DOA -doa Ku... Ya Allah....

... اشهد ان لا إله إلا الله وأشهد ان محمد رسول الله .....YA ALLAH...AMPUNKAN AKU ....Bimbinglah Aku di jalan -MU.. TETAPKAN AKU DALAM KASIH SAYANGMU, ......AMPUNKAN SEGALA KESALAHAN dan DOSA-DOSAKU..DOSA DAN KESALAHAN KEDUA IBU BAPAKU..DAN SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT....KUMPULKAN AKU BERSAMA PARA NABI DAN RASUL...YA ALLAH ...KEKALKAN AKU DAN KETURUNANKU DALAM ISLAM DAN BERIMAN KEPADAMU....YA ALLAH.YA ALLAH, HIDUPKAN AKU DALAM KEADAAN MERENDAH DIRI, MATIKAN AKU DALAM KEADAAN MERENDAH DIRI DAN BANGKITKAN AKU (PADA HARI QIAMAT) DI DALAM GOLONGAN ORANG-ORANG YANG MERENDAH DIRI.. استغفر الله العظيم ASTAGFIRULLAHALAZZIM....سبحان الله...SUBHANALLAH ...الحمد لله..ALHAMDULILLAH...الله أكبر..ALLAHUAKHBAR.....ALLAHUMA SOLLIALA SAYIDINA MUHAMMAD....WAALA ALIMUHAMMAD..........

Khamis, 31 Januari 2013

MeRcU TANDA KiAmAt

Bangunan-bangunan Tinggi
Dalam satu hadis yang panjang berkenaan Iman, Islam dan Ehsan yang disampaikan oleh malaikat Jibrail kepada Rasulullah s.a.w, di mana di dalam hadis yang penting (kerana menerangkan asas aqidah Islam) ini juga Jibrail telah memberi tahu petanda dekat berlakunya hari kiamat.

Daripada Umar bin al-Khattab r.a. …….Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda:

Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tanda-tandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing (berbangga-bangga) menegakkan dan meninggi-ninggikan binaan. Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai ‘Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: ALLAH dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu. [Hadis riwayat al-lmam Muslim]

Untuk menampakkan lagi petanda tersebut ALLAH telah mentakdirkan mercu tanda kiamat tersebut betul-betul berdiri dihadapan kaabah untuk peringatan dan tatapan umat Islam bahawa saat kiamat yang telah dijanjikan oleh ALLAH melalui malaikat Jibrail adalah sangat hampir dengan terbinanya menara Abraij Al Bait (dikenali juga sebagai Fairmont Tower). Menara tersebut merupakan ke 8 tertinggi di dunia buat masa ini, tetapi ketika masa pembinaannya ia menandakan era baru dalam perlumbaan pembinaan pencakar langit; sehingga Council of Tall Buildings and Urban Habitat (CTBUH) mengumumkan bermulanya era ” Megatall”.

Dalam hadis di atas Jibrail menceritakan sifat golongan yang berlumba-lumba membina bangunan tersebut, iaitu orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing…Ada pandangan yang mengatakan ia merupakan simbolik kepada suasana ketika itu, bilamana orang yang tidak berkasut, orang miskin yang semestinya ia mendahulukan membeli kasut dari yang lain, tiba-tiba ia telah mendirikan bangunan yang tinggi yang tentunya terpaksa berhutang daripada orang lain. Memang tepatlah bersesuaian dengan sistem ekonomi kapitalis sekarang dimana penjanaan kewangan bagi pembangunan skala besar mesti melibatkan pinjaman daripada pihak bank ataupun pengeluaran bond (sukuk). Mengikut sumber penganalisa ekonomi dana pembangunan Mekah di perolehi melalui pasaran kewangan Asia Barat yang di biayai oleh 30 buah bank kapitalis melibatkan pinjaman $9.6bn. Sebagaimana diketahui Putera Al-Waleed bin Talal salah seorang kerabat di raja pemerintah Saudi merupakan pemilik Citibank iaitu bank riba-kapitalis terbesar di dunia.

http://www.thenational.ae/business/property/mecca-project-needs-fresh-investment

Menurut laporan CTBUH sebanyak 27 dari 88 bangunan tertinggi di dunia dibina di Timur Tengah, menunjukkan dengan jelas perlumbaan untuk bermegah-megah dengan binaan tinggi oleh kaum Badwi padang pasir ini tidak dapat ditandingi oleh kaum lain.

Laporan CTBH itu menyatakan,” Dalam dekad ini kita dapat menyaksikan bukan sahaja bangunan pertama di dunia melepasi aras 1km tinggi, tapi siapnya beberapa buah bangunan yang melepasi 600m (2000 ka) – iaitu dua kali ganda ketinggian Eiffel tower”.

Kingdom Tower yang akan dibina di Jeddah oleh Kingdom Holding Company (KHC) yang dimiliki oleh Putera Alwaleed bin Talal telah mengesahkan pembinaan bangunan 1km tinggi itu dengan kos SR4.6bn.

Menurut laporan CTBH pembinaan bangunan Megatall ini lebih merupakan iconic bagi menunjukkan kekuatan ekonominya berbanding kawasan lain di dunia ini. Laporan CTBH itu juga menjawab persoalan kenapakah bangunan Supertall tidak dibina di Barat seperti kebiasaan sebelumnya?

” Kebanyakan bandar di dunia barat telah membina bangunan pencakar langit sejak lebih 100 tahun lalu dan telah meletakkan mereka diperingkat antarabangsa. Tambahan lagi, bandar-bandar di Barat tidak mengalami kepesatan seperti sedang berlaku di Asia, oleh itu kewajarannya adalah kurang bagi pembinaan bangunan Supertall di dunia barat…”

Menjelang 2020, kita akan dapat melihat 8 buah bangunan yang lebih dari 600 m tinggi yang diklasifikasikan sebagai megatall akan siap dibina, dibatasi antara Menara Jam Mekah dan bangunan melepasi awan Kingdom Tower Jeddah!

Fenomena ini telah dimaklumkan oleh Rasulullah SAW dalam beberapa hadis yang lain antaranya;
Tidak ada [hari] pengadilan hingga gedung-gedung yang sangat tinggi dibangunkan –
(Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.)

As-sa’ah [Hari Kiamat] tidak akan tiba; hingga manusia berlumba-lumba membuat bangunan yang tinggi – (H.R. Bukhari)

http://mahatera.blogspot.com/2013/01/mercu-tanda-kiamat.html

Rabu, 30 Januari 2013

15 SOAL JAWAB ORANG KAFIR YANG PERSOALKAN KEBENARAN ISLAM

Sujud kepadaNya.
Nabi Muhammad saw wafat, telah sempurna Islam itu. Maka, semua persoalan dan keraguan tentang Islam, pasti akan ada jawapannya. Hanya ilmu di dada sebagai penentu, jawapan apa yang perlu diberi bagi membidas kembali persoalan dan keraguan yang sengaja ditimbulkan oleh orang bukan Islam pada orang Islam. Ada di antara mereka yang bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yang ilmu hanya ala kadar berasa was-was dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was-was dengan agama yang dianutinya. Nauzubillah.

Soalan-soalan yang dinyatakan di bawah, sebenarnya memang benar-benar pernah ditanya oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam. Jadi jawapan yang disampaikan di bawah ini diharap dapat membantu membidas persoalan tersebut.

1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran?

Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.

2) Nama Nabi Isa lebih banyak disebut daripada nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran. Tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?

Dalam Bible, nama syaitan lebih banyak daripada nama Nabi Isa. Jadi, adakah syaitan lebih hebat daripada Nabi Isa? Sebenarnya ALLAH tidak bezakan tentang kehebatan Nabi dan RasulNya. Walau bagaimanapun, ALLAH lebih Maha Mengetahui.

3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja Nabi Isa itu Tuhan kan?

Dalam banyak-banyak kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga ada menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata “Siapa yang taat pada ALLAH akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka”. (Kitab Injil yang menjadi rujukan pengganut Kristian sekarang ini sebenarnya telah dimanipulasi isi kandungannya)

4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?

Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Contohnya, jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulung masih hidup, anak sulung tetap kekal pangkatnya sebagai yang sulung.

5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.

Antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak menyembah Mariam saja? Bukankah Mariam itu ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam merupakan manusia pertama juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga. Jadi, kenapa tidak disembah Adam saja?

Firman ALLAH swt :
“Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi ALLAH adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. ALLAH telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: “Jadilah engkau!” maka menjadilah ia. -(Surah Al-Imran, ayat-59).

6) Jika membaca tafsir, ALLAH berfirman sekejap guna ‘Aku’, sekejap guna ‘Kami’. Kenapa? Bukankah maksud ‘Kami’ itu mewakili ‘Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)’?

Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. ‘Aku’ kata jamaknya ‘Kami’ yang menggambarkan tentang ‘Allah dan keagunganNya’ . Bukankah Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna ‘We’ bukan ‘I’?

7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?

Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?

8) Sami Buddha vegetarian bertanya, kenapa Islam disuruh membunuh binatang untuk dimakan? Bukankah itu zalim kerana membunuh hidupan bernyawa?

Sains telah membuktikan bahawa sayur dan pokok turut mempunyai nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ada banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Apabila kita membunuh (sembelih) seekor lembu, sebenarnya kita telah menyelamatkan banyak nyawa manusia daripada mati kelaparan.

9) Sami Buddha menjawab “Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria. Bunuh binatang dosa besar”

Habis tu, adakah kita cuma berdosa kecil jika membunuh orang yang pekak, buta, dan bisu hanya kerana dia tidak ada deria?

10) Sami Buddha menjawab lagi “Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik”
Jadi, makanlah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus.

11) Sami Buddha berkata lagi, “Makan binatang akan dapat banyak penyakit”

Sebenarnya, penyakit datang kerana kita banyak makan. Bukan kerana makan binatang. ALLAH uruh makan secara sederhana. Nabi juga suruh berhenti makan sebelum kenyang. Lagipun, ALLAH dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran. Bukankah tembakau dan ganja itu juga berasal dari tumbuhan? Lagi besar penyakitnya. Lembu yang ragut rumput hari-hari pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi janganlah cakap haram apa yang telah ALLAH halalkan.

12) Kan babi itu ciptaan ALLAH, kenapa Islam tak makan babi?
Sebab bukan semua ciptaan ALLAH adalah untuk dimakan. Jika begitu, batu dan kayu juga ciptaan ALLAH. Manusia juga ciptaan ALLAH. Nak jadi kanibal?

13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari-hari sembah Kaabah.

Islam bukan sembah Kaabah. Tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam sembah ALLAH  Kaabah cuma kiblat. Ada bezanya. Bukti, orang yang sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindu tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari-hari pijak gambar Kaabah di sejadah. Jika ada sepanduk gambar Kaabah direntangkan di KLCC sekalipun, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah ALLAH. Bukan sembah Kaabah!

14) Kenapa perlu ikut Nabi Muhammad saw? Nabi dan Rasul sebelum baginda itu sesatkah?

Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.

15) Apa bukti ALLAH wujud? Mana ALLAH? Tak nampak pun.

(Tampar beliau!) Kemudian cakap, sakit itu wujud dan boleh dirasa, tapi adakah kita nampak sakit itu? Begitu juga dengan kewujudan ALLAH.  ALLAH itu wujud dan kita boleh rasa nikmat pemberian-Nya, tapi kita tak boleh nampak ALLAH.




Selasa, 29 Januari 2013

APA YANG HEBATNYA LELAKI DALAM GAMBAR INI ?


Dia memegang senjata? aiwah, kalamuka sahih
Dia sedang mempertahankan negaranya? aiwah, sahih

Setepatnya, dia adalah pelajar medic yang sedang melanjutkan pelajaran di german. setibanya berita tragedi yang melanda negaranya ke pengetahuannya, yakni Syria, dia yang merupakan penduduk asal Syria itu segera pulang ke negaranya tanpa berlengah walaupun sedang melanjutkan pengajian. dan kepulangan dia bukanlah utk rehat-rehat, tapi untuk menghadapi detik-detik sukar bersama-sama dengan penduduk asal syria yang lain. kalau dia mahu, boleh saja dia pekakkan telinga dan butakan mata, dan teruskan menyambung pelajaran jika mahu kesenangan.

BENAR, tidak mudah untuk kita tinggalkan kesenangan. namun ingatlah petikan kata-kata syeikh ahmad yasin, Barangsiapa yang bernazar dalam dirinya, untuk hidup bersama agamanya, maka dia akan hidup dalam kelelahan. Namun sesungguhnya dia (walaupun lelah) akan hidup dalam keagungan dan menjemput kematian dengan keagungan! kini dia telah diterima ALLAH dan dimuliakan dengan mati syahid! ALLAHU AKHBAR!

Tangan yang sepatutnya memegang ubat dan badan yang sepatutnya merebahkan diri di atas kerusi empuk sambil menikmati dinginnya penghawa dingin dalam pejabat berakhir dengan tangan yang menggalas kelelahan kerana mengacukan senjata ke arah musuh ALLAH dan badannya rebah ke bumi bersama penyaksian kalimah syahadah yang tak dapat dipisahkan oleh mereka yang inginkan cahaya Islam terpadam!

INI.. ini.. ini.. ini sangat osem! dan inilah model acuan ayat-ayat suci ALLAH yang benar-benar terjadi dalam kehidupan, bentuk sebenar manusia yang mengakui beriman kepada ALLAH  walaupun jatuh ke tanah yang rendah, tubuh mereka takkan sesekali menyentuh kerendahan!

Bidang kita mungkin boleh berubah, tapi hati dan iman kita tetap pada Yang Esa!

Sumber : Page FB Tentera Fisabillillah (Bangkitlah Wahai Umat Islam)

10 JeNiS TaNGiSaN

Menurut Ibnu Qayyim terdapat 10 Jenis Tangisan :
  1. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
  2. Menangis kerana rasa takut.
  3. Menangis kerana cinta.
  4. Menangis kerana gembira.
  5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
  6. Menangis kerana terlalu sedih.
  7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
  8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
  9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.                                                      
  10. Menangis orang munafik – pura-pura menangis.
“..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (AnNajm : 43)

Jadi, ALLAHlah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.Kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini. 

Tangis tercela atau terpuji ?? Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa ALLAH

Tangisan dapat memadamkan api Neraka “Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali ALLAH akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata.

Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.” Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah ALLAH telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, “Manis sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu ALLAH mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, “Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!.”

Air Mata yang tiada di tuntut:
  • Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukankah Tuhan yang telah menentukannya.
  • Janganlah menangis menonton filem kerana itu kan cuma lakonan.
  • Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
  • Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
  • Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
  • Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, eitu adalah pemberian Tuhan.
Dari itu??.. Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik-bintik hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari ALLAH swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa-dosa dan moga-moga akan mendapat ampunan-Nya jua.

Junjungan Mulia bersabda “Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada ALLAH swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam”. ”Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan ALLAH dihari qiamat”??seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran ALLAH swt lalu bercucuran air matanya”. ”Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada ALLAH  maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering.” Air mata tanda rahmat Tuhan

Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah 3 perkara. kerana hal hal tersebut menandakan rahmat ALLAH swt untuk si mayat.

Apabila dahi nya berpeluh.
Airmatanya berlinang.
Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
  1. SUCIKAN Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
  2. SUCIKAN Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
  3. SUCIKAN Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu
  4. SUCIKAN Dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.
Ingatan ku hanya pada kalian…dan hati akan bahagia jika diriku jua dalam ingatan kalian… Dan aku akan bertambah bahagia jika bertemu kalian dan kalian bertemu diriku di suatu masa dan satu tempat….

Allahualam


http://johneox.wordpress.com/10-jenis-tangisan/

Isnin, 28 Januari 2013

ENAM PERKARA YANG ALLAH SWT SEMBUNYIKAN

Gambar hiasan je..
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail a.s dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail a.s memandang dirinya sendiri dan berkata:
“Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.”

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. “Tidak”
Kemudian Jibrail a.s berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail a.s solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.
Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.’

Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.”

Kemudian Jibrail a.s berkata: 
“Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?”
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. 
“Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…”

Kemudian Jibrail a.s meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa. Setelah Jibrail a.s mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail a.s dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail a.s selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

“Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? “

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan…. ..”

Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha lakukan… Sesungguhnya ALLAH S.W.T telah menyembunyikan ENAM perkara iaitu :

1- ALLAH S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2- ALLAH S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3- ALLAH S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4- ALLAH S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5- ALLAH S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6- ALLAH S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

http://irfanirsyad.wordpress.com/category/kisah-teladan/

KISAH DUA ORANG ULAMAK


Oleh: Mohd. Khafidz bin Soroni

Kisah Sayyid ‘Alawi bin ‘Abbas al-Maliki dengan Syeikh ‘Abdur Rahman bin Sa’di

Suatu ketika Sayyid ‘Alawi duduk dalam halaqahnya di Haram Makki, dan sedang duduk di suatu sudut lain Syeikh ‘Abdur Rahman bin Sa’di, pengarang sebuah kitab tafsir. Orang ramai pula sedang bersolat dan bertawaf. Dan di langit awan mendung sedang berarak. Kemudian hujan pun turun. Air hujan yang turun di atas Kaabah mengalir keluar melalui saluran mizab. Lantas ramai orang bergegas ke mizab tersebut untuk mendapatkan air daripadanya. Lalu mereka membasahkan baju dan badan mereka dengannya sebagai mengambil berkat.

Melihat hal itu, sekumpulan ‘orang Badwi’ menegah mereka kerana menyangka ianya adalah syirik. Kata mereka: “Jangan, wahai orang-orang musyrik,.. syirik, syirik!”. Lalu semua orang pun beredar dan menuju ke halaqah Sayyid ‘Alawi. Mereka bertanya tentang perkara tersebut, dan beliau mengharuskannya. Lantas orang ramai pun pergi sekali lagi ke mizab tersebut. ‘Orang-orang Badwi’ tadi pergi kepada halaqah Syeikh ‘Abdur Rahman dan mengadu kepadanya. Lantas beliau pun pergi bertemu dengan Sayyid ‘Alawi. Maka ramai orang berkumpul kepada dua orang ulama tersebut.

Kata Syeikh Abdur Rahman: Betulkah tuan mengatakan kepada orang ramai bahawa dalam air hujan tersebut ada barakah? Jawab Sayyid ‘Alawi: Bahkan, ada dua barakah. Balas Syeikh Abdur Rahman: Macammana demikian? Jawabnya lagi: Kerana Allah Ta’ala berfirman dalam kitab-Nya mengenai hujan (ونزلنا من السماء ما ء مباركا) “Dan Kami turunkan daripada langit air yang diberkati”, dan mengenai Kaabah pula (إن أول بيت وضع للناس للذي ببكة مباركا) “Sesungguhnya rumah pertama Allah yang dibina untuk manusia ialah yang berada di Makkah lagi diberkati”. Maka sekarang terkumpul dua barakah; barakah air hujan dan barakah baitullah ini.

Mendengar itu, Syeikh Abdur Rahman merasa takjub: Subhanallah, macam mana kami boleh lupa hal ini? Lalu beliau pun berterima kasih kepada Sayyid ‘Alawi dan meminta izin untuk beredar. Lantas kata Sayyid ‘Alawi: Nanti dulu ya syeikh, tidakkah kamu lihat ‘orang-orang Badwi’ itu menyangka bahawa apa yang dibuat oleh orang ramai itu sebagai syirik? Mereka tidak berhenti mengkafirkan orang dan melontar mereka dengan tuduhan syirik, sehingga melihat orang yang seumpama tuan yang dapat menegah mereka. Pergilah ke mizab dan ambil air hujan tersebut di hadapan mereka agar mereka membiarkan orang ramai. Kemudian Syeikh Abdur Rahman pun pergi ke mizab dan mengambil sendiri air hujan itu sebagai mengambil berkat. Akhirnya ‘orang-orang Badwi’ tadi meninggalkan orang ramai setelah melihat syeikh mereka berbuat demikian.

Syeikh Abdur Rahman bin Sa’di duduk di tengah-tengah

Kisah ini telah diceritakan oleh Syeikh ‘Abdul Fattah Rawah al-Makki di dalam kitab Thabatnya. Lihatlah bagaimana akhlak para ulama dan keakuran mereka terhadap kebenaran apabila sudah nyata.

Sumber: http://irfanirsyad.wordpress.com/2012/09/04/kisah-dua-orang-ulamak/

6 WASIAT SAIDINA UMAR AL- KHATTAB


6 WASIAT SAIDINA UMAR AL- KHATTAB

Suatu hari Umar Bin Khattab r.a. bertutur kepada sebahagian sahabatnya;
Aku berwasiat kepadamu enam perkara :

1. Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih banyak darinya.

2. Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.

3. Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH swt! Kerana, tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut kepadamu selain DIA.

4. Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia. Sebab, andaikata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.

5. Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana, jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi atau penuh penyesalan.

6. Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat. Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya.

http://ammy11.blogspot.com/2012/05/6-wasiat-saidina-umar-al-khattab.html

Ahad, 27 Januari 2013

Wasiat Imam 4 Mazhab kepada Umat Islam

Gambar hiasan


Wasiat Imam 4 Mazhab kepada Umat Islam
Setiap seorang dari para imam mazhab yang empat telah berwasiat kepada umat Islam seluruhnya agar mentaati al-Qur’an dan al-Sunnah, bukannya ajaran atau pendapat mereka. Ini mereka tegaskan kerana menyedari akan hakikat sebenar diri mereka sebagai manusia yang ada kelemahan dan kekurangan. Walaupun para imam mazhab ini diiktiraf dan disanjung keilmuannya oleh orang ramai, mereka tetap dengan penuh keikhlasan hati dan rendah diri mengakui bahawa adakalanya mereka boleh tersilap atau kurang tepat dalam ajaran mereka.

Antara masalah paling kerap yang dihadapi oleh para imam mazhab, sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini, ialah kesukaran memperolehi hadis-hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Para sahabat penghafal hadis banyak yang sudah meninggal dunia manakala anak murid mereka yang sempat menghafal hadis-hadis tersebut bertebaran di seluruh dunia Islam.

Atas faktor ini dan beberapa yang lain, kita dapati para imam mazhab berwasiat kepada umat Islam dengan wasiat yang masyhur:

Apabila sesuatu hadis itu sahih maka itulah mazhab aku.[1]

Berikut akan dikemukakan wasiat-wasiat para imam mazhab, dimulai dengan tumpuan khas kepada wasiat al-Syafi‘e memandangkan kebanyakan rakyat Malaysia cenderung kepada Mazhab al-Syafi‘e.

Wasiat al-Syafi‘e

Pertama: Berkata al-Syafi‘e rahimahullah:
Sesuatu sunnah daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kemungkinan akan sampai atau tidak sampai kepada seorang itu. Maka apabila sahaja aku menghuraikan pendapatku atau merumuskan sesuatu prinsip dan pada waktu yang sama wujud satu hadis yang sah daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam yang menerangkan sebaliknya maka pendapat yang betul itu adalah apa yang Nabi katakan dan demikianlah juga akan menjadi pendapat aku.[2]

Kedua: Berkata al-Syafi‘e rahimahullah:
Setiap hadis yang sah daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah juga merupakan ajaran aku walaupun engkau tidak pernah mendengarnya daripada aku sebelum ini.[3]

Ketiga: Berkata al-Syafi‘e rahimahullah:
Dalam setiap isu, apabila seseorang ahli hadis itu menjumpai sebuah riwayat yang sahih daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan riwayat itu pula bertentangan dengan ajaran aku maka aku menarik kembali ajaran aku yang asal tadi sama ada pada ketika aku masih hidup atau apabila aku sudah meninggal dunia nanti.[4]

Keempat: Berkata al-Syafi‘e rahimahullah:

Wasiat para imam maz-hab ini adalah benar akan tetapi perlaksana-annya tidaklah semudah yang disangkakan. Sese-orang itu tidak boleh menghukum imam maz-hab sebagai silap sema-ta-mata kerana satu atau dua hadis sahih yang baru ditemuinya.

Apabila kamu dapati di dalam bukuku sesuatu yang bertentangan dengan hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam maka berpeganglah kepada Hadis tersebut dan tinggalkanlah apa yang telah aku katakan itu (atau tuliskan).[5]

Kelima: Berkata al-Syafi‘e rahimahullah:

Pertama, sesuatu berita itu daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam wajib diterima. Kedua, berita tersebut ataupun hadis tersebut wajib diterima jika ianya telah disahkan walaupun tiada di antara imam-imam sebelum ini yang mengamalkan atau mengajarkan sesuatu daripada hadis tersebut.

Kenyataan ini juga menunjukkan bahawa jika tindakan salah seorang imam itu bertentangan dengan hadis daripada Nabi maka tindakan imam itu haruslah ditinggalkan dan diganti dengan petunjuk yang berasal daripada hadis Nabi.

Di samping itu, suatu hadis yang diyakini sah daripada Nabi adalah tegas dengan sendirinya tanpa memerlukan konformasi daripada tindakan seseorang lain selepas beliau.[6]

Keenam: Berkata al-Syafi‘e rahimahullah:

Pertama, pendapat boleh diterima bilamana tidak ada sunnah dalam hal itu. Akan tetapi jika sunnah menyatakan bahawa seseorang itu harus melakukan sesuatu perkara itu sebegini-sebegini, seseorang itu wajib meninggalkan apa yang dia telah atau sedang lakukan.

Seseorang itu wajib meninggalkan sesuatu amalan yang bertentangan dengan sunnah. Juga dia wajib meninggalkan pendapat yang mengatakan bahawa sunnah hanya boleh tertegak atas dukungan suatu berita yang datang menyusul. Dan seseorang itu patut akur bahawa sunnah itu tidak boleh dikebelakangkan oleh sesuatu apapun yang bertentangan dengannya.[7]

Wasiat Abu Hanifah

Berkata Abu Hanifah rahimahullah: 
Apabila aku mengeluarkan sesuatu pendapat yang bertentangan dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, maka tinggalkanlah pendapat aku itu.[8]

Wasiat di atas diulas oleh al-Syuhnah di dalam kitabnya Syarh al-Hidayah:

Apabila sesuatu hadis itu sahih manakala ianya bertentangan pula dengan mazhab, perkara yang mesti dilakukan ialah beramal berdasarkan hadis tersebut. Demikian itu adalah Mazhab Abu Hanifah dan para pengikut mazhab tidaklah terkeluar dari kedudukannya sebagai pengikut Hanafi dengan mengamalkan hadis tersebut.

Terdapat suatu riwayat yang sahih daripada al-Imam Abu Hanifah menyebutkan bahawa beliau telah berkata “Apabila Hadis itu sahih, itulah mazhab aku.” Riwayat ini diceritakan daripada Ibn ‘Abd al-Barr daripada al-Imam Abu Hanifah dan juga daripada imam-imam lainnya.[9]

Wasiat Malik bin Anas

Pertama: Berkata Malik bin Anas rahimahullah:
Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah.[10]

Kedua: Berkata Malik bin Anas rahimahullah:
Tidak ada perkataan manusia selepas Nabi kecuali sama ada ianya diterima atau ditolak, melainkan perkataan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.[11]

Wasiat Ahmad bin Hanbal

Pertama: Berkata Ahmad bin Hanbal rahimahullah:
Tidak ada perkataan sesiapapun melainkan boleh diterima perkataannya atau ditolak kecuali perkataan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.[12]

Kedua: Berkata Ahmad bin Hanbal rahimahullah:
Pendapat al-Awza‘e, Malik dan Abu Hanifah, semuanya adalah pendapat semata-mata. Aku melihat semuanya sama di sisiku, yang mesti jadi rujukan hanyalah sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.[13]
———————
Demikian beberapa wasiat para imam mazhab kepada umat Islam keseluruhannya. Abu Hanifah, Malik bin Anas, al-Syafi‘e dan Ahmad bin Hanbal, secara jujur dan penuh ketaqwaan sentiasa menekankan agar yang ditaati ialah sunnah atau hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan bukannya ajaran mereka.

Ibn Rajab al-Hanbali rahimahullah merumuskan:

Daripada keterangan-keterangan para imam mazhab ini, adalah menjadi kewajipan apabila seseorang itu menemui suatu perintah daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam atau mengetahuinya, untuk menerangkannya kepada sekian umat, menasihatkan mereka dengan penuh keikhlasan dan memerintahkan mereka untuk mengikutinya walaupun jika ia bertentangan dengan pendapat para imam mazhab atau seseorang lain yang terkemuka.

Sikap yang lebih utama ialah mengamalkan hadis-hadis yang baru diketahui kesahihannya sepeninggalan mazhab kerana imam maz-hab itu sendiri berpesan sedemikian.

Ini adalah kerana kedudukan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah yang paling hak untuk dihormati dan ditaati, melebihi dan mengatasi mana-mana pendapat orang atau tokoh lain yang mungkin atas sebab-sebab yang tidak disengajai telah bertentangan dengan perintah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Kerana inilah kita dapati para sahabat dan generasi selepas mereka membantah sesiapa sahaja yang didapati melakukan sesuatu yang bertentangan dengan sunnah yang sahih. Dan adakalanya bantahan ini mereka lakukan dengan amat keras, bukan disebabkan perasaan benci kerana para sahabat itu sememangnya amat menyayangi dan menghormati mereka, akan tetapi pesuruh Allah itu lebih mereka sayangi dan perintahnya lebih tinggi kedudukannya berbanding perintah mana-mana makhluk lain.

Justeru itu apabila terdapat perselisihan antara ajaran Nabi dan ajaran manusia, ajaran Nabi-lah yang lebih berhak ditunaikan dan ditaati. Ini tidaklah bermaksud sebagai menghina kedudukan imam ikutan seseorang itu kerana secara pasti dia akan diampuni atas ketidak-sengajaannya dan silapnya, bahkan si imam tersebut akan lebih rela jika ajarannya itu diketepikan apabila didapati bertentangan dengan ajaran Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam yang sahih.[14]

al-Sya’rani rahimahullah berkata:

Apabila terdapat perselisihan antara ajaran Nabi dan ajaran manusia, ajaran Nabi-lah yang lebih berhak ditunaikan dan ditaati. Ini tidaklah bermaksud sebagai menghina kedu-dukan imam ikutan seseorang itu ke-rana secara pasti dia akan diampuni atas ketidak-sengajaannya dan si-lapnya, bahkan si imam tersebut akan lebih rela jika ajarannya itu diketepikan apabila didapati berten-tangan dengan ajaran Nabi.

Kita meyakini seandainya para imam mujtahid (para imam mazhab) tersebut semasa hidupnya mengetahui kesahihan hadis-hadis yang tidak mereka pergunakan dan baru diketahui kesahihannya sepeninggalan mereka, tentu mereka akan mempergunakan hadis-hadis tersebut dan mengamalkannya. Kemudian mereka akan menghindari qiyas yang telah mereka lakukan dan meralat (membetulkan) semula pendapat yang telah mereka cetuskan terdahulu …… Sikap yang lebih utama ialah mengamalkan hadis-hadis yang baru diketahui kesahihannya sepeninggalan mazhab kerana imam mazhab itu sendiri berpesan sedemikian. [15]

Berkata al-Albani rahimahullah setelah mengemukakan wasiat-wasiat di atas:

Kenyataan tersebut menggambarkan ketinggian ilmu dan ketaqwaan para imam tersebut, di mana melalui perkataan seperti di atas mereka menegaskan bahawa mereka tidaklah menguasai sunnah keseluruhannya.

Kadang-kala terhasil daripada mereka ini (para imam mazhab) beberapa perkara yang menyalahi sunnah yang tidak kesampaian kepada mereka. Apabila mereka mengetahui akan sunnah tersebut, mereka memerintahkan kita agar berpegang teguh dengannya dan menjadikannya sebagai mazhab mereka. Semoga Allah memberi Rahmat kepada mereka semua.[16]

Catatan Penting:

Wasiat-wasiat para imam mazhab di atas adalah benar akan tetapi perlaksanaannya tidaklah semudah yang disangkakan. Seseorang itu tidak boleh mengubah ajaran mazhabnya atau menghukum imam mazhabnya sebagai tersilap semata-mata dengan satu atau dua hadis sahih yang baru ditemuinya. Ini kerana sesuatu mazhab itu tidak terbina di atas satu atau dua hadis tetapi himpunan ribuan buah hadis. Himpunan hadis-hadis ini pula difahami dan ditetapkan kandungan hukumnya berdasarkan kaedah-kaedah yang digariskan dalam ilmu usul fiqh.

Oleh itu perlaksanaan wasiat-wasiat di atas tertakluk kepada beberapa syarat sebagaimana yang diulas oleh al-Nawawi rahimahullah:

Perkataan (wasiat) al-Syafi‘e tersebut tidaklah bermaksud bahawa setiap seseorang yang menemui hadis yang sahih berhak berkata “Inilah ajaran Mazhab al-Syafi‘e” dan beramal dengan zahir hadis tersebut. Sesungguhnya yang berhak berkata sedemikian hanyalah seseorang yang memiliki darjat berijtihad dalam mazhab, baik yang telah sampai kepadanya atau yang menghampirinya.

Dan disyaratkan bagi orang tersebut dengan keyakinan yang mengatasi dugaan bahawa al-Syafi‘e rahimahullah tidak membicarakan hadis tersebut atau tidak mengetahui akan kebenarannya. Dan ini hanyalah dapat dilakukan setelah ditelaah semua kitab al-Syafi‘e dan juga kitab para sahabatnya (tokoh-tokoh al-Syafi‘eyyah) yang diiktiraf atau apa yang setaraf dengannya.

Syarat-syarat ini adalah sulit dan hanya segelintir kecil yang mampu mencapainya. Sesungguhnya sebab kami menyebut syarat-syarat ini hanyalah kerana al-Syafi‘e rahimahullah, berdasarkan penilaian dan ilmunya, seringkali meninggalkan pengamalan zahir sebuah hadis kerana di sisi beliau terdapat dalil lain yang melemahkannya atau yang membatalkannya (nasakh) atau yang mengkhususkannya atau kerana ditakwilkannya atau kerana beberapa sebab yang lain.[17]

Di atas adalah syarat-syarat yang perlu diperhatikan sebelum seseorang itu mengubah mazhab imamnya. Adapun atas tujuan selain itu, seseorang boleh berpegang dan beramal dengan hadis sahih yang ditemuinya sekalipun dia belum mencapai darjat seorang mujtahid. Asalkan dia mampu mengkaji dan menganalisa secara ilmiah dan menyeluruh. al-Zarkasyi rahimahullah menulis:

Sesiapa yang (pada mulanya) bertaqlid[18] kepada sebahagian imam (mazhab) lalu kemudian darjatnya naik sedikit sehingga mampu memahami dan mengkaji dalil-dalil syari‘at , maka apabila dia menemui sebuah hadis yang dapat digunakan sebagai hujah dan hadis itu pula digunakan oleh sebahagian orang namun berselisihan dengan pendapat imam mazhabnya, maka adakah dibolehkan dia berijtihad (dengan mengamalkan hadis tersebut dan meninggalkan pendapat imam mazhabnya) ?

Berkata Abu ‘Amr (Ibn al-Shalah): Dalam hal ini kami berpendapat, jika seseorang itu memiliki sarana untuk berijtihad secara mutlak atau (sekurang-kurangnya berijtihad) dalam sesebuah bab atau masalah tertentu, maka dibolehkan bagi dia beramal dengan hadis tersebut. (Juga dibolehkan) sekalipun jika dia tidak memiliki saranan untuk berijtihad secara sempurna dan wujud di hatinya keraguan terhadap hadis tersebut,[19] asalkan dia tidak mendapati hadis lain yang bertentangan dengan hadis yang ingin diamalkan itu. Jika terdapat seorang imam di luar mazhabnya yang beramal dengan hadis tersebut, maka dia boleh bermazhab kepadanya. Demikian merupakan alasan yang membolehkan dia meninggalkan pendapat imam mazhabnya (yang asal).[20]

Ibn Taimiyyah rahimahullah menguatkan lagi pendapat Ibn al-Shalah tentang tidak perlunya seseorang itu memiliki darjat mujtahid untuk beramal dengan hadis sahih yang ditemuinya:

Boleh berpegang dan beramal dengan hadis sahih yang dite-muinya sekalipun dia belum mencapai darjat seorang muj-tahid. Asalkan dia mampu me-ngkaji dan menganalisa secara ilmiah dan menyeluruh.

Urusan ijtihad bukanlah suatu perkara yang tidak dapat menerima pemecahan dan pembahagian. Bahkan mungkin sahaja wujud seorang yang memiliki keahlian untuk berijtihad di dalam satu bidang ilmu atau bab atau permasalahan dan tidak di dalam bidang ilmu atau bab atau permasalahan yang lain. Oleh itu setiap seseorang boleh berijtihad mengikut tahap kemampuan masing-masing.

Justeru sesiapa yang meneliti sesuatu permasalahan yang berselisih para ilmuan tentangnya lalu dia memperolehi beberapa nas (hujah) yang berada di luar nas-nas yang diperselisihan oleh kedua-dua pihak yang berbeza pendapat itu[21], maka bagi dia dua pilihan:

(Pertama), dia mengikut pendapat terakhir (terkuat dan termasyhur di dalam mazhabnya) dengan sebab ia adalah pendapat imam yang mazhabnya menjadi ikutan dia. Tindakan ini tidak memiliki hujah di dalam syari‘at[22] akan tetapi disebabkan kebiasaan yang ditentang oleh kebiasaan yang lain,[23] dia terikat kepada mengikut saja pendapat imam mazhabnya.

(Kedua), dia mengikut pendapat yang dikuatkannya berdasarkan penelitiannya terhadap nas-nas yang menjadi dalil ke atasnya. Dalam suasana seperti ini, (hendaklah dipastikan bahawa) pendapatnya selari dengan pendapat salah seorang imam sekalipun ia berbeza dengan pendapat imam (yang menjadi ikutannya) dan nas-nas tersebut selamat daripada sebarang pertentangan dengan nas yang lain untuk diamalkan. (Jika dapat dipastikan dua hal ini) maka (beramal dengan pendapat yang dikuatkannya itu) merupakan satu tindakan yang salih (baik).[24]

Justeru orang yang belum mencapai darjat mujtahid sepenuhnya, apabila dia menemui hadis sahih yang pada zahir kelihatan berselisihan dengan pendapat imam mazhabnya hendaklah memerhatikan beberapa perkara yang penting:

Tidak boleh menggunakan hadis tersebut untuk mengubah ajaran mazhabnya.

Dia boleh mengamalkan hadis tersebut dengan syarat dia dapat memastikan tidak ada dalil yang menentangnya, sama ada dalam bentuk yang membatalkannya (nasikh & mansukh), mengkhususkannya (am & khas), membataskannya (mutlak & muqayyad) dan sebagainya.

Dengan hadis tersebut dia boleh meninggalkan pendapat mazhabnya dalam masalah yang berkaitan. Namun lebih afdal jika pengamalan hadis tersebut adalah selari dengan pendapat salah seorang imam atau tokoh ilmuan yang lain.

Dia juga boleh mengajar pengamalan hadis tersebut kepada orang ramai akan tetapi tidak boleh memaksa atau bertindak keras jika sebahagian mereka masih ingin mengikut pendapat mazhab masing-masing. Ini kerana orang ramai bebas memilih kepada siapa mereka hendak rujuk berdasarkan keyakinan masing-masing.

Rujukan:

[1]Dari Abu Hanifah, diriwayatkan oleh Ibn ‘Abidin (1203H/1789M) di dalam al-Hasyiyah, jld. 1, ms. 63 dan Ibn al-Syuhnah di dalam Syarh al-Bidayah. Dari al-Syafi‘e, diriwayatkan al-Nawawi dalam al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, jld. 1, ms. 163 dan oleh al-Sya’rani di dalam al-Mizan, jld. 1, ms. 57. Riwayat-riwayat ini dan yang akan datang seterusnya dinukil drpd buku The Prophet’s Prayer Described oleh al-Albani.
[2]Riwayat Ibn ‘Asakir di dalam Tarikh Dimashq, 15/1/3.
al-Imam Ibn ‘Asakir lahir pada 499H/1106M di bandar Damsyik. Seorang ahli sejarah dan ahli hadis yang terkemuka bagi Mazhab al-Syafi‘e pada kurun ke 5 hijrah. Beliau yang nama asalnya ialah Abu al-Qasim ‘Ali bin al-Hassan meninggal dunia pada 571H/1176M.
[3]Riwayat Ibn Abi Hatim di dalam al-Adab, ms. 93-94.
[4]Riwayat Ibn al-Qayyim di dalam I’lam al Muwaqqi‘in, jld. 2, ms. 363.
[5]Riwayat al-Khatib al-Baghdadi di dalam al-Ihtijaj bi al-Syafi‘e, jld. 8, ms. 2 dan al-Nawawi di dalam al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, jld. 1, ms. 63.
al-Imam al-Nawawi ialah seorang imam mujtahid yang masyhur bagi Mazhab al-Syafi‘e. Beliau yang nama asalnya Abu Zakaria Yahya bin Syaraf lahir di Syria pada 631H/1233M. Antara karangan beliau ialah kitab fiqh Mazhab al-Syafi‘e berjudul al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab dan Syarh Shahih Muslim. Meninggal dunia pada 676H/1277M
[6]al-Risalah, para 423, sub-para 3.
[7]al-Risalah, para 426.
[8]Riwayat Salih al-Fulani di dalam Iqaz al-Himam, ms. 50.
[9]Dinukil drpd The Prophet’s Prayer Described, ms. viii.
[10]Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32.
Ibn ‘Abd al-Barr, beliau ialah al-Imam Yusuf bin ‘Abd Allah bin Muhammad bin ‘Abd al-Barr, lahir di Qordova, Sepanyol pada tahun 368H/978M. Seorang ahli hadis yang ulung dalam dunia Islam dan ahli fiqh yang masyhur dalam Mazhab Maliki. Meninggal dunia pada tahun 463H/1071M.
[11]Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 91.
[12]Riwayat Abu Daud di dalam Masa’il al-Imam Ahmad, ms. 276.
al-Imam Abu Daud ialah Sulaiman bin al-Asy’ath al- Sijistan, lahir pada 202H/818M. Beliau sempat berguru kepada Ahmad bin Hanbal bersama al-Bukhari dan Muslim. Kitabnya yang terkenal ialah Sunan Abu Daud, mengandungi 4800 buah hadith dan sudahpun diterjemahkan. Selain itu beliau ada mengarang belasan buah kitab yang lain sebelum meninggal dunia pada 275H/889M di Basrah, Iraq.
[13]Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 149.
[14]al-Imam Ibn Rajab al-Hanbali, ialah seorang tokoh besar di dalam bidang hadis dan fiqh bagi Mazhab Hanbali. Beliau yang nama sebenarnya Abu al-Faraj ‘Abd al-Rahman bin Ahmad lahir pada 736H/1335M dan meninggal dunia pada 795H/1393M. Kata-katanya di atas dikutip oleh Salih al-Fulani (1218H/1804M) di dalam kitabnya Iqaz al-Himan, ms. 93; dinukil drpd The Prophet’s Prayer Described, ms. xv oleh al-Albani.
[15]al-Mizan al-Kubra, jld. 1, ms. 98.
[16]The Prophet’s Prayer Described, ms. viii.
[17]al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (ed: M. Najib Ibrahim; Dar Ihya’ al-Turats al-‘Arabi, Beirut 2001), jld. 1, ms. 136. Ibn Taimiyyah rahimahullah telah menggariskan 20 sebab dan kaedah di mana sesuatu hadis itu boleh ditinggalkan pengamalannya. Lihat risalah beliau berjudul Rof’ul Malam ‘an A’immat al-A’lam (رفع الملام عن الأئمة الأعلام) (Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut tp.thn.).
[18]Taqlid ialah mengikut pendapat seorang imam tanpa mengetahui alasan atau hujah di sebaliknya.
[19]Yakni keraguan kerana hadis tersebut berselisihan dengan pendapat imam mazhab yang diikutinya.
[20]Nukilan berpisah daripada al-Bahr al-Muhith (Dar al-Kitabiy, Beirut tp.thn.), jld. 8, ms. 343-344. al-Zarkasyi telah menukil beberapa pendapat, antaranya oleh al-Qarafi dan al-Nawawi yang meletakkan beberapa syarat ketat sebelum seseorang itu dapat mengubah mazhab seorang imam sesama-mata berdasarkan hadis sahih yang ditemuinya. Namun al-Zarkasyi juga menukil pendapat Ibn al-Shalah sepertimana di atas yang membolehkan orang perseorangan mengamalkan hadis sahih yang ditemuinya.

al-Zarkasyi, beliau ialah al-Imam Muhammad bin Bahadur bin ‘Abd Allah. Lahir di Kaherah pada tahun 745H/1344H, beliau merupakan seorang ahli usul fiqh yang ulung di dalam Mazhab al-Syafi‘e. Meninggal dunia pada 794H/1392M.

al-Imam Ibn al-Shalah, beliau ialah ‘Utsman ibn ‘Abd al-Rahman Shalah al-Din, lahir di Sharkhan pada 577H/1181M. Beliau ialah seorang ahli hadis yang tersohor di dalam Mazhab al-Syafi‘e. Kitabnya yang terkenal di dalam ilmu hadis, berjudul ‘Ulum al-Hadits menjadi rujukan semua 4 mazhab hingga ke hari ini. Beliau meninggal dunia pada 643H/1245M.

[21]Yakni dia memperoleh dalil dan hujah yang dapat mengunggulkan satu pendapat di antara beberapa pendapat yang sedang diperselisihkan.
[22]Ini kerana kewajipan seseorang ialah mengikut dalil dan hujah yang diyakininya paling mendekati kebenaran al-Qur’an dan al-Sunnah. Dalam penjelasan seterusnya, Ibn Taimiyyah menerangkan bahawa sekalipun pilihan yang pertama ini tidak memiliki dasar yang dibenarkan oleh syari‘at, ia tetap dibolehkan kerana orang tersebut tidak memiliki kelayakan yang secukupnya untuk berijtihad sepenuhnya. Ibn Taimiyyah menggelarnya sebagai satu “penurunan”, iaitu pelonggaran syarat. Pilihan pertama ini tidak dibolehkan jika seseorang itu memiliki kemampuan untuk berijtihad sepenuhnya.
[23]Yakni sudah menjadi kebiasaan dia dituntut mengikut mazhab asalnya sahaja. Jika dia meninggalkan mazhabnya, dia akan dikritik oleh masyarakat yang sudah biasa mengkritik orang yang meninggalkan mazhab asalnya.
[24]Majmu’ al-Fatawa, jld. 20, ms. 212-213.

Oleh: Ilmu Sunnah
Sumber : http://syahirul.com/wasiat-imam-4-mazhab-kepada-umat-islam

KEISTIMEWAAN JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW


KEISTIMEWAAN JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW


Memang Rasulullah SAW manusia hebat, tiada tara, tiada lawannya, jika dikatakan Nabi Yusof segak tapi Nabi Muhammad lebih segak ,jika Nabi Daud dikurniakan dengan merdunya suara, tetapi suara Nabi Muhammad lebih merdu.

Mari kita lihat banyak lagi istimewanya Rasulullah SAW yang kita tidak tahu 

Rasulullah SAW tiada bayang-bayang:
Al-Hakim al-Tirmizi meriwayatkan daripada Zakwan: “Sesungguhnya Rasulullah SAW itu tidak mempunyai bayang-bayang sama ada ketika berada di bawah sinar matahari, mahupun bulan.”

Rasulullah SAW tidak dihinggapi lalat :

Al-Qadhi ‘Iyadh menyebut di dalam al-Syifa, dan al-’Azafi dalam Maulidnya: “Di antara keistimewaan Nabi Muhammad SAW, lalat tidak pernah menghinggapi baginda.”

Ia juga disebutkan oleh Ibnu Sabu’ dalam al-Khasa’is, dengan lafaz: “Sesungguhnya lalat tidak pernah hinggap pada pakaiannya.”

Beliau menambah: “Sesungguhnya di antara keistimewaan Rasulullah SAW, kutu tidak pernah menggigitnya.”

Istimewanya darah Rasulullah SAW:

Diriwayatkan oleh al-Bazzar, Abu Ya’la, al Tabrani, al Hakim dan al Baihaqi daripada Abdullah ibn al Zubair: “Bahawa dia pernah datang menemui Rasulullah SAW ketika sedang dibekam. Setelah selesai dibekam, Rasulullah SAW pun bersabda, “Wahai Abdullah! Pergilah kamu dengan membawa darah ini dan buanglah ia di suatu tempat yang tiada sesiapa pun melihat kamu.”

Tetapi dia meminum darah itu. Apabila pulang, Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Abdullah! Apakah yang telah kamu lakukan (terhadap darahku itu)?”

Jawabnya: “Aku telah meletakkannya di tempat yang tersorok yang aku ketahui ia sememangnya tersembunyi daripada pengetahuan orang.”

Rasulullah SAW bersabda: “Kemungkinan kamu telah meminumnya”. Kataku, “Ya!” Rasulullah SAW bersabda: “Celakalah manusia daripada kamu dan terselamatlah kamu daripada manusia.”

Peluh Rasulullah SAW wangi :
Imam Muslim meriwayatkan daripada Anas berkata: Rasulullah SAW pernah datang kepada kami lalu tidur sebentar (qailulah) di tempat kami. Baginda SAW berpeluh (semasa tidur). Ibuku datang membawa sebuah botol kaca lalu menadah peluh Rasulullah SAW yang mengalir itu. Rasulullah SAW pun terjaga lalu bersabda, “Wahai Ummu Sulaim! Apakah yang engkau lakukan?” Dia menjawab: “Peluh ini akan kita jadikan minyak wangi kita, ia adalah wangian yang paling harum!”

Nabi Muhammad SAW terpelihara daripada menguap
Imam al-Bukhari meriwayatkan dalam al-Tarikh, dan Ibnu Abi Syaibah dalam al-Musannaf, serta Ibnu Sa’ad daripada Yazid ibn al-Asom, berkata: “Nabi Muhammad SAW tidak pernah menguap sama sekali.”

Keistimewaan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang tidak diberikan kepada Nabi-nabi yang sebelumnya adalah:

1. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam diutuskan kepada semua manusia dan jin. Sedangkan Nabi-nabi terdahulu hanya diutuskan kepada Kaumnya sahaja. (Hr Bukhari)

2. Dihalalkan harta rampasan perang (ghanimah) kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallamsedangkan tidak dihalalkan bagi manusia-manusia sebelum Nabi. (Hr Bukhari)

3. Semua tanah dan tempat di muka bumi ini boleh dijadikan tempat solat. (HBukhari)

4. Nabi-nabi dan ummat terdahulu tidak bersembahyang melainkan di tempat-tempat ibadah yang khusus. (Hr Ahmad)

5. Rasulullah  Sallallahu Alaihi Wasallam diberi bantuan ketika menghadapi musuh-musuh Islam dengan Allah SWT mencampakkan perasaan takut dalam hati-hati musuh sebelum sampai bertemu tentera-tentera Islam sejauh sebulan perjalanan. (Hr Bukhari)

6. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberi Syafaat. (Hr Bukhari) Syafaatnya untuk ummatnya bagi orang yang tidak melakukan syirik. (Hr Ahmad)

7. Rasulullah  Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan “Jawamiul Kalim”. (Hr Muslim) Iaitu kalimah yang ringkas tetapi mengandungi banyak makna.

8. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah penutup bagi kenabian. (Hr Muslim)

9. Diberikan Rasulullah  Sallallahu Alaihi Wasallam ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah dari gedung di bawah arasy. (Hr an-Nisaei)

10. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan kunci-kunci bumi. (Hr Ahmad)

11.  Rasulullah  Sallallahu Alaihi Wasallam adalah orang yang pertama diberi nama Ahmad. 
     (Hr Ahmad)

12. Ummat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah yang sebaik-baik umat. 
     (Hr Ahmad)
13. Diampunkan dosanya yang terdahulu dan yang akan datang semasa dia lahir ke dunia lagi.
      (Hr al-Bazzar)
14. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan Telaga al-Kauthar di akhirat.
      (Hr al-Bazzar)
15. Mula-mula syaitan yang bersama Nabi Muhammad adalah kafir. kemudian Allah SWT membantu Rasulullah  Sallallahu Alaihi Wasallam dengan Islamnya syaitan tersebut.

16. Dijadikan saf Ummat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam seperti saf para malaikat.
     (Hr Muslim)

والله أعلم بالصواب
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Sumber://sri-embun.blogspot.com/2013/01/keistimewaan-junjungan-nabi-muhammad-saw.html

Follow by Email