DOA -doa Ku... Ya Allah....

... اشهد ان لا إله إلا الله وأشهد ان محمد رسول الله .....YA ALLAH...AMPUNKAN AKU ....Bimbinglah Aku di jalan -MU.. TETAPKAN AKU DALAM KASIH SAYANGMU, ......AMPUNKAN SEGALA KESALAHAN dan DOSA-DOSAKU..DOSA DAN KESALAHAN KEDUA IBU BAPAKU..DAN SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT....KUMPULKAN AKU BERSAMA PARA NABI DAN RASUL...YA ALLAH ...KEKALKAN AKU DAN KETURUNANKU DALAM ISLAM DAN BERIMAN KEPADAMU....YA ALLAH.YA ALLAH, HIDUPKAN AKU DALAM KEADAAN MERENDAH DIRI, MATIKAN AKU DALAM KEADAAN MERENDAH DIRI DAN BANGKITKAN AKU (PADA HARI QIAMAT) DI DALAM GOLONGAN ORANG-ORANG YANG MERENDAH DIRI.. استغفر الله العظيم ASTAGFIRULLAHALAZZIM....سبحان الله...SUBHANALLAH ...الحمد لله..ALHAMDULILLAH...الله أكبر..ALLAHUAKHBAR.....ALLAHUMA SOLLIALA SAYIDINA MUHAMMAD....WAALA ALIMUHAMMAD..........

Khamis, 26 April 2012

MELIHAT ALLAH DI SYURGA


This piece of writing is taken from the same book, Hati Sebening Mata Air written by Amru Khalid. 
(may Allah bless him) I like it soooo much and Im sharing it with everyone!!  Enjoy reading! 
Anugerah terindah dan termulia di syurga ialah melihat Allah swt. 

Nabi bersabda,
 “Sesungguhnya, penduduk syurga ketika memasukinya, mereka akan tinggal di dalamnya dengan amal-amal mereka. Kemudian mereka dipanggil ketika waktu seukuran waktu azan solat Jumaat ketika di dunia, sehingga mereka pun mengunjungi Tuhan mereka.  Lalu arasy-Nya dinampakkan pada mereka, yang nampak berada di taman dari taman-taman syurga, mereka diberikan mimbar-mimbar dari cahaya, mimbar-mimbar dari mutiara, mimbar-mimbar dari berlian, mimbar-mimbar dari zamrud, emas, perak, dan ada yang duduk di lantai yang beralaskan kerikil dari kasturi dan batu-batuan wangi. Mereka melihat yang duduk di atas kursi lebih baik tempat duduknya dari mereka"

Abu Hurairah r.a. bertanya, 
“Wahai Rasul, apakah kami akan melihat Tuhan kami?” baginda menjawap, “Ya, apakah kalian sulit melihat matahari dan bulan pada  malam purnama?” “Tidak”. Baginda berkata, “Demikianlah, kalian tidak akan sulit melihat Tuhan kalian. Dan tidaklah tertinggal seorang pun di tempat itu kecuali Allah akan bicara padanya, hingga Dia bertanya pada seorang di antara mereka, “Wahai fulan bin fulan, apakah engkau ingat ketika kau berkata ini dan itu?” hamba itu mengemukakan uzurnya di dunia lalu berkata, “Wahai Tuhanku, bukankah Engkau sudah mengampuniku?” Allah menjawap, “Ya, bahkan dengan ampunan Ku, kau bisa sampai pada tempatmu sekarang.

Tatkala mereka dalam keadaan seperti itu, awan menaungi mereka di atas mereka, dan Allah menyebarkan wangi-wangian pada mereka, yang mereka belum pernah menemukan bau wangi seperti itu. Lalu Allah berkata, “Bangunlah kalian menuju tempat yang Kusiapkan pada kalian dari kemuliaan, dan ambillah apa yang kalian inginkan.”

Lalu mereka datang ke sebuah pasar yang dikelilingi malaikat. Di dalamnya apa yang belum pernah dilihat oleh mata, belum pernah didengar oleh telinga, dan belum pernah terdetik dalam hati. Lalu dibawa pada mereka  apa yang mereka inginkan. Di dalamnya tidak ada jual beli. Di pasar itu penduduk bumi sebahagian mereka bertemu dengan sebahagian yang lain, yang berkedudukan tinggi menerima orang yang berkedudukan di bawahnya  dan mereka di tempat yang rendah, sehingga pakaian mereka yang begitu mewah itu membuatnya kagum.

Di akhir hadis:… "ketika ia kembali pada isteri-isterinya, mereka mengatakan, “Selamat datang, kau telah tiba, dan kau lebih tampan daripada ketika kau berpisah dengan kami.” Ia berkata, “hari ini kami bertemu dengan Tuhan kita yang Maha Perkasa, sehingga wajar jika kami kembali dalam keadaan seperti ini.”

Suhaib meriwayatkan bahawa Nabi saw membaca ayat,
“Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik di syurga dan tambahannya…” (Yunus:26)

Lalu Baginda berkata, “Jika penghuni syurga telah memasuki syurga dan penghuni neraka telah memasuki neraka, maka ada penyeru yang menyeru, “wahai penghuni syurga, kalian memiliki janji dari Allah, Dia menginginkan kalian menyelesaikannya” Mereka bertanya, “Apa itu? Bukankah Dia telah memberatkan timbangan kami, memutihkan wajah kami, memasukkan kami ke syurga, dan menarik kami dari neraka?”

Baginda berkata, “Maka dibukalah tirai dan mereka melihatNya.” Lalu Baginda berkata, “Maka, demi Allah, tiadalah Dia memberi mereka yang lebih mereka sukai dan tiada yang lebih menyejukkan mata mereka dari melihatNya". 
(HR Muslim, Imam Ahmad, dan At tarmizi)

Oleh kerana itu, Nabi berdoa:
“Ya Allah, aku meminta pada Mu kelazatan melihat wajahMu dan rindu bertemu dengan Mu.” (HR Imam Ahmad dan An-Nasa’i)

 Jika kita melihat pemandangan alam atau saat matahari terbit atau terbenam, tanpa sedar kita mengatakan, “Ya Allah, betapa menakjubkan!” Padahal ini hanya pemandangan dunia yang tidak sebanding walau dengan satu sayap nyamuk. Jadi apa pendapat kita bila melihat Yang Menciptakan keindahan? Apa perasaan kita saat melihat Allah swt.?
“…Dan tiadalah mereka tinggal di tempat itu kecuali Allah akan berbicara padanya…”

Tak satu orang pun, kecuali Allah akan berbicara dengannya sedang Dia meredhai orang itu. Bayangkan! Apa yang akan dikatakan Allah pada kita. Dia berkata, “wahai Fulan bin Fulan, apakah engkau ingat ketika kau berkata ini..? Apakah engkau ingat ketika melakukan dosa ini? Dan ingatkah saat kau melakukan dosa itu?” Hamba itu akan menjawap, “Wahai Tuhanku, bukankah Engkau sudah mengampuniku? Allah menjawap, “ya, dengan ampunanKu kau sampai pada tempatmu sekarang.”

Yakni di syurga…

“Wahai Rasul, ceritakanlah kepada kami bangunan di syurga.” Nabi berkata, “batu batanya dari emas, batu batanya dari perak dan tanah liatnya dari kasturi yang amat wangi…dan kerikilnya dari mutiara” 
(HR Tarmizi dan Ahmad)

Mari bayangkan, yang melekatkan antara emas dan perak untuk membina istana di syurga ialah minyak kasturi. Di mana kasturi itu adalah minyak kasturi syurga yang tak bisa dibandingkan dengan mana-mana minyak wangi dunia. Buatan syurga. Itulah tanah liat syurga yang dibuat dari kasturi. Maka bayangkanlah bau istanamu di syurga. Bagaimana baunya?

Bayangkan lagi, saat melihat langit-langit rumah kita, kita melihat arasy Ar-Rahman! Apa yang kita inginkan setelah ini? Masihkah kita mengiginkan dunia? Masihkah dunia memenuhi pandangan mata? sehingga kita tak mampu bertaubat, tak mampu menundukkan pandangan, tak mampu memakai hijab, tak mampu melakukan solat di masjid?

Di syurga, terdapat pohon yang memerlukan masa seratus tahun untuk mengitari kerendangannya. Jadi berapa luas syurga? Bayangkan kalau kita ingin berekreasi di syurga, berapa ribu tahun yang akan kita habiskan untuk mengelilingi syurga? Bayangkan pemandangan alam di syurga. Jika satu pohon saja memerlukan seratus tahun untuk dikelilingi, lalu bagaimana rekreasi di syurga, berapa tahun yang kita akan habiskan? SubhanAllah…

Wahai yang mencari kebahagiaan, di dunia tidak ada kebahagiaan, tidak ada kebahagiaan sempurna di dunia. Jadilah manusia cerdik dan renungkanlah baik-baik!

Allah berfirman, “sesungguhnya penghuni syurga pada hari itu bersenang-senang dalam kesibukan mereka”

Di syurga, kita akan menemukan kenikmatan-kenikmatan baru yang kita sendiri tidak pernah mengetahuinya.  Nabi bersabda dalam sebuah hadis qudsi, “Allah berfirman, Aku telah mempersiapkan syurga bagi hamba-hambaKu yang soleh, apa yang mata belum melihat, telinga belum mendengar, dan apa yang tidak terdetik dalam hati manusia.” (HR Bukhari dan Muslim)

Bayangkan! Keindahan yang bagaimana lagi yang belum pernah dilihat oleh mata kita? Sementara di dunia ini lagi manusia sibuk menghabiskan banyak harta untuk berlibur di tempat-tempat yang cantik jadi bayangkanlah kecantikan syurga.

“Aku telah mempersiapkan syurga bagi hamba-hambaKu yang soleh apa yang mata belum melihat, telinga belum mendengar…" Apa yang kita dengar dari sederet kalimat yang begitu indah ini..? Apakah sama perasaannya ketika mendegar lagu kesukaan kita? Apa perasaan kita saat mendengar nabi berkata di kedua telinga kita? Apa yang kita dengar saat Allah berbicara dengan kita??

Sekarang, bayangkanlah syurga, walau macam mana skali pun bayangan kita, syurga tetap lebih indah!

Perhatikan sabda Nabi s.a.w., “satu penyeru yang menyeru.. Sesungguhnya bagi kalian keselamatan, dan kalian tidak akan pernah sakit, bagi kalian kehidupan dan kalian tidak akan pernah mati, dan bagi kalian kemudaan, dan kalian tidak akan pernah menjadi tua.”

Jadi apa masalah kita? Kita melakukan solat, tapi ada juga meninggalkannya. Meremehkannya. Mengapa? Adakah kita lupa itu adalah syurga? Atau mungkin kita berkata, “ Aku tidak mampu bertaubat.. aku tahu, tapi aku tak mampu meninggalkan maksiat..” Mengapa?

Bukankah kerinduan pada syurga mendorong kita bertaubat? bukankah kerinduan pada syurga mendorong kita berbuat baik, dan meninggalkan maksiat? Dimana kerinduan kita pada syurga?

Jika kita merasa tidak mampu melawan maksiat, maka impikanlah syurga. Walaupun sedikit. Katakanlah pada diri kita, “Adakah aku rela kehilangan syurga??”

Nabi bersabda “sesungguhnya sejengkal tempat di syurga atau selebar tapak kaki disana adalah lebih baik dari dunia beserta isinya”. Jika kita memiliki bahagian di syurga sebesar itu, maka itu lebih baik dari dunia dan segala isinya! Apa lagi yang kita mahu?

Dalam sabdanya lagi, “Pada hari kiamat didatangkan penduduk bumi yang paling bahagia, dan dia adalah penduduk neraka. Lalu dibenamkan sekali benaman ke dalam neraka, dan dia ditanya, “ Pernahkah kau melihat kenikmatan?” Ia menjawap, “Tidak, aku tidak pernah melihat kenikmatan sama sekali”. Dan didatangkan penduduk bumi yang paling sengsara ketika didunia dan dia merupakan penduduk syurga lalu ditanya, “ pernahkah kau melihat kesengsaraan?” ia menjawap, “Tidak, demi Allah, wahai Tuhanku, aku sama sekali belum pernah melihat kesengsaraan”
 (HR Muslim dan Ahmad)

Mengapa kita masih tidak memimpikan syurga? Mengapa impian utama kita bukan syurga? Apa yang kita inginkan? Kita menginginkan cinta? Demi Allah, kita tidak akan mendapatkannya di dunia. Kita akan ditinggalkan cinta.

Allah berfirman, “Sesungguhnya kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) secara langsung. Dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan. Penuh cinta lagi sebaya umurnya" (Al-waqi’ah: 35-37)

Ibnu Qayyim berkata, Jika ia memasuki syurga- yakni wanita penghuni syurga  dari kalangan wanita dunia- segala sesuatu di syurga menjadi terang, dan jika ia berbicara dengan suaminya, suaminya akan terbuai hingga ia lupa pada syurga, dan terpaut pada isterinya.

Jadi wahai manusia yang mencari cinta, yang melakukan ribuan kemaksiatan dengan mengatasnamakan cinta, yang melantarkan keimanan dan hati yang tersambung dengan Allah, kerana syahwat cinta yang sebentar… carilah cinta di syurga.

“hati mereka berada dalam hati yang satu, mereka tiada berselisih, dan tiada saling membenci”  
(HR Bukhari dan Muslim)

Sekarang, tanya lah pada diri kita, apa impian kita yang utama? Siapa yang akan menjawab, 

“Impianku syurga, aku ingin masuk syurga, dan ini impian hidupku. Aku hidup untuk itu, masuk syurga.”

Dipetik dan diolah dari buku Hati Sebening Mata Air, karya Amru 

Rabu, 25 April 2012

Secebis Kisah Syeikh Makin al-Din al-Asmar


Gambar hiasan

Editor: Blog al-Faqir Ila Rabbih Ta’ala

Menyentuh bicara kitab Taj al-‘Arus al-Hawi Li Tahzib al-Nufus karya Imam Ibn ‘Ata’illah al-Sakandari (w. 709H), ada seorang tokoh yang beberapa kali diulang namanya oleh Ibn ‘Ata’illah al-Sakandari di dalam kitab berkenaan dan mungkin jarang didengari namanya, iaitu Syeikh Makin al-Din al-Asmar.

Beliau dianggap salah seorang daripada tujuh wali abdal (h. 9). Berikut adalah nukilan-nukilan yang berhubung kait dengan Syeikh Makin al-Din al-Asmar dalam kitab Taj al-‘Arus berkenaan.

Kata Syeikh Makin al-Din al-Asmar (h. 9):
“Pada permulaan perjalanan kerohanianku aku hanya berkerja menjahit dan mencari rezeki dengannya. Dan aku sering menghitung percakapanku pada waktu siang. Apabila tiba waktu petang aku akan menghisab diriku. Maka aku dapati percakapanku sedikit. Percakapan yang aku dapati mengandungi kebaikan, aku akan memuji Allah dan bersyukur ke atasnya. Dan percakapan yang aku dapati mengandungi selain dari itu, aku akan bertaubat kepada Allah dan beristighfar kepada-Nya”.

Demikianlah sehingga beliau menjadi wali abdal.
Pernah suatu hari, ada seorang tua di sisi beliau yang berusia kira-kira 90 tahun berkata kepadanya:
“Hai tuan, aku mengadu kepadamu banyaknya dosa yang dilakukan”.
Lalu balas beliau kepadanya:
“Ini sesuatu yang kami tak kenal. Aku tidak tahu bahawa aku pernah melakukan satu dosa sekalipun”. (h. 38)

Syeikh Makin al-Din al-Asmar pernah berkata (h. 40):
“Aku pernah bermimpi melihat seorang bidadari yang berkata:
Aku untukmu dan kamu untukku.
Lalu selama kira-kira dua atau tiga bulan kemudian aku tidak mampu mendengar kata-kata seorang makhluk pun melainkan aku akan termuntah, dek kerana kemanisan kata-kata bidadari itu”.

Kata Syeikh Makin al-Din al-Asmar (h. 75):
“Suatu ketika di Iskandariyyah aku pernah melihat satu ‘matahari’ telah terbit bersama-sama matahari yang ada, lalu aku berasa takjub dengan keadaan itu, lantas aku pun mendekatinya. Rupa-rupanya seorang pemuda yang baru tumbuh jambangnya. Cahayanya telah mengatasi cahaya matahari. Lalu aku pun memberi salam kepadanya, dan dia pun membalas salam tersebut.

Aku bertanya kepadanya:
Dari mana?
Jawab pemuda tersebut:
Saya telah bersolat subuh di Masjid al-Aqsa, di Baitul Maqdis, dan saya akan bersolat zohor di tempat kamu ini, dan solat asar di Makkah, serta solat maghrib di Madinah.
Lantas aku mempelawanya:
Jadilah tetamu saya?
Namun, balasnya:
Tiada kesempatan untuk itu.
Kemudian beliaupun mengucapkan salam perpisahan buatku dan beredar pergi”.

Cerita Syeikh Makin al-Din al-Asmar (h. 81):
“Aku pernah melihat di Iskandariyyah seorang hamba bersama-sama dengan tuannya, dan di atas kedua-dua mereka terdapat satu ‘panji’ yang menyelubungi antara langit dan bumi.

Lalu aku berkata:
Oh, panji ini kepunyaan si-tuan ataupun si-hamba?
Lantas aku pun mengikuti mereka berdua, sehinggalah tuannya membelikan untuknya satu keperluan serta berpisah dengannya. Tatkala si-hamba beredar, panji tadi pun pergi bersamanya. Maka tahulah aku bahawa beliau adalah seorang wali daripada wali-wali Allah Taala. Lantas akupun pergi berjumpa dengan tuannya, dan aku berkata kepadanya:
Adakah engkau mahu menjualkan kepadaku hamba ini?
Lalu balasnya:
Mengapa?
Beliau terus mendesakku sehinggalah aku menceritakan kepada beliau keadaan sebenarnya. Lalu katanya:
Hai tuan, apa yang engkau minta itu, aku lebih utama berbuat begitu.
Dan beliau pun memerdekakannya. Hamba tersebut adalah seorang wali yang besar”.
Siapa Syeikh Makin al-Din al-Asmar?
Beliau adalah sahabat seperguruan wali hebat, Syeikh Abu al-‘Abbas al-Mursi (w. 686H), dan kedua-duanya merupakan guru kepada Imam Ibn ‘Ata’illah al-Sakandari. Nama sebenarnya ialah ‘Abdullah bin Mansur (w. 692H).

Beliau bukan sekadar tokoh sufi, bahkan tokoh dalam bidang ilmu qiraat. Beliau adalah seorang hafiz al-Quran dan pakar dalam qiraat tujuh dan digelar sebagai Syaykh al-Qurra’. Al-Hafiz al-Zahabi dalam kitab Tarikh al-Islam menggelarnya Muqri’ al-Iskandariyyah. Bahkan al-Hafiz al-Jazari dalam kitab Ghayah al-Nihayah fi Tabaqat al-Qurra’ menggelarnya Muqri’ al-Diyar al-Misriyyah. Beliau berumur panjang dan ramai yang mempelajari qiraat daripada beliau. Beliau juga seorang ahli hadis dan meriwayatkan hadis daripada murid-murid al-Hafiz al-Sillafi.

Guru besar beliau, Imam Abu al-Hasan al-Syazili (w. 656H) menyatakan beliau adalah salah seorang daripada tujuh wali abdal. Kisah-kisah beliau yang lain turut dirakamkan oleh Ibn ‘Ata’illah al-Sakandari dalam karya agungnya; Lata’if al-Minan.

Perlu diingat, zaman kerohanian yang hebat ini merupakan zaman hidupnya Syeikh Ibn Taymiyyah. Beliau sendiri pada mulanya banyak menelaah karya-karya Syeikh Ibn ‘Arabi, terutama kitab al-Futuhat al-Makkiyyah.

Isnin, 23 April 2012

42 KELEBIHAN SELAWAT KE ATAS NABI S.A.W


Al-Sheikh Abdul Qadir Al-Jelani Al-Hasani menyatakan kelebihan berselawat ke atas Nabi di dalam kitabnya Al-Safinah al-Qadiriyah. Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata,

 "Berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w." itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. 
Perkara ini tertulis dalam kitabnya Hadaiq Al-Anwar”

1. Melaksanakan perintah Allah s.w.t
2. Bersamaan dengan selawat Allah s.w.t. kepada Rasulullah SAW.
3. Mendapat ganjaran 10x selawat daripadad Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan
    ( selawat daripada Allah s.w.t. bererti rahmat ).
4. Bersamaan dengan selawat para malaikat
5. Dikurniakan oleh Allah s.w.t. 10x dari darjat atas setiap satu-satu selawat.
6. Dituliskan oleh malaikat 10x kebaikan atas setiap selawat.
7. Dihapuskan oleh Allah s.w.t. 10x kejahatan atas setiap selawat.
8. Segala doa akan diperkenankan oleh Allah s.w.t.
9. Mendapat syafaat daripada Rasulullah s.a.w.
10. Mendapat keampunan Allah s.w.t. dan akan ditutup segala keaiban.
11. Allah s.w.t. akan menutupi segala dukacita.
12. Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w. 
13. Mendapat darjat al-sidq.
14. Ditunaikan segala hajat.
15. Selamat sejahtera pada hari Kiamat.
16. Allah s.w.t dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat.
17. Mendapat khabar gembira daripada Allah s.w.t. dengan balasan Syurga.
18. Selamat sejahtera pada huru-hara hari Kiamat.
19. Rasulullah s.a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan.
20. Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa.
21. Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu. 
22. Tidak akan merasai fakir
23. Terpelihara dari dihinggapi sifat bakhil. 
24. Mendapat kesejahteraaan daripada doa Rasulullah s.a.w. 
25. Selawat akan menjemput setiap pengucapnya ke jalan Syurga.
26. Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah
      dan rasul-Nya atau daripada majlis-majlis lagha. 
27. Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah s.w.t. apabila disebut
     “Alhamdulillahirabbil’alamin” di dalam doa, maka akan disambut selepas itu dengan selawat ke atas Nabi
       Muhammad s.a.w. 
28. Selamat melintasi titisan sirat al-mustaqim pada hari Kiamat. 
29. Terpelihara daripada sifat kasar dan gelojoh.
30. Disambut oleh Allah s.w.t. pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.
31. Mendapat keberkatan Allah.
32. Mendapat kesempurnaan iman. 
33. Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.
34. Mendapat hidayah daripada Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah s.w.t.
35. Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung.
36. Teguh pendirian dengan kebenaran.
37. Berselawat bererti kita menunaikan sebahagian daripada hak-hak Rasulullah s.a.w. ke atas diri kita
      di samping itu ia dianggap mensyukuri nikmat Allah s.w.t. yang mengurniakan dan mengutuskan
      Rasulullah s.a.w. kepada kita.
38. Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengiktiraf segala nikmat yang dikurnikan oleh Allah
      s.w.t.
39. Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah s.w.t.
40. Berselawat bereti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah s.w.t. ke atas
      Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri.
41. Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah
      s.a.w. dalam jiwanya.
42. Dikurniakan oleh Allah s.w.t. maqam seorang Syeikh dan Murabbi.

Sumber : http://pondokhabib.wordpress.com





Isnin, 16 April 2012

TERNYATA TEMBOK YA’JUJ MA’JUJ TELAH TERBUKA

Saya telah melewati halaman menceritakan pendapat Ya’juj & Ma’juj dikurung dalam tembok ghaib. Cerita sensasi ini sangat menarik dan seperti cerita Superman. Namun pendapat ini tidak masuk akal apabila dibandingkan kisah dalam Al-Quran, yang menceritakan tembok diperbuat “manusia” daripada “ketul besi” dan “tembaga cair”. Kaum yang “meminta membuat tembok” pula manusia. Ada mana-mana manusia pelik yang meminta membuat tembok ghaib? Bagaimana pula manusia membantu mendapatkan ketul besi dan tembaga cair yang ghaib?

Keratan akhbar
Keterangan dan penjelasan sukar dipercayai, dan ini pula melibatkan “persoalan akidah” kerana Allah swt telah memberi keterangan jelas dalam Al-Quran. 

Artikel tersebut malahan mengaku Ya’juj & Ma’juj adalah manusia, tetapi meminta beriman apabila menyatakan ini “perkara ghaib yang wajib diimani”. Persoalannya semenjak bila Islam menuntut keimanan dengan “manusia yang ghaib”? Bukankah manusia itu tidak termasuk di dalam perkara ghaib? Anda fikirkan sendiri kemunasabahan artikel ini dan kaedah penafsiran mereka.

Tafsiran munasabah ialah keseluruhan musuh dan kaum zalim di dalam Al-Quran adalah manusia biasa. Oleh itu penerangan alternatif lebih munasabah ialah berdasarkan tafsiran melalui buku An Islamic View of Gog and Magog in the Modern World. Rujukan dan pemahaman tambahan boleh diperolehi daripada buku Sūrah al-Kahf and the Modern Age.

Di bawah ini adalah kesimpulan buku termasuk keterangan Al-Quran, Hadis, serta rujukan-rujukan lainnya. Anda boleh merujuk buku dan membuat kajian bagi mendapatkan keterangan terperinci.

Persoalan 1: Sama ada tembok menyekat Ya’juj & Ma’juj terbuka?

Tembok menyekat kaum Ya’juj & Ma’juj telah lama terbuka apabila orang Yahudi kembali ke Bait al-Maqdis (Jerusalem) dan membentuk negara Israel pada tahun 1948. Allah SWT telah memberi keterangan di bawah bagi menjelaskan kepulangan Yahudi ke Bait al-Maqdis:

…Dan mustahil kepada penduduk sesebuah negeri yang Kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Ya’juj & Ma’juj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi…”;( al-Anbiyaa’:95-96 )

“Penduduk” dimaksudkan ialah orang Yahudi, “negeri” adalah Bait al-Maqdis, “Ya’juj & Ma’juj” adalah Yahudi (Khazar), dan “meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi” bermaksud Ya’juj & Ma’juj menguasai dan menjajah keseluruhan aspek kuasa-kuasa pemerintahan dunia.Israel

Allah SWT malahan menyatakan “mustahil” bagi orang Yahudi untuk pulang ke Bait al-Maqdis, kecuali setelah tembok menyekat Ya’juj & Ma’juj terbuka dan mereka telah berkuasa. Orang Yahudi telah lama pulang ke negeri Bait al-Maqdis dan membentuk negara Israel pada tahun 1948. Oleh itu apakah penjelasan kepulangan mereka ke Bait al-Maqdis?

Ini bermaksud tembok telah terbuka dan Ya’juj & Ma’juj telah lama menguasai pemerintahan. Orang Yahudi dikembalikan melalu agenda puak Khazar, iaitu Yahudi Zionis yang menguasai dunia hari ini dan digambarkan di dalam Surah al-Kahfi sebagai kaum Ya’juj & Ma’juj. Mereka malahan boleh dianggap menguasai dunia hari ini kerana tiada negara yang mampu menghalang mereka daripada menghancurkan Palestine.

Fakta kedua - menyokong dakwaan tembok Ya’juj & Ma’juj telah lama terbuka ialah berdasarkan keterangan Allah swt di bawah:

“…Maka mereka… tidak dapat menebuknya…”; (al-Kahfi:97 )
Ayat menyatakan mereka tidak dapat “menebuk” tembok tersebut. Beribu-ribu tahun Allah SWT memelihara tembok tersebut, dan tiada satu makhluk pun di seluruh alam ini mampu “menebuk” tembok kecuali dengan keizinan Allah SWT, iaitu apabila Allah SWT mengizinkan Ya’juj dan Ma’juj dilepaskan.

Sebaliknya telah disebutkan dalam Shahih Al-Bukhari dan Shahih Muslim bahawa Nabi SAW bersabda: “Telah mulai terbuka hari ini dari dinding Ya`juj dan Ma`juj sebesar (lubang) ini.” Rasulullah membuat lingkaran dengan dua jarinya, ibu jari dan jari telunjuk.
(HR. Al-Bukhari dari Zainab bintu Jahsyin radhiyallahu ‘anha).

Apakah maksud hadis apabila dibaca bersama ayat 97 surah al-Kahfi yang menyatakan Ya’juj & Ma’juj “tidak dapat menebuknya”? Ini membuktikan Allah SWT telah melepaskan mereka kerana fakta tembok berlubang membuktikan mereka telah berjaya menebuk tembok. Tembok tidak akan berlubang jika tidak boleh ditebuk!

Oleh itu fakta tembok berlubang membuktikan Ya’juj & Ma’juj dilepaskan semasa zaman kehidupan Rasulullah SAW di Madinah, iaitu selepas Allah SWT menukarkan kiblah ke arah Kabbah pada Rejab 2 AH (624 AD). Mereka yang masih berpegang Ya’juj & Ma’juj dilepaskan selepas Dajjal akan terus menerus menunggu sehinggalah bumi ini hancur dan kiamat, dan Ya’juj & Ma’juj tetap tidak kunjung tiba. Sepatutnya mereka memikirkan kembali kepercayaan mereka yang bercanggah dengan Al-Quran dan bertanya diri sendiri jawapan bagi persoalan di bawah:

(a) penjelasan kepulangan orang Yahudi ke Bait al-Maqdis dan membentuk negara Israel pada tahun 1948 (al-Anbiyaa’:95-96), dan,

(b) Rasulullah SAW menyatakan tembok telah berlubang, iaitu telah berjaya ditebuk (al-Kahfi:97).

(c) Kenapa terdapat ketepatan fakta yang sempurna menghubungkan Al-Quran dengan sejarah Yahudi Khazar? Sedarilah tipu daya itu teorinya tidak tetap dan sentiasa berubah-ubah, manakala kebenaran itu sebenarnya lebih terang dan tetap tidak berubah-ubah.

Persoalan 2: Sama ada Ya’juj & Ma’juj manusia?
Yahudi telah kembali ke Bait al-Maqdis namun adakah anda melihat mana-mana raksasa Ya’juj Ma’juj berkeliaran dengan banyak? Sudah tentu tidak kerana Ya’juj & Ma’juj adalah manusia. Allah memberikan petunjuk mengenali Ya’juj & Ma’juj. Ini dijelaskan di dalam Surah al-Kahfi:

“…kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain. Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan. Mereka berkata: “wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?”

Dia menjawab: “(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh. Bawalah kepadaku ketul-ketul besi”; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: “Tiuplah dengan alat-alat kamu” sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: “Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya”.

Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya. (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: “Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar”…”;
(al-Kahfi:92-98)

Ya’juj & Ma’juj Adalah Manusia

1. Tembok buatan manusia hanya untuk manusia.
“…tembok di antara kami dengan mereka…”; ( al-Kahfi:97 )

Mereka yang meminta pertolongan adalah manusia, dan bagi memisahkan antara manusia dengan manusia (kaum Ya’juj & Ma’juj). Oleh itu dan jika mereka jin, kenapa perlu ada tembok atau perlu memanjat dan menebuk tembok? Bukankah mereka boleh terus berjalan menembusi tembok yang diperbuat oleh manusia? Ini kerana jin dan malaikat tidak dapat dihalang kerana dapat menembusi tembok dibuat manusia.

2. Perbuatan melakukan kerosakan atau “fasad” ke atas manusia.
“…sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi…”; al-Kahfi:94

“…Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah SWT dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi…”; al-Maa’idah:33

Kerosakan atau “fasad” ialah perbuatan sesama manusia, dan surah al-Kahfi menyatakan kerosakan dilakukan kepada manusia. Manusia mempunyai kebebasan membuat pilihan dan boleh dipertanggung-jawabkan ke atas fasad dilakukan. Jin mempunyai kebebasan membuat pilihan tetapi makhluk ghaib tidak dapat dikenalpasti sebagai makhluk melakukan fasad.

3. Ya’juj & Ma’juj daripada keturunan manusia.
Dari Abu Said Al-Khudri ra bahawa Rasulullah SAW bersabda. “Allah SWT  ‘Wahai Adam, berdirilah dan keluarkan penghuni neraka.’ Adam berkata, ‘Labbaik, wa sa’daik, segala kebaikan berada dalam kekuasaan-Mu. Ya Tuhan, bagaimana penghuni neraka tersebut? Allah SWT  “Dari setiap seribu terdapat sembilan ratus sembilan puluh sembilan.” … Abu Said mengatakan bahawa mereka berkata, “Siapakah di antara kita yang termasuk orang tersebut?” Rasulullah menjawab. “Sembilan ratus sembilan puluh sembilan Yakjuj dan Makjuj, sedangkan dari kalian hanya satu”
(HR Bukhari, Muslim dan Ahmad)

Ya’juj & Ma’juj daripada keturunan manusia, iaitu daripada keturunan anak lelaki Nabi Nuh bernama Yafis dan berhijrah ke utara, iaitu ke Eropah dan Selatan Rusia selepas banjir kering. Keturunan Sam berlegar di sekitar bumi Kanaan lalu membentuk bangsa Arab dan sekitarnya. Keturunan Ham pula berhijrah ke Afrika lalu membentuk bangsa Afrika.

Oleh itu sekiranya seseorang itu berketurunan nabi, beliau semestinya manusia dan malahan boleh dianggap berketurunan mulia dan baik-baik. Oleh itu, tidak munasbah menyatakan Ya’juj & Ma’juj makhluk ghaib (jin?) tetapi berketurunan nabi-nabi.

4. Ya’juj & Ma’juj dimasukkan ke dalam neraka
“…telah tetap hukuman seksa dariKu: “Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia…”;  (as-Sajdah:13 )

Ya’juj & Ma’juj adalah makhluk boleh dihisab untuk ke neraka atau syurga. Namun mereka dimasukkan ke dalam neraka. Terdapat dua penghuni neraka, iaitu jin atau manusia. Ya’juj & Ma’juj berketurunan Nabi Adam as dan oleh itu mereka bukan jin. Ini membuktikan mereka manusia seperti kita.

Terdapat pelbagai keterangan lain dan anda boleh merujuk buku An Islamic View of Gog and Magog in the Modern World untuk mendapatkan keterangan penuh berserta gambaran peta dan gunung tersebut.

Persoalan 3: Di manakah kedudukan mereka?

Berdasarkan keterangan Surah al-Kahfi:92-98, fakta relevan mengenali Ya’juj & Ma’juj ialah:

a. Negeri Ya’juj & Ma’juj = Khazaria & Russia
 (Gog is the Anglo-American-Israeli alliance and Magog is Russia)
b. Jalan ke utara = ke utara Iran menuju ke Armenia
c. Di antara dua gunung = Gunung Caucasus
d. Kaum hampir mereka tidak memahami perkataan = Kaum Armenia
e. Tembok besi = Daryal Gorge/Iberian Gates/Caucasian Gates

Siapakah kaum Ya’juj & Ma’juj? Mereka puak Khazar, iaitu 98% bangsa Yahudi kita ketahui hari ini. Yahudi Khazar adalah palsu, dan 12 kaum Yahudi sebenar berkulit gelap, jauh berbeza dari rupa Yahudi kita kenali hari ini. Patung atau lukisan dinding Piramid atau Mesir menunjukkan Firaun adalah negro, dan orang Yahudi berkulit gelap. Mereka kaum bersama Nabi Musa as menyeberangi Laut Merah. Oleh itu bagaimana pula mereka yang berwajah German atau Rusia boleh mengaku mereka Yahudi? Dari kaum ke-13? Inilah perdayaan Ya’juj & Ma’juj.

Persoalan 4: Di manakah tembok menyekat Ya’juj & Ma’juj?
Anda boleh merujuk buku bagi memahami maksud “tembok yang menyekat Ya’juj & Ma’juj”. Tembok tersebut dipanggil sebagai Daryal Gorge/Iberian Gates/Caucasian Gates, iaitu tembok diperbuat daripada besi bercampur tembaga. Rombongan telah dihantar mencari tembok dibina Zulkarnain pada tahun 50 H dan menemui tembok telah musnah sepenuhnya.

Saya turut ingin berkongsi pendapat peribadi mengenai tembok menyekat Ya’juj & Ma’juj (sekatan). Sekatan lain ke atas puak Yahudi Khazar ialah sebelum Peperangan Waterloo (1815). Pada zaman itu mereka dilayan hina, dan Nathan Mayer Rothschild (1777-1836) membiayai England dalam peperangan menentang Napoleon. Di antara tuntutan Rothschild sebagai balasan ialah Yahudi diberi hak dan perlindungan sama rata. Semenjak itu Rothschild menguasai Bank of England dan Yahudi Khazar hidup bebas.

Tiada lagi sekatan dan mereka 100% bebas menguasai dunia. Mereka bekerjasama dengan Knights Templar (Freemason) bagi mengatur perancangan supaya orang Yahudi berupaya pulang ke Israel dan membentuk sebuah negara bebas. Mereka merancang penjajahan negara lain dan memberi kemerdekaan setelah menukarkan sistem negara, menguasai industri utama dan meletakkan orang-orang mereka di dalam negara jajahan. Mereka malahan bekerjasama membentuk sistem perbankan, pertubuhan dan pelbagai badan menguasai dunia dan seluruh aspek kehidupan kita pada hari ini.

Lokasi Darial Gorge (Update 8/11/2010 : gambar : Wake Up Project Rise of Islam)
Berikut adalah hasil pencarian dalam Google Maps, Daryal Gorge.
Pandangan jarak jauh
Setelah mencari Darial Gorge menggunakan carian Google Earth saya menjumpai koordinat 42°44′41.00″N 44°37′21.00″E, iaitu terletak di sempadan “Sempadan Georgea dan Rusia”. Kebenaran (letak Ya’juj dan Ma’juj) ini Wallahu’alam..
Pandangan jarak dekat
Dari pada gambarajah ini, jangan lupa dengan dengan carian Google Earth dengan memasukan lat, long: 42°44′41.00″N 44°37′21.00″E, jika kita dapat ke lokasi tempat itu pastinya ia akan nampak lebih menarik, kelihatan seperti ada bongkahan-bongkahan besi.
Persoalan 5: Siapakah “golongan” Ya’juj & Ma’juj?

Kita mengenali Yahudi Khazar sebagai bangsa Ya’juj & Ma’juj. Persoalannya hadis menyatakan bilangan mereka 999 daripada setiap 1,000 orang, dan mereka ini pula adalah manusia. Oleh itu siapakah manusia yang bermaksud 999 setiap 1,000 manusia? Siapakah Ya’juj & Ma’juj yang tidak terhitung banyaknya? Dalam erti kata lainnya, siapakah “manusia tidak terhitung”?

Jawapannya semua manusia yang termasuk golongan mereka. “Golongan” Ya’juj & Ma’juj ialah manusia seperti saya, keluarga saya, anda dan keluarga anda, pemimpin dan ulama yang anda sanjung dan semua manusia di dunia, iaitu mereka yang melaksanakan sistem diperkenalkan mereka ke dalam sistem di dalam negara kita. Siapakah lagi yang selama ini melakukan kerosakan jika bukan manusia yang mengamalkan sistem mereka?

Oleh itu 99.9% manusia adalah tergolong sebagai “golongan Ya’juj & Ma’juj” (Children of Gog & Magog) kerana melaksanakan sistem mereka. Akibat daripada ini lahirlah Ya’juj & Ma’juj berbangsa barat, melayu, india, cina dan semua bangsa yang melaksanakan sistem Ya’juj & Ma’juj. Dakwaan ini dijelaskan melalui surah al-Maa’idah:51:

…Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu…”; 
 (al-Maa’idah:51 )

Keterangan merujuk hari ini. Ini kerana Yahudi dan Kristian tidak menjadi teman rapat pada zaman dahulu. Sebab utama ialah Kristian mendakwa Yahudi bertanggung-jawab membunuh Jesus, iaitu tuhan mereka. Namun itu pada hari ini dan semenjak Peperangan Waterloo (1815) di antara England dan France, mereka bekerjasama.

Ya’juj & Ma’juj telah terlepas daripada sekatan kemanusiaan dan bekerjasama dengan Kristian bagi membentuk pelbagai sistem untuk menguasai dunia. Mereka membentuk “Gog & Magog World Order”.
Oleh itu apakah maksud “adalah dari golongan mereka” apabila hidup di zaman “Gog & Magog World Order” dan mereka bekerjasama menguasai dunia?

Pertamanya hanya terdapat dua golongan utama, iaitu golongan orang Islam atau golongan Ya’juj & Ma’juj. Keduanya ia bermaksud sesiapa yang mengambil dan melaksanakan sistem mereka akan terkeluar dari golongan orang Islam dan menjadi golongan Ya’juj & Ma’juj. Allah akan membiarkan manusia mati sebagai golongan Ya’juj & Ma’juj kerana menyokong perlaksanakan sistem dan cara kehidupan mereka. Maksud selainnya ialah kita menerima nasib sama seperti mereka, iaitu kekal di neraka selamanya.

Selainnya ada yang berkata ini tidak mungkin kerana banyak yang bersyahadah dan melakukan solat, berpuasa, zakat dan menunaikan haji. Perlu diingatkan kembali keterangan al-Maaidah:51 menyatakan “Wahai orang-orang yang beriman!”, iaitu bermaksud mereka ini bukan sekadar Islam dan melakukan Rukun Islam, tetapi mereka malahan memenuhi semua rukun menjadi orang beriman. Mereka adalah orang beriman yang bergetar hati apabila sekadar hanya mendengar nama Allah swt.

Maka orang beriman yang melaksanakan sistem mereka akan menerima nasib yang sama. Berdasarkan alasan ini maka hadis yang menyatakan Ya’juj & Ma’juj tidak terhitung dan 999 setiap 1,000 orang menjadi benar dan munasabah (samada kiraan berdasarkan “seorang dari sahabat” dan 999 dari kita? atau kiraan mengikut nisbah penduduk setiap zaman?

(Wallahualam).

Fakta ini malahan disokong fakta riba wang kertas dan transaksi melibatkan bank. Ini kerana surah al-Baqarah menyatakan pengistiharan peperangan oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW ke atas orang yang mengambil riba, membayar riba, penulis riba dan saksi kepada perjanjian riba.

“..Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya PEPERANGAN dari Allah dan RasulNya…”; ( al-Baqarah:279 )

“..Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka KEKAL di dalamnya…”;( al-Baqarah:275)
99.9% akan ke neraka kerana riba wang kertas

Bagaimana seseorang tidak malu mengaku beriman apabila statusnya sedang berperang menentang Allah swt dan Rasulullah saw? Ini satu pengakuan tidak munasabah dan iman sangkaan semata-mata (prasan). Maka melalui surah ini 99.9% bangsa dan golongan Ya’juj & Ma’juj dimasukkan ke neraka serta kekal di dalamnya.

Keterangan Surah Al-Baqarah sepatutnya membuatkan hatinya seakan-akan tercabut kerana kedasyatannya. Namun itu bagi golongan Ya’juj & Ma’juj, kesemua ini tidak mendatangkan ketakutan dan menjadi hiburan menghalalkan yang haram. Mereka sentiasa sahaja mempunyai alasan untuk menyelisihinya.

Kepada yang beriman, fakta dan Gog & Magog World Order adalah ujian tersangat sukar. Sudah tentu dan siapakah tidak berakal menyangka Allah swt memberikan ujian mudah ke syurga? Soalan di sini sahaja telah pun membingungkan manusia menjawabnya, maka tidak dapat dibayangkan pula apabila Allah swt pula menyoal di akhirat.

Dengan ujian kehidupan yang berat maka Rasulullah saw menyatakan akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api. Rasulullah saw dengan itu memberi “perintah yang sangat tegas” untuk meninggalkan semua puak walau terpaksa berpaut kepada akar pokok hingga mati, bemaksud pilihan mati bagi memelihara keimanan jauh lebih baik daripada menjadi golongan Ya’juj & Ma’juj.

Ianya juga perjuangan yang selari dengan cerita Ashaab’ul-Kahfi dan Ar-Raqiim di dalam Surah Al-Kahfi, iaitu pilihan antara “keimanan” atau “kehidupan dunia tanpa iman”. Dalam hadis lain pula Rasulullah SAW memberikan gambaran kehidupan orang beriman:

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda, “…Selagi akan datang suatu masa di mana orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali bila ia lari membawanya dari suatu puncak bukit ke puncak bukit yang lain dan dari suatu lubang kepada lubang yang lain. Maka apabila zaman itu telah terjadi, segala pencarian (pendapatan kehidupan) tidak dapat dicapai kecuali dengan perkara yang membabitkan kemurkaan Allah SWT…”. (HR Baihaqi)

Keterangan lain yang menyokong seperti yang terkandung di dalam Surah An-Nisaa:97

Maksudnya: “..Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: “Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu?” Mereka menjawab: Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi. Malaikat bertanya lagi: “Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?” Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali..”; ( al-Quran: An-Nisaa:97 )

Berdasarkan di atas maka orang beriman tiada sebarang alasan yang sah pada hari akhirat. Rasulullah saw juga telah memberikan perintah khusus dan mengingatkan mereka, maka itu tidak haruslah orang beriman mempunyai ketetapan lain:

“…dan tidak harus bagi orang beriman, lelaki dan perempuan —apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara — mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata…”; ( al-Ahzaab:36

Persoalan 6: Bilakah Dajjal muncul?
Jerusalem in the QuranDajjal dilepaskan semasa zaman kehidupan Rasulullah saw, dan hadis memberitahu Dajjal hidup selama 40 hari:

Tanya kami; “Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi?”, jawab Rasullullah: “Selama empat puluh hari, satu hari sama seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang”. Tanya kami; “Ya Rasullullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang ?”, jawab Rasullullah; “Tidak” tetapi hitunglah bagaimana pantasnya. (HR Muslim) Kesimpulan hadis ialah Dajjal hidup dalam 4 dimensi, iaitu:

1 hari = Setahun
1 hari = Sebulan
1 hari = Seminggu
37 hari = Seperti hari kita

http://www.youtube.com/watch?v=bRQ6My0Rpr8&feature=player_embedded

Rujukan buku Jerusalem in the Quran menyatakan pembahagian tempoh seperti di bawah:
1 hari = Setahun = British = Pound
1 hari = Sebulan = Amerika Syarikat = Dollar
1 hari = Seminggu = Israel = Electronic Money (Chemtrail?)
37 hari = Zaman seperti hari kita, iaitu zaman kemunculan Dajjal  dan memerintah dunia secara nyata
Israel akan menguasai dunia dan menggunakan Electronic atau Chip Money. Sistem yang sama diimplementasikan di Malaysia melalui cip yang diletakkan pada kad pengenalan.

Galilie Sea
Sea of Galilea
Setelah Israel menguasai dunia, Dajjal akan muncul menguasai dunia apabila Sea of Galilea menjadi kering, iaitu lebih kurang 20-40 tahun akan datang dan akibat kegunaan penduduk, perindustrian, projek menghijaukan padang pasir dsbnya. Faktor lain adalah kemarau berpanjangan berlaku 3 tahun sebelum kemunculan Dajjal (Ini adalah petunjuk daripada Allah SWT ketibaan Dajjal, dan kemarau yang menjadi rahmat terbesar kepada orang beriman kerana berupaya melatih keimanannya untuk mengalahkan Dajjal). 

A lengthy hadith narrated by Ibn Majah, Ibn Khuzaimah, and ad-Dhiyaa’, attributed to Abu Umamah, reports that the Prophet of Allah, sallallahu `alaihi wa sallam, said, “There will be three hard years before the Dajjal (appears). During them, people will be stricken by a great famine. In the first year, Allah will command the sky to withhold a third of its rain, and the earth to withhold a third a third of its produce. In the second year, Allah will command the sky to withhold two thirds of its rain, and the earth to withhold two thirds of its produce. In the third year, Allah will command the sky to withhold all of its rain, and it will not rain a single drop of rain. He will command the earth to withhold all of its produce, and no plant will grow. All hoofed animals will perish, except that which Allah wills.” He (sallallahu `alaihi wa sallam) was asked, ‘What sustains people during that time?’ He said, “Tahlil, takbir and tahmid (Saying, la ilaha ill Allah, Allahu Akbar and al-hamdulillah). This will sustain them just as food does.” [Sahih Al-Jami` as-Saghir, no. 7875]

http://www.youtube.com/watch?v=I20gYcKEGCQ&feature=player_embedded

Oleh itu peringkat kemarau dan kekeringan air Sea of Galilea adalah peringkat akhir Gog & Magog World Order dan mengikut hadis yang menyatakan “…Kemudian datang pula segolongan yang lain (dari kalangan mereka) lalu mereka berkata : “Dulunya terdapat air di sini”…”  (HR Muslim). Ianya turut dijelaskan melalui hadis mengisahkan Tamim Ad-Dari bertemu Dajjal dan bertanyakan serta mengatakan air ‘Sea of Galilea’ akan menjadi kering (HR Muslim).

http://www.youtube.com/watch?v=_BYLQ5Zmu5k&feature=player_embedded

Sesiapa yang percaya Ya’juj & Ma’juj masih belum keluar, maka apakah penjelasan mereka air Sea of Galilea yang sepatutnya digunakan Ya’juj & Ma’juj telah menjadi kering sebelum kemunculan Ya’juj & Ma’juj itu sendiri?

Sepanjang tempoh sebelum ketibaan Dajjal, Peperangan Dunia III dan kekejaman berleluasa serta berlarutan lebih kurang 19 tahun sehingga ketibaan Imam Mahdi dan Nabi Isa. Penyakit menjadi-jadi (Bio-war dan Sistem) dengan penciptaan bakteria makmal seperti AIDS, selesema burung dan babi, serta radiasi peperangan nuklear. Immunisasi badan manusia turut menjadi rosak dan tidak mampu menahan serangan kerana bertahun mengambil antibiotik, vaksin, makanan berkimia, air berklorin dan sebagainya.

Akhirnya Ya’juj & Ma’juj dan golongannya mati kerana badan tiada immunisasi menahan serangan atau kesan daripada nuklear radiasi, iaitu mati semudah serangan “…ulat-ulat menyerang batang leher Ya’juj wa Ma’juj itu,mereka pun mati bergelimpangan dengan serentak seperti matinya satu jiwa…”. Setelah itu Islam menguasai pemerintahan dunia berserta kemewahannya, mungkin kerana dunia menjadi kosong akibat ramai yang telah mati.

Rujukan lain yang agak menarik menyatakan kemunculan Dajjal pada tahun 2033. Ini kerana Rasulullah saw menyatakan kehidupan Dajjal semasa 3 peringkat pertama tidak seperti hari-hari kita, dan meminta menghitung harinya.

Apakah maksud ini? Maksudnya kita perlu membuat kiraan matematik dan menghitung untuk mendapatkan tarikh kemunculan Dajjal. Oleh itu persoalannya ialah apakah jumlah hari selain hari kita? Jawapannya terkandung dalam surah al-Hajj:47

“…Dan (katakanlah kepada mereka): sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung...”; ( al-Hajj:47 )

Kini kita menemukan fakta 1 hari bersamaan 1,000 tahun, dan fakta lain ialah terdapat 12 bulan atau 52 minggu di dalam setahun. Selainnya tahun dikira mestilah mengikut tahun Hijrah dan bukan tahun Gregorian. Hanya Allah berkuasa menentukan kiraan masa dan bilangan tahun.

“…Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa…”;  (al-Yunus:5 )

Oleh itu kehidupan Dajjal semasa berada di dimensi lain adalah mengikut tempoh di bawah :

1 hari = Setahun = 1,000 tahun
1 hari = Sebulan = 1,000 tahun/12 (bulan) = 83 tahun
1 hari = Seminggu = 1,000 tahun/52 (minggu) = 19 tahun

Dari kiraan kita mendapati kehidupan Dajjal selama 1,000 tahun pada peringkat atau dimensi pertama, 83 tahun pada dimensi kedua, dan 19 tahun pada dimensi ketiga. Teori kiraan mengikut tahun Hijrah menyatakan Ya’juj & Ma’juj memecah tembok pada tahun 353 Hijrah (965 AD) (Khazar mula aktif berdagang pada 850 AD). Oleh itu:

353 Hijrah + 1,000 tahun = 1353 Hijrah (1935 AD)
= Zaman Dajjal menguasai Europe & kejatuhan British
1353 Hijrah + 83 tahun = 1436 Hijrah (2014 AD)
= Zaman Dajjal menguasai Amerika dan peralihan kepada Israel (bermulanya Perang Dunia III)
1436 Hijrah + 19 tahun = 1455 Hijrah (2033 AD)
= Zaman Dajjal menguasai Israel dan penderitaan Perang Dunia III yang berpanjangan
= Kemunculan Imam Mahdi & Nabi Isa

Walau bagaimanapun kesemua kiraan tarikh sekadar teori dengan kebenaran tarikh sebenar yang belum terbukti. Kebenaran yang telah terbukti ialah tembok menyekat Ya’juj & Ma’juj terbuka dan mereka meluru turun dari kuasa pemerintahan  (al-Anbiyaa’:95-96).

Bukti jelas yang lainnya ialah tuhan yang mereka sembah adalah Lucifer (Iblis). Kebenaran lain yang terbukti ialah tembok tidak berupaya ditebuk dan dinyatakan ayat 97 surah al-Kahfi telah ditebuk dan berlubang semenjak zaman kehidupan Rasulullah SAW.

 Kebenaran terbukti ialah Ya’juj & Ma’juj telah dilepaskan dan menguasai setiap pelusuk pemerintahan dunia, dan disokong oleh kuasa dari gologanYa’juj & Ma’juj (Children of Gog & Magog). Kebenaran terbukti ialah mereka telah hampir menawan seluruh bumi Palestine dan Sea of Galilea telah menjadi semakin kering. Oleh itu sama-samalah nantikan kedatangan janji Allah swt. 

Maksudnya: “…Katakanlah (wahai Muhammad); “Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu”. Dan sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka: “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya; maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin”.

Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman): “Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan, nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayah petunjuknya; tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu: `Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia.

(Lalu dikatakan kepada mereka: “Oleh sebab kelalaian kamu) maka rasalah azab seksa kerana kamu melupai pertemuan hari kamu ini. Sesungguhnya Kami pun tidak hiraukan keselamatan kamu lagi; dan rasalah azab yang kekal dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan“.

Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami HANYALAH orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka SEGERA merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur…”;
( al-Quran: as-Sajdah:11-15 )

Penutup

Bantu sebarkan maklumat ini dan kasihani mereka dan keluarga yang mungkin mencari hidayah dan hendak beriman. Sesiapa mahu beriman boleh berusaha bersungguh-sungguh untuk beriman. Sesiapa sekadar beriman dengan Allah Maha Pengampun (Al-Ghaffar) atau Ar-Rahman (Maha Pengasih), ketahuilah Allah itu Al-Ahad, dan oleh itu pada masa sama Allah swt juga adalah Al-Jabbar (Maha Memaksa), Al-Mudzillu (Maha Menghinakan), Al-Hakam (Maha Menghukum), Al-Adlu (Maha Adil), Al-Hasib (Maha Menghitung), dan Al-Muntaqim (Maha Menyeksa). Maka keluarlah daripada angan-angan tanpa amal sebenar (pengabdian) dan fikirkanlah situasi sebenar di akhirat apabila 99 sifat Allah swt dari asmaNya adalah satu. Allah swt itu Al-Ahad dan tiada yang menyamaiNya, itulah Allah swt sebenar-benarnya.

Perbincangan sekadar bacaan kepada mereka ingin membuka minda, berkongsi dan mencari kebenaran. Tiada niat menghalang “kemajuan dan permodenan” kerana kesuntukan masa yang ada untuk persediaan peringkat akhir Gog & Magog World Order. Oleh itu masa yang ada lebih berfaedah digunakan menyelamatkan keimanan sendiri dari memikirkan menjawab alasan tidak pernah habis daripada yang tidak berminat untuk beriman.

Selainnya dan kepada mereka yang bersungguh-sungguh hendak beriman, ini panggilan terakhir membuat perubahan dan mereka mempunyai masa lebih kurang 1-25 tahun untuk bersungguh-sungguh bertaubat dari kesemua riba, amalan syirik sistem negara sekular, dan segala kemaksiatan. Masa yang ada untuk melatih dan betul-betul memperteguhkan keimanan bagi menghadapi zaman Dajjal. Mereka berusaha membentuk komuniti untuk berhijrah membina perkampungan yang membolehkan mereka mengamalkan kehidupan sebagai orang Islam yang bebas daripada dosa-dosa besar. Mereka mengambil pelajaran dari Surah Al-Kahfi dan bergerak kepada perjuangan yang sama dari cerita Ashaab’ul-Kahfi.

Wallahu a‘lam bish-shawab.

“…Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan ugama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia…”;
(Al-Quran: al-An’aam:70)

“…Wahai Tuhan! Sesungguhnya aku tidak dapat menguasai selain daripada diriku sendiri dan saudaraku; oleh itu pisahkanlah antara kami dengan kaum yang fasik itu…”;
( Al-Quran: al-Maaidah:25)

“…Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: “Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah”, kamu merasa keberatan di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat?… Jika kamu tidak pergi beramai-ramai, Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya…”;
( Al-Quran: at-Taubah:38-39 )

Wallahua'lam

MENGAPA YAHUDI MENGGALI DI BAWAH MASJID AL-AQSA?


Penggalian di bawah Masjid Al-Aqsa giat dijalankan


Luangkanlah masa untuk membaca tentang kejadian masa lalu dan yang akan datang. Anda mestilah benar-benar mengetahui apa yang berlaku di Palestin pada hari ini. Ketahuilah apa yang Zionis lakukan dan yang lebih penting anda tahu mengapa dan kenapa.

Pertama. Lihatlah pengalian di bawah Masjid Al-Aqsa. Cukup cemas, bahaya dan merosakkan asas binaan Masjidil Al-Aqsa. Jika sebelum ini anda membaca melalui portal dan media yang berat sebelah. 

Kini saksikanlah sendiri kerosakan yang teruk akibat kerja pengalian ini. Keretakkan merata-rata di tiang besar, lantai dan dinding masjid yang suci bagi umat Islam.






Pihak Israel sedang menggali di bawah Masjidil Al-Aqsa. Mereka mengakui secara terbuka niat mereka untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa untuk “membangkitkan semula “Temple of Solomon.” iaitu Kuil Sulaiman.

Arkeologi dan ahli kaji sejarah mengetahui bahawa runtuhan “Kuil Sulaiman” terletak di bawah Masjidil Al-Aqsa. Kita tidak tahu berapa dalam penggalian tersebut, namun kita tidak boleh berdiam diri dan membiarkan sahaja perkara ini berlaku. Ini memerlukan perhatian dunia Islam.

                                                                                                                                                                                                   Saudara Islam seluruh dunia harus tahu apa yang berlaku dan kesan 
pengalian ini. Ini satu kebenaran yang mengejutkan.
Penggalian yang merosakkan asas Masjid Al-Aqsa














                                                                                                                                                                                                                                                Kubah emas bukanlah Masjidil Al-Aqsa tetapi adalah Masjid Batu bergantung “Dome Of The Rock. Setiap kali Masjidil Aqsa diucapkan di media, mereka akan menunjukkan Masjid ” Dome of the rock” sebagai Masjidil Al-Aqsa. Sehingga orang ramai tidak mengetahui yang mana satu Masjidil Al-Aqsa yang sebenarnya.

Mereka begitu bangga dengan hasil kerja yang dijalankan
( Gambar bawah masjid )
Dome Of The Rock
Ini merupakan cara Zionis. Mungkin sehinggakan Masjidil Al-Aqsa dihancurkan, umat Islam tidak mengetahui akan kehancurannya. Menjadi kewajipan umat Islam untuk tahu yang mana satu masjidil Al-Aqsa yang sebenarnya.

Artikel Bangunan Masjid Al-Aqsa yang Sebenarnya, mengungkap penipuan Zionis.

Kenapa pencerobohan harus dilakukan kepada Masjidil Al-Aqsa? Adakah disebabkan nilai tanahnya atau lain-lain sebab musabab yang dikehendaki oleh Yahudi!



Nabi Sulaiman A.S Dan Rahsia Yang Tertanam Di Bawah Masjidil A-Aqsa

Berbalik kepada sejarah silam kisah Nabi Sulaiman AS atau Raja Sulaiman yang bertanggungjawab membina apa yang dikenali sebagai Kuil Sulaiman”. Nabi Sulaiman As berbeza dari Nabi-nabi yang lain kerana baginda di beri Allah SWT boleh menguasai umat manusia, dan bangsa jin.

Nabi Sulaiman ditugaskan dengan menyebarkan ayat-ayat Allah SWT iaitu: keyakinan dan ibadah dalam hanya SATU tuhan sahaja. Perkara ini menjadi perhatian Nabi Sulaiman dimana terdapat kaum-kaumnya yang kuat mengamalkan ilmu sihir dan okultisme (ilmu ghaib). Baginda memerintahkan pengawalnya untuk pergi ke seluruh negeri dan merampas setiap buku, naskah, kitab-kitab yang tertulis segala ilmu sihir dimana amalan sesat ini diajar untuk berhubung dengan pemanggil roh. Amalan ini berkaitan berkaitan dengan jin dan syaitan.

Masjid Al-Aqsa sebenar
Dalam Islam kita tahu bahawa ilmu sihir adalah haram. Al-Quran mengatakan kepada kita bahawa Jin dan Manusia tidak boleh berhubung kait walaupun hidup di dimensi yang sama dengan manusia, tetapi tidak boleh berkomunikasi antara satu sama lain. Jin tidak dapat dilihat, mereka boleh melihat kita, tapi kita tidak dapat melihat mereka. Tidak wujudnya seperti Jin “baik” atau membantu, kerana setiap jin yang bercakap dan berinteraksi dengan manusia secara langsung dilarang oleh Allah SWT.

Jadi arahan Nabi Sulaiman AS supaya mereka membawa kesemua buku, kitab yang berkaitan dengan ilmu sihir kepadanya, dan kemudian baginda kuburkan semua buku, kitab dan apa jua yang berkaitan dengan amalan ini dimana baginda fikirkan paling selamat iaitu tidak akan ada sesiapa yang boleh mendapatkan atau mencurinya.

Baginda menanamkan buku-buku ajaran sihir itu di bawah tapak kuil tersebut. Baginda melantik beberapa orang kesatria yang di kenali sebagai “Knights of the temple of Solomon” (Knight Templar) untuk menjaga kuil Sulaiman itu siang dan malam.
Tuhan Ra
Kesatria melakukan tugasan yang diberikan pada awalnya. Selepas Nabi Sulaiman a.s wafat, The Knights menemui apa yang terdapat di bawak kuil itu. 

Mereka menyedari akan kepentingan perkara ini, rahsia amalan sihir berada di hujung jari mereka. Mereka mencuri dan mula berlatih. Mereka pindahkan kitab-kitab dan mula berlatih dan mengamalkan.

 Mereka benar-benar jauh dari agama Nabi Musa dan Allah SWT. Dan tenggelam di bawah kuasa dan pengaruh Iblis. Kerana ritual yang mereka jalankan, mereka dengan segera menjadi orang yang berpengaruh dan terkaya di negara itu. 

Ahli okultisme menegaskan bahawa Syaitan memberi penghargaan kepada pengikutnya dengan kekayaan duniawi. Mereka boleh membuat apa sahaja seperti memberi dan menerima rasuah, maksiat, kerosakan di bumi, dan banyak lagi yang menyimpang dari ajaran sebenar di dalam Islam. Mereka juga percaya bahawa Syaitan meyakinkan mereka, melalui para imam dan pendeta tinggi, bahawa ‘kuasa’ itu adalah Allah yang nyata.

Selama berabad-abad, naskah itu diseludup ke Eropah, dan Kesatria Templar menggelarkan mereka sebagai “Free Mason”. Dengan kekuatan yang terkumpul, mereka pantas menyebarkan pengetahuan ini di seluruh dunia melalui kumpulan-kumpulan rahsia.

Semua ini dilakukan dengan satu tujuan iaitu mengikut kehendak tuhan Syaitan dan sebagai langkah untuk menyambut kedatangan Dajjal bermata satu yang mewakili syaitan di bumi. Simbol mereka adalah piramid dan di atasnya terdapat “all seeing eye” yang bermata satu. Perlu diketahui bahawa orang Mesir kuno juga mempunyai tuhan yang bermata satu dikenali sebagai Mata Ra dan Mata Osiris. Ingat bahawa ilmu hitam adalah diajar dari orang-orang kafir dari Mesir kuno.
Tuhan osiris (gambar duduk)

Jadi jika freemason sudah mendapat hak dan kekayaan di dunia dan “harta rahsia” ini. Mengapa semua tertumpu untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa?

Sebenarnya mereka sedang mempersiapkan kedatangan tuhan mereka iaitu “Dajjal”.

Apa Yang Islam Dan Nabi Muhammad SAW Memperingati Kita Tentang Kedatangan Dajjal

1. Dalam Islam kita tahu Dajjal adalah Nabi palsu. Dajjal akan meniru seperti nabi sejati dalam segala hal. Nabi yang sebenar adalah Nabi Isa AS yang akan datang semula untuk memerintah dunia dari Jerusalem. Jadi disitulah Dajjal akan tiba di atas tanah suci, Jerusalam.

2. Nabi Muhammad SAW berkata kepada kami bahawa Dajjal dikeluarkan dari dunia ini. Dengan demikian ia telah berada di planet ini sejak zaman Rasulullah SAW. Kami diberitahu bahawa Dajjal akan hidup di bumi selama 40 hari (satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu, dan selebihnya seperti hari biasa Ingat 1 tahun surgawi. Adalah sama dengan 1000 tahun manusia. anda melakukan matematik). Ini membuktikan bahawa ia adalah jin yang kuat, seperti jin boleh hidup selama ribuan tahun.

3. Semua Nabi-nabi memperingatkan kaum mereka tentang Nabi palsu ini.

4. Nabi Muhammad SAW pernah memberitahu kedatangan Dajjal dan memperingatkan kita untuk mengetahui bahawa Allah SWT tidak “bermata satu”. Dajjal juga akan mempunyai perkataan kafir di dahinya. Nabi Muhammad SAW juga memberi amaran, bahawa setiap Muslim setelah mendengar “kedatangan” Dajjal perlu memaling muka daripada memandang wajah Dajjal. Dan membelakangkan dan terus berjalan menjauhkan diri darinya. Tidak melihat ke arahnya, atau berjalan ke arahnya. Jangan ingin tahu dan Nabi SAW memberi amaran bahawa orang yang terkuat imannya akan diuji dan mudah boleh jatuh korban fitnah Dajjal, kerana Dajjal adalah “Master of Deception”.

Zionis pernah menyebut bahawa kawasan diantara sungai Nil dan Furat sebagaimana adanya “tanah yang dijanjikan”. Mereka harus membina kuil asal untuk menyambut kedatangan Dajjal.

Jadi Di Mana Tapak Kuil Sion Yang Asal?
Bukti arkeologi dan sejarah membuktikan bahawa runtuhan kuil asal Sion adalah di bawah Kuil Sulaiman. Ini sebabnya mengapa yahudi/zionist ingin menghancurkan Masjidil Al-Aqsa supaya mereka dapat membangunkan semula kuil dibawah Masjidil Al-Aqsa.

Gambaran Temple of Solomon oleh pelukis
Perkara ini menjelaskan mengapa Kerajaan AS begitu baik dengan Israel. Mereka mempunyai tujuan yang sama, dan kepercayaan bersama. Mereka bekerja untuk sebuah kekuatan yang jauh lebih besar, dan jauh lebih jahat dan penuh dengan penipuan. Inilah sebabnya mengapa dasar luar negeri AS adalah pro-Israel, bahkan mereka mengetepikan rakyat mereka sendiri. Inilah sebabnya mengapa mereka membiarkan Palestin diserang berkali-kali. Mereka memang berniat untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa. 




Replika Solomon's Temple
Dan inilah sebabnya mengapa mereka menggambarkan orang-orang Arab dan Muslim sebagai pengganas. Mereka ingin menghasut dan mengubah dunia supaya melawan dan membenci orang Islam, kerana faktanya adalah, orang-orang yang akan terus mempertahankan Masjid Al-Aqsa adalah orang-orang Muslim. Muslim memahami pentingnya Masjidil Al-Aqsa, ia adalah kiblat pertama umat Islam. Oleh kerana itu orang-orang Muslim adalah musuh dajjal dan Amerika adalah murid-murid Dajjal.

Dalam Al-Quran mengatakan bahawa salah satu tanda akhir zaman sebelum kedatangan Dajjal adalah runtuhannya Masjidil Al-Aqsa yang sedang berlaku sebagaimana yang anda baca ini.

Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari kejahatan Dajjal dan pengikutnya. Semoga cahaya Islam bersinar terang dari sebelumnya.

Dan bukti kedatangan Dajjal dan akhir zaman adalah kehancuran Masjidil Al-Aqsa.

Follow by Email