DOA -doa Ku... Ya Allah....

... اشهد ان لا إله إلا الله وأشهد ان محمد رسول الله .....YA ALLAH...AMPUNKAN AKU ....Bimbinglah Aku di jalan -MU.. TETAPKAN AKU DALAM KASIH SAYANGMU, ......AMPUNKAN SEGALA KESALAHAN dan DOSA-DOSAKU..DOSA DAN KESALAHAN KEDUA IBU BAPAKU..DAN SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT....KUMPULKAN AKU BERSAMA PARA NABI DAN RASUL...YA ALLAH ...KEKALKAN AKU DAN KETURUNANKU DALAM ISLAM DAN BERIMAN KEPADAMU....YA ALLAH.YA ALLAH, HIDUPKAN AKU DALAM KEADAAN MERENDAH DIRI, MATIKAN AKU DALAM KEADAAN MERENDAH DIRI DAN BANGKITKAN AKU (PADA HARI QIAMAT) DI DALAM GOLONGAN ORANG-ORANG YANG MERENDAH DIRI.. استغفر الله العظيم ASTAGFIRULLAHALAZZIM....سبحان الله...SUBHANALLAH ...الحمد لله..ALHAMDULILLAH...الله أكبر..ALLAHUAKHBAR.....ALLAHUMA SOLLIALA SAYIDINA MUHAMMAD....WAALA ALIMUHAMMAD..........

Jumaat, 28 Mac 2014

BaCaLaH Al QuRaN


Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a., katanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda, 
"Bacalah al-Quran kerana dia akan datang memberikan syafaat kepada pembacanya pada hari kiamat nanti. 

Bacalah Zahrawain
iaitu surah al-Baqarah dan Ali-Imran, 
kerana kedua-duanya akan datang pada hari kiamat nanti seperti dua kumpulan awan menaungi pembacanya atau seperti dua kelompok burung yang sedang terbang dalam matlamat hendak membela pembacanya.

Bacalah al-Baqarah 
kerana dengan membacanya beroleh berkat manakala dengan tidak membacanya beroleh penyesalan dan pembacanya tidak dapat dikuasai (dikalahkan oleh tukang-tukang sihir)."
(HR. Muslim)

Jumaat, 21 Mac 2014

Menangislah Wahai Mata

Menangislah wahai Mata!

ADA orang berkata ‘aku tidak mahu menangis dalam hidup ini’.

Ada pula yang berkata ‘apalah faedahnya menangis?! Ia tidak dapat mengubah apa-apa’. Ada juga yang berkata ‘aku bencikan airmata’.

Ungkapan-ungkapan seumpama ini mungkin dikeluarkan oleh mereka yang berasa tekanan dalam hidup. Namun, hakikatnya dalam hidup ini, insan memerlukan air mata tangisan dalam membentuk peribadi yang halus dan luhur antara dia dengan jiwanya, antara dia dengan ALLAH SWT.

Jenis tangisan
Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) dalam Zad al-Ma’ad menyebut tentang jenis-jenis tangisan (al-bukaa). Ada tangisan kasihan dan simpati (ar-rahmah wa ar-ra`fah).

Ada tangisan takut dan gerun (al-khauf wa alkhashyah).

Ada tangisan cinta dan rindu (al-mahabbah wa ash-syauq). Ada tangisan suka dan gembira (al-farh wa as-surur).

Ada tangisan kerana dukacita (al-hazn). Perbezaan antara tangisan dukacita dengan tangisan takut ialah dukacita berkaitan yang sudah berlaku sementara takut berkaitan yang belum berlaku.

Tangisan gembira airmatanya sejuk dan jantung hati sukacita. Tangisan sedih airmatanya panas dan jantung hati pula berdukacita.

Ada pula tangisan tewas dan lemah (al-khaur wa ad-dha’f). Ada pula tangisan munafiq (an-nifaq) di mana mata menangis sedangkan kalbu keras.

Dia menzahirkan kusyuk padahal dialah orang yang paling keras jantung hatinya.

Ada tangisan yang diupah dan dibayar.

Ini seperti tangisan meratapi mayat yang dibayar upahnya. Ada tangisan mengikut (al-muwafaqah) di mana seseorang menangis kerana melihat orang lain menangis. (lihat: Ibn Qayyim al- Jauziyyah, Zad al-Ma’ad 1/184-185. Beirut: Muassasah ar-Risalah).

Tangisan indah
Tangisan kerana takutkan ALLAH atau tangisan kerana merindui ALLAH adalah tangisan yang lahir jiwa yang khusyuk.

Suatu perasaan yang begitu indah yang tidak dapat difahami melainkan mereka yang mendapat kurnia ALLAH untuk matanya menangis kerana rindukan Tuhan, ataupun gerun kepadaNya. Suatu perasaan kudus lagi nikmat yang meliputi roh akan dirasai oleh sesiapa yang ALLAH rezekikannya tangisan jenis ini.

Matanya menangis, jiwanya tenggelam dalam nikmat rindu, cinta dan gerun kepada kebesaran-Nya.

Tidaklah dapat difahami hal ini melainkan mereka yang telah merasainya. Bak kata sebahagian orang sufi “sesiapa yang tidak merasa, dia tidak akan memahaminya”.

Hanya jiwa-jiwa yang hampir dengan ALLAH sahaja yang akan merasai nikmat ini.

Lebih hampir seseorang dengan ALLAH, lebih seringlah zahirnya nikmat ini pada diri seseorang.

Al-Quran pada banyak tempat memuji tangisan ini. Firman ALLAH memuji para rasulNya: (maksudnya) “..apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Ar-Rahman (ALLAH), mereka segera sujud serta menangis”. (Surah Maryam: 58)

Firman ALLAH memuji orang-orang soleh pula: (maksudnya) ..sesungguhnya orang-orang yang diberi ilmu sebelum itu apabila dibacakan al-Quran kepada mereka, mereka segera tunduk sujud.

Sambil mereka berkata (dalam sujudnya): “Maha suci Tuhan kami! Sesungguhnya janji Tuhan kami tetap terlaksana.

Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang al-Quran menambahkan mereka khusyuk” (Surah al-Isra`: 107-109)

Al-Quran juga mengutuk mereka yang keras jiwa mempersenda dan tidak menangis terhadap ayat-ayat ALLAH.

Firman ALLAH: (maksudnya) “maka patutkah kamu merasa hairan terhadap keterangan-keterangan ini (al-Quran)? Serta kamu tertawa (mengejek-ejeknya), dan kamu tidak mahu menangis?”. (Surah al-Najm: 59-60)

Berusaha
Kita hendaklah berusaha agar dapat menangis kerana takut dan juga kerana rindukan ALLAH. Rindukan Tuhan itu suatu nikmat yang amatlah rugi sesiapa yang tidak pernah merasainya. Rindu itu membersihkan jiwa dari kekotoran yang menyalutinya.

Ia adalah ubat kepada segala dukacita dunia. Apabila rindu itu menyelinap masuk ke dalam jiwa, ia bagaikan satu sentapan yang mengeluarkan dunia dari perasaan, yang menjelma ialah lautan kenikmatan rohani yang tidak dapat digambarkan oleh bahasa.

Airmata kusyuk itu amat segar dan menyejukkan jiwa. Nikmat inilah yang disebut oleh para ulama salaf. Nikmat inilah yang selalu dibayangkan oleh golongan sufi yang luhur.

Nikmat inilah yang dirasai oleh sesiapa yang mengikut jalan salafus soleh dengan ikhlas dan mencari hidayah ALLAH.

Setiap insan hendaklah berusaha mencapai keadaan itu. Walaupun ia kadang-kala hanya hadir dalam waktuwaktu tertentu, namun ia adalah amat bermakna untuk jiwa.

Bukan semua orang lunak jiwanya sehingga takut dan rindukan ALLAH.

Dalam hadis, Nabi SAW menyebut tujuh golongan yang mendapat perindungan ALLAH pada hari akhirat kelak, salah satunya: “lelaki yang mengingati ALLAH secara sendirian lalu matanya menangis”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kata Abdullah bin ash-Shakhir: “Aku masuk kepada Rasulullah SAW, Baginda SAW sedang bersolat, dalam dada Baginda bagaikan bekas air yang mendidih kerana menangis" (Riwayat Abu Daud, an-Nasai dll. Ibn Hajar dalam Fath al-Bari menilainya sahih).

Menangislah
Maka menangislah wahai mata!

Berusahalah menangis untuk mencapai tangisan nikmat itu. Berusahalah menangis untuk mencapai rasa takut kepada ALLAH atas kekurangan diri terhadap hak-hak ALLAH yang kita telah cabul ataupun kurangkan.

Malu kepada ALLAH. Rasa bersalah terhadapNya. Rindukan cintaNya dan gerunkan kebesaranNya. Dalam kalangan salafussoleh ada menyebut: “Menangislah kerana takutkan ALLAH. Jika engkau tidak menangis, berusahalah menangis”. (Zaad al-Ma’ad, 1/185)

Saya suka dengan kisah Salman al-Farisi sebelum beliau meninggal. Ketika dia dalam kesakitan, Sa’ad bin Abi Waqqas menziarahinya. Salman menangis. Sa’ad bertanya: “Apakah yang membuat engkau menangis wahai saudaraku? Tidakkah engkau telah bersahabat dengan Rasulullah SAW.

Tidakkah ini dan itu telah kau lakukan?” Jawab Salman: “Daku tidak menangis kerana salah satu dari dua perkara. Aku tidak menangis kerana cintakan dunia ataupun bencikan akhirat.

Namun daku menangis kerana mengenang Rasulullah SAW telah berjanji denganku satu perjanjian yang mana aku berpendapat aku telah melanggarnya”.

“Apakah yang Rasulullah SAW janji dengan engkau” Tanya Sa’ad. Jawab Salman: “Baginda SAW berjanji bahawa cukuplah seseorang kamu mengambil dunia dengan kadar seorang pengembara.

Daku rasa daku telah melanggarnya”. (Riwayat Ahmad, Ibn Majah, al-Hakim dalam al-Mustadrak. Hadis sahih) Padahal, dalam Sahih Ibn Hibban diriwayatkan Salman meninggal hanya lima belas dirham sahaja yang berbaki dari hartanya.

Kita semua patut menangis dibandingkan Salman al-Farisi sahabi Nabi SAW yang mulia itu. Menangis mengenang diri kita dan kekurangan yang kita lakukan terhadap hak-hak ALLAH.

Menangislah wahai mata! Di sana engkau temui nikmat hubunganmu dengan tuhanmu

PROF MADYA DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN 
http://www.sinarharian.com.my/rencana/menangislah-wahai-mata-1.262542

Rabu, 19 Mac 2014

Pesanan Agama

Gambar hiasan
Pesanan Al-Umari az-Zahid....

"Tidak ada nasihat yang paling mengena (dalam hati seseorang) selain kuburan. Tidak ada yang paling tenteram daripada (membaca) Al-Quran. Dan tidak ada yang paling selamat  berbanding menyendiri (dari hiruk-pikuk dunia)."

(pg 303-Selamat Tinggal Dunia)

DOA MALAIKAT UNTUK 11 GOLONGAN

Kalimah Syahadah
PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman . Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.Disenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat. Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Peringatan diri: Solat itu wajib, jangan biarkan diri di mamah usia dengan kekosongan rohani. Isikan dengan zat-zat yang berguna. Sebaik-baik rumah adalah Syurga. Sewanya dibayar dengan solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah. Seburuk-buruk tempat adalah neraka. Hindarkanlah dengan solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah. Kubur yang luas kerana solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah. Kubur yang sempit kerana tidak solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah. Lakukan sebaik mungkin yang wajib, insyaallah yang sunat pun akan berkat. Amin.

ANTARA ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT IALAH:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah 
(tidak membiarkan kekosongan di dalam saf). Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, dimana ia melakukan solat.”

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagai mana kalian meninggalkan hamba-Ku?”

Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

**Tambahan: Juga beristighfarlah 25 kali setiap hari untuk seluruh muslimin dan muslimat.

اَسْتَغْفِرُاللهَ الْعَظِيْمَ لِي وَلوَالِدَيَّ وَلِأَصْحَابِ الْحُقُوْقِ عَلَيَّ
وَلِجَمِيعِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسلِمَاتِ وَالْمُؤمِنِينَ  وَالْمُؤمِنَاتِ ألْأَحْيَاءِ مِنْهُم  وَالاَموَاتِ
بِرَحمَتِكَ  يَاأَرحَمَ  الرَّاحِمِيْنَ

9. Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’ “

10.Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11.Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Wallahu’alam.
Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah.

Posted by Hassan Abdul Latiff
http://uwaisalqarnie.blogspot.com/2013/12/s-ebelas-jenis-manusia-di-doamalaikat.html

Isnin, 17 Mac 2014

SEMAT AL-QURAN DALAM DIRI

Semat al-Quran dalam diri -Posted by epondok

BAGI orang -orang yang dalam dirinya sudah terpahat ayat-ayat ALLAH SWT pasti sudah ada sebuah kebahagiaan tersendiri. Bagi mereka, persoalan di atas sudah tidak memberi apa-apa ukuran untuk sebuah kebahagiaan.

Mereka tetap menjadi orang-orang yang bersyukur terhadap apa yang terjadi dalam hidupnya. Andai ada musibah yang menimpanya, ia akan beristighfar. Andai nikmat yang diperolehnya, pasti ucapan yang keluar di bibir adalah ucap syukur Alhamdulillah.

Jika al-Quran sudah dijadikan petunjuk hidup, ia akan membuat seseorang menjadi tenang. Ia sudah mempunyai penyelesaian terhadap segala persoalan. Cara pandang juga pasti berbeza dari orang-orang kebanyakan yang tidak merujuk kepada al-Quran.

Orang yang menjadikan ayat-ayat al-Quran sebagai panduan hidupnya, tidak akan berasa takut ketika perjalanan hidupnya membawa kepada keadaan yang paling sulit sekalipun.

Mungkin pada awalnya hati mereka bergetar terhadap ujian yang dihadapi. Namun, ketika kembali mengingati ALLAH, mereka bersangka baik padaNya. Walau di mana keadaan kita, apakah sedang berada di bawah, di tengah atau di atas, sentiasalah bersangka baik terhadap takdir ALLAH.

Jika seseorang itu sudah mencapai tahap mencari keredaan ALLAH, maka dia pasti sudah tidak berfikir lagi apakah perintah ALLAH itu mampu memuaskan akal dan nafsunya atau tidak. Bagaikan melihat sebuah lukisan, dia sudah tidak perlu berfikir apakah lukisan itu abstrak atau realistik.

Pandangan hidup sehari-hari bagaikan pergantian siang dan malam. Hal yang membezakan antara seorang Muslim dengan orang kafir adalah cara pandangnya dalam melihat pergantian hari daripada terang ke gelap atau sebaliknya. Lalu bagaimana supaya cara pandang kita terhadap Quran berbeza?

Pertama, ayat-ayat al-Quran yang ALLAH turunkan kepada Nabi Muhammad SAW adalah ayat yang sama yang kita baca hingga kini. Kedua, kita harus menggunakan secara maksimum indera pendengaran dan penglihatan kita sebagai salah satu cara memasukkan al-Quran dalam diri kita.

Hasilnya adalah sebuah kesedaran bahawa dalam ayat ALLAH terdapat sebab dan akibat yang harus ditanggung. Akhirnya kita akan bersedia dari awal agar tidak menanggung azab hasil dari perbuatan sekarang.

Apabila kita cuba melihat al-Quran memalui sudut pandang seorang Rasul yang bernama Muhammad, ia akan memberi suntikan semangat.

Dengan cara ini akan membawa kita lebih memahami dan menghayati firman ALLAH. Menjadi manusia hebat di mata ALLAH dan RasulNya seharusnya dijadikan motivasi bagi setiap manusia.

Juara di akhirat

Di saat ramai orang berlumba mendapatkan pengiktirafan dan penghargaan sesama sendiri dengan pelbagai ganjaran dan limpahan kekayaan, ada yang hadir dengan pemikiran untuk tampil hebat di mata ALLAH.

Kalimah ‘Menjadi Juara Akhirat’, adalah suatu cara pandang baru yang dilontarkan. Menurut salah seorang ulama Indonesia, Ustaz Bachtiar Nasir, sesiapa yang menjadikan ayat-ayat ALLAH sebagai panduan dalam kehidupan, maka dia adalah seorang yang hebat. Manusia merupakan sebaik-baik penciptaan, dan jika kehidupannya dilandasi al-Quran dan as-Sunnah pasti akan menjadi lebih hebat.

Firman ALLAH: “Sesungguhnya, Kami telah ciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.” (Surah Al-Tin: 4)

Tiga ayat dalam Surah Al-Qasas (ayat 71 hingga 73) adalah bukti kebenaran mengenai kebergantungan dan penyerahan hidup sepenuhnya kepada al-Quran. Dalam ayat 71 yang membawa maksud “Katakanlah (Muhammad), “Apa pendapatmu, jika ALLAH menjadikan malam itu terus menerus sehingga hari kiamat. Siapakah Tuhan selain ALLAH yang akan mendatangkan cahaya terang kepadamu? Adakah kamu tidak mendengar?”

Kalimah “Maka, apakah kamu tidak mendengar?” ini menunjukkan bahawa al-Quran perlu dipasakkan di dalam diri. Ayat ini menunjukkan kepada kita tentang al-Quran yang berkait rapat dengan alam semesta.

Ayat ini juga menunjukkan tingkat ketertundukkan kita pada ALLAH. Semua yang disaksikan di alam semesta  menjadi saksi. Ayat-ayat ALLAH digunakan untuk kita lebih mengenal ALLAH Yang Maha Khaliq sebagai pencipta.

Kecintaan terhadap ALLAH akan terlihat saat hati kita mula bergetar ketika ayat-ayat ALLAH ini dibacakan. Getarannya akan bertambah bila mana nama ALLAH disebut. Hal ini akan menambah ketakwaannya.

Di sebalik pergantian siang dan malam terdapat satu rahsia besar. Hadirnya siang menunjukkan tentang kekuasaan ALLAH yang mampu menghadirkan sinar mentari.

Sedangkan di sebalik kelamnya malam, terdapat kejahatan yang tersembunyi. Dalam surah Al-Falaq ada menyatakan tentang kejahatan malam apabila telah gelap gelita.

Al-Quran adalah kitab hidayah. Ia diturunkan oleh ALLAH kepada Nabi Muhammad SAW untuk disampaikan kepada seluruh umatnya. Dalamnya terkandung panduan bagi menjalani kehidupan di dunia hingga ke alam akhirat.

Bagi sesiapa yang mengikuti panduan al-Quran pasti akan berjaya dan selamat. Bagi mereka yang menolak dan menjauhi al-Quran, hidupnya pasti akan gagal dan menemui kesengsaraan.

Kejayaan bersama dengan al-Quran, di situlah letaknya kebahagiaan yang sebenar. Saat mendengarnya pun sudah merasa ketenangan dan kebahagiaan, bagaimana pula yang indah didengar lalu dapat dirasai oleh setiap anggota tubuh dengan melaksanakan panduan yang terkandung dalamnya.

Ibarat makanan yang kelihatan lazat di mata, ia tidak mampu diketahui melainkan dengan merasa untuk dinikmati dan disyukuri.

Namun, andai ada yang membenci dan menjauhkan diri  darinya, masih adakah buku panduan lain selain dari al-Quran yang lebih tepat dan dijamin mampu merawat derita jiwa yang bergelojak?

Itulah al-Quran sumber kekuatan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

http://epondok.wordpress.com/2014/03/17/semat-al-quran-dalam-diri/

Ahad, 16 Mac 2014

TIPS SELAMATKAN DIRI PADA AKHIR ZAMAN

Posted by epondok

FITNAH akhir zaman adalah perkara penting untuk diambil berat dan ketahui berdasarkan al-Quran dan sunnah. ALLAH SWT berfirman: “Dan berjaga-jagalah kalian daripada fitnah yang tidak hanya menimpa orang zalim di antara kalian saja.

Dan ketahuilah, sesungguhnya ALLAH Maha Keras hukuman-Nya.” (Surah Al-Anfal: 25)

Perkataan fitnah bermaksud ujian yang terpaksa dihadapi. Apabila seseorang ditimpa fitnah bererti seseorang itu diuji. Fitnah berlaku ke atas orang yang adil dan juga zalim.

“Kamu pasti diuji terhadap harta mu dan diri mu, dan kamu pasti akan mendengar dari orang yang diberi al-Kitab sebelum kamu dan dari orang yang menyekutukan ALLAH, gangguan yang menyakitkan hati. Jika kamu bersabar dan bertakwa, sesungguhnya itu termasuk urusan yang patut diutamakan.” (Surah Ali ‘Imran: 186)

Fitnah yang menimpa orang beriman membuktikan keimanan orang itu, manakala apabila fitnah menimpa orang zalim, akan terbuktilah kezaliman dan kesesatan mereka.
  
Wajib jauhi fitnah
Kita perlu meminta perlindungan ALLAH agar selamat daripada fitnah zahir mahupun tersembunyi. Fitnah akhir zaman banyak disebut dalam  hadis.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesungguhnya orang yang berbahagia adalah orang yang dijauhkan daripada fitnah (Baginda SAW menyebutnya tiga kali). Barang siapa ditimpa fitnah lalu dia bersabar, maka dia mendapat kebaikan.” (Riwayat Abu Daud)

“Kelak akan ada banyak fitnah di mana orang yang duduk ketika terjadinya fitnah lebih baik daripada yang berdiri, yang berdiri lebih baik daripada yang berjalan, yang berjalan lebih baik daripada yang berlari. Siapa yang menghadapi fitnah maka hendaklah dia menghindarinya dan siapa yang mendapati tempat kembali atau tempat berlindung daripadanya maka hendaklah dia berlindung.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Imam Al-Bukhari dalam Sahihnya membuat satu bab khusus mengenai menghindari fitnah, iaitu: (Bab Termasuk Dari Agama adalah Menghindari dari Fitnah). Di bawah bab ini beliau membawakan hadis daripada Abu Sa’id Al-Khudri RA. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Hampir saja sebaik-baik harta seseorang adalah kambing yang dia pelihara di puncak bukit dan lembah, kerana dia lari menyelamatkan agamanya daripada fitnah.” (Riwayat Bukhari)

Hadis ini menggambarkan tuntutan menjauhi tempat fitnah dan memohon dari ALLAH agar memberi keselamatan. ALLAH menjadikan bagi orang yang beriman wasilah yang cukup hebat iaitu doa. Firman ALLAH: “Dan apabila hamba-Ku bertanya kepada mu tentang Aku, maka sungguh Aku dekat. Aku menjawab permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepada-Ku.” (Surah Al-Baqarah: 186)

Doa adalah senjata sangat penting, sehingga Umar Al-Khatthab berkata, “Sungguh aku tidak memikul urusan dimakbulkan doa, tetapi aku memikul urusan doa itu sendiri.” Doa yang dipanjatkan itu terdapat syaratnya dan perkara yang menghalang daripada diperkenankan.

Diperkenankan atau tidak adalah urusan ALLAH.

Adapun tugas setiap Muslim adalah menjauhi perkara yang menghalang doa dari diperkenankan.

1. Berdoa dan syaratnya
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Seorang lelaki menempuh perjalanan jauh sehingga rambutnya kusut dan badannya berdebu, dia mengangkat kedua tangannya ke langit lalu berdoa: “Wahai Tuhan ku, wahai Tuhan ku.” Sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya daripada yang haram dan rezekinya dari yang haram, maka bagaimanakah ALLAH akan memperkenankan doanya?” (Riwayat Muslim)

Ramai manusia hari ini sumber rezekinya daripada sumber haram, ramai yang berdepan dengan ujian riba. Hasilnya, mereka menjamah sumber haram, begitu juga anak mereka.

Harta mereka ternyata harta fakir miskin yang diambil bukan secara benar. Berkenaan hal ini, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Setiap jasad yang tumbuh daripada yang haram, Api nerakalah yang paling layak baginya.” (Riwayat Al-Hakim, sahih)

Maka hendaklah kita menghindari rezeki haram dan segala perkara syubhah. Bersyukurlah kepada ALLAH. Mengapa kita sendiri menjadi penghalang kepada diperkenankan doa, dan mengapa kita tidak mahu menerima nasihat?

2. Jaga solat dan hak manusia
Antara fitnah zahir adalah banyaknya pemuda pemudi tidak solat secara berjemaah dan menzahirkan perbuatan mungkar. Maka menjadi kewajipan untuk saling menasihati supaya bertakwa kepada ALLAH dan ingat kepada pesanan Nabi Muhammad SAW ketika mengetahui berdepan dengan sakaratul maut. Baginda SAW berkata: “Solat! Solat! Dan bertakwalah kepada ALLAH dalam apa jua yang di bawah tanggungan mu.” (Riwayat Al-Tabari)

Hadis tersebut bermaksud menjaga solat, menjaga syarat dan rukunnya, perkara wajib dan sunatnya, mengerjakan solat secara berjemaah kecuali jika ada keuzuran. Ini adalah hak ALLAH yang perlu ditunaikan.

Baginda SAW juga mengingatkan agar menjaga hak manusia dengan memerintahkan agar menjaga ‘apa yang di bawah tanggungan mu’, yakni hamba lelaki dan perempuan yang dimiliki tuan. Mereka yang mempunyai pekerja berkewajipan bertakwa kepada ALLAH dalam bermuamalah dengan pekerja. Jangan menzalimi pekerja, dan jangan beratkan apa yang mereka tidak mampu, dan jangan memakan harta mereka dengan cara batil.

3. Baca al-Quran dan tadabur
Antara cara menghindari fitnah adalah membanyakkan baca al-Quran, mentadaburnya, mencari apa yang mampu memberi kebaikan untuk dunia dan akhirat.

Apabila membaca Surah Al-Fatihah misalnya, hendaklah menghayati sifat ALLAH yang terkandung di dalamnya. Apabila membaca Iyyaaka na’budu wa iyyaaka nasta’in (Hanya kepada-Mu kami beribadah dan kepada-Mu kami meminta pertolongan), hendaklah kita fahami rahsia yang terkandung dalam ayat ini. Barang siapa yang memahami erti ibadah dan meminta pertolongan kepada ALLAH, maka dia mendapat hasilnya.

Apabila membaca “Tunjukkan kami jalan yang lurus, jalan yang Engkau telah beri nikmat ke atas mereka”, ALLAH menjelaskan dalam Surah Al-Nisa’ tentang orang yang diberi nikmat, “Barang siapa yang mentaati ALLAH dan Rasul-Nya, mereka itulah yang akan bersama orang yang diberi nikmat ALLAH (iaitu) dalam kalangan nabi, siddiqin, syuhada, dan salihin. Mereka itulah sebaik-baik teman.” (Surah Al-Nisaa’: 69-70)

Apabila seseorang memahami kandungan al-Quran, apa perlunya untuk dia mengadu kepada manusia? Jadilah seperti Nabi Ya’qub yang berkata, “Sesungguhnya aku mengadu keperihan ku dan kesedihan ku hanya kepada ALLAH.” (Surah Yusuf: 86)

4) Meninggikan kalimah tauhid
Golongan nabi dan rasul berlaku baik dalam bermuamalah dengan ALLAH, maka ALLAH memberi mereka keselamatan. ALLAH menyelamatkan Nabi Nuh; Nabi Ibrahim apabila dilempar ke dalam api; Nabi Ayyub yang ditimpa penyakit dalam masa yang panjang; Nabi Ibrahim diuji dengan kewajipan menyembelih anaknya Nabi Ismail; dan Nabi Yusuf yang dilemparkan dalam perigi dan dihumban ke dalam penjara secara zalim, namun akhirnya mereka semua mendapat kejayaan.

Lihat bagaimana keperitan bertukar kepada kebahagiaan. Sesiapa mengingati ALLAH dalam keadaan senang, ALLAH akan mengingatinya di waktu susah. ALLAH tidak akan lalai terhadap hamba yang menjaga hubungannya dengan ALLAH, yang menjaga maruahnya, menjaga solatnya, mengingati ALLAH, membaca al-Quran, menjaga batas-batas yang ditetapkan oleh ALLAH, dan menghindari perkara yang dilarang oleh ALLAH.

Firman ALLAH, “Sesungguhnya ALLAH bersama orang-orang yang bertakwa dan orang yang berbuat kebaikan” (Surah Al-Nahl: 128). ALLAH menyebut tentang Nabi Yunus yang berkata: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha suci Engkau, sungguh aku termasuk orang yang zalim.” (Surah Al-Anbiyaa: 87)

Dia mengucapkannya secara ikhlas, maka ALLAH berkata, “Maka Kami perkenankan doanya dan menyelamatkannya daripada kedukaan. Begitulah Kami menyelamatkan orang yang beriman.” (Surah Al-Anbiyaa: 88)

Nabi Yunus memahami kalimah Agung Tauhid, “Laa Ilaaha illaa Anta (Tiada Tuhan kecuali Engkau)” iaitu tiada sembahan yang berhak disembah kecuali ALLAH. Lalu Nabi Yunus menyatakan “Subhanaka (Maha Suci Engkau)” yang membawa maksud pengagungan dan menyucikan iaitu ALLAH Maha Suci dari sebarang kekurangan mahupun kecacatan.

Kemudian Nabi Yunus merendahkan diri “Sesungguhnya aku tergolong dalam kalangan orang yang zalim”. Ini contoh tawaduk para nabi dan Rasul, mereka takut terhadap ALLAH, lalu ALLAH menyelamatkannya dari kegelapan malam dan kegelapan lautan, juga kegelapan perut ikan.

Inilah hasil ketaatan, keberkatan zikir dan amal soleh, juga keagungan tauhid yang dengannya, ALLAH menyelamatkan manusia dari keperitan. ALLAH menyelamatkan manusia dengan tauhid, bahkan keamanan dan kemakmuran serta kehidupan yang bahagia terikat dengan tauhid.

http://epondok.wordpress.com/2014/03/15/cara-terbaik-lupus-mashaf-al-quran-yang-usang/

Sabtu, 15 Mac 2014

HUDHURUL QALBI (HADIR HATI)

HUDHURUL QALBI (HADIR HATI) -Ust Hassan Abdul Latiff

- Syarat Sah Batin AsShalat

Menurut Hujjatul Islam Al Imam AlGhazali Rmtlh. bahawa syarat sah batin AlShalat (6) perkara:

HADHIR HATI:

Orang yang bershalat berdiri dengan jasad dan jiwanya. Jelasnya bagi manusia terdapat (6) Anasir Keruhanian iaitu: RUH; HATI; AKAL; NAFSU; HAWA dan SYAHWAT.  Inilah dhamir diri yang sebenar yang perlu diaktifkan dalam harakah insaniah.  Justeru itu hati yang merupakan komponen penting dalam diri manusia hendaklah dihiasi dengan sifat-sifat terpuji seperti Ikhlas, sabar, syukur, qonaah, yaqin, harap dan takut serta tawadhuk.  Sifat tersebut dikenali sebagai sifat mahmudah diambil dari kata ' MAHMUD' yakni terpuji. Hati yang telah dihiasi dengan sifat-sifat mahmudah ini akan benar-benar mampu bertawajjuh di hadapan Haderat Allah S.W.T. . Dengan kemurnian hati yang demikian akan membentuk jiwa ihsan seperti yang disabdakan oleh Baginda Besar Nabi Muhammah S.A.W. (Mafhum): " KAMU IBADATI ALLAH SEOLAH-OLAH KAMU MELIHATNYA, SEDANGKAN KAMU TIDAK MAMPU MELIHATNYA BAHKAN ALLAH MELIHAT KAMU.". Inilah yang dimaksudkan dengan ihsan.

TAFAKKUR (Berfikir dan Berzikir)

Imam al-Ghazali mendefinisikan berfikir (al-fikr) sebagai “menghadirkan dua pengetahuan dalam hati untuk menghasilkan dari keduanya pengetahuan ketiga”.Pengertian ini menjadi jelas jika kata tafakkur dibandingkan dengan apa yang oleh al-Ghazali disebut dengan tadzakkur. Tadzakkur adalah jika (seseorang) hanya berhenti pada batas-batas dua pengetahuan saja, tanpa melampauinya menjadi pengetahuan baru. Siapa saja yang tidak mencari “pengetahuan ketiga maka ia tidak dapat disebut sebagai “orang yang sedang berfikir”. Hal ini kerana setiap orang yang mengingat kembali itu berfikir (tadzakkur). Adapun manfaat mengingat kembali (tadzakkur) adalah mengulang-ulang pengetahuan dalam hati agar pengetahuan itu menancap dan tidak lepas dari hati. Manfaat berfikir adalah memperbanyak pengetahuan dan menarik pengetahuan yang belum diperoleh.” Al-Ghazali menggambarkan berfikir sebagai “penyuluh cahaya pengetahuan”. Ia juga menyatakan bahawa cahaya pengetahuan yang muncul dari fikiran dapat mengubah hati sebagai hati memiliki kecenderungan pada sesuatu yang sebelumnya tidak diminati.

Selain itu, anggota tubuh bangkit untuk bekerja sesuai dengan tuntutan situasi hati. Demikianlah fikiran melewati lima tingkatan : 1) mengingat, iaitu menghadirkan dua pengetahuan dalam hati, 2) berfikir, iaitu mencari pengetahuan yang dituju dari dua pengetahuan tersebut, 3) diperolehnya pengetahuan tersebut dan tersinarinya hati oleh pengetahuan tadi, 4) perubahan kondisi hati, dan terakhir, 5) kesiapan anggota tubuh untuk mengabdi pada hati sesuati dengan kondisi yang baru dialami oleh hati.

Al-Ghazali menetapkan alur fikiran, dalam erti wilayah dan masalah-masalah fikiran. Ia mengatakan bahawa alur fikiran terbatas hanya pada “hubungan antara hamba dengan tuhannya. Seluruh fikiran hamba adakalanya berkaitan dengan hamba beserta sifat-sifat dan kondisi-kondisinya, ada kalanya berkaitan dengan yang disembah dengan segala sifat dan perbuatannya. Yang terkait dengan manusia adakalanya berupa penalaran terhadap sesuatu yang disenangi Allah, atau terhadap sesuatu yang tidak disukai. “di luar kedua bahagian ini tidak ada perlunya untuk difikirkan”. Yang terkait dengan Allah adakalanya berupa penalaran terhadap substansi, sifat-sifat, dan juga nama-nama-Nya yang indah”, atau terhadap perbuatan-perbuatan, kerajaan dan kebesarannya, seluruh yang ada di langit dan bumi serta yang ada di antara keduanya. Berfikir untuk hal terakhir yang berkaitan dengan Allah hanya akan menghasilkan pengetahuan “yang sangat sedikit jika dibandingkan dengan yang diketahui oleh keseluruhan ulama dan wali”. Apa yang mereka ketahui “sangat sedikit kalau dibandingkan dengan yang diketahui oleh para nabi”. Apa yang diketahui oleh para nabi sangat sedikit apabila dibandingkan dengan yang diketahui oleh nabi Muhammad SAW. Apa yang diketahui oleh seluruh nabi sangat sedikit jika dibandingkan dengan yang diketahui oleh para malaikat utama, seperti Israfil, Jibril dan yang lainnya. Kemudian, seluruh pengetahuan yang dimiliki oleh para malaikat, jin dan manusia, tidak tepat jika dikatakan sebagai ilmu apabila dibandingkan dengan pengetahuan Allah. Semua itu lebih dekat kalau disebut dengan keheranan, kebingungan, dan ketidakmampuan.

Menurut Al-Ghazali definisi ilmu sebagai “mengetahui sesuatu berdasarkan hakikatnya”. Mengenai ilmu, al-Ghazali mengatakan bahawa ilmu merupakan “salah satu sifat Allah”. Atas dasar ini, ia menegaskan bahawa “ilmu pada dasarnya tidak buruk, namun ia boleh menjadi buruk kerana manusia”. Ini bererti bahawa ilmu memiliki batasan-batasan yang harus dipegangi, tidak boleh dilampaui.

Dalam hal ini Al-Ghazali menjelaskan batasan-batasan tersebut dengan menyebutkan sebab-sebab yang menjadi ilmu menjadi buruk. Ia mengembalikan hal itu pada tiga hal : 1) jika membahayakan pemiliknya atau orang lain, 2) jika membahayakan pemiliknya pada umunya, atau 3) jika mendalami ilmu yang tidak berguna sebagai ilmu bagi pemiliknya, “seperti mempelajari ilmu-ilmu yang pelik sebelum mengetahui dasar-dasarnya, mempelajari yang samar-samar sebelum mengetahui yang jelas, dan seperti mengkaji rahasia-rahasia ketuhanan”, yang hanya diketahui caranya oleh para nabi dan wali.

Oleh kerana itu, masalah-masalah ini harus dijauhkan dari kebanyakan orang yang mengembalikan mereka pada apa yang dinyatakan oleh syara”. Untuk memperkuat pendapatnya, Al-Ghazali memberikan bukti riwayat dari nabi Muhammad saw, bahwa Baginda SAW pernah melewati seorang lelaki, sementara banyak orang yang mengitarinya.

Baginda bertanya : Apa ini?
Mereka menjawab: dia orang yang pandai.
Baginda bertanya : Atas dasar apa?
Mereka menjawab puisi dan nasab-nasab bangsa Arab.
Baginda berkata : “Pengetahuan yang tidak berguna, tidak mengetahui pun juga tidak membahayakan”.

Dengan demikian, ilmu sebagaimana disebutkan hadits adalah “ayat yang muhkamat, atau tradisi (sunnah) yang jelas, atau kewajiban yang adil”. Semua ilmu selain ilmu tersebut termasuk kebodohan.

Rujukan: AlTahafut AlFilasafah
Susunjalur dan gubahan oleh: Ust Hassan Abdul Latiff
http://uwaisalqarnie.blogspot.com/2013/11/hadhurul-qalbi-syarat-sah-batin.html

Jumaat, 14 Mac 2014

GANJARAN MENTAATI ALLAH DAN RASUL

Ganjaran mentaati Allah dan Rasul -Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMED AL-BAKRI

ARTIKEL kali ini masih lagi berkaitan dengan natijah mentaati Allah SWT dan Rasulullah SAW. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan juga keluarga baginda. Sudah pasti mentaati Allah dan Rasul-Nya akan mendapat banyak kelebihan.

Hal ini selaras dengan firman Allah SWT yang bermaksud: Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah, iaitu Nabi-nabi, para siddiqiin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang yang soleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya (kepada orang-orang yang taat). (al-Nisa’: 69)

Thauban seorang maula (hamba yang dimerdekakan oleh Rasulullah SAW) adalah seorang yang terlalu cintakan Baginda SAW dan tidak dapat menahan sabar atas kecintaannya itu. Pada suatu hari, beliau telah datang berjumpa dengan Rasulullah SAW dalam keadaan muka yang berubah kerana sedih.

Baginda bertanya kepadanya: “Apakah sebab yang mengubah air muka engkau?” Thauban menjawab: “Wahai Rasulullah SAW! Aku tidak ditimpa sakit atau terkejut, selain daripada aku tidak dapat melihat engkau sehingga aku menjadi terlalu rindu kepada mu ya Rasulullah sehingga aku dapat bertemu dengan engkau semula.

“Kemudian, aku teringat kepada akhirat, lalu aku takut aku tidak dapat melihat engkau kerana engkau akan diangkat bersama para Nabi sedangkan, sekiranya aku dimasukkan ke dalam syurga aku akan berada di tingkat yang rendah daripada tingkat engkau. Sekiranya aku tidak dapat masuk syurga, maka aku selama-lamanya tidak akan dapat melihat engkau.” Lantas, Allah SWT menurunkan ayat di atas.

Khabar gembira

Ibnu Al-Arabi dalam Ahkam al-Quran menyebut: “Berkenaan sebab turunnya ayat di atas, terdapat banyak riwayat yang menceritakan mengenainya. Begitu pun, riwayat yang paling hampir dengan maksud kesemua riwayat itu ialah riwayat Said bin Jubair yang menyebut: Bahawa seorang lelaki Ansar datang kepada Nabi SAW dalam keadaan berdukacita.

Lalu Nabi SAW bertanya kepadanya: “Mengapa engkau kelihatan bersedih? Beliau menjawab: Wahai Nabi Allah, kami sentiasa berpagi dan berpetang dengan engkau, merenung wajahmu dan duduk bersamamu. Sayangnya esok hari (akhirat) engkau akan diangkat darjat bersama para Nabi, maka kami tidak dapat sampai kepadamu.

Maka Nabi SAW tidak menjawab sedikitpun kenyataan itu. Kemudian datanglah Jibril a.s menurunkan ayat di atas ini. Lantas, Nabi Muhammad SAW mengutus orang supaya menyampaikan khabar gembira tersebut kepada lelaki tersebut.”

Sesiapa yang taat kepada Allah SWT dan Rasul-Nya akan dikurniakan nikmat Allah SWT. Ibnu Wahb berkata: “Saya pernah mendengar Malik berkata: “Hal yang demikian disebutkan oleh seorang lelaki tatkala Baginda SAW menceritakan tentang Madinah dan kelebihannya. Baginda menyebutkan bahawa akan dibangkitkan dari Madinah umat yang terhormat pada hari kiamat dan para syuhada sekitarnya dalam kalangan mereka yang berperang di peperangan Badar, Uhud dan Khandak. Kemudian Malik membacakan ayat di atas.”

“Imam Malik memaksudkan mereka yang disebutkan dalam firman Allah SWT: Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah SWT adalah mereka yang tinggal di Madinah dan sekitarnya. Dengan itu, ayat tersebut menerangkan tentang kelebihan mereka dan kelebihan kota Madinah berbanding tempat-tempat lain seperti Mekah dan selainnya. Kelebihan ini khusus kepada Madinah. Madinah mempunyai pelbagai kelebihan yang melebihi tempat-tempat lain.”

Semoga kita juga meraih ganjaran pahala tatkala mentaati Allah dan Rasul-Nya.

http://epondok.wordpress.com/2014/03/12/ganjaran-mentaati-allah-dan-rasul/

MENJAGA KEHORMATAN AL QURAN

Menjaga kehormatan al-Quran -Oleh DR. KHAIRUL ANUAR MOHAMAD



JIKA merenung proses turun al-Quran daripada Lauh al-Mahfuz kepada Rasulullah SAW terasa betapa cermat dan telitinya. Malaikat Jibril a.s menjalankan tugasnya dengan amanah membawa wahyu dan disampaikan kepada Nabi Muhammad SAW.

Jibril a.s terkenal dengan gelaran al-Amin. Aturan yang Allah lakukan adalah amat sesuai dengan kedudukan al-Quran yang diturun dari sisinya. Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan sesungguhnya al-Quran adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekelian alam. Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah. (al-syu’ara’: 192-193)

Al-Quran menjadi hidayah panduan kepada orang bertakwa. Memandu manusia untuk mengenal Allah SWT dan berakidah dengan cara yang betul. Ia juga disifatkan sebagai penawar kepada seluruh penyakit, sama ada yang zahir mahupun yang batin.

Firman-Nya yang bermaksud: Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur daripada al-Quran yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang beriman kepadanya dan sebaliknya al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka)melainkan kerugian jua. (al-Isra: 82)

Panduan dan ajaran al-Quran yang amat jelas membawa manusia ke jalan yang lurus disebutkan sebagai nur atau cahaya. Ilmu yang memimpin dan menambah pengetahuan manusia adalah cahaya kerana panduaannya. Betapa al-Quran yang memimpin manusia di dunia dengan cara yang betul, seterusnya sampai ke akhirat dengan kejayaan sudah pasti cahayanya.

Firman Allah SWT: Wahai sekelian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu bukti daripada Tuhan kamu dan kami pula telah menurunkan kepada kamu (al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak. (al-Nisa’: 173)

Nabi Muhammad SAW dalam banyak hadis mengalakkan umatnya membaca al-Quran. Baginda SAW juga mahukan umatnya merasa kenikmatan membaca al-Quran sehingga dibandingkan mukmin yang membaca al-Quran adalah seperti buah Utrujjah yang bersifat harum baunya dan enak rasanya.

Sementara itu, mukmin yang tidak membaca al-Quran seperti tamar, manis rasanya tetapi tidak ada keharumannya.

Justeru, pilih lah untuk menjadi mukmin membaca al-Quran setiap hari. Muslim yang membacanya adalah mulia dan diberi ganjaran, sama ada faham kandungan yang dibaca atau tidak, juga diberi ganjaran kepada yang susah menyebut kalimahnya dan berat lidah membacanya.

Sabda Rasulullah SAW: Barang siapa membaca satu huruf daripada al-Quran akan mendapat kebaikan. Setiap kebaikan diganda sepuluh. Aku tidak kata alif lam mim itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf. (riwayat al-Bukhari).

http://epondok.wordpress.com/2014/03/11/menjaga-kehormatan-al-quran/

Isnin, 10 Mac 2014

Ziarah Makam Rasulullah SAW

Ziarah Makam Rasulullah SAW

Para ulama kita, Ahlus Sunnah wal Jama`ah, menghukumkan bahawa menziarahi makam Kekasih Allah, Junjungan Nabi Muhammad SAW adalah sunnat yang amat dituntut, sunnat muakkad, bagi segala umat baginda di mana jua mereka berada dan tidaklah ia tertakluk hanya kepada orang yang mengerjakan haji atau umrah sahaja, sedangkan bagi para hujjaj dan mu’tamirun berlebih-lebihlah lagi tuntutannya. Hanya “ulama” yang ilmunya mungkin lebih besar daripada akalnya sahaja yang menghukumkan “haram” bermusafir untuk menziarahi makam Junjungan SAW. 

Ulama kita menegaskan bahawa apabila kita ziarah ke Madinah, tujuan utama dan pertama kita adalah menziarahi Junjungan Nabi SAW yang bersemayam di sana, dengan disertakan juga niat menziarahi masjid baginda yang mulia. Pendapat yang menyatakan bahawa ziarah ke Madinah adalah untuk menziarahi masjid baginda SAW, manakala ziarah ke makam baginda hanyalah rentetan dari ziarah masjid tersebut adalah pendapat keliru yang terhasil daripada salah faham seorang ulama Kurdi mengenai sepotong hadits.

Pendokong dan pengkagum ulama Kurdi ini telah sedaya upaya cuba memenangkan pendapat imam mereka sehingga sanggup melakukan jenayah ilmiah dengan mengubah kitab-kitab karangan ulama yang muktabar dengan menggantikan anjuran berziarah ke kubur/makam Junjungan Nabi SAW kepada ziarah ke masjid Nabi SAW agar sesuai dengan pandangan idola mereka. Kita menyaksikan bagaimana puak – puak ini merubah karya-karya Imam an-Nawawi antaranya kitab “al-Adzkar” dengan menggantikan kalimah “kubur” Rasulullah yang digunakan oleh Imam an-Nawawi dengan perkataan “masjid”. Inilah pekerjaan bangsat dan biadab mereka, moga Allah memberikan balasan yang setimpal atas pengkhianatan mereka ini. Imam an-Nawawi sebagai seorang ulama besar Ahlus Sunnah wal Jama`ah bermazhab Syafi`i amat menganjurkan amalan menziarahi kubur atau makam Junjungan Nabi SAW. Hal ini beliau nyatakan dalam karya-karya beliau, antaranya dalam “al-Iidhaah fi Manaasikil Hajj wal `Umrah”, beliau menulis bab yang ke-6 sebagai “fi ziyaarati qabri Sayyidina wa Mawlana Rasulillah shallaAllahu `alaihi wa sallam wa syarrafa wa karrama wa `adhzdhzama wa maa yata`allaqu bi dzalika (tentang ziarah kubur Sayyidina wa Mawlana Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam wa syarrafa wa karrama wa `adhzdhzama dan perkara – perkara yang berkaitan dengannya). Antara yang dinyatakan oleh beliau, rahimahullah, pada halaman 447 adalah sebagai berikut:-

Yang Pertama: Apabila para jemaah haji dan umrah meninggalkan Kota Makkah, maka hendaklah mereka menuju ke kota Rasulullah SAW untuk menziarahi turbah baginda SAW (Imam an-Nawawi menggunakan kalimah “turbah” yang difahami sebagai “kubur atau makam”, adalah tidak tepat jika ianya diterjemah sebagai “tanah” sebagaimana terjemahan sesetengah ustaz yang ese harapkan ianya hanya kesilapan terjemahan sahaja tanpa ada niat lain yang tersembunyi padanya). Maka sesungguhnya ianya adalah satu amalan yang terpenting bagi bertaqarrub kepada Allah dan suatu usaha yang akan menghasilkan sebaik-baik kejayaan. Dan telah diriwayatkan oleh al-Bazzar dan ad-Daaraquthni dengan keduanya bersanad kepada Sayyidina Ibnu `Umar radhiyaAllahu `anhuma yang berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menziarahi kuburku, pasti baginya syafaatku.”

Yang Kedua: Mustahab bagi penziarah (yakni orang yang menziarahi makam Junjungan SAW tadi) untuk berniat beserta dengan niatnya menziarahi baginda SAW akan niat bertaqarrub kepada Allah dengan bermusafir ke masjid baginda SAW dan sembahyang di dalamnya.

Allahu … Allah, kan jelas di sana bahawa niat yang utama dan pertama adalah menziarahi Junjungan Nabi SAW yang bersemayam di makam baginda di sana, kemudian disertakan juga dengan niat menziarahi masjid baginda SAW. Apa susah beno ke nak memahami perkataan Imam an-Nawawi tersebut. Makanya janganlah terpengaruh dengan tindakan kurang adab @ biadap sesetengah pihak yang lebih mengutamakan masjid Junjungan Nabi SAW berbandingkan diri baginda SAW yang bersemayam di sana. Sungguh apabila kita menziarahi makam Junjungan SAW yang kita ziarahi itu adalah Junjungan Nabi SAW kerana para nabi itu tetap hidup dalam kubur-kubur mereka dengan kehidupan barzakh yang sempurna.

http://pondokhabib.wordpress.com/2012/09/08/ziarah-makam-rasulullah-saw/

Menyiram Kuburan dengan Air Bunga

Menyiram Kuburan dengan Air Bunga
Gambar hiasan
Ketika berziarah, rasanya tidak lengkap jika seorang peziarah yang berziarah tidak membawa air bunga ke tempat pemakaman, yang mana air tersebut akan diletakkan pada pusara. Hal ini adalah kebiasaan yang sudah merata di seluruh masyarakat. Bagaimanakah hukumnya? Apakah manfaat dari perbuatan tersebut?

Para ulama mengatakan bahwa hukum menyiram air bunga atau harum-haruman di atas kuburan adalah sunnah. Sebagaimana dikatakan oleh Imam Nawawi al-Bantani dalam Nihayah al-Zain, hal. 145

وَيُنْدَبُ رَشُّ الْقَبْرِ بِمَاءٍ باَرِدٍ تَفاَؤُلاً بِبُرُوْدَةِ الْمَضْجِعِ وَلاَ بَأْسَ بِقَلِيْلٍ مِنْ مَّاءِ الْوَرْدِ ِلأَنَّ الْمَلاَ ئِكَةَ تُحِبُّ الرَّائِحَةَ الطِّيْبِ (نهاية الزين 154)

Disunnahkan untuk menyirami kuburan dengan air yang dingin. Perbuatan ini dilakukan sebagai pengharapan dengan dinginnya tempat kembali (kuburan)dan juga tidak apa-apa menyiram kuburan dengan air mawar meskipun sedikit,karena malaikat senang pada aroma yang harum. (Nihayah al-Zain, hal. 154)

Pendapat ini berdasarkan hadits Nabi;

حَدثَناَ يَحْيَ : حَدَثَناَ أَبُوْ مُعَاوِيَةَ عَنِ الأعمش عَنْ مُجَاهِدٍ عَنْ طاووس عن ابن عباس رضي الله عنهما عَنِ النَّبِيّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ مَرَّ بِقَبْرَيْنِ يُعَذِّباَنِ فَقاَلَ: إِنَّهُمَا لَـيُعَذِّباَنِ وَماَ يُعَذِّباَنِ فِيْ كَبِيْرٍ أَمَّا أَحَدُهُمَا فَكَانَ لاَ يَسْتَتِرُ مِنَ البَوْلِِ وَأَمَّا اْلآخَرُ فَكَانَ يَمْشِيْ باِلنَّمِيْمَةِ . ثُمَّ أَخُذِ جَرِيْدَةً رَطْبَةً فَشْقِهَا بِنَصْفَيْنِ، ثُمَّ غُرِزَ فِي كُلِّ قَبْرٍ وَاحِدَةٍ، فَقَالُوْا: ياَ رَسُوْلَ اللهِ لِمَ صَنَعْتَ هٰذَا ؟ فقاَلَ: ( لَعَلَّهُ أَنْ يُخَفَّفَ عَنْهُمَا مَالَمْ يَيْـبِسَا) (صحيح البخارى رقم 1361)

Dari Ibnu Umar ia berkata; Suatu ketika Nabi melewati sebuah kebun di Makkah dan Madinah lalu Nabi mendengar suara dua orang yang sedang disiksa di dalam kuburnya. Nabi bersabda kepada para sahabat “Kedua orang (yang ada dalam kubur ini) sedang disiksa. Yang satu disiksa karena tidak memakai penutup ketika kencing sedang yang lainnya lagi karena sering mengadu domba”. Kemudian Rasulullah menyuruh sahabat untuk mengambil pelepah kurma, kemudian membelahnya menjadi dua bagian dan meletakkannya pada masing-masing kuburan tersebut. Para sahabat lalu bertanya, kenapa engkau melakukan hal ini ya Rasul?. Rasulullah menjawab: Semoga Allah meringankan siksa kedua orang tersebut selama dua pelepah kurma ini belum kering. (Sahih al-Bukhari, [1361])

Lebih ditegaskan lagi dalam I’anah al-Thalibin;

يُسَنُّ وَضْعُ جَرِيْدَةٍ خَضْرَاءَ عَلَى الْقَبْرِ لِلْإ تِّباَعِ وَلِأَنَّهُ يُخَفِّفُ عَنْهُ بِبَرَكَةِ تَسْبِيْحِهَا وَقيِْسَ بِهَا مَا اعْتِيْدَ مِنْ طَرْحِ نَحْوِ الرَّيْحَانِ الرَّطْبِ (اعانة الطالبين ج. 2، ص119 )

Disunnahkan meletakkan pelepah kurma yang masih hijau di atas kuburan, karena hal ini adalah sunnah Nabi Muhammad Saw. dan dapat meringankan beban si mayat karena barokahnya bacaan tasbihnya bunga yang ditaburkan dan hal ini disamakan dengan sebagaimana adat kebiasaan, yaitu menaburi bunga yang harum dan basah atau yang masih segar. (I’anah al-Thalibin, juz II, hal. 119)

Dan ditegaskan juga dalam Nihayah al-Zain, hal. 163

وَيُنْدَبُ وَضْعُ الشَّيْءِ الرَّطْبِ كَالْجَرِيْدِ الْأَحْضَرِ وَالرَّيْحَانِ، لِأَنَّهُ يَسْتَغْفِرُ لِلْمَيِّتِ مَا دَامَ رَطْباً وَلَا يَجُوْزُ لِلْغَيْرِ أَخْذُهُ قَبْلَ يَبِسِهِ. (نهاية الزين 163)

Berdasarkan penjelasan di atas, maka memberi harum-haruman di pusara kuburan itu dibenarkan termasuk pula menyiram air bunga di atas pusara, karena hal tersebut termasuk ajaran Nabi (sunnah) yang memberikan manfaat bagi si mayit.

Wallahua'lam

http://pondokhabib.wordpress.com/2012/06/17/menyiram-kuburan-dengan-air-bunga/

Baca Yaasin Di Kuburan

Baca Yaasin Di Kuburan


Dalam bulan Ramadhan terutama sekali di hujung–hujungnya dan pada hari lebaran nanti, ramailah saudara-saudara kita mendatangi tanah – tanah perkuburan tempat persemadian insan-insan yang mereka sayangi. Bukanlah maksudnya bahawa menziarahi kubur itu hanya dihukumkan sunnat pada masa-masa tersebut sahaja. Ianya lebih kepada faktor masa yang terluang atau faktor suasana yang syahdu di hari yang mulia menghimbau ingatan kepada mereka-mereka yang telah tiada. Oleh itu, pada ketika itulah penuh segala pusara dengan para penziarah. Dalam ziarah biasanya akan dibaca surah Yaasin dan tahlil sebagai hadiah dan barakah kepada segala arwah tersebut. Jumhur ulama daripada keempat-empat mazhab Ahlus Sunnah wal Jama`ah, termasuklah mazhab asy-Syafi`iyyah dan al-Hanabilah, menghukumkan baik, mustahab, bahkan sunnat untuk membacakan al-Quran di sisi kubur. Syaikh al-Imam al-`Allaamah Muhammad bin Ahmad bin Salim as-Safaarini al-Hanbali rahimahullah (w. 1188H) dalam karya beliau “al-Buhur az-Zaakhirah fi `Uluum al-Akhirah” menyatakan, antara lain sebagai berikut:-


Tanbih: Pembacaan al-Quran di kubur dipandang sebagai mustahab oleh para ulama Mazhab Syafi`i dan ulama lain. Imam an-Nawawi menyatakan dalam “Syarah al-Muhadzdzab” bahawa dimustahabkan bagi penziarah kubur untuk membaca apa-apa yang mudah daripada al-Quran dan mendoakan bagi mereka. Hal ini merupakan nas atau pandangan yang datang daripada Imam asy-Syafi`i sendiri. Di tempat lain, yakni dalam karangan lain, ditambah bahawa jika dikhatamkan sekalian al-Quran itu di atas kubur tersebut, maka ianya adalah afdhal. Dan adalah imam kita, Imam Ahmad RA, pada permulaannya mengingkari amalan sedemikian, namun kemudian beliau telah menarik balik pandangannya tersebut setelah sampai hadis yang menjadi sandaran amalan ini kepada beliau.

Tokoh yang menjadi panutan puak Wahabi, Ibnu Qayyim al-Jawziyyah, murid Ibnu Taimiyyah al-Harrani telah menukilkan sebuah kisah mengenai pembacaan yaasin di kubur dalam karyanya “ar-Ruh” pada halaman 18 sebagai berikut:-

Telah mengkhabarkan kepadaku oleh al-Hasan bin al-Haitsam yang berkata: “Aku telah mendengar Abu Bakar bin al-Athrusy bin Bint Abi Nashr bin al-Tammar berkata: “Ada seorang lelaki yang selalu datang menziarahi kubur ibunya pada hari Jumaat lalu membaca surah Yaasin. Pada sebahagian hari-hari yang dia datang menziarahi kubur ibunya, dia akan membaca surah Yaasin. Selepas membaca Yaasin, dia berdoa: “Ya Allah, seandainya Engkau memberi pahala atas pembacaan surah ini, maka jadikannya bagi segala penghuni perkuburan ini”. Tatkala datang Jumaat berikutnya, datang seorang wanita kepada si lelaki tadi seraya berkata: “Adakah engkau si fulan anak si fulanah?” Dia menjawabnya: “Ya.” Wanita tersebut berkata lagi: ” Adalah anak perempuanku telah meninggal dunia dan aku telah bermimpi melihatnya duduk di tepi kuburnya, lalu aku menyapanya: “Kenapa engkau duduk di sini?” Dia menjawab: “Sesungguhnya si fulan anak si fulanah telah datang menziarahi kubur ibunya dan membaca surah Yaasin serta menjadikan pahalanya bagi segala ahli kubur, maka kami telah diberi kesenangan daripada yang sedemikian atau kami telah diampuni atau yang seumpamanya (yakni para ahli kubur tersebut mendapat kesenangan daripada hadiah pahala bacaan surah Yaasin tersebut atau mendapat keampunan atau yang seumpamanya).”

Oleh itu, janganlah kita membenci perbuatan saudara-saudara seagama yang membaca sesuatu daripada al-Quran di sisi kubur atau menghadiahkannya kepada mereka-mereka yang telah berpulang ke rahmat Allah. Rahmat Allah itu amat luas dan banyak jalan atau sebab untuk meraihnya.

http://pondokhabib.wordpress.com/2013/07/19/baca-yaasin-di-kuburan/

Bolehkah Menangisi Jenazah ?

Bolehkah Menangisi Jenazah ? -Oleh : Mufti Brunei
Gambar hiasan
Apabila berlaku kematian, ada orang yang boleh menghadapinya dengan sabar dan tabah, namun ada juga orang yang tidak dapat menghadapinya sehingga menangis, meratap atau meraung. Perkara sebegini tidak dinafikan berlaku kerana perasaan sayang kepada si mati membuatkan perasaan sedih itu timbul, kerana hidup bersama dalam masa yang panjang semasa si mati masih hidup, kini dia kembali ke hadirat ilahi buat selama-lamanya. Tentu perkara ini memberikan kesan terhadap semua yang mengenali si mati kadang-kadang tidak dapat menerima hakikat kematiannya. Tambahan lagi orang yang telah pergi selama-lamanya itu keluarga yang dekat seperti ibu atau bapa atau anak sendiri. Mengenai hukum menangisi jenazah ini akan dihuraikan selanjutnya selepas ini.


Hukum menangisi jenazah


Hukum menangisi jenazah adalah harus sama ada sebelum berlakunya kematian iaitu ketika dalam keadaan nazak ataupun selepas berlakunya kematian. Walau bagaimanapun menangisi jenazah sebelum berlakunya kematian adalah lebih utama berbanding menangisinya selepas kematian. Menangisi jenazah selepas berlakunya kematian adalah khilaf al-awla iaitu menyalahi yang utama kerana ia merupakan penyesalan dari perkara yang telah lalu.

Menangisi jenazah kerana sayang dan sedih di atas pemergiannya adalah merupakan perasaan semula jadi manusia. Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wasallam juga pernah menangis ketika menghadapi kematian anak Baginda Ibrahim ‘alaihissalam. Perkara ini jelas disebutkan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu:

Maksudnya: “Kami masuk bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mendatangi Abu Saif Al-Qaiyn (iaitu suami perempuan) yang mengasuh dan menyusui Ibrahim ‘alaihissalam (putera Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam).

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mengambil Ibrahim lalu memeluk dan menciumnya. Kemudian kami menjumpainya lagi selepas (peristiwa) itu dan Ibrahim hampir menghembuskan nafasnya sehingga menyebabkan kedua mata Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam berlinang air mata.

Lalu ‘Abdurrahman bin ‘Auf Radhiallahu ‘anhu (dengan perasaan takjub) bertanya kepada Baginda:

“Engkau juga (menangis) wahai Rasulullah?”. Baginda menjawab: “Wahai Ibnu ‘Auf, sesungguhnya ini adalah rahmat,” kemudian berterusanlah keluar airmata Baginda. Setelah itu Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya kedua mata boleh mencurahkan air mata, hati boleh merasa sedih, akan tetapi kami tidaklah boleh mengatakan kecuali apa yang diredhai oleh Tuhan kami dan dengan perpisahanmu ini wahai Ibrahim kami amat bersedih”.
(Hadits riwayat al-Bukhari)

Jawapan Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wasallam kepada Ibnu ‘Auf Radhiallahu ‘anhu dalam hadits di atas

“Sesungguhnya ini adalah rahmat” bermaksud keadaan Baginda (tangisan) yang disaksikan oleh Ibnu ‘Auf Radhiallahu ‘anhu itu adalah perasaan kasih sayang terhadap anak dan bukanlah ia sebagai kegelisahan atau ketidak sabaran sepertimana yang disangkakan oleh sahabat baginda itu.

Begitu juga diceritakan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Usamah bin Zaid Radhiallahu ‘anhu ketika baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam menghadapi kematian cucu baginda. Nafas Baginda menggeletar dan airmata Baginda berlinangan di saat cucu Baginda diserahkan kepadanya. Lalu Sa‘ad bin Ubadah Radhiallahu ‘anhu bertanya kepada Baginda:

Maksudnya: “Wahai Rasulullah, (air mata) apa ini?” Nabi menjawab: “(Airmata) ini adalah rahmat (perasaan sayang) yang Allah jadikan dalam hati-hati hambaNya dan sesungguhnya Allah hanya merahmati hamba-hambaNya yang penuh rasa kasih sayang.” (Hadits riwayat al-Bukhari).


Bentuk tangisan yang diharuskan

Bentuk tangisan yang diharuskan itu sebagaimana disebutkan dalam kitab Hasyiatan Qalyubi Wa ‘Umairah ialah tangisan dengan suara yang perlahan (sekadar terisak-isak) walaupun mengeluarkan airmata dan perasaan hati yang sedih.

Menurut Imam as-Subki Rahimahullahu Ta‘ala jika tangisan ke atas jenazah itu, kerana perasaan kasih sayang dan kerana perasaan takut di atas apa yang akan menimpa kepadanya daripada balasan Allah Ta‘ala dan perkara-perkara yang menakutkan pada hari kiamat adalah tidak makruh dan tidak menyalahi yang lebih utama.

Menurut ulama lagi, jika tangisan itu kerana perasaan kasih sayang seperti menangisi kanak-kanak adalah tidak mengapa, akan tetapi adalah lebih baik bersabar. Adapun jika menangisi jenazah kerana hilangnya ilmu, kebajikan, keberkatan dan keberanian si mati maka ia digalakkan.


Bentuk tangisan yang dilarang

Bentuk tangisan yang dilarang ke atas jenazah itu ialah seperti berikut:

1. Haram jika tangisan itu disebabkan ketidaksabaran dan tidak menerima sebagai qadha daripada Allah Ta‘ala.

2. Haram menangisi jenazah dengan menyebut-nyebut kebaikan si mati seperti katanya: “Aduhai gunungku” (simati diibaratkan sebagai gunung kerana simati adalah tempat bersandar dan berharap

Larangan mengenai meratapi jenazah sebgini ada disebutkan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh abu Musa al Asy’ari RadiyaLlahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wasallam bersabda :

Maksudnya: “Tidak ada jenazah yang (mati atau hampir mati) dan diratapi oleh keluarganya dan berkata-kata: “Aduhai gunungku” ( ), “Aduhai tuan aku” ( )” atau yang seumpamanya, melainkan diwakilkan untuknya dua malaikat menepuk-nepuk dada si mayat (dengan kedua tangannya dan) berkata: “Beginikah kamu?”(Hadits riwayat at-Tirmidzi)

Persoalan “beginikah kamu” dalam hadis tersebut itu adalah ancaman bagi orang yang meratap dengan menyebut-nyebut kebaikan simati.

3. Haram menangisi jenazahْ dengan suara yang tinggi seperti meraung (ْحُ وُالن). Abu Malik al-Asy‘ari Radhiallahu ‘anhu menceritakan, bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: “Ada empat (perangai) pada umatku yang dibawa dari zaman Jahiliyyah, mereka tidak dapat meninggalkannya sama sekali iaitu: “Bangga terhadap kemuliaan, menghina hubungan sesama kekeluargaan, mempercayai turunnya hujan melalui perbintangan (ilmu tenung) dan ratapan,” Baginda bersabda: “Orang yang meratap itu apabila dia belum bertaubat sebelum kematiannya maka akan dibangkitkan pada hari kiamat (dalam keadaan kulitnya berkurap atau berkudis seolah-olah) pada (anggota)nya baju (yang dilumuri dengan) minyak (iaitu minyak yang dilumuri pada unta yang berpenyakit kurap dan minyak itu dibakar untuk menghilangkan penyakit kurap pada unta itu seolah-olah) baju dari kurap atau kudis.”(Hadits riwayat Muslim)

4. Begitu juga haram menunjukkan perasaan tidak sabar (ْعَ زَ جَ ال) sehingga memukul-mukul dada dan pipi atau menarik rambut dan mengoyak baju. Ini juga berdasarkan sebuah hadits yang diriwayatkan oleh ‘Abdullah Radhiallahu ‘anhu bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: “Bukanlah dari golongan kami orang yang menampar-nampar pipi dan mengoyak-ngoyak baju dan menyebut-nyebut (penyesalan terhadap si mati) sebagaimana sebutan orang jahiliyyah.”(Hadis riwayat al-Bukhari)

Menangisi jenazah sehingga berlebihan seperti meratap, memukul dada dan pipi, mengoyak baju, dan berteriak adalah dilarang kerana tangisan seperti ini melewati batas-batas yang diharuskan dalam syara‘. Tangisan seperti ini menunjukkan ketidaksabaran seseorang itu dalam menghadapi takdir Allah Ta‘ala.

http://pondokhabib.wordpress.com/2014/03/02/bolehkah-menangisi-jenazah/

Si Mati Mengambil Manfaat

Si Mati Mengambil Manfaat

Syaikh Muhammad Abu Khudhair bin Ibrahim ad-Dimyati al-Madani al-Azhari rahimahullah adalah seorang ulama besar Ahlus Sunnah wal Jama`ah bermazhab Syafi`i. Beliau adalah ulama keluaran al-Azhar asy-Syarif yang antara gurunya adalah Syaikhul Islam dan Syaikhul Azhar Ibrahim al-Bajuri rahimahullah. Beliau kemudiannya telah berhijrah ke Kota Madinah al-Munawwarah untuk menjadi tenaga pengajar di Masjid an-Nabawi yang mulia. Beliau amat menguasai ilmu fiqh sehingga digelar sebagai “al-Umdah” yakni tiang atau sandaran dalam ilmu fiqh di kalangan pengikut mazhab asy-Syafi`iyyah. Beliau wafat sekitar tahun 1304H di Madinah al-Munawwarah dan dikebumikan di Jannatul Baqi`.Moga rahmat Allah sentiasa dicucuri ke atas rohnya…. al-Fatihah.

Syaikh Nik Mat Kecik rahimahullah dalam karya beliau yang masyhur “Mathla`ul Badrain wa Majmaa`ul Bahrain” pada halaman 141 menukil fatwa Syaikh Muhammad Abu Khudhair bin Ibrahim ad-Dimyathi al-Madani al-Azhari rahimahullah, sebagaimana tercatat dalam karya beliau “Nihayatul Amal li man raghiba fi shihhatil `aqidah wal `amal” yang menyatakan sebagai berikut:
“Bermula yang tetap atasnya oleh hal daripada khilaf yang amat banyak bahawasanya mayyit itu memberi manfaat akan dia barang yang diperbuat baginya pada segala kebajikan kemudian daripada matinya, tetapi tak dapat tiada bahawa diqasad oleh yang memperbuatnya akan pahala demikian itu bagi mayyit; Atau ia mendoa baginya kemudian daripada diperbuatnya dengan hasil pahala baginya; Atau ada ia pada kuburnya. Dan dapat demikian pahala itu pula bagi yang memperbuatnya.”

Maka, pandangan yang menyatakan bahawa segala rupa bentuk amal kebajikan itu harus dan boleh disedekahkan atau dihadiahkan pahalanya kepada saudara-saudara seagama yang telah meninggal dunia, adalah pandangan yang sudah tidak asing lagi dalam umat ini dan ianya telah menjadi pegangan para ulama dan umum umat Islam zaman berzaman.. Bila ianya dilakukan, si pelakunya turut akan memperolehi pahala amalan yang telah dia lakukan itu kerana rahmat Allah SWT itu teramat luas daripada boleh dikira-kira. Inilah juga pegangan yang diamalkan sejak zaman tok nenek kita mengenal agama Allah yang suci ini dan merupakan pegangan as-sawadul a’dhzam umat ini. Maka sayogia ianya turut menjadi pegangan dan amalan kita dan anak cucu kita sekaliannya. Jika si mati boleh diazab akibat ratapan ahli keluarganya, maka apakah yang menghalangnya untuk menerima nikmat dan rahmat daripada amalan sholeh yang dilakukan oleh ahli keluarganya ? Sungguh Allah itu al-`Adlul Lathiful Khabir dan rahmatNya luas tanpa boleh dikira-kira dan dibatasi. Pekakkan sahaja telinga kalian daripada salakan puak – puak yang tidak sefaham yang suka memaksa-maksa orang lain untuk menerima fahaman mereka semata-mata.

http://bahrusshofa.blogspot.com/
http://pondokhabib.wordpress.com/2013/06/04/si-mati-mengambil-manfaat-2/

Perintah Talqin Mayat

Perintah Talqin Mayat

Telah umum dalam masyarakat kita, selesai jenazah dimakamkan salah seorang dari pihak keluarga mayit duduk disamping makam lalu mulai melafadzkan bacaan talqin[i] bagi mayit. Namun dewasa ini, ada satu kelompok yang mengklaim dirinya paling mengikuti al-Qur’an dan sunnah dengan pemahaman para sahabat dan tabi’in menyatakan bahwa talqin mayit adalah bid’ah karena tidak memiliki landasan dalam syari’at serta tidak bermanfaat bagi si mayit. Permasalahan semacam ini telah menjadi polemik dalam masyarakat, benarkah talqin mayit tidak memiliki landasan syari’at padahal telah dilakukan oleh para ulama’ pendahulu kita ?.

Oleh karena itu, kami akan membahas tentang dalil-dalil yang menjadi landasan talqin mayit agar bisa memberikan kejelasan pada masyarakat.

Dasar hukum talqin mayit

Salah satu dasar hukum mengenai talqin adalah hadits yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, imam Abi Dawud, dan imam An Nasai :

لقنوا موتاكم لا إله إلا الله“Talqinilah orang-orang mati kalian dengan لا إله إلا الله “

Memang mayoritas ulama mengatakan bahwa yang dimaksud lafadz موتاكم dalam hadits diatas orang-orang yang hampir mati bukan orang-orang yang telah mati, sehingga hadits tersebut menggunakan arti majas (arti kiasan) bukan arti aslinya.

Akan tetapi, tidak salah juga jika kita artikan lafadz tersebut dengan arti aslinya yaitu orang yang telah mati. karena menurut kaidah bahasa arab, untuk mengarahkan suatu lafadz kepada makna majasnya diperlukan adanya qorinah (indikasi) baik berupa kata atau keadaan yang menunjukkan bahwa yang dimaksud dengan perkataan tersebut adalah makna majasnya bukan makna aslinya. Sebagai contoh jika kita katakan “talqinillah mayit kalian sebelum matinya” maka kata-kata “sebelum matinya” merupakan qorinah yang mengindikasikan bahwa yang dimaksud dengan kata mayit dalam kalimat ini bukan makna aslinya (yaitu orang yang telah mati) tapi makna majasnya (orang yang hampir mati).

Sedangkan dalam hadits tersebut tidak diketemukan Qorinah untuk mengarahkan lafadz موتاكم kepada makna majasnya, maka sah saja jika kita mengartikannya dengan makna aslinya yaitu orang-orang yang telah mati bukan makna majasnya. Pendapat inilah yang dipilih oleh sebagian ulama seperti Imam Ath Thobary, Ibnul Humam, Asy Syaukany, dan Ulama lainya.

Selain hadits di atas, masih ada hadits lain yang menunjukkan kesunahan mentalqini mayit setelah dikuburkan, yaitu :

إِذَا مَاتَ أَحَدٌ مِنْ إِخْوَانِكُمْ، فَسَوَّيْتُمِ التُّرَابَ عَلَى قَبْرِهِ، فَلْيَقُمْ أَحَدُكُمْ عَلَى رَأْسِ قَبْرِهِ، ثُمَّ لِيَقُلْ: يَا فُلانَ بن فُلانَةَ، فَإِنَّهُ يَسْمَعُهُ وَلا يُجِيبُ، ثُمَّ يَقُولُ: يَا فُلانَ بن فُلانَةَ، فَإِنَّهُ يَسْتَوِي قَاعِدًا، ثُمَّ يَقُولُ: يَا فُلانَ بن فُلانَةَ، فَإِنَّهُ يَقُولُ: أَرْشِدْنَا رَحِمَكَ اللَّهُ، وَلَكِنْ لا تَشْعُرُونَ، فَلْيَقُلْ: اذْكُرْ مَا خَرَجْتَ عَلَيْهِ مِنَ الدُّنْيَا شَهَادَةَ أَنْ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، وَأَنَّكَ رَضِيتَ بِاللَّهِ رَبًّا، وَبِالإِسْلامِ دِينًا، وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيًّا، وَبِالْقُرْآنِ إِمَامًا، فَإِنَّ مُنْكَرًا وَنَكِيرًا يَأْخُذُ وَاحِدٌ مِنْهُمْا بِيَدِ صَاحِبِهِ، وَيَقُولُ: انْطَلِقْ بنا مَا نَقْعُدُ عِنْدَ مَنْ قَدْ لُقِّنَ حُجَّتَهُ، فَيَكُونُ اللَّهُ حَجِيجَهُ دُونَهُمَا”، فَقَالَ رَجُلٌ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، فَإِنْ لَمْ يَعْرِفْ أُمَّهُ؟ قَالَ:”فَيَنْسُبُهُ إِلَى حَوَّاءَ، يَا فُلانَ بن حَوَّاءَ. رواه الطبراني“

Jika salah satu di antara kalian mati, maka ratakanlah tanah pada kuburnya (kuburkanlah). Hendaklah salah satu dari kalian berdiri di pinggir kuburnya dan hendaklah berkata : “wahai fulan (sebutkan nama orang yang mati, pent) anak fulanah (sebutkan ibu orang yang mati, pent)” sebab dia bisa mendengarnya tapi tidak bisa menjawabnya. Kemudian berkata lagi : “wahai fulan (sebutkan nama orang yang mati, pent) anak fulanah (sebutkan ibu orang yang mati, pent)” sebab dia akan duduk. Kemudian berkata lagi : “wahai fulan (sebutkan nama orang yang mati, pent) anak fulanah (sebutkan ibu orang yang mati, pent)” sebab dia akan berkata : “berilah kami petunjuk –semoga Allah merahmatimu-“ dan kalian tidak akan merasakannya. Kemudian hendaklah berkata : “ sebutlah sesuatu yang kamu bawa keluar dari dunia, yaitu persaksian bahwa tiada Tuhan kecuali Allah SWT, Muhammad hamba dan utusan Nya, dan sesungguhnya kamu ridlo Allah menjadi Tuhanmu, Muhammad menjadi Nabimu, dan Al Quran menjadi imammu”, sebab Mungkar dan Nakir saling berpegangan tangan dan berkata : “mari kita pergi. Kita tidak akan duduk (menanyakan) di sisi orang yang telah ditalqini (dituntun) hujjahnya (jawabannya), maka Allah menjadi hajiij (yang mengalahkan dengan menampakkan hujjah) baginya bukan Mungkar dan Nakir”. Kemudian seorang sahabat laki-laki bertanya : wahai Rasulullah ! Jika dia tidak tahu ibu si mayit ?Maka Rasulullah menjawab : nisbatkan kepada Hawa, wahai fulan bin Hawa” (H.R. Thabrani) (2).

Berdasarkan hadits ini ulama Syafi`iyah, sebagian besar ulama Hanbaliyah, dan sebagian ulama Hanafiyah serta Malikiyah menyatakan bahwa mentalqini mayit adalah mustahab (sunah)(3).

Hadits ini memang termasuk hadist yang dhaif (lemah), akan tetapi ulama sepakat bahwa hadits dhaif masih bisa dijadikan pegangan untuk menjelaskan mengenai fadloilul a`mal dan anjuran untuk beramal, selama tidak bertentangan dengan hadits yang lebih kuat (hadits shohih dan hadits hasan lidzatih) dan juga tidak termasuk hadits yang matruk (ditinggalkan)(4). Jadi tidak mengapa kita mengamalkannya.

Selain itu, hadist ini juga diperkuat oleh hadist-hadits shohih seperti :

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إذَا فَرَغَ مِنْ دَفْنِ الْمَيِّتِ وَقَفَ عَلَيْهِ وَقَالَ : اسْتَغْفِرُوا ؛ لِأَخِيكُمْ وَاسْأَلُوا لَهُ التَّثْبِيتَ ، فَإِنَّهُ الْآنَ يُسْأَلُ . رَوَاهُ أَبُو دَاوُد ، وَصَحَّحَهُ الْحَاكِمُ .“Apabila Rasulullah SAW selesai menguburkan mayit, beliau berdiri di dekat kuburan dan berkata : mintalah kalian ampunan untuk saudara kalian dan mintalah untuknya keteguhan (dalam menjawab pertanyaan Mungkar dan Nakir) karena sesungguhnya dia sekarang sedang ditanya” (H.R. Abu Daud dan dishahihkan oleh Hakim)(5).

Juga hadits yang diriwayatkan Imam Muslim r.a :

وعن عمرو بن العاص – رضي الله عنه – ، قَالَ : إِذَا دَفَنْتُمُونِي ، فَأقِيمُوا حَوْلَ قَبْرِي قَدْرَ مَا تُنْحَرُ جَزُورٌ ، وَيُقَسَّمُ لَحمُهَا حَتَّى أَسْتَأنِسَ بِكُمْ ، وَأعْلَمَ مَاذَا أُرَاجِعُ بِهِ رُسُلَ رَبِّي . رواه مسلمDiriwayatkan dari `Amr bin Al `Ash, beliau berkata : Apabila kalian menguburkanku, maka hendaklah kalian menetap di sekeliling kuburanku seukuran disembelihnya unta dan dibagi dagingnya sampai aku merasa terhibur dengan kalian dan saya mengetahui apa yang akan saya jawab apabila ditanya Mungkar dan Nakir(6).

Semua hadits ini menunjukkan bahwa talqin mayit memiliki dasar yang kuat. Juga menunjukkan bahwa mayit bisa mendengar apa yang dikatakan pentalqin dan merasa terhibur dengannya.

Salah satu ayat yang mendukung hadits di atas adalah firman Allah SWT :

وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَى تَنْفَعُ الْمُؤْمِنِينَ [الذاريات/55]“Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman. “

Ayat ini memerintah kita untuk memberi peringatan secara mutlak tanpa mengkhususkan orang yang masih hidup. Karena mayit bisa mendengar perkataan pentalqin, maka talqin bisa juga dikatakan peringatan bagi mayit, sebab salah satu tujuannya adalah mengingatkan mayit kepada Allah agar bisa menjawab pertanyaan malaikat kubur dan memang mayit di dalam kuburnya sangat membutuhkan peringatan tersebut(7). Jadi ucapan pentalqin bukanlah ucapan sia-sia karena semua bentuk peringatan pasti bermanfaat bagi orang-orang mukmin.

Referensi

(1)شرح النووي على صحيح مسلم – (6 / 219(1 ( كتاب الجنائز) 916 الجنازة مشتقة من جنز إذا ستر ذكره بن فارس وغيره والمضارع يجنز بكسر النون والجنازة بكسر الجيم وفتحها والكسر أفصح ويقال بالفتح للميت وبالكسر للنعش عليه ميت ويقال عكسه حكاه صاحب المطالع والجمع جنائز بالفتح لا غير قوله صلى الله عليه وسلم لقنوا موتاكم لا إله إلا الله معناه من حضره الموت والمراد ذكروه لا إله إلا الله لتكون آخر كلامه كما في الحديث من كان آخر كلامه لا إله إلا الله دخل الجنة والأمر بهذا التلقين أمر ندب وأجمع العلماء على هذا التلقين وكرهوا الاكثار عليه والموالاة لئلا يضجر بضيق حاله وشدة كربه فيكره ذلك بقلبه ويتكلم بما لا يليق قالوا وإذا قاله مرة لا يكرر عليه إلا أن يتكلم بعده بكلام آخر فيعاد التعريض به ليكون آخر كلامه ويتضمن الحديث الحضور عند المحتضر لتذكيره وتأنيسه واغماض عينيه والقيام بحقوقه وهذا مجمع عليه قوله وحدثنا قتيبة حدثنا عبد العزيز الدراوردي وروح وحدثنا أبو بكر بن أبي شيبة أخبرنا خالد بن مخلد أخبرنا سليمان بن بلال جميعا بهذا الاسناد هكذا هو في جميع النسخ وهو صحيح قال أبو علي الغساني وغيره معناه عن عمارة بن غزية الذي سبق فيه الاسناد الأول ومعناه روى عنه الدراوردي وسليمان بن بلال وهو كما قاله(2)المعجم الكبير للطبراني – (ج 7 / ص 286(

حَدَّثَنَا أَبُو عَقِيلٍ أَنَسُ بن سَلْمٍ الْخَوْلانِيُّ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بن إِبْرَاهِيمَ بن الْعَلاءِ الْحِمْصِيُّ، حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بن عَيَّاشٍ، حَدَّثَنَا عَبْد اللَّهِ بن مُحَمَّدٍ الْقُرَشِيُّ، عَنْ يَحْيَى بن أَبِي كَثِيرٍ، عَنْ سَعِيدِ بن عَبْدِ اللَّهِ الأَوْدِيِّ، قَالَ: شَهِدْتُ أَبَا أُمَامَةَ وَهُوَ فِي النَّزْعِ، فَقَالَ: إِذَا أَنَا مُتُّ، فَاصْنَعُوا بِي كَمَا أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نصْنَعَ بِمَوْتَانَا، أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ:”إِذَا مَاتَ أَحَدٌ مِنْ إِخْوَانِكُمْ، فَسَوَّيْتُمِ التُّرَابَ عَلَى قَبْرِهِ، فَلْيَقُمْ أَحَدُكُمْ عَلَى رَأْسِ قَبْرِهِ، ثُمَّ لِيَقُلْ: يَا فُلانَ بن فُلانَةَ، فَإِنَّهُ يَسْمَعُهُ وَلا يُجِيبُ، ثُمَّ يَقُولُ: يَا فُلانَ بن فُلانَةَ، فَإِنَّهُ يَسْتَوِي قَاعِدًا، ثُمَّ يَقُولُ: يَا فُلانَ بن فُلانَةَ، فَإِنَّهُ يَقُولُ: أَرْشِدْنَا رَحِمَكَ اللَّهُ، وَلَكِنْ لا تَشْعُرُونَ، فَلْيَقُلْ: اذْكُرْ مَا خَرَجْتَ عَلَيْهِ مِنَ الدُّنْيَا شَهَادَةَ أَنْ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، وَأَنَّكَ رَضِيتَ بِاللَّهِ رَبًّا، وَبِالإِسْلامِ دِينًا، وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيًّا، وَبِالْقُرْآنِ إِمَامًا، فَإِنَّ مُنْكَرًا وَنَكِيرًا يَأْخُذُ وَاحِدٌ مِنْهُمْا بِيَدِ صَاحِبِهِ، وَيَقُولُ: انْطَلِقْ بنا مَا نَقْعُدُ عِنْدَ مَنْ قَدْ لُقِّنَ حُجَّتَهُ، فَيَكُونُ اللَّهُ حَجِيجَهُ دُونَهُمَا”، فَقَالَ رَجُلٌ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، فَإِنْ لَمْ يَعْرِفْ أُمَّهُ؟ قَالَ:”فَيَنْسُبُهُ إِلَى حَوَّاءَ، يَا فُلانَ بن حَوَّاءَ”.المقاصد الحسنة للسخاوي ج 1 ص 167

الطبراني في الدعاء ومعجمه الكبير من طريق محمد بن إبراهيم بن العلاء الحمصي حدثنا إسماعيل بن عياش حدثنا عبد الله بن محمد القرشي عن يحيى بن أبي كثير عن سعيد بن عبد الله الأودي وقال شهدت أبا أمامة وهو في النزع فقال إذا أنا مت فاصنعوا بي كما أمر رسول الله أن نصنع بموتانا أمرنا رسول الله فقال (إذا مات أحد من إخوانكم فسويتم على قبره فليقم أحدكم على رأس قبره ثم يقول يا فلان ابن فلانة فإنه يسمعه ولا يجيب ثم يقول يا فلان ابن فلانة فإنه يستوي قاعدا ثم يقول يا فلان ابن فلانة فإنه يقول أرشد رحمك الله ولكن لا تشعرون فليقل اذكر ما خرجت عليه من الدنيا شهادة أن لا إله إلا الله وأن محمدا عبده ورسوله وأنك رضيت بالله ربا وبالإسلام دينا ومحمد نبيا وبالقرآن إماما فإن منكرا ونكيرا يأخذ كل واحد منهما بيد صاحبه يقول انطلق ما تقعد عند من لقن حجته فيكون الله حجيجه دونهما) فقال رجل يا رسول الله فإن لم يعرف اسم أمه قال (فلينسبه إلى حواء فلان ابن حواء)(3)الأذكار ج 1 ص 162وأما تلقـين الـميت بعد الدفن، فقد قال جماعة كثـيرون من أصحابنا بـاستـحبـابه، ومـمن نصَّ علـى استـحبـابه: القاضي حسين فـي تعلـيقه، وصاحبه أبو سعد الـمتولـي فـي كتابه «التتـمة»، والشيخ الإمام الزاهد أبو الفتـح نصر بن إبراهيـم بن نصر الـمقدسي، والإمام أبو القاسم الرافعي وغيرهم، ونقله القاضي حسين عن الأصحاب. وأما لفظه: فقال الشيخ نصر: إذا فرغ من دفنه يقـف عند رأسه ويقول: يا فلان بن فلان، اذكر العهد الذي خرجت علـيه من الدنـيا: شهادة أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأن مـحمداً عبدُه ورسوله، وأن الساعة آتـيةٌ لا ريبَ فـيها، وأن الله ببعث من فـي القبور، قل: رضيت بـالله ربـاً، وبـالإسلام ديناً، وبـمـحمد نبـياً، وبـالكعبة قبلةً، وبـالقرآن إماماً، وبـالـمسلـمين إخواناً، ربـي الله، لا إله إلا هو، وهو ربُّ العرش العظيـم، هذا لفظ الشيخ نصر الـمقدسي فـي كتابه «التهذيب»، ولفظ البـاقـين بنـحوه، وفـي لفظ بعضهم نقص عنه، ثم منهم من يقول: يا عبد الله بن أمة الله، ومنهم من يقول: يا عبد الله بن حواء، ومنهم من يقول: يا فلان ـ بـاسمه ـ ابن أمة الله، أو يا فلان بن حواء، وكله بـمعنًى. وسئل الشيخ الإمام أبو عمرو بن الصلاح ـ رحمه الله ـ عن هذا التلقـين، فقال فـي «فتاويه»: التلقـين هو الذي نـختاره ونعمل به، وذكره جماعة من أصحابنا الـخراسانـيـين، قال: وقد روينا فيه حديثا من حديث أبي أمامة ليس بالقائم إسناده ” (1) ، قال الحافظ بعد تخريجه : هذا حديث غريب ، وسند الحديث من الطريقين ضعيف جدا ولكن اعتضد بشواهد ، وبعمل أهل الشام به قديما. قال : وأما تلقين الطفل الرضيع ، فما له مستند يعتمد ، ولا نراه ، والله أعلم.الجوهرة النيرة ص2 ج2

[مَنْ كَانَ آخِرُ كَلامِهِ لا إلَهَ إلا اللَّهُ دَخَلَ الْجَنَّةَ] وَأَمَّا تَلْقِينُ الْمَيِّتِ فِي الْقَبْرِ فَمَشْرُوعٌ عِنْدَ أَهْلِ السُّنَّةِ لأَنَّ اللَّهَ تَعَالَى يُحْيِيه فِي الْقَبْرِ وَصُورَتُهُ أَنْ يُقَالَ يَا فُلانُ بْنَ فُلانٍ أَوْ يَا عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ اُذْكُرْ دِينَك الَّذِي كُنْت عَلَيْهِ وَقَدْ رَضِيت بِاَللَّهِ رَبًّا وَبِالإِسْلامِ دِينًا وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيًّا. فَإِنْ قِيلَ إذَا مَاتَ مَتَى يُسْأَلُ اخْتَلَفُوا فِيهِ قَالَ بَعْضُهُمْ حَتَّى يُدْفَنَ وَقَالَ بَعْضُهُمْ فِي بَيْتِهِ تُقْبَضُ عَلَيْهِ الأَرْضُ وَتَنْطَبِقُ عَلَيْهِ كَالْقَبْرِ وَالْقَوْلُ الأَوَّلُ أَشْهَرُ لأَنَّ الآثَارَ وَرَدَتْ بِهِ. فَإِنْ قِيلَ هَلْ يُسْأَلُ الطِّفْلُ الرَّضِيعُ فَالْجَوَابُ أَنَّ كُلَّ ذِي رُوحٍ مِنْ بَنِي آدَمَ فَإِنَّهُ يُسْأَلُ فِي الْقَبْرِ بِإِجْمَاعِ أَهْلِ السُّنَّةِ لَكِنْ يُلَقِّنُهُ الْمَلَكُ فَيَقُولُ لَهُ مَنْ رَبُّك ثُمَّ يَقُولُ لَهُ قُلْ اللَّهَ رَبِّي ثُمَّ يَقُولُ لَهُ مَا دِينُك ثُمَّ يَقُولُ لَهُ قُلْ دِينِي الإِسْلامُ ثُمَّ يَقُولُ لَهُ مَنْ نَبِيُّك ثُمَّ يَقُولُ لَهُ قُلْ نَبِيِّي مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ بَعْضُهُمْ لا يُلَقِّنُهُ بَلْ يُلْهِمُهُ اللَّهُ حَتَّى يُجِيبَ كَمَا أُلْهِمَ عِيسَى عَلَيْهِ السَّلامُ فِي الْمَهْدِ.فتاوى ابن حجر الهيثمي ج 5 ص 226وَسُئِلَ) رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ هَلْ تَلْقِينُ الْمَيِّتِ بَعْدَ صَبِّ التُّرَابِ أَوْ قَبْلَهُ وَإِذَا مَاتَ طِفْلٌ بَعْدَ مَوْتِ أَبَوَيْهِ أَوْ أَحَدِهِمَا كَيْفَ الدُّعَاءُ فِي الصَّلاةِ عَلَيْهِ ؟ (فَأَجَابَ) رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ بِقَوْلِهِ لا يُسَنُّ التَّلْقِينُ قَبْلَ إهَالَةِ التُّرَابِ بَلْ بَعْدَهُ كَمَا اعْتَمَدَهُ بَعْضُ الْمُتَأَخِّرِينَ وَجَزَمْتُ بِهِ فِي شَرْحِ الإِرْشَادِ وَإِنْ اخْتَارَ ابْنُ الصَّلاحِ أَنَّهُ يَكُونُ قَبْلَ الإِهَالَةِ قَالَ الإِسْنَوِيُّ وَسَوَاءٌ فِيمَا قَالُوهُ فِي الدُّعَاءِ فِي الصَّلاةِ عَلَى الطِّفْلِ مَاتَ فِي حَيَاةِ أَبَوَيْهِ أَمْ لا لَكِنْ خَالَفَهُ الزَّرْكَشِيُّ فَقَالَ إنْ كَانَ أَبَوَاهُ مَيِّتَيْنِ أَوْ أَحَدُهُمَا أَتَى بِمَا يَقْتَضِيهِ الْحَالُ وَالدَّمِيرِيُّ فَقَالَ إنْ كَانَ أَبَوَاهُ مَيِّتَيْنِ لَمْ يَدْعُ لَهُمَا. وَاَلَّذِي قَالَهُ الزَّرْكَشِيُّ أَوْجَهُ كَمَا ذَكَرْتُهُ فِي شَرْحِ الْعُبَابِ فَحِينَئِذٍ يَقُولُ اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ فَرَطًا لأَبَوَيْهِ وَسَلَفًا وَذُخْرًا وَهَذِهِ الأَوْصَافُ كُلُّهَا لائِقَةٌ بِالْمَيِّتِ وَالْحَيِّ فَلْيَأْتِ بِهَا سَوَاءٌ كَانَا حَيَّيْنِ أَوْ مَيِّتَيْنِ أَمَّا السَّلَفُ وَالذُّخْرُ فَوَاضِحٌ وَأَمَّا الْفَرَطُ فَهُوَ السَّابِقُ الْمُهَيِّئُ لِمَصَالِحِهِمَا فِي الآخِرَةِ وَلَيْسَ الْمُرَادُ السَّبْقَ بِالْمَوْتِ بَلْ السَّبْقَ بِتَهْيِئَةِ الْمَصَالِحِ وَلا شَكَّ أَنَّ الْمَيِّتَ يَحْتَاجُ إلَى مَنْ يَسْبِقُهُ إلَى الْجَنَّةِ أَوْ الْمَوْقِفِ لِيُهَيِّئَ لَهُ الْمَصَالِحَ وَوَلَدُهُ الطِّفْلُ كَذَلِكَ. وَأَمَّا الْعِظَةُ فَتَخْتَصُّ بِالْحَيِّ فَيَقُولُ وَعِظَةً لِلْحَيِّ مِنْ أَبَوَيْهِ فَإِنْ مَاتَا حَذَفَ هَذِهِ اللَّفْظَةَ وَكَذَلِكَ الاعْتِبَارُ وَالشَّفِيعُ عَامٌّ لِلْحَيِّ وَالْمَيِّتِ فَيَأْتِي بِهِ فِيهِمَا وَتَثْقِيلُ الْمَوَازِينِ كَذَلِكَ بِخِلافِ أَفْرِغْ الصَّبْرَ وَالْحَاصِلُ أَنَّهُ يَأْتِي بِالأَلْفَاظِ كُلِّهَا سَوَاءٌ كَانَا حَيَّيْنِ أَمْ مَيِّتَيْنِ إلا قَوْلَهُ عِظَةً وَاعْتِبَارًا وَأَفْرِغْ الصَّبْرَ فَإِنَّهُ لا يَأْتِي بِهَا إلا إذَا كَانَا حَيَّيْنِ أَوْ أَحَدُهُمَا فَإِنْ كَانَا حَيَّيْنِ فَوَاضِحٌ أَوْ أَحَدُهُمَا فَقَطْ ذَكَرَهُ فَقَالَ وَعِظَةً وَاعْتِبَارًا لِلْحَيِّ مِنْهُمَا وَأَفْرِغْ الصَّبْرَ عَلَى قَلْبِ الْحَيِّ مِنْهُمَا وَاَللَّهُ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى أَعْلَمُ بِالصَّوَابِ.مغني المحتاج إلى معرفة معاني ألفاظ المنهاج ج 1 ص 447(ويسنُّ أن يقف جماعة بعد دفنه عند قبره ساعة يسألون لـه التثبيت) لأنه كان إذا فرغ من دفن الميت وقف عليه وقال: «اسْتَغْفِرُوا لأخِيكُمْ وَاسْأَلُوا لَهُ التَّثْبِيتَ، فَإِنَّهُ الآنَ يُسْأَلُ» رواه البزّار، وقال الحاكم: إنه صحيح الإسناد. وروى مسلم عن عمرو بن العاص أنه قال: «إذا دفنتموني فأقيموا بعد ذلك حول قبري ساعة قد ما تُنْحَرُ جزور ويفرَّقُ لحمها حتى أَستأنِسَ بكم وأعلم ماذا أراجع رُسُلَ ربي». ويسنُّ تلقينُ الميت المكلف بعد الدفن، فيقال لـه: «يا عبداللـه ابن أَمَةِ اللَّهِ أَذْكُر ما خرجت عليه من دار الدنيا شهادة أن لا إلـه إلاَّ اللـه وأن محمداً رسول اللـه، وأن الجنة حقّ، وأن النار حقّ، وأن البعث حقّ، وأن الساعة آتية لا ريب فيها، وأن اللـه يبعث من في القبور، وأنك رضيت باللـه ربّاً وبالإسلام ديناً وبمحمدٍ نبيّاً وبالقرآن إماماً وبالكعبة قِبْلَةً وبالمؤمنين إخواناً». لحديث وَرَدَ فيه. قال في الروضة: والحديث إن كان ضعيفاً لكنه اعتضد بشواهد من الأحاديث الصحيحة، ولم تزل الناس على العمل به من العصر الأوّل في زمن من يُقْتَدَى به، وقد قال تعالى: {وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَى تَنْفَعُ المُؤْمِنِينَ} ؛ وَأَحْوَجُ ما يكون العبد إلى التذكير في هذه الحالة؛ ويقعد الملقِّنُ عند رأس القبر. أما غير المكلَّف، وهو الطفل ونحوه ممن لم يتقدم لـه تكليفٌ، فلا يسنُّ تلقينه؛ لأنه لا يفتن في قبره. (و) يسنُّ (لجيران أهلـه) ولأقاربه الأباعد وإن كان الأهل بغير بلد الميت، (تهيئة طعام يشبعهم) أي أهلـه الأقارب، (يومهم وليلتهم) لقولـه لما جاء خبر قتل جعفر: «اصْنَعُوا لآلِ جَعْفَرَ طَعَاماً فَقَدْ جَاءَهُمْ مَا يَشْغَلُهُمْ» حسَّنه الترمذي وصحّحه الحاكم؛ ولأنه بِرٌّ ومعروف.تتمة في التلقين بعد الدفن اعلم أن مسألة التلقين قبل الموت لم نعلم فيها خلافا وأما بعد الموت وهي التي تقدم ذكرها في الهداية وغيرها فاختلف الأئمة والعلماء فيها فالحنفية لهم فيها ثلاثة أقوال الأول أنه يلقن بعد الموت لعود الروح للسؤال والثاني لا يلقن والثالث لا يؤمر به ولا ينهى عنه وعند الشافعية يلقن كما قال ابن حجر في التحفة ويستحب تلقين بالغ عاقل أو مجنون سبق له تكليف ولو شهيدا كما اقتضاه إطلاقهم بعد تمام الدفن لخبر فيه وضعفه اعتضد بشواهد على أنه من الفضائل فاندفع قول ابن عبد السلام أنه بدعة انتهى وأما عند الإمام مالك نفسه فمكروه قال الشيخ علي المالكي في كتابه كفاية الطالب الرباني لختم رسالة ابن أبي زيد القيرواني ما لفظه وأرخص بمعنى استحب بعض العلماء هو ابن حبيب في القراءة عند رأسه أو رجليه أو غيرهما ذلك بسورة يس لما روي أنه قال ما من ميت يقرأ عند رأسه سورة يس إلا هون الله تعالى عليه ولم يكن ذلك أي ما ذكر من القراءة عند المحتضر عند مالك رحمه الله تعالى أمرا معمولا وإنما هو مكروه عنده وكذا يكره عند تلقينه بعد وضعه في قبره انتهى وأما الحنبلية فعند أكثرهم يستحب قال الشيخ عبد القادر بن عمر الشيباني الحنبلي في شرح دليل الطالب ما لفظه واستحب الأكثر تلقينه بعد الدفن انتهى واستفيد منه أن غير الأكثر من الحنابلة يقول بعدم التلقين بعد الموتسبل السلام – (ج 3 / ص 155(وَعَنْ ضَمْرَةَ بْنِ حَبِيبٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ – أَحَدِ التَّابِعِينَ – قَالَ : كَانُوا يَسْتَحِبُّونَ إذَا سُوِّيَ عَلَى الْمَيِّتِ قَبْرُهُ ، وَانْصَرَفَ النَّاسُ عَنْهُ .أَنْ يُقَالَ عِنْدَ قَبْرِهِ : يَا فُلَانُ ، قُلْ : لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ ، ثَلَاثَ مَرَّاتٍ ، يَا فُلَانُ : قُلْ رَبِّي اللَّهُ ، وَدِينِي الْإِسْلَامُ ، وَنَبِيِّي مُحَمَّدٌ ، رَوَاهُ سَعِيدُ بْنُ مَنْصُورٍ مَوْقُوفًا – وَلِلطَّبَرَانِيِّ نَحْوُهُ مِنْ حَدِيثِ أَبِي أُمَامَةَ مَرْفُوعًا مُطَوَّلًا .

(4)أضواء البيان ج 6 ص 225

ومما قاله ابن القيم في كلامه الطويل، قوله: وقد ترجم الحافظ أبو محمد عبد الحقّ الأشبيلي على هذا، فقال: ذكر ما جاء أن الموتى يسألون عن الأحياء، ويعرفون أقوالهم وأعمالهم، ثم قال: ذكر أبو عمر بن عبد البرّ من حديث ابن عباس، عن النبيّ صلى الله عليه وسلّم: «ما من رجل يمرّ بقبر أخيه المؤمن كان يعرفه فيسلم عليه، إلاّ عرفه وردّ عليه السّلام». ويروى من حديث أبي هريرة مرفوعًا، قال: «فإن لم يعرفه وسلّم عليه ردّ عليه السلام»، قال: ويروى من حديث عائشة رضي اللَّه عنها، أنّها قالت: قال رسول اللَّه صلى الله عليه وسلّم: «ما من رجل يزور قبر أخيه فيجلس عنده، إلاّ استأنس به حتى يقوم»، واحتجّ الحافظ أبو محمد في هذا الباب بما رواه أبو داود في سننه، من حديث أبي هريرة، قال: قال رسول اللَّه صلى الله عليه وسلّم: «ما من أحد يسلّم عليّ إلاّ ردّ اللَّه عليّ روحي حتى أردّ عليه السّلام». ثم ذكر ابن القيّم عن عبد الحق وغيره مرائي وآثارًا في الموضوع، ثم قال في كلامه الطويل: ويدلّ على هذا أيضًا ما جرى عليه عمل الناس قديمًا وإلى الآن، من تلقين الميت في قبره ولولا أنه يسمع ذلك وينتفع به لم يكن فيه فائدة، وكان عبثًا. وقد سئل عنه الإمام أحمد رحمه اللَّه، فاستحسنه واحتجّ عليه بالعمل. ويروى فيه حديث ضعيف: ذكر الطبراني في معجمه من حديث أبي أُمامة، قال: قال رسول اللَّه صلى الله عليه وسلّم: «إذا مات أحدكم فسوّيتم عليه التراب، فليقم أحدكم على رأس قبره، فيقول: يا فلان ابن فلانة»، الحديث. وفيه: «اذكر ما خرجت عليه من الدنيا شهادة ألا إله إلا اللَّه، وأن محمّدًا رسول اللَّه، وأنك رضيت باللَّه ربًّا، وبالإسلام دينًا، وبمحمّد نبيًّا، وبالقرءان إمامًا»، الحديث. ثم قال ابن القيّم: فهذا الحديث وإن لم يثبت، فاتصال العمل به في سائر الأمصار والأعصار من غير إنكار كاف في العمل بهالمجموع شرح المهذب ج 5 ص 226الرابعة: قال جماعات من أصحابنا يستحب تلقين الميت عقب دفنه فيجلس عند رأسه إنسان ويقول: «يا فلان ابن فلان ويا عبد الله بن أمة الله اذكر العهد الذي خرجت عليه من الدنيا، شهادة أن لا إله إلاّ الله وحده لا شريك له. وأن محمداً عبده ورسوله وأن الجنة حق وأن النار حق وأن البعث حق وأن الساعة آتية لا ريب فيها وأن الله يبعث من في القبور. وإنك رضيت بالله رباً وبالإسلام ديناً وبمحمد نبياً وبالقرآن إماماً وبالكعبة قبلة وبالمؤمنين إخواناً» زاد الشيخ نصر: «ربي الله لا إله إلاّ هو عليه توكلت وهو رب العرش العظيم» فهذا التلقين عندهم مستحب، وممن نص على استحبابه القاضي حسين والمتولي والشيخ نصر المقدسي والرافعي وغيرهم. ونقله القاضي حسين عن أصحابنا مطلقاً، وسئل الشيخ أبو عمرو بن الصلاح رحمه الله عنه فقال: (التلقين هو الذي نختاره ونعمل به، قال: وروينا فيه حديثاً من حديث أبي أمامة ليس إسناده بالقائم، لكن اعتضد بشواهد، وبعمل أهل الشام قديماً) هذا كلام أبي عمرو. قلت: حديث أبي أمامة رواه أبو القاسم الطبراني في معجمه بإسناد ضعيف، ولفظه: عن سعيد بن عبد الله الأزدي قال: «شهدت أبا أمامة رضي الله عنه وهو في النزع فقال: إذا مت فاصنعوا بي كما أمرنا رسول الله صلى الله عليه وسلّم فقال: إذا مات أحد من إخوانكم فسويتم التراب على قبره فليقم أحدكم على رأس قبره ثم ليقل: يا فلان ابن فلانة فإنه يسمعه ولا يجيب، ثم يقول: يا فلان ابن فلانة فإنه يستوى قاعداً، ثم يقول: يا فلان ابن فلانة فإنه يقول: أرشدنا رحمك الله ولكن لا تشعرون، فليقل اذكر ما خرجت عليه من الدنيا شهادة أن لا إله إلاّ الله وأن محمداً عبده ورسوله وإنك رضيت بالله رباً، وبالإسلام ديناً، وبمحمد نبياً وبالقرآن إماماً، فإن منكراً ونكيراً يأخذ كل واحد منهما بيد صاحبه ويقول انطلق بنا ما نقعد عند من لقن حجته فقال رجل يا رسول الله فان لم نعرف أمه قال فينسبه إلى امه حواء يا فلان ابن حواء ” قلت فهذا الحديث وان كان ضعيفا فيستأنس به وقد اتفق علماء المحدثين وغيرهم علي المسامحة في أحاديث الفضائل والترغيب والترهيب وقد أعتضد بشواهد من الاحاديث كحديث ” واسألوا له الثبيت ” ووصية عمرو بن العاص وهما صحيحان سبق بيانهما قريبا ولم يزل اهل الشام علي العمل بهذا في زمن من يقتدى به والي الآن وهذا التلقين انما ” هو في حق المكلف الميت اما الصبى فلا يلقن والله اعلم(5)سبل السلام – (ج 3 / ص 151)

وَعَنْ عُثْمَانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ { : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إذَا فَرَغَ مِنْ دَفْنِ الْمَيِّتِ وَقَفَ عَلَيْهِ وَقَالَ : اسْتَغْفِرُوا ؛ لِأَخِيكُمْ وَاسْأَلُوا لَهُ التَّثْبِيتَ ، فَإِنَّهُ الْآنَ يُسْأَلُ } رَوَاهُ أَبُو دَاوُد ، وَصَحَّحَهُ الْحَاكِمُ .(6)رياض الصالحين – (ج 1 / ص 477)

وعن عمرو بن العاص – رضي الله عنه – ، قَالَ : إِذَا دَفَنْتُمُونِي ، فَأقِيمُوا حَوْلَ قَبْرِي قَدْرَ مَا تُنْحَرُ جَزُورٌ ، وَيُقَسَّمُ لَحمُهَا حَتَّى أَسْتَأنِسَ بِكُمْ ، وَأعْلَمَ مَاذَا أُرَاجِعُ بِهِ رُسُلَ رَبِّي . رواه مسلم(7)التاج والإكليل لمختصر خليل ج 3 ص 3

قال أبو حامد : ويستحب تلقين الميت بعد الدفن. وقال ابن العربي في مسالكه: إذا أدخل الميت قبره فإنه يستحب تلقينه في تلك الساعة وهو فعل أهل المدينة الصالحين من الأخيار لأنه مطايق لقوله تعالى: {وذكر فإن الذكرى تنفع المؤمنين} وأحوج ما يكون العبد إلى التذكير بالله عند سؤال الملائكةلسان العرباللَّقْنُ: مصدر لَقِنَ الشيءَ يَلْقَنُه لَقْناً ، وكذلك الكلامَ، وتَلَقَّنه : فَهِمه. ولَقَّنَه إِياه: فَهَّمه. وتَلَقَّنته: أَخذته لَقانِـيَةً. وقد لَقَّنَنـي فلانٌ كلاماً تَلْقـيناً أَي فَهَّمَنـي منه ما لـم أَفْهَم. والتَّلْقِـين: كالتَّفْهِيم.تفسير تنوير الأذهان ص 125 ج 3{ان} ما {انت الا نذير} منذر بالنار والعقاب واما الاسماع البتة فليس من وظائفك ولا حيلة لك اليه فى المطبوع على قلوبهم الذين هم بمنزلة الموتى وقولـه {ان اللـه يسمع} الخ وقولـه {انك لا تهدى من احببت ولكن اللـه يهدى من يشاء} وقولـه {ليس لك من الامر شئ} وغير ذلك لتمييز مقام الالوهية عن مقام النبوة كيلا يشتبها على الامة فيضلوا عن سبيل اللـه كما ضل بعض الامم السالفة فقال بعضهم عزير ابن اللـه وقال بعضهم المسيح ابن اللـه وذلك من كمال رحمته لـهذه الامة وحسن توفيقه. يقول الفقير ايقظه اللـه القدير ان قلت قد ثبت انه عليه السلام امر يوم بدر بطرح اجساد الكفار فى القليب ثم ناداهم باسمائهم وقال ” هل وجدتم ما وعد اللـه ورسولـه حقا فانى وجدت ما وعدنى اللـه حقا ” فقال عمر رضى اللـه عنه يا رسول اللـه كيف تكلم اجساد الارواح فيها فقال عليه السلام ” ما انتم با سمع لما اقول منهم غير انهم لا يستطيعون ان يردوات شيأ ” فهذا الخبر يقتضى ان النبى عليه السلام اسمع من فى القليب وهم موتى وايضا تلقين الميت بعد الدفن للاسماع والا فلا معنى لـه. قلت اما الاول فيحتمل ان اللـه تعالى احيى اهل القليب حينئذ حتى سمعوا كلام رسول اللـه توبيخالـهم وتصغيرا ونقمة وحسرة والا فالميت من حيث ميت ليس من شأنه السماع وقولـه عليه السلام ” ما انتم باسمع ” الخ يدل على ان الارواح اسمع من الاجساد مع الارواح لزوال حجاب الحس وانخراقة. واما الثانى فانما يسمعه اللـه ايضا بعد احيائه بمعنى ان يتعلق الروح بالجسد تعلقا شديدا بحيث يكون كما فى الدنيا فقد اسمع الرسول عليه السلام وكذا الملقن باسماع اللـه تعالى وخلق الحياة والا فليس من شأن احد الاسماع كما انه ليس من شأن الميت السماع واللـه اعلم

http://pondokhabib.wordpress.com/2013/10/26/perintah-talqin-mayat/

Follow by Email