DOA -doa Ku... Ya Allah....

... اشهد ان لا إله إلا الله وأشهد ان محمد رسول الله .....YA ALLAH...AMPUNKAN AKU ....Bimbinglah Aku di jalan -MU.. TETAPKAN AKU DALAM KASIH SAYANGMU, ......AMPUNKAN SEGALA KESALAHAN dan DOSA-DOSAKU..DOSA DAN KESALAHAN KEDUA IBU BAPAKU..DAN SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT....KUMPULKAN AKU BERSAMA PARA NABI DAN RASUL...YA ALLAH ...KEKALKAN AKU DAN KETURUNANKU DALAM ISLAM DAN BERIMAN KEPADAMU....YA ALLAH.YA ALLAH, HIDUPKAN AKU DALAM KEADAAN MERENDAH DIRI, MATIKAN AKU DALAM KEADAAN MERENDAH DIRI DAN BANGKITKAN AKU (PADA HARI QIAMAT) DI DALAM GOLONGAN ORANG-ORANG YANG MERENDAH DIRI.. استغفر الله العظيم ASTAGFIRULLAHALAZZIM....سبحان الله...SUBHANALLAH ...الحمد لله..ALHAMDULILLAH...الله أكبر..ALLAHUAKHBAR.....ALLAHUMA SOLLIALA SAYIDINA MUHAMMAD....WAALA ALIMUHAMMAD..........

Khamis, 28 November 2013

TABARRUJ DAN IKHTILAT (PERCAMPURAN/PERGAULAN)

Lampiran: Ringkasan Petikan dari Dr. Abdul Karim Zaidan, PhD Baghdad  


TABARRUJ
  1. Tabarruj bererti wanita menunjukkan dan merperagakan perhiasan dan kecantikannya untuk menarik perhatian kaum lelaki dan meransang keinginan mereka. Dalil: surah al-Ahzab ayat 33. - 
  2. Tabarruj jahiliyyah bererti wanita membuka niqabnya hingga mendedahkan muka, kecantikan dan perhiasannya. - 
  3. Tabarruj hari ini tidak sesuai diistilahkan dengan tabarruj jahiliyyah kerana wanita sekarang bukan setakat membuka tutupan muka dan memperagakan kecantikannya tetapi lebih dari itu. 
  4. Tabarruj hari ini dengan mendedahkan separuh tubuh, malah lebih dari itu. - Istilah yang lebih sesuai ialah istilah yang pernah digunakan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya yang bermaksud ‘separuh telanjang’ (al-kaasiaat al- ‘aariyaat). 
  5. Tabarruj yang diharamkan ialah: - Tabarruj di luar rumah dengan berhias bukan untuk suami. - Mendedahkan muka dengan tujuan meransang keinginan dan syahwat lelaki. - Bersolek dan berhias belebihan. - Menggunakan alat-alat solek / make-up. - Mempercantikkan bibir, alis dan pipi (mempercantikkan raut muka). - Dan lain-lain. - 
  6. Termasuk dalam istilah tabarruj ialah fesyen-fesyen pakaian. Ini kerana pada dasarnya pakaian wanita sama dengan pakaian lelaki iaitu menutup aurat. - Ciri pakaian syar’ie wanita ialah: - pakaian mestilah meliputi seluruh tubuh wanita - pakaian itu mestilah longgar - tidak nipis - bukan pakaian yang mempunyai nilai untuk bermegah-megah dengannya - tidak menyamai pakaian lelaki.  
  7. Pakaian yang tidak memenuhi ciri ini dikira sebagai pakaian yang tabarruj. - Berpakaian kemas, smart dan ceria bukan dikira tabarruj.  
  8. Termasuk dalam istilah tabarruj memakai barang perhiasan diri. - Perhiasan ialah semua yang dijadikan perhiasan oleh wanita sama ada pakaian atau sesuatu yang dijadikan perhiasan diri. - Antara perhiasan yang dibenarkan ialah membersihkan diri dari segala aspek, termasuk membersih sesuatu yang fitrah.  
  9. Jenis perhiasan antaranya:  - Barangan perhiasan yang terdiri dari emas, perak dan permata. - Pakaian luar dan dalam.
  10. Hukum berhias harus, malah ada kalanya sunat kecuali perhiasan yang telah dinaskan haram. Ia sunat kepada isteri yang suaminya bersamanya, bukan isteri yang suaminya tiada di sampingnya. - Semua jenis perhiasan ini harus selagi ia tidak termasuk ke dalam istilah tabarruj.
  11. Termasuk ke dalam istilah tabarruj ialah bersolek dengan merubah sifat semulajadi: Mencabut atau dengan apa jua cara untuk menghilangkan bulu muka. Boleh bagi yang berkahwin untuk suami. - Mencabut dan membentuk alis. Boleh sekiranya alis yang asal hodoh dipandang. - Memerahkan muka. Boleh bagi yang berkahwin, untuk suami. - Lain-lain seperti rambut palsu, wangian berlebihan, celak berlebihan, ….. 
  12. Secara umum, berhias untuk suami dibolehkan dan tidak dikira sebagai tabarruj. 
  13. Berhias keluar rumah bukan untuk suami adalah tabarruj. 
  14. Bersolek dan berhias wanita hari ini telah melebihi dari maksud tabarruj.  

IKHTILAT (PERCAMPURAN / PERGAULAN) 
  1. Maksud pergaulan: bercampur antara wanita dan lelaki ajnabi di satu tempat yang pada kebiasaannya membawa mereka berpandangan, bercakap dan berinteraksi. 
  2. Hukum asal pergaulan wanita dan lelaki ajnabi adalah ditegah. - Tiada nas yang jelas melarang pergaulan. 
  3. Tegahan pergaulan ini hanya disimpulkan dari beberapa tegahan lain: - Tegahan wanita bermusafir sendirian tanpa mahram - Tegahan berkhulwat antara wanita dengan lelaki ajnabi - Tidak wajib solat jamaah ke atas wanita  - Tidak wajib solat jumaat ke atas wanita - Hukum-hukum khusus mengenai wanita dalam ibadat haji - Tegahan wanita berjalan berseiringan dengan lelaki.
  4. Dari larangan-larangan inilah ulamak menyimpulkan pergaulan wanita dengan lelaki ajnabi ditegah.  
  5. Pergaulan yang dibenarkan atas dasar pengecualian kerana keperluan: - Pergaulan atas sebab darurat - Pergaulan untuk tujuan bermuamalah - Pergaulan untuk tujuan melaksanakan tugas-tugas kehakiman - Pergaulan menunaikan kesaksian - Pergaulan atas tugas penguatkuasa undang-undang - Pergaulan untuk tujuan melayan tetamu di rumah - Pergaulan untuk tujuan menghormati tetamu dengan makan bersama - Pergaulan dalam kenderaan awam bagi wanita yang melakukan kerja syar’ie dengan syarat hukum-hukum Islam yang lain dipenuhi - Pergaulan untuk melakukan kerja-kerja jihad - Pergaulan untuk tujuan mendengar ceramah dan ilmu - Pergaulan atas sebab kebiasaan dan teradat yang tidak bercanggah dengan syara’
  6. Dalam kitab Muwatta’ oleh Imam Malik disebutkan “Wanita (boleh) makan bersama lelaki apabila pada kebiasaan teradat wanita makan bersama-sama lelaki. - Pergaulan semasa menziarahi keluarga terdekat dan teman handai pada majlis- majlis tertentu, maka dalam majlis yang sama dengan syarat memelihara adab sopan keislaman dan hukum-hukum Islam. 
  7. Pergaulan wanita dengan lelaki dalam satu majlis bersama. Ada dua pendapat: - 
  8. Pendapat pertama tidak boleh kerana hadis mengenai pengaduan kaum wanita di zaman Rasulullah tentang kelebihan kaum lelaki mendapatkan ilmu, lantas Rasulullah s.a.w memperuntukkan satu masa belajar khusus bagi wanita.  
  9. Pendapat kedua boleh kerana pergaulan untuk tujuan muamalah dibolehkan, maka pergaulan untuk menuntut ilmu tentulah lebih boleh lagi, kerana suasana menuntut ilmu lebih jauh dari fitnah berbanding suasana muamalah. 
  10. Tentang hadis yang dikemukakan di atas, pengkhususan satu majlis untuk kaum wanita bukan kerana larangan pergaulan lelaki dan wanita semasa menuntut ilmu, tetapi kerana tabiat kaum wanita sentiasa banyak terhalang untuk keluar bersama Rasulullah s.a.w. Tidak seperti kaum lelaki yang sentiasa berpeluang untuk berbuat demikian. Oleh itu wanita perlu dikhususkan satu masa bersama Rasulullah s.a.w. - Namun demikian keharusan ini hendaklah disertai dengan iltizam yang bersungguh-sungguh, hukum, adab dan tata susila Islam: 
  11. Menjaga aurat - Tidak tabarruj - Tidak mengangkat suara dengan tinggi  - Serius, tidak bermanja-manja dan melembut-lembutkan suara sewaktu bercakap - Menundukkan pandangan, bukan mata galak, bukan curi pandang - Warak, tapi bukan warak-warak kucing.            
Retype & relayout pada 12.25 pm 6 Zil Hijjah 1424/ 28 Jan 2004, K.B, BDS 

Rabu, 27 November 2013

Rasulullah berpesan hati-hati Menerima Pujian

Rasulullah berpesan hati-hati Menerima Pujian -Oleh Prof Madya Maznah Daud


Gambar hiasan
SUKA dipuji dan memuji diri sendiri adalah sifat mazmumah yang membuahkan sikap riak. Sebenarnya yang layak dan berhak dipuji hanyalah ALLAH. Inilah maksud dalam surah al-Fatihah:
“Segala puji hanya untuk ALLAH, Pencipta dan Penguasa seluruh alam.” (Surah al-Fatihah, ayat 2).

Segala yang kita kagum dan takjub semuanya rekaan ALLAH Yang Maha Bijaksana termasuklah diri dan segala kepakaran serta kebolehan yang ada pada kita. Justeru, di mana letaknya kewajaran dibuai perasaan bangga dan bahagia apabila mendapat pujian yang belum teruji keikhlasannya?

Memuji ALLAH dengan lafaz ‘Alhamdulillah’ mengandungi pengiktirafan akan Kebesaran, Keagungan, Kesempurnaan zat dan sifat-Nya. Di samping itu, ia juga mengandungi pengertian kesyukuran tulus ikhlas di atas segala nikmat-Nya yang tidak terkira.

Memuji ALLAH adalah satu ibadat dan ALLAH sangat suka kepada hamba yang memuji-Nya.

 Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Zikir yang paling afdal ialah ‘LailahaillaAllah’ dan doa yang paling afdal ialah ‘Alhamdulillah’.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Anas bin Malik meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Di kala ALLAH menganugerahkan satu nikmat kepada seseorang hamba, lantas hamba itu menerimanya dengan ucapan ‘Alhamdulillah’ maka ‘Alhamdulillah’ yang diucapkan itu lebih baik daripada nikmat yang diterimanya.” (Hadis riwayat Ibn Majah)

Selasa, 26 November 2013

Memperbanyak ISTIGHFAR, TAUBAT DIPERMUDAHKAN REZEKI.

Memperbanyak istighfar, taubat dipermudahkan rezeki -epondok-Oleh Hashim Ahmad



Allah SWT dan Rasul-Nya tidak meninggalkan umat Islam tanpa petunjuk dalam usaha mencari penghidupan kerana rezeki diatur serta dijelaskan. Allah SWT akan memudahkan jalan untuk mendapat rezeki dari setiap arah.

Selain berdoa kepada Allah SWT, umat Islam juga dianjurkan sentiasa bertaubat supaya segala urusan mereka dipermudahkan dan setiap permintaan dimakbulkan seperti berlaku kepada Nabi Nuh yang diceritakan dalam al-Quran.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Maka aku katakan kepada mereka: Mohon ampunlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.” (Surah Nuh, ayat 10-12).

“Maka aku katakan kepada mereka: Mohon ampunlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai” (Surah Nuh, Ayat 10-12)

Beristighfar adalah meminta ampun dan semua itu diterjemahkan dalam bentuk ucapan serta perbuatan. Bertaubat meninggalkan dosa, menyesali dosa dan bertekad tidak akan mengulanginya lagi.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepadaNya. Jika kamu mengerjakan yang demikian, nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai pada waktu yang telah ditentukan, dan Dia akan memberi kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku takut akan ditimpa seksa hari kiamat.” (Surah Hud, ayat 3).

Imam Al-Qurthubi mengatakan, inilah buah istighfar dan taubat iaitu Allah SWT akan memberikan kenikmatan kepada kalian pelbagai manfaat berupa kelapangan rezeki dan kemakmuran hidup serta Allah tidak akan menyeksa kalian seperti dilakukan-Nya terhadap orang yang dibinasakan sebelum ini.

Menyedari hakikat ini, bagi orang yang mengharapkan rezeki, hendaklah bersegera memperbanyak istighfar, baik dengan ucapan mahupun perbuatan. Hendaklah mengelak daripada menjadi pendusta.

Pada masa sama, tidak jemu berusaha melakukan kerja untuk menjamin kehidupan yang selesa kerana kesenangan tidak datang bergolek sebaliknya memerlukan kesediaan berkorban. Dalam mengejar kesenangan hidup, jangan pula dilupakan persediaan membina kebahagiaan di akhirat.

REBUT PELUANG BERBAKTI KEPADA IBU BAPA

Rebut peluang berbakti kepada ibu bapa -e pondok Oleh Amran Zakaria

Anak yang memberi layanan baik, bersabar menjaga orang tua dianugerahkan syurga.

Kasih ibu yang sejati tidak boleh dinilai dengan harta benda, mahupun wang ringgit dan emas permata.

Mereka yang mempunyai anak pasti dapat menjiwai betapa hebat dan meluasnya kasih sayang ibu terhadap anak.

Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya, hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati” (Riwayat al-Hakim).

Rasulullah SAW bersabda: “Jaga baik-baik ibumu, kerana sesungguhnya syurga itu di bawah telapak kaki ibu.” (Riwayat An-Nasa’ie dan Ahmad).

Pengorbanan ibu yang tiada bandingannya itu telah diiktiraf dan diperakui Rasulullah SAW melalui sabda Baginda: “Reda Allah bergantung pada reda dua ibu bapa dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.” (Riwayat Al- Hakim).

Rasulullah SAW juga membawa khabar gembira kepada mereka yang berbuat baik kepada ibu bapa di mana sebagai balasan, Allah SWT mengampuni mereka. Baginda juga membawa berita buruk kepada yang menderhaka ibu bapa kerana Allah SWT tidak akan memberi keampunan.

Rasulullah SAW bersabda: “Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya, hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.” (Riwayat al-Hakim).

Imam al-Ghazali berkata, cara hidup kita di dunia adalah bayangan cara kehidupan di akhirat nanti. Maknanya, mereka yang memberi layanan buruk kepada kedua ibu bapa akan diberi layanan buruk juga di hari pembalasan kelak.

Binasalah mereka yang mempunyai ibu bapa yang sudah lanjut usianya, sedangkan mereka tidak berbakti terhadap kedua-duanya. Hal itu terus menjadi ujian kepada anak-anak yang menyebabkan mereka terhalang daripada mencium syurga Allah SWT.

Abdullah bin Amr berkata, seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah SAW lalu berkata: “Wahai Rasulullah, aku datang untuk berjihad bersama Baginda kerana aku ingin mencari reda Allah dan hari akhirat. Tetapi aku datang ke sini dengan meninggalkan ibu bapaku dalam keadaan menangis. Lalu Baginda menasihati lelaki itu seraya bersabda: Pulanglah kepada mereka. Jadikanlah mereka tertawa seperti tadi engkau jadikan mereka menangis.” (Riwayat Ibnu Majah).

Islam memberi sanjungan yang tinggi buat seorang ibu. Anak dilarang keras menyergah atau menyakiti ibu sendiri apa lagi memaki hamun serta membiarkan ibu dalam keadaan merempat. Jika ini berlaku, anak telah menempah untuk menghuni neraka sejak hidup di dunia lagi.

Rasulullah SAW bersabda: “Tiga manusia tidak akan masuk syurga, iaitu orang yang menderhaka kedua-dua ibu bapanya, lelaki yang tidak menjaga maruah keluarganya (dayus) dan perempuan yang menyerupai lelaki.” (Riwayat Nasa’ie, Bazzar dan al-Hakim).

Ketika berada pada usia tua, ibu hilang semua tenaga, semakin lemah dan memerlukan penjagaan yang rapi. Mereka juga mudah tersinggung dan amat sensitif. Justeru, anak perlu faham keadaan ibu yang mengharapkan perhatian serta belaian anak.

Diriwayatkan, pernah seorang sahabat mengadu kepada Rasulullah SAW mengenai perangai ibunya yang suka meminta-minta kepadanya. Baginda marah kepada sahabat itu dan mengatakan bukan saja harta, malahan dalam dirinya sendiri ada hak ibu bapanya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Kami mewasiatkan (memerintahkan) kepada manusia itu supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan demi kelemahan, dan cerai susukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu. KepadaKu tempat kembali.” (Surah Luqman, ayat 14).

Mereka yang tidak berbakti kepada ibu bapa yang sudah lanjut usia, tindakan itu menyebabkan mereka terhalang daripada mencium syurga.

Ingatlah semua kita akan tua dan melalui hari-hari tua yang nasibnya tidak kita ketahui apakah akan berjalan baik atau sebaliknya. Jika kita mahukan anak berbakti kepada kita yang sudah tua nanti, tunjukkan contoh kepada anak dengan berbakti kepada ibu bapa kini.

Rebutlah peluang menjaga dan memelihara mereka supaya kita tidak dihantui penyesalan sepanjang hidup di dunia.

http://epondok.wordpress.com/2013/11/16/rebut-peluang-berbakti-kepada-ibu-bapa/

Isnin, 25 November 2013

MAKNA ANGKA 40 DALAM USIA MANUSIA

Makna angka 40 dalam usia manusia- by albakriah - Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man

Perkongsian nasihat yang amat baik. Assalamu’alaikum,

Bila ada persoalan tentang umur 40 tahun manusia, saya terfikir sejenak. Belum pernah saya membincangkannya dengan sesiapa sebelum ini. Bila saya cuba mengajak kepada perbincangan, ramai yang berkata itu cuma psikologi barat untuk menggambar kehidupan mesti enjoy dan berseronok, dan pada umur ini barulah fikir tentang masa depan.

Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. Allah swt. berfirman,

حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

“Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)

Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.

Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah.
Pada ayat yang lain, firman Allah;

أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ

Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan? (al-Fathir: 37)
Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.

Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah dengan bersungguh2.
Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya) Kematangan.

Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi s.a.w, seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:

“Dibangkitkan Rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun” (riwayat al-Bukhari).
Nabi Muhammad saw. diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun. Begitu juga dengan nabi2 yang lain, kecuali Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as.

Mengapa umur 40 tahun begitu penting.
Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) period, iaitu:
1. Kanak-kanak (sejak lahir hingga akil baligh)
2. Muda atau syabab (sejak akil baligh hingga 40 tahun)
3. Dewasa (40 tahun hingga 60 tahun)
4. Tua atau syaikhukhah (60 tahun hingga mati)

Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh. Kenyataan yang paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama. Seolah-olah macam satu fitrah di usia ini ramai yang mula menutup aurat dan mendekati kuliah-kuliah agama.

Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah saw.,

لعَبْدُ الْمُسْلِمُ إِذَا بَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً خَفَّفَ اللهُ تَعَالَى حِسَابَهُ ، وَإِذَا بَلَغَ سِتِّيْنَ سَنَةً رَزَقَهُ اللهُ تَعَالَى الْإِنَابَةَ إِلَيْهِ ، وَإِذَا بَلَغَ سَبْعِيْنَ سَنَةً أَحَبَّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ، وَإِذَا بَلَغَ ثَمَانِيْنَ سَنَةً ثَبَّتَ اللهُ تَعَالَى حَسَنَاتِهِ وَمَحَا سَيِّئَاتِهِ ، وَإِذَا بَلَغَ تِسْعِيْنَ سَنَةً غَفَرَ اللهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ وَشَفَّعَهُ اللهُ تَعَالَى فِى أَهْلِ بَيْتِهِ ، وَكَتَبَ فِى السَّمَاءِ أَسِيْرَ اللهِ فِى أَرْضِهِ – رواه الإمام أحمد

“Seorang hamba muslim bila usianya mencapai 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai 60 tahun, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepadaNya. Bila usianya mencapai 70 tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai 80 tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan bila usianya mencapai 90 puluh tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai tawanan Allah di bumi. (riwayat Ahmad).

Hadis ini menyebut usia 40 tahun paling awal memiliki komitmen terhadap penghambaan kepada Allah swt. sekaligus konsisten terhadap Islam, maka Allah swt. akan meringankan hisabnya. Orang yang usianya mencapai 40 tahun mendapatkan keistimewaan berupa hisabnya diringankan. Tetapi umur 40 tahun merupakan saat harus berhati2 juga. Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun mungkin sudah masuk senja. Abdullah bin Abbas ra. dalam suatu riwayat berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dpt mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”

Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir. Demi Allah, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar. Komitmenku sekarang seperti itu juga. Aku tidak memiliki sisa2 syahwat untuk menetap tinggal di dunia. Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari dunia. Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syara’ lazim bagiku. Diantara aku dan dia ada Allah.”

Lantas, apa yang harus kita lakukan ketika menginjak usia 40 tahun?
1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan daya spiritual
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah.

Jika ada yang mengatakan bahawa: Life began at fourty, saya cenderung berpendapat kehidupan yang dimaksudkan ialah kehidupan terarah kepada mendekatkan diri kepada penciptaNya dengan sebenar-benarnya. Tetapi satu perkara yang kita harus sentiasa sedar bahawa kematian memanggil kita bila-bila masa tanpa tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia. Jika kita beranggapan harus menunggu usia 40 tahun untuk baru memulakan kehidupan yang dimaksudkan di atas, maka rugi dan sia-sia lah hidup kita jika umur kita tidak panjang.

Maksud sabda Nabi Muhammad S.A.W ,” Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati”.

FADHILAT ORANG BERHIJRAH

Fadhilat orang berhijrah - epondok - Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Gambar hiasan
ALLAH telah berfirman yang bermaksud: Maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan agamanya) dan yang diusir keluar dari tempat tinggalnya dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan agama-Ku dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam) dan yang terbunuh (gugur syahid dalam Perang Sabil) – Sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala daripada sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh). (Ali Imran: 195).

Ibnu Jarir berkata: “Mereka yang berhijrah daripada kaumnya di kalangan orang kafir semata-mata kerana Allah SWT menuju kepada saudaranya dalam kalangan orang beriman dan mereka dikeluarkan dari kampung halaman maka Allah SWT menjanjikan balasan di sisinya.”

Ibnu Kathir berkata: “Ini kerana mereka meninggalkan negeri syirik dan datang ke negeri iman.”

Sayyid Quthub: €œDahulu inilah gambaran para pendakwah yang ditujukan al-Quran ini kepada mereka bagi pertama kalinya, iaitu mereka yang berhijrah dari Mekah, mereka yang diusir dari kampung halaman mereka kerana akidah, mereka yang ditindas kerana agama Allah SWT dan bukannya kerana sesuatu sebab yang lain. Dan mereka yang berperang dan yang gugur dalam peperangan.”

Tetapi sebenarnya itulah gambaran para pejuang dakwah di mana-mana pun di atas muka bumi ini serta di mana-mana zaman. Itulah gambaran akidah yang tumbuh di dalam jahiliah. Apa sahaja bentuk jahiliah yang tumbuh di bumi yang menentangnya, sama ada yang wujud di tengah-tengah kaum yang berseteru dengannya, tidak kira kaum apapun, lalu mereka merasa tidak senang dan bosan terhadapnya, kerana tamak haloba dan nafsu keinginan mereka tergugat akibat akidah itu dan dari sinilah akidah mulai ditindas dan diburu, sedangkan para pejuangnya pada permulaan perkembangannya itu hanya merupakan satu kumpulan yang lemah.

Kemudian pokok akidah yang subur itu terus berkembang walaupun ditindas dan diburu. Selepas itu ia mendapat kekuatan untuk melawan dan mempertahankan diri lalu terjadilah peperangan dan berlakulah pembunuhan di medan perang. Oleh kerana perjuangan yang gigih dan pahit, ia telah menghapuskan dosa dan dikurniakan balasan dan pahala.

Inilah jalan yang ditempuh oleh sistem hidup rabbani yang telah diputuskan Allah SWT agar ia diterapkan dalam realiti hidup manusia dengan usaha perjuangan manusia sendiri, iaitu ia harus dikukuhkan melalui usaha perjuangan dan pengorbanan yang dicurahkan oleh pejuang fisabilillah demi mencari keredaan Allah SWT.

Inilah tabiat sistem hidup Ilahi, nilai-nilainya dan tugas-tugasnya, kemudian inilah juga methodologi atau kaedah didikan dan bimbingan untuk beralih dari peringkat keinsafan setelah memikirkan kejadian-kejadian Allah SWT kepada peringkat tindakan yang positif untuk melaksanakan sistem yang dikehendaki oleh Allah SWT itu.

Nikmat Allah

Betapa banyaknya nikmat yang Allah kurniakan kepada mereka yang berhijrah dengan keampunan dan dikurniakan syurga di samping pahala yang dikurniakan-Nya. Penulis mengakhiri perbincangan ini dengan sebuah hadis sabda Rasulullah SAW kepada Amru bin al-‘As r.a yang bermaksud: Apakah kamu tahu bahawa Islam boleh menghapuskan dosa sebelumnya, hijrah boleh menghapus dosa semuanya dan haji boleh menghapus dosa sebelumnya. (riwayat Muslim)

Imam Nawawi berkata: Ini menunjukkan besarnya kedudukan Islam, hijrah dan haji. Dan dalam setiap satunya boleh menghapuskan sebarang dosa yang dilakukan sebelumnya. (rujuk syarah Muslim 2/497)

Semoga Alllah kurniakan kepada kita pelbagai kebaikan dalam kehidupan dan menjadikan kita orang yang berhijrah kepada-Nya.

TAUHID HAKIKI

Tauhid Hakiki - Musafirikhlas

Dalam mempersoalkan isu tauhid ini ramai umat manusia yang mempelajari ilmu mengenal diri iaitu “Makrifatullah”, mengapa terlalu banyak persepsi atau pandangan-pandangan dan pelajaran-pelajaran yang jauh membawa umat manusia untuk mengerti dan memahami kongsep hakikat makrifatullah yang hakiki, pelbagai jalan dan cara diajarkan kepada umat manusia yang merumitkan lagi menyulitkan, apakah agama itu menyulitkan atau memudahkan..? Sedangkan setiap segala sesuatu itu sudah disiapkan dengan dalil beserta hadis-nya.

Menurut hemat saya pelajaran ilmu hakikat makrifatullah ini tidak merumitkan dan menyulitkan, bahkan memudahkan umat, mengapa mahu menyulitkan..? Ambillah jalan mudah, mudah difahami dan dicerna, bukan bererti adanya jalan mudah cara lama ditinggalkan, kalau anda masih boleh memahami dengan baik.. ya silakan,  tapi menurut saya.. jika ada jalan yang lebih mudah…ya di pilih jalan yang mudah, kalau jalan yang berliku-liku itu menyulitkan lalu banyak umat manusia tersasar dari hakikat makrifatullah yang hakiki, apa lagi jika hendak mentauhidkan dengan benar-benar tauhid akan segala sesuatu kepada Allah.

Jika difahami dengan benar-benar apa itu “Zat=Sifat=Asma’=Af’al” maka ianya benar-benar telah memberitahu bahawa makhluk/manusia itu pada hakikatnya tidak ada, yang ada hanya Allah semata-mata, mengapa masih merasakan diri hebat atau bijak..? Dan fahami lagi dengan benar-benar konsep “ La ilaha Illallah, tiada TUHAN melainkan ALLAH”, bukankan telah dikatakan bahawa sememangnya tuhan lain selain Allah itu tidak ada..? Lalu mengapa timbulnya pelbagai pengakuan tuhan itulah tuhan inilah, aku-lah tuhan, bukankah ini merumitkan..? Kalau hendak ber-TUHAN maka bertuhanlah pada Allah sahaja, jangan ada lagi berbagai-bagai tuhan.

Bagaimana hendak merasai adanya atau mengenali Allah itu dengan hakiki..?  Jika mahu merasai adanya Allah itu maka rasailah sehingga tiada lagi rasa, lihatlah sehingga tiada lagi penglihatan, pandanglah sehingga tiada pandangan sehingga semuanya menjadi kosong sekosong-kosongnya, lalu apa yang anda dapati..? Tidak ada apa-apa lagi melainkan diam sediam-diamnya, maka anda telah sampai kepada Zat-nya, kerana diri zat itu tiada dapat dirasa, tiada dapat disentuh, tiada dapat dilihat, tiada dapat dicium melainkan kosong yang tiada kosongnya, maka itulah zat semata-mata, itulah diri Allah sebenar-nya.

Lalu timbul pula rasa ingin dikenali, maka di sini telah ada permulaan titik awal iaitu sifat,  kalau tadi dikosongnya itu zat semata-mata, sekarang ini telah ada rasa ingin dikenali maka telah ada permulaan bagi yang awal iaitu sifatullah, apakah sifat ini telah zahir..? Belum…inilah yang dikatakan qodim,  bicara tanpa suara masih qodim, maka diciptakan makhluk yang bernama “ADAM” yang maksudnya tiada, lalu nyatalah apa yang diinginkan oleh sifat itu dengan nyatanya af’alullah ini, segala kelakuan dan perbuatan sifat itu nyata terzahir atas jasad ini, maka namanya ialah juga satu iaitu Allah, esa pada zat-nya, sifat-nya, af’al-nya dan asma’-nya.

Konsep-nya amat mudah, seperti anda ketahui iaitu “Allah, Muhammad, Adam”, kalau ketiga-tiga ini umum-nya satu tapi tiada bercampur, kerana Allah dan Muhammad itu satu bukan bersatu, bukan bercampur tapi satu jua, kalau Adam itu tentu-nya satu jua tapi tiada bercampur, kerana adam itu diciptakan hanya satu dengan cara ciptaan yang pertama dan merupakan benda baharu yang  akan menemui mati, kerana ianya diberikan hayat, penglihatan dan pendengaran sebagai menyatakan akan diri-nya yang sebenar diri. Lalu di manakah manusia..? 

Cuba di fahamkan sabda baginda nabi S.A.W iaitu” Ana minallah, walmu’minuna minni, Aku dari Allah, mukmin itu daripadaku

Lalu kembalilah kepada tauhid yang hakiki, tauhidlah dengan benar-benar bahawa sesungguhnya Allah semata-mata yang ada, kerana kalimat tauhid itu ialah “La maujudun Illa Allah”, tiada sesuatu yang maujud/wujud kecuali Allah”, jikalau sudah benar-benar tauhid maka tiada lagi dipandang segala gerak dan perbuatan itu perbuatan makhluk pada diri jasad ini melainkan kelakuan dan perbuatan Allah semata-mata, tapi ingat bahawa diri Allah itu tidak bertempat, seperti dalam hadis qudsyi menyatakan “ Ana makanin, wala lay salli makan, Aku merupakan tempat pada sekelian yang bertempat, tapi aku tidak mengambil tempat pada sekelian yang bertempat”. Apakala sudah sampai di sini maka kembalilah ke tempat sewajarnya dan selayaknya kita berada iaitu pada tempat mutmainnah, iaitu tempat orang yang jiwa-nya sudah tenang setelah makrifat dan tauhid dengan benar-benar hakiki, walaupun begitu tetaplah merasakan dan memandang kepada Allah itu dengan tiada lagi rasa dan tiada lagi pandangan, lalu putuskanlah iktiqod anda bahawa tiada lagi tuhan begitu tuhan begini, bahawasa-DIA lah semata-mata yang ada.

Tapi harus di ingat bahawa bukan bererti di sini destinasi kita kerana kita bukan tuhan, tapi diri kita hanyalah kenyataan tuhan, maka tempatnya iaitu di “Mutmainnah”, orang yang jiwanya sudah tenang apabilah telah mengenali hakikat diri sebenar diri, tapi tetap memandang Allah sahajalah ada, seperkara lagi harus di perhatikan, Allah itu tidak bertempat, “Ana makanin, wala laysalli makan, Aku merupakan tempat pada sekelian yang bertempat, dan Aku tidak mengambil tempat pada sekelian yang bertempat”.

Jika menurut hemat saya jalan ini amat mudah difahami kerana tiada berbagai-bagai cara, bukan cara lain itu tidak bagus atau tertolak, bahkan Allah telah menyatakan bahawa “Ada dari kalangan hambaKU yang datang kepadaKU dalam keadaan merangkak, berlari, berjalan, mengesot dan berbagai lagi, bahkan ada yang semacam mendaki”, juga harus di ingat penjelasan ini bukanlah bererti hendak mendabik dada bahawa inilah jalan yang sebenarnya yang harus anda telusuri bahkan ada bermacam-macam cara, maka andalah yang harus bijak berfikir.

Mudah bukan, anda merasai adanya tuhan itu sehingga tiada lagi rasa, iaitu hilang segala rasa sehingga menjadi kosong ia akan rasa, berfikir sehingga hilang segala fikiran menjadi satu dengan perasaan lalu kosong sekosong-kosongnya, maka tiada lagi anda dapati diri anda, bahkan tuhanlah yang ada,  inilah yang perlu dibawa ke dalam solat, bukan berbagai-bagai iktiqod, apabila ini sudah dicapai maka setiap gerak rukuk dan sujud dalam solat itu tidak lagi di pandang sebagai perbuatan makhluk, bahkan kelakuan dan perbuatan tuhan semata-mata yang bertajalli pada sifat (Muhammad) dan af’al-nya, (Jasad), jasad ini tempat kenyataan tuhan.

Cuba difikir sejenak, anda berniat untuk membuat air kopi, awalnya sebelum niat itu apa yang ada, tidak ada bukan, kosong sekosongnya, ini yang dikatakan zat, (Zat Mutlak/Ruhul Qudus) zat mutlak ini bukanlah diri tuhan, masih belum, kerana diri tuhan dan zat yang menciptakan itu masih tinggi lagi, tapi bukan ini untuk dibahaskan, apabila telah ada niat maka titik awal permulaan itu sudah bermula, tapi masih belum nyata, apabila telah disempurnakan atau pergi ke dapur membuat air kopi maka nyatalah, ini yang dikatakan zahir, maka telah nyata apa yang dikatakan titik awal niat itu.

Perbahasan ini tentunya luas namun saya ringkaskan kerana menurut hemat saya para pembaca bukanlah baru hendak belajar, bahkan sudah mempunyai pengetahuan yang baik dalam bidang agama, maka dengan itu marilah sama-sama kita renungkan dan fikirkan sedalam-dalamnya agar mencapai matlamat dan tujuan yang sebenarnya untuk apa diri zahir ini diadakan.

Akhir kalam penjelasan ini bukan untuk menunjukan kebijaksanaan berfikir, tapi sama-sama berkongsi pengetahuan. Allahu’alam………

http://perjalananmukmin.wordpress.com/2013/11/20/tauhid-hakiki/

Ahad, 24 November 2013

Padam Rasa MARAH Dengan Kemaafan

Padam rasa marah dengan kemaafan -epondok -Ahmad Shukri Yusoff

Gambar hiasan aje
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang yang menahan kemarahannya dan orang yang memaafkan kesalahan orang dan (ingatlah), Allah mengasihi orang yang berbuat perkara yang baik.” (Surah Ali-Imran, ayat 134)

Sifat terpuji yang dimiliki orang bertakwa antaranya ialah kemampuan menguasai diri ketika marah. Marah adalah emosi semula jadi manusia dan ia tidak boleh dikawal oleh seseorang melainkan dengan rasa kesedaran yang halus hasil pancaran takwa dan kekuatan spiritual.

As-Syahid Sayyid Qutb dalam Tafsir Fi Zilalil Al-Quran menyatakan, mengawal dan menahan kemarahan hanya satu tangga pertama dan kebolehan mengawalnya saja tidak cukup kerana kadang-kadang seseorang itu menahan kemarahannya untuk menaruh dendam.

Ini bererti kemarahan berkobar-kobar itu berubah kepada dendam yang terpendam. Oleh sebab itu al-Quran menjelaskan bahawa titik pembebasan kemarahan yang terpendam dalam hati orang yang bertakwa ialah memberi kemaafan, bersikap toleransi dan berlapang dada.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah SAW: “Berilah kepada saya satu pesanan. Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kamu marah. Lelaki itu mengulangi pertanyaan beberapa kali, Rasulullah SAW tetap menjawab: Janganlah kamu marah.” (Riwayat Bukhari)

Kurangkan Suhu Kemarahan

Justeru, kita perlu menjauhi sebab atau faktor yang boleh menimbulkan kemarahan serta mengurangkan suhu kemarahan dengan mengundang pekerti mulia seperti sifat mahmudah, malu, sabar dan kesediaan memberi kemaafan.
Selain itu, ia juga memberi maksud supaya jangan diikuti rasa marah yang membahang tetapi cuba mengawalnya sedaya upaya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan keji dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya.: (Surah asy-Syura, ayat 37)

Antara pendekatan yang boleh digunakan dalam memadamkan api kemarahan ini ialah melatih jiwa supaya bersikap tolak ansur dan mengisi hati dengan kasih sayang. Mengetahui kelebihan yang ditawarkan oleh Allah SWT kepada sesiapa yang dapat mengurus kemarahannya dengan baik.

Berlapang dada dan bersikap lembut ketika menghadapi suasana sukar, banyakkan berdiam diri serta berdoa kepada Allah SWT supaya menyelamatkan kita daripada sifat marah. Hendaklah ingat kesan sifat marah mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam oleh orang yang dimarahi.

Membayangkan betapa buruknya rupa sendiri ketika kita sedang marah. Apabila datang marah, banyakkan membawa ta’awwuz kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

Kemarahan adalah satu bebanan yang berat kepada hati apabila dipendamkan. Ia adalah pucuk-pucuk api yang menjilat hati dan nurani. Tetapi apabila kemarahan dikawal dan hati memberi kemaafan, maka itulah titik kebebasan daripada bebanan kemarahan dan pasti tiupan dingin ketenangan akan berada dalam jiwa.

Zahir Kemahiran Jika Sentuh Isu Agama

Namun, perasaan marah boleh dilahirkan jika ia menyentuh isu kehormatan agama, kezaliman dan penindasan terhadap umat sejagat. Rasulullah SAW sendiri menzahirkan kemarahan jika ia menyentuh hak Allah SWT dan hak sesama manusia.

Rasulullah SAW tidak dapat menyembunyikan kemarahannya apabila kebersihan masjid tidak dipelihara dan dijaga sehingga ada kesan kahak serta hingus dalam masjid sedangkan menjaga kebersihan masjid adalah bentuk kemuliaan masjid.

Satu lagi contoh kemarahan Rasulullah SAW apabila diminta oleh Usamah bin Zaid supaya melepaskan hukuman hudud terhadap seorang wanita yang mencuri. Berubah wajah Rasulullah SAW apabila mendengar permintaan Usamah sambil Baginda bersabda: “Apakah engkau hendak memberi syafaat dalam satu kesalahan hudud dari hudud-hudud Allah?” Maka Usamah berkata: “Mohonlah ampun untuk saya wahai Rasulullah SAW”.

Manakala waktu petang Rasulullah SAW bangun lalu memuji apa yang patut bagi Allah Azza Wa Jalla dan kemudian Baginda bersabda: “Adapun kemudian dari itu, sesungguhnya manusia sebelum kamu binasa tidak lain kecuali hanyalah kerana mereka apabila orang mulia di kalangan mereka mencuri mereka membiarkannya, dan apabila orang yang lemah dikalangan mereka mencuri mereka menegakkan hukuman had ke atasnya.” Kemudian Baginda bersabda: “Demi Allah yang jiwaku dalam tangan-Nya, jika Fatimah binti Muhammad mencuri nescaya aku potong tangannya.” (Riwayat An-Nasai, Muslim dan Al-Bukhari)

Apabila membicarakan mengenai marah, janganlah kita menjadi sebab kepada kemarahan dan kemurkaan Allah SWT. Ini penting supaya kita tidak terjebak dengan perkara yang menyebabkan kemurkaan Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan barang siapa yang membunuh seorang Mukmin dengan sengaja, maka balasannya adalah Jahannam, kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknatnya serta menyediakan azab yang besar baginya.” (Surah an-Nisa’, ayat 93)

Ancaman Jika Membunuh Mukmin

Ancaman keras kepada mereka yang bertindak membunuh sesama Mukmin yang pasti mengundang kemurkaan dan laknat Allah SWT kepada mereka. Kemurkaan Allah juga berlaku kepada sesiapa yang buruk sangka kepada-Nya, tidak yakin peraturan dan hukuman telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan supaya Dia menyeksa orang munafik lelaki dan perempuan dan orang musyrik lelaki dan perempuan, yang menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang buruk (bahawa Dia akan mengecewakan Rasul-Nya). Atas merekalah tertimpanya bala bencana yang dibawa oleh peredaran zaman dan (selain itu) Allah murkai mereka dan melaknatkan mereka serta menyediakan untuk mereka Neraka Jahannam; sedang Neraka Jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.” (Surah Al-Fath, ayat 6)

Perbincangan berkenaan sifat marah bukan tertumpu pada emosi marah manusia biasa, tetapi harus dipanjangkan kepada perkara yang dimurkai oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW supaya kita dapat membina kehidupan di atas keredaan-Nya.

http://epondok.wordpress.com/2013/11/21/padam-rasa-marah-dengan-kemaafan/

TIGA Perkara Perlu Imbangi Kehidupan

3 perkara perlu imbangi kehidupan - epondok -Oleh Prof Madya Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi
Gambar hiasan
Islam memandang kehidupan dunia dan akhirat saling melengkapi, tidak boleh tenggelam dalam bayangan materialisme dan juga terlena dalam keasyikan kerohanian.

Dalam erti kata lain, umat Islam dituntut untuk meraih material duniawi, tetapi dalam masa yang sama mempunyai nilai ukhrawi. Oleh kerana itu, Islam menjadikan umatnya sebagai umat pertengahan atau ummatan wasathan.

Antara istilah yang mempunyai pengertian yang sama dengan wasatiyyah adalah al-tawaazun iaitu keseimbangan dan al-’adlu yang bererti keadilan. Pertengahan menunjukkan keseimbangan, sekali gus keadilan.

Islam memandang kehidupan dunia dan akhirat saling melengkapi, tidak boleh tenggelam dalam bayangan materialisme dan juga terlena dalam keasyikan kerohanian.

Sabda Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tengah-tengah itu adalah adil. Kami jadikan kamu satu umat yang tengah-tengah (terbaik)”. (Riwayat Tirmizi dan Ahmad).

Al-Tawaazun atau al-Mizan adalah prinsip keseimbangan ajaran Islam. Alam semesta dan manusia diciptakan dengan hukum keseimbangan sebagai mana ditegaskan Allah SWT lewat firman-Nya yang bermaksud: “Dialah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan – (mu) – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?” (Surah al-Mulk, ayat 3)

Justeru, Allah SWT menurunkan petunjuk baik dalam ayat Qouliyah (al-Qur’an) mahupun ayat Kauniyah (alam semesta) yang memuatkan hukum keseimbangan ini (al-Mizan).

Oleh itu, jika manusia ingin hidup tenang, berjaya dan bahagia, dia mesti tunduk dan patuh kepada hukum keseimbangan.
Timbul persoalan mengapa hidup manusia sering kali dilanda kesusahan, sentiasa dikejar hutang keliling pinggang, diuji dengan kesakitan dan diduga dengan masalah konflik keluarga?

Boleh jadi jawapan yang tepat bagi semua musibah yang melanda adalah kerana manusia masih belum mampu menjaga keseimbangan yang ditetapkan.

Ada tiga perkara yang harus diseimbangkan dalam kehidupan manusia. Pertama ialah keinginan. Dalam Islam, keinginan disebut dengan istilah al-hawa an-nafs iaitu hawa nafsu yang bermaksud keinginan diri sendiri.

Imam al-Gazali pernah berpesan bahawa yang paling besar di bumi ini bukan gunung dan lautan, melainkan hawa nafsu yang jika gagal dikendalikan, maka kita akan menjadi penghuni neraka.

Hawa nafsu selalu mendorong manusia kepada keburukan dan kejahatan kecuali yang dirahmati Allah SWT seperti firman-Nya yang bermaksud: “Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Yusuf, ayat 53).

Jika manusia mengikuti hawa nafsu, maka dia mempertuhankan diri sendirinya dan sanggup melakukan apa saja bahkan lebih bejat daripada binatang.

Pendek kata, keinginan akan mengakibatkan kesusahan kepada manusia. Jika dia telah mendapat sesuatu hajat, maka dia akan mempunyai keinginan untuk memiliki tambahan yang lain lagi.

Sebagai contoh, dalam bab makanan, apa saja yang terhidang akan dimakan semahu-mahunya dan akhirnya akan menyebabkan pembaziran. Ringkasnya, tidak ada satu pun pekerjaan yang didasari hawa nafsu yang menghasilkan kebaikan, sebaliknya ia akan berakhir dengan kegagalan.

Perkara kedua ialah keperluan. Dalam Islam, ia lebih dikenali dengan istilah al-hajah. Islam tidak pernah menyuruh umatnya supaya membunuh hawa nafsu, sebaliknya dituntut untuk mengasuh, mengawal dan mengendalikannya. Tidak ada kehidupan jika tidak ada keinginan terhadap seks, harta, wanita, kuasa dan lain-lain.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). (Surah Ali Imran, ayat 14)

Selanjutnya, salah satu wahana yang boleh menyeimbangkan keinginan adalah keperluan. Apakah kita perlu terhadap apa yang kita inginkan? Keperluan lebih kecil daripada keinginan.

Perlu disedari bahawa keinginan untuk meraih sesuatu melalaikan kita pada hak tubuh badan, keluarga, jiran tetangga dan masyarakat. Tubuh badan kita juga berhak untuk beristirehat dan perlukan makanan yang seimbang, isteri dan anak.

Dalam ibadat pun, Rasulullah SAW melarang sifat keterlaluan dan berlebihan. Baginda SAW berpuasa dan berbuka, bertahajud dan tidur serta mengahwini wanita. Ringkasnya, malam untuk beristirehat dan siang pula masa bekerja. Jika keinginan tidak seimbang dengan keperluan, maka akan terjadi ketidakseimbangan individu, sosial dan spiritual.

Perkara ketiga ialah kemampuan. Dalam Islam, ia disebut dengan istitha’ah. Jika keinginan boleh diseimbangkan dengan keperluan, maka lagu dan irama akan berjalan seiringan. Tetapi, keperluan bersifat subjektif.

Oleh kerana itu, keinginan belum boleh diimbangi dengan keperluan saja, tetapi juga harus disokong dengan kemampuan.

Islam tidak pernah membebankan atau memberatkan umatnya dan tidak pula menghendaki umatnya menghadapi kesukaran dalam melaksanakannya.

Malah, Allah SWT pun tidak memaksa kita melakukan ibadah melampaui kemampuan. Contoh yang jelas adalah solat dalam perjalanan diberi rukhsah (keringanan), jika tidak mampu berdiri, boleh duduk atau terbaring.

Anak perisai api neraka

Anak perisai api neraka

DARIPADA Aisyah r.ha katanya: “Datang ke rumahku seorang perempuan meminta (makanan), tidak ada sesuatu disisiku melainkan sebiji kurma lalu aku beri kepadanya”. Maka dia pun membahagi sebiji kurma tadi kepada dua orang anaknya dan dia sendiri tidak memakannya. Kemudian dia pun keluar (dari rumah Aisyah). Setelah Nabi SAW datang kepada kami lalu aku pun memberitahunya (peristiwa tersebut), maka baginda bersabda: €œSesiapa yang diuji dengan anak-anak perempuan ini dengan sesuatu lalu dia melayan (memelihara) mereka dengan baik, adalah mereka menjadi penghalang daripada api neraka. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Huraian:

Orang Islam disuruh memenuhi hajat orang yang meminta sekali pun dengan pertolongan yang sedikit.

Ibu bapa mestilah mengutamakan keperluan anak-anaknya seperti makan, minum, pakaian dan sebagainya.

Ibu bapa yang mendidik dan mengasuh anaknya dengan sempurna dijamin bebas daripada api neraka.

Hadis ini menunjukkan kelebihan menjaga dan mendidik anak-anak perempuan. Ia akan menjadi perisai daripada api neraka jika dilakukan seperti yang diperintah Allah SWT dan rasul-Nya.

Ikut sahaja Al Quran dan As Sunnah ?

Ikut sahaja Al Quran dan As Sunnah ?


Slogan cantik, dan boleh membawa kerosakan bagi yang mengikut membuta tuli.

Jika ini ajakan anda untuk orang yang jahil tanpa ada merujuk alim ulamak. Memang ajakan anda ini untuk menjadikan lebih ramai ulamak jadian, mufti segera, mujtahid jadian yang sesat lagi menyesatkan.

Tahukah anda ? Allah meminta kita merujuk kepada alim ulamak dalam Surah an Nahl ayat 43.

Terdapat banyak hadith sahih yang hampir mencapai darjat mutawattir maknawi yang memerintahkan kaum Muslimin agar menetapi jemaah dan tidak keluar darinya. (Mengikut majoriti para Ulamak, umat Islam)

Hadith-hadith tersebut di antaranya:

1. Diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah dari Anas bin Malik radiyaLLahu ‘anhu. Ia berkata, bahawa RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bererti :

“Sesungguhnya umatku akan berpecah belah menjadi tujuh puluh dua golongan, semuanya berada dalam neraka kecuali satu iaitu Jemaah”

Pengarang kitab az Zawa’id berkata: Sanad hadith tersebut adalah sahih dan para perawinya dapat dipercayai.

2. Hadith yang diriwayatkan oleh Imam At Tirmidzi dan Imam Ibnu Majah dengan sanad sahih dari Umar bin Khatab radiyaLLahu ‘anhu dari RasuluLLah sallaLLahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda yang bererti :

“Kamu sekalian harus menetapi jemaah dan jangan sekali-kali (memisahkan diri), kerana sesungguhnya syaitan selalu bersama seorang dan dia menjauhi dari dua orang. Dan barangsiapa menginginkan pelataran syurga, hendaklah menetapi jemaah.

Imam At Tirmidzi berkata, “Hadith ini hasan sahih dan gharib dari segi ini. Imam Ibnul Mubarak pun meriwayatkan hadith tersebut dari Muhammad bin Sauqah. Hadith ini diriwayatkan dari Umar al Khattab radiyaLLahu ‘anhu dari RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam melalui beberapa riwayat.

3. Sabda RasuluLlah yang bererti : “Umatku tidak akan bersepakat dalam perkara salah”
(Riwayat at Tirmidzi, Ibnu Majah, Abu Daud dan Daruqutni)

4. Nabi bersabda (yang bererti ) : “Apa sahaja yang menurut pandangan orang Muslimin itu baik, maka ia juga baik di sisi ALlah. Dan apa-apa menurut pendapat orang Muslimin itu buruk, maka ia adalah buruk di sisi ALlah”. (Riwayat Ahmad : Hadith Hasan)

5. Hadith lain, RasuluLlah bersabda (yang bererti) : “Sesiapa yang mengasingkan atau memisahkan diri daripada Jemaah, ia mati seperti kematian orang jahiliyyah.” (Riwayat Al Bukhari, Muslim, Ahmad dan an Nasa’ie)

Sumber rujukan :

1. Dr Said Ramadhan al Buthi, Allaa Madzhabiyyatu Akhtaru Bid’atin Tuhaddidu Asy Syariiata al Islamiyyah, Bebas Mazhab Adalah Suatu Bid’ah Paling Merbahaya Yang Dapat Menghancurkan Syariat Islam, 2002, Pustaka Setia, Bandung

2. Ustaz Abd Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pengantar Usul Fiqh, Cetakan Pertama 1997, Pustaka Salam, Kuala Lumpur

Dari AbduLLah ibn Amr radiyaLLahu ‘anhu bahawa RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bermaksud :

ALLah subhanahu wa ta’ala tidak akan mengangkat ilmu pengetahuan dengan cara mencabutnya dari hati ulama, tetapi dengan cara mematikan mereka, dan jika sudah tidak ada lagi seorang ulama yang masih hidup, maka manusia akan mengangkat pemimpin di kalangan orang-orang yang jahil (bodoh), jika (para pemimpin tersebut ditanya tentang kemusykilan agama) maka mereka akan berfatwa tanpa dasar ilmu, dengan itu mereka menjadi sesat dan menyesatkan. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Masih berdegil lagi ? Ikut sahaja dengan bertaqlid buta individu/golongan yang suka bawa slogan di atas yang sebenarnya inginkan kerosakan dalam agama. Anda akan bersama-sama dengan mereka.

Dan kami ingin bersama-sama dengan MAJORITI ALIM ULAMAK. As sawad al a’zhom – Asya’iroh al Maturidiyyah.

http://pondokhabib.wordpress.com/2013/11/04/ikut-sahaja-al-quran-dan-as-sunnah/

Jumaat, 22 November 2013

Dari Malaysia bersemadi di Istanbul - Kisah Ammar

Maka hari ini Allah telah menghantar kisah arwah Ammar untuk menempelak dan menyepak aku agar bangkit dari tidur. Berita pemergian beliau aku sudah maklum semenjak jam awal pemergiannya lagi cuma baru hari ini aku betul-betul mendalami sejarah hidup beliau.

Umur 20, sama dengan aku. Pencapaiannya jauh tinggi dan hebat dari aku bahkan dari sesiapa sahaja yang aku kenal yang sebaya dengan aku dan dia. Dari Malaysia bersemadi di Istanbul berjirankan Abu Ayub Al-Ansari sahabat Nabi yang dari madinah juga bersemadi di istanbul.

"Kematian Ahmad Ammar telah menyentuh satu bahagian dalam diri saya yang tak mampu disentuh oleh tasawwuf mahupun rasional. Bukan hati dan bukan akal. Tetapi sesuatu. Saya yang fakir perkataan, menamakannya sebagai 'ammar'." - Ust Hasrizal

Hari ini aku malu dengan diri sendiri. Aku malu dengan Ammar.

Allahumma firlahu warhamhu. Inginku coretkan kisahmu dalam diariku agar kisahmu menggapai dan menyentuh lebih banyak jiwa di luar sana.

Alfatihah.

Let's Follow Ammar : http://youtu.be/HIR30U3E9sE (ANDA WAJIB TONTON) — with Pelita Hidup

GPTD: Ahmad Ammar Dalam Kenangan (1993 - 2013)

Selasa, 19 November 2013

Lalat, Sehina Itukah Dia, atau Dia Lebih Mulia Dari Itu?

Oleh: Dr. Muhammad Widus Sempo, MA. 

dakwatuna.com - Tidak ada entitas kehidupan yang tercipta sia-sia. Sadar akan hal ini, penulis berupaya menyuguhkan tulisan singkat tentang hakikat penciptaan lalat. Makhluk lemah ini sering kali dituding oleh sebagian dari mereka sebagai serangga pembawa sial, kuman penyakit, dan hewan yang cukup mengganggu. Akan tetapi, pernahkah mereka memikirkan hakikat penciptaannya?
Hampir semua jenis serangga, termasuk lalat, tidak terlihat di musim dingin, mereka nantinya muncul beterbangan di awal musim semi, tetapi sebagian dari mereka, seperti lalat hijau telah menampakkan diri di penghujung musim dingin. Tentunya, fenomena seperti ini membangkitkan selera tanya pemerhati yang berkata: “rahasia apa lagi di balik fenomena ini? Apakah di sana ada pesan-pesan kehidupan untuk manusia?”

Siklus kehidupan seperti ini menunjukkan kesempurnaan penciptaan Allah SWT. Mereka seperti bala tentara Allah yang menyeru dan berkata: “wahai manusia, khalifah Allah, jangan pernah melihat aku pada batas penciptaan semata, tetapi temukan nilai-nilai ketuhanan dan kehidupan di balik penciptaanku! Aku melukiskan seribu satu makna bagi insan-insan Rabbânî. Olehnya itu, jangan pernah mengusirku dengan begitu kasar, hanya karena aku hinggap di batang hidungmu. Aku tidak sepantasnya mendapatkan perlakuan seperti itu, jika Anda mengetahui hakikat-hakikat penciptaan yang aku biaskan. Boleh jadi, dengan bertenggernya aku di batang hidungmu sedetik, itu dapat menyadarkanmu dari kelalaian tentang hakikat penciptaan setiap entitas kehidupan. Coba lihat dan pikirkan itu!”

Di musim panas sampah dan bangkai binatang cepat mengalami pembusukan oleh pengaruh bakteri. Olehnya itu, untuk menekan bahaya bakteri tersebut, Allah menciptakan lalat di luar perhitungan matematis sebagai pembasmi gratis terhadap kuman-kuman penyakit.

Syekh Mutawallî as-Sya’râwî dengan singkat mengatakan:
“Sebagian manusia bertanya: “apa hikmah penciptaan lalat di kosmos ini?” mereka tidak tahu bahwa lalat senantiasa memberikan layanan jasa yang sangat urgen, dia memakan kotoran dan kuman penyakit yang melengket di tubuhnya, dan seandainya manusia memproteksi diri dengan kebersihan, pasti lalat tidak mengerumuni mereka.

Jadi, setiap entitas kehidupan memerankan fungsi mereka dengan teratur. Sesungguhnya keteraturan yang apik itu datang dari Sang Pencipta yang Maha Mengetahui lagi Bijak. Dan selagi Dia yang Bijak yang menciptakan, maka tidak layak bagi mereka membantah dan berkata: “kenapa lagi dia tercipta?” Karena setiap makhluk punya tugas tersendiri di alam ini.”[1]

Sebelumnya, Bediuzzaman Said Nursi mendeskripsikan fungsi penciptaan makhluk ini dengan panjang lebar, beliau berkata:
“Sesungguhnya lalat sangat memerhatikan kebersihan, dia senantiasa membersihkan muka, mata dan sayapnya, seperti orang yang sedang berwudhu. Olehnya itu, tanpa ragu, jenis makhluk ini punya tugas penting dan mulia, tetapi kaca mata hikmah dan ilmu manusia tidak mampu menangkap semua fungsi yang sedang dilaksanakan.

Di antara hewan yang diciptakan Allah binatang buas, pemakan daging (karnivor). Mereka seperti petugas kebersihan yang menjalankan tugas dengan begitu sempurna. Dengan melahap bangkai binatang darat dan laut, mereka telah menjaga kebersihan laut dan udara dari polusi.

Di lain sisi, di sana ada burung-burung pemangsa yang siap mencengkeram bangkai binatang laut dan darat sebelum membusuk. Dengan desain indera perasa yang Allah ciptakan terhadapnya, mereka mampu menangkap sinyal bangkai dari jarak tempuh sekitar 6 jam perjalanan. Seandainya petugas kebersihan ini tidak ada, dunia sungguh menyedihkan dan wajah laut murung tidak berseri.
Tidak jauh dari itu, lalat punya fungsi serupa. Serangga ini telah diformat khusus untuk membasmi kuman penyakit yang tidak terlihat oleh kasat mata. Dia bukan pembawa kuman, melainkan dia penghancur pelbagai basil yang berbahaya dengan memakan dan mendaur ulang materi beracun ini menjadi materi lain, sehingga dengan sendirinya penyakit-penyakit pun tidak tersebar dalam skala besar dan menakutkan.

Bukti nyata bahwa mereka makhluk petugas kebersihan, pembasmi bahan-bahan kimia yang mengancam, dan keberadaannya penuh dengan hikmah, adalah jumlahnya yang tidak terhitung di musim panas. Bukankah materi yang bermanfaat itu diperbanyak kopiannya?”[2]

Yang menarik lagi dari hewan ini, justifikasi hukum dari hadits bahwa spesies ini, meskipun datang dari kotoran, tetapi ia diperlengkapi dengan anti-bakteri. Ini telah ditegaskan sabda Nabi Saw berikut ini:

(إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِى إِنَاءِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ كُلَّهُ، ثم لْيَطْرَحْهُ، فَإِنَّ فِى أَحَدِ جَنَاحَيْهِ شِفَاءً، وَفِى الآخَرِ دَاءً).
“Jika lalat jatuh di tempat minum (gelas) salah seorang dari kalian, maka celupkan semua tubuhnya. Sesungguhnya di salah satu sayapnya ada obat, dan di sayap lain ada penyakit.”[3]

Jika Anda bertanya dan berkata: “Apakah mungkin lalat punya anti-bakteri, sementara, dia hidup di kotoran? Tolong buktikan dengan dalil-dalil ilmiah?”

Kebenaran medis Nabi Saw tersebut, yang diingkari oleh sebagian orientalis, telah dibuktikan oleh kedokteran kuno dan modern.

Imam Ibn Qutaiba berkata:
“Ahli medis kuno menganggap bahwa lalat yang diaduk dengan serbuk antimon [4] dapat menjadi ramuan celak yang ampuh mempertajam penglihatan dan mempertebal pertumbuhan bulu-bulu mata.”[5]

Olehnya itu, bagi Imam Ibn Qayyîm sendiri, hadits ini tidak patut diingkari oleh mereka, karena bukan hanya lalat saja seperti ini, tetapi ular, lebah dan yang lain punya mekanisme serupa. Beliau menjelaskan:
“Sebagian dari mereka merasa aneh terhadap penyakit dan obat yang ditemukan dalam satu makhluk. Itu bukanlah keanehan, sesungguhnya mulut lebah membawa madu dan pantatnya menyimpan sengat, bisa ular dapat dilumpuhkan dengan ramuan Tiryak (pengobatan kuno yang komposisinya terdiri dari bisa dan serbuk daging ular yang dicampur dan diaduk rata), dan mereka menyarankan kepada korban yang mukanya digigit anjing untuk ditutupi. Karena jika lalat hinggap, penyakitnya dapat bertambah parah.”[6]

Dunia medis modern pun telah menemukan hal yang tidak jauh beda dari penemuan di atas. Ini dapat dilihat di laporan medis mereka berikut ini:
Karena tabiat lalat yang tercipta di lingkungan kotor, maka sebagian kotoran tersebut melengket di tubuhnya, dan sebagian lain dimakan, yang kemudian menjadi materi beracun yang lebih dikenal dengan anti-bakteri (bakterionag). Zat beracun tidak dapat bertahan hidup, atau punya pengaruh terhadap kekebalan tubuh selama anti-bakteri ini ada di tubuh lalat. Olehnya itu, jika seekor lalat yang membawa kuman penyakit jatuh di makanan dan minuman, maka pemusnah kuman yang paling ampuh anti-bakteri yang tersimpan di rongga dalam lalat itu sendiri yang dekat di salah satu sayapnya. Tentunya, dengan mencelupkan semua tubuh lalat cukup untuk membunuh kuman-kuman yang melengket di tubuhnya. Hal ini telah dibuktikan medis barat.[7]

Pendek kata, medis kenabian telah terbukti kebenarannya oleh medis kuno dan modern. Tidak ada celah bagi mereka yang ingin menuding teks-teks Islam sebagai teks agama yang tidak riil dan relevan dengan dunia nyata. Ini mengindikasikan kebesaran dan keagungan Sang Maha Penguasa, yang ciptaan- ciptaan-Nya dapat menjadi guru tersendiri bagi mereka yang ingin menangkap bisikan-bisikan hakikat penciptaan dan kehidupan.

Keurgensian makhluk ini tidak berhenti di sini saja, tetapi ia diabadikan sebagai bahan baku celaan Al-Qur’an terhadap orang-orang musyrik. Allah SWT berfirman:
إِنَّ الَّذِينَ تَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ لَن يَخْلُقُوا ذُبَابًا وَلَوِ اجْتَمَعُوا لَهُ ۖ وَإِن يَسْلُبْهُمُ الذُّبَابُ شَيْئًا لَّا يَسْتَنقِذُوهُ مِنْهُ ۚ ضَعُفَ الطَّالِبُ وَالْمَطْلُوبُ ﴿٧٣﴾
“Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalat pun, walaupun mereka bersatu menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah.” (QS. Al-Hajj [22]: 73)

Hemat penulis, lalat makhluk yang paling lemah, tetapi ia mengetahui kelemahannya. Di lain sisi, penyembah berhala, makhluk lemah, tidak menyadari kelemahannya, bahkan ia memberikan justifikasi ketuhanan kepada berhala-berhala yang tidak punya kekuatan sedikit pun. Olehnya itu, kelemahan yang disadari dan diposisikan pada tempatnya lebih baik dari sejuta kesombongan dan keangkuhan yang menyengsarakan.

Sesungguhnya apa yang mereka anggap kuat, hakikatnya lemah di hadapan Allah, penyembah dan sembahan tidak dapat mengembalikan sesuatu yang telah dirampas lalat dari mereka. [8] Apa lagi jika mereka diminta menciptakan makhluk ajaib ini. Sungguh, itu cemooh yang mencoreng muka mereka di hadapan seluruh entitas kehidupan, celaan yang meninggalkan pilu dan malu. [9]
Demikianlah telaah imaniah singkat tentang justifikasi negatif terhadap lalat yang jauh dari nilai-nilai keimanan, hewan yang menyimpan seribu satu keajaiban penciptaan.

Di akhir tulisan ini, saya mengajak pemerhati tema-tema keislaman menyimpulkan apa yang dipaparkan di atas:
“Telaah rahasia-rahasia penciptaan lalat dengan penuh keimanan! ia lemah tapi tidak sombong, dengan kelemahan dia menjadi kuat, makhluk yang melukiskan keagungan penciptaan yang tidak terhingga, petugas kebersihan harian umat manusia yang tidak disadari. Mereka tidak pernah meminta gaji, yang mereka inginkan hanyalah kesadaran manusia untuk menjadikan mereka objek telaah imaniah yang menyuguhkan aneka ragam makna kehidupan dan ketuhanan. Dia tidak kotor meski dari tempat kotor, tidak membawa kuman kecuali obatnya telah siap, dan dia senantiasa menyeru Anda untuk menjaga kebersihan. Subhanallah wa Alhamdulillah!”

Catatan Kaki:
[1] Tafsir as-Sya’râwî, vol. 2, hlm. 699
[2] Lihat: Ustadz Bediuzzaman Said Nursi, Masâil Daqîqah fi al-Ushûl wa al-Aqîdah, diterjemahkan oleh Ihsân Qâsim as-Shâlihî, Sözler Publication, cet. 2, 2003 M, hlm. 7-9
[3] Hadits ini diriwayatkan oleh Abi Hurairah ra., dan dikeluarkan oleh Imam Bukhari di Shahihnya, kitab at-Tib, bab Isâ waqaa adz-Zubâb fi Inâi Ahadikum, hadits, no: 5782, hlm. 1594
[4] antimon: logam berwarna putih perak yang mudah dihancurkan menjadi serbuk dan dicampur dengan logam-logam lain; batu serawak. [Departemen Pendidikan dan Kebudayaan, Kamus Besar Bahasa Indonesia,  Balai Pustaka, cet. 3, 1990 M, hlm. 43]
[5] Imam Abî Muhammad Abdullah bin Muslim bin Qutaibah, Ta’wîl Mukhtalafil Hadîts, ditahkik oleh Muhammad Muhyiddin al-Ashfar, al-Maktab al-Islami, Beirut, cet. 2, 1419 H/1999 M, hlm. 335-336
[6] Imam Ibn Qayyîm al-Jauzî, al-Musykil min Hadîts as-Shahîhain, ditakhkik oleh DR. Ali Husain al-Bawwâb, Dar al-Wathan, cet. 1, 1418 H/1997 M, hadits, no: 2076/2581, vol. 3, hlm. 547
[7] Lihat: Musykilât al-Ahâdîts an-Nabawiyyah wa Bayânuhâ, vol. 1, hlm. 54
[8] yang dirampas dari mereka adalah sesajen yang dipersembahkan khusus untuk berhala-berhala. Kebanyakan mufassir menafsirkannya sebagai wangi-wangian dan madu yang dioleskan di bagian kepala patung-patung tersebut. Di lain sisi, Syekh as-Sya’râwî menafsirkannya dengan makanan dan darah hewan (korban) yang disembelih di dekat berhala-berhala mereka. [lihat: Abû Hayyan at-
Tauhîdî, al-Bahru al-Muhîth, vol. 6, hlm. 360, dan Tafsir as-Sya'râwî, vol. 16, hlm. 9933-9934]
[9] Lihat: Syekh Abîs as-Suûd al-Imâdî, Tafsir Abî as-Suûd, vol. 4, hlm. 397-398, dan Syekh Muhammad Thâhîr bin Ãsyûr, at-Tahrîr wa at-Tanwîr, vol. 17, hlm. 340
Dr. Muhammad Widus Sempo, MA.
Tentang Dr. Muhammad Widus Sempo, MA.
Sudah menikah, dan dikarunia dua anak. Doktor (S3) di Universitas al-Azhar, Kairo, jurusan Tafsir.


Sumber: http://www.dakwatuna.com/2011/12/05/17062/lalat-sehina-itukah-dia-atau-dia-lebih-mulia-dari-itu/#ixzz2l8PUrNy4 
Follow us: @dakwatuna on Twitter | dakwatunacom on Facebook

Rabu, 13 November 2013

Rasulullah (+playlist)

http://www.youtube.com/v/FEVYGRiay3c?list=PLFD3DC17E52996734&version=3&attribution_tag=OFl0jRB9V9wzjHqP1wxPYg&autoplay=1&showinfo=1&feature=share&autohide=1

Selasa, 12 November 2013

Rendah Hati (Tawadhu'), Sifat Kitakah?

Rendah Hati (Tawadhu'), Sifat Kitakah?


Sebagai umat Islam, tentunya kita sudah tidak asing lagi dengan kata maksud “takwa”. Menurut definisinya, takwa adalah imtitsâlu awâmirillâh wajtinâbu nawâhîhi (melaksanakan semua perintah Allah sekuat-kuatnya dan menjauhi apa pun larangan-Nya). Sebagaimana diajarkan oleh para ulama, takwa dalam bahasa Arab terdiri dari empat huruf, iaitu :

ت (tawâdhu‘) artinya rendah hati. Selain tawâdhu‘ bisa juga bermakna tadharru‘ yang bererti sama iaitu merendahkan diri di hadapan Allah dan sopan santun terhadap sesama.

ق (qanâ‘ah) artinya menerima dengan syukur semua karunia Allah

و (wara‘) artinya meninggalkan perkara syubhat dan tidak berfaedah

ي (yaqîn) artinya yakin sepenuh hati kepada Allah

Di kitab “Ta‘lîm al-Muta‘allim” terdapat syair tentang kerendahan hati yang berbunyi :

إِنَّ التَّوَاضُعَ مِنْ خِصَالِ الْمُتَّقِي * وَبِهِ التَّقِيُّ إِلىَ الْمَعَـالِي يَرْتَقِي

Sesungguhnya rendah hati adalah salah satu ciri orang yang bertakwa
Dengannya, orang yang bertakwa mencapai derajat kemuliaan

Nabi Muhammad saw. juga telah memerintahkan kita untuk selalu bersikap rendah hati. Dalam sebuah hadits beliau bersabda :

إِنَّ اللهَ أَوْحَى ِإلَيَّ أَنْ تَوَاضَعُوْا حَتَّى لاَ يَفْخَرَ أَحَدٌ عَلَى أَحَدٍ وَلاَ يَبْغَى أَحَدٌ عَلَى أَحَدٍ

Sesungguhnya Allah SWT telah mewahyukan kepadaku agar kalian bertawadhu‘, sehingga tak seorang pun menyombongkan diri kepada yang lain, atau seseorang tiada menganiaya kepada yang lainnya. (HR Muslim)

Di hadits lain, Rasulullah saw. mengingatkan akan jaminan bahwa orang yang rendah hati akan diangkat derajatnya oleh Allah.

مَازَادَ اللهُ عَبْـدًا ِبعَفْوٍ إِلاَّ عِزًّا، وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ ِللهِ إِلاَّ رَفَعَهُ اللهُ

Allah tidak menambahkan kepada seorang hamba yang pemaaf kecuali kemuliaan, dan tidaklah seorang hamba bersikap tawadhu‘ kecuali Allah pasti mengangkat (derajatnya). (HR Muslim)

مَنْ تَوَاضَعَ ِللهِ رَفَعَهُ اللهُ وَمَنْ تَكَبَّرَ وَضَعَهُ اللهُ
Siapa rendah hati karena Allah, maka Allah mengangkat (derajat)-nya; dan siapa sombong, maka Allah menyia-nyiakannya. (HR Abu Nu‘aim)

الْكَرَمُ التَّقْوَى، وَالشَّرَفُ التَّوَاضُعُ، وَالْيَقِيْنُ الْغِنَى

Kedermawanan adalah ketakwaan, kemuliaan adalah tawadhu‘ dan keyakinan adalah kekayaan. (HR Ibnu Abi Dunya dan Hakim)

Ketika ditanya mengenai arti tawadhu‘ (rendah hati), al-Fudhail menjawab, “Kamu tunduk kepada kebenaran dan patuh kepadanya. Walaupun engkau mendengarnya dari anak kecil, engkau tetap menerimanya. Bahkan, meskipun engkau mendengarnya dari orang terbodoh, engkau tetap menerimanya.”

Rendah hati adalah syarat pertama jika kita ingin mencapai derajat sebagai insan yang bertakwa.

Rendah hati merupakan puncak dari akhlak seorang mukmin, yaitu rendah hati kepada Allah, Sang Pemilik kehidupan.

Rendah hati tidak mungkin diraih hanya dengan ilmu, harus diiringi dengan amal perbuatan.

Rendah hati dari segi ilmu memang mudah dipelajari, namun dalam implementasinya membutuhkan waktu yang tidak singkat, bisa bertahun-tahun.

Rendah hati bertahap belajarnya. Seiring perjalanan usia, ilmu dan pengalaman seharusnya semakin rendah hati.

Rendah hati dapat diteladani dari diri Rasulullah saw., karena beliaulah orang paling bertakwa di seluruh alam semesta. Bahkan, malaikat pun hormat kepada beliau kerana derajat beliau yang begitu mulia di sisi Allah SWT. Nabi Muhammad saw. dipuji oleh Allah sebagai makhluk dengan akhlak sangat terpuji dan mendapat anugerah sebagai kekasih Allah (habîbullâh).

Di sebuah puisi, ‘Aidh al-Qarni mengungkapkan sanjungannya kepada Rasulullah saw. :

Siapa yang menghampiri pintu rumahmu, tak berhenti raga
bertutur tentang anugerah yang kau berikan
Mata bercerita tentang suka cita, tangan tentang persaudaraan,
hati tentang kelembutan, telinga tentang kebajikan

Demi Tuhan, kata-katamu mengalir bagai madu
Ataukah engkau benar-benar telah menuangkan madu pada mulut kami
Ataukah untaian makna yang kau ungkapkan
Aku melihat permata dan batu zamrud tersampaikan
Jika dirasakan oleh yang sekarat, akan tertahan ruhnya
Dan jika dipandang oleh yang di rantau, akan terobati kerinduannya

Para ulama menjelaskan bahwa rendah hati harus dimiliki dalam setiap kondisi dan tingkat atau kedudukan. Ketika kita masih belum menjadi apa-apa (tahap belajar), kita ibarat sebuah biji tanaman. Tanamlah biji itu di dalam tanah. Apabila diletakkan di atas tanah, dikuatirkan mudah dimakan binatang atau hilang disapu angin.

Saat kita berusaha mencapai puncak, hal ini laksana mendaki gunung. Agar lebih mudah mendakinya, maka badan kita harus condong ke depan dan pandangan mata ke arah bawah. Pernahkah kita melihat seorang pendaki gunung berjalan sambil menegakkan badan, mendongakkan kepala dan membusungkan dada? Semakin curam jalan yang kita daki, kita pun semakin merunduk, bahkan merayap. Bukankah pada dasarnya panjat tebing dilakukan dengan merayap?

Tatkala sudah di puncak, rendah hati tetap harus menghiasi diri. Angin pasti berhembus lebih kencang ketika kondisi kita di puncak. Agar bisa bertahan bahkan maju terus walaupun terpaan angin begitu besar, maka kita harus berjalan sambil membungkuk. Semakin kencang anginnya, bererti badan kita semakin membungkuk bahkan merayap.

Semoga Allah senantiasa menghiasi diri kita dengan sifat rendah hati, amin...

Daftar Pustaka :
  • ‘Aidh al-Qarni, Dr, “Nikmatnya Hidangan Al-Qur’an (‘Alâ Mâidati Al-Qur’an)”, Maghfirah Pustaka, Cetakan Kedua : Januari 2006.
  • Az-Zarnuji, asy-Syaikh, “Ta‘lîm al-Muta‘allim”
  • I. Solihin, Drs, “Terjemah Nashaihul Ibad (karya Imam Nawawi al-Bantani)”, Pustaka Amani Jakarta, Cetakan ke-3 1427H/2006.
  • Muhammad bin Ibrahim Ibnu ‘Ibad, asy-Syaikh, “Syarah al-Hikam”

Follow by Email