DOA -doa Ku... Ya Allah....

... اشهد ان لا إله إلا الله وأشهد ان محمد رسول الله .....YA ALLAH...AMPUNKAN AKU ....Bimbinglah Aku di jalan -MU.. TETAPKAN AKU DALAM KASIH SAYANGMU, ......AMPUNKAN SEGALA KESALAHAN dan DOSA-DOSAKU..DOSA DAN KESALAHAN KEDUA IBU BAPAKU..DAN SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT....KUMPULKAN AKU BERSAMA PARA NABI DAN RASUL...YA ALLAH ...KEKALKAN AKU DAN KETURUNANKU DALAM ISLAM DAN BERIMAN KEPADAMU....YA ALLAH.YA ALLAH, HIDUPKAN AKU DALAM KEADAAN MERENDAH DIRI, MATIKAN AKU DALAM KEADAAN MERENDAH DIRI DAN BANGKITKAN AKU (PADA HARI QIAMAT) DI DALAM GOLONGAN ORANG-ORANG YANG MERENDAH DIRI.. استغفر الله العظيم ASTAGFIRULLAHALAZZIM....سبحان الله...SUBHANALLAH ...الحمد لله..ALHAMDULILLAH...الله أكبر..ALLAHUAKHBAR.....ALLAHUMA SOLLIALA SAYIDINA MUHAMMAD....WAALA ALIMUHAMMAD..........

Khamis, 29 November 2012

Rasulullah Dan Pendita Yahudi, Zaid bin Sanah

Rasulullah Dan Pendita Yahudi, Zaid bin Sanah 


Diriwayatkan oleh At-Thabrani dari Abdullah bin Salam r.a bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w keluar bersama sahabat-sahabat baginda, di antaranya Ali bin Abi Thalib r.a.

Tiba-tiba datang menemui beliau seorang Badwi dengan berkenderaan, lalu berkata; "Ya Rasulullah. di kampung itu ada sekumpulan manusia yang sudah memeluk Agama Islam dengan mengatakan bahawa jika memeluk Islam, mereka akan mendapat rahmat dan rezeki dari Allah. Tetapi sesudah mereka semua peluk Islam, terjadilah musim kering dan panas yang bersangatan sehingga mereka ditimpa bahaya kelaparan.

Saya khuatir ya Rasulullah jika mereka kembali kufur meninggalkan Islam kerana soal perut, kerana mereka memeluk Islam juga adalah kerana soal perut. Saya ingin agar kepada mereka engkau kirimkan bantuan untuk mengatasi bahaya kelaparan yang menimpa mereka itu."

Mendengar keterangan itu. Rasulullah s.a.w lalu memandang Ali bin Abu Thalib. Ali mengerti maksud pandangan itu sambil berkata, "Ya Rasulullah, tidak ada lagi bahan makanan pada kita."

Zaid bin Sanah, seorang Pendita Yahudi yang turut mendengarkan laporan orang Badwi dan jawapan Ali bin Abu Thalib lalu mendekatkan dirinya kepada Rasulullah s.a.w dan berkata, "Wahai Muhammad, kalau engkau suka, akan saya belikan kurma yang baik lalu kurma itu dapat engkau beli padaku dengan hutang dan dengan perjanjian begitu, begini."

Berkata Rasulullah s.a.w, "Jangan dibeli kurma itu sekiranya kau berharap aku berhutang kepadamu tetapi belilah kurma itu dan berilah kami pinjam dari engkau."

"Baiklah." jawab Zaid bin Sanah.

Zaid bin Sanah pun membeli buah kurma yang baik-baik lalu menyerahkan kepada Rasulullah s.a.w dengan perjanjian-perjanjian tertentu dan akan dibayar kembali dalam jangka waktu yang tertentu pula. Sebaik saja Rasulullah s.a.w menerima kurma itu, lalu diarahkan supaya buah kurma tersebut diserahkan dan dibahagi-bahagikan kepada penduduk kampung yang ditimpa bencana itu.

Berkata Zaid bin Sanah, "Dua atau tiga hari sebelum tiba tempoh perjanjian pengembalian pinjaman seperti yang ditetapkan dalam perjanjian itu, Rasulullah s.a.w keluar menziarahi orang mati bersama Abu Bakar, Umar, Usman dan beberapa orang sahabat yang lain.

Setelah selesai menyembahyangkan jenazah tersebut, Rasulullah s.a.w pergi ke suatu sudut untuk duduk lalu saya menghampirinya dengan memegang erat-erat bajunya dan berkata kepadanya dengan sekasar-kasarnya. "Hai Muhammad, bayar hutangmu kepadaku, aku tahu bahawa seluruh keluarga Abdul Mutalib itu selalu melengah-lengahkan masa untuk membayar hutang!"

Mendengar kata-kataku yang kasar itu, wajah Umar bin Khattab merah padam kemarahannya, lalu berkata, "Hai musuh Allah, engkau berkata begitu kasar terhadap Rasulullah dan berbuat tidak sopan. Demi kalau tidak kerana rasa hormatku terhadap Rasulullah s.a.w yang berada di sini, sungguh tentu akan ku potong lehermu dengan pedangku ini."

Rasulullah memandang Pendita Yahudi tersebut dalam keadaan tenang dan biasa saja, lalu berkata kepada Umar, "Hai Umar, antara saya dengan dia ada urusan hutang piutang yang belum selesai. Sebaik-baiknya engkau menyuruh aku membayar hutang itu dan menganjurkan kepadanya untuk berlaku baik menuntut hutangnya. Hai Umar, pergilah bersama dia ke tempat penyimpanan kurma, bayarlah hutang itu kepadanya dan tambahlah 20 gantang sebagai hadiah untuk menghilangkan rasa marahnya."

Setelah Umar membayar hutang itu dengan tambahan tersebut, lalu Zaid bin Sanah pun bertanya kepada Umar, "Kenapa ditambah hai Umar?" Berkata Umar, "Diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w tambahan ini sebagai imbangan kemarahan engkau."

"Hai Umar, kenalkah engkau siapa aku?" Tanya Zaid bin Sanah. "Tidak." Jawab Umar.

"Akulah Pendita Zaid bin Sanah."

"Engkau ini Pendita Zaid bin Sanah?" Tanya Umar agak terkejut. "Ya." Jawab Zaid bin Sanah ringkas.

"Kenapa engkau berlaku demikian rupa terhadap Rasulullah s.a.w? Engkau berlaku begitu kasar dan begitu menghina?" Tanya Umar lagi.

Zaid bin Sanah menjawab, "Hai Umar, segala tanda kenabian yang aku dapati dalam kitab Taurat sudah aku temui pada diri Rasulullah itu. Selain dua perkara yang aku sembunyikan dan tidak aku sampaikan kepada Rasulullah iaitu bahawa perasaan santunnya selalu mengalahkan perasaan marahnya.  Makin marah orang kepadanya, makin bertambah rasa kasih sayangnya terhadap orang yang marah itu.

Dengan kejadian itu hai Umar yang sengaja diatur, aku sudah tahu dan lihat sendiri kedua sifat itu terdapat pada diri Muhammad itu. Aku bersumpah di depanmu hai Umar, bahawa aku sungguh-sungguh suka dan redha dengan Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai agamaku dan Muhammad sebagai nabi dan ikutanku."

Umar dan Zaid bin Sanah pun kembali mendapatkan Rasulullah s.a.w. Sebaik saja berhadapan dengan Rasulullah s.a.w, lalu berkata Zaid bin Sanah, "Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba Allah dan rasulNya."

Zaid bin Sanah turut berjuang dan bertempur bersama Rasulullah s.a.w dan kaum muslimin hampir di setiap medan perang dan akhirnya mati syahid di medan Perang Tabuk.

Demikianlah caranya bagaimana Zaid bin Sanah, seorang Pendita Yahudi menganut Agama Islam , beriman dengan Rasulullah s.a.w dan bersumpah akan membela Islam sehingga akhir hayat.

Wallahua'lam


Selasa, 27 November 2012

KISAH MALAIKAT JIBRIL DAN MALAIKAT MIKAIL MENANGIS

KISAH MALAIKAT JIBRIL DAN MALAIKAT MIKAIL MENANGIS


Gambar hiasan
Dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahawa iblis itu sesungguhnya namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama, pada langit yang keduanya disebut az-Zahid. Pada langit ketiga, namanya disebut al-Arif. Pada langit keempat, namanya adalah al-Wali. Pada langit kelima, namanya disebut at-Taqi. Pada langit keenam namanya disebut al-Kazin. Pada langit ketujuh namanya disebut Azazil manakala dalam Luh Mahfudz, namanya ialah iblis.

Dia (iblis) lupa akibat urusannya. Maka Allah S.W.T telah memerintahkannya sujud kepada Adam. Lalu iblis berkata, "Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang maksudnya, "Aku membuat apa yang Aku kehendaki." Oleh kerana iblis memandang dirinya penuh keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam A.S kerana bangga dan sombong.

Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud dalam waktu yang berlalu. Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka mendapati iblis tidak sujud sedang mereka telah selesai sujud. Maka para malaikat bersujud lagi bagi kali kedua kerana bersyukur, tetapi iblis tetap angkuh dan enggan sujud. Dia berdiri tegak dan berpaling dari para malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikut mereka dan tidak pula dia merasa menyesal atas keengganannya.

Kemudian Allah S.W.T merubahkan mukanya pada asalnya yang sangat indah cemerlang kepada bentuk seperti babi hutan. Allah S.W.T membentukkan kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai.

Setelah itu, lalu Allah mengusirnya dari syurga, bahkan dari langit, dari bumi dan ke beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi melainkan dengan cara sembunyi. Allah S.W.T melaknatinya sehingga ke hari kiamat kerana dia menjadi kafir. Walaupun iblis itu pada sebelumnya sangat indah cemerlang rupanya, mempunyai empat sayap , banyak ilmu, banyak ibadah serta menjadi kebanggan para malaikat dan pemukanya, dan dia juga pemimpin para malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu tidak menjadi jaminan sama sekali baginya.

Ketika Allah S.W.T membalas tipu daya iblis, maka menangislah Jibril A.S dan Mikail. Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Apakah yang membuat kamu menangis?" Lalu mereka menjawab, "Ya Allah! Kami tidaklah aman dari tipu dayamu."

Firman Allah bagi bermaksud, "Begitulah Aku. Jadilah engkau berdua tidak aman dari tipu dayaKu."

Setelah diusir, maka iblis pun berkata, "Ya Tuhanku, Engkau telah mengusir aku dari Syurga disebabkan Adam, dan aku tidak menguasainya melainkan dengan penguasaan-Mu."

Lalu Allah berfirman yang bermaksud, "Engkau dikuasakan atas dia, yakni atas anak cucunya, sebab para nabi adalah maksum."

Berkata lagi iblis, "Tambahkanlah lagi untukku." Allah berfirman yang maksudnya, "Tidak akan dilahirkan seorang anak baginya kecuali tentu dilahirkan untukmu dua padanya."

Berkata iblis lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Lalu Allah berfirman dengan maksud, "Dada-dada mereka adalah rumahmu, engkau berjalan di sana sejalan dengan peredaran darah."

Berkata iblis lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Maka Allah berfirman lagi yang bermaksud, "Dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukan yang berjalan kaki, ertinya mintalah tolong menghadapi mereka dengan pembantu-pembantumu, baik yang naik kuda mahupun yang berjalan kaki. Dan berserikatlah dengan mereka pada harta, iaitu mendorong mereka mengusahakannya dan mengarahkannya ke dalam haram."

"Dan pada anak-anak, iaitu dengan menganjurkan mereka dalam membuat perantara mendapat anak dengan cara yang dilarang, seperti melakukan senggama dalam masa haid, berbuat perkara-perkara syirik mengenai anak-anak itu dengan memberi nama mereka Abdul Uzza, menyesatkan mereka dengan cara mendorong ke arah agama yang batil, mata pencarian yang tercela dan perbuatan-perbuatan yang jahat dan berjanjilah mereka." (Hal ini ada disebutkan dalam surah al-Isra ayat 64 yang bermaksud : "Gerakkanlah orang yang engkau kuasai di antara mereka dengan suara engkau dan kerahkanlah kepada mereka tentera engkau yang berkuda dan yang berjalan kaki dan serikanlah mereka pada harta dan anak-anak dan berjanjilah kepada mereka. Tak ada yang dijanjikan iblis kepada mereka melainkan (semata-mata) tipuan."

Wallahua'lam

http://www.tranungkite.net/teladan/teladan54.htm

Isnin, 26 November 2012

Kisah Hidup Imam Abu Hanifah yang Menakjubkan

Kisah Hidup Imam Abu Hanifah yang Menakjubkan


Gambar hiasan 
Wajahnya tampan dan ceria, fasih bicaranya dan santun tutur katanya. Tidak terlalu tinggi badannya, tidak pula terlalu pendek sehingga indah dipandang mata. Di samping itu, beliau suka berpenampilan rapi, wajahnya ceria dan gemar memakai wangian. Ketika muncul di tengah-tengah manusia, mereka dapat menyedari kedatangannya daripada bau wanginya sebelum melihat orangnya.

Itulah dia Nu’man bin Tsabit Al-Marzuban yang dikenal dengan Abu Hanifah, orang pertama yang meletakkan dasar-dasar fikih dan mengajarkan hikmah-hikmah yang baik.

Abu Hanifah masih merasakan hidup sesaat sebelum berakhirnya khilafah bani Umayah dan awal kekuasaan bani Abasiyah. Beliau hidup pada suatu masa di mana para khalifah dan para gabenor memanjakan para ilmuwan dan ulama hingga rezeki datang kepada mereka dari segala arah tanpa mereka sedari.

Meski pun demikian, Abu Hanifah sentiasa menjaga martabat jiwa dan ilmunya dari semua itu. Sesampainya di istana beliau disambut ramah dengan penuh hormat, dipersilakan duduk di samping khalifah Al-Manshur kemudian khalifah bertanya tentang banyak persoalan berkaitan agama mahupun kehidupan dunia.

Ketika beliau bersiap-siap untuk pulang, Amirul Mukminin menghulurkan sebuah bekas yang di dalamnya terdapat tiga puluh ribu dirham, padahal Al-Manshur dikenal kikir dibanding yang lain. Lalu Abu Hanifah berkata, “Wahai Amirul Mukminin, saya adalah orang asing di Baghdad ini dan tidak memiliki tempat untuk menyimpannya. Maka simpankan dirham itu di baitulmaal, kelak jika saya memerlukannya, saya akan memintanya.” Al-Manshur mengabulkan permohonannya. 

Tidak lama selepas peristiwa itu Abu Hanifah wafat, ternyata di rumahnya terdapat harta pemberian  orang ramai yang jauh lebih besar daripada pemberian Amirul Mukminin.

Tatkala Al-Manshur mendengar berita tersebut, dia berkata, “Semoga Allah merahmati Abu Hanifah. Dia tidak ingin mengambil sesuatu pun daripada kita, dia menolak pemberianku dengan cara halus.”

Ini tidaklah aneh, kerana Abu Hanifah memiliki prinsip bahawa tidak ada yang lebih bersih dan lebih mulia daripada orang yang makan dari hasil tangannya sendiri. Oleh sebab itu, beliau menyediakan waktu khusus untuk berdagang. Beliau berdagang kain dan pakaian, di kota-kota di Iraq. Di samping itu beliau juga memiliki toko (butik ) pakaian yang terkenal dan banyak dikunjungi orang. Mereka merasai kejujuran dalam bermuamalah dan amanah semasa berurusan dengannya. Tidak diragukan lagi bahawa mereka merasakan ketenangan yang tersendiri dari cara muamalah Abu Hanifah, perniagaan beliau maju berkat kurnia Allah hingga banyak keuntungan yang beliau perolehi.

Beliau mendapatkan harta dengan cara yang halal lalu membelanjakan di tempat yang semestinya. Telah menjadi kebiasaan beliau, setiap sampai haul (satu tahun), beliau menghitung keuntungan yang beliau dapat. Lalu mengasingkan sejumlah peruntukan untuk mencukupi keperluannya, selebihnya dibelikan barang-barang untuk diberikan kepada para penghafal Al-Qur’an, ahli hadits, ahli fikih dan murid-muridnya baik berupa makanan ataupun pakaian. Beliau memberikan hal itu sambil berkata, “Ini adalah keuntungan daripada hasil perniagaanku dengan kalian, Allah memudahkannya di tanganku. Demi Allah, aku tidak memberi kalian dengan hartaku sendiri, melainkan kurnia Allah untuk kalian yang diberikan-Nya melalui aku. Pada tiap-tiap rezeki tidak ada suatu kekuatan dari seseorang kecuali dari Allah.”

Berita tentang kedermawanan dan kebijaksanaan Abu Hanifah telah termasyhur di sebelah timur mahupun barat. Terutama di kalangan para sahabat dan orang-orang yang biasa bertemu dengan beliau.

Sebagai contohnya, pernah seorang pelanggannya datang ke butik beliau sambil berkata, “Saya memerlukan baju “khaz”, wahai Abu Hanifah.” Beliau menjawab, “Apa warna yang anda kehendaki?” Dia menjawab, “Yang berwarna ini dan ini.” Beliau berkata, “Bersabarlah sampai saya menemukannya dan akan aku berikan kepada anda.”

Dalam peristiwa yang lain, ada seorang wanita tua yang mencari baju “khaz”, kemudian beliau menunjukkan barang yang dimaksudkannya. Lalu wanita itu berkata, “Saya adalah seorang wanita yang lemah, tidak pula tahu menahu soal harga, sedangkan ini hanyalah keperluan. Maka juallah baju itu dengan harga yang sama ketika anda membelinya, lalu ambillah sedikit untung darinya, kerana saya adalah wanita lemah.”

Abu Hanifah berkata, “Saya membeli baju ini dua potong dalam satu harga. Saya sudah menjual yang sepotong hingga kurang empat dirham saja dari modal saya. Belialah baju ini seharga empat dirham kerana saya tidak ingin mendapatkan laba dari anda.”

Suatu hari beliau mendapatkan pakaian usang dan lusuh yang dipakai oleh seorang yang menghadiri majlisnya. Ketika orang-orang telah beredar dan tak ada seorang pun selain beliau dan laki-laki itu, beliau berkata, “Angkatlah alas sholat itu lalu ambillah sesuatu di bawahnya.” Orang itu mengangkat alas yang dimaksudkan, ternyata ada wang seribu dirham. Abu Hanifah berakta, “Ambillah dan perbaikilah penampilan anda.” Orang itu menjawab, “Saya adalah orang yang mampu. Allah Subhanahu wa Ta’ala telah melimpahkan nikmat-Nya untuk saya. Saya tidak memerlukannya.” Abu Hanifah berkata, “Jika Allah telah memberikan nikmatNya kepada anda, lantas manakan bekas nikmat yang engkau tunjukkan? Belum sampaikah sabda Nabi saw, “Allah suka melihat bekas-bekas nikmat-Nya atas para hambanya,” Sudah sepatutnya anda memperbaiki penampilan anda agar tidak menyusahkan teman anda.”

Kedermawanan Abu Hanifah dan perlakuan baiknya kepada orang lain mencapai kemuncaknya, hingga setiap kali beliau memberikan belanja kepada keluarganya, beliau juga menginfakkan jumlah yang sama kepada orang-orang yang memerlukan. Setiap kali beliau memakai baju baru, beliau juga membelikan baju-baju untuk orang miskin sama dengan harga bajunya. Jika diletakkan makanan di hadapannya, beliau sisihkan separuhnya untuk diberikan kepada orang-orang fakir.

Diriwayatkan pula bahawa beliau bertekad setiap kali bersumpah kepada Allah di tengah pembicaraannya, beliau akan bersedekah dengan satu dirham perak. Berikutnya ditingkatkan lagi, beliau berjanji untuk bersedekah satu dinar emas setiap kali bersumpah di tengah pembicaraanya. Namun jika sumpahnya menjadi kenyataan, dia sedekah lagi sebanyak satu dinar.

Salah seorang rakan perniagaan Abu Hanifah ialah Hafs bin Abdurrahman. Abu Hanifah biasa mengirimkan kain-kain kepadanya untuk dijual ke kota-kota di Iraq. Pada suatu ketika Abu Hanfiah memberikan barang dagangan yang banyak kepada Hafsh sambil memberitahukan bahawa pada barang tersebut terdapat kecacataan iaitu pada sebahagian daripadanya. Beliau berkata, “Jika anda bermaksud menjualnya, maka beritahukanlah terlebih dahulu akan kecacatan tersebut kepada orang yang hendak membelinya.”

Akhirnya Hafs berhasil menjual seluruh barang-barang tersebut, namun dia lupa memberitahu akan kecacatan pada sebahagian kecil barang-barang tersebut. Dia berusaha mengingat-ingat orang yang telah membeli barang yang ada cacatnya tersebut, namun tidak berhasil. Tatkala Abu Hanifah mengetahui duduk perkaranya, juga tidak mungkin diketahui siapa yang telah membeli barang yang ada cacatnya tersebut, beliau merasa tidak tenang hingga kahirnya beliau sedekahkan seluruh hasil penjualan yang dibawa Hafsh.

Di samping itu, Abu Hanifah juga pandai bergaul. Majlisnya dipenuhi orang dan dia bersusah hati bila ada yang tidak hadir meski dia orang yang memusuhinya. Salah seorang sahabatnya mengisahkan, “Aku mendengar Abdullah bin Mubarak berkata kepada Sufyan Ats-Tsauri, ‘Wahai Abu Abdillah alangkah jauhnya Abu Hanifah dari ghibah. Aku tidak pernah medengarnya menyebutkan satu keburukan pun tentang musuhnya.” Sufyan Ats-Tsauri menjawab, “Abu Hanifah cukup berakal sehingga tidak akan membiarkan kebaikannya lenyap kerana ghibahnya.”

Di antara kegemaran Abu Hanifah adalah memenuhi keperluanan orang yang menarik simpatinya. Sering ada orang yang datang lewat kemudian ikut duduk di majlisnya tanpa sengaja. Ketika dia hendak beranjak pergi, beliau segera menghampirinya dan bertanya tentang keperluannya. Sekiranya orang tersebut memerlukan bantuan, maka Abu Hanifah akan membantunya, sekiranya sakit maka beliau akan memberikan bantuan rawatan dan jika berhutang maka beliau akan membayarkan sehingga terjalinlah hubungan yang baik antara keduanya.

Banyak keutamaan yang dimiliki oleh Abu Hanifah. Beliau juga termasuk orang yang rajin shaum           ( berpuasa ) pada siang hari dan bersolat Tahajud pada malam harinya. Akrab dengan Al-Qur’an dan beristighfar di waktu asar. Ketekunannya dalam beribadah di latar belakangi oleh peristiwa di mana beliau mendatangi suatu kaum lalu mendengar mereka bercerita tentang dirinya. “Orang yang kalian lihat itu tidak pernah tidur malam.” kata mereka. Sebaik mendengar kata-kata mereka itu, Abu Hanifah berkata, “Dugaan orang terhadapku ternyata berbeda dengan apa yang aku kerjakan di sisi Allah. Demi Allah jangan pernah orang-orang mengatakan sesuatu yang tidak aku lakukan. Aku tak akan tidur di atas bantal sejak hari ini hingga bertemu dengan Allah.” katanya pada dirinya sendiri.

Mulai hari itu Abu Hanifah membiasakan seluruh malamnya untuk mengerjakan solat. Setiap kali menjelang malam dan kegelapan menyelimuti alam, ketika semua lambung merebahkan diri. Beliau bangkit mengenakan pakaian yang indah, merapikan janggut dan memakai wangian. Kemudian berdiri di mihrabnya, mengisi malamnya dengan ketaatan kepada Allah, atau membaca beberapa juz dari Al-Qur’an. Setelah itu mengangkat kedua tangan dengan sepenuh harap disertai kerendahan hati. Terkadang beliau mengkhatamkan Al-Qur’an penuh dalam satu rekaat, terkadang pula beliau menghabiskan solat semalam dengan satu ayat saja.

Sebuah riwayat menyebutkan bahawa tatkala solat malam secara berulang-ulang Abu Hanifah membaca membaca firman Allah Ta’ala:“Sebenarnya hari kiamat itulah hari yang dijanjikan kepada mereka dan kiamat itu lebih dahsyat dan lebih pasti,” (Al-Qamar: 46).

Beliau menangis kerana takut kepada Allah dengan tangisan yang menyayat hati.
Telah diketahui banyak orang selama lebih dari empat puluh tahun beliau melakukan solat Fajar dengan wudhu shalat Isya’. Hingga akhir wafat beliau pernah mengkhatamkan Al-Qur’an sebanyak 7000 kali.

Setiap kali beliau membaca surat Al-Zalzalah, gemetar jasadnya, bergetar hatinya. Dengan memegang janggutnya, beliau berkata, “Wahai yang membalas sebesar dzarrah kebaikan dengan kebaikan dan sebesar dzarrah keburukan dengan keburukan, selamatkanlah hamba-Mu Nu’man dari api neraka dan jauhkan ia dari apa-apa yang bisa mendekatkan dengan neraka, masukkanlah ia ke dalam luasnya rahmat-Mu, ya Arhamarrahimin".

Oleh Muhammad Ismail
http://zilzaal.blogspot.com/2012/02/kisah-hidup-imam-abu-hanifah-yang.html

Ahad, 25 November 2012

Manis Ukhuwah Berasaskan Iman

Manis ukhuwah berasaskan iman
Posted by epondok . Nik Salida Suhaila
Gambar hiasan
Persahabatan dibina atas semangat tulus ikhlas, cintakan Tuhan

Ikatan persahabatan tulus dan ikhlas berbeza dengan cara sama dilakukan bukan Muslim kerana silaturahim dibina kerana Allah SWT lebih kuat dan teguh. Ia disebabkan iman setiap mukmin kepada Allah SWT disambungkan kepada saudara seagama menjadikan tautan hati dan jiwa, akal dan rohani yang tiada taranya.

Sebab itulah ada persahabatan yang erat dan berpanjangan melebihi hubungan persaudaraan. Setiap mukmin memiliki ikatan hati yang sangat kuat kerana ukhuwah disebabkan cinta kepada Allah SWT.

Mereka saling mengingatkan antara satu sama lain, berkongsi rasa, duka, apatah lagi gembira dan suka. Daripada hubungan persahabatan, manisnya iman dapat dirasa sehingga ada yang berubah pendirian dan sikap untuk lebih menghampiri Penciptanya. 

Rasulullah SAW bersabda: “Ada tiga hal yang apabila ada pada seseorang, nescaya dia akan merasakan manisnya iman; menjadikan Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai daripada yang lain. Dan apabila menyintai seseorang, dia tidak menyintainya melainkan kerana Allah SWT. Dan dia enggan kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya seperti dia enggan dilemparkan ke neraka.”

Orang yang merasai manisnya iman sukar untuk berkongsi apa yang dirasai dengan orang lain melainkan perasaan sama turut dialami. Nabi Muhammad SAW yang digelar kekasih Allah adalah manusia paling dekat hatinya dengan Allah kerana baginda menyintai Allah melebihi dari yang lainnya.

Baginda sanggup menghadapi apa juga bahaya dan bencana semata-mata untuk mempertahankan agama serta mesej yang dibawa dari Yang Maha Esa.

Umat Islam pula akan merasai manisnya iman dengan menyintai Allah dan Rasul lebih dari segala-galanya. Bayangkan jika seseorang wanita menyintai suaminya tanpa berbelah bahagi sehingga sanggup meninggalkan agama, keluarga dan tanah air untuk sentiasa berada di sisi suami.

Itulah tanda cinta yang tiada bandingannya. Situasi serupa juga perlu dirasai jika kita menyintai Allah dan Rasul, sehingga cinta itu tidak terungkap oleh kata-kata, sebaliknya kita akan sentiasa gembira dan tenang apabila mendampingi Allah dan Rasul.

Setiap mukmin yang menjalin persahabatan sesama saudara seagama perlu mengambil kesempatan untuk merasai manisnya iman dengan membina ukhuwah dan menyintai sahabat kerana Allah SWT.

Walaupun tiada di depan mata, silaturahim tetap terbina dengan ikatan hati yang kukuh jika kita sentiasa menghampiri-Nya. Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya orang mukmin adalah bersaudara.” 
(Surah Al-Hujurat, ayat 10)

Kesibukan urusan harian dan komitmen pada keluarga sepatutnya tidak membataskan kita menjalin hubungan persahabatan, tambahan pula kecanggihan teknologi yang ada pada hari ini memudahkan lagi perhubungan tanpa memerlukan masa serta tenaga yang banyak.

Ada sahabat yang memerlukan kita untuk berkongsi masalah dihadapi dan meminta pertolongan mengatasi kesusahan yang membelenggu. Hubungan erat dan ikhlas tentunya dapat membantu sahabat dalam kesusahan dan memanfaatkan diri kita kepada orang lain.

Jangan pula kita mengambil kesempatan untuk membina hubungan melampaui batasan sepatutnya kerana ada segelintir yang mendakwa menyintai sahabat sehingga sanggup menjalin hubungan songsang yang bertentangan dengan agama dan norma.

Bahkan ada yang meminta cerai dari suami atau menceraikan isteri untuk ‘hidup bersama’ dengan teman dicintai. Mereka mengambil kesempatan atas jantina yang serupa untuk tinggal bersama tanpa menimbulkan syak wasangka tetapi hidup dengan nilai buruk seolah-olah tidak mengetahui akibat dari apa yang dilakukan di akhirat kelak.

Tidak salah menyintai sahabat yang baik, mengasihi dan menyayanginya seperti mana kita dicintai, dikasihi dan disayangi tetapi biarlah kerana Allah SWT, tidak melencong dari landasan agama dan sentiasa saling mengingatkan tentang azab yang pedih.

Bahkan orang yang mengasihi kerana Allah mendapat kemuliaan, kebanggaan dan kehormatan di saat Allah mengumpulkan mereka di hari akhirat dan Allah akan menaungi mereka pada hari itu.

Persahabatan jujur lahir dari hati yang ikhlas dan tidak mengharapkan apa-apa melainkan keredaan Allah SWT. Sahabat sebegini mempunyai hati yang bersih dan rohani yang suci. Mereka tidak terganggu dengan adu domba, umpat keji, hasad dengki dan caci maki.

http://epondok.wordpress.com/2012/11/26/ayat-al-quran-sebagai-penawar-penyakit-kanser/

Ayat Al-Quran Sebagai Penawar Penyakit Kanser


Ayat Al-Quran sebagai penawar penyakit kanser
Posted by epondok


SOALAN
Nama saya Hasnah berusia 40 tahun. Saya disahkan menghidap kanser payudara pada awal Februari 2010. Pada Mac 2010, saya telah menjalani mastectomy iaitu pembedahan membuang keseluruhan payudara sebelah kiri.

Semasa pembedahan, sebanyak 15 kelenjar telah dikeluarkan dan tujuh dikenalpasti mengandungi sel-sel kanser.

Saya telah menjalani rawatan kemoterapi sebanyak enam kali dan radioterapi sebanyak 15 kali. Kedua-dua rawatan tamat pada September 2010.

Namun pada bulan Oktober 2012, selepas lebih dua tahun saya tamat rawatan, saya mendapat cancer relapse iaitu kanser kembali menyerang malah telah merebak ke bahagian tulang spinal (C3 & C4) dan menyerang tulang pelvik dan tulang rusuk di dada saya.

Bolehkah, Tuan Haji Lokman terangkan mengapa kanser menyerang saya kembali walaupun saya sudah tamat rawatan kemoterapi dan radioterapi?

Apakah ayat-ayat al-Quran untuk diamalkan untuk menangani penyakit kanser dan bagaimana cara mengubatinya melalui perubatan Al-Quran?

JAWAPAN
Kanser begitu sukar dipulihkan terutamanya jika sudah berada di tahap tiga dan empat. Sebaik sahaja sel kanser merebak masuk ke saluran darah dan sistem peredaran kelenjar atau ‘lymph’, amat sukar untuk memastikan bahagian organ mana yang mengalami proses metastasis dan menyebabkan sel kanser.

Jalan paling mudah dalam kaedah perubatan moden adalah kemoterapi, iaitu memasukkan ubat anti kanser keseluruhan sel organ dalam badan.

Tetapi proses kemoterapi hanyalah berfungsi untuk surpressed atau melemahkan sel kanser atau melambatkan proses kanser dari merebak dengan cepat.

Adalah sukar bagi pakar perubatan moden untuk memberi lima tahun jaminan pesakit akan sembuh atau selamat dari kanser.

Ini kerana mereka sedar, kebarangkalian sel-sel kanser merebak ke bahagian tubuh yang lain amat tinggi.

Biarpun seseorang pesakit kanser telah bebas dari kanser berdekad lamanya, itu bukan jaminan kanser tidak akan kembali menyerang mereka.

Dalam kes Puan Hasnah, mengapa kanser kembali menyerang biarpun selepas beliau menjalani rawatan kemoterapi enam kali dan radioterapi 15 kali.

Ini adalah kerana sel-sel kanser yang dilemahkan semasa rawatan kemoterapi atau radioterapi akan kembali aktif selepas beberapa jangka masa atas beberapa faktor seperti tekanan emosi (stres), pemakanan tidak seimbang dan pelbagai faktor lain.

Apabila kanser kembali menyerang, pesakit perlu mengulangi semula rawatan seperti rawatan pertama.

Ini yang membuatkan pesakit berasa putus asa, tekanan emosi dan tabiat ini tidak membantu menyembuhkan sebaliknya membantu menggalakkan lagi pertumbuhan kanser.

Dalam erti kata lain, perjuangan melawan kanser melalui rawatan moden, tidak akan selesai dan menemui kesudahannya jika diri tidak berserah kepada Allah dan meminta pertolongan dari-Nya. Firman Allah di dalam Al-Quran

“Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman….” (Al Israa’ 82)

“….Aku mengkabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku..” 
(Al Baqarah, 186)

Konsep perubatan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran adalah ibadah. Justeru tiap amalan perubatan ini adalah bersandarkan amalan ibadah serta doa dan munajat.

Konsep inilah yang akan menghasilkan keputusan ’2 dalam 1′, iaitu di samping mendapat kesembuhan, diri juga akan lebih dekat dengan Allah.

Sesungguhnya kesakitan bukanlah alasan untuk kita menjauhi diri daripada Allah. Dan kesakitan bukanlah alasan untuk kita meninggalkan ibadah sama ada wajib atau sunat.

Falsafah kesakitan menurut islam adalah sebagai wahana untuk Allah menghapuskan dosa-dosa kita yang terdahulu, dan meningkatkan darjat kita disisi Nya.

Justeru, berdoa ketika sakit lebih dipandang Allah berbanding ketika sihat. Hal ini kerana ketika sihat, ia akan berdoa dan beramal dengan sambil lewa, kerana belum merasakan peritnya sebuah musibah kesakitan.

Namun, apabila seseorang itu sakit misalnya, ia akan berdoa kepada Allah dengan penuh khusyuk, tawaduk serta penuh pengharapan supaya Allah memakbulkan doanya dan menyembuhkan penyakitnya.

Kerana itu, saya sentiasa mengingatkan para perawat di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah bahawa kita berpegang kepada prinsip berdakwah di dalam berubat.

Dan buat para pesakit pula, kita membantu mereka agar yakin bahawa mereka beribadah sambil dirawat.

Hasil kedua prinsip ini, insya-Allah akan membawa kepada kesembuhan dengan syarat, para pesakit mengamalkan apa yang diarahkan serta meningkatkan amalan sunat dan menjauhi perkara-perkara dosa dan mungkar.

Saya akan berikan beberapa garis panduan secara umum mengenai rawatan kanser menurut kaedah ayat-ayat suci Al-Quran kepada pembaca dengan harapan kita meletakkan keyakinan yang penuh kepada mukjizat yang diberikan kepada Rasulullah s.a.w serta rahmat sekalian alam.

Al-Quran, bukan sekadar bacaan, ia sumber panduan juga medium penyembuhan.

Insya-Allah, semoga dengan keyakinan yang terbina, Allah akan hadiahkan pesakit/ pembaca dengan kesembuhan.

Antara kaedah yang digunakan untuk merawat kanser menurut perspektif perubatan Al-Hidayah adalah ;

* Membaca beberapa rangkaian ayat suci Al-Quran.

Ini adalah amalan utama atau amalan pokok dalam perubatan ini. Pesakit akan diberikan beberapa ayat suci Al-Quran, yang saya beri selepas memeriksa pesakit, jenis kanser, sejauh mana tahap sakit dan kesan penyakit terhadap pesakit.

Ayat suci Al-Quran yang diberikan adalah berbeza-beza mengikut individu disebabkan beberapa faktor yang disebutkan tadi.

Namun, secara umumnya, ayat-ayat Al-Quran yang berfungsi sebagai agen penyembuh kanser bermula dengan surah Al Mukminun, ayat 91 hingga 100 dan surah Al Hajj, bermula ayat 31 hingga 55.

Ayat surah Mukminun untuk dibaca pada waktu malam sebanyak tiga kali sama ada selepas maghrib atau isyak atau mana-mana masa yang sesuai pada waktu malam atau dibacakan di dalam sembahyang sama ada fardu, atau Qiyammulail.

Ayat surah Al Hajj tadi pula adalah untuk bacaan siang sebanyak tiga kali selepas subuh, zohor atau asar.

Jika tidak sempat, maka boleh dibaca pada bila-bila masa di waktu siang. Kesimpulannya, tiada alasan sibuk atau tidak sempat untuk seseorang pesakit melakukan amalan ini.

Selepas kali membaca ayat ini, pesakit boleh berdoa kepada Allah agar sakit mereka sembuh.

Ingat, berdoa dengan penuh keyakinan bahawa Allah berkuasa menyembuhkan setiap penyakit di dunia ini.

Kita telah pun berikhtiar dengan membaca ayat ini, lalu berdoa dan bertawakal kepada Allah, insya-Allah, pesakit akan merasakan perbezaannya setelah beberapa hari.

Dua rangkaian ayat yang saya berikan tadi, (Al Mukminun, Al Hajj), hendaklah diamalkan selama empat hingga lima minggu.

Baca dengan seikhlas hati dan penuh keyakinan. Setelah empat hingga lima minggu membaca ayat tadi, pesakit perlu pula membaca dua dari rangkaian surah-surah di bawah.

Surah Rangkaian Ayat

Al Anbiya’ 38 hingga 50

Huud 60 hingga 80

An Nahl 90 hingga 110

Yunus 55 hingga 70

Qasas 66 hingga 88

Ibrahim 9 hingga 22

Al Kahfi 38 hingga 60

Yunus 71 hingga 89

Setakat hari ini, saya telah mengenal pasti sebanyak 60 rangkaian ayat suci Al-Quran yang merupakan ayat spesifik penyembuh penyakit kanser.

Malah, ayat ini bersifat khusus untuk setiap tahap kanser dan spesifik untuk setiap jenis kanser yang dialami.

Setiap rangkaian ayat ini sama jika dibandingkan dengan setiap satu jenis ubat dalam kaedah rawatan kanser secara moden.

http://epondok.wordpress.com/2012/11/26/ayat-al-quran-sebagai-penawar-penyakit-kanser/

Sabtu, 24 November 2012

Abadi Di Syurga


Abadi Di Syurga

Anak kecil di sebelah ibunya ini meninggal sehari sebelum hari kelahirannnya setelah rejim Assad mengebom kediaman mereka dan ibunya meninggal di tempat kejadian. Doktor telah cuba sedaya-upaya cuba menyelamatkan fetus bayi ini tetapi Allah lebih sayangkannya.

Fatima dijadualkan melawat ke hospital esok hari dan keluar membawa pulang anak kecil. Apa yang terjadi pada hari ini, beliau dan bayi keluar dari hospital tidak ke rumah mereka, tetapi menuju ke tanah perkuburan dan ditanam dalam satu kubur yang sama.

Video ayahnya yang sebak mencium dan membawa mereka ke tanah perkuburan : 


do’akan, agar burung Syurga bersama ibunya ini mendapat tempat pada syurga tertingi...Aminn.

Subhanallah Subhanallah

KENALI BRIGADE IZZIDDIN AL-QASSAM ATAU BRIGED AL-QASSAM


Briged Ezzedeen Al-Qassam



Palestin mempunyai kelas tersendiri dengan tentera penggempurnya yang berani mati, Briged Ezzedeen Al-Qassam atau lebih dikenali sebagai Al-Qassam yang amat digeruni oleh rejim Zionis.

Al-Qassam, sebuah sayap tentera Hamas, dipelopori penubuhannya oleh pejuang Palestin seperti Sheikh Ahmad Yassin, Dr. Ibrahim Al-Maqadema dan Sheikh Salah Shehada pada tahun 1984.

Nama Al-Qassam adalah sempena nama pejuang yang syahid berdekatan Jenin pada tahun 1935, Ezzedeen Al-Qassam.

Baru-baru ini, penulis yang berada di Gaza atas tujuan rakaman siri dokumentari dijemput oleh kerajaan pemerintah Gaza, Hamas untuk mengunjungi pusat latihan Al-Qassam bagi menyaksikan satu demonstrasi latihan taktikal serangan briged itu. Difahamkan, peluang itu jarang sekali dibuka kepada rakyat Palestin apatah lagi orang luar.

Penulis diberi taklimat oleh komander yang tidak mahu dikenali atas tujuan keselamatan. Beliau berkata, briged elit itu dianggotai oleh pemuda berusia 30 tahun dan ke bawah sahaja.

"Objektif utama penubuhan Al- Qassam adalah mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan Zionis yang zalim, membebaskan tanah Palestin dan seluruh tanahnya yang dirampas di Tebing Barat serta memantapkan semangat jihad dalam kalangan orang Palestin," katanya.

Apabila ditanya jumlah tentera Al-Qassam pada masa ini, komander tersebut yang pada mulanya enggan menjawab memberitahu, bilangannya dalam lingkungan 25,000 orang.

Peraturan " Briged Al-Qassam ".

"Peraturan kami yang paling ketat ialah setiap tentera mesti solat lima waktu sehari secara berjemaah," ujarnya.

Tambah beliau, Al-Qassam juga mempunyai skuad wanita tetapi bukanlah barisan yang paling penting.

"Kami menggunakan wanita apabila keadaan memaksa. Contohnya, pernah sekali tentera kami dikepung oleh tentera Israel dalam sebuah masjid. Kami menghantar tentera wanita untuk masuk ke dalam masjid bagi menyerahkan baju lain kepada anggota yang terperangkap. Kemudian mereka berlakon keluar seperti orang biasa.

"Walaupun kami kehilangan tiga wanita dalam operasi itu, kami tetap berjaya kerana begitu ramai askar yang dapat diselamatkan," katanya.

Sudah menjadi perkara biasa apabila kedengaran letupan dan bunyi tembakan di Gaza bukan kerana serangan tentera Israel sebaliknya sesi latihan Al-Qassam.

"Di daerah Al-Zaytun, tentera Israel hanya memerlukan 10 minit untuk memasuki tanah Gaza dengan kereta kebal. Oleh itu, kami terpaksa bersedia setiap masa," kata seorang tentera Al-Qassam.

Briged ini juga terkenal dengan roket Al-Qassam, roket artileri buatan sendiri yang dikeluarkan dalam tiga model sepanjang tahun 2001 hingga 2011. Roket itu ditembak dari Gaza dan sering membawa kemusnahan yang dahsyat sehinggakan media Israel menggelarkan setiap roket yang memasuki Semenanjung Barat sebagai Qassam.

Penulis disajikan dengan satu demonstrasi selama lima minit dengan 20 tentera yang memainkan pelbagai peranan. Demo teknikal itu membabitkan dua kumpulan yang menyerang sebuah rumah kosong manakala sebuah kumpulan lain bertindak sebagai pasukan bantuan. Satu lagi pasukan akan memastikan tiadanya bantuan daripada tentera musuh (Israel).

Demonstrasi itu menggunakan peluru hidup, bom tangan, mesingan, senapang AK-47 dan roket grenad. Demonstrasi itu cukup membuktikan betapa hebatnya generasi muda ini dan wajarlah tentera Israel seramai 700,000 orang cukup gerun dengan Al-Qassam.

Sesudah sesi latihan itu, kesemua askar tersebut berkumpul dan bersujud syukur - satu amalan penting setiap kali sesudah satu peperangan melawan tentera Zionis.

Penulis juga dibawa berjumpa dengan beberapa tentera Al-Qassam sebelum mereka bergegas untuk menunaikan solat Asar. Namun, penulis diberitahu rakaman gambar tidak dibenarkan kerana ingin merahsiakan identiti setiap anggota mereka.

Penulis terkejut apabila mereka membuka topeng hitam mereka, kesemuanya mempunyai muka bersih dan bersinar, jelas nampak keikhlasan untuk menjadi tentera Islam yang tidak takut mati.

Salah seorang tentera bertanyakan negara asal penulis dan apabila disebut Malaysia, beliau menjawab: "Tanah ini milik kamu juga."

Jawapannya membuat penulis terkedu kerana maknanya sangat mendalam.

Sejak Intifada pada tahun 2000, seramai 800 askar Al-Qassam telah mati syahid. Bahkan apabila seseorang tentera Al-Qassam pulang daripada peperangan, mereka sering akan bertanyakan kepada diri sendiri - 'Mengapakah saya tidak syahid?'

http://my-mg61.mail.yahoo.com/neo/launch?.rand=e9uuucepbc842


RAHSIA BRIGADE AL-QASSAM

RAHSIA BRIGADE AL-QASSAM



Kriteria Anggota Hamas & Brigade As-Syahid Izzuddin Al-Qassam Harakatul Muqawwamatil Islamiyyah ( Hamas ) dideklarasikan secara rasmi sekitar bulan Disember 1987 iaitu saat kemuncak permulaan Intifadhah Palestin yang pertama. Namun begitu, idea penubuhannya dikatakan telah muncul sejak pasca perang 1973 lagi kerana Hamas adalah lanjutan dari Ikhwanul Muslimin Mesir yang telah menyumbangkan ribuan para mujahid mereka bagi menghadapi kemaraan penjajah Yahudi yang masuk merampas tanah Palestin pada tahun 1948. Maka Ikhwan menubuhkan cawangan barunya di Palestin dan lahirlah Hamas dari situ.

Qaid Hamas yang pertama sejak 1987 adalah As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin yang akhirnya gugur sebagai syahid tanggal 22 Mac 2004 setelah beberapa kali beliau mendekam dipenjara dan beberapa kali cubaan bunuh dilakukan ke atasnya. Jawatan Qa’id Hamas berikutnya digantikan oleh As-Syahid Dr.Abdul Aziz Ar-Rantisi. Namun, beliau hanya sempat berkhidmat sebagai qa’id kurang dari sebulan sahaja kerana dibedil oleh helicopter Apache Israel tanggal 18 April 2004. Akhirnya, Hamas kini mengambil pendekatan tidak menzahirkan lagi siapa qa’id mereka yang sebenar sekarang dan hanya menonjolkan beberapa pimpinan tertentu sahaja seperti Biro Politik Hamas, Sheikh Khalid Mish’al, Abu Marzouq , Sami Abu Zuhri dan lain-lain.

Dalam perjuangan seharian, Hamas menghadapi dua ancaman besar iaitu serangan bersenjata Israel dan perlawanan serta pengkhianatan dari parti kebangsaan dan secular Palestin iaitu FATAH pimpinan Mahmud Abbas. FATAH adalah lanjutan dari Palestin Liberation Organization (PLO) pimpinan Yaser Arafat. Pergerakan Fatah dilndungi sepenuhnya oleh Israel dan Amerika sendiri. Bahkan kerajaan-kerajaan Arab dan pemimpin-pemimpin Negara umat Islam lainnya, sering menghentam Hamas seolah-olah gerakan inilah punca ketidakdamaian yang berlaku. Bantuan-bantuan yang disampaikan oleh Negara-negara umat Islam sering disalurkan kepada Fatah dan tidak akan sampai ketangan Hamas.

Bagi menghadapi situasi ancaman dua musuh ini, Hamas mengambil sikap menghadapi Israel melalui serangan bersenjata dan menghadapi Fatah dengan cara melibatkan diri sebagai parti politik untuk menguasai kerajaan Palestin yang dipegang oleh Fatah. Membunuh anggota Fatah yang memusuhi Hamas adalah sesuatu yang tidak bijak yang hanya akan menambah musuh baru sahaja. Inilah kehebatan pandangan para pimpinan Hamas menghadapi suasana politik di Negara mereka saat ini.

Kriteria Keahlian Brigade As-Syahid Izzuddin Al-Qassam

Menjadi anggota Hamas samada penyokong atau pendokong, sesiapa sahaja rakyat Palestin dibenarkan kerana ianya terbuka kepada umum sebagai ciri-ciri sebuah gerakan Islam yang tidak menghadkan keahlian atau keanggotan kepada kelompok tertentu sahaja. Namun, untuk menjadi anggota sayap ketenteraan Hamas iaitu Brigade Al-Qassam tidak semudah itu kerana ianya memerlukan jiwa-jiwa yang kental dan siap memikul senjata menghadapi Israel.

Selain dari seorang Muslim yang baik, berakhlak, mampu menjaga kerahsiaan dan kewaspadaan ( sir & hazar ) dan berdisiplin tinggi, pimpinan Hamas meletakkan beberapa criteria khusus untuk seseorang itu layak direkrut sebagai anggota Al-Qassam. Antaranya adalah seperti berikut :

1) Mendapatkan keizinan dari ibu bapa – ini tidak rumit kerana rata-rata ibu bapa di Palestin inginkan anak mereka syahid.

2) Mendapatkan keizinan dari ketua masjid di tempat tinggalnya yang mengesahkan bahawa : selama 3 bulan berturut-turut pemuda ini tidak meninggalkan solat Subuh berjama’ah di masjid.

3) Anggota Hamas dan Al-Qassam bukan sahaja tidak bermaksiat, menghisap rokok pun tidak.

4) Setiap anggota wajib mempelajari Tafsir Al-Qur’an.

5) Setiap anggota wajib membaca Al-Qur’an sehari satu juz’.

6) Setiap anggota wajib menghafaz 40 Hadith Arba’in ( Imam Nawawi ).

7) Melazimi puasa sunat dan bertahajud.

8) Kecerdasan yang tinggi – buktinya anggota mereka yang banyak melakukan akis bom syahid semuanya golongan hafaz Al-Qur’an, ilmuwan dan intelektual Palestin.

9) Melazimi hadir di majlis-majlis pengajian dan halaqah ilmu.

10) Melazimi zikir harian.

11) Melazimi olahraga atau beriadhah.

12) Anggota Al-Qassam adalah mereka yang sudah siap untuk syahid bila-bila dan dimana sahaja tempat yang akan ditugaskan.


Catatan pengalaman anggota Misi Kemanusian Indonesia

Ketika, Dr.Joserizal Jurnalis, doctor spesialis bedah tulang (orthopedy) yang merupakan Ketua Presidium Medical Emergency Resque Committee ( MER-C) di Indonesia yang sering terlibat dalam misi kemanusian dipelbagai belahan dunia pulang dari Gaza baru-baru ini, beliau menyebut mengenai pejuang Hamas:

“ paling tidak, setiap pejuang harus boleh menembak tepat sebagai kemampuan standard. Mereka berumur minima 18 tahun “

Untuk menguji sejauhmana, tetamu mereka bukan inteligen Israel, maka Hamas atau Brigade Al-Qassam akan membuat ujian terlebih dahulu. “ saya sempat bertemu anggota Al-Qassam dan apabila tahu saya bukan Hafiz Al-Qur’an, saya ditest dulu oleh mereka. Mereka sempat bertanya saya Muslim atau tidak? Saya jawab “ya”. Setelah itu mereka bertanya saya tentang hafazan Al-Qur’an. Saya pun membaca Surah Al-A’la. Setelah itu mereka langsung memeluk saya. Kemudian mereka pun membuka album foto saat latihan dan membela diri dan saya memberitahu mereka supaya berhati-hati kerana tidak semua doctor baik (tujuannya) “.

“ ketika saya masuk ke Afghanistan dulu, bukan sekadar hafazan Qur’an yang ditanya oleh pejuang-pejuang Afghan. Mereka sangat mahir dalam menghadapi penyusup (intelegen). Kerana agen Mossad( perisikan Israel ) dan agen Russia juga ada yang hafaz Al-Qur’an. Pertanyaan mereka saya tidak duga. Mereka menanya saya siapa bapa saudara Rasulullah? Dihadapan saya senjata M60 sudah terdongak. Padahal pada awal pertemuan, biasa sahaja, tapi lama kelamaan berubah menjadi interogasi (soal selidik). Mereka juga menanya saya siapa anak kesayangan Rasulullah”

“ Ini dibuat kerana mereka tahu agen Soviet, NATO, Amerika atau Britain juga telah menyiapkan hafazan ayat-ayat Al-Qur’an, tetapi biasanya mereka akan lupa apabila berhadapan pejuang Afghan. Mereka akan gugup apabila ditanya”.

“ hafaz Al-Qur’an adalah standard anggota Al-Qassam. Pada saat menunggu untuk melakukan serangan, mereka menghafaz Al-Qur’an dan menghayati ayat-ayatnya, bukan minum kopi, mereka, apalagi berbual-bual. Dari pelbagai informasi yang saya terima, setiap anggota mereka hanya dibekali dengan sebotol air minum (mineral kecil) 250 ml dan makanan sekadarnya untuk tempoh dua hari. Padahal dalam sebuah front, pertempuran boleh menjadi lebih dari seminggu”.

“ Inteligen Mesir, Israel, Amerika, Negara-negara Eropah dan Negara Timur Tengah lainnya, banyak berkeliaran di Gaza dan Tebing Barat saat perang baru-baru ini. Tapi Hamas pintar menjaga kerahsiaan. Banyak inteligen adalah rakyat Palestin sendiri yang dibayar oleh agen-agen asing. Memang ada sahaja rahsia yang bocor. Contohnya, ada sebuah gudang dibom Israel sampai tembus ke bahagian dalam dan bawah tanah. Ternyata tempat itu adalah tempat perkumpulan pejuang Palestin. Israel telah tahu dari mata-mata bayaran mereka”.

Catatan: Ini bermakna, mempelajari Sirah dan menghafaznya adalah syarat bagi pejuang Afghanistan dan Palestin.

Melihat kepada criteria ini, maka wajarlah kalau Hamas yang dihentam teruk dalam tempoh 22 hari saat serangan Israel ke atas Ghazzah baru-baru ini dan ditambah lagi dengan beberapa hari serangan tambahan, mampu bertahan bahkan menghasilkan korban yang banyak di pihak Israel baik tentera mahupun rakyatnya.

Hamas bukanlah sebuah gerakan jihad yang terlalu mempercayai statistic atau jumlah pihak lawan, namun disudut lain mereka optimis bahawa ‘bantuan dari langit’ adalah penting. Maka bantuan khusus dari Allah dan para Malaikatnya ini tidak mungkin dianugerahkan kepada mereka yang tidak mencukupi syarat sebagai pejuang dan tidak serius. Apatah lagi pejuang yang tidak mempunyai hubungan baik dengan Allah dalam urusan ibadahnya atau sering membiasakan diri dengan maksiat dan kemungkaran.


Fakta Menarik:

a) Dalam pilihanraya 2006, Hamas berjaya memenangi 74 kerusi dan Fatah hanya 45 sahaja.

b) Di Palestin ada 16 daerah besar iaitu 11 di Tebing Barat dan 5 daerah di Semenanjung Ghazzah.

c) Hamas berjaya menguasai 6 kerusi di Jerusalem, 4 kerusi di Jenin, 3 kerusi di Tulkarem, menang kesemua kerusi di Tubas, berjaya mendominasi di Nablus, 5 kerusi di Ramallah dan Al-Birreh, 4 kerusi di Baitlehem dan berjaya memenangi semua kerusi di Jericho dan Qalqiya.

d) Di Ghazzah semua daerah disapu bersih oleh Hamas seperti Hebron, Gaza Utara, Gaza City, Deir Al-Balla, Khan Yunus dan Rafah.

e) Rakyat Palestin ditarbiyyah dengan budaya keilmuan yang tinggi walaupun berada dalam kondisi pengajian yang terbatas akibat situasi peperangan. Namun, dalam setiap kali konvokesyen di Palestin, terdapat 3500 orang Hafidz yang berjaya dilahirkan. Maka Israel menjadikan anak-anak kecil sebagai sasaran serangan mereka kerana melihat bahayanya anak-anak kecil yang ditarbiyyah sebegini hebat dengan jiwa Al-Qur’an.

f) Sangat menakjubkan dalam tempoh 22 hari serangan Israel ke atas Gaza yang mengorbankan lebih 1300 orang dan mencederakan ratusan yang lain, Allah menggantikan dengan kelahiran seramai 3150 bayi-bayi baru Palestin dalam tempoh 22 hari itu.


3 Tokoh Yang Menjadi Inspirator Jihad Hamas

1) As-Syahid Yahya Ayyash – nama sebenarnya adalah Yahya Abdul Latif Ayyash, seorang jurutera yang merupakan individu penting dalam membuat bom dan merancang aksi-aksi bom syahid. Kehebatan beliau menyamar menyebabkan Israel menggelarnya “ Lelaki Dengan Seribu Wajah “. Beliau lahir pada 22 Feb 1966 dan syahid pada Jumaat, bulan Jan 1996 apabila telefon tangan yang diangkatnya meletup dan meledakkan dirinya. Rupanya, telefonnya itu telah dipasang bom seberat 50 gram.

2) As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin – nama sebenarnya adalah Ahmad Ismail Yasin, lahir tahun 1938 di Utara Gaza dan menjadi sheikh atau murabbi kepada pergerakan Hamas. Dengan tubuh badan yang hampir lumpuh sebahagiannya akibat penderaan didalam penjara Israel dan penjara kerajaan Palestin sendiri, dirinya tetap menjadi kebimbangan yang cukup menakutkan Israel. Arahan beliau dan nasihatnya kepada rakyat Palestin dan pejuang Hamas ibarat malapetaka bagi Israel. Beliau syahid tanggal 22 Mac 2004 selesai Solat Subuh di masjid setelah dibedil 3 peluru dari Apache Israel.

3) As-Syahid Abdul Aziz Ar-Rantisi – nama sebenarnya adalah Abdul Aziz Ali Abdul Hafiz Ar-Rantisi, lahir tanggal 23 Okt 1947 dan syahid dibedil Apache Israel pada 18 April 2004.

Sumber rujukan:

Majalah Sabili, Indonesia – keluaran 12 Feb 2009 – edisi 15.
Majalah Sabili, Indonesia – keluaran 12 Mac 2009 – edisi 17.

PERANG AKHIR ZAMAN BAKAL MENGGUNAKAN SENJATA TRADISIONAL?

 PERANG AKHIR ZAMAN BAKAL MENGGUNAKAN SENJATA TRADISIONAL?

Gambar hiasan
Hancurnya bangsa Yahudi merupakan salah satu dari tanda-tanda datangnya hari kiamat. Hal ini bermula dengan sebuah peperangan besar yang melibatkan banyak bangsa di dunia termasuk bangsa Israel. Sebelum terjadi peperangan ini, terdapat beberapa peristiwa lain yang membawa kepada terjadinya peperangan ini menurut kronologi hadis akhir zaman hasil kajian ilmuan Islam. Antaranya, Pencerobohan ke Atas Iraq dan Serangan Israel ke atas Gaza. Rancangan Israel sudah lama untuk mewujudkan perang yang dipanjangkan kepada Perang Dunia Ketiga dan dijangka bakal berlaku tidak lama lagi.

Pertempuran dahsyat ini dikenali sebagai Armageddon, di mana lokasi utama perang ini adalah di lembah Megiddo/Mageddon, Palestin. Mungkin ada yang menganggap Perang Armageddon hanyalah sebuah filem rekaan hollywood. Realitinya hollywood yang didokong oleh yahudi sememangnya ingin memesongkan fakta tentang Armageddon ini melalui propaganda filem. Padahal di kalangan para ahli kitab mereka telah mengkaji tentang peperangan ini dan senantiasa bersiap sedia untuk menghadapinya.

Disebutkan dalam Kitab Zakharia (89/13), bahawa sebahagian besar bangsa Yahudi akan mati dalam perang Armageddon dan dua pertiga dari mereka akan musnah. Sedangkan dalam kitab Zagiyal (12/39) disebutkan :”Akan berlangsung tujuh bulan sehingga rumah Israel berhasil mengubur mereka (orang-orang mereka yang terbunuh) sebelum membersihkan bumi”.

Sebutan Armageddon sebenarnya tidak terdapat dalam mana-mana Hadis. Hanya disebut dalam kajian-kajian sarjana Kristen dan Ahli Kitab. Menurut bahasa Ibrani, Ar bermaksud gunung atau bukit. Mageddo pula adalah nama sebuah lembah di Palestin. Sebuah tempat yang cukup strategik dari segi peperangan. Perang ini juga dikatakan sebagai perang habis-habisan dengan menggunakan seluruh kekuatan pelbagai peralatan senjata moden yang canggih. Mungkin perang itu adalah Perang Dunia ketiga yang disebut-sebut sebagai Perang Nuklear.

Ramai yang mengatakan Perang Dunia Ketiga, bom nuklear akan digunakan. Ada diceritakan juga dalam kitab Bahrul Mazi. Perang Dunia Ketiga yang diramal akan berlaku dalam tempoh yang singkat. Tetapi, kemusnahannya amat dahsyat. Sehingga dikatakan dunia selepas itu akan kembali menjadi seperti Zaman Pertengahan di mana siri peperangan seterusnya, bala tentera akan hanya menunggang kuda serta bersenjatakan pedang seperti perang zaman dahulu.

"Jika Perang Dunia Ketiga adalah berjuang dengan senjata nuklear, yang ke empat akan diperjuangkan dengan busur dan anak panah." - Louis Lord Mountbatten

"Saya tidak tahu dengan apa senjata Perang Dunia Ketiga akan diperjuangkan, tetapi Perang Dunia Keempat akan diperjuangkan dengan kayu dan batu." - Albert Einstein

Adakah Albert Einstein tidak mahu mengakui Perang Dunia Ke-3 ini bakal menggunakan teknologi bom nuklear yang merupakan hasil ciptaannya? Dan selepas itu, Perang Dunia Ke-4 dikatakan akan meletus yang mana senjata yang digunakan adalah pedang. Ini disebabkan teknologi semua tidak boleh digunakan lagi pada masa itu dek kerana kesan EMP (electromagnetic pulse) daripada senjata nuklear itu sendiri semasa tercetusnya Perang Dunia Ketiga. Jadi, kekuatan bala tentera ketika Perang Dunia Keempat nanti adalah seimbang dan tidak berat sebelah kerana semuanya menggunakan peralatan perang yang sama.

Malah, ada sebahagian hadis yang menekankan akhir zaman nanti akan berlakunya perang menggunakan pedang dan Dajjal akan disembelih dengan pedang. Hadis Nabi juga ada menyebut, Yahudi Zionis pengecut akan bersembunyi di balik-balik batu dan kayu dan hanya selamat di belakang pokok Yahudi iaitu pokok Gharqad, yang banyak di tanam sekarang di Israel.

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah seluruh umat Islam berperang dengan seluruh Yahudi. Umat Islam akan membunuh mereka sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar datanglah kamu ke sini dan bunuhlah orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi". (Hadith Sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Jadi, adakah disebabkan itu Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam menggalakkan kita belajar Berkuda, Berenang dan Memanah? Rasulullah S.A.W. bersabda, 
“Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah” 
[Riwayat sahih Imam Bukhari dan Imam Muslim]

Renung-renungkan...semoga bermanfaat bersama taufik dan hidayahNYA.

Sumber : http://www.facebook.com/imantakwa

Khamis, 22 November 2012

MENGINGAT KEMBALI NASIHAT IMAM IBNU ATHAILLAH

MENGINGAT KEMBALI NASIHAT IMAM IBNU ATHAILLAH


Gambar hiasan ..
Jika engkau telah berusia empat puluh tahun, maka segeralah untuk memperbanyak amal soleh siang mahupun malam. Sebab, waktu pertemuanmu dengan Allah ‘Azza wa Jalla semakin dekat. Ibadah yang kau kerjakan saat ini tidak mampu menyamai ibadah seorang pemuda yang tidak menyia-nyiakan masa mudanya. Bukankah selama ini kau sia-siakan masa muda dan kekuatanmu. Andaikata saat ini kau ingin beramal sekuat-kuatnya, tenagamu sudah tidak menampung lagi”.

Oleh kerana itu beramallah sesuai kekuatanmu. Perbaikilah masa lalumu dengan banyak berzikir, sebab tidak ada amal yang lebih mudah dari zikir. Zikir dapat kamu lakukan ketika berdiri, duduk, berbaring mahupun sakit. Zikir adalah ibadah yang paling mudah.

Rasulullah saw bersabda :
Dan hendaklah lisanmu basah dengan berzikir kepada Allah swt.”

Bacalah secara berkesinambungan doa’ dan zikir apa pun yang mudah bagimu. Pada hakikatnya engkau dapat berzikir kepada Allah swt adalah kerana kebaikanNya. Dia akan mengurniaimu”.

“Ketahuilah, sebuah umur yang awalnya disia-siakan, sewajarnya sisanya dimanfaatkan. Jika seorang ibu memiliki sepuluh anak dan sembilan di antaranya meninggal dunia. Tentu ia akan lebih mencintai satu-satunya anak yang masih hidup itu. Kamu telah menyia-nyiakan sebahagian besar umurmu, oleh kerana itu jagalah sisa umurmu yang sangat sedikit itu. Demi Allah, sesungguhnya umurmu bukanlah umur yang dihitung sejak engkau lahir, tetapi umurmu adalah umur yang dihitung sejak hari pertama engkau mengenal Allah swt”.

“Seseorang yang telah mendekati ajalnya ( berusia lanjut ) dan ingin memperbaiki segala kekurangannya di masa lalu, hendaknya dia banyak berzikir yang ringkas tetapi berpahala besar. Zikir semacam itu akan membuat sisa umur yang pendek menjadi panjang.

Jika sebelumnya kau sedikit melakukan solat dan puasa sunah, maka perbaikilah kekuranganmu dengan banyak berselawat kepada Rasulullah saw. Andaikata sepanjang hidupmu engkau melakukan segala jenis ketaatan dan kemudian Allah swt berselawat  kepadamu sekali saja, maka satu selawat  Allah ini akan mengalahkan semua amalmu itu. Sebab, engkau berselawat  kepada Rasulullah sesuai dengan kekuatanmu, sedangkan Allah swt berselawat  kepadamu sesuai dengan kebesaran-Nya. Ini jika Allah swt berselawat  kepadamu sekali, lalu bagaimana jika Allah swt membalas setiap selawatmu dengan sepuluh selawat sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah Hadits Shahih?

Betapa indah hidup ini jika kau isi dengan ketaatan kepada Allah swt, dengan berzikir kepada-Nya dan berselawat  kepada Rasulullah saw.”

“Orang yang menggunakan masa sihatnya untuk bermaksiat kepada Allah swt adalah seperti seorang anak yang mendapat warisan dari ayahnya sebesar seribu dinar, kemudian ia gunakan semua wang itu untuk membeli ular dan kalajengking yang sangat berbisa yang kemudian mengelilingi dan menggigitnya. Bukankah ular dan kalajengking tersebut akan membunuhnya? Kamu gunakan masa sihatmu untuk bermaksiat kepada Allah swt, maka nilaimu adalah seperti burung pemakan bangkai yang terbang berkeliling mencari bangkai, di mana pun ia dapatkan, maka ia segera mendarat.

http://kisahislami.com/mengingat-kembali-nasehat-imam-ibnu-athaillah/

Isnin, 19 November 2012

KISAH LELAKI TUA DAN SELAWAT NABI S.A.W.


KISAH LELAKI TUA DAN SELAWAT NABI S.A.W.

Gambar hiasan
Seorang LELAKI TUA mengayuh basikal setiap pagi dari kampungnya ke sebuah pekan, sejauh kira-kira 15km, untuk menjual ulam-ulaman dan sayur-sayuan, buat menyara hidupnya.... Itulah kerja hariannya... 

Selesai berjual, DIA AKAN SINGGAH DAHULU KE sebuah MASJID di pekan itu, untuk bersolat zuhur.  Sebelum pulang ke rumah... Selepas berdoa dan berwirid sekadarnya, lelaki itu akan MEMBERSIHKAN DEDAUN YANG BERSELERAK DI HALAMAN MASJID... Ini dilakukannya setiap hari selepas solat zuhur, sejak beberapa bulan lalu... Setelah semua dedaun itu dibersihkan barulah beliau pulang kekampungnya.

JEMAAH DAN JAWATANKUASA MASJID KASIHAN melihat keadaan lelaki tua itu.... Mereka lalu mengupah seorang pekerja untuk membersihkan daun-daun itu setiap pagi. Tujuan mereka, semata-mata untuk membantu lelaki tua tadi, agar tidak perlu bersusah payah membersihkan halaman masjid itu. 

Rupa-rupanya, niat baik mereka itu telah membuatkan LELAKI TUA TERSEBUT MENANGIS SEDIH.... Dia mohon supaya dia terus diberi kesempatan membersihkan halaman masjid seperti biasa... Itulah sahaja SUMBANGAN YANG DIA MAMPU lakukan, untuk masjid tersebut, katanya.

Akhirnya, pihak jawatankuasa masjid mengambil keputusan agar membiarkan situasi berjalan seperti biasa supaya lelaki tua itu tidak lagi merasa sedih.

Satu ketika, sedang dia sedang menyapu daun-daun, Imam masjid datang kepadanya, dan bertanya, mengapa dia perlu melakukan hal itu, lelaki tua tersebut menjawab: 

“SAYA INI ORANG BODOH, TUAN.... Saya tahu amal saya ini kecil sahaja.... Saya tidak mungkin selamat pada hari kiamat, TANPA SYAFA’AT RASULULLAH SOLLALLAHU `ALAIHI WASALLAM.

 Setiap kali saya menyapu sehelai daun, saya ucapkan satu selawat kepada Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam. Kelak jika saya mati, SAYA INGIN RASULULLAH MENJEMPUT SAYA... Biarlah dedaun ini menjadi saksi bahawa saya telah membacakan selawat kepada Junjungan Nabi sollallahu `alaihi wasallam..”.. Kata lelaki tua itu dengan hiba... Air matanya mengalir turun melalui pipinya yang sudah berkedut-kedut itu.... Pak Imam itu juga turut merasa sebak, kerana terharu.... 

ALLAHU AKBAR....Subhanallah...Subhanallah.

Allah SWT berfirman :

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيما
Sesungguhnya Allah dan Malaikat-Nya BERSELAWAT KEPADA NABI... Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah, dan berilah salam kepadanya.. “.(Surah Al-Ahzab 33: 56)

Rasulullah SAW bersabda : “Tidak seorang pun yang memberi salam kepadaku, kecuali Allah akan menyampaikan kepada ruhku, sehingga aku menjawab salam itu”.
(HR Abu Dawud dari Abu Hurairah... Ada di kitab Imam an-Nawawi, dan sanadnya shahih)

Asmar Arafad
http://asmarpunyablog.blogspot.com/2012/08/kisah-lelaki-tua-dan-selawat-nabi-saw.html

Ahad, 18 November 2012

MANFAAT AL-QUR'AN SETELAH KITA MATI

MANFAAT AL-QUR'AN SETELAH KITA MATI
by Kajian & Tafsir Al-Qur'an 
Pelajarilah Al-Quran
Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W : "Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya."

Dan ia bertanya, "Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?" Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."

Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?"

Lalu Al-Qur'an mengakui orang yang pernah membaca menghadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada kedua-dua ayah dan ibunya pula, yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperoleh ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"

Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an." Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W : "Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. "Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, "Kenalkah kamu kepadaku?"

Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?" Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari.

"Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ayah dan ibunya pula, yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah 
mempelajari Al-Qur'an."


Sabtu, 17 November 2012

ABU AYUB AL ANSARI

ABU AYUB AL ANSARI
Jihad
Abu Ayub Al Ansari adalah seorang Sahabat dari kaum Ansar. Sewaktu Rasulullah berhijrah ke Madinah dahulu, di rumah Abu Ayublah Nabi tinggal. Abu Ayub turut serta dalam operasi tentera Islam untuk membebaskan Konstantinople. Ketika itu umur beliau sudah mencecah 81 tahun. Meskipun tua, tapi Abu Ayub tetap berkeras untuk berangkat kerana dia berharap untuk merebut janji Rasulullah SAW sebagaimana tersebut dalam Hadis baginda: “Konstantinople akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik.”

Tiba di Konstantinople tentera Islam bergabung, pasukan dari Mesir diketuai oleh Uqbah bin Amir dan dari Syam pula diketuai oleh Fudalah bin Ubaid r.a. Barisan tentera Rom amat besar sekali dengan kelengkapan perang yang jauh lebih hebat. Tentera Islam pun berbaris untuk menghadapi mereka. Tiba-tiba seorang lelaki dari kalangan tentera Islam telah merempuh masuk ke dalam barisan tentera Rom. Melihat tindakannya itu, tentera-tentera Islam pun berteriak kepadanya: “Maha Suci Allah! Dia mencampakkan dirinya ke dalam kebinasaan.”

Mendengar kata-kata mereka itu, Abu Ayub Al Ansari segera tampil lalu berkata, “Wahai manusia! Sesungguhnya kamu mentakwilkan ayat ini dengan takwil yang seumpama itu. Kami lebih mengetahui mengenai ayat Sesungguhnya ia telah diturunkan kepada kami golongan Ansar. Tatkala Allah menguatkan agama-Nya dan bertambah ramailah pengikutnya, kami telah berkata sesama kami secara rahsia dari pengetahuan Rasulullah SAW: “Sesungguhnya harta-harta kita telah terbiar, adalah elok kita tinggal di sana dan memperbaiki apa yang telah kehilangan dan kerugian terhadap harta-harta tersebut.”

Oleh yang demikian, Allah SWT mewahyukan ayat Al Quran untuk membidas kerungsingan kami itu.

Allah SWT berfirman: “Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.” (Al Baqarah: 195)

Ada pun kebinasaan itu adalah tinggal bersama kaum keluarga di mana kami telah berkeinginan untuk melakukannya, demi untuk memperbaiki harta benda kami. Maka kami telah diperintahkan untuk keluar berghuzwah (berperang). Demikianlah pendirian Abu Ayub, sebab itulah dia gigih berjuang walaupun umurnya sudah lanjut.

Dalam peperangan membebaskan Konstantinopel itu, berjatuhanlah para syuhada bagai kembang-kembang seri yang gugur di Taman Syurgawi. Pada hari itu bermati-matian Abu Ayub bertempur dari terbit matahari sampai tenggelam. Akhirnya Abu Ayub jatuh sakit. Terbaring lesu tanpa boleh bergerak-gerak lagi. Tentera-tentera Islam datang melawatnya.

Setiap yang datang, akan mendoakan: “Ya Allah, afiatkan ia dan sembuhkanlah ia.”

Mendengar doa itu, Abu Ayub menoleh kepada mereka dan berkata, “Jangan doakan begitu. Tapi ucapkanlah, ya Allah, kalau ajalnya sudah dekat, ampunilah dan berilah ia rahmat. Akan tetapi sekiranya ajalnya masih belum tiba, afiatkan ia dan sembuhkanlah segera dan berilah ia ganjaran.”

Ketika sakitnya semakin memberat, Abu Ayub pun berwasiat agar jasadnya disemadikan di benteng Kota Konstantinopel. Semasa kematiannya peperangan masih bergelora. Jenazah Sahabat yang mulia itu dibawa ke benteng Konstantinopel untuk disemadikan. Ternyata beliau bukanlah orang yang dijanjikan Tuhan untuk menawan kota Konstantinople itu.

Namun begitu, pahala untuk beliau tetap diganjari Tuhan kerana cuba untuk membuktikan Hadis Nabi SAW. Itulah yang menjadi pemangkin untuk Abu Ayub berjihad berhabis-habisan di kota itu. Setelah 600 tahun berlalu, Muhammad Al Fateh berjaya membebaskan kota itu pada tahun 1463. Beliaulah yang menepati Hadis Nabi SAW tersebut. Abu Ayub Al Ansari adalah salah seorang yang cuba membuktikan kebenaran Hadis Nabi itu. Ini diikuti pula dengan Muhammad Al Fateh yang mana beliaulah pemimpin yang dijanjikan Tuhan. Apakah kita juga menjadikan Hadis Nabi SAW sebagai pendorong untuk membuktikan kebenaran Hadis untuk umat akhir zaman. Rasulullah SAW ada bersabda bahawa di akhir zaman Islam akan bangkit dari sebelah Timur? Sejauhmanakah kesungguhan kita untuk menjadi orang-orang yang menyemarakkan Islam di sebelah Timur ini?


 http://kisahteladan.info/sahabat/abu-ayub-al-ansari.html


Follow by Email