DOA -doa Ku... Ya Allah....

... اشهد ان لا إله إلا الله وأشهد ان محمد رسول الله .....YA ALLAH...AMPUNKAN AKU ....Bimbinglah Aku di jalan -MU.. TETAPKAN AKU DALAM KASIH SAYANGMU, ......AMPUNKAN SEGALA KESALAHAN dan DOSA-DOSAKU..DOSA DAN KESALAHAN KEDUA IBU BAPAKU..DAN SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT....KUMPULKAN AKU BERSAMA PARA NABI DAN RASUL...YA ALLAH ...KEKALKAN AKU DAN KETURUNANKU DALAM ISLAM DAN BERIMAN KEPADAMU....YA ALLAH.YA ALLAH, HIDUPKAN AKU DALAM KEADAAN MERENDAH DIRI, MATIKAN AKU DALAM KEADAAN MERENDAH DIRI DAN BANGKITKAN AKU (PADA HARI QIAMAT) DI DALAM GOLONGAN ORANG-ORANG YANG MERENDAH DIRI.. استغفر الله العظيم ASTAGFIRULLAHALAZZIM....سبحان الله...SUBHANALLAH ...الحمد لله..ALHAMDULILLAH...الله أكبر..ALLAHUAKHBAR.....ALLAHUMA SOLLIALA SAYIDINA MUHAMMAD....WAALA ALIMUHAMMAD..........

Isnin, 25 Mei 2015

* PLASTIK BOCOR *

by: Sahabat
Hati-hati dengan plastik bocor. Kita ambil wuduk dengan sempurna tapi membazir air (plastik bocor)

Kita solat, sedekah, baca Quran, pegi haji dan umrah banyak kali tapi kita membuat fitnah tentang orang.. So (plastik bocor)

Kita memberi banyak sedekah kepada orang miskin tapi kita mempergunakan dan melukai mereka (plastik bocor)

Kita bangun Tahajjud, puasa dan taat pada Allah tetapi kita memutuskan tali silaturrahim dengan keluarga (plastik bocor)

Kita puasa dan sabar dengan ujian lapar dan dahaga tetapi kita bersumpah, mengganggu, mengacau dan tidak boleh kawal marah kita (plastik bocor)

Kita pakai abaya dan tudung tapi minyak wangi kita berbau kuat (plastik bocor)

Kita muliakan dan layan baik tetamu kita tetapi bila dia balik, kita cakap belakang pasal semua kekurangan dia (plastik bocor)

Kita berkorban kesenangan kita demi anak dan suami tetapi kita merungut setiap masa membuatkan mereka rasa bersalah (plastik bocor)

Kita bekerja bersungguh-sungguh tapi kita kerja hanya untuk menunjuk-nunjuk...(plastik bocor)

Kita berdoa mohon keampunan, Allah beri kamu sakit, kita mula merungut sehingga membuat orang di sekeliling kita merasa tertekan (sedangkan sakit merupakan pengampun dosa) (plastik bocor)

"Jangan kita kumpul semua amalan baik kita dalam plastik bocor. Kita berusaha mengisinya tapi dengan senang ia jatuh tumpah ke bawah!"

Muhasabah diri

Jumaat, 22 Mei 2015

Tazkirah zohor - Renungan Pengajaran


(Copy dr geng ngaji) Tazkirah zohor...ustaz...utk hari nie,☺
Apa yang diceritakan oleh sahabat saya (kisah benar) berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya...

Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya. Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu...

Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi...
Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di sebatang jalan raya...

Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi.Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya...

Sewaktu beliau koma, beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang...

Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya...

Beliau agak kebingungan ketika itu. Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini...
Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu...

Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad...

Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah Yasin untuknya. Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah...

Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima...
Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka...

Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini...

Apa yang akan terjadi padanya kini???
Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang...

Hanya tinggal 10 minit lagi.....Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu. Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan?

Jawab Malaikat “Ya:.

Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya…...
Kemudian….secara tiba2 apabila masa tinggal kurang dari setengah minit, malaikat makin menghampirinya dan berkata,..

“Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian”

Sahabat saya bertanya, “siapakah orang-orang itu?”
Malaikat menunjukkan mereka itu...
Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat Zohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda...

Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan...

Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan Zohor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda...

Doa ikhlas mereka diterima Allah swt. Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang sahabat saya tersedar dari komanya dan meraung kesedihan...

Isteri beliau yang ada di sisinya turut menangis dan juga saya...

Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menangis selepas sedar dari komanya...
Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda semua...

Apa yang disesalkan:
1. Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja...Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doa mereka amat ikhlas...

2. Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada nya walau pun dia akan mati..

3. Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doa2 mereka tidak ikhlas.

4. Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doa mereka tiada keikhlasan..

5. Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah...

Nasiblah ada sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau...

6. Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh...

Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan...

7. Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya...

Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka...

8. Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau...

Ini menyebabkan ibu bapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu...

9. Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar..

10. Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian...

Sahabat : Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui tulisan saya ini...

Ambillah iktibar dari kisah ini..
  • Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat...
  • Luangkan masa bersama keluarga...
  • Imarahkan masjid selalu...
  • Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu...
  • Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka...
  • Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan...
Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri...

Sent from Samsung Mobile

Khamis, 21 Mei 2015

ALLAH TERLALU SAYANG PADA KITA

Pada zaman Umar ra,ada seorang penyanyi. Kerjanya sebagai penghibur dan penyanyi. Ketika dia tua, Dia susah dan sudah tiada jalan mencari rezeki. Semasa berada di kawasan perkuburan Baqi' dia pergi di satu sudut supaya tidak kelihatan orang ramai, lalu dia berdoa. Dia menangis sambil berdoa,  "Wahai Allah aku susah, aku sudah tua dan kerana suara tidak seperti dulu, diriku sudah tidak dipandang orang. Ya Allah berilah aku rezeki. Berilah aku roti".

Ketika itu Umar ra sedang tidur dalam Masjid Nabawi, Beliau bermimpi satu suara menyebut tentang orang tadi supaya memberikan bantuan padanya. Umar ra terkejut dan takut pada Allah kerana ada orang yang dalam keadaan susah, Umar ra terus berlari sehingga tertinggal kasutnya..

Sebaik nampak penyanyi tua tadi, Umar ra menghampirinya tetapi penyanyi itu berlari meninggalkan Umar ra, Dengan pantas Umar ra berkata "jangan lari,aku datang  untuk memberi makanan/bantuan kepada kamu". Penyanyi itu kehairanan. Kata umar ra, "kepada siapa kamu meminta? Allah yang hantar aku". Sebaik mendengar kata-kata  Umar ra, penyanyi tua itu menangis tanpa henti.

Katanya, "wahai Allah seluruh hidupku dengan kelalaian dan dosa. Sekali aku minta padamu itupun kerana aku lapar, Terus engkau sambut dan berikan kepadaku nikmat".penyanyi tua itu menangis lagi tidak berhenti dan beliau bertaubat.

Kemudian beliau berlari dalam keadaan menangis Lalu meninggal dunia. Umar ra menguruskan jenazahnya dan mengebumikannya...

Allah teramat sayang pada kita. Tiada ungkapan atau perkataan sebenarnya yang dapat diberi. Apa sudah jadi pada hati kita semua? Di mana perasaan kita semua? Seekor anjing setia pada orang yang beri makan padanya. Kita diberi segalanya. Tapi inikah balasan kita?

Ramai orang cari jalan untuk ketenangan dan bahagia sebenarnya. Semakin cari semakin tidak kelihatan..kerana jalannya hanyalah Bertaubat pada Allah dan menuju pada Allah. Lihatlah bagaimana sambutan dari Allah. Tidak pernah kecewa orang yang kembali pada Allah.

- USTAZ EBIT LEW -

Wallahu'alam..
Sent from Samsung Mobile

Selasa, 12 Mei 2015

GENGGAM AGAMA UMPAMA GENGGAM BARA

Genggam Agama Umpama Genggam Bara

Pada suatu hari baginda s.a.w telah menyatakan kerinduan baginda s.a.w terhadap kekasih-kekasih baginda s.a.w. lantas ditanya oleh para sahabat; “Bukankah kami ini kekasihmu wahai Rasulullah?” Maka baginda s.a.w lantas menyatakan; “Tidak. Bahkan kalian sahabatku. Kekasihku ialah sekelompok manusia yang datang pada akhir zaman. Mereka itu menggenggam agama mereka umpama mereka menggenggam bara.”

Siapakah golongan yang istimewa ini? Golongan yang sahabat merasa iri hati dengan mereka kerana kerinduan baginda s.a.w terhadap mereka? Ya mereka itulah golongan yang dikatakan oleh baginda s.a.w sebagai segolongan dari umatnya yang bukan sezaman dengan baginda s.a.w. yang bukan bertemu dengan baginda s.a.w dan bukan juga yang sama-sama berperang dengan baginda s.a.w. akan tetapi mereka adalah golongan yang datang pada akhir zaman.

Wah! Mengapakah mereka ini dirindui oleh baginda s.a.w? Ya… kerana mereka ini sanggup menggenggam bara walaupun ianya panas membakar. Mereka sanggup menggenggam walaupun tangan mereka terbakar hangus. Mereka sanggup menggenggam bara walau ia menyakitkan dan mencederakan.

Mengapakah baginda s.a.w umpamakan mereka seperti menggenggam bara api?

Baginda s.a.w telahpun nyatakan bahawa mereka ini adalah mereka yang datang dan hidup pada akhir zaman. Iaitu zaman yang tersangat sedikit perkara-perkara kebaikan. Akan tetapi ia adalah zaman yang tersangat banyak dan tersangat mudah berlakunya kejahatan dan kezaliman. Tiada yang tinggal melainkan Islam yang  hanyalah pada nama, al Quran melainkan hanya pada mashafnya. Di kala iman manusia melemah, kekuasaan terpecah-pecah. Musuh melawan dari depan dan belakang, yang sentiasa bekerja keras untuk melawan Islam secara terang mahupun jelas semata-mata untuk menjatuhkan Islam dan umatnya.  

Walaupun demikian, mereka ini tetap berpegang teguh dengan agama. Mereka tetap berjalan di atas sunnah baginda s.a.w. walau dalam kepayahan dan keperitan kerana masyarakat dan orang sekeliling yang sangat jauh amalan Islamnya dan memandang agama dengan pandangan yang janggal dan pelik. Suatu zaman yang fitnah yang menyesatkan berleluasa. Pada suatu zaman yang berlakunya fitnah dan syubhat terhadap agama. Pada suatu zaman yang berleluasanya nafsu dan shahwat terhadap dunia. Pada suautu zaman yang sangat terujinya iman.

Akan tetapi… mereka ini termasuk di dalam golongan yang tetap berhadapan kepayahan, kesulitan dan keperitan itu dengan hati dan jiwa yang kental. Tidak takut dengan bencinya manusia. Tidak gentar dengan ancaman dunia. Tidak tertipu dengan janji-janji manis yang bersifat sementara. Mereka inilah yang diumpamakan seperti menggenggam agama umpama menggenggam bara api.

Maka bagaimanakah cara untuk menjadi umat yang kuat untuk menggenggam bara api ini? Umat yang mempunyai jatidiri dan kuat peribadi? Pada saya kekuatan itu terpasak pada dua perkara yang penting dan utama.

a) Mempunyai tasawur dan pandangan yang jelas tentang Islam.
Untuk mendapat tasawur serta pandangan yang jelas ini kita perlulah mengisinya dengan ilmu-ilmu Islam yang betul dan benar-benar menepati al-Quran dan sunnah. Ilmu yang mendasarkan kepada ayat al Quran dan hadis yang diterima. Bukan yang semata-mata berpaksikan pemikiran logik akal. Kita juga perlu kenal apakah itu ajaran-ajaran yang bertentangan dengan Islam agar tidak tergelincir tatkala kita mencari ilmu. Pada saat dan ketika ini, pada pandangan saya, kita sangat perlu mengenali apakah itu ajaran Syiah, apakah ia Liberal dan Islam Liberal. Dua arus pemikiran ini sangat berleluasa di negara kita dan sangat mengancam umat Islam di Malaysia khususnya.

b) Mempunyai keimanan dan keyakinan yang tinggi terhadap agama.
Iman adalah hati dan jantung kepada kehidupan seorang muslim. Iman yang sejahtera akan membuatkan seorang muslim taat kepada Allah dan Rasul melebihi segala-galanya. Yakin kepada janji Allah melangkaui yakinnya kepada janji manusia. Yakin bahawa Allah Allah akan mengurniakan syurgaNya buat yang mentaatinya dan menjanjikan azab nerakaNya buat yang mengengkari. Maka ia akan melakukan suruhan samada suka ataupun tidak. Samada mendapat ganjaran dunia atau pun dicerca. Baginya redha Allah paling utama. Kebahagiaan akhirat adalah cita.

Maka marilah kita menjadi umat Nabi yang sentiasa menghidupkan hati dengan iman dan menyuburkan akal dengan ilmu.

Artikel ini merupakan hasil  tulisan Ustazah Suriani Sudi, Timbalan Ketua Wanita ISMA dalam kolum Majalah Iman.

http://www.ismaweb.net/2014/06/genggam-agama-umpama-genggam-bara/

KEAJAIBAN BERWUDUK

Apakah keajaiban di sebalik kita berwuduk?

Kini telah ramai pakar perubatan moden yang mengkaji kebaikan berwuduk.

WUDUK merupakan senjata orang Mukmin sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan SOLAT (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali dan jika kamu berjunub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air) atau dalam pelayaran atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang bersih, iaitu: Sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Dia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur”.(Al-Maidah : 6 )

Wuduk tidak hanya sekadar membersihkan anggota zahiriah dan bukan sekadar menyucikan badan yang dilakukan secara berulang kali setiap hari. Malahan, perbuatan berwuduk itu mempunyai pengaruh kejiwaan dan membawa kepada tahap kemuliaan rohani. Seseorang muslim yang berwuduk akan dapat merasakan sendiri perasaan tersebut. Dan ianya bukan sekadar diungkapkan dengan kata-kata sahaja, terutamanya sekiranya seseorang melakukannya ( wuduk) dengan sempurna.

Rentetan daripada perbuatan wuduk yang sempurna akan melahirkan seorang Muslim Mukmin yang sentiasa bertenaga, berfikiran positif dalam mengharungi kehidupan, serta yang lebih penting menimbulkan rasa perhambaan yang tinggi dalam dirinya.

Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud :”Siapa yang berwuduk dengan sempurna, maka dosa-dosanya akan keluar dari badan hingga ada yang keluar dari bawah kukunya.”(H.R. Muslim)

“SIAPA yang berwuduk, kemudian dia menyempurnakannya dengan membasuh kedua-dua tangan, wajahnya, menyapu kepalanya dan kedua telinga, lalu dia berdiri melaksanakan solat wajib, maka dosanya diampuni pada hari itu.  Dosanya diampuni selama dia menjaga ke mana kakinya berjalan, menjaga apa yang dipegang tangannya, yang didengar telinganya, yang dilihat matanya dan selama dia mencegah dirinya daripada terjerumus ke dalam keburukan.”(H.R. Ahamad dari Abu Umamah)

Membasuh anggota wuduk dapat menghilangkan kekotoran seperti debu yang sentiasa mengotori anggota badan manusia. Keterlibatan seseorang dengan alam sekeliling memungkinkan perkara ini sentiasa berlaku. Jutaan bakteria tentunya akan memberi kesan kepada manusia kerana pendedahan ke ruang sekitar yang tercemar. Dengan berwuduk sekurang-kurang lima kali sehari sudah tentu risiko ini dapat dihindari ,

HIKMAH WUDUK DARI SUDUT SAINS
SESUNGGUHNYA  setiap syariat yang difardukan ALLAH kepada manusia mempunyai rahsia yang tersendiri. ALLAH mewajibkan umat Islam berwuduk sebelum melakukan solat, malah umat Islam disunatkan berwuduk dalam banyak keadaan lain seperti ketika ingin membaca Al-Quran, tidur, mandi wajib dan SEBAGAINYA.

MENGAPAKAH  wuduk begitu dititikberatkan di dalam Islam? Apakah rahsia yang tersirat di sebalik perlakuan berwuduk?

Mari  kita menyingkap hikmah berwuduk dari teropong sains dan  kesihatan.

BERKUMUR-KUMUR
KAJIAN MODEN mendapati bahawa dengan berkumur-kumur, mulut dan kerongkong akan terjaga daripada terjadinya radang gusi di samping kebersihan mulut serta gigi akan terjaga. Perbuatan berkumur-kumur juga memberi impak kepada urat wajah pengamalnya. Ia merupakan suatu latihan penting dan telah diakui oleh beberapa pakar pendidikan berkaitan olah raga.
Latihan ini bermanfaat dalam mencipta rasa ketenangan jiwa bagi seseorang, apabila perlakuan menggerakkan urat-urat mulut dilakukan dengan betul ketika berkumur-kumur.

MEMBASUH HIDUNG
KAJIAN yang dilakukan oleh sekumpulan doktor di Universiti Alexandria mendapati bahawa, pada umumnya individu yang berwuduk secara konsisten akan mendapati hidung mereka bersih daripada debu, kuman dan bakteria. Hal ini mempunyai hubungan  dengan kesihatan badan seseorang secara keseluruhannya kerana dengan berkumpulnya bakteria pada lubang hidung akan membahayakan anggota badan yang lain.

MEMBASUH WAJAH DAN KEDUA-DUA TANGAN
Sememangnyalah dengan membersihkan wajah dan tangan akan menghalang debu dan bakteria daripada melekat pada permukaan kulit bahagian tersebut.
Air wuduk juga berfungsi membersihkan kulit dari kandungan minyak yang tersimpan dalam kelenjar kulit. Pada umumnya kelenjar kulit dan kandungan minyak yang tersimpan menjadi tempat yang baik bagi pembiakan kuman.

KEDUA-DUA BELAH KAKI
Dengan membasuh kedua-dua kaki sambil memerhati dengan baik akan menciptakan perasaan tenang dan nyaman kerana di kakilah terletaknya semua urat yang berhubungan dengan seluruh anggota badan. Apabila seseorang berwuduk dengan melihat kedua-dua kakinya dengan penuh perhatian, dia seolah-olah melihat anggota badannya secara bersama. Perkara inilah antara sebab yang akan memberikan perasaan tenang dan nyaman bagi setiap Muslim setelah berwuduk.

PENEMUAN SETERUSNYA
·         Dr. Magomed Magomedov dari Department of Man's Hygiene and Ecology di Akademi Perubatan Daghestan State telah menulis satu artikel yang bertajuk "Muslims Rituals and their effect on the person's health" (Ibadah Muslim dan kesannya ke atas kesihatan seseorang). Di dalam artikel tersebut, beliau menyatakan bahawa berwuduk dapat merangsang pusingan biologi manusia dengan cara merangsang kawasan-kawasan tertentu yang dikenali sebagai Kawasan Aktif Biologi atau Biological Active Spots. Menurut beliau, bangsa Cina banyak mengkaji tentang ilmu sains refleksologi dan mereka meyakini jika Kawasan Aktif Biologi dirangsang ia akan merangsang sistem saraf di dalam badan sekaligus memberi kesan yang positif terhadap kesihatan seseorang.

·         Mengikut ilmu perubatan Cina, badan manusia mempunyai lebih kurang 700 Kawasan Aktif Biologi dan 66 daripadanya memberi kesan positif yang segera sekiranya dirangsang. Apa yang menakjubkan ialah 61 daripada 66 kawasan tersebut berada di kawasan wuduk utama orang Islam. Lima lagi berada di kawasan di antara buku lali dan lutut iaitu kawasan yang disunatkan berwuduk. Berhubung dengan kawasan yang khusus (antara buku lali dan lutut) ini, Muslim meriwayatkan sabda Nabi yang bermaksud: "Sesiapa yang mampu di antara kamu maka hendaklah dia memanjangkan ghurrah dan tahjeelnya“.

·         GHURRAH  bermaksud membasuh muka melebihi kawasan muka yang biasa dan tahjeel pula bermaksud membasuh tangan melebihi siku dan membasuh kaki melebihi kawasan buku lali iaitu di antara buku lali dan lutut. Tafsiran ini disebut di dalam Bustanul Akhbar Mukhtasar Nailul Authar terjemahan A.Qadir Hassan, Mu'ammal Hamidy, Drs. Imron Am dan Umar Fanany B.A. (Pustaka Ilmu,Surabaya).

·         Selain  daripada ibadah, wuduk juga mengandungi penawar yang mampu mencegah pelbagai penyakit. Dr. Magomed Magomedov menyatakan bahawa apabila seseorang menyentuh mukanya semasa berwuduk, ia akan merangsang saraf bagi memberi kekuatan baru (recharge) kepada organ-organ seperti usus, perut, pundi kencing dan sistem peranakan serta saraf. Apabila kawasan kaki kanan dibasuh dan digosok, ia merangsang sistem saraf bagi mengelokkan sistem tulang, usus, pankreas, hempedu, tiroid (thyroid) dan kawasan pinggang (lumbar area). Apabila kawasan kaki kiri dibasuh dan digosok, saraf berperanan untuk mengelokkan kelenjar pituitary dan kawasan otak yang mengawal sistem  endoktrin.

·         Di samping itu, Mukhtar Salem menyatakan di dalam bukunya yang bertajuk: "Prayers: A Sport for The Soul and Body" bahawa berwuduk boleh mencegah seseorang daripada mendapat kanser. Hal ini adalah kerana mengikut kajian semasa, salah satu punca kanser ialah bahan kimia yang melekat pada kulit badan seseorang kesan daripada pencemaran yang berlaku pada hari ini. Oleh sebab itu, pembasuhan badan melalui wuduk dapat membersihkan badan daripada kesan pencemaran    tersebut.

BENARLAH ALLAH itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. DIA Maha Tahu apa yang terbaik untuk hamba-NYA.


Rujukan: Quran Saintifik (Dr. Danial Zainal Abidin).

TAZKIRAH: USAH BERSEDIH

By: Abi Harraz Al-Kelantani
1. Andaikata kamu dikhianati atau dilukai oleh mereka yang mempunyai talian kekeluargaan dengan kamu, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Yusuf as, yang dikhianati oleh saudara-saudaranya...


2. Andaikata ibubapa kamu, atau mereka yang kamu kasihi, menentang kamu ketika kamu berjalan di atas jalan kebenaran, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Ibrahim as, yang dihumban ke dalam api oleh ayahandanya..

3. Andaikata kamu buntu di dalam permasalahan dan tidak nampak jalan keluar, usah bersedih. Ingatilah kisah Yunus as, yang terperangkap di dalam perut ikan.

4. Andaikata kamu didatangi penyakit, dan seluruh anggota badan kamu dilanda kesakitan, usah bersedih. Ingatilah kisah Ayub as, yang ditimpa kesakitan dan pelbagai penyakit, disamping kehilangan ahli keluarganya.

5. Andaikata kamu melihat akan adanya kekurangan atau kelemahan pada diri kamu, usah bersedih. Ingatlah kisah Musa as, yang tidak dapat bertutur dengan sempurna.

6. Andaikata kamu difitnah dan dicaci oleh manusia di sekelilingmu, usah bersedih. Ingatilah kisah Aisyah ra, yang sabar setelah difitnah sehingga satu kota memperkatakannya.

7. Andaikata kamu rasa kesunyian dan keseorangan serta tiada yang membantu, usah bersedih. Ingatilah kisah Adam as, yang diturunkan ke muka bumi bersendirian sebelum bertemu kembali Hawa.

8. Andaikata kamu rasakan tidak ada kewajaran akan apa yang perlu kamu lakukan, serta detikan hati tertanya mengapa ianya terjadi, usah bersedih. Ingatilah kisah Nuh as, yang tanpa keluh dan tanpa tahu sebabnya, terus membina bahtera yang besar tanpa soal.

9. Andaikata kamu diherdik dan dicerca oleh saudara mara kamu sendiri lantaran kamu memilih agama dan kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia, usah bersedih. Ingatilah kisah Muhammad saw, yang dipulaukan dan diperangi oleh keluarganya yang terdekat.

Subhanallah... Masyaallah.. Allahuakbar...

Allah mewujudkan personaliti yang hebat-hebat ini sebelum kita, dan mendatangi mereka dengan pelbagai ujian dan cabaran, dengan tujuan agar satu hari nanti, manusia sepertt saya dan kamu, bilamana berhadapan dengan sebarang musibah dan tribulasi, tidak perlu berkata "KENAPA AKU?"...

ALHAMDULILLAH UNTUK SEGALA-GALANYA YA RAHMAN..

Isnin, 11 Mei 2015

KEUTAMAAN KALIMAH LA ILAHA ILLALLAH

Oleh ALy Muhammad 
Kajian Islam

i Dalam penulisan kali ini alfaqir akan memberikan/ membahas tentang keutamaan dari LAA ILAAHA ILLALLAAH yang alfaqir ambil/kutip dari kitab-kitab kuning salafunash sholeh terdahulu, iaitu sebagai berikut:

 ﻗﺎﻝ ﺍﻟﻨﺒﻲ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ : ﺃﻓﻀﻞ ﻣﺎﻗﻠﺖ ﺃﻧﺎ ﻭﺍﻟﻨﺒﻴﻮﻥ ﻣﻦ ﻗﻠﺒﻲ : ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﻟﻠﻪ 

Nabi Saw. bersabda : Seutama-utama ucapan yang pernah kusebutkan, begitu pula para Nabi sebelumku ialah LAA ILAAHA ILLALLAAH. (Kitab An Nashaaih Ad Diniyah)

 ﺣَﺪَّﺛَﻨَﺎ ﺯُﻫَﻴْﺮُ ﺑْﻦُ ﺣَﺮْﺏٍ ﺣَﺪَّﺛَﻨَﺎ ﺟَﺮِﻳﺮٌ ﻋَﻦْ ﺳُﻬَﻴْﻞٍ ﻋَﻦْ ﻋَﺒْﺪِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺑْﻦِ ﺩِﻳﻨَﺎﺭٍ ﻋَﻦْ ﺃَﺑِﻲ ﺻَﺎﻟِﺢٍ ﻋَﻦْ ﺃَﺑِﻲ ﻫُﺮَﻳْﺮَﺓَ ﻗَﺎﻝَ ﻗَﺎﻝَ ﺭَﺳُﻮﻝُ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﺍﻟْﺈِﻳﻤَﺎﻥُ ﺑِﻀْﻊٌ ﻭَﺳَﺒْﻌُﻮﻥَ ﺃَﻭْ ﺑِﻀْﻊٌ ﻭَﺳِﺘُّﻮﻥَ ﺷُﻌْﺒَﺔً ﻓَﺄَﻓْﻀَﻠُﻬَﺎ ﻗَﻮْﻝُ ﻟَﺎ ﺇِﻟَﻪَ ﺇِﻟَّﺎ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻭَﺃَﺩْﻧَﺎﻫَﺎ ﺇِﻣَﺎﻃَﺔُ ﺍﻟْﺄَﺫَﻯ ﻋَﻦْ ﺍﻟﻄَّﺮِﻳﻖِ ﻭَﺍﻟْﺤَﻴَﺎﺀُ ﺷُﻌْﺒَﺔٌ ﻣِﻦْ ﺍﻟْﺈِﻳﻤَﺎﻥِ 

Telah menceritakan kepada kami Zuhair bin Harb telah menceritakan kepada kami Jarir dari Suhail dari Abdullah bin Dinar dari Abu Shalih dari Abu Hurairah dia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: 

“Iman itu ada tujuh puluh tiga sampai tujuh puluh sembilan, atau enam puluh tiga sampai enam puluh sembilan cabang. Yang paling utama adalah perkataan, LAA ILAAHA ILLALLAHU (Tidak ada tuhan yang berhak disembah selain Allah). Dan yang paling rendah adalah menyingkirkan gangguan dari jalan. Dan malu itu adalah sebagian dari iman.” (HR. Muslim No.51) 


ﻗﺎﻝ ﺍﻟﻔﺎﻛﻬﺎﻧﻲ : ﺇﻥ ﻣﻼﺯﻣﺔ ﺫﻛﺮﻫﺎ ﻋﻨﺪ ﺩﺧﻮﻝ ﺍﻟﻤﻨﺰﻝ ﺗﻨﻔﻲ ﺍﻟﻔﻘﺮ، ﻭﻗﺪ ﻭﺭﺩ ﺃﻥ : ﻣَﻦْ ﻗَﺎﻝَ ﻻ ﺍﻟﻪ ﺇﻻَّ ﺍﻟﻠﻪ ﻭَﻣَﺪَّﻫﺎ ﻫُﺪِﻣَﺖْ ﻟَﻪُ ﺃﺭْﺑَﻌَﺔ ﺁﻻﻑٍ ﺫَﻧْﺐٍ ﻣِﻦَ ﺍﻟﻜَﺒَﺎﺋِﺮِ. ﻗﺎﻟﻮﺍ : ﻳﺎ ﺭَﺳُﻮﻝَ ﺍﻟﻠﻪ ﻓﺈﻥْ ﻟَﻢْ ﻳَﻜُﻦْ ﻟَﻪُ ﺷَﻲْﺀٌ ﻣِﻦَ ﺍﻟﻜَﺒَﺎﺋِﺮ؟ ﻗﺎﻝ : ﻳُﻐْﻔَﺮُ ﻷﻫْﻠِﻪِ ﻭﻟِﺠﻴﺮَﺍﻧِﻪِ، ﺭﻭﺍﻩ ﺍﻟﺒﺨﺎﺭﻱ  Al Fakihani berkata:

 “Bahwasanya membiasakan (membaca LAA ILAAHA ILLALLAHU) ketika memasuki rumah, maka dapat menolak kefaqiran. Disebutkan bahawa barangsiapa yang membaca LAA ILAAHA ILLALLAHU dengan memanjangkannya (saat membaca laa), maka gugurlah baginya empat ribu dosa besar. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah saw. jika ia tiak mempunyai suatu dosa besar?” Baginda bersabda: “Dapat mengampuni keluarganya dan tetangga-tetangganya”. Hadits diriwayatkan oleh Al Bukhori. (Kitab Tanqihul Qaul)

 ﻗﺎﻝ ﺍﻟﻨﺒﻲ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ : ﻣَﻦْ ﻗَﺎﻝَ ﻛُﻞَّ ﻳَﻮْﻡٍ ﻻ ﺇﻟٰﻪَ ﺇﻻَّ ﺍﻟﻠﻪ ﻣُﺤَﻤَّﺪٌ ﺭَﺳُﻮﻝُ ﺍﻟﻠﻪ ﻣَﺎﺋَﺔَ ﻣَﺮَّﺓ ﺟَﺎﺀَ ﻳَﻮْﻡَ ﺍﻟﻘِﻴَﺎﻣَﺔِ ﻭَﻭَﺟْﻬُﻪُ ﻛَﺎﻟﻘَﻤَﺮِ ﻟَﻴْﻠَﺔَ ﺍﻟﺒَﺪْﺭِ 

Nabi saw. bersabda: “Barangsiapa setiap hari membaca LAA ILAAHA ILLALLAHU MUHAMMADUR RASUULULLAAH (Tidak ada Tuhan selain Allah, Nabi Muhammad adalah utusan Allah) sebanyak seratus (100) kali, maka ia datang pada hari kiamat mukanya bagaikan bulan purnama”. (Kitab Lubabul Hadits)

 ﻭﻗﺎﻝ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ : ﺃَﻓْﻀَﻞُ ﺍﻟﺬِّﻛْﺮِ ﻻَ ﺇﻟٰﻪَ ﺇﻻَّ ﺍﻟﻠﻪ، ﻭَﺃَﻓْﻀَﻞُ ﺍﻟﺪُﻋَﺎﺀِ ﺍﻟﺤَﻤْﺪُ ﻟﻠﻪِ 

Nabi saw. bersabda: “Dzikir yang paling utama adalah LAA ILAAHA ILLALLAHU dan do’a yang paling utama adalah ALHAMDULILLAAH”. (Kitab Lubabul Hadits)

 ﻭﻗﺎﻝ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ : ﻗﺎﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﻟﻠﻪ ﻛﻼﻣﻲ ﻭﺃﻧﺎ ﻫﻮ، ﻣﻦ ﻗﺎﻟﻬﺎ ﺩﺧﻞ ﺣﺼﻨﻲ، ﻭﻣﻦ ﺩﺧﻞ ﺣﺼﻨﻲ ﺃﻣﻦ ﻣﻦ ﻋﻘﺎﺑﻲ 

Nabi saw. bersabda: Allah Ta’ala berfirman dalam hadits qudsi: “LAA ILAAHA ILLALLAHU ucapan-Ku, dan Aku adalah Allah, barangsiapa membacanya maka ia masuk benteng-Ku, dan barangsiapa masuk benteng-Ku maka ia aman dari siksa-Ku”. (Kitab Tanqihul Qaul)

 ﻭﻗﺎﻝ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ : ﻻ ﺍﻟﻪ ﺇﻻَّ ﺍﻟﻠﻪ ﺣِﺼْﻨِﻲ ﻭَﻣَﻦْ ﺩَﺧَﻞَ ﺣِﺼْﻨِﻲ ﺃﻣِﻦَ ﻣِﻦْ ﻋَﺬَﺍﺏِ ﺍﻟﻠﻪ 

Nabi saw. bersabda: “LAA ILAAHA ILLALLAHU adalah benteng-Ku, dan barangsiapa masuk benteng-Ku maka ia aman dari siksa Allah”. (Kitab Lubabul Hadits)

 ﻭﻗﺎﻝ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ : ﺃَﺩُّﻭﺍ ﺯَﻛَﺎﺓَ ﺃﺑْﺪَﺍﻧِﻜُﻢْ ﺑِﻘَﻮْﻝِ ﻻَ ﺇﻟٰﻪَ ﺇﻻَّ ﺍﻟﻠﻪ 

Nabi saw. bersabda: “Sampaikanlah zakat badan-badanmu dengan ucapan: LAA ILAAHA ILLALLAHU (Tiada Tuhan selain Allah)”. (Kitab Lubabul Hadits)

 ﻭﺃﺧﺮﺝ ﺍﺑﻦ ﻋﺴﺎﻛﺮ ﻋﻦ ﺍﺑﻦ ﻋﺒﺎﺱ ﻗﺎﻝ ﻗﺎﻝ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ : ﺇﻥَّ ﻗَﻮﻝَ ﻻ ﺍﻟﻪ ﺇﻻَّ ﺍﻟﻠﻪ ﺗَﺪﻓَﻊُ ﻋَﻦ ﻗَﺎﺋِﻠﻬﺎ ﺗِﺴﻌَﺔً ﻭَﺗِﺴﻌِﻴﻦَ ﺑﺎﺑﺎ ﻣِﻦَ ﺍﻟﺒَﻼﺀِ ﺃﺩﻧَﺎﻫَﺎ ﺍﻟﻬَﻢُّ 

Dikeluarkan oleh Ibnu Asakir dari Abnu Abbas ra. Berkata Rasululllah saw.: “Sesungguhnya ucapan LAA ILAAHA ILLALLAHU dapat menolak dari pembacanya sembilanpuluh Sembilan pintu bencana yang terendah adalah kedukaan”. (Kitab Tanqihul Qaul) 

ﻭﻗﺎﻝ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ : ﻣَﻦْ ﻗَﺎﻝَ ﻻ ﺍﻟﻪ ﺇﻻَّ ﺍﻟﻠﻪ ﺧَﺮَﺝَ ﻣِﻦْ ﻓِﻴﻪِ ﻃﺎﺋِﺮٌ ﺃﺧْﻀَﺮُ ﻟَﻪُ ﺟَﻨَﺎﺣَﺎﻥِ ﺃﺑْﻴَﻀَﺎﻥِ ﻣُﻜَﻠَّﻼﻥِ ﺑِﺎﻟﺪُّﺭِّ ﻭَﺍﻟﻴﺎﻗُﻮﺕِ ﻳَﺼْﻌَﺪُ ﺇﻟﻰ ﺍﻟﺴَّﻤَﺎﺀِ ﻓَﻴُﺴْﻤَﻊُ ﻟﻪ ﺩَﻭِﻱٌّ ﺗَﺤْﺖَ ﺍﻟﻌَﺮْﺵِ ﻛَﺪَﻭِﻱِّ ﺍﻟﻨَّﺤْﻞِ، ﻓَﻴُﻘَﺎﻝُ ﻟَﻪُ ﺍﺳْﻜُﻦْ ﻓَﻴَﻘُﻮﻝُ ﻻ ﺣَﺘَّﻰ ﺗَﻐْﻔِﺮ ﻟِﺼَﺎﺣِﺒﻲ ﻓَﻴُﻐْﻔَﺮُ ﻟِﻘَﺎﺋِﻠِﻬﺎ، ﺛُﻢَّ ﻳُﺠْﻌَﻞُ ﺑَﻌْﺪَ ﺫﺍﻟِﻚَ ﻟِﻠﻄَّﺎﺋِﺮِ ﺳَﺒْﻌُﻮﻥَ ﻟِﺴَﺎﻧﺎ ﺗَﺴْﺘَﻐْﻔِﺮُ ﻟِﺼَﺎﺣِﺒِﻪِ ﺇﻟﻰ ﻳَﻮْﻡِ ﺍﻟﻘِﻴَﺎﻣَﺔِ، ﻓﺈﺫَﺍ ﻛﺎﻥَ ﻳَﻮْﻡُ ﺍﻟﻘِﻴَﺎﻣَﺔِ ﺟَﺎﺀَ ﺫﺍﻟِﻚَ ﺍﻟﻄَّﺎﺋِﺮُ ﻳَﻜُﻮﻥُ ﻗَﺎﺋِﺪَﻩُ ﻭَﺩَﻟِﻴﻠَﻪُ ﺇﻟﻰ ﺍﻟﺠَﻨَّﺔِ 

Nabi saw. bersabda: “Barangsiapa membaca LAA ILAAHA ILLALLAHU maka keluarlah dari mulutnya seekor burung hijau dengan dua sayap putih yang berkulit dengan mutiara dan yakut, ia naik kelangit dan diperdengarkan padanya suara di bawah arasy bagaikan suara lebah, lalu dikatakan kepadanya: “Diamlah” sahutnya: “Tidak, sehingga Engkau mengampuni saudaraku”, Maka ia mengampuni pembacanya. Kemudian sesudah itu dijadikanlah pada burung itu tujuh puluh mulut yang memohonkan ampun pada sahabatnya sampai hari kiamat. Maka jika terjadi kiamat burung itu datang sebagai penuntunnya dan penunjuknya ke syurga. (Kitab Lubabul Hadits)

 ﻭﻗﺎﻝ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ : ﻣَﺎ ﻣِﻦْ ﻋَﺒْﺪٍ ﻳَﻘُﻮﻝُ ﻻ ﺇﻟٰﻪَ ﺇﻻَّ ﺍﻟﻠﻪ ﻣُﺤَﻤَّﺪٌ ﺭَﺳُﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﺇﻻَّ ﻗَﺎﻝَ ﺍﻟﻠﻪ ﺗَﻌَﺎﻟﻰ ﺻَﺪَﻕَ ﻋَﺒْﺪِﻱ ﺃﻧﺎ ﺍﻟﻠﻪ ﻻ ﺇﻟٰﻪَ ﺇﻻَّ ﺃﻧﺎ ﺃُﺷْﻬِﺪُﻛُﻢْ ﻳﺎ ﻣَﻼﺋَﻜَﺘِﻲ ﻗَﺪْ ﻏَﻔَﺮْﺕُ ﻟَﻪُ ﻣَﺎ ﺗَﻘَﺪَّﻡَ ﻣِﻦْ ﺫَﻧْﺒِﻪِ ﻭَﻣَﺎ ﺗَﺄَﺧَّﺮ 

Nabi saw. bersabda: “Tiadalah dari seorang hamba yang membaca LAA ILAAHA ILLALLAHU MUHAMMADUR RASUULULLAAH melainkan Allah Ta’ala berfirman: “Benarlah hamba-Ku, Aku adalah Allah, tiada Tuhan melainkan Aku, Aku menjadikan saksi kamu semua hai para malaikat- Ku, Aku benar-benar telah mengampuninya dari dosanya yang telah berlalu dan akan datang”. (Kitab Lubabul Hadits) 

Penjelasan: Maksudnya dosa yang diampuni adalah dosa kecilnya (sedangkan dosa besarnya harus bertaubat nasuhah agar dapat diampuni sama Allah). 

ﻭﻗﺎﻝ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ : ﻣَﻦْ ﻗَﺎﻝَ ﻻ ﺇﻟٰﻪَ ﺇﻻَّ ﺍﻟﻠﻪ ﺧَﺎﻟِﺼﺎ ﻣُﺨْﻠِﺼﺎ ﺩَﺧَﻞَ ﺍﻟﺠَﻨَّﺔَ 

Nabi saw. bersabda: “Barangsiapa membaca LAA ILAAHA ILLALLAHU dengan ikhlas semata-mata karena Allah, maka dia masuk syurga”. (Kitab Lubabul Hadits) 

ﻭﻗﺎﻝ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ : ﻣَﻦْ ﻛﺎﻥَ ﺃﻭَّﻝُ ﻛَﻼَﻣِﻪِ ﻻ ﺇﻟٰﻪَ ﺇﻻَّ ﺍﻟﻠﻪ ﻭَﺁﺧِﺮُ ﻛَﻼﻣِﻪِ ﻻ ﺇﻟٰﻪَ ﺇﻻَّ ﺍﻟﻠﻪ ﻭَﻋَﻤِﻞَ ﺃﻟْﻒَ ﺳَﻴِّﺌَﺔٍ ﺇﻥْ ﻋَﺎﺵَ ﺃﻟْﻒَ ﺳَﻨَﺔٍ ﻻ ﻳَﺴْﺄَﻟُﻪُ ﺍﻟﻠﻪ ﻋَﻦْ ﺫَﻧْﺐٍ ﻭَﺍﺣِﺪٍ 

Nabi Saw. bersabda: “Barangsiapa ucapan permulaannya LAA ILAAHA ILLALLAHU dan pada akhir ucapannya LAA ILAAHA ILLALLAHU dan ia melakukan seribu kejelekan, jika ia hidup seribu tahun, maka Allah tidak akan menanyakan dosanya sama sekali”. (Kitab Lubabul Hadits).

Penjelasan: Seribu kejelekan dalam hadits tersebut adalah dosa-dosa kecil. Anjuran dari alfaqir: Jadi biasakanlah setiap pagi atau sehabis bangun tidur sebelum membaca amalan/doa bangun tidur agar membaca LAA ILAAHA ILLALLAHU MUHAMMADUR RASUULULLAAH 3x dan juga membacanya sebelum tidur, setelah membaca amalan sebelum tidur agar juga membaca LAA ILAAHA ILLALLAHU MUHAMMADUR RASUULULLAAH 3x (lalu tidur dan jangan berkata-kata lagi) agar kita menjadikan di awal dan di akhir perkataan kita LAA ILAAHA ILLALLAHU MUHAMMADUR RASUULULLAAH.

 ﻭﺭﻭﻱ ﺃﻧﻪ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻗﺎﻝ ﻟﺴﻴﺪﻧﺎ ﺯﻳﺪ ﺍﻷﻧﺼﺎﺭﻱ : ﻓﺈﻥ ﺻﻌﺐ ﻟﻚ ﺷﻲﺀ ﻣﻦ ﺃﻣﻮﺭ ﺍﻟﺪﻳﻨﺎ ﻓﺄﻛﺜﺮ ﻣﻦ ﻗﻮﻝ ﻻ ﺍﻟﻪ ﺇﻻَّ ﺍﻟﻠﻪ ﻣﺤﻤﺪ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻭﻻ ﺣﻮﻝ ﻭﻻ ﻗﻮﺓ ﺇﻻ ﺑﺎﻟﻠﻪ ﺍﻟﻌﻠﻲ ﺍﻟﻌﻈﻴﻢ 

Diriwayatkan bahwasanya Nabi saw. bersabda kepada Zaid Al Anshariy: “ Jika kamu kesulitan sesuatu dari urusan dunia, maka perbanyaklah membaca LAA ILAAHA ILLALLAHU MUHAMMADUR RASUULULLAAH, WALAA HAULA WALAA QUWWATA ILLAA BILLAAHIL ‘ALIYYIL ‘AZHIIM”. (Kitab Tanqihul Qaul) 

ﻭﻗﺎﻝ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ : ﻣَﻦْ ﻗَﺎﻝَ ﻻ ﺇﻟٰﻪَ ﺇﻻَّ ﺍﻟﻠﻪ ﻣِﻦْ ﻏَﻴْﺮِ ﻋَﺠَﺐٍ ﻃَﺎﺭَ ﺑِﻬَﺎ ﻃَﺎﺋِﺮٌ ﺗَﺤْﺖَ ﺍﻟﻌَﺮْﺵِ، ﻳُﺴَﺒِّﺢُ ﻣَﻊَ ﺍﻟﻤُﺴﺒِّﺤِﻴﻦَ ﺇﻟﻰ ﻳَﻮْﻡِ ﺍﻟﻘِﻴَﺎﻣَﺔِ ﻭَﻳُﻜْﺘَﺐُ ﻟَﻪُ ﺛَﻮَﺍﺑُﻪُ 

Nabi saw. Bersabda: “Barangsiapa mengucap LAA ILAAHA ILLALLAHU tanpa ujub (membanggakan diri), maka ucapan itu menjadikan terbangnya burung di bawah arasy bertasbih bersama orang- orang yang bertasbih sampai hari kiamat dan pahala tasbih itu ditetapkan untuknya”. (Kitab Lubabul Hadits).

 ﻭﻗﺎﻝ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ : ﻣَﻦْ ﻗﺎﻝَ ﻻ ﺇﻟٰﻪَ ﺇﻻَّ ﺍﻟﻠﻪ ﻣُﺤَﻤَّﺪٌ ﺭَﺳُﻮﻝُ ﺍﻟﻠﻪ ﻣَﺮَّﺓً ﻏُﻔِﺮَ ﻟَﻪُ ﺫُﻧُﻮﺑُﻪُ ﻭَﺇﻥْ ﻛﺎﻧَﺖْ ﻣِﺜْﻞَ ﺯَﺑَﺪِ ﺍﻟﺒَﺤْﺮِ 

Nabi Saw. bersabda: “Barangsiapa mengucap LAA ILAAHA ILLALLAHU MUHAMMADUR RASUULULLAAH satu kali, maka dosa (kecil) nya diampuni sekalipun dosa-dosa itu seperti buih lautan”. (Kitab Lubabul Hadits)

 ﻭﻗﺎﻝ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ : ﻟﻴﺲ ﻋﻠﻰ ﺃﻫﻞ ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﻟﻠﻪ ﻭﺣﺸﺔ ﻓﻲ ﻗﺒﻮﺭﻫﻢ ﻭﻻ ﻓﻲ ﻧﺸﻮﺭﻫﻢ ﻛﺄﻧﻲ ﺃﻧﻈﺮ ﺇﻟﻴﻬﻢ ﻋﻨﺪ ﺍﻟﺼﻴﺤﺔ ﻳﻨﻔﻀﻮﻥ ﺭﺅﻭﺳﻬﻢ ﻣﻦ ﺍﻟﺘﺮﺍﺏ ﻭﻳﻘﻮﻟﻮﻥ ﺍﻟﺤﻤﺪ ﻟﻠﻪ ﺍﻟﺬﻱ ﺃﺫﻫﺐ ﻋﻨﺎ ﺍﻟﺤﺰﻥ ﺇﻥ ﺭﺑﻨﺎ ﻟﻐﻔﻮﺭ ﺷﻜﻮﺭ 

Nabi saw. Bersabda: “Tidak ada kegelisahan di dalam atas ahli LAA ILAAHA ILLALLAHU di dalam kubur mereka dan kebangkitan mereka seolah- olah aku melihat mereka ketika ditiupkan sangkakala, mereka menebarkan kepala mereka dari debu dan mereka membaca ALHAMDULILLAAHIL LADZII IDZHABA ‘ANNALHAZANA INNA ROBBANAA LAGHOFUURON SYAKURON (Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan duka dari kami, sesungguhnya Tuhan kami Maha Pengampun Lagi Maha Syukur)”. (HR. Abu Ya’la, Ath Thabarani dan Al Baihaqi dari hadits Ibnu Umar, Kitab Ihya Ulumiddin)

 ﻭﻗﺎﻝ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﺃﻳﻀﺎ ﻷﺑﻲ ﻫﺮﻳﺮﺓ ﻳﺎ ﺃﺑﺎ ﻫﺮﻳﺮﺓ ﺇﻥ ﻛﻞ ﺣﺴﻨﺔ ﺗﻌﻤﻠﻬﺎ ﺗﻮﺯﻥ ﻳﻮﻡ ﺍﻟﻘﻴﺎﻣﺔ ﺇﻻ ﺷﻬﺎﺩﺓ ﺃﻥ ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﻟﻠﻪ ﻓﺈﻧﻬﺎ ﻻ ﺗﻮﺿﻊ ﻓﻲ ﻣﻴﺰﺍﻥ ﻷﻧﻬﺎ ﻟﻮ ﻭﺿﻌﺖ ﻓﻲ ﻣﻴﺰﺍﻥ ﻣﻦ ﻗﺎﻟﻬﺎ ﺻﺎﺩﻗﺎ ﻭﻭﺿﻌﺖ ﺍﻟﺴﻤﻮﺍﺕ ﺍﻟﺴﺒﻊ ﻭﺍﻷﺭﺿﻮﻥ ﺍﻟﺴﺒﻊ ﻭﻣﺎ ﻓﻴﻬﻦ ﻛﺎﻥ ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﻟﻠﻪ ﺃﺭﺟﺢ ﻣﻦ ﺫﻟﻚ 

Nabi saw. bersabda: “Wahai Abu Hurairah, sesungguhnya setiap kebaikan yang kamu lakukan itu pada hari kiamat ditimbang, kecuali kesaksian (mengucap LAA ILAAHA ILLALLAHU) bahwa tidak ada Tuhan melainkan Allah, Maka itu tidak diletakkan didalam timbangan karena seandainya kalimat itu diletakkan pada timbangan orang yang mengucap dengan jujur dan diletakkan tujuh langit dan tujuh bumi dan apa yang ada padanya maka LAA ILAAHA ILLALLAAHU itu lebih unggul daripada itu (tujuh langit, tujuh bumi dan apa yang ada padanya)”. (HR. Al Mustaghfiri dari hadits Abu Sa’id, Marfu. Didalam Kitab Ihya Ulumiddin)

 ﻭﻗﺎﻝ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻟﺘﺪﺧﻠﻦ ﺍﻟﺠﻨﺔ ﻛﻠﻜﻢ ﺇﻻ ﻣﻦ ﺃﺑﻰ ﻭﺷﺮﺩ ﻋﻦ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﺰ ﻭﺟﻞ ﺷﺮﺍﺩ ﺍﻟﺒﻌﻴﺮ ﻋﻦ ﺃﻫﻠﻪ ﻓﻘﻴﻞ ﻳﺎ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﻣﻦ ﺍﻟﺬﻱ ﻳﺄﺑﻰ ﻭﻳﺸﺮﺩ ﻋﻦ ﺍﻟﻠﻪ ﻗﺎﻝ ﻣﻦ ﻟﻢ ﻳﻘﻞ ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﻟﻠﻪ 

Nabi saw. Bersabda: “Masing-masing kamu masuk surge, kecuali orang-orang yang enggan dan lari dari Allah ‘Azza Wa Jalla seperti larinya unta dari pemiliknya”, maka ditanyakan: “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang enggan dan lari dari Allah?”, Beliau bersabda: “Orang yang tidak mengucapkan LAA ILAAHA ILLALLAAHU (Tidak ada Tuhan melainkan Allah)”. (HR. Bukhori dari hadits Abu Hurairah ra., Didalam Kitab Ihya Ulumiddin)

 ﻋﻦ ﺍﻟﺸﻴﺦ ﺃﺑﻲ ﺯﻳﺪ ﺍﻟﻘﺮﻃﺒﻲ ﻗﺎﻝ : ﺳﻤﻌﺖ ﻓﻲ ﺑﻌﺾ ﺍﻵﺛﺎﺭ ﺃﻥ ﻣﻦ ﻗﺎﻝ : ﻻ ﺍﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﻟﻠﻪ ﺳﺒﻌﻴﻦ ﺃﻟﻒ ﻣﺮﺓ ﻛﺎﻧﺖ ﻟﻪ ﻓﺪﺍﺀ ﻣﻦ ﺍﻟﻨﺎﺭ، ﻓﻌﻤﻠﺖ ﻋﻠﻰ ﺫﻟﻚ ﺭﺟﺎﺀ ﺑﺮﻛﺔ ﺍﻟﻮﻋﺪ ﻓﻌﻤﻠﺖ ﻣﻨﻬﺎ ﻷﻫﻠﻲ ﻭﻋﻤﻠﺖ ﻣﻨﻬﺎ ﺃﻋﻤﺎﻻً ﺍﺩﺧﺮﺗﻬﺎ ﻟﻨﻔﺴﻲ ﻭﻛﺎﻥ ﺇﺫ ﺫﺍﻙ ﻳﺒﻴﺖ ﻣﻌﻨﺎ ﺷﺎﺏ ﻳﻘﺎﻝ ﺇﻧﻪ ﻳﻜﺎﺷﻒ ﻓﻲ ﺑﻌﺾ ﺍﻷﻭﻗﺎﺕ ﺑﺎﻟﺠﻨﺔ ﻭﺍﻟﻨﺎﺭ، ﻭﻛﺎﻧﺖ ﺍﻟﺠﻤﺎﻋﺔ ﺗﺮﻯ ﻟﻪ ﻓﻀﻼً ﻋﻠﻰ ﺻﻐﺮ ﺳﻨﻪ، ﻭﻛﺎﻥ ﻓﻲ ﻗﻠﺒﻲ ﻣﻨﻪ ﺷﻲﺀ، ﻓﺎﺗﻔﻖ ﺃﻥ ﺍﺳﺘﺪﻋﺎﻧﺎ ﺑﻌﺾ ﺍﻹﺧﻮﺍﻥ ﺇﻟﻰ ﻣﻨﺰﻟﻪ، ﻓﻨﺤﻦ ﻧﺘﻨﺎﻭﻝ ﺍﻟﻄﻌﺎﻡ ﻭﺍﻟﺸﺎﺏ ﻣﻌﻨﺎ ﺇﺫ ﺻﺎﺡ ﺻﻴﺤﺔ ﻣﻨﻜﺮﺓ، ﻭﺍﺟﺘﻤﻊ ﻓﻲ ﻧﻔﺴﻪ ﻭﻫﻮ ﻳﻘﻮﻝ : ﻳﺎ ﻋﻢ ﻫﺬﻩ ﺃﻣﻲ ﻓﻲ ﺍﻟﻨﺎﺭ، ﻭﻫﻮ ﻳﺼﻴﺢ ﺑﺼﻴﺎﺡ ﻋﻈﻴﻢ ﻻ ﻳﺸﻚ ﻣﻦ ﺳﻤﻌﻪ ﺃﻧﻪ ﻋﻦ ﺃﻣﺮ، ﻓﻠﻤﺎ ﺭﺃﻳﺖ ﻣﺎ ﺑﻪ ﻣﻦ ﺍﻻﻧﺰﻋﺎﺝ ﻗﻠﺖ ﻓﻲ ﻧﻔﺴﻲ ﺍﻟﻴﻮﻡ ﺃﺟﺮﺏ ﺻﺪﻗﻪ ﻓﺄﻟﻬﻤﻨﻲ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﺴﺒﻌﻴﻦ ﺃﻟﻔﺎً، ﻭﻟﻢ ﻳﻄﻠﻊ ﻋﻠﻰ ﺫﻟﻚ ﺃﺣﺪ ﺇﻻ ﺍﻟﻠﻪ، ﻓﻘﻠﺖ ﻓﻲ ﻧﻔﺴﻲ : ﺍﻷﺛﺮ ﺣﻖ، ﻭﺍﻟﺬﻳﻦ ﺭﻭﻭﻩ ﺻﺎﺩﻗﻮﻥ : ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺇﻥ ﺍﻟﺴﺒﻌﻴﻦ ﺃﻟﻔﺎً ﻓﺪﺍﺀ ﻫﺬﻩ ﺍﻟﻤﺮﺃﺓ ﺃﻡّ ﻫﺬﺍ ﺍﻟﺸﺎﺏ، ﻓﻤﺎ ﺍﺳﺘﺘﻤﺖ ﺍﻟﺨﺎﻃﺮ ﻓﻲ ﻧﻔﺴﻲ ﺇﻻ ﺃﻥ ﻗﺎﻝ : ﻳﺎ ﻋﻢّ ﻫﺎ ﻫﻲ ﺃﺧﺮﺟﺖ ﺍﻟﺤﻤﺪ ﻟﻠﻪ 

Asy-Syaikh Abu Zaid Al Qurtubi ia berkata: Saya telah mendengar hadits (ada yang mengatakan atsaar) yang menerangkan bahwa: siapa yang membaca LAA ILAAHA ILLALLAH tujuhpuluh ribu (70.000) kali, maka akan jadi tebusan dari api neraka, maka saya kerjakan itu karna mengharap berkat janji itu, juga saya kerjakan untuk keluargaku, juga saya telah berbuat lain-lain amal untuk tabunganku di hari kiamat. Bertempatan di tempat kami, bermalamlah seorang pemuda ahli kasyaf, bahkan adakalanya (sewaktu-waktu dibuka hijabnya sama Allah) ia menerangkan kasyafnya mengenai surga dan neraka, orang-orangpun mengakui kelebihan pemuda itu meski usianya masih muda, bahkan saya juga menaruh kepercayaan terhadapnya. Bertepatan kami di undang oleh kawan untuk makan minum di rumahnya, dan pemuda itu juga bersama kami dalam undangan itu, tiba-tiba ia menjerit sekeras-kerasnya, lalu ia berkata : ya ammi (paman), itu ibuku berada dalam api neraka, lalu ia menjerit kembali sekeras-kerasnya. Ketika saya melihat keadaan itu, timbul perasaan dalam hati, akan saya uji kebenarannya, maka saya membaca LAA ILAAHA ILLALLAH tujuhpuluh ribu (70.000) kali dan tiada seorangpun mengetahui bahwa saya sedang membaca itu, kecuali Allah, dan saya percaya bahwa hadits itu benar, dan orang-orang yang meriwayatkannya semua benar, lalu saya berdoa: “ALLAAHUMMA INNA HADZIHIS-SAB’INA ALFAN FIDA’A HADZIHIL MAR’ATI UMMI HADZASY-SYAAB (Ya Allah, sesungguhnya tujuhpuluh ribu (LAA ILAAHA ILLALLAH 70.000) ini, aku hadiahkan untuk tebusan ibu pemuda ini).”. maka belum selesai perasaan dalam hatiku, tiba-tiba pemuda itu berkata: ya ammi (paman), ibuku telah keluar dari api Walhamdulillah. (Didalam Kitab Irsyadul ‘Ibad Ilasabilirrasyad => Asy-Syaikh Zainuddin Al Malibari dan Kitab Raudhur Rayahin => Asy- Syaikh Imam Abdullah bin Asad Ali bin Fallah al- Yafii)

 ﻭﻗﺎﻝ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ : ﺇﺫﺍ ﻣَﺮَّ ﺍﻟﻤُﺆْﻣِﻦُ ﻋَﻠَﻰ ﺍﻟﻤَﻘَﺎﺑِﺮِ ﻓَﻘَﺎﻝَ ﻻ ﺇﻟٰﻪَ ﺇﻻَّ ﺍﻟﻠﻪ ﻭَﺣْﺪَﻩُ ﻻ ﺷَﺮِﻳﻚَ ﻟَﻪُ ﻟَﻪُ ﺍﻟﻤُﻠْﻚُ ﻭَﻟَﻪُ ﺍﻟﺤَﻤْﺪُ ﻳُﺤْﻴِﻲ ﻭَﻳُﻤِﻴﺖُ ﻭَﻫُﻮَ ﺣَﻲٌّ ﻻ ﻳَﻤُﻮﺕُ. ﺑِﻴَﺪِﻩِ ﺍﻟﺨَﻴْﺮُ ﻭَﻫُﻮَ ﻋَﻠَﻰ ﻛُﻞِّ ﺷَﻲْﺀٍ ﻗَﺪِﻳﺮٌ ﻧَﻮَّﺭ ﺍﻟﻠﻪ ﺗِﻠْﻚَ ﺍﻟﻘُﺒُﻮﺭَ ﻛُﻠِّﻬَﺎ ﻭَﻏَﻔَﺮَ ﻟِﻘَﺎﺋِﻠﻬَﺎ ﻭَﻛَﺘَﺐَ ﻟَﻪُ ﺃﻟْﻒَ ﺃﻟْﻒِ ﺣَﺴَﻨَﺔٍ ﻭَﺭَﻓَﻊ ﻟَﻪُ ﺃﻟْﻒَ ﺃﻟْﻒِ ﺩَﺭَﺟَﺔٍ ﻭَﺣَﻂَّ ﻋَﻨْﻪُ ﺃﻟْﻒَ ﺃﻟْﻒِ ﺳَﻴِّﺌَﺔٍ 

Nabi saw. Bersabda: “Apabila seorang mukmin melewati makam/kubur lalu membaca: LAA ILAAHA ILLALLAAHU WAHDAHUU LAA SYARIIKALAHU LAHUL MULKU WA LAHUL HAMDU YUHYII WA YUMIITU WA HUWA HAYYUN LAA YAMUUTU BIYADIHIL KHAIRU WA HUWA ‘ALAA KULLI SYAIIN QADIIR (Tidak ada Tuhan yang berhak untuk disembah selain Allah semata, tidak ada serikat bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan segala pujian, yang menghidupkan dan mematikan, dan Dia Maha hidup dan tidak akan mati. Di tangan-Nya segala kebaikan, Dia-lah yang berkuasa atas segala sesuatu), maka Allah menerangi seluruh kubur itu dan mengampuni pembacanya, menulis baginya sejuta kebaikan, mengangkat baginya sejuta derajat, dan menghapus baginya sejuta kejelekan (dari dosa- dosa kecil)”. (Kitab Lubabul Hadits)

 ﺣَﺪَّﺛَﻨَﺎ ﺑِﺸْﺮُ ﺑْﻦُ ﻣُﻌَﺎﺫٍ ﺍﻟﻀَّﺮِﻳﺮُ ﺣَﺪَّﺛَﻨَﺎ ﺣَﻤَّﺎﺩُ ﺑْﻦُ ﺯَﻳْﺪٍ ﻋَﻦْ ﻋَﻤْﺮِﻭ ﺑْﻦِ ﺩِﻳﻨَﺎﺭٍ ﻣَﻮْﻟَﻰ ﺁﻝِ ﺍﻟﺰُّﺑَﻴْﺮِ ﻋَﻦْ ﺳَﺎﻟِﻢِ ﺑْﻦِ ﻋَﺒْﺪِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺑْﻦِ ﻋُﻤَﺮَ ﻋَﻦْ ﺃَﺑِﻴﻪِ ﻋَﻦْ ﺟَﺪِّﻩِ ﻗَﺎﻝَ ﻗَﺎﻝَ ﺭَﺳُﻮﻝُ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﻣَﻦْ ﻗَﺎﻝَ ﺣِﻴﻦَ ﻳَﺪْﺧُﻞُ ﺍﻟﺴُّﻮﻕَ ﻟَﺎ ﺇِﻟَﻪَ ﺇِﻟَّﺎ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻭَﺣْﺪَﻩُ ﻟَﺎ ﺷَﺮِﻳﻚَ ﻟَﻪُ ﻟَﻪُ ﺍﻟْﻤُﻠْﻚُ ﻭَﻟَﻪُ ﺍﻟْﺤَﻤْﺪُ ﻳُﺤْﻴِﻲ ﻭَﻳُﻤِﻴﺖُ ﻭَﻫُﻮَ ﺣَﻲٌّ ﻟَﺎ ﻳَﻤُﻮﺕُ ﺑِﻴَﺪِﻩِ ﺍﻟْﺨَﻴْﺮُ ﻛُﻠُّﻪُ ﻭَﻫُﻮَ ﻋَﻠَﻰ ﻛُﻞِّ ﺷَﻲْﺀٍ ﻗَﺪِﻳﺮٌ ﻛَﺘَﺐَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻟَﻪُ ﺃَﻟْﻒَ ﺃَﻟْﻒِ ﺣَﺴَﻨَﺔٍ ﻭَﻣَﺤَﺎ ﻋَﻨْﻪُ ﺃَﻟْﻒَ ﺃَﻟْﻒِ ﺳَﻴِّﺌَﺔٍ ﻭَﺑَﻨَﻰ ﻟَﻪُ ﺑَﻴْﺘًﺎ ﻓِﻲ ﺍﻟْﺠَﻨَّﺔِ 

Telah menceritakan kepada kami Bisyr bin Mu’adz Adl Dlarir berkata, telah menceritakan kepada kami Hammad bin Zaid dari Amru bin Dinar - mantan budak keluarga Az Zubair- dari Salim bin Abdullah bin Umar dari Bapaknya dari Kakeknya ia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa ketika masuk pasar mengucapkan; “LAA ILAAHA ILLALLAAHU WAHDAHUU LAA SYARIIKALAHU LAHUL MULKU WA LAHUL HAMDU YUHYII WA YUMIITU WA HUWA HAYYUN LAA YAMUUTU BIYADIHIL KHAIRU WA HUWA ‘ALAA KULLI SYAIIN QADIIR (Tidak ada Tuhan yang berhak untuk disembah selain Allah semata, tidak ada serikat bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan segala pujian, yang menghidupkan dan mematikan, dan Dia Maha hidup dan tidak akan mati. Di tangan-Nya segala kebaikan, Dia-lah yang berkuasa atas segala sesuatu). Maka Allah akan menuliskan baginya satu juta kebaikan, dihapuskan darinya satu juta keburukan, dan Allah akan membangunkan baginya rumah di surga.” (HR. Ibnu Majah No.2226, At Tirmidzi No.3350, 3351, Ad Darimi No.2576)

 ﻋﻠﻴﻜﻢ ﺑﻼ ﺍﻟﻪ ﺍﻻ ﺍﻟﻠﻪ ﻭ ﺍﻻﺳﺘﻐﻔﺎﺭ ﻓﺄﻛﺜﺮﻭﺍ ﻣﻨﻬﻤﺎ ﻓﺎﻥ ﺍﺑﻠﻴﺲ ﻗﺎﻝ : ﺍﻫﻠﻜﺖ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﺑﺎﻟﺬﻧﻮﺏ ﻭ ﺍﻫﻠﻜﻮﻧﻰ ﺑﻼ ﺍﻟﻪ ﺍﻻ ﺍﻟﻠﻪ ﻭ ﺍﻻﺳﺘﻐﻔﺎﺭ ﻓﻠﻤﺎ ﺭﺍﻳﺖ ﺫﻟﻚ ﺍﻫﻠﻜﺘﻬﻢ ﺑﺎﻻﻫﻮﺍﺀ ﻭﻫﻢ ﻳﺤﺴﺒﻮﻥ ﺍﻧﻬﻢ ﻣﻬﺘﺪﻭﻥ

 Abubakar As Siddiq ra., Nabi Muhammad saw. bersabda : Pentingkanlah untuk banyak-banyak membaca LAA ILAAHA ILLALLAAH dan ISTIGHFAR, karena Iblis pernah berkata : saya merusak manusia dengan dosa-dosa, dan mereka merusak aku dengan LAA ILAAHA ILLALLAAH dan ISTIGHFAR, manakala aku melihat bacaan tersebut (dibacanya), maka saya rusak mereka dengan HAWA NAFSU sehingga mengira bahwa telah memperoleh hidayah. (HR. Ahmad dan Abu Ya’la, Didalam Kitab Nashoihul Ibad)

ﻭ ﺣَﺪَّﺛَﻨَﺎ ﺃَﺑُﻮ ﻛَﺎﻣِﻞٍ ﺍﻟْﺠَﺤْﺪَﺭِﻱُّ ﻓُﻀَﻴْﻞُ ﺑْﻦُ ﺣُﺴَﻴْﻦٍ ﻭَﻋُﺜْﻤَﺎﻥُ ﺑْﻦُ ﺃَﺑِﻲ ﺷَﻴْﺒَﺔَ ﻛِﻠَﺎﻫُﻤَﺎ ﻋَﻦْ ﺑِﺸْﺮٍ ﻗَﺎﻝَ ﺃَﺑُﻮ ﻛَﺎﻣِﻞٍ ﺣَﺪَّﺛَﻨَﺎ ﺑِﺸْﺮُ ﺑْﻦُ ﺍﻟْﻤُﻔَﻀَّﻞِ ﺣَﺪَّﺛَﻨَﺎ ﻋُﻤَﺎﺭَﺓُ ﺑْﻦُ ﻏَﺰِﻳَّﺔَ ﺣَﺪَّﺛَﻨَﺎ ﻳَﺤْﻴَﻰ ﺑْﻦُ ﻋُﻤَﺎﺭَﺓَ ﻗَﺎﻝَ ﺳَﻤِﻌْﺖُ ﺃَﺑَﺎ ﺳَﻌِﻴﺪٍ ﺍﻟْﺨُﺪْﺭِﻱَّ ﻳَﻘُﻮﻟُﺎ ﻗَﺎﻝَ ﺭَﺳُﻮﻝُ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﻟَﻘِّﻨُﻮﺍ ﻣَﻮْﺗَﺎﻛُﻢْ ﻟَﺎ ﺇِﻟَﻪَ ﺇِﻟَّﺎ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻭ ﺣَﺪَّﺛَﻨَﺎﻩ ﻗُﺘَﻴْﺒَﺔُ ﺑْﻦُ ﺳَﻌِﻴﺪٍ ﺣَﺪَّﺛَﻨَﺎ ﻋَﺒْﺪُ ﺍﻟْﻌَﺰِﻳﺰِ ﻳَﻌْﻨِﻲ ﺍﻟﺪَّﺭَﺍﻭَﺭْﺩِﻱَّ ﺡ ﻭ ﺣَﺪَّﺛَﻨَﺎ ﺃَﺑُﻮ ﺑَﻜْﺮِ ﺑْﻦُ ﺃَﺑِﻲ ﺷَﻴْﺒَﺔَ ﺣَﺪَّﺛَﻨَﺎ ﺧَﺎﻟِﺪُ ﺑْﻦُ ﻣَﺨْﻠَﺪٍ ﺣَﺪَّﺛَﻨَﺎ ﺳُﻠَﻴْﻤَﺎﻥُ ﺑْﻦُ ﺑِﻠَﺎﻝٍ ﺟَﻤِﻴﻌًﺎ ﺑِﻬَﺬَﺍ ﺍﻟْﺈِﺳْﻨَﺎﺩِ 

Telah menceritakan kepada kami Abu Kamil Al Jahdari Fudlail bin Husain dan Utsman bin Abu Syaibah keduanya dari Bisyr – Abu Kamil berkata- Telah menceritakan kepada kami Umarah bin Ghaziyyah telah menceritakan kepada kami Yahya bin Umarah ia berkata, saya mendengar Abu Sa’id Al Khudri berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Tuntunlah orang yang sedang berada di penghujung ajalnya (sekratul maut) agar membaca (kalimat), ‘LAA ILAAHA ILLALLAH.’” Dan telah menceritakannya kepada kami Qutaibah bin Sa’id telah menceritakan kepada kami Abdul Aziz Ad Darawardi -dalam jalur lain- Dan telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami Khalid bin Makhlad telah menceritakan kepada kami Sulaiman bin Bilal semuanya menggunakan isnad ini. (HR. Muslim No.1523, 1524, Abudaud No.2710, Ahmad No.10570, Ibnu Majah No.1434, 1435, An Nasa’I No.1803)

 ﻋﻦ ﺍﻟﻨﺒﻲ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠَّﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﺃﻧﻪ ﻗﺎﻝ : ﻣﻦ ﻟﻘﻦ ﻋﻨﺪ ﺍﻟﻤﻮﺕ ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﻟﻠَّﻪ ﺩﺧﻞ ﺍﻟﺠﻨﺔ 

Dari Nabi Saw. bersabda : Barangsiapa yang dituntun dengan kalimat Laa Ilaaha Illallaah ketika akan mati (membaca kalimat tersebut) pasti masuk surga. (Kitab Tanbihul Ghofilin)

 ﻋﻦ ﺍﻟﻨﺒﻲ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠَّﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﺃﻧﻪ ﻗﺎﻝ : ﻣﻦ ﻛﺎﻥ ﺁﺧﺮ ﻛﻼﻣﻪ ﻣﻦ ﺍﻟﺪﻧﻴﺎ ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﻟﻠَّﻪ ﺩﺧﻞ ﺍﻟﺠﻨﺔ 

Dari Nabi Saw. bersabda : Barangsiapa yang akhir katanya dari dunia ini (saat meninggal membaca) LAA ILAAHA ILLALLAAH pasti masuk surga. (Kitab Tanbihul Ghofilin). 

Dan masih banyak lagi dalil-dalil yang berhubungan dengan keutamaan kalimat LAA ILAAHA ILLALLAHU tersebut. Wahai sahabat dan murid-muridku, alfaqir berpesan kepada kalian dan khususnya untuk diri alfaqir agar memperbanyak membaca LAA ILAAHA ILLALLAHU MUHAMMADUR RASUULULLAAH sebelum terhalang antara kalian dan kalimat itu, karena kalimat itu adalah kalimat Tauhid, kalimat ikhlas, kalimat taqwa, kalimat baik dan kalimat itu adalah seruan kebenaran, kalimat itu adalah tali yang kuat, dan kalimat itu adalah harga dan kunci syurga. Alfaqir (Habib Muhammad Shulfi bin Abunawar Al ‘Aydrus) ijazahkan semua amalan tersebut di atas bagi siapa saja yang mau mengamalkannya.. 

Dikutip dari :
* Kitab Hadits Kutubu Tis’ah.
* Riyadhus Shalihin => Al Imam An Nawawi.
* Irsyadul ‘Ibad Ilasabilirrosyad => Asy Syaikh Zinuddin Al Maribariy.
* An Nashaaih Ad Diniyah wal washaaya Al Imaaniyah => Al Imam Al Habib Abdullah bin Alwi    Al Haddad.
* Risalatul Mu’awanah => Al Imam Al Habib Abdullah bin Alwi Al Haddad.
* Tanbihul Ghafilin => Al Imam Abul Laits As Samarqandi.
* Lubabul Hadits => Al Imam Al Hafidz Jalaluddin Abdurrahman bin Abii Bakar As Suyuthi.
* Tanqihul Qaul => Asy Syaikh Muhammad Nawawi bin Umar Al Bantani Oleh: Habib
    Muhammad Shulfi bin Abunawar Al ‘Aydrus.

Inilah Keutamaan Kalimat Laa Ilaaha Illallaah

Kajian Ceramah Islam Ahlussunnah wal Jamaah.

http://m-aly.mywapblog.com/keutamaan-kalimah-la-ilaha-illallah.xhtml



Jumaat, 8 Mei 2015

AKHIR ZAMAN -- ISLAM HANYA TINGGAL NAMA

by; Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani
Bawa Islam di akhir zaman ibarat genggam bara api
Di Akhir Zaman ini, Islam hanya tinggal pada NAMA sahaja...
Cara dan gaya hidup kita tidak melambangkan diri kita seperti orang Islam
Ini termasuk cara berpakaian, penampilan diri lelaki dan wanita, cara berkeluarga, cara berfikir, cara bergaul, bermasyarakat, berekonomi, cara mendidik anak-anak dan seribu satu macam aspek yang lain, tidak lagi menampakkan diri kita sebagai Muslim yang beramal dengan ajaran Islam sebenar.
Kita telah jauh tersasar.....

Benarlah sabda Nabi SAW yang bermaksud, daripada Ali bin Abi Talib RA berkata,
"Telah bersabda Rasulullah SAW bahawa sudah hampir tiba suatu masa, di mana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya namanya, tidak tinggal daripada Al Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Daripada merekalah berpunca fitnah, dan kepada merekalah fitnah itu akan kembali"(Hadis riwayat Al Baihaqi)

Kalau kita perhatikan dunia Islam pada hari ini, keadaannya tidak begitu jauh daripada gambaran yang telah ditegaskan oleh Rasulullah SAW.
1. Islam hanya tinggal namanya sahaja.
2. Al Quran hanya tinggal tulisannya.
3. Masjid tersergam indah tetapi kosong daripada hidayah Allah.
4. Lahirnya ulama jahat yang mementingkan periuk nasi daripada Islam.
5. Fitnah tersebar akibat kedangkalan ulama-ulama jahat.

Semoga ALLAH beri kita Taufiq dan Hidayah Nya agar terpelihara iman, amal & islam kita di zaman yang penuh cabaran dan pancaroba ini..

Follow by Email