DALAM KEADAAN MERENDAH DIRI DAN BANGKITKAN AKU (PADA HARI QIAMAT) DI DALAM GOLONGAN ORANG-ORANG YANG MERENDAH DIRI.. استغفر الله العظيم ASTAGFIRULLAHALAZZIM....سبحان الله...SUBHANALLAH ...الحمد لله..ALHAMDULILLAH...الله أكبر..ALLAHUAKHBAR.....ALLAHUMA SOLLIALA SAYIDINA MUHAMMAD....WAALA ALIMUHAMMAD..........

Khamis, 29 Mac 2012

RENUNGAN BERSAMA....


Assalamualaikum guys.. Sekadar renungan untuk kita hayati pesanan dari Rasulullah SAW.. Nota ini aku kongsikan dari sahabat kita Pak Wan Rashid melalui FB. Terima kasih atas perkongsian yang sangat bagus utuk kita amalkan... Jom guys

Sekadar renungan bersama...
  • Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
  • Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  • Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki susahnak masuk kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat.
  • Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
  • Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
  • Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  • Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  • Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
  • Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
  • Jangan mengumpat sesama rakan taulan.Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
  • Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
  • Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
  • Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
  • Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
  • Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
  • Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
  • Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. 

Nota
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.Sabda Rasulullah SAW - "Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71)

P.S. Itukan.. Setiap apa yang diperintahkan oleh Allah kepada hamba-Nya ada kebaikkan dan melanggarnya ada keburukkan.. Meh kita pesan2 pada semua..

Selasa, 27 Mac 2012

ADAB MENYIKAT RAMBUT



Rasulullah s.a.w.melarang menyikat rambut di dalam kamar mandi kerana perbuatan itu melemahkan umbi rambut.
Seseorang itu hendaklah duduk ketika bersikat kera ia akan menguatkan otot jantung dan elak daripada melakukannya secara berdiri sebab ia akan melemahkan jantung.
Seseorang yang bersikat ketika berdiri akan terjebak dalam masalah hutang.
Adalaha makruh menggunakan sikat yang diperbuat daripada perak atau bersadurkan perak.

Sumber: http://apodahjadi.blogspot.com

Apo Dah Jadi: BULAN TERBELAH DUA: MUKJIZAT NABI MUHAMMAD DIBUKTI...


Jumaat, 23 Mac 2012

Bersandarkan Hanya Kerana Allah

Hadith :  Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya:“Tidak ada sesuatu yang paling disukai Allah SWT selain daripada dua titisan dan dua kesan. Dua titisan itu ialah titisan air mata yang keluar kerana takutkan Allah SWT dan titisan darah yang tumpah di dalam perjuangan di jalan Allah. Manakala dua kesan ialah kesan berjuang di jalan Allah SWT dan kesan kerana menunaikan kefardhuan yang telah difardhukan oleh Allah.” 
(at-Tirmidzi)
Huraian
1. Sesungguhnya semua amal tergantung pada niat dan amal yang sedikit tetapi dikerjakan dengan ikhlas adalah lebih baik daripada amal yang banyak tetapi tidak ikhlas.
2. Sifat taqwa merupakan benteng yang menjadikan seseorang itu merasa dekat dengan tuhannya tanpa mengira situasi apapun ia berada sama ada di dalam kelopok orang ramai atau bersendirian. Setiap perlakuannya dipersembahkan kerana Allah. 

3. Seorang ahli hikmah berkata” Contoh orang yang beramal dengan riyaa' atau sum'ah itu adalah bagaikan orang yang keluar ke pasar dan mengisi poketnya dengan batu, sehinggakan semua orang yang melihat poketnya berasa kagum dan berkata: "Alangkah banyaknya wang orang itu.", tetapi sebenarnya dia sama sekali tidak berwang kerana tidak dapat membeli apa-apa dengan batu tersebut tetapi hanya sekadar mendapat pujian orang semata. Demikian juga orang yang beramal dengan riyaa' sum'ah, tidak ada pahalanya di akirat kelak

.4. Ali bin Abi Talib r.a. berkata: "Tanda orang yang riyaa' itu ada empat iaitu malas jika bersendirian, dan tangkas jika di hadapan orang, dan menambah amalnya jika dipuji, dan menguranginya jika dicela.”

5. Tanda-tanda keikhlasan iman kepada Allah itu banyak. Di antaranya ialah seseorang itu akan menangis kerana menyesali dosa-dosa yang telah dilakukannya dan menangis kerana takutkan siksaan Allah. Dan seseorang itu akan berani dalam berjihad menegakkan agama Allah hingga sanggup menghadapi kecedaraan malah menempuh syahid kerana Allah dan seseorang itu akan sabar dan tekun (khusyuk) dalam menjalankan ketaatan kepada Allah hingga terdapat kesan-kesan lebam di dahi dan anggota badannya. Semua ini merupakan ciri-ciri orang yang benar-benar beriman di mana ganjaran daripada perbuatan tersebut amat besar pahalanya di sisi Allah SWT dan diberi ganjaran di hari akhirat kelak. 

TANGISAN YANG DIBENARKAN DALAM ISLAM

Gambar hiasan

Pendahuluan

Manusia mempunyai perasaan suka, duka, tawa dan hiba dan sebagainya. Perasaan sedih adakalanya timbul akibat dari gangguan emosi. Justeru itu apabila keadaan ini berlaku, manusia dengan mudah menitiskan air mata. Ada yang beranggapan apabila seseorang itu menangis, ia merupakan suatu tindakan yang lemah dan tidak menurut ajaran Islam. Anggapan ini sebenarnya tidak tepat kerana Islam sendiri telah menggariskan tangisan yang dilarang dan dibenarkan.

Tangisan boleh dibahagikan kepada dua iaitu tangisan yang berbentuk negatif dan tangisan yang berbentuk positif. Tangisan yang dilarang dalam Islam ialah tangisan yang berbentuk negatif seperti meraung dan melolong dengan sekuat hati apabila menerima atau meratapi kematian. Tangisan seumpama ini bukan sahaja dipandang negatif kepada orang yang melakukannya tetapi juga mayat yang di ratapinya itu juga turut tersiksa.

Berbeza dengan tangisan positif iaitu tangisan yang dikatakan mulia, ia terjadi kerana cinta dan takut kepada Allah S.W.T.

Seorang ulama’ pernah berkata "untuk menangis kerana takut kepada Allah sehingga air mataku menitis, adalah lebih aku suka daripada aku bersedekah emas seberat badanku. Kerana tidak seorang pun yang menangis kerana takut kepada Allah kerana sehingga setitis air matanya mengalir jatuh ke atas bumi, kecuali api neraka takkan menyentuhnya."

Antara tangisan atau titisan air mata yang dikatakan positif, mulia dan harus dalam Islam adalah seperti berikut.

Tangisan Kesyukuran 
Orang-orang yang beriman dan bertaqwa akan sentiasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah SWT, mereka sama sekali tidak pernah mengeluh malah sentiasa redha dengan apa yang mereka terima. Oleh sebab itu kita dapati orang-orang sebegini adakalanya sampai menitiskan air mata apabila menerima rahmat dan nikmat-nikmat tersebut.

Sebagai contoh yang diriwayatkan oleh Anas bahawa Rasulullah SAW berkata kepada Ubay bin Ka’ab yang mafhumnya " Allah menyuruh membacakan kepadamu surah Al-Baiyinah ayat 1:
Maksudnya: Orang-orang kafir yakni ahli kitab dan orang-orang musyrik (mengatakan bahawa mereka) tidak akan meninggalkan (agamanya) sebelum datang kepada mereka bukti yang nyata"
Ubay bertanya ; " Apakah Allah menyebut namaku?" Jawab nabi "ya" lalu menangislah Ubay(kerana mendengar berita gembira itu) Ayat ini memperkatakan pendirian kaum Yahudi dan Nasrani terhadap seruan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul yang telah menerangkaan kepada mereka agama yang telah dibawa olehnya iaitu Agama Islam. Mereka kenal Nabi yang bakal diutus sebagai Nabi akhir zaman, tetapi setelah Nabi Muhammad dibangkitkan mereka tidak percaya malah tidak mahu beriman.

Tangisan Penyelesaian 
Tangisan penyesalan biasanya terjadi apabila seseorang yang telah melakukan dosa, menyedari dan menyesali perbuatannya dengan bersungguh-sungguh. Maka penyesalan itu timbul rasa sedih yang mendalam, yang akhirnya menitiskan air mata. Tangisan yang sedemikian timbul akibat wujudnya rasa kesedaran dan rasa takut kepada Allah SWT
" Maka hendaklah mereka sedikit tertawa dan banyak menangis. Sebagai pembalasan dari apa yang telah mereka kerjakan"

Tangisan Akibat Rasa Keimanan Yang Menebal
Iman yang bersemi dalam hati akan terus subur dan mekar, apatah lagi keimanan yang kukuh dan padu itu apabila disirami pula dengan ayat-ayat suci Al-Quran, ia akan bertambah mantap sehingga boleh menyebabkan seseorang itu menitiskan air mata. Tangisan sebegini merupakan tangisan yang tinggi nilainya kerana merupakan campuran antara rasa keimanan yang amat mendalam. Hal ini telah dijelaskan oleh Allah SWT didalam firmannya Surah Maryam ayat 58:
maksudnya "Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Tuhan Yang Pemurah, mereka tunduk bersujud dan menangis"

Tangisan Kerana Kesyukuran
Tangisan itu boleh terjadi apabila seseorang itu khusuk dalam beribadat. Air mata yang menitis itu bukan kerana perasaan sedih, tetapi kerana menyedari betapa diri yang begitu kerdil ketika berhadapan dengan penciptaNya.

Dikatakan orang yang mencapai tahap kekhusukan itu termasuklah salah satu dari tujuh golongan yang memperolehi keistimewaan pada hari qiamat seperti sabda Rasulullah SAW diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:

Maksudnya " Tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah SWT pada hari dimana tidak ada naungan kecuali naungaNya: Imam yang adil, pemuda yang dibesarkan dalam beribadat kepada Allah, orang yang hatinya selalu rindu pada masjid, dua orang yang berkasih sayang semata-mata kerana Allah iaitu berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah. Seorang lelaki yang diajak berzina oleh wanita bangsawan dan rupawan lalu ditolaknya dengan ucapan "aku takut kepada Allah", seorang yang bersedekah yang dirahsiakan sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang dilakukan oleh tangan kanannya dan akhir sekali seorang yang berzikir kepada Allah dalam keadaan menyendiri lalu menitiskan air matanya".

Tangisan Kerana Bimbang Terputusnya Rahmat Allah SWT
Suatu hal yang menyedihkan dan amat dikhuatiri oleh orang-orang yang beriman adalah terputusnya rahmat kebajikan dan rahmat Allah SWT. Apabila keadaan ini berlaku ianya boleh merobohkan suasana hati dan perasaan sehingga menjadi sedih dan terharu.

Sebagai contoh pada suatu hari sesudah Rasulullah SAW wafat Abu Bakar r.a mengajak Umar r.a ke rumah Ummu Aiman seperti mana Rasulullah SAW semasa hayatnya sering menziarahinya. Ketika sampai di rumah Ummu Aiman, tiba-tiba Ummu Aiman menangis. Kedua-duanya bertanya, " Apakah yang menyebabkan kamu menangis"? Tidakkah engkau tahu bahawa yang tersedia di sisi Allah untuk Rasulullah jauh lebih baik. "Ummu Aiman menjawab, " Aku tidak menangis kerana itu melainkan kerana wahyu dari langit telah terputus (terhenti) " kata-kata Ummu Aiman itu ternyata mengharukan Abu Bakar dan Umar, lalu kedua-duanya turut menangis.

Tangisan Apabila Menemukan Kebenaran
Adakalanya air mata seseorang itu akan menitis apabila ia menemukan kebenaran setelah sekian lama hanyut dalam kesesatan. Orang sebegini tanpa segan silu akan menangis dan tangisannya bukan kerana rasa sedih tetapi kerana terlalu gembira dengan penemuan itu. Sebagai contoh hal ini pernah terjadi kepada segolongan pendeta apabila mengetahui Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah SAW merupakan kebenaran dari Allah SWT seperti firmannya dalam Surah Al -Maidah ayat 83-84.

Maksudnya: "Dan apabila mereka itu (segolongan pendeta) mendengar apa-apa yang diturunkan kepada Rasul, engkau akan lihat mereka menitiskan air matanya, lantaran mengetahui kebenaran (seraya) mereka berkata "Hai Tuhan Kami! Kami telah beriman. Oleh kerana itu catatlah kami dalam golongan orang-orang yang menyaksikan. Dan tidak patut kami tidak beriman kepada Allah dan kepada kebenaran yang datang kepada kami, pada hal ini kami ingin supaya Tuhan kami memasukkan kami bersama kaum-kaum yang soleh."

Kesimpulan
Berdasarkan huraian di atas jelaslah tangisan yang positif mempunyai keutamaan disisi Islam sehinggakan tangisan seumpama itu boleh mendatangkan manfaat. Ini kerana orang yang menitiskan air mata kerana Allah, sebenarnya merupakan orang yang cukup tinggi rasa keimanan dan takwanya seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Termidzi bermaksud "Kami datang kepada Rasulullah SAW sedang baginda menunaikan solat. Maka terdengar nafas tangisnya bagaikan suara air mendidih dalam bejana"

Sebagai kesimpulan, marilah kita renungi kata-kata seorang ulama tentang kemuliaan tangisan yang positif. Katanya: "Sucikanlah empat perkara pada setiap masa: pertama cucilah wajahmu dengan air matamu, kedua cucilah lidahmu dengan berzikir kepad Allah, ketiga cucilah hatimu dengan rasa takut kepada Tuhanmu dan akhir sekali cucilah dosa-dosamu dengan bertaubat kepada Allah"



AIR MATA KERANA TAKUTKAN ALLAH


Daripada Ibnu Abbas RA. Nabi SAW bersabda : Dua mata yang tidak disentuh oleh api neraka : “ Mata yang menangis kerana ALLAH, dan mata yang berjaga malam mengawal dijalan ALLAH. “ 
( Riwayat Tirmizi ) 
ULASAN HADIS : 
  1. Air mata termahal daripada dunia adalah disebabkan takut atas keagunganNya dan bersekang mata kerana melakukan kerja-kerja amal untuk ALLAH. Namun pada kebiasaannya, kita menangis kerana sedih teringat diri merantau jauh daripada keluarga atau ingat kepada orang dikasihi yang sudah kembali ke rahmatullah. 
  2. Menangis kerana sesuatu musibah atau nikmat adalah fitrah manusia. Bagaimanapun juga, air mata yang termahal nilainya daripada dunia dan segala isinya adalah air mata yang jatuh demi mengingati ALLAH sama ada kerana tunduk dan syukur kepadaNya atau disebabkan cemas dan takut atas keagunganNya. 
  3. Kita sedar kelemahan diri yang sentiasa terbelenggu oleh tipu helah kesenangan duniawi tetapi bukan bermakna kita menyerah kalah. Jika terlalai, maka cepat-cepatlah beringat, jika tersesat mulakan langkah baru.
  4. Insan mana yang tidak pernah tenggelam dan karam oleh hawa nafsunya. Keinginan beribadah dan memuaskan hawa nafsu sentiasa berperang dalam diri manusia, hanya ALLAH yang mampu menyelamatkan kita daripada kesesatan. 
  5. Justeru itu, marilah sama-sama kita menginsafi diri kita. Pertingkatkan amalan kita agar kembali bertemu ALLAH dengan sebaik-baik persediaan. 
Wallahua'lam

Ahad, 18 Mac 2012

Sara kaji Islam sebelum syahadah


MEMBACA al-Quran merupakan satu sumber yang membuka
 pintu hati Sara kepada Islam. - Gambar hiasan
 
Susunan ZUARIDA MOHYIN

MEMBACA al-Quran merupakan satu sumber yang membuka pintu hati Sara kepada Islam. - Gambar hiasan

IBU bapa saya mengatakan bahawa orang Islam itu berperangai buruk, pengganas dan suka menyeksa orang lain. Jadi pandangan saya tentang Islam adalah negatif.

Rupa-rupanya saya silap! Pertama kali saya mendengar tentang Islam ialah kira-kira tiga tahun yang lalu. Pada waktu itu saya berada di sebuah sekolah menengah dan ramai di kalangan teman-teman sekolah saya adalah orang Islam.

"Mereka sangat baik, peramah dan mengambil berat. Ada sekali itu, saya terdengar mereka bercerita tentang Tuhan mereka. Secara curi-curi dengan, saya dapati mereka sangat menyayangi agama mereka.

"Bermula dari situ, saya mula berminat untuk mengenali siapa tuhan bagi orang Islam. Lantas, saya mula mencarinya menerusi bahan-bahan bacaan dan menerusi Internet. Saya terkesima apabila mendapati bahawa apa yang disentuh di dalam Islam itu diterima akal belaka."

Itu cerita Sara membuka bicara detik awal yang membawa kepada Islam.

Mungkin ramai yang berasa pelik pada usia 11 tahun Sara sudah mula mencari maklumat tentang agama. Sedangkan lumrah remaja seusianya hal berkaitan agama langsung tidak pernah diendahkan.

Namun, akui Sara, oleh kerana dia dibesarkan dalam pegangan agama Kristian yang kuat, tidak hairlanlah pada usia muda dia telah mula mengkaji pelbagai agama, sebelum mengambil keputusan untuk memilih pegangan agama yang dirasakan betul dan benar.

Malah dia pernah diajukan persoalan tentang pandangan ramai yang beranggapan wanita Islam sentiasa ditindas dan perlu dibebaskan.

Semua itu adalah salah belaka kerana katanya, wanita Islam jauh lebih bebas dan ada hak-hak mereka yang jelas.

Malah dalam al-Quran sendiri ada beberapa surah khas buat kaum Hawa.

"Yang sebenarnya, ramai yang tidak perasan atau mungkin tidak tahu bahawa wanita Barat adalah golongan yang lebih ditindas secara rela. Kenapa saya kata begitu? Kerana mereka terang-terangan telah dipotretkan sebagai simbol seks.

"Lantas, mereka terpaksa menggunakan aset tersebut untuk mencapai pelbagai matlamat dalam hidup. Yang mana hakikatnya, ini merupakan sesuatu yang jelas satu penghinaan kepada kaum wanita. Apabila datangnya Islam, wanita itu telah dipelihara hak-hak mereka," jelas Sara yang masih merahsiakan pengislaman diri daripada pengetahuan kedua-dua orang tuanya.

Kata Sara lagi, dia mungkin berbuat demikian kerana masih dibelenggu dengan perasaan takut dengan pelbagai kemungkinan yang bakal dihadapi sekiranya rahsia yang disimpan itu bocor.

"Saya akan memberitahu mereka bila tiba masa yang sesuai. Buat masa ini saya rasa lebih selesa dan selamat jika mereka tidak mengetahuinya. Tetapi apabila mereka tahu, saya pasti akan bertudung selepas itu."




Sara kaji Islam sebelum syahadah
Susunan ZUARIDA MOHYIN
MEMBACA al-Quran merupakan satu sumber yang membuka pintu hati Sara kepada Islam. - Gambar hiasan
IBU bapa saya mengatakan bahawa orang Islam itu berperangai buruk, pengganas dan suka menyeksa orang lain. Jadi pandangan saya tentang Islam adalah negatif.
Rupa-rupanya saya silap! Pertama kali saya mendengar tentang Islam ialah kira-kira tiga tahun yang lalu. Pada waktu itu saya berada di sebuah sekolah menengah dan ramai di kalangan teman-teman sekolah saya adalah orang Islam.
"Mereka sangat baik, peramah dan mengambil berat. Ada sekali itu, saya terdengar mereka bercerita tentang Tuhan mereka. Secara curi-curi dengan, saya dapati mereka sangat menyayangi agama mereka.
"Bermula dari situ, saya mula berminat untuk mengenali siapa tuhan bagi orang Islam. Lantas, saya mula mencarinya menerusi bahan-bahan bacaan dan menerusi Internet. Saya terkesima apabila mendapati bahawa apa yang disentuh di dalam Islam itu diterima akal belaka."
Itu cerita Sara membuka bicara detik awal yang membawa kepada Islam.
Mungkin ramai yang berasa pelik pada usia 11 tahun Sara sudah mula mencari maklumat tentang agama. Sedangkan lumrah remaja seusianya hal berkaitan agama langsung tidak pernah diendahkan.
Namun, akui Sara, oleh kerana dia dibesarkan dalam pegangan agama Kristian yang kuat, tidak hairlanlah pada usia muda dia telah mula mengkaji pelbagai agama, sebelum mengambil keputusan untuk memilih pegangan agama yang dirasakan betul dan benar.
Malah dia pernah diajukan persoalan tentang pandangan ramai yang beranggapan wanita Islam sentiasa ditindas dan perlu dibebaskan.
Semua itu adalah salah belaka kerana katanya, wanita Islam jauh lebih bebas dan ada hak-hak mereka yang jelas.
Malah dalam al-Quran sendiri ada beberapa surah khas buat kaum Hawa.
"Yang sebenarnya, ramai yang tidak perasan atau mungkin tidak tahu bahawa wanita Barat adalah golongan yang lebih ditindas secara rela. Kenapa saya kata begitu? Kerana mereka terang-terangan telah dipotretkan sebagai simbol seks.
"Lantas, mereka terpaksa menggunakan aset tersebut untuk mencapai pelbagai matlamat dalam hidup. Yang mana hakikatnya, ini merupakan sesuatu yang jelas satu penghinaan kepada kaum wanita. Apabila datangnya Islam, wanita itu telah dipelihara hak-hak mereka," jelas Sara yang masih merahsiakan pengislaman diri daripada pengetahuan kedua-dua orang tuanya.
Kata Sara lagi, dia mungkin berbuat demikian kerana masih dibelenggu dengan perasaan takut dengan pelbagai kemungkinan yang bakal dihadapi sekiranya rahsia yang disimpan itu bocor.
"Saya akan memberitahu mereka bila tiba masa yang sesuai. Buat masa ini saya rasa lebih selesa dan selamat jika mereka tidak mengetahuinya. Tetapi apabila mereka tahu, saya pasti akan bertudung selepas itu."


Allah sahaja mengetahui segala yang ghaib

Gambar hiasan

ALLAH SWT memerintahkan kepada Rasul-Nya supaya mengatakan kepada manusia bahawa baginda tidak mengetahui bila akan berlakunya hari Kiamat sama ada waktunya sudah hampir atau masih jauh.

Baginda juga tidak mengetahui sedikit pun daripada yang ghaib, kecuali jika baginda diberitahu oleh Allah SWT. Dia sangat mengetahui para Rasul telah menyampaikan risalah Tuhan mereka sama ada secara umum mahupun yang terperinci.

Firman Allah SWT: (Kalau ditanya bilakah azab itu? Maka) katakanlah: Aku tidak mengetahui, apakah azab yang diancamkan kepadamu itu dekat ataukah Tuhanku menjadikan bagi (kedatangan) azab itu masa yang panjang? (Dia adalah Tuhan) yang mengetahui yang ghaib, maka dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun tentang yang ghaib itu. Kecuali kepada Rasul yang diredai-Nya, maka sesungguhnya dia mengadakan penjaga-penjaga (malaikat) di muka dan di belakangnya. (al-Jin: 25-27)

Al-Mawardi berkata: Perkataan yang mengetahui yang ghaib ada empat pendapat:
* Mengetahui yang rahsia seperti pendapat Ibn Abbas.
* Apa yang kamu tidak nampak yang menjadi ghaib bagimu seperti pendapat al-Hasan.
* Iaitu yang ghaib adalah al-Quran seperti pendapat Ibn Zaid
* Yang ghaib adalah hari Kiamat dan peristiwa yang akan berlaku seperti pendapat Ibn Abi Hatim.

Ibnu Kathir berkata: Allah SWT memerintahkan Rasul-Nya supaya mengatakan kepada mereka dia tidak mengetahui tentang hari Kiamat, begitu juga waktu ketika mana ia berlaku.
Al-Maraghi berkata: Dia mengetahui apa yang ghaib daripada penglihatan makhluk-Nya sehingga mereka tidak melihatnya. Dan yang demikian ini tidak diketahui oleh seorang pun kecuali para rasul AS yang diredai-Nya. Dia memberitahu kepada mereka apa yang dikehendaki-Nya daripada yang ghaib itu.

Ayat ini menunjukkan perbuatan melakukan ramalan, nujum dan sihir adalah sesuatu yang batil.

Ar-Razi berkata: Ayat yang mulia ini bermaksud, Dia tidak memberitahu kesediaan peristiwa ghaib yang diketahui-Nya tentang kedatangan hari Kiamat. Terdapat beberapa alasan yang menunjukkan perkara itu;

* Para penganut agama dan kepercayaan telah membuktikan kebenaran ilmu takwil dan tafsir mimpi. Orang yang mentafsirkan mimpi itu kadang-kadang memberitakan peristiwa-peristiwa yang akan berlaku pada masa akan datang dan pentafsirannya itupun kadang-kadang benar.

* Tukang tilik dari negara Baghdad ini telah dipindahkan oleh Sultan Sinjar Ibnu Malik Shah dari Baghdad ke Khurasan dan telah ditanya tentang sesuatu perkara yang akan datang, lalu dia telah menyebut beberapa perkara yang kemudiannya berlaku bersesuaian dengan pembicaraannya.

* Kita menyaksikan di antara ahli mimpi (perkara itu tidak dikhususkan kepada para wali, tetapi kadang-kadang didapatkan juga oleh tukang-tukang sihir), dan orang yang benar dalam perkhabarannya. Termasuk juga ilmu yang berdasarkan bintang, seringkali sesuai dengan apa yang berlaku. Apabila perkara itu dapat disaksikan dan dialami, maka pendapat yang mendakwa al-Quran menunjukkan yang sebaliknya dapat menimbulkan celaan terhadap al-Quran al-Karim.

Ad-Dahak berkata: Tidak diutus seorang Nabi pun kecuali dia disertai oleh para malaikat yang menjaganya daripada syaitan-syaitan yang menyamar dalam bentuk malaikat. Apabila datang seorang syaitan dalam bentuk malaikat, maka para malaikat mengatakan kepada Nabi, berwaspadalah, ini adalah syaitan dan apabila datang kepada Nabi itu seorang malaikat, maka para malaikat penjaga mengatakan: "Ini adalah utusan Tuhanmu!"

Hamka berkata: Rasul-rasul yang diredai oleh-Nya akan dijagai dan dipelihara daripada sebarang ancaman musuh.

Al-Qasyani berkata: Penjagaan itu di sisi Allah SWT yang selalu menghadap wajah kepadanya sesudah itu ialah Ruhul Qudus dan berbagai Nur (cahaya) Malakut, iaitu alam Malaikat dan Rabbani. Ataupun penjagaan pada anggota tubuh dengan kesungguhan mengerjakan ibadah dan zikrullah, maka ia menjadi perisai dalam menghadapi apa sahaja cabaran dan rintangan dalam menyampaikan dakwah.

Firman Allah SWTSupaya dia mengetahui, bahawa sesungguhnya rasul-rasul itu telah menyampaikan risalah-risalah Tuhannya, sedang (sebenarnya) ilmu-Nya meliputi apa yang ada pada mereka, dan dia menghitung segala sesuatu satu persatu. (al-Jin: 28)

Ahli tafsir berbeza pendapat mengenai dhamir (kata ganti) yang terdapat dalam firman-Nya, kepada siapa kembalinya? Ada yang berpendapat kata itu kembali kepada Nabi SAW.

Al-Mawardi menyebut lima pendapat;

* Supaya Muhammad mengetahui yang Jibril menyampaikan risalah Allah dan memeliharanya. Inilah pendapat Ibn Jubair.
* Supaya Muhammad mengetahui rasul-rasul sebelumnya telah menyampaikan risalah Allah. Inilah pendapat Qatadah.
* Supaya Muhammad mengetahui siapa yang mendustakan rasul-rasul yang telah menyampaikan perintah Tuhan-Nya. Inilah pendapat Mujahid.
* Supaya jin mengetahui bahawa rasul-rasul telah menyampaikan wahyu Allah dan mereka bukanlah mencuri maklumat seperti pendapat Ibnu Qutaibah.
* Supaya Allah mengetahui yang rasul-rasul-Nya telah menyampaikan risalah daripada-Nya seperti pendapat al-Zajjaj.

Abdul Razaq mengatakan dari Ma'mar daripada Qatadah: Nabi mengetahui para Rasul menyampaikan tugas daripada Allah dan para Malaikat menjaganya.

Ibnu Jauzi dalam kitab Zadul Masir berkata: Allah SWT sentiasa menjaga rasul-rasul-Nya melalui para malaikat agar mereka boleh menyebarkan risalah-Nya serta menjaga wahyu yang diturunkan agar Dia mengetahui mereka telah menyampaikan risalah Tuhan.

Sayid Qutub berkata: Rasul-rasul yang dipilih dan diredai Allah SWT akan dibuka pengetahuan ghaib-Nya iaitu mengenai semua yang berkaitan dengan wahyu yang tidak diketahui oleh sesiapa pun. Serentak itu juga Allah menjaga para rasul-Nya daripada godaan dan bisikan syaitan. Gambaran kawalan dan pengawasan yang sempurna terhadap Rasullullah SAW sangat jelas dalam ayat tersebut. Allah SWT mengetahui semuanya untuk menjelaskan bahawa penyampaian dakwah sudah terlaksana kepada manusia di muka bumi.
Surah ini membincangkan dua perkara utama;

Menceritakan ungkapan-ungkapan yang keluar daripada kalangan bangsa jin ketika mendengar bacaan al-Quran. Di kalangan jin itu ada yang berkata al-Quran dianggap sebuah kitab yang menunjukkan kepada jalan yang lurus.

Maha Suci Allah SWT daripada mempunyai isteri dan anak, mereka menyangka bahawa tidak ada seorang pun yang mendustakan Allah SWT. Terdapat juga di kalangan manusia yang meminta pertolongan daripada golongan jin untuk menghilangkan kesempitan hidup mereka, para jin mencari berita dari alam atas tetapi mereka dihalang.

Dalam pada itu, para jin tidak mengetahui apa yang berlaku di bumi kerana halangan ini. Di kalangan jin pula ada yang baik dan ada yang jahat. Ada yang Islam dan ada yang kafir menyimpang daripada kebenaran.

Perintah yang disampaikan kepada Nabi SAW agar disebarkan kepada makhluk. Antara dilarang menyekutukan sesuatu dengan Tuhannya. Baginda juga tidak mampu mendatangkan manfaat atau bahaya.

Baginda juga tidak mampu menghalang seseorang daripada menderhaka kepada Allah SWT, andainya orang tersebut ingin menderhakai-Nya. Baginda juga tidak mengetahui bilakah saat mereka akan diseksa kerana hanya Allah SWT sahaja Yang Mengetahui.

Semoga Allah menempatkan kita di kalangan hamba-hamba-Nya yang soleh, sekali gus melayakkan kita untuk menghuni syurga-Nya. Amin.

Jumaat, 16 Mac 2012

Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani


ALLAH TAALA menurunkan penyakit dan juga menurunkan ubatnya, iaitu:
·         MAKSIAT adalah penyakit dan KETAATAN adalah ubatnya
·         KEZALIMAN adalah penyakit dan KEADILAN adalah ubatnya
·         KEKELIRUAN adalah penyakit dan KEBENARAN adalah ubatnya
·         MENENTANG ALLAH adalah penyakit dan BERTAUBAT DARIPADA DOSA adalah ubatnya. 

Isnin, 12 Mac 2012

Nabi Sulaiman a.s. dan Seekor Semut

Kerajaan Nabi Sulaiman a.s. dikala itu sedang mengalami musim kering yang begitu panjang. Lama sudah hujan tidak turun membasahi bumi. Kekeringan melanda di mana-mana. Baginda Sulaiman a.s. mulai didatangi oleh ummatnya untuk mengadu  serta meminta pertolongan dan memintanya memohon kepada Allah s.w.t. agar menurunkan hujan untuk membasahi kebun-kebun dan sungai-sungai mereka. 

Baginda Sulaiman a.s. kemudian memerintahkan satu rombongan besar pengikutnya yang terdiri dari bangsa jin dan manusia berkumpul di lapangan untuk berdo'a memohon kepada Allah s.w.t. agar musim kering segera berakhir dan hujan segera turun. 

Sesampainya mereka di lapangan Baginda Sulaiman a.s. melihat seekor semut kecil berada di atas sebuah batu. Semut itu berbaring kepanasan dan kehausan. Baginda Sulaiman a.s. kemudian mendengar sang semut mulai berdoa memohon kepada Allah s.w.t. penunai segala hajat seluruh makhluk-Nya. "Ya Allah pemilik segala khazanah, aku berhajat sepenuhnya kepada-Mu, Aku berhajat akan air-Mu, tanpa air-Mu ya Allah aku akan kehausan dan kami semua kekeringan. Ya Allah aku berhajat sepenuhnya pada-Mu akan air-Mu, kabulkanlah permohonanku", do'a sang semut kepada Allah s.w.t. Mendengar doa si semut maka Baginda Sulaiman a.s. kemudian segera memerintahkan rombongannya untuk kembali pulang ke kerajaan sambil berkata pada mereka, "Kita segera pulang, sebentar lagi Allah s.w.t. akan menurunkan hujan-Nya kepada kalian. Allah s.w.t. telah mengabulkan permohonan seekor semut". Kemudian Baginda Sulaiman dan rombongannya pulang kembali ke kerajaan. 


Suatu hari Baginda Sulaiman a.s. sedang berjalan-jalan. Baginda melihat seekor semut sedang berjalan sambil mengangkat sebutir buah kurma. Baginda Sulaiman a.s terus mengamatinya, kemudian baginda memanggil si semut dan menanyainya: "Hai semut kecil untuk apa kurma yang kau bawa itu?. Si semut menjawab, Ini adalah kurma yang Allah s.w.t. berikan kepada ku sebagai makananku selama satu tahun. Baginda Sulaiman a.s. kemudian mengambil sebuah botol lalu ia berkata kepada si semut, "Wahai semut ke marilah engkau, masuklah ke dalam botol ini aku telah membagi dua kurma ini dan akan aku berikan separuhnya padamu sebagai makananmu selama satu tahun. Tahun depan aku akan datang lagi untuk melihat keadaanmu".

Si semut taat pada perintah Nabi Sulaiman a.s.. Setahun telah berlalu. Baginda Sulaiman a.s. datang melihat keadaan si semut. Baginda melihat kurma yang diberikan kepada si semut itu tidak banyak berkurang. Baginda Sulaiman a.s. bertanya kepada si semut, "Hai semut mengapa engkau tidak menghabiskan kurmamu" "Wahai Nabiullah, aku selama ini hanya menghisap airnya dan aku banyak berpuasa. Selama ini Allah s.w.t. yang memberikan kepadaku sebutir kurma setiap tahunnya, akan tetapi kali ini engkau memberiku separuh buah kurma. Aku takut tahun depan engkau tidak memberiku kurma lagi kerana engkau bukan Allah Pemberi Rezeki (Ar-Rozak), jawab si semut. 

BIDADARI UNTUK UMAR R.A.


Gambar hiasan
Umar r.a. adalah salah satu dari sahabat Rasulullah s.a.w. Semenjak beliau memeluk Islam kaum muslimin seakan memperoleh suatu kekuatan yang sangat besar. Sejak itulah mereka berani solat dan tawaf dikaabah secara terang-terangan. Umar r.a. adalah seorang yang wara, beliau sangat teliti dalam mengamalkan Islam. 


Umar r.a. mempelajari surah Al-Baqarah selama 10 tahun. Beliau kemudian melapor kepada Rasulullah s.a.w. , "Wahai Rasulullah s.a.w. apakah kehidupanku telah mencerminkan surah Al-Baqarah, apabila belum maka aku tidak akan melanjutkan ke surah berikutnya".Rasulullah s.a.w.  menjawab, "Sudah..."!. Umar r.a. mengamalkan agama sesuai dengan kehendak Allah s.w.t. Kerana kesungguhannya inilah maka banyak ayat di Al-Quran yang diturunkan Allah s.w.t. berdasarkan kehendak yang ada pada hatinya, seperti mengenai pengharaman arak, ayat mengenai hijab, dan beberapa ayat Al-Quran lainnya. 

Rasulullah s.a.w. seringkali menceritakan kepada para sahabatnya mengenai perjalanan baginda mi'raj menghadap Allah s.w.t.  Rasulullah s.a.w. sering pula menceritakan bagaimana keadaan surga yang dijanjikan Allah s.w.t. kepada sahabat-sahabatnya.

Suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. dimi'rajkan menghadap Allah s.w.t. malaikat Jibril a.s. memperlihatkan kepada Rasulullah s.a.w. taman-taman surga. Rasulullah s.a.w. melihat ada sekumpulan bidadari yang sedang bercengkrama. Ada seorang bidadari yang begitu berbeda dari yang lainnya. Bidadari itu menyendiri dan tampak sangat pemalu.


Rasulullah s.a.w.  bertanya kepada Jibril a.s., "Wahai Jibril, bidadari siapakah itu"?. Malaikat Jibril a.s. menjawab, "Bidadari itu adalah diperuntukkan bagi sahabatmu Umar r.a.". Pernah suatu hari Umar r.a. membayangkan tentang surga yang engkau ceritakan keindahannya. Dia menginginkan untuknya seorang bidadari yang berbeda daripada bidadari-bidadari yang lainnya. Bidadari yang diinginkannya itu berkulit hitam manis, dahinya tinggi, bahagian atas matanya berwarna merah, dan bahagian bawah matanya berwarna biru serta memiliki sifat yang sangat pemalu. Kerana sahabat-mu itu selalu memenuhi kehendak Allah s.w.t. maka saat itu juga Allah s.w.t. menjadikan seorang bidadari untuknya sesuai dengan apa yang dikehendaki hatinya".


RASULULLAH S.A.W. MENDATANGI KAFILAH DAGANG


Gambar hiasan

Dari kejauhan gumpalan debu padang pasir membumbung ke langit. Debu-debu yang berterbangan itu dapat terlihat dari kejauhan bertanda ada satu rombongan kafilah  akan datang mendekati kota Mekkah. Rasulullah s.a.w. melihat gumpalan debu dari kejauhan itu segera pulang ke rumah. Nabi Muhammad s.a.w. langsung menyiapkan perbekalan dan membungkusnya. Setelah itu Rasulullah s.a.w. menunggu di pintu gerbang kota Mekkah. Kafilah itu rupanya tidak memasuki kota Mekkah mereka hendak menuju tempat lain. 


Rasulullah s.a.w. mendekati kafilah itu dan mencari pimpinan rombongan kafilah tersebut. Setelah berjumpa dengan pemimpin kafilah itu Rasulullah s.a.w. meminta izin untuk dapat ikut serta di dalam rombongan tersebut. Baginda, Rasulullah s.a.w.  telah diizinkan. Rasulullah s.a.w.  mulailah berdakwah kepada mereka, kepada setiap orang dalam rombongan itu Rasulullah s.a.w.  telah sampaikan kebesaran Allah s.w.t. dan mengajak mereka untuk menerima Islam. Setelah semua orang mendapat penjelasan dari Rasulullah s.a.w. ,Rasulullah s.a.w. pun meminta izin kepada pimpinan rombongan untuk pulang kembali ke Mekkah. Rasulullah s.a.w. kembali ke kota Mekkah dengan berjalan kaki sedangkan kafilah tersebut telah melalui kota Mekkah sejauh satu hari satu malam perjalanan. Rasulullah s.a.w. hanya inginkan setiap orang memiliki kalimah Laalilaahaillallaah dan selamat dari adzab yang pedih kelak di akhirat.

MENAHAN LAPAR SEMALAMAN KERANA MENGHORMATI TETAMU


Gambar hiasan
Seorang telah datang menemui Rasulullah s.a.w.  dan telah menceritakan kepada Baginda s.a.w. tentang kelaparan yang dialami olehnya. Kebetulan pada ketika itu Baginda s.a.w. tidak mempunyai suatu apa makanan pun pada diri Baginda s.a.w. mahupun di rumahnya sendiri untuk diberikan kepada orang itu. 
Baginda s.a.w. kemudian bertanya kepada para sahabat,"Adakah sesiapa di antara kamu yang sanggup melayani orang ini sebagai tetamunya pada malam ini bagi pihak aku?" Seorang dari kaum Ansar telah menyahut, "Wahai Rasulullah s.a.w. , saya sanggup melakukan seperti kehendak tuan itu." 

Orang Ansar itu pun telah membawa orang tadi ke rumahnya dan menerangkan pula kepada isterinya seraya berkata, "Lihatlah bahawa orang ini ialah tetamu Rasulullah s.a.w. Kita mesti melayaninya dengan sebaik-baik layanan mengikut segala kesanggupan yang ada pada diri kita dan semasa melakukan demikian janganlah kita tinggalkan sesuatu makanan pun yang ada di rumah kita." Lalu isterinya menjawab, "Demi Allah! Sebenarnya daku tidak ada menyimpan sebarang makanan pun, yang ada cuma sedikit, itu hanya mencukupi untuk makanan anak-anak kita di rumah ini?

Orang Ansar itu pun berkata, "Kalau begitu engkau tidurkanlah mereka dahulu (anak-anaknya) tanpa memberi makanan kepada mereka. Apabila saya duduk berbual-bual dengan tetamu ini di samping jamuan makan yang sedikit ini, dan apabila kami mulai makan engkau padamlah lampu itu, sambil berpura-pura hendak membetulkannya kembali supaya tetamu itu tidak akan ketahui bahawa saya tidak makan bersama-samanya." Rancangan itu telah berjalan dengan lancarnya dan seluruh keluarga tersebut termasuk kanak-kanak itu sendiri terpaksa menahan lapar semata-mata untuk membolehkan tetamu itu makan sehingga berasa kenyang. Berikutan dengan peristiwa itu, 
Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud, "Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka berada dalam kesusahan." (Al-Hasy : 9)



Follow by Email