DOA -doa Ku... Ya Allah....

... اشهد ان لا إله إلا الله وأشهد ان محمد رسول الله .....YA ALLAH...AMPUNKAN AKU ....Bimbinglah Aku di jalan -MU.. TETAPKAN AKU DALAM KASIH SAYANGMU, ......AMPUNKAN SEGALA KESALAHAN dan DOSA-DOSAKU..DOSA DAN KESALAHAN KEDUA IBU BAPAKU..DAN SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT....KUMPULKAN AKU BERSAMA PARA NABI DAN RASUL...YA ALLAH ...KEKALKAN AKU DAN KETURUNANKU DALAM ISLAM DAN BERIMAN KEPADAMU....YA ALLAH.YA ALLAH, HIDUPKAN AKU DALAM KEADAAN MERENDAH DIRI, MATIKAN AKU DALAM KEADAAN MERENDAH DIRI DAN BANGKITKAN AKU (PADA HARI QIAMAT) DI DALAM GOLONGAN ORANG-ORANG YANG MERENDAH DIRI.. استغفر الله العظيم ASTAGFIRULLAHALAZZIM....سبحان الله...SUBHANALLAH ...الحمد لله..ALHAMDULILLAH...الله أكبر..ALLAHUAKHBAR.....ALLAHUMA SOLLIALA SAYIDINA MUHAMMAD....WAALA ALIMUHAMMAD..........

Isnin, 30 September 2013

Subhanallah - Hafiz Hamidun ( Zikir Terapi Diri ) @HAFIZHAMIDUN @WarnerM...

KISAH ASHABIL UKHDUD DAN IKHTIBAR MESIR

Gambar hiasan 
Pada zaman dahulu ada seorang raja. Baginda mempunyai seorang ahli sihir. Setelah ahli sihir itu merasakan dia telah tua, berdatang sembahlah dia kepada raja menerangkan dia telah tua dan hampir sampai ajalnya. Dia memohon kepada raja agar raja mencarikan anak kecil, kerana kepada anak itu akan diperturunkan segala ilmu sihirnya. Permohonan itu dikabulkan raja, lalu diserahkan kepadanya seorang anak kecil dan datanglah anak kecil itu berulang-ulang kepada tukang sihir itu mempelajari sihirnya.

Di antara tempat tinggal tukang sihir dan tempat tinggal anak itu ada pula tinggal seorang pendeta. Anak itu sentiasalah singgah pula berteduh di tempat kediaman pendeta itu dan banyak pula dia mendengar ucapan-ucapan daripada pendeta tua itu yang amat menarik hatinya. Maka kalau dia terlambat datang kepada tukang sihir, tukang sihir itu marah lalu memukulnya. Dan kalau dia terlambat pulang ke rumah orang tuanya kena marah pula mengapa terlambat pulang. Lalu diajarkan oleh pendeta tua itu suatu jawaban, kalau ditanya oleh tukang sihir itu mengapa lambat, jawablah kerana terlambat turun dari rumah dan kalau ditanya pula di rumah mengapa terlambat, katakan guruku tukang sihir menahanku.

Dalam tempoh tersebut selalulah dia pulang dan pergi ke rumah tukang sihir dan tetap singgah di rumah pendeta. Pada suatu hari orang yang lalu lintas yang berjalan di jalan yang ditempuhnya kelam kabut kerana ada binatang buas mengganggu, sehingga orang merasa takut lalu di situ. Ketika itu anak kecil itu berada di sana. Lalu dia berkata “Akan aku uji manakah yang lebih dapat aku gunakan, ajaran tukang sihirkah atau ajaran pendeta. Lalu diambil sebiji batu dan dia ucapkan “Ya ALLAH  Kalau ajaran pendeta itu yang benar di sisi Engkau, lebih dari ajaran tukang sihir maka bunuhlah binatang ini! Supaya manusia yang lalu di jalan ini tidak terhalang,” Lalu dilemparkan batu itu kepada binatang tersebut. Maka matilah binatang itu dan orang ramai boleh lalu seperti biasa.

Setelah dia mengadap pendeta itu diceritakanlah pengalamannya itu kepada pendeta itu. Maka berkatalah beliau “Wahai budak, kamu telah mencapai darjat yang lebih tinggi daripada yang aku capai! Tetapi aku peringatkan engkau bahawa engkau akan menderita dan banyak ujian. Maka kalau ujian itu datang, janganlah engaku beritahu akan perhubungan engkau dengan aku.”

Sejak waktu itu nama anak itu kian terkenal dan dapatlah dia mengubati orang ditimpa kusta dan penyakit lain-lain.

Raja mempunyai seorang pembesar yang selalu diajak raja bermesyuarat. Kebetulan pembesar itu buta. 

Pembesar buta itu mendengar cerita tentang anak itu lalu datanglah dia membawa hadiah sebanyak-banyaknya dan berkata “Sembuhkanlah butaku! Hadiah ini adalah untukmu dan jika aku sembuh hadiah ini aku tambah lagi,”

Anak itu menjawab, saya tidak ada kuasa menyembuhkan apa juapun penyakit. Yang Maha Kuasa menyembuhkannya hanyalah ALLAH . Kalau tuan sudi beriman kepada ALLAH, saya akan berdoa kepada ALLAH memohon kepada-Nya agar tuan disembuhkan. Mendengar ajakan anak itu maka berimanlah pembesar buta itu. Lalu anak itu berdoa maka pembesar itupun sembuhlah dan celiklah kedua belah matanya.

Setelah matanya sembuh datanglah kembali dia ke majlis raja. Raja sangat tercengang lalu bertanya : 

“Siapakah yang menyembuhkan matamu?,”
Pembesar itu menjawab “Tuhanku,”
Dengan hairan raja bertanya pula : “Apakah aku yang engkau maksudkan?,”
Dia menjawab : “Bukan! Tuhanku dan tuhan Tuanku adalah ALLAH,”
“Engkau mengakui ada lagi tuhan selain aku?,”
Pembesar itu tetap menjawab : “Tuhanku dan tuhan Tuanku adalah ALLAH,”

Raja sangat murka mendengar jawaban itu, sehingga orang pembesar itu ditangkap dan diseksa. Oleh sebab tidak tahan menderita sakit, dibukanya rahsia bahawa guru yang mengajarnya ialah anak kecil tersebut.

Anak kecil itupun ditangkap lalu ditanyai apakah benar dia dapat menyembuhkan orang berpenyakit kusta, buta dan lain-lain. Anak itu menjawab bahawa semua itu tidak benar! Dia tidak dapat menyembuhkan sesiapapun jua. Yang menyembuhkan segala sakit hanyalah ALLAH Yang Maha Kuasa.

“Akukah yang engkau maksudkan?,” tanya raja.
“Bukan,” jawab anak itu, “Tapi ALLAH!,”
“Apakah engkau mengaku pula ada tuhan selain aku?,” tanya raja lagi.
Dengan tegas anak itu menjawab pula : “Tuhanku dan tuhan raja ialah ALLAH,”

Mendengar jawapan demikian anak itu diseksa. Dia dipaksa mengaku dari mana dia mendapat pelajaran yang amat ganjil itu. Oleh sebab tidak tahan diseksa maka dia menunjukkan pendeta yang mengajar dia. Pendeta itu segera ditangkap. Diapun diseksa dan dipaksa meninggalkan agama yang dianutinya, mengatakan ada tuhan selain raja, namun pendeta itu tidak mahu. Akhirnya kerana tidak mahu meninggalkan agama bertuhan kepada ALLAH itu, diperintahkan raja menggergaji kepala pendeta itu. Kepalanya digergaji terbelah dua dan mati.

Kemudian dipaksa pula pembesar yang telah sembuh dari buta itu meninggalkan agama bertuhankan ALLAH dan kembali hanya bertuhan kepada raja. Diapun tidak mahu. Diapun digergaji juga, sampai terbelah dua badannya lalu mati.

Lalu dihadapkan anak kecil itu. Dia pun mulai dipaksa meninggalkan agama yang diimaninya, Tetapi dia tidak mahu. Lalu raja memerintahkan anak kecil itu dibawa ke puncak gunung, dan raja memerintahkan: “Apabila sampai di puncak gunung, paksa dia sekali lagi kembali kepada agama kita. Kalau dia tidak juga mahu lemparkanlah dia ke bawah.

Maka dibawa dia ke puncak gunung. Sampai di sana anak kecil itu berdoa : “Ya ALLAH, peliharakanlah aku dari mereka dengan kekuasaan-Mu,” Tiba-tiba bergoncanglah gunung itu dan orang-orang yang menghantar itulah yang jatuh dan anak kecil itu selamat.

Diapun turun dan terus mengadap raja. Lalu raja bertanya : “Apa khabar orang-orang yang aku suruh menghantarkan engkau ke gunung?”

Anak itu menjawab :”Tuhanku telah memeliharakan daku dari mereka.”

Rupa-rupanya raja belum puas. Sekali lagi ditangkap dan disuruh hantarkan anak kecil itu dengan sebuah sampan ke tengah laut. Diperintahkan kepada orang yang menghantarnya supaya memaksa anak itu kembali kepada agama asalnya, kalau tidak mahu ditenggelamkan dia ke laut. Sekali lagi anak itu menadahkan tangan ke langit, maka datanglah angin ribut yang sangat besar. Tenggelamlah seluruh orang yang diperintahkan menghantarnya itu dan dia sendiri selamat berenang ke tepi. Dan kembali dia mengadap raja.

Diapun ditanya apa yang telah terjadi. Dia menjawab, tuhannya telah menolongnya dan orang-orang itu telah tenggelam semuanya. Kemudian dia berkata kepada raja : “Hai raja, Tuanku tidak akan dapat membunuhku kalau dengan cara demikian. Tuanku hanya boleh membunuhku jika tuan kerjakan apa yang aku suruh. Kalau tidak, tidaklah berhasil maksud Tuanku menyingkirkan aku dari dunia ini.”

Lalu raja bertanya : “Apakah yang engkau minta itu?”

Anak itu menjawab : “Tuanku arahkan rakyat berkumpul di satu tempat. Kemudian naikkan aku ke atas kayu palang (salib), lalu Tuanku ambil satu anak panah kepunyaanku sendiri dari dalam busurnya. Kemudian Tuanku bidik aku dengan tepat, lalu baca : “Dengan nama ALLAH,  Tuhan anak kecil ini.” Dengan melakukan demikian barulah Tuanku dapat membunuhku.

Permintaannya dilakukan oleh raja, diambil anak panahnya dari busurnya lalu mengucapkan: “Dengan nama ALLAH, Tuhan anak kecil ini” lalu dipanahnya anak kecil itu, kena tepat pada jantungnya dan terkulailah kepalanya, sedang tangannya memegang pangkal panah yang telah tersisip di dadanya dan diapun matilah. Tiba-tiba terkeluar dari mulut seluruh orang yang hadir: “Kami beriman dengan Tuhan anak kecil ini”

Gempitalah suara di tanah lapang itu menyatakan iman kepada Tuhan ALLAH yang dipercayai oleh anak kecil itu. Maka berbisiklah seseorang kepada raja : “Tidakkah Tuanku perhatikan? Bukankah apa yang Tuanku takuti selama ini telah terjadi? Budak kecil itu mati tapi semua orang telah menganut ajarannya?,”

Sangat murkalah raja apabila melihat manusia telah berbalik arah. Lalu raja memerintahkan menangkap orang-orang yang terang-terang menyatakan percaya kepada Tuhan anak kecil itu, dan baginda mengarahkan lubang-lubang atau parit-parit besar digali. Dan diancamlah orang: “Barangsiapa yang masih berpegang kepercayaan anak kecil itu, akan dimasukkan ke dalamnya dan dibakar. Dan barangsiapa yang kembali kepada agama pusaka nenek moyang mereka akan selamat.”

Mendengar itu, tidaklah mereka mundur, malahan mereka berduyun-duyun mendekati lubang yang ternganga menunggu giliran dibakar. Maka adalah diantara mereka itu seorang perempuan yang sedang mendukung anaknya, seketika telah dekat ke pinggir lubang itu, timbul ragu-ragu dalam hatinya. Tiba-tiba berkatalah anak dalam dukungannya itu : “Teguhkanlah hatimu, ibuku! Ibu adalah di dalam agama yang benar,”

Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Muslim dan diriwayatkan juga oleh an-Nasa’i dan juga Tirdmizi dari Shuhaib.

Tersebut lagi cerita lain tentang lubang pembakaran itu, iaitu ketika Raja Dzu Nuas beragama Yahudi memaksa penduduk Najran yang telah lama memeluk agama Nabi Isa AS. Setelah raja beragama Yahudi itu menakluki negeri tersebut dipaksa penduduk supaya memeluk agama Yahudi. Orang Nasrani diwaktu itu dibawah pimpinan pendetanya yang sangat tua, sehingga ke manapun berjalan, dia ditandu. Ketika Yahudi menanyai akidahnya, dia menjawab bahawa dia beriman kepada ALLAH Yang Maha Esa dan beriman kepada syariat Nabi Isa AS dan dia tidak akan merubah kepercayaannya itu. Maka ditangkaplah dia dan para pengikutnya, digali lubang dan dinyalakan api di dalamnya dan dilemparkanlah mereka ke sana. Dan mereka masuk ke dalam lubang itu dengan tidak mengeluh, kerana yakin akan pendiriannya.

Ibnu Katsir menyatakan dalam tafsirnya bahawa penggalian lubang dan pembakaran terhadap orang yang beriman yang teguh pada keyakinannya itu, bukanlah kejadian satu kali, malahan berkali-kali. Ibnu Katsir menyalin keterangan dari dari Ibnu Abi Hatim bahawa penggalian lubang pembakaran itu pernah terjadi di Yaman pada zaman raja-raja Tubba’, di Konstantinople pada zaman Konstantin memaksa orang Nasrani melepaskan kepercayaan mereka yang asli tentang tauhid, dan kejadian yang serupa berlaku juga di Iraq iaitu di negeri Babil dizaman Raja Bukhtinashr (Nabukadnesar) yang membuat berhala dan memaksa orang menyembah berhala itu. 

Maka Nabi Danial tidak mahu mengorbankan kepercayaannya kepada ALLAH Yang Maha Esa bersama kedua temannya yang beriman iaitu ‘Izriya dan Mikhaail. Lalu dibuat lubang dan diunggunkan kayu-kayu kering ke dalamnya dan dimasukkan ketiga-tiga orang beriman itu ke dalamnya. Namun sesampai mereka ke dalam api yang bernyala itu, mereka tetap hidup dengan segar bugar dan keluar dengan selamat. kemudiannya, dimasukkan pula sembilan orang yang dianggap pemberontak kepada raja, semuanya hangus terbakar.

“Petikan dari Kitab Tafsir al-Azhar karangan Almarhum Professor Dr. Hamka” - (dari tafsir surah al- Buruj)

Bandingkan dengan keadaan di Mesir, Syiria, Palestin dan di mana-mana sahaja tempat yang Umat Islam diganyang. Sebenarnya mereka sedang dipaksa “terjun dalam  parit yang di dalamnya api sedang menyala-nyala. Sucinya perjuangan mereka jauh meninggalkan kita yang masih terkial-kial dengan ujian yang sedikit. Moga kita juga dikurniakan kekuatan seperti mereka in sya ALLAH. Wallahua’lam.

http://dunbpayong.blogspot.com/

Dialog Imani (Hatim Al Asham & Gurunya Syaqiq Al Balkhi)

Gambar hiasan
Dikisahkan suatu saat Syaqiq Al-Balkhi bertanya kepada muridnya, Hatim Al-Asham,

“Sejak sejak kapan engkau belajar bersamaku?”, tanya Syaqiq,
“Sejak tigapuluh tahun guruku”, jawab Hatim.
 “Apakah yang engkau pelajari selama itu, wahai Hatim?”, tanya Syaqiq
“Delapan hal guruku”, jawab Hatim.
“Innalillah wa inna ilaihi raji’un, terbuang percuma sajalah umurku bersamamu”, Syaqiq pun kecewa.
“Guruku, aku tidak pelajari yang lain dan aku tidak ingin berdusta”, jawab Hatim,
“Uraikanlah kedelapan hal itu Hatim”, pinta Syaqiq

Kemudian Hatim Al-Asham pun menjelaskannya :

Pertama, :
Ketika aku memandangi makhluk yang ada di dunia ini, aku melihat masing-masing mempunyai kekasih, dan ia ingin selalu bersama kekasihnya bahkan hingga ke dalam kuburnya.
Ketika kekasihnya telah ke kubur, ia merasa kecewa karena ia tidak dapat lagi bersamanya masuk ke dalam kubur dan berpisah dengannya.

Maka dari itu, aku ingin menjadikan perbuatan baik sebagai kekasihku, sebab jika aku masuk kubur, maka ia pun akan ikut bersamaku

“Benar sekali Hatim!”, ujar Syaqiq, “Apa yang kedua?”

Kedua, :
Ketika ada firman ALLAH SWT,
“Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal.” (QS. An Nazi’at :40-41)

Maka dari itu aku berusaha menolak hawa nafsu sehingga aku tetap taat kepada ALLAH SWT

“Yang ketiga?” ujar Syaqiq

Ketiga, :
Aku memandangi makhluk yang ada di dunia ini, aku melihat setiap makhluk memiliki benda, menghargainya, memandangnya bernilai, dan menjaganya. Kemudian ku perhatikan firman ALLAH SWT,

“Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi ALLAH adalah kekal. Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan” (QS. An Nahl :96)

Maka dari itu setiap kali aku mendapatkan sesuatu yang berharga dan bernilai, ia pun kuhadapkan kepada ALLAH (sedekah), agar kekal di sisiNya.

“Yang keempat?” ujar Syaqiq

Keempat, :
Ketika kupandangi makhluk yang ada di dunia ini, aku melihat masing-masing orang selalu menaruh perhatian terhadap harta, kebangsawanan, kemuliaan, dan keturunan. Lalu ketika kupandangi semua itu, tiba-tiba tampak tidak ada apa-apanya. Kemudian kuperhatikan firman ALLAH SWT,

"..Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (QS. Al Hujurat :13)

Maka dari itu aku pun bertaqwa kepada ALLAH, semoga aku menjadi mulia di sisiNya.

“Yang kelima?” ujar Syaqiq

Kelima, :
Ketika kupandangi makhluk yang ada di dunia ini, ternyata mereka suka saling menghina dan menggunjing satu sama lain. Penyebabnya adalah kedengkian, kemudian kuperhatikan firman ALLAH SWT,

“Apakah mereka yang membagi-bagi rahmat Tuhanmu?  Kami telah menentukan antara mereka penghidupan mereka dalam kehidupan dunia, dan kami telah meninggikan sebahagian mereka atas sebagian yang lain beberapa derajat, agar sebagian mereka dapat mempergunakan sebagian yang lain.  Dan rahmat Tuhanmu lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan.” (QS. Az Zukhruf :43:32)

Maka dari itu perasaan dengki pun kutinggalkan. Aku tahu bahwa pembagian rezeki itu dari ALLAH.

“Yang keenam?” lanjut Syaqiq

Keenam, :
Ketika kupandangi makhluk yang ada di duna ini, ternyata mereka suka berbuat kedurhakaan dan berperang satu sama lain, akupun kembali kepada firman ALLAH SWT,

“Sesungguhnya  syaitan  itu  adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh, keranaa sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala”
(QS. Fathir :6)

Maka dari itu kujadikan syetan sebagai musuhku satu-satunya dan akupun sangat berhati-hati kepadanya, kerana ALLAH menyatakan syetan adalah musuhku.

Syaqiq melajutkan pertanyaannya : “Yang ketujuh?”

Ketujuh, :
Ketika kupandangi makhluk yang ada di dunia ini aku melihat masing-masing orang mencari sepotong dari dunia ini. Lalu ia menghinakan diri padanya dan memasuki bagiannya yang dilarang kemudian kuperhatikan firman ALLAH SWT,

“Dan tidak ada suatu binatang melata  pun di bumi melainkan ALLAH lah yang memberi rezkinya, dan Dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya . Semuanya tertulis dalam Kitab yang nyata .” (QS.Huud :6)

Maka dari itu kukerjakan apa yang menjadi hak ALLAH pada diriku, dan kutinggalkan apa yang menjadi hak ALLAH pada diriku,

Yang  terakhir, :
Kupandangi makhluk yang ada di dunia ini, aku melihat masing-masing orang menggantungkan diri pada makhluk lain. Yang satu pada benda yang dicintainya, yang lain pada perniagaannya, dan perusahaannya, atau pada kesihatan tubuhnya. Masing-masing bergantung pada benda. Lalu aku kembali pada firman ALLAH,

“..Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada ALLAH niscaya ALLAH akan mencukupkannya. Sesungguhnya ALLAH melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya ALLAH telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu”
(QS. Ath Thalaq :3)

Maka dari itu akupun bertawakkal kepada ALLAH, ternyata ALLAH mencukupi keperluanku.

“Hatim, semoga ALLAH SWT melimpahkan karuniaNya kepadamu”, ujar Syaqiq.

Sumber :
Diambil dari kitab Ihya’ Ulumiddin Jilid 1 Bab Ilmu

Kelebihan Berselawat:

Kelebihan Berselawat:

1. Mendapat syafaat Nabi Muhammad:
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. : “Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, dia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. ”

2. Mendapat rahmat dari ALLAH – Riwayat Muslim; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. : “Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali, maka ALLAH berselawat kepadanya sepuluh kali. ”

3. Al-Sheikh Abdul Kadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisa sirruhu menyatakan tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. di dalam kitabnya al-Safinah al-Qadiriyyah. Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata: Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. Hal ini tertulis di dalam kitabnya ‘Hadaiq al-Anwar’. Berikut merupakan 42 kelebihan tersebut:
1. Melaksanakan perintah ALLAH.
2. Bersamaan dengan selawat ALLAH kepada Rasulullah s.a.w.
3. Bersamaan dengan selawat para malaikat.
4. Mendapat ganjaran sepuluh kali selawat daripada ALLAH atas setiap kali selawat yang diucapkan (selawat daripada ALLAH bererti rahmat).
5. Dikurniakan oleh ALLAH sepuluh darjat atas tiap-tiap satu selawat.
6. Dituliskan oleh malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat.
7. Dihapuskan oleh ALLAH sepuluh kejahatan atas setiap selawat.
8. Segala doa akan diperkenankan oleh ALLAH.
9. Mendapat syafaat daripada Rasulullah s.a.w.
10. Mendapat keampunan ALLAH serta akan ditutup segala keaiban.
11. ALLAH akan menutupi segala dukacita.
12. Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.
13. Mendapat darjat al-Sidq.
14. Ditunaikan segala hajat.
15. Salam sejahtera pada hari kiamat.
16. ALLAH dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat.
17. Mendapat khabar gembira daripada ALLAH dengan balasan syurga.
18. Salam sejahtera pada huru-hara hari kiamat.
19. Rasulullah s..a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan.
20. Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa.
21. Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.
22. Tidak akan merasai fakir.
23. Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil.
24. Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah s.a.w. kepada yang berselawat.
25. Selawat akan menjemput setiap pengucapanya ke jalan syurga.
26. Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya                           nama ALLAH dan Rasul-Nya atau daripada majlis-majlis lagha.
27. Berselawat menyempurnakan kalam pujian ALLAH apabila disebut (di dalam doa), maka akan                     disambut selepas itu dengan kalimah selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
28. Selamat melintasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari kiamat.
29. Disambut oleh ALLAH pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.
30. Mendapat balasan rahmat yang luas daripada ALLAH.
31. Mendapat keberkatan daripada ALLAH.
32. Mendapat kesempurnaan iman.
33. Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.
34. Mendapat hidayah ALLAH dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati ALLAH.
35. Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung.
36. Teguh pendirian dengan kebenaran.
37. Berselawat bererti kita menggunakan sebahagian hak-hak Rasulullah s.a.w. ke atas diri kita. Di samping         itu ianya dianggap sebagai mensyukuri nikmat ALLAH yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah         s.a.w. kepada kita.
38. Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengikut segala nikmat yang dikurniakan                           oleh ALLAH.
39. Berselawat bererti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada ALLAH,  ke atas Rasulullah       s.a.w. dan kepada diri sendiri.
40. Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah               s.a.w. di dalam jiwanya.
41. Dikurniakan oleh ALLAH maqam seorang Syeikh dan Murabbi.
42. Mendapat kebahagiaan, ketenangan hidup di dunia dan akhirat.

Khamis, 26 September 2013

LIMA CaRa BeRfiKir Yang BeRmanfaat

5 cara berfikir yang bermanfaat - by epondok -Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI


Adapun memikirkan ayat-ayat tentang kekuasaan Allah, dalam menciptakan langit dan bumi, terbit dan terbenamnya matahari, silih bergantinya malam dan siang serta kejadian manusia itu sendiri sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: 

Dan di bumi bukti-bukti kebesaran dan kekuasaan Allah bagi orang yang yakin. Pada dirimu sendiri tidakkah kamu melihat? (al-Zariyat: 20-21)

Keistimewaan ciptaan Allah SWT yang membezakan manusia dengan haiwan ialah akal yang membolehkan manusia berfikir dan mendapat hidayah ke arah yang benar dan betul dengan taufik Allah SWT.

Berfikir adalah aktiviti menggunakan maklumat yang sedia ada dan diketahui untuk mengenali hakikat sesuatu yang belum diketahui.

Selagi maklumat tersebut menepati syarat yang benar, selagi itulah ia menghasilkan natijah yang baik.

Adapun maklumat dan pengetahuan itu benar dan tepat, ia akan mendorong seseorang ke arah keperibadian yang mulia dan beramal soleh yang membawa mereka ke arah kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Manusia ialah makhluk yang tidak boleh dikuasai dengan paksaan semata-mata. Sebaliknya, mereka boleh dibentuk dan dipimpin melalui pemikiran dan prinsip nilai dan harga diri.

Justeru, apabila manusia mengamalkan nilai-nilai tersebut maka seluruh tingkah laku dan akhlak mereka menjadi cemerlang.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, berfikir ialah menggunakan akal untuk menyelesaikan sesuatu mempertimbangkan baik-baik dan sebagainya.

Islam menggalakkan umatnya menggunakan akal fikiran untuk mencapai kepada matlamat kehidupan yang lebih baik dengan menggunakan fikiran yang bernas bersumberkan wahyu Ilahi dan petunjuk Nabi. Begitu juga pengalaman orang-orang soleh sudah tentu dapat menyelesaikan banyak kemelut kehidupan.

Bukan sekadar itu sahaja, tetapi ia boleh melonjakkan seseorang untuk merentasi masa dan kemajuan tamadun dengan pantas. Ini bermula dengan fikiran dan langkah yang pertama akan dapat melahirkan dan merealisasikan perkara yang dianggap mustahil pada hukum adat. Itulah kekuatan fikiran.

Abu Laith berkata: Jika seseorang ingin mencapai fadilat tafakur, maka hendaklah berfikir dalam lima cara.

1. Memikirkan ayat-ayat yang membuktikan kebesaran dan kekuasaan Allah.

2. Memikirkan nikmat pemberian Allah.

3. Memikirkan pahala yang dijanjikan oleh Allah.

4. Memikirkan seksaan hukuman Allah.

5.  Memikirkan apa yang diredai dan dimurkai oleh Allah.

Ada juga pendapat: Ala’ itu tibanya nikmat, dan na’ma itu terhindarnya bala. Firman Allah yang bermaksud: Jika kamu akan menghitung nikmat Allah nescaya tidak terhitung. Maka apabila seorang memikirkan nikmat-nikmat Allah akan timbul rasa cinta kepada para walinya, maka memikirkan yang demikian menambah kerajinan, ketangkasan beribadat dan taat.

Malah apabila memikirkan azab yang telah diperingatkan Allah pada orang-orang yang kafir, maka itu akan menimbulkan rasa takut sehingga lebih ringan untuk meninggalkan segala larangan Allah.

Adapun kebaikan Allah ketika menutupi dosa-dosanya dan tidak terburu-buru menyeksa, bahkan masih tetap dipanggil supaya bertaubat, maka memikirkan yang demikian ini menimbulkan rasa malu pada Allah SWT.

Apabila seorang memikirkan yang lima ini, maka ia termasuk dalam golongan orang yang disebut dalam hadis Nabi SAW: “Berfikir sesaat lebih afdal daripada ibadat satu tahun. Dan jangan berfikir selain yang tersebut itu, kerana timbulnya fikiran pada yang lain-lain itu hanya berupa was-was belaka.”

Apabila fikiran manusia berkembang, ia menyebabkan daya tafakur manusia berkembang sama. Oleh itu, wujud kepelbagaian dalam kejadian dan kehidupan. Manusia cenderung mengambil perspektif dalam berfikir.

Daya tafakur menyebabkan manusia bersikap kreatif dan kreativiti manusia melakukan rekaan dan gubahan menyebabkan fikirannya berkembang dan memberi manfaat kepada yang lain. Sekiranya fikiran manusia membeku tidak akan ada kemajuan dan perubahan dan ia menyebabkan pemikiran menjadi beku dan kadang-kadang jumud.

Semoga Allah memberi kepada kita kelapangan dalam hidup, untuk menjadi hamba Allah yang soleh, yang sentiasa menjana akal fikiran kearah kebaikan. Amin

Selasa, 24 September 2013

MENGAPA ADA ORANG MENGINGKARI KARAMAH PARA WALI

Gambar hiasan saja
Firman Allah swt dalam hadits Qudsiy :

“Barangsiapa memusuhi wali Ku maka Aku umumkan perang padanya, tiadalah hamba hamba Ku mendekat pada Ku dengan hal hal yang telah kuwajibkan, dan hamba hamba Ku tak henti hentinya pula mendekat pada Ku dengan hal hal yang sunnah hingga Aku mencintainya, Jika Aku mencintainya maka aku menjadi telinganya yang ia gunakan untuk mendengar, aku menjadi pandangannya yang ia gunakan untuk melihat, aku menjadi tangannya yang ia gunakan untuk melawan, aku menjadi kakinya yang ia gunakan untuk melangkah, Jika ia meminta pada Ku niscaya kuberi apa yang ia minta, dan jika ia mohon perlindungan pada Ku niscaya kuberi padanya perlindungan” (Shahih Bukhari Bab Arriqaaq/Tawadhu)

Al Hafidh Al Imam Ibn Hajar Al Asqalaniy dalam kitabnya Fathul Baari Bisyarh Shahih Bukhari menjelaskan makna hadits ini dalam 6 penafsiran, secara ringkasnya saja bahawa panca indera mereka telah suci dari hal hal dosa kerana mereka menyucikannya, dan mereka tidak mau berucap terkecuali kalimat kalimat dzikir atau ucapan mulia, tak mahu mendengar terkecuali yang mulia pula, demikian seluruh panca inderanya, dan Allah swt membimbing panca indera mereka untuk selalu mulia. (Fathul Baari Bisyarh Shahih Bukhari Bab Arriqaaq/Tawadhu)

Masih menurut Imam Al-Qusyairi, sesungguhnya seorang wali tidak merasa senang dengan karamah yang muncul pada dirinya tidak juga memiliki perhatian yang besar kepadanya. Ketika muncul karamah padanya, keyakinannya semakin kuat dan mata hatinya semakin tajam untuk menegaskan bahawa karamah adalah perbuatan Allah, yang dengannya mereka memperoleh bukti kebenaran akidah yang diyakininya. Secara ringkasnya kemunculan karamah pada para wali adalah wajib, begitu juga menurut kebanyakan ahli ma’rifat. Dan karena banyaknya riwayat mutawatir tentang eksistensi (kewujudan) karamah, baik berupa khabar mahupun hikayat, maka keyakinan dan pengetahuan tentang adanya karamah pada para wali tidak diragukan lagi. Barangsiapa bersikap moderat terhadap masalah karamah, didukung dengan hikayat dan khabar mutawatir, maka ia tidak akan meragukan karamah.

Imam Yafi’i menjelaskan dalam Raudh al-Rayyahin, “Manusia yang mengingkari karamah ada berbagai macam; ada yang mengingkari karamah para wali secara mutlak, ada yang mendustakan karamah para wali pada masanya tetapi mempercayai karamah para wali yang bukan masanya, seperti Ma’ruf, Sahi, Al-Junaid, dan lain-lain. Mereka adalah orang-orang yang oleh Abu Hasan al-Syadhily r.a., dikatakan, ‘Demi Allah, tidak ada yang bertindak demikian selain kaum Bani Israil. Mereka percaya kepada Musa tetapi mendustakan Muhammad SAW. karena mereka semasa dengan Musa. Ada sebagian orang yang mempercayai bahwa wali-wali Allah memiliki karamah, tetapi tidak meyakini karamah satu orang wali pun yang hidup pada masanya.

Mereka ini terhalang mendapatkan berkah karamah, kerana barang-siapa tidak mengakui karamah seorang wali, maka ia tidak akan dapat mengambil manfaat dari karamah wali lainnya. Hanya kepada Allahlah kita mohon pertolongan dan husnul khatimah (akhir yang baik).”

Imam Yafi’i mengatakan bahawa ketika beberapa ulama besar ditanya tentang karamah wali, mereka menjawab, “Barangsiapa menyangkal karamah padahal ia tidak mengerti sedikit pun tentang karamah dan tidak mampu memikirkannya, maka hendaklah ia kembali pada pemikiran bahawa sesungguhnya Allah Maha berkuasa melakukan apa yang dikehendaki-Nya dan Maha menetapkan apa yang Dia inginkan.”

Menurut Imam Yafi’i, sikap para penyangkal karamah ini sangat aneh, padahal karamah-karamah itu telah dijelaskan dalam ayat-ayat Al-Qur’an yang mulia, hadis-hadis sahih, atsar-atsar terkenal, hikayat-hikayat yang diriwayatkan oleh orang-orang yang melihat dan menyaksikan langsung, ulama salaf dan khalaf, dan begitu banyak jumlahnya yang tersebar di seluruh negeri, sampai tak terhitung banyaknya.

Mayoritas penyangkal karamah, kalau mereka melihat langsung para wali dan orang-orang saleh terbang di udara, mereka akan menganggap itu sihir atau menuduh mereka setan. Tidak diragukan lagi bahwa orang yang mengharamkan taufiq lalu mendustakan kebenaran karamah karena dianggap tidak masuk akal dan dengki, berarti ia mendustakan hal-hal yang tampak di depan mata dan yang tertangkap oleh fisik. Sebagaimana firman Allah, dan Dialah Yang Maha benar perkataan-Nya, “Dan kalau Kami turunkan kepadamu tulisan di atas kertas, lalu mereka dapat memegangnya dengan tangan mereka sendiri, tentulah orang-orang kafir itu berkata, “Ini benar-benar sihir yang nyata.” “(QS Al-An’ am [6]: 7)

Sumber : Jami` Karamtil Auliya karangan Syekh Yusuf bin Ismail an Nabhani

Ahad, 22 September 2013

Nasihat Malik Bin Dinar Kepada Hamba Wanita Sombong.

Nasihat Malik Bin Dinar Kepada Hamba Wanita Sombong.
Gambar hiasan jee
Suatu ketika, Malik bin Dinar rah.a sedang berjalan di daerah Basrah. Ia melihat seorang hamba wanita dengan pakaian gemerlap berjalan dengan pembantunya dengan penuh angkuh dan gaya, berlagak bagaikan hamba wanita milik para raja. Melihat hal itu, Malik rah.a berteriak kepadanya, “Hai gadis kecil! Apakah tuanmu mau menjualmu?” Hamba wanita itu sangat terkejut atas pertanyaan Malik rah.a.

Ia berkata dengan tersinggung, “Orang tua, coba kau ulangi kata-katamu itu.”
Malik rah.a berkata, “Kukatakan, apakah tuanmu mau menjualmu?”
Gadis itu berkata, “Seandainya ia menjualku, dapatkah seorang miskin sepertimu membayar hargaku?”

Malik rah.a berkata, “Tentu, bahkan aku dapat membeli seorang hamba wanita yang lebih cantik darimu.”

Mendengar perkataan ini ia tertawa dan mengatakan pada pelayan-pelayannya untuk memegang Syaikh dan membawanya menyertai mereka.

Demikianlah Malik rah.a dibawa oleh mereka ke rumah mereka. Setibanya di rumah, hamba itu menceritakan kepada tuannya semua yang terjadi antara dirinya dengan Syaikh. Tuannya tertawa terbahak-bahak dan meminta agar laki-laki miskin itu dibawa ke hadapannya. Begitu Malik rah.a muncul di hadapannya, orang kaya itu diserang oleh rasa kagum, tiba-tiba ia bertanya kepada Syaikh, Apa yang kamu inginkan?”

Syaikh menjawab, “Aku ingin membeli hamba wanitamu.”
Orang kaya itu berkata, “Dapatkah kamu membayar harganya?”
Syaikh berkata, “Menurut perkiraanku harganya senilai dua biji kurma.”

Mendengar ini, semua yang hadir tertawa. Orang kaya itu berkata, “Atas dasar apa kamu menentukan harga itu bagi wanita ini?”

Syaikh menjawab, “Jika hamba wanitamu tidak memakai wewangian, maka tubuhnya akan mengeluarkan bau yang menjijikan, jika ia tidak meminyaki atau menyisir rambutnya, ia akan nampak kusut, rambutnya akan menjadi jelek dan bau busuk. Dalam waktu beberapa tahun lagi kemudaannya akan hilang dan semua daya tarikannya akan luntur, ia mengalami menstruasi, mengeluarkan air seni, kotoran kecil mahupun besar dan semua mengeluarkan kotoran dari tubuhnya. Ia suka murung ketika menderita kemalangan. Ia sangat mementingkan dirinya sendiri dan berpura-pura mencintaimu, walaupun sebenarnya yang ia cintai adalah kesenangan dan kenyamanan hidup yang dinikmatinya bersamamu. Dan yang paling tidak tetap adalah; ia tidak tulus dalam cintanya dan berkhianat, tidak setia kepada perkataannya sendiri dan palsu dalam pernyataan cintanya. Jika engkau menyuruhnya pergi atau engkau meninggal lebih dahulu , ia akan pergi kepada laki-laki lain dan di sana ia juga menyatakan bahawa ia mencintainya dengan penuh ghairah.

Akupun mempunyai seorang hamba wanita, yang jauh melampaui hambamu dalam hal kecantikannya, dan lebih mudah dimiliki. Ia telah diciptakan dari inti sari dicampur dengan kasturi dan saffron. Ia dipakaikan pakaian dari nur yang indah dan memakai pakaian mutiara. Jika ia berbicara kepada seseorang yang telah meninggal, maka orang itu akan hidup kembali. Jika ia membuka pergelangan tangannya di dunia ini, matahari akan nampak redup dibandingkan dengannya. Jika ia memasuki ruangan gelap, ia akan meneranginya dengan kehadirannya. Jika ia dating ke dunia ini dengan semua kecantikan dan perhiasannya, ia akan memenuhinya dengan keharuman dan sinar yang sangat terang. Ia telah dipelihara dan diasuh di dalam taman kesturi dan saffron. Ia bermain dan berayun-ayun di dahan yang terbuat dari rubi merah dan batu marjan. Tinggal di istana-istana, dikelilingi oleh semua tata karma penuh rahmat. Ia diberi minum dari air Tasniim (sebuah sungai di surga). Ia tidak pernah memungkiri janji, tidak pernah mengkhianati orang yang dicintainya atau mengubah kesetiannya.”

Demikianlah, setelah menceritakan beberapa sifat-sifat bidadari surga, Syaikh bertanya, “Sekarang katakan kepadaku, manakah di antara kedua gadis itu yang patut untuk diinginkan?”

Semua orang yang berkumpul di sana berkata, dengan satu suara, “Tentu saja gadis yang baru saja engkau gambarkan yang sebaiknya setiap orang mencuba untuk memilikinya.”

Syaikh berkata, “Gadis cantik ini dapat dimiliki hanya dengan harga yang setiap orang mampu membayarnya dan dalam setiap keadaan.”

Ketika ditanya berapa harganya, Malik rah.a berkata, “Seorang gadis dengan kebaikan dan keunggulan seperti itu dapat dimiliki sebagai balasan atas perbuatan-perbuatan baik walaupun kecil seperti: mengambil sedikit waktu pada malam hari untuk berdiri dalam ketaatan, mengerjakan setidak-tidaknya dua rakaat shalat Tahajjud dengan niat yang murni iaitu mencari ridha-Nya. Bila engkau duduk untuk makan, ingatlah juga orang-orang miskin (ajaklah mereka menikmati makananmu), jadikanlah keinginanmu tunduk kepada yang diingiankan Allah. Singkirkanlah dari jalanmu segala sesuatu yang dapat membahayakan orang-orang yang berlalu di sana, jalani kehidupan dengan sederhana. Merasa cukup dengan pemberian Allah, alihkan perhatianmu dari dunia ini, yang tidak lain adalah tempat penipuan dan pusatkan sepenuh hati ke tempat tinggal abadi; yaitu akhirat. Jika kamu bersungguh-sungguh dalam perbuatan-perbuatan baik ini, kamu tidak saja hidup terhormat di dunia, tetapi juga tidak akan mengalami kegelisahan di akhirat dan akan dibangkitkan dengan kedudukan yang terhormat dan tinggi, tinggal selama-lamanya di jannah di dalam lingkungan yang diberkahi Allah SWT, Raja segala Raja.

Mendengar semua ini, orang kaya itu berkata kepada hamba wanitanya, “Apakah engkau mendengar apa yang dikatakan Syaikh?”

Hamba wanita itu berkata, “Ia telah mengatakan kebenaran, mengingatkan kita kepada keyakinan yang benar dan memberikan nasihat yang baik kepada kita.”

Orang kaya itu berkata, “Kalau begitu, aku memerdekakanmu dan kuberikan kepadamu sejumlah harta sebagai hadiahku.” Ia juga memerdekakan semua hamba-hambanya dan menghadiahi mereka masing-masing sejumlah harta yang cukup banyak, dan menyedekahkan rumahnya dan semua yang ada di dalamnya di jalan Allah. Ia membuka pakaiannya yang mahal, dan membalut tubuhnya dengan kain kasar, kain tirai kasar yang disobeknya dari pintu rumahnya.

Hamba wanita itu berkata, “Tuanku, akupun akan mengikuti cara hidupmu, kerana bagiku tidak ada lagi daya tarik di dalam kenikmatan kehidupan dunia ini.” Kemudian ia pun menyedekahkan semua pakaiannya, perhiasan-perhiasan dan barang-barang berharga dan juga perabot-perabot rumah tangganya. Ia memakai pakaian dari bahan kasar dan menjalani kehidupan yang sangat sederhana bersama tuannya.

Malik rah.a meninggalkan mereka dan mendoakan keberkahan Allah atas kedua-dua orang itu, majikan dan hamba wanitanya yang telah melepaskan kesenangan hidup mereka, meninggalkan kemewahan-kemewahan duniawi dan mengabdikan hidup untuk beribadah kepada Allah SWT, tekun dalam ketaatan hingga akhir hayat mereka. Semoga Allah SWT memberkahi mereka dengan ampunan dan memberkahi kita juga, bersama mereka. (Raudh).

Sabtu, 21 September 2013

Wahai Mata...menitislah...menitislah....

CARA MENJAGA HATI - Nasihat Habib Abdullah bin Alwi Al-haddad

Sebaik-baiknya hati adalah yang bersih suci dari keburukan, yang tunduk kepada yang haaq (kebenaran) dan petunjuk yang diliputi kebaikan. Di dalam Hadits dikatakan, Hati itu ada 4 macam :

1. Hati yang tidak berselaput, di dalamnya terdapat pelita yang menerangi. Ini hati orang mukmin.
2. Hati yang hitam tak tentu tempatnya. Ini hati orang kafir.
3. Hati yang terbelenggu di atas kulitnya. Ini hati orang munafik.
4. Hati yang mendatar, padanya terdapat iman dan nifaq (kemunafikan).

Perumpamaan iman yang meliputinya seperti batang tumbuhan yang disirami air tawar.Sedangkan perumpamaan nifaq seperti setumpuk kudis yang diselaputi nanah dan darah busuk. Maka yang mana di antara keduanya berkuasa, ke situlah hati tertarik. Hati yang ke-4 inilah yang terdapat pada kebanyakan kaum muslimin. Amalnya bercampur aduk sehingga keburukannya lebih banyak daripada kesempurnaannya. 

Dalam Hadits lain dikatakan, “Sesungguhnya iman itu bermula muncul di dalam hati sebagai sinar putih, lalu membesar, hingga seluruh hati menjadi putih. Sedangkan nifaq itu bermula muncul di dalam hati seperti noda-noda hitam, lalu menyebar, hingga seluruh hati menjadi hitam.” Sesungguhnya iman akan bertambah dengan cara menambah amal soleh disertai keikhlasan. 

Sedangkan nifaq akan bertambah dengan cara mengerjakan amal buruk, seperti meninggalkan perkara wajib dan melakukan larangan agama.Sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah S.A.W, “Barangsiapa melakukan dosa, maka akan tumbuh dalam hatinya setitik hitam. Jika ia bertaubat, maka terkikislah titik hitam itu dari hatinya. Jika ia tidak bertaubat, maka menyebarlah titik hitam itu sehingga seluruh hatinya menjadi hitam.” 
Hal ini sesuai dengan firman Allah,
“Sekali-kali tidak, sebenarnya apa yang mereka selalu kerjakan itu menutupi hati mereka.” (QS.83:14) 

Seorang manusia tidak akan ditimpa suatu musibah, kecuali kerana dosanya sendiri. Sebagaimana dikatakan di dalam Al-Qur’an, “Dan musibah apa saja yang menimpa kamu maka itu disebabkan oleh perbuatan mu sendiri.” (QS. 42:30) Maka dari itu, hendaklah kita berhati-hati agar tidak terjerumus ke dalam dosa. Jika
pun sudah terlanjur, maka hendaklah bersegera bertaubat.

Bukankah dikatakan di dalam Al- Qur’an, “Dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka itulah orang-orang yang zalim.” (QS. 49:11) “(Dialah) Yang mengampuni dosa dan menerima taubat, Yang pedih siksanya, Yang mempunyai kurnia. Tiada tuhan selain Dia dan hanya kepada-Nya-lah tempat kembali.” 
(QS. 40:3) 

“Dan tiada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang kembali kepada Allah. Maka sembahlah Allah dengan memurnikan ibadah kepada-Nya.” (QS. 40:13-14)

[Disarikan dari Nashoih Diniyyah,
Al-Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad]
Dicatat oleh AL FAKIR Muhammad Fazilul Helmi Raidzan di 8:57 AM 
Label: (Nasihat Habib Abdullah bin Alwi Al-haddad).

http://pondoktauhid.blogspot.com/2013/09/cara-menjaga-hati-nasihat-habib.html

Khamis, 19 September 2013

Hikmah Dibalik Kisah Sufi: Imam Al Ghazali dan Seekor Lalat

Hikmah Dibalik Kisah Sufi:  Imam Al Ghazali dan Seekor Lalat (Jangan Remehkan Amalan Kecil)

Gambar hiasan
Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al Ghazali ath-Thusi asy-Syafi’i (450 H –505 H) atau lebih kita kenal sebagai Imam Al Ghazali atau Al Ghazali, adalah seorang Guru Sufi, filosof dan teolog muslim Persia (Iran), yang dikenal sebagai Algazel di dunia Barat abad Pertengahan.

Imam Al-Ghazali adalah seorang ulama, ahli fikir, ahli falsafah Islam yang terkemuka yang banyak memberi sumbangan bagi perkembangan kemajuan manusia. Ia mempunyai daya ingatan yang kuat dan bijak dalam berhujjah, sehingga ia digelar Hujjatul Islam kerana kemampuannya tersebut. Beliau sangat dihormati kerana keluasan ilmunya. Banyak sekali karya besarnya, antara lain : Ihya Ulumuddin (Kebangkitan Ilmu-Ilmu Agama) ygmerupakan karyanya yang terkenal; Kimiya as-Sa’adah (Kimia Kebahagiaan); Misykah al-Anwar ; Maqasid al-Falasifah; Tahafut al-Falasifah; Al-Mushtasfa min `Ilm al-Ushul; Mi`yar al-Ilm;

al-Qistas al-Mustaqim serta Mihakk al-Nazar fi al-Manthiq dlsb.

Pada suatu ketika Imam al-Ghazali menulis kitab. Pada waktu itu orang menulis menggunakan tinta dan sebatang pena. Pena itu harus dicelupkan dulu kedalam tinta baru kemudian dipaakai untuk menulis, jika habis dicelup lagi dan menulis lagi. Begitu seterusnya.

Ditengah kesibukan menulis itu, tiba-tiba terbanglah seekor lalat dan hinggap di mangkuk tinta Imam al- Ghazali. Lalat itu tampaknya sedang kehausan. Ia meminum tinta di mangkuk itu.

Melihat lalat yang kehausan itu, Imam al-Ghazali membiarkan saja lalat itu meminum tintanya. Lalat juga makhluk Allah yang harus diberikan kasih sayang, fikir Al-Ghazali.

Ketika Al-Ghazali wafat, selang beberapa hari kemudian,seorang Ulama yang merupakan sahabat dekat beliau bermimpi. Dalam mimpi itu terjadilah dialog. Sahabatnya itu bertanya, ” Wahai Hujattul Islam, Apa yang telah diperbuat Allah kepadamu? “.

Al-Ghazali menjawab, ” Allah telah menempatkanku di tempat yang paling baik “.

“Gerangan apakah sampai engkau ditempatkan Allah ditempat yang paling baik itu ? Apakah itu karena kealimanmu dan banyaknya kitab-kitab bermanfaat yang telah kau tulis?” tanya sahabatnya.

Al-Ghazali menjawab, ”Tidak, Allah memberiku tempat yg terbaik, hanya karena pada saat aku menulis aku memberikan kesempatan kepada seekor lalat untuk meminum tintaku kerana kehausan. Aku lakukan itu kerana aku sayang pada makhluk Allah. “

Dari kisah sufi tersebut memberi kita hikmah bahawa tidak ada salahnya jika kita menolong mahluk Allah. Bayangkan hanya sekedar membiarkan lalat yang kehausan untuk minum saja menjadikan sebab seseorang masuk syurga, apalagi memberi makan kepada sesama manusia. bersedekah bagi sesama yang benar-benar memerlukan.

Dalam hadits lain, diriwayatkan bahawa Nabi bercerita ada seorang pelacur bisa masuk Syurga kerana memberi minum seekor anjing. Juga jangan remehkan dosa kecil kerana alam hadits diriwayatkan bahawa ada seorang wanita masuk neraka kerana  memelihara seekor kucing lalu mendzaliminya.

Jadi, jangan remehkan amal kecil kerana sebesar zarah pun akan diperhitungkan di akhirat kelak.

Allah Swt berfirman :” Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula” (QS. 99: 7-8)

Kisah di atas juga mengajari kita untuk tidak atau jangan pernah meremehkan amalan (kebaikan) sekecil apapun, kerana sesungguhnya kita tidak pernah tahu, bisa jadi amalan yang kita anggap kecil tersebut berarti besar di hadapan Allah Swt, dan justru amalan tersebutlah yang akan mengantarkan kita ke Syurga. Sebaliknya kita juga tidak tahu bahawa mungkin dosa (yang dianggap kecil) bisa menjerumuskan kita ke lembah kehinaan, Neraka Jahanam. a’udzubillahimindzalik.

Akan tetapi, terkadang kita terlalu mengejar amal-amal besar dan meremehkan amal kecil, padahal ketika beramal kecil seringkali kita mudah berasa ikhlas.
 
Kebaikan (Amal) itu tidak semestinya selalu kita menyumbang ke masjid, tapi sekedar membuang duri di jalanan atau sekedar memungut sampah, sekedar mengucap salam kepada sesama muslim yang belum kita kenal, sekedar senyum pada sahabat kita, tidak ada yang sia-sia. Jika kita boleh melakukan amal-amal ringan, kenapa harus menunggu kesempatan untuk beramal besar? Bukankah juga Allah itu menyukai amalan yang berterusan ( istiqamah ) meskipun sedikit?

Boleh jadi amalan kecil yang pernah kita lakukan merupakan amalan paling ikhlas sehingga boleh menyelamatkan kita di hari akhirat kelak. Boleh jadi amalan kecil tersebut menjadi pelindung kita dari siksa kubur, dan boleh jadi amalan kecil tersebut boleh menjadi perantara bagi dikabulkannya doa-doa kita. Boleh jadi juga amalan kecil tersebut menjadi penghapus dosa-dosa kita.

Kerana itu marilah mulai saat ini, lakukanlah secara dawam (konsisten) suatu amal ibadah yang kecil yang dilakukan ikhlas kerana Allah Swt semata-mata.

Allah Swt menyukai terhadap hambaNya yang melakukan amalan secara dawam (konsisten) dan ketika kita berhalangan (uzur syar’i) dan kita tidak dapat melakukan amal yang biasa kita dawamkan tersebut, In sya Allah,  Allah SWT akan tetap memberi pahala seperti kita melakukan amalan tersebut di hari lainnya.

Semoga Allah Swt memudahkan kita dan anak-anak keturunan kita untuk melakukan amalan-amalan kecil secara dawam dan memberikan keistiqamahan kepada kita menjalaninya dalam kehidupan ini, sehingga dapat mengundang keredaan dan kasih sayang dari Allah Swt,  Dan semoga Allah Swt menerima dan melipatgandakan pahala amalan-amalan kita baik yang kecil mahupun yang besar,. Aamiin.

Allahumma shali ala sayyidina Muhammad wa ala ali sayyidina Muhammad.

KeUTAMAan SELAWAT


Berikut beberapa keutamaan selawat dan hal-hal yang berkenaan dengannya yang di kutip dari Kitab Nashaihud Diniyyah Wal Washayal Imaniyah, Karya Al Habib Abdullah Bin Alawi Al Haddad, seorang ulama besar abad 17.

Selawat untuk Rasulullah SAW memiliki keutamaan yang besar dan menghasilkan manfaat yang banyak di dunia dan akhirat bagi orang-orang yang banyak mengucapkannya. Allah Ta’ala dalam Firman Nya yang maksudnya, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah penghormatan kepadanya”.
[Al Ahzab:56]

Cukuplah bagimu apa yang di sebutkan Allah SWT di atas sebagai penghormatan dan pengagungan bagi Nabi Nya serta dorongan bagi para hamba Nya yang mu’min untuk mengucapkan selawat dan salam baginya.

Nabi Muhammad SAW Bersabda “Barangsiapa berselawat untukku sekali, maka Allah Bershalawat untuknya 10 kali.”

Seorang alim berkata, “Andaikata Allah berselawat untuk hamba sepanjang umurnya sekali, niscaya hal itu telah cukup baginya sebagai kehormatan dan kemuliaan.”

Maka bagaimana dengan 10 selawat untuk setiap selawat yang di ucapkan muslim untuk Nabinya? Maka Segala Puji bagi Allah atas kurnia Nya yang banyak dan pemberian Nya yang besar.

Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa berselawat untukku sekali, maka Allah berselawat untuknya 10 kali, dan mengangkat baginya 10 daajat, menulis baginya 10 kebaikan dan menghapus darinya 10 kesalahan.”

Nabi SAW juga bersabda “Orang yang paling banyak mendapat perhatianku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak selawatnya untukku”.

Nabi SAW bersabda “Barangsiapa mengucapkan; Allahumma Shalli ‘Alaa Muhammad Wa Anzilhu al-Maq’adal Muqarrab ‘indaka Yaumal Qiyaamah. (Ya Allah berselawatlah untuk Muhammad dan tempatkan dia di tempat yang dekat di sisi Mu pada hari kiamat), maka Wajiblah ia mendapat syafa’atku”.

Dalam sabdanya SAW,”Barangsiapa mengucapkan, “Jazallahu ‘Anna Muhammad Maa Huwa Ahluhu” ( Semoga Allah membalas jasa Muhammad terhadap kami sebagaimana mestinya ), maka ia pun telah memayahkan 70 malaikat menulis selama 1000 pagi”

Rasulullah SAW bersabda “Berselawatlah kalian untukku di mana pun kalian berada, kerana selawat itu sampai kepadaku.”

Di riwayakan bahawa Allah mempunyai Malaikat-malaikat yang berkeliling bumi menyampaikan kepada Nabi SAW, selawat dari ummatnya yang berselawat untuknya.

Diriwayatkan pula bahawa tidaklah seorang dari ummatnya memberi salam kepadanya, melainkan Allah mengembalikan ruhnya yang mulia kepadanya hingga menjawab salamnya. Telah di riwayatkan pula jawapan yang berganda atas siapa yang memberi salam kepadanya SAW.

Nabi SAW bersabda, “Telah menjadi hina orang yang namaku disebut di dekatnya, namun ia tidak berselawat untukku”

Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang aku disebut di dekatnya, namun tidak mengucapkan selawat untukku, ia pun telah menyimpang dari jalan syurga”

Nabi SAW bersabda, “Perbanyaklah mengucapkan selawat untukku pada hari Jumaat, kerana selawat untukku ditunjukkan kepadaku pada setiap Jum’at. Maka yang terdekat di antara mereka kedudukannya dariku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat kepadaku”.

Nabi SAW juga bersabda, “Berselawatlah kalian untukku pada malam yang cemerlang dan hari yang indah.” Yakni, malam Jum’at dan siangnya.

Oleh kerana itu setiap mu’min patut memperbanyak selawat untuk Rasul SAW dalam seluruh waktunya dan pada malam Jum’at dan siangnya secara khusus. Hendaklah ia menggabungkan salam dengan selawat untuknya. Allah telah menyuruh mengucapkan keduanya bersama-sama.

Di sebutkan dalam hadits dari Allah Ta’ala bahawa Dia berkata kepada Nabi SAW, “Barangsiapa berselawat untukmu, Aku pun berselawat untuknya. Dan siapa mengucapkan salam untukmu, Aku pun mengucapakan salam untuknya”.

Barangsiapa mengucapkan selawat dan salam untuk Nabi SAW, hendaknya ia ucapkan selawat dan salam untuk keluarga Nabi SAW sesudahnya, kerana Baginda SAW menyukai hal itu bagi mereka. Telah di riwayatkan banyak hadits mengenai hal itu.

Disebutkan dalam suatu atsar bahawa selawat yang di dalamnya tidak terdapat shalawat untuk keluarga Nabi Muhammad SAW maka selawat tersebut dinamakan selawat yang tidak sempurna. Wallahu A’laam..

Disarikan dari terjemahan Kitab Nashaihud Diniyyah Wal Washaya Imaniyyah Sayyid Zaid Husain Al Hamid. Diterbitkan oleh Mutiara Ilmu Surabaya. Cetakan Pertama, Shafar 1423 H.

Allahumma Shalli ‘Ala Sayyidina Muhammad Wa ‘Ala Alih Wa Shahbihi Wa Sallim

http://pondokhabib.wordpress.com/2013/09/12/berikut-beberapa-keutamaan-shalawat

NABI SAW MA’SUM SEJAK KECIL

NABI SAW MA’SUM SEJAK KECIL : HUJAH YANG SOHIH PADA MENOLAK PENDAPAT BATIL BAHWA NABI SAW TIDAK BERUGAMA SEBELUM UMUR 40 TAHUN

Sesungguhnya hujjah ini bentangkan hanyalah untuk menolak fahaman yang melampau dalam agama, yang banyak tersebar di akhir zaman ini, bukan untuk membatuapikan perkara yang diperdebatkan dalam masyarakat, semoga Allah memberikan taufik dan hidayah kepada mereka mereka yang cukup berani mengeluarkan kenyataan yang boleh menyakitkan hati Nabi Muhammad Saw.

Isu ini menjadi besar kerana seorang pendakwah yang punya nama di persada masyarakat…..rujuk kenyataan pada tautan di alamat: http://www.youtube.com/watch?v=qUzW3poJ8Yc , kemudian di jawab oleh ramai ulama tanah air seperti Sheikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki seperti tautan : http://www.youtube.com/watch?v=Md19jK9NdFE.
Maka saya memetik satu hadis Rasulullah Saw seperti di bawah ini;

قال رسول الله صلي الله عليه و سلم : بعثت بالحنيفية السمحة, فتح الباري بصحيح البخاري 1 \ 244 الحنيفية :أي ملة ابراهيمية, والحنيف المائل عن الباطل وسمي ابراهيم عليه السلام حنيفا لأنه مال عن عبادة الأوثان. السمحة: السهلة والملة السمحة هي الملة التي لا حرج فيها ولا تضييق علي الناس وهي الملة الاسلام ,جمع بين حنيفية و كونها سمحة فهي حنيفية في التوحيد سهلة في العمل. انتهي الوجيز في قواعد الفقه الكلية د. طلعت عبد الغفار حجاج جامعة الأزهر كلية الدراسات الاسلامية والعربية للبنات

بالاسكندرية ص147-148

Sabda Rasulullah Saw aku di utuskan dengan AL HANIFIYAH AL SAMHAH -Fathu Bari Syarah Sohih Bukhari 1/244, al Hanifiyah :iaitu Millah (agama)Ibrahim , dan Hanif (lurus) yang melencong daripada kebatilan dan dinamakan Ibrahim As sebagai seorang yang Hanif kerana bahwasanya beliau melencong daripada menyembah berhala. AL SAMHAH :iaitu mudah dan jalan (agama) yang mudah bermakna jalan (agama) yang tiada kepayahan padanya dan tiada kesempitan keatas manusia mengamalnya iaitulah millah(agama) Islam, dihimpunkan di antara hanifiyah dan samhah kerana lurus/suci/bersih pada sudut Tauhid dan mudah pada sudut pengamalan.(terjemahan dari hamba yang dhoif, minta di betulkan jika ada kesalahan).

Sekiranya ada yang berpendapat agama yang dipegangnya adalah agama Nabi Ibrahim, maknanya itu adalah agama Islam kerana semua nabi dan rasul diutuskan untuk menyampaikan ajaran Islam.

Kebingungan dan kecelaruan fikiran umat Islam mengenai Rasulullah sebelum dilantik menjadi Rasul terbit daripada salah faham terhadap

firman Allah: Apabila Dia mendapati engkau sesat, lalu Dia mengurniakan engkau hidayah petunjuk. (al-Dhuha: 7)

Melafazkan ungkapan Rasulullah tidak beragama sebelum usia 40 tahun adalah satu penyimpangan yang nyata. Jika berkata demikian, seolah-olah kita membuka ruang kepada masyarakat umum menilai baginda dengan akal cetek dan andaian semata-mata.

Barangkali ungkapan tidak beragama itu ada yang tersasar memaksudkannya sebagai atheis atau tidak menganut agama yang benar iaitu seorang musyrik. Apabila kita menyatakan bahawa baginda tidak beragama sebelum dilantik menjadi nabi, itu akan membawa maksud baginda terdedah melakukan apa sahaja perbuatan maksiat yang mencacatkan maruah dan meruntuhkan moral kerana tiada pegangan yang menjadi benteng daripada melakukan perkara yang keji dan garis panduan bagi membezakan antara dosa dan pahala.

Mengulas mengenai salah faham terhadap ayat ini, Prof Dr. Sayyid Muhammad Alawi al Maliki menyatakan di dalam bukunya al Zakhair al Muhammadiyyah: Ayat ini sering dieksploitasi oleh sebahagian ahli fitnah yang buta basirah dan tertutup pintu hati sehingga mereka tidak dapat melihat hakikat kedudukan Nabi dan Rasul yang sebenar.

Mereka hanya melihat Nabi Muhammad SAW sebagai manusia biasa semata-mata yang berjalan di muka bumi, berjalan-jalan di pasar, memikul dosa, melakukan dosa dan kesalahan, pernah hidup dalam kesesatan lalu Allah memberi hidayah kepadanya, pernah hidup dalam kemiskinan lalu Allah memberikannya kekayaan dan dilahirkan dalam keadaan yatim lalu Allah memberi perlindungan kepadanya. Sehinggalah ke akhir perbicaraan yang hanya membangkitkan kekeliruan orang awam kerana ia berdasarkan kepada maksud zahir nas-nas yang terdapat di dalam al Quran dan Sunnah.”

Al Allamah al Qadhi Iyadh pula menyatakan dalam kitabnya al Syifa bi Tarif Huquq al Mustafa: Apa yang pasti, para nabi adalah maksum (terpelihara) sebelum dilantik menjadi nabi dan terhindar dari kejahilan tentang Allah dan sifat-sifat-Nya, dan terpelihara daripada merasa ragu walau sedikitpun mengenai perkara ini.

Terdapat banyak khabar dan athar yang saling mendukung di antara satu sama lain yang mensucikan para nabi daripada kekurangan ini semenjak mereka dilahirkan dan mereka membesar di atas tauhid dan iman.”

Beliau menambah lagi: Tidak pernah seorang pun ahli hadis menaqalkan terdapat seorang daripada mereka yang dipilih menjadi nabi daripada kalangan orang yang dikenali dengan kekufuran dan kesyirikannya sebelum itu.”

Oleh itu kita tidak pernah mendengar para nabi dan rasul terdahulu menganut agama yang sesat yang dianuti oleh kaum mereka.

Kemuliaan ini adalah terlebih utama dianugerahkan ke atas Rasulullah dan tiada satu sebab atau dalil yang menghalang baginda daripada mengecapi nikmat dan keistimewaan itu kerana baginda adalah penghulu segala nabi dan rasul.

Jangan sekali-kali kita berpaling kepada pendapat bahawa Rasulullah SAW berada di atas agama kaumnya sebelum Nubuwwah, lalu Allah menghidayahkan Islam kepada baginda kerana Nabi Muhammad SAW dan para nabi yang lain sejak dilahirkan membesar atas ketauhidan dan keimanan.

Sesungguhnya mereka maksum sebelum Nubuwwah daripada jahil tentang sifat-sifat Allah dan mentauhidkan-Nya.

Pendapat ini diperkuatkan lagi dengan peristiwa Rasulullah bermusafir bersama bapa saudaranya ke Syam, di mana Buhaira melihat tanda kenabiannya. Sedangkan ketika itu baginda masih kecil. Buhaira mengujinya agar bersumpah dengan berhala al Laata dan al Uzza, lalu baginda menjawab: Janganlah kamu meminta saya bersumpah dengan kedua-duanya. Demi Allah! Saya tidak pernah membenci sesuatu seperti kebencian saya terhadap kedua-duanya.”

Pendapat ini dikuatkan lagi dengan peristiwa Jibril mengeluarkan seketul daging dari hati baginda dengan katanya: Ini adalah bahagian syaitan dari dalam dirimu.” Kemudian dada baginda diisi dengan hikmah dan iman.

Demikianlah seperti yang dinaqalkan daripada al Imam Fakhr al Din al Razi di dalam tafsirnya Mafatih al Ghaib.

Sesungguhnya amatlah salah serta wajiblah yang berkenaan bertaubat jika telah terlanjur mengatakan bahwa Nabi kita Saw TIDAK BERUGAMA DAN TAK DAPAT HIDAYAT SEBELUM MENCAPAI UMUR 40 TAHUN, jelas hadis diatas adalah bukti yang sohih bahwa Nabi Saw adalah salah seorang yang HANIF yang tidak menyembah berhala di Mekah pada waktu itu, amat jahat dan celaka yang amat bagi yang jahat adab dengan baginda Saw kerana dengan berkata demikian ia telah menyakiti Nabi Saw, amat hairan jika perbuatan menyakiti Nabi ini dahulunya dilakukan oleh Musyrikin Mekah , Yahudi dan Munafik sahaja tetapi pada zaman serba moden ini ia di lakukan oleh sarjana Islam yang bergelar ustaz, tok guru dan sebagainya, hamba mohon pertunjuk dari Nya supaya mereka diberikan rahmat untuk kembali kepada jalan kebenaran.wallahu ‘alam.

http://berandamadina.wordpress.com/2013/09/12/nabi-saw-masum-sejak-kecil-hujah-yang-sohih-pada-menolak-pendapat-batil-bahwa-nabi-saw-tidak-berugama-sebelum-umur-40-tahun/


Jumaat, 13 September 2013

TiGa PuLuH PESANAN Imam SyaFie

1. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.
                                                          
2. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.

3. Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.

4. Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur.

5. Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dan dicintai Allah.

6. Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.

7. Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat.

8. Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letihh dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu.

9. Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung kepada serangan iblis.

10. Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berka, ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.

11. Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. Oleh itu bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu dibajai dengan lima perkara, yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah, bertatasusila ataupu berdisiplin dalam mengerjakan ibadah.

12. Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.

13. Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam, khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang pilihan di sisi Allah.

14.  Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bagi.

15. Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan "A'uzubillahi minassaitathanirrajim". Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah taala hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil.

16. Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.

17. Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu,lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan.

18. Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya.

19. Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di duna dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia.

20. Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar bin al-Khattab menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari.

21. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan di akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul dan orang soleh.

22. Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

23. Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah.

24. Sesiapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan.

25. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah.

26. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pertolongan Allah seperti dalam pernyataannya dalam surah ar-Rom ayat 47 yang bermaksud; dan adalah menjadi hak(tanggungjawab) kami untuk menolong orang yang beriman.

27. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pembelaan kepada Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-Hajj ayat 38 yang bermaksud, Allah membela orang yang beriman.

28. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertakwa, Allah pasti menaikkan darjat mereka hingga ke taraf wali-wali Allah selagi memenuhi syarat-syaratnya seperti dalam pernyataannya dalam surah al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud, Allah penolong (wali) bagi orang yang beriman.

29. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud " Allah akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus."

30. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-A'raf ayat 96 yang bermaksud, sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi sekiranya mereka mendustakan ayat-ayat kami, kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.

Semoga bermanfaat.

Dipetik daripada buku Imam Syafie - Pejuang Kebenaran karangan Abdul Latip Talib

Follow by Email