DOA -doa Ku... Ya Allah....

... اشهد ان لا إله إلا الله وأشهد ان محمد رسول الله .....YA ALLAH...AMPUNKAN AKU ....Bimbinglah Aku di jalan -MU.. TETAPKAN AKU DALAM KASIH SAYANGMU, ......AMPUNKAN SEGALA KESALAHAN dan DOSA-DOSAKU..DOSA DAN KESALAHAN KEDUA IBU BAPAKU..DAN SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT....KUMPULKAN AKU BERSAMA PARA NABI DAN RASUL...YA ALLAH ...KEKALKAN AKU DAN KETURUNANKU DALAM ISLAM DAN BERIMAN KEPADAMU....YA ALLAH.YA ALLAH, HIDUPKAN AKU DALAM KEADAAN MERENDAH DIRI, MATIKAN AKU DALAM KEADAAN MERENDAH DIRI DAN BANGKITKAN AKU (PADA HARI QIAMAT) DI DALAM GOLONGAN ORANG-ORANG YANG MERENDAH DIRI.. استغفر الله العظيم ASTAGFIRULLAHALAZZIM....سبحان الله...SUBHANALLAH ...الحمد لله..ALHAMDULILLAH...الله أكبر..ALLAHUAKHBAR.....ALLAHUMA SOLLIALA SAYIDINA MUHAMMAD....WAALA ALIMUHAMMAD..........

Sabtu, 21 Jun 2014

Berhati-hatilah Terhadap Sikap Menganggap Baik Diri Sendiri



Berhati-hatilah Terhadap Sikap Menganggap Baik Diri Sendiri, 
kerana Hal Tersebut salah satu jalan masuknya Syaitan!

Allah Ta’alaa berfirman, yang bermaksud:
“… Maka janganlah kamu menganggap dirimu suci. Dia (Allah Ta’alaa) 
mengetahui tentang orang yang bertaqwa.” (QS. An Najm: 32)

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
“Janganlah menganggap diri kalian suci, Allah lebih mengetahui orang yang 
berbuat baik di antara kalian”. (HR. Muslim no. 2142)

Isnin, 16 Jun 2014

Ibrahim Adham Raja Sufi Yang Mulia

Gambar hiasan sahaja
Ibrahim bin Adham atau nama asalnya ialah Abu Ishak Ibrahim bin Adham dilahirkan daripada keluarga bangsawan Arab yang kaya raya. Beliau terkenal sebagai seorang raja Balkh yang sangat luas wilayah kekuasaannya. Ke mana saja pergi, beliau akan diiringi empat puluh bilah pedang emas dan empat batang tongkat kebesaran emas diusung di depan dan belakangnya. Nama beliau berada dalam tinta sejarah daripada seorang raja yang masyhur kepada ahli sufi yang terkenal.

Bermulanya perubahan kehidupan Ibrahim bin Adham apabila pada suatu malam ketika baginda tertidur di bilik istananya, langit-langit di biliknya bergerak seolah-olah ada seseorang yang sedang berjalan di atas atap. Ibrahim terjaga dan berseru: “Siapakah itu?”

“Saya adalah seorang sahabat, untaku hilang, aku sedang mencarinya di atas atap ini.” Terdengar sahutan dari atas.

“Bodoh, tidak ada orang mencari unta di atas atap!” Ibrahim menengkingnya.

“Wahai manusia yang lalai, apakah engkau hendak mencari Allah Subhanahu wata’ala dengan berpakaian sutera dan tidur di alas tilam emas?” Jawab suara itu penuh simbolik.

Kata-kata ini sangat menggetarkan hati Ibrahim. Ia sangat gelisah dan tidak dapat meneruskan tidurnya sehingga pagi. Seperti kebiasaannya, di sebelah siang Ibrahim berada di atas singgahsananya untuk mendengar pengaduan dan masalah rakyat jelata. Tetapi hari itu keadaannya berlainan, dirinya gelisah dan banyak termenung.

Para menteri, pembesar istana dan rakyat yang hadir merasa hairan melihat perubahan yang terjadi dengan tiba-tiba kepada raja mereka.

Tiba-tiba masuk seorang lelaki berwajah menakutkan ke dalam ruangan perjumpaan itu. Tidak seorangpun di antara askar dan pengawal istana yang berani menanyakan sesuatu dan menghalangnya masuk. Kejadian berlaku begitu pantas, semua lidah menjadi kelu. Lelaki itu melangkah ke depan Ibrahim Adham.

“Apakah yang engkau inginkan daripada aku?” Tanya Ibrahim.

“Aku baru sahaja sampai, bagilah aku rehat dulu”, jawab lelaki itu.

“Ini bukan tempat persinggahan kafilah. Ini istanaku. Lagak engkau seperti orang gila saja!” Ibrahim menengking.

“Siapa pemilik sebenar istana ini sebelum engkau?” Tanya lelaki itu.

“Ayahku!” Jawab Ibrahim pendek.

“Sebelum ayahmu?”

“Datukku!”

“Sebelum dia?”

“Datuk kepada datuk-datukku!”

“Ke manakah mereka sekarang ini?“ Tanya lelaki itu.

“Mereka telah meninggalkan dunia ini”, jawab Ibrahim.

“Jika demikian, tidakkah ini sebuah persinggahan yang diduduki oleh seseorang kemudian ditinggalkannya dan diganti oleh yang lain pula?” Kata lelaki itu.

Tersentak juga hati Ibrahim mendengar kata-kata lelaki itu. Belum sempat Ibrahim menjawab, lelaki itu mengundur ke belakang dan tiba-tiba ghaib di tengah orang ramai. Banyak para alim ulama membuat tafsiran sesungguhnya lelaki itu adalah Nabi Khidhir ‘Alaihissalam yang sengaja datang mengetuk hati raja Ibrahim bin Adham yang semakin lalai dengan tipu daya dunia.

Kegelisahan Ibrahim semakin menjadi-jadi sejak kejadian tersebut. Ia dihantui oleh bayangan dan suara lelaki itu sejak peristiwa di istananya. Akhirnya kerana tidak tahan lagi Ibrahim memerintah pengawalnya: “Persiapkan kudaku yang terbaik! Aku hendak pergi berburu. Ya, Allah! Bilakah semua ini akan berakhir?”

Ibrahim bin Adham dan rombongan terus merentasi padang pasir yang luas saujana mata memandangnya. Baginda memacu kudanya begitu laju sehingga akhirnya terpisah dengan rombongan tersebut. Dalam mencari jalan keluar baginda terlihat seekor rusa. Tiba-tiba Ibrahim ghairah hendak memburu rusa itu. Belum sempat berbuat apa-apa rusa itu berkata kepadanya: “Wahai manusia yang lalai, aku disuruh oleh Allah Subhanahu wata’ala memburumu. Engkau tidak dapat menangkapku. Bertaubatlah, untuk inikah engkau diciptakanNya?”

Ibrahim yang di dalam ketakutan itu tiba-tiba terkejut dengan kata-kata itu. Baginda langsung tidak terfikir selama ini untuk apa baginda dicipta ke dunia. Sekarang keyakinan serta keimanannya telah tertanam di dalam dadanya. Seluruh pakaian dan tubuh kudanya basah oleh cucuran air mata penyesalannya selama ini. Dengan sepenuh hati Ibrahim bertaubat kepada Allah Subhanahu wata’ala. Dalam keadaan panas terik itu, baginda meninggalkan kudanya dengan berjalan kaki yang akhirnya baginda bertemu dengan seorang penggembala yang sedang menjaga sekumpulan kambing-kambingnya.

Tiba-tiba Ibrahim meminta keizinan untuk menyerahkan bajunya yang bersulam emas serta topinya yang bertatahkan batu-batu permata yang sangat mahal harganya. Sebaliknya baginda mengenakan pakaian dan topi gembala itu yang diperbuat daripada kulit dan bulu kambing. Gembala kambing itu melihat kelakuan Ibrahim itu dengan penuh kehairanan. Semua malaikat menyaksikan perbuatan Ibrahim itu dengan penuh kekaguman sehingga salah satu malaikat berkata: “Lihat, betapa megahnya kerajaan yang diterima putera Adham sebelum ini, akhirnya telah mencampakkan pakaian dunia yang kotor dan menggantinya dengan jubah kesedaran.”

Dengan berjalan kaki Ibrahim mengembara merentasi gunung dan menyusuri padang pasir yang luas sambil menginsafi dosa-dosa yang pernah dilakukannya. Akhirnya sampailah baginda di sebuah gua. Ibrahim yang dulunya seorang raja yang hebat akhirnya menyendiri dan berkhalwat di dalam gua selama sembilan tahun. Selama di dalam gua itulah Ibrahim betul-betul mengabdikan dirinya kepada Allah Subhanahu wata’ala. Setiap hari Khamis baginda ke pekan bernama Nishapun untuk menjual kayu api. Setelah sembahyang Jumaat baginda pergi membeli roti dengan wang yang diperolehinya. Roti itu separuh diberikan kepada pengemis dan separuh lagi untuk berbuka puasa. Demikianlah yang dilakukannya setiap minggu.

Akhirnya baginda mengambil keputusan keluar dari gua tersebut untuk merantau lagi merentasi padang pasir yang terbentang luas itu. Baginda tidak tahu lagi ke mana hendak ditujui. Setiap kali baginda berhenti di sebuah perkampungan, baginda kumpulkan orang-orang setempat untuk memberitahu betapa kebesaran Allah terhadap hambaNya dan azab yang akan diterima oleh sesiapa yang mengingkarinya. Justeru itu banyaklah orang yang akrab dengannya dan ada yang menjadi muridnya. Baginda mengharungi padang pasir itu empat belas tahun lamanya. Selama itu pula baginda berdoa dan merendahkan dirinya serta tawaddhu’ kepada Allah Subhanahu wata’ala. Nama Ibrahim pula mula disebut-sebut orang; dari seorang raja berubah menjadi seorang ahli sufi yang merendah diri.

Pernah dalam perjalanannya baginda diuji. Disebabkan kewara’an baginda itu ada seorang kaya datang menemuinya untuk mengambil tabarruk ke atas baginda dengan memberi wang yang sangat banyak kepada Ibrahim. “Terimalah wang ini, semoga berkah”, katanya kepada Ibrahim.

“Aku tidak mahu menerima sesuatupun daripada pengemis”, jawab Ibrahim.

“Tetapi aku adalah seorang yang kaya”, pintas orang kaya orang itu.

“Apakah engkau masih menginginkan kekayaan yang lebih besar daripada apa yang telah engkau miliki sekarang ini?” tanya Ibrahim.

“Ya, kenapa tidak?” Jawabnya ringkas.

“Simpanlah wang ini kembali, bagi aku, engkau adalah ketua para pengemis di sini. Bahkan engkau bukan seorang pengemis lagi tetapi seorang yang sangat miskin dan meminta-minta.” Tegur Ibrahim.

Kata-kata Ibrahim itu membuatkan orang kaya itu tersentak seketika. Penolakan pemberiannya oleh Ibrahim disertai dengan kata-kata yang sinis lagi pedas itu turut meninggalkan kesan yang mendalam kepada dirinya. Dengan peristiwa tersebut orang kaya itu bersyukur kepada Allah kerana pertemuan dengan Ibrahim itu membuatkan dirinya sedar akan tipu daya dunia ini. Beliau lalai dengan nafsu yang tidak pernah cukup daripada apa yang perolehinya selama ini.

Suatu ketika sedang Ibrahim bin Adham menjahit jubah buruknya di tepi sungai Tirgis baginda ditanya oleh sahabatnya: “Engkau telah meninggalkan kemewahan kerajaan yang besar. Tetapi apakah yang engkau telah perolehi sebagai imbalannya?”

Disebabkan soalan yang tidak disangka-sangka itu keluar dari mulut sahabatnya sendiri maka dengan tiba-tiba jarum di tangannya terjatuh ke dalam sungai itu.

Sambil menunjukkan jarinya ke sungai itu Ibrahim berkata, “Kembalikanlah jarumku!”

Tiba-tiba seribu ekor ikan mendongakkan kepalanya ke permukaan air. Masing-masing ikan itu membawa sebatang jarum emas di mulutnya.

Ibrahim berkata: “Aku inginkan jarumku sendiri.”

Seekor ikan kecil yang lemah datang menghantarkan jarum besi kepunyaan Ibrahim di mulutnya.

“Jarum ini adalah salah satu di antara imbalan-imbalan yang ku perolehi, kerana meninggalkan kerajaan Balkh. Sedangkan yang lainnya belum tentu untuk kita, semoga engkau mengerti.” Kata Ibrahim Adham dengan penuh kiasan.

Begitulah kehidupan seorang raja Balkh yang bernama Ibrahim bin Adham yang luas pemerintahannya dan hidup di dalam kemewahan, tetapi akhirnya berkelana menjadi ahli sufi yang terkenal. Baginda menemui Allah Subhanahu wata’ala pada tahun 165H/782M di negeri Persia. Taubat Ibrahim itu merupakan sebuah kisah yang sangat unik bagi umat Islam yang merintis kehidupan yang penuh dengan tipu daya di dunia ini. Wallahu ‘alam.

http://jalanakhirat.wordpress.com/2010/03/18/ibrahim-idham-raja-sufi-yang-mulia/

Rabu, 11 Jun 2014

Kisah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم Bersama Anak Yatim Di Pagi Syawal

Anak-anak Yati al-Wadi
Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم ,yang kita cintai begitu prihatin terhadap anak-anak yatim. Bahkan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم , merupakan seorang yatim piatu sejak kecil. Mari kita hayati bagaimana lembut dan ikhlasnya kasih sayang yang diberikan oleh Baginda صلى الله عليه وآله وسلم , kepada anak-anak yatim.

Pada zaman jahiliah, penduduk kufar Quraisy Makkah sering memperlakukan kezaliman terhadap anak-anak yatim. Anak yatim pada zaman itu seperti anak yang tiada halatuju kehidupan. Sekirannya ibu seorang anak yatim dinikahi oleh lelaki lain, warisan berupa harta si anak dihabiskan oleh bapa tirinya sehingga mengakibatkan si anak yatim hidup merempat.

Namun, kedatangan Islam telah merubah semua persepsi negatif terhadap anak-anak yatim ini. Sebagaimana firman ALLAH SWT :

كَلَّا بَل لَّا تُكْرِمُونَ الْيَتِيمَ
“Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Ia berhak menerimanya); “

وَلَا تَحَاضُّونَ عَلَى طَعَامِ الْمِسْكِينِ
Dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin;

وَتَأْكُلُونَ التُّرَاثَ أَكْلاً لَّمّاً
Dan kamu sentiasa makan harta pusaka secara rakus (dengan tidak membezakan halal haramnya),

وَتُحِبُّونَ الْمَالَ حُبّاً جَمّاً
Serta kamu pula sayangkan harta secara tamak haloba! [Surah AL-Fajr : 17-20]

Menurut Muqatil, seorang ahli tafsir ayat tersebut menjelaskan mengenai kisah Qudamah bin Maz’un, yang merupakan seorang anak yatim diperlakukan dengan kejam oleh Umayyah bin Khalaf seorang pembesar Quraisy yang zalim.

Peringatan-peringatan dari ALLAH Subhanahu Wa Taala banyak ditegaskan mengenai kewajiban dan berhati-hati dalam mengendalikan harta anak yatim sebagaimana firman ALLAH Subhanahu Wa Taala yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu mendekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih baik (bermanfaat) sampai ia dewasa dan penuhilah janji, sesungguhnya janji itu pasti diminta pertanggungjawabannya”.[Surah al-Isra : 34]

Kita hayati juga kesedihan yang dialami oleh Nabi kesayangan kita Sayyidina Rasulullah 
صلى الله عليه وآله وسلم , sebagai seorang yang bergelar anak yatim piatu. ALLAH Subhanahu Wa Taala tidak pernah mempersiakan kekasih NYA dan berfirman :

أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيماً فَآوَى
“Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan? “

Mari kita fahami dahulu keadaan anak yatim piatu di zaman sebelum kedatangan Islam sebelum saya kongsikan kisah Junjungan Mulia yang kita cintai Sayyidina Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , bersama anak yatim di pagi Syawal. Barangkali kita boleh bandingkan nasib anak-anak yatim piatu di zaman kita ini.

Ahmad Musthafa Al-Maraghi dalam tafsirnya menyebut, apabila seseorang bergelar yatim di Makkah, maka kehidupan mereka ibarat sudah di yakinkan akan gelap gelita. Ini termasuklah kerosakan akhlak, kehidupan yang disia-siakan dan tekanan perasaan kerana kehilangan ayah dan ibu. Ini disebabkan tiada sesiapa yang mengambil peduli akan untung nasib anak-anak yatim kerana masing-masing sibuk mementingkan diri sendiri. Anak-anak yatim ketika itu menjadi sesat disebabkan pengaruh jahiliah arab kufar. Walaubagaimanapun tidak kepada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , yang dipelihara kemaksumannya oleh ALLAH Subhanahu Wa Taala Yang Maha Mulia.

Ayuh Hayati Kisah ini :

“Ayahku ialah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم ,”

Kisah ini terjadi di Madinah pada pagi Hari raya Aidilfitri. Sebagaimana yang diketahui, betapa Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , amat menyintai anak-anak yatim piatu. Diriwayatkan pada suatu hari raya Aidilfitri, ketika Baginda صلى الله عليه وآله وسلم , keluar dari rumah untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri. Baginda صلى الله عليه وآله وسلم ,telah melihat sekumpulan kanak-kanak sedang girang bermain, tertawa meraikan kehadiran lebaran. Kanak-kanak itu mengenakan pakaian baharu.

Tiba-tiba, Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , terpandang kepada seorang kanak-kanak berpakaian lusuh, compang-camping yang duduk sendirian dan menangis tersedu-sedu. Baginda صلى الله عليه وآله وسلم , mendekati gadis kecil itu dan mengusap kepalanya dengan tangan Baginda yang mulia dan bertanya dengan suaranya yang lembut; ”Mengapa engkau menangis nak…”. Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , yang memiliki hati yang lemah lembut turut pilu.

Anak itu terkejut kehairanan dan menjawab tanpa menoleh ke arah yang bertanya, tanpa mengetahui kekasih ALLAH sedang berbicara dengannya :

“Biarkan aku sendirian.” Dia berkata lagi dengan perlahan : “Ayahku telah mati dalam pertempuran bersama Nabi صلى الله عليه وآله وسلم , dan ibuku berkahwin lagi. Harta ku habis dimakan oleh suami ibuku dan aku diusir dari rumahnya. Pada hari raya yang suci ini, semua anak pasti menginginkan beraya dengan kedua orang tuanya. Aku melihat rakan-rakanku begitu gembira, bahagia bersama keluarga mereka. Sedangkan aku, tidak seperti mereka yang beruntung. Aku teringatkan ayah. Itu sebabnya aku menangis.

Andai ayahku masih bersamaku, tentu dia tidak membiarkaku seperti ini. Hari raya tahun lalu, dia membelikanku baju berwarna hijau lengkap bersepatu. Aku sangat bahagia ketika itu, namun kini aku tidak mendapatkannya lagi untuk selama-lamanya. Aku telah menjadi anak yatim….”

Mendengarkan kisah gadis kecil itu, Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , semakin sedih. Tanpa disedari airmata Baginda صلى الله عليه وآله وسلم , yang mulia menitis membasihi wajahnya. Kemudian dengan penuh kasih sayang Baginda صلى الله عليه وآله وسلم , membelai rambut anak gadis itu sambil berkata : “Anakku, hapuskan airmatamu, angkatlah kepalamu dan dengarlah apa akan kusampaikan kepadamu. Apakah engkau ingin aku menjadi ayahmu ? Apakah engkau ingin agar Fatimah R.A menjadi kakakmu ? Dan apakah engkau ingin Aisyah menjadi ibumu ? Bagaimana pandapatmu mengenai cadanganku ini wahai anakku ? ”

Mendengarkan ucapan itu, gadis tersebut berhenti menangis. Perlahan-lahan dia mengangkat kepalanya dan memandang dengan takjub wajah penuh bercahaya manusia agung yang berdiri di hadapannya. MASYAALLAH… orang yang turut bersedih bersamanya ialah Sayyidina Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم ,. Betapa anak gadis ini telah mencurahkan segala isi hatinya kepada kekasih ALLAH Subhanahu Wa Taala.

Katakanlah tuan-puan, hati mana, jiwa mana yang akan menolak pelawaan daripada manusia mulia ini. ALLAHU ALLAH. Anak gadis itu tersenyum dan tanpa kata dan mengganggukkan kepalanya perlahan sebagai tanda persetujuan.

Kemudian Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , memimpin tangan anak itu menuju ke rumah Baginda صلى الله عليه وآله وسلم ,. Sepanjang perjalanan, gadis itu tersenyum riang dan terhapus kesedihan di wajahnya.

Setibanya di rumah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , gadis kecil itu disambut dengan mesra oleh Sayyidah Fatimah Az-Zahra. Sayyidah Fatimah membersihkan tubuh gadis kecil itu, menyisir rambutnya dan memakaikan baju baharu dan sepatu yang indah.

Bahkan, Ummul Mukminin, Aisyah R.A menyediakan makanan khas bersempena Hari Raya Aidilfitri. Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , juga memberikan wang saku kepada si anak. Setiap ahli keluarga Baginda صلى الله عليه وآله وسلم , menyantuninya dengan penuh kasih sayang. ALLAHU ALLAH. Betapa girangnya gadis kecil itu memiliki ayah seperti Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم ,. Begitu pula Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , Sayyidah Aisyah dan Sayyidah Fatimah begitu gembira meraikan kegembiraan anak gadis kecil itu.

Begitulah keperibadian Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam sebagai panduan kita dalam kehidupan. Betapa hampirnya Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam dengan anak-anak yatim-piatu. 

ar-Rahiq al-Makhtum
Sollu’ alan Nabiyy….
.اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم

Selasa, 10 Jun 2014

Petua Melembutkan Hati Anak

Kesihannya anak ini
Mengikut sesetengah pendapat, kanak-kanak perlu dimanjakan dan jangan sesekali dipukul. Sekiranya dia bersikap 'degil' sekalipun cubalah kaedah lain untuk mengurangkan kedegilan itu. Kita pun pernah melalui usia sebegini dan pernah bersifat degil . Antara kaedah yang boleh dicuba dan dipraktikkan adalah:

1. Cubalah cara ini:
1. Semasa anak sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak.

2. Bacaan dari al-Quran yang boleh digunakan untuk mengurangkan masalah kedegilan dan panas baran anak: 
           Membaca surah Thaha ayat 1-5
           Membaca surah Ikhlas, Fatihah, Ayat Kursi (1 kali )
           Membaca bismillah 5 (3 kali )

3. Baca Ya Muqit berulang kali, kemudian tiupkan pada air dan bagi anak minum. Perlu selalu dibuat dan tawakal serta berserah pada Allah S.W.T.

4. Cara ini juga boleh dicuba:

1) Sewaktu bangun dari tidur pada waktu pagi, peluklah anak sebanyak 3 kali.
2) Usapkan kepala anak dan berselawat sambil berniat di dlm hati (bergantung pada niat kita untuk si anak)
3) baca al-fatihah dan baca surah taha ayat 1-5, kemudian baca doa Nabi Daud sebanyak 3kali. {"YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA)..SEBAGAIMANA ENGKAU LEMBUTKAN NABI DAUD AKAN BESI"} dan hembuskan pada makanan/minuman.

5. Amalan yang baik dan senang untuk kita amalkan untuk melembutkan hati anak-anak dan supaya mudah menerima pelajaran apa yang diajar oleh gurunya. Baca ayat [Al-Hasyr: surah 59 ayat 21] dan hembuskan pada ubun-ubun anak tiap-tiap pagi dan dan malam ketika anak hendak tidur.

"Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya." [Al-Hasyr: surah 59 ayat 21]

Kaedah2 ini bukan sahaja boleh dipraktikkan untuk mengurangkan degil untuk anak kecil, malah boleh dilakukan keatas semua peringkat usia terutama untuk orang yang kita sayang. InsyaAllah, dengan izin Allah S.W.T segala usaha kita akan berhasil.

Amalkan Doa Melembutkan Hati Anak / Suami / Isteri
Ayatnya berbunyi : Alla hu latifum bi'ibadihi, yar zuqumay..ya sha... wahuwal qa wi yul aziz.

Tafsirnya: “ِAllah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang telah ditetapkan), dan Dialah yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”

Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia dan baiti jannati. Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak.

Semua kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.

Di sini, aku ingin berkongsi antara doa2 yang patut diamalkan dalam menangani kerenah anak sendiri.
Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19, surah as-Syura bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”

Sebaiknya dibaca selepas Subuh iaitu dibaca pada pada air pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.

Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”

Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir 'Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati.

Begitu juga, Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran.

Bagi ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik, elok amalkan ayat 38, Surah Ali-Imran iaitu doa Nabi Zakaria bermaksud: “Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. ”

Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Amalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.

Selepas solat lima waktu,amalkan doa daripada ayat 74, Surah al-Furqan bermaksud: “Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertakwa.”

Ayat 40, Surah Ibrahim bermaksud: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku.”

Jadikanlah doa cara berkesan membentuk peribadi anak-anak. Doa itu senjata mukmin.
Wallahua'lam

http://www.gempak.org/forum/117-tentang-agama/86322-petua-melembutkan-hati-anak.html

Mulianya Wanita

Gambar hiasan 
Allah swt tidak menjadikan nabi di kalangan wanita. Tetapi Allah swt memuliakan wanita di dalam Al-Quran dengan menamakan surah -An nisa’-.

Manusia yang pertama beriman kepada Allah swt selepas Rasulullah saw ialah wanita -Khadijah r.anha-.

Manusia pertama yang syahid kerana agama Allah juga adalah wanita - Sumayyah r.anha -.

Dan Allah juga mengangkat perbuatan Siti Hajar r.anha yang juga seorang wanita yang berlari-lari antara Safa dan Marwah di dalam rukun haji, iaitu saie.

Wanita adalah yang paling mudah memasuki syurga tetapi wanita jugalah yang paling ramai menjadi penghuni neraka. Sabda Nabi yang mafhumnya; “Wanita yang solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan mentaati suaminya, maka masuklah dia ke syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya”.

 Masya Allah, senang bunyinya. Tapi hakikatnya tidaklah semudah itu. Jika kita lihat bagaimana pengorbanan Siti Khadijah r.anha, tentunya kita takkan dapat tiru apa yang beliau telah lakukan. Sebelum memeluk Islam dan menjadi isteri Rasulullah saw, beliau ialah seorang hartawan, peniaga yang mashyur dan terkenal. Tetapi sebaik sahaja beliau beriman kepada Allah, seluruh hartanya diinfaqkan(dibelanjakan) ke jalan Allah swt. Sehinggakan di akhir hayatnya, ketika di pangkuan Rasulullah saw, katanya “Ya Rasulullah, jika tulang belulangku ini dapat dijadikan jambatan untuk keluar ke jalan Allah, maka ambillah. Aku redha ya Rasulullah”.

 Begitu juga kisah Sumayyah r.anha yang semua ahli keluarganya habis di bunuh oleh pembesar kafir Quraisy. Iman di dadanya sedikitpun tidak goyah hatta nyawanya menjadi korban kerana dia yakin, syurga Allah telah menantinya.

Kesabaran dan ketaatan Siti Hajar r.anha kepada suaminya dan iman yang kental terhadap Tuhannya, membuatkan beliau tidak sedikit pun gentar ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir yang panas, yang tiada asbab untuk hidup bersama bayinya Nabi Ismail a.s yang masih merah. Tetapi Allah Maha Besar, setiap hamba yang taat kepadaNya akan dibalas dengan kebaikan. Dari hentakan kaki nabi Ismail a.s, maka terpancutlah air zam-zam yang Allah janji tidak akan kering sehingga hari Kiamat.

Allahu Akbar!. Betapa besarnya pengorbanan para sahabiah r.anha ketika itu. Sanggup kehilangan harta, suami, anak-anak demi agama Allah swt. Kerana mereka yakin dengan janji Allah swt, Allah telah beli diri, harta dan masa orang mukmin dengan syurga Allah swt. Apa lagi yang kita harapkan jika Allah swt sendiri dah tawarkan syurgaNya untuk kita? But for sure, ada harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan ganjaran itu. Dan dunia ini adalah tempat untuk kita membuktikannya. Sabda Rasulullah saw yang mafhumnya, “Dunia itu adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir”.

- Artilkel iluvislam.com

Sabtu, 7 Jun 2014

AMALKANLAH UCAP ZIKIR "LAA HAULA WA LAA QUWWATA ILLAA BILLAAH"


AMALKANLAH UCAP ZIKIR "LAA HAULA WA LAA QUWWATA ILLAA BILLAAH"
La haula wa la quwwata illa billah

(Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata)
-Kalimat ini adalah kalimat yang ringkas, namun syarat makna dan memiliki keutamaan yang luar biasa. Kata Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pada ‘Abdullah bin Qois,

Wahai ‘Abdullah bin Qois, katakanlah ‘laa hawla wa laa quwwata illa billah’, kerana ia merupakan simpanan pahala berharga di surga” (HR. Bukhari no. 7386

-Kalimat “laa haula wa laa quwwata illa billah” adalah kalimat yang berisi penyerahan diri dalam segala urusan kepada Allah Ta’ala. Hamba tidaklah bisa berbuat apa-apa dan tidak bisa menolak sesuatu, juga tidak bisa memiliki sesuatu selain kehendak Allah.

-Ada ulama yang menafsirkan kalimat tersebut, “Tidak ada kuasa bagi hamba untuk menolak keburukan dan tidak ada kekuatan untuk meraih kebaikan selain dengan kuasa Allah.”
-Ulama lain menafsirkan, “Tidak ada usaha, kekuatan dan upaya selain dengan kehendak Allah.”

-Ibnu Mas’ud berkata,

Tidak ada daya untuk menghindarkan diri dari maksiat selain dengan perlindungan dari Allah. Tidak ada kekuatan untuk melaksanakan ketaatan selain dengan pertolongan Allah.”

-Imam Nawawi menyebutkan berbagai tafsiran di atas dalam Syarh Shahih Muslim dan beliau katakan, “Semua tafsiran tersebut hampir sama maknanya.” (Syarh Shahih Muslim, 17: 26-27)
Manfaat dan kelebihan memperbanyak mengucapkan zikir Laa Hawla wa Laa Quwwata illa Billaah :
1. Sebagai simpanan kekayaan yang berlimpah di syurga, dan pengaruhnya sangat menakjubkan.

-Dari Abi Musa Al-Asy'ari radhiallahu anhu ia berkata: Rasulullah shallallahu alaihi wasallam berkata kepadaku: "Maukah aku tunjukkan kepadamu salah satu bacaan yang menjadi simpanan kekayaan di dalam syurga?", Maka aku menjawab: "Tentu, wahai Rasulullah". Maka beliau menjawab: "Ucapkanlah.... (Laa Haula wa Laa Quwwata illa Billaah)

-Ibnul Qoyyim rahimahullah mengatakan: Kalimat... (Laa Haula wa Laa Quwwata illa Billaah)
mempunyai pengaruh yang sangat menakjubkan saat menanggung beban pekerjaan yang sulit dan keras, atau saat menghadap kepada raja dan orang yang ditakutkan, selain pengaruhnya yang efektif untuk menolak kemiskinan.

-Hubaib bin Salamah rahimmullah sangat senang saat menghadapi musuh atau mengepung sebuah benteng memperbanyakkan ucapan.... (Laa Haula wa Laa Quwwata illa Billaah)

Diceritakan bahawa suatu hari ia mengepung sebuah benteng milik bangsa Romawi sehingga ia putus asa, lalu tentara kaum mislimin membaca zikir tersebut sambil bertakbir, akhirnya benteng tersebut hancur.

2. Penawar bagi segala penyakit dan penderitaan seperti rasa bimbang.
Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:
"Barangsiapa yang mengucapkan :-
 (Laa Haula wa Laa Quwwata illa Billaah) maka hal itu sebagai penawar baginya dari sembilan puluh sembilan penyakit dan yang termudah adalah rasa bimbang"

3. Pencegah bahaya, dan bahaya yang paling rendah adalah bahaya kemiskinan.
Makhul rahimahullah berkata: Barangsiapa yang yang mengatakan:
 (Laa Haula wa Laa Quwwata illa Billaah)
maka akan lenyap dari dirinya tujuh puluh pintu petaka, yang paling rendah adalah bencana kemiskinan.

Semoga lisan ini selalu diberi taufik oleh Allah untuk selalu basah dengan dzikir kepada Allah.


WALLAHUALAM .

Khamis, 5 Jun 2014

~Mengenali Muhammad Rasulullah saw~


Perkara-Perkara Yang Khusus Kepada Rasulullah saw

1. Musuh merasa takut sebelum menemui Rasulullah saw dalam jarak tempoh sebulan
2. Rasulullah saw dianugerahi kefasihan dalam berbicara
3. Terpelihara daripada dosa
4. Keluarga dan keturunan Baginda dilarang menerima zakat dan sedekah
5. Di antara dua bahunya ada tanda kenabian
6.Qiyamullail di wajibkan baginya
7. Saat matanya terpejam, hatinya tetap terjaga
8. Isteri-isteri Baginda dilarang dinikahi oleh sesiapapun
9. Allah mengizinkannya menikahi wanita melebihi 4 orang
10. Pemimpin Bani Adam, penutup para Nabi dan Allah mengutuskannya kepada seluruh umat manusia

♡Kami merinduimu ya Rasulullah♡

Ust Naim -Gunung Keriang
http://ustaznaim.blogspot.com

Follow by Email