DOA -doa Ku... Ya Allah....

... اشهد ان لا إله إلا الله وأشهد ان محمد رسول الله .....YA ALLAH...AMPUNKAN AKU ....Bimbinglah Aku di jalan -MU.. TETAPKAN AKU DALAM KASIH SAYANGMU, ......AMPUNKAN SEGALA KESALAHAN dan DOSA-DOSAKU..DOSA DAN KESALAHAN KEDUA IBU BAPAKU..DAN SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT....KUMPULKAN AKU BERSAMA PARA NABI DAN RASUL...YA ALLAH ...KEKALKAN AKU DAN KETURUNANKU DALAM ISLAM DAN BERIMAN KEPADAMU....YA ALLAH.YA ALLAH, HIDUPKAN AKU DALAM KEADAAN MERENDAH DIRI, MATIKAN AKU DALAM KEADAAN MERENDAH DIRI DAN BANGKITKAN AKU (PADA HARI QIAMAT) DI DALAM GOLONGAN ORANG-ORANG YANG MERENDAH DIRI.. استغفر الله العظيم ASTAGFIRULLAHALAZZIM....سبحان الله...SUBHANALLAH ...الحمد لله..ALHAMDULILLAH...الله أكبر..ALLAHUAKHBAR.....ALLAHUMA SOLLIALA SAYIDINA MUHAMMAD....WAALA ALIMUHAMMAD..........

Rabu, 23 Disember 2015

KELEBIHAN UMAT NABI MUHAMMAD

                                                  

Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata, “Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W EMPAT kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:

1. Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima di sebarang tempat oleh Allah S.W.T.
2. Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian.
3. Ketika aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka.
4. Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W derhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W.

Berkata nabi Musa a.s: Ya Tuhanku! Engkau telah anugerahkan segala kebaikan untuk Ahmad (Muhamamad) dan umatnya, maka jadikanlah aku dari umatnya!

Berfirman Allah dalam Al Quran: “Wahai Musa! Sesungguhnya Aku telah memilih engkau dari antara manusia untuk menyampaikan perutusanKu dan percakapanKu, maka terimalah apa yang Aku berikan kepadamu, dan hendaklah engkau menjadi orang-orang anyg bersyukur.” (Al-A`raf:144).

Musa berkata: Ya Tuhanku! Adakah Engkau telah menciptakan seorang makhluk yang lebih mulia disisi-Mu daripadaku. Engkau telah memilihku dari antara banyak manusia dan berkata-kata padaku di gunung Thur Sina.

Berfirman Allah: Wahai Musa! Tidakkah engkau mengetahui bahawa Muhammad itu lebih mulia disisi-Ku dari sekalian makhluk-Ku. Dan sudah Aku teliti semua kalbu hamba-hamba-Ku, maka tiadalah Aku dapati suatu kalbu pun yg lebih merendah diri dari kalbumu. Sebab itulah Aku memilihmu dari sekalian manusia untuk engkau menyampaikan perutusan-Ku dan percakapan-Ku, dan hendaklah engkau mati dlm keadaan mengesakan Aku (tauhid) dan juga mencintai Muhammad SAW.

Berkata Musa a.s: Ya Tuhanku! Adakah di atas muka bumi ini suatu kaum yang lebih mulia di sisiMu daripada umatku. Engkau telah melindunginya dengan awan gemawan. Engkau turunkan dari langit makanan Man dan Salwa untuk mereka.

Berfirman Allah: Wahai Musa! Tidakkah engkau mengetahui, bahawasanya kelebihan umat Muhammad atas sekalian umat yang lain, laksana kelebihan-Ku atas sekalian makhluk-makhluk-Ku.
Berkata Musa a.s: Ya Tuhanku! Berilah aku melihat mereka (umat Muhammad)!

Berfirman Allah: Engkau tidak akan dapat melihat mereka. Tetapi jika engkau mahu mendengar suara mereka, bolehlah Aku dengarkan.

Berkata Musa a.s: Baiklah, aku suka.
Berfirman Allah Ta`ala: Wahai umat Muhammad! Maka sekalian umat Muhammad menyahut dengan suara yang keras:
Labbaikallahumma Labbaika! (Kami menyahut, duhai tuhan, kami menyahut), padahal ketika itu mereka sekalian masih berada di dalam tulang-tulang sulbi bapa-bapa mereka (masih belum dilahirkan lagi)

Maka berkata Allah Ta`ala: RahmatKu dan salam sejahteraKu atas kamu. Rahmat-Ku mendahului kemurkaan-Ku, dan keampunan-Ku mendahului penyiksaan-Ku. Ketahuilah bahawasanya Aku telah mengampuni kamu sekalian sebelum kamu memohon ampun kepada-Ku. Aku telah mengabuli kamu sebelum kamu memohon kepada-Ku. Aku telah memberi kamu sebelum kamu meminta kepada-Ku. Lantaran itu, barangsiapa di antara kamu yang menemui-Ku sedang dia menyaksikan Laa Ilaaha Illallaah wa-anna Muhammadar Rasulullah (tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad Rasulullah) niscaya Aku mengampuni segala dosanya.

Berkata Rasulullah SAW: Allah SWT ingin memberi kurnia-Nya kepadaku dengan menfirmankan ayat berikut: Dan tiadalah engkau (Muhammad) di penjuru gunung Thur Sina, ketika Kami menyeru. Yakni umatmu sehingga Musa a.s dapat mendengar percakapan mereka.
Selawat dan salam atas junjungan besar Muhammad SAW.


http://amalan-harian.blogspot.com/2012/05/kelebihan-umat-rasulullah-saw-menurut.html

Selasa, 22 Disember 2015

DIAM LEBIH BAIK



Diam lebih Baik; “Sekiranya kita tidak tahu tentang sesuatu permasalahan itu atau pertanyaan yang diajukan kepada kita maka diam itu adalah lebih baik. Kerana agar kita tidak memberikan jawapan yang salah ataupon mengelirukan orang lain. Dan juga supaya tidak menunjukkan kejahilan diri sendiri. Makanya diam itu lebih baik.”


“Dan
ketahuilah dengan menperkatakan Wallahua’alam. Saya tidak tahu itu jauh lebih baik kerana itu juga adalah sebahagian daripada ilmu. Jika kita mahu bertanya suatu masalah agama yang melibatkan hukum hakam dan inginkan kepastian. Maka carilah ahlinya. Dan jangan biasakan diri kita ini untuk bertanya pada google, facebook dan sebagainya.”


Sepertimana bila kita sakit, kita jumpa doktor. Jumpa pada ahlinya, inikan pula urusan agama. Masalah hukum hakam. Tak kanlah mau sendiri pandai pandai sendiri. Lebih cantik lagi kalau kita menghadiri pengajian, kuliah, hadir majlis ilmu.

Kita berjumpa terus dengan mereka yang merupakan ahlinya. Yang mana ilmunya itu diiktiraf oleh ulama dan mempunyai rantaian sanad ilmunya.”

Satu kisah. Pada suatu hari, datang seorang lelaki. MashaAllah Tabarakallah yang jubahnya, imamahnya, perhiasannya,
penampilannya datang masuk ke majlis Al-Imam Abu Hanifah Rahimahullah maka dengan Imam Abu Hanifah pada saat ketika tengok orang yang berpakaian seperti Ulama tadi itu memasuki majlis pengajian beliau maka Imam Abu Hanifah yang pada mulanya duduk keadaan santai bersama dengan murid-muridnya.”

Begitu melihat seorang yang berpakaian seperti seorang yang alim besar tadi itu masuk maka Imam Abu Hanifah duduk kemaskan pakaian, duduk hormat takzim memberikan penghormatan kepada tetamu yang baru datang tadi itu yang duduk mendengarkan penjelasan, ulasan
penerangan Imam Abu Hanifah yang pada ketika itu perbualan beliau membicarakan tentang hukum hakam yang berkenaan dengan puasa.”

“Di
antaranya yang apabila matahari sudah terbenam maka dengan puasa seseorang itu sudah berakhir. Puasa itu bermula daripada terbit fajar dan akan berakhir selepas matahari tenggelam. Jadi bersahur ataupun juga tidak bersahur, makan ataupun juga tidak makan, iftar ataupun juga tidak iftar. Yang namanya puasa itu sudah tamat.”

Jadi Imam Abu Hanifah Rahimahullah yang menjelaskan tentang hukum hakamnya puasa itu bermula daripada terbit fajar dan berakhir dengan terbenamnya matahari. Lalu orang yang berpakaian alim itu mengangkat tangan dan mengatakanTok Guru. Tumpang tanya.”Jawab Imam Abu HanifahSilakan.”

Beliau menanyakanMacam mana Tok Guru seandainya matahari itu tidak terbenam saat pada pukul dua belas malam?” Pada mulanya Imam Abu Hanifah yang memberikan penghormatan, takzim kepada orang tadi itu kerana merasakan orang itu lebih besar lebih alim daripada beliau yela mana tidaknya dengan penampilannya sebegitu.”

Kemudian Imam Abu Hanifah mengatakan; “Kalau seandainya matahari tidak terbenam melainkan selepas tengah malam maka lebih elok Nukman Bin Thabit duduk santai semacam tadi daripada aku memberikan penghormatan kepada orang yang jahil tidak tahu apa-apa.”

Kalau seandainya dia senyap saja orang tidak tahu yang orang tadi itu tidak tahu. Tentang hukum hakam. Mana mungkin matahari tidak terbenam melainkan selepas tengah malam. Dari mana datangnya malam kalau matahari itu belum tenggelam lagi.”


Kalau seandainya kita mengatakanWallahu’Alam. Saya tidak tahu permasalah yang semacam itu.Saya tidak tahu maka jawapannya selesai.” Ulama mengatakan ucapan Wallahu’Alam saya tidak tahu itu adalah sebahagian daripada ilmu. Pada saat ketika saya katakan Wallahu’Alam saya tidak tahu maka orang akan mempertanyakan kepada orang yang lebih tahu daripada saya.”

“Akan tetapi seandainya kita pandai-pandai ingin cuba menjawabnya juga sedangkan kita tidak yakin, tidak pasti apatah lagi kita tidak tahu dan ternyata jawapan yang kita berikan itu salah dan silap sehingga boleh mengelirukan dan menyesatkan kepada orang lain maka itu adalah sesuatu yang amat teruk. Akan dinampak kejahilan diri peribadi kita dan ternyata kita akan mendapatkan dosa dengan begitu mudah sahaja.”



Daripada TG Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki.

Ahad, 20 Disember 2015

ARWAH IBU LAWAT JENAZAH ANAK (KISAH BENAR)

Gambar hiasan cuma
Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. 

Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam. Selepas lima minit berlalu, barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi. Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.

Ustaz," kata wanita itu."Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.

Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya.

"Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya."Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih."Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan,wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya
 ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat. Tiba di luar saya bertanya kepadanya.

"Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya.Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab.Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini.” kata saya untuk menggertaknya.

Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya.Sambil mengesat airmata, dia berkata,"Ustaz, anak saya ni memang baik,patuh dan taat kepada saya.Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja,dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun.Dia memang anak yang baik.Tapi..." tambah wanita itu lagi.

"Apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang,Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai,dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang, anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut.

Jawapannya itu memeranjatkan saya.Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang,maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya.Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya,malah diaibkan dengan warna yang hitam.
Selepas menceritakan perangai anaknya,wanita tersebut meminta diri untuk pulang. Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap. Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula.Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah,saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya.

Selepas memperkenalkan diri, saya berkata,"Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang. "Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut,"Orang tua mana pula?" katanya.

Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya, tuturannya serta pakaiannya. "Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu! "Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi.Jadi 'Siapakah' yang datang menemui saya pagi itu?

Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya,saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi,yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun.Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia.

Kalau 80,000 tahun?

Ingatlah..azab meninggalkan solat fardhu ini amat dahsyat dan tidak putus-putus seksaannya dari kehidupan dunia hinggalah kehidupan akhirat. Semoga kita semua mengambil iktibar dari cerita ini dan menjadi orang yang sentiasa menjaga solat, In shaa Allah.


Catatan wassap sahabat kbtc azmiMuhamad

Jumaat, 18 Disember 2015

HARAM BERDIAM DIRI

Gambar hiasan
Kemaksiatan dan kemungkaran hari ini berleluasa adalah kerana syariat Islam tidak berlaku dalam hidup kita. Sedangkan aturan kufur sedang menyelimuti hidup kita, kaum muslim secara amnya. Maka sebenarnya, perintah Allah Ta'ala adalah wajib kita hidup di dalam aturan syariah, bukan selainnya. Inilah sebenar perjuangan hidup kita hari ini, mengembalikan kehidupan syariah, bukan berdiam diri dalam aturan kufur.

Suatu qawaid fiqh menyebutkan "diam adalah redha" bermaksud mendiamkan diri bererti redha. Maka dalam hal hidup di bawah aturan kufur ini, berdiam diri boleh dikaitkan dengan redha. Sedangakan hukum syarak jelas mengharamkan kita redha dengan hukum kufur. Justeru itu, wajib bangkit, bergerak, berusaha mengembalikan kehidupan syariah.

Perjuangan inilah yang wajib dilaksanakan sekarang, bukan selainnya. Perjuangan inilah yang selari dengan tuntutan amar maaruf nahiy mungkar. Kita tidak cukup dengan hanya berdiam diri dengan membenci kekufuran dan kemungkaran dalam hati saja kerana cita-cita untuk memasuki syurga dan mencapai keredhaan Allah adalah dengan jalan berjuang, bukan duduk diam saja.

Sabda Nabi SAW,

"Pemimpin syuhada' adalah Hamzah bin Abdul Muthalib dan orang-orang yang mengatakan haq di hadapan penguasa keji kemudian ia dibunuhnya"

Inilah tingkat teratas perjuangn seorang muslim, mengatakn yang haq di hadapn penguasa keji yang ada hari ini. Inilah peluang yang Allah sediakan depan mata kita. Masihkah kita berdiam diri atau berbelah bagi dengan sabda Nabi SAW?.


wss- Nurul Jannah

HUTANG DHUHA


Satu ilmu yang saya baru tahu yang saya rasa terpanggil untuk berkongsi kepada anda adalah ilmu tentang solat dhuha. Seorang Ustaz dari Indonesia yang bernama Ustaz Yusuf Mansur sangat memperjuangkan dan membudayakan kelebihan dan manfaat melakukan solat dhuha dan sedekah dinegaranya.

Di dalam bukunya bertajuk “ Undang saja Allah; Belajar Syukur, Belajar Yakin” beliau memperkenalkan konsep “ Hutang 2 Rakaat Dhuha”. Di dalam buku tersebut beliau membahaskan konsep bahawa kita sudah terlalu banyak berhutang dengan Allah sebenarnya.  Kerana kita terlupa untuk “membayar” bayaran kerana kita memakai mata, tangan, kaki, jantung serta organ kita yang lain kepada Allah. Oleh kerana Allah tahu bahawa kita tidak akan mampu membayar semua nikmat tersebut menggunakan wang, oleh itu Dia dengan kasih sayangnya mensyaratkan bahawa solat sunat dhuha 2 rakaat sebagai bayarannya.

Seperti yang tercatat di satu hadis “  Pada setiap manusia terdapat tiga ratus empat puluh sendi. Setiap satu sendi harus disedekahi olehnya. Para sahabat bertanya, ‘ siapakah yang sanggup melakukannya wahai Rasulullah?  Rasulullah bersabda, jika terdapat kotoran dimasjid, tutuplah dengan tanah ( buang dan bersihkan), dan jika ada sesuatu yang merintangi jalanan, jauhkanlah. Jika engkau tidak sanggup melakukannya maka solat dhuha dua rakaat sebagai gantinya bagimu” (HR. Imam Ahmad)

Dan menurut riwayat yang lain, “ Setiap pagi semua anggota badan masing-masing dari kalian wajib disedekahi. Setiap kali tasbih adalah sedekah. Setiap kali tahmid adalah sedekah. Setiap kali tahlil adalah sedekah. Setiap kali takbir adalah sedekah. Amar ma’ruf dan nahi mungkar adalah sedekah. Semuanya terpenuhi dengan dua rakaat solat dhuha.” ( HR. Muslim ).

Melalui hadis diatas, semakin jelas kepada kita bahawa kita sudah banyak berhutang kepada Allah selama ini rupanya. Ada diantara kita yang berumur 20, 30 malah mungkin 50 tahun, akan tetapi baru tahu akan hal ini. Kita baru tahu yang kita sedang berhutang sebenarnya. Bahkan ini baru hutang dhuha, belum lagi dikira hutang solat wajib, hutang zakat, juga hutang yang lain-lainnya.  Pasti sangat banyak kiraannya.

Jika setahun kita berhutang dhuha 2 rakaat, jika dikira agak –agak berapa rakaat yang perlu kita bayar?  Jika setiap tahun mengandungi 365 hari di darab dengan 2 rakaat dhuha yang ditinggalkan, jumlah hutang  dhuha kita pada Allah  setahun adalah 730 rakaat. Maka jika 10 tahun adalah 7300. Masha Allah. Bagaimana pula jika 20 atau 30 tahun? Sungguh banyaklah bukan?.
Persoalannya disini, adakah betul kita harus membayar hutang hutang tersebut? Jika ya, bagaimanakah cara mahu membuatnya?.

Untuk menjawab persoalan tersebut, saya ingin berkongsi apa yang diceritakan ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut tentang hal ini. Seorang pekerja kerajaan telah datang bertemunya selepas beliau menyampakan satu ceramah dan pekerja tersebut menceritakan bahawa dia terkena satu musibah.

Wang tabungan yang sudah dikumpul selama setahun telah hilang kerana dicuri. Agak banyak jumlahnya. Dia sangat tertekan dengan hal tersebut dan pergi menemui Ustaz Yusuf Mansur.Ustaz dengan pantas bertanya, “ Ada mengamalkan solat dhuha tak selama ini?” kemudian pekerja itu menjawab bahawa dia tidak atau kalau lakukan pun agak jarang sekali. Kemudian secara langsung ustaz menjawab, “ Patutlah Allah mengambil ( melalui pencuri)  duit tersebut, diambil Allah wang tersebut untuk “bayar” hutang rupanya”. Begitu juga kalau berbisnes atau berniaga, setelah sekian lama berniaga, namun kita masih tak dapat membuat simpanan, itu mungkin kerana kita tidak berdhuha selama ini.

Berbalik kepada persoalan bagaimanakah kita ingin membayar hutang-hutang dhuha kita itu, adakah kita perlu bersolat sunat dhuha tanpa henti supaya hutang-hutang kita terbayar? Adakah kita perlu bersedekah supaya hutang kita itu dilunasi?. Anda rasa bagaimana? Mengikut cadangan Ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut dia ada berkongsi sedikit tips dan cara bagaimana kita boleh membayar hutang- hutang Dhuha kita.

Seseorang bernama Saifullah telah menghantar satu sms
kepada ustaz :

“ Ustaz, saya baru terbaca tentang hutang dhuha di program Dhuha Coffee ustaz. Saya termasuk orang yang mempunyai hutang dhuha dengan Allah. Saya kini berumur 34 tahun 2 bulan. Ertinya jika saya akil baligh umur 10 tahun, saya sudah berhutang 24 tahun. Dalam sekitar 8,760 hari itu saya berhutang 17,520 rakaat. Mungkin ini sebabnya saya merasakan hidup saya kurang diberkati. Sekarang bagaimanakah saya mahu melunasinya? Wassalam”

Antara tips ustaz yang sangat menarik dan relevan untuk diaplikasikan adalah melalui menyeru orang lain juga untuk berdhuha. Ya, ceritakan juga akan konsep hutang dhuha ini kepada sebanyak mungkin orang yang anda kenal. Dengan cara ini sahajalah hutang-hutang anda mampu dilunasi kerana setiap kali orang lain berbuat kebaikan yang mereka dapat inspirasi melalui anda, secara langsung anda akan mendapat pahala. Kebaikan dan amalan yang mereka lakukan secara langsung akan menjadi saham pahala anda juga.

Namun, pasti akan ada yang bertanya, “ Tetapi bukan semua pandai untuk menceritakan perkara- perkara sebegini kepada orang lain”. Pasti akan terdetik difikiran sesetengah antara kalian.  Jika anda tidak mampu menceritakan akan tentang konsep hutang dhuha, apa kata anda mulai dengan mengajak orang berdhuha mengikut keadaan dan tahap yang anda selesa.

Jika anda ada Blog atau Facebook, cuba menggalakkan orang lain supaya berdhuha. Jika anda sebagai ketua jabatan, sediakan masa 10 minit sebelum memulakan kerja dan mengajak pekerja bawahan anda melakukan solat sunat Dhuha. Jika anda seorang pengacara Radio atau Televisyen, selitkan manfaat dan kelebihan Dhuha didalam percakapan anda. Jika anda seorang pemimpin, nasihatilah dan berikan motivasi tentang kelebihan berdhuha kepada rakyat anda. Jika anda guru atau pensyarah, sediakan waktu untuk mengajak pelajar –pelajar anda berdhuha disetiap pagi. Namun, jangan hanya menyuruh, ceritakan juga kepada mereka kelebihan melakukan solat dhuha. Supaya mereka lagi bermotivasi.

Setiap diantara anda mampu membayar hutang tersebut jika anda berterusan menyeru dan memotivasikan akan orang disekeliling anda tentang kelebihan solat sunat dhuha. Oleh kerana penulis juga merasakan bahawa diri penulis juga memnpunyai banyak hutang dhuha, maka penulis rasa penting untuk berkongsi akan konsep ini. Moga moga jika antara kalian mengamalkan juga menyebarkan kepada orang ramai, harapnya akan terlunasi juga hutang dhuha penulis.

Bab 31: Hutang Dhuha

❤️Apa yang saya belajar dari bab ini adalah tentang…

❤️Manifestasikan cara bersyukur kita kepada Allah kerana diberi kesihatan anggota badan dan nikmat lain  melalui bersolat dhuha

❤️Sudah berapa banyakkah hutang dhuha kita selama kita hidup ini?

❤️Dengan berdhuha, pintu rezeki kita pasti dibuka seluasnya

Rabu, 16 Disember 2015

UNTUK RENUNGAN BERSAMA


Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi) oleh Ustazah Noorbayah Mahmood.

Seorang gadis datang menemui Rasulullah SAW dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya.. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat.
Lalu Rasulullah menegurnya. "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?" Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya

"Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.
"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."

Rasulullah SAW mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

"Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran Islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil..Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir... Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupa-rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga Nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku.

"Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama" Lalu dijawab oleh ayahnya.

"Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia".

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air menggunakan tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah."

Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi. Rasulullah SAW kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam.

Lalu berkat kebesaran-Nya tangan gadis tersebut sembuh.Rasulullah SAW lantas berkata,
"Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun. In Shaa Allah.

Wallahua'lam


SEBELUM TIDUR -TUNAiKANLAH EMPAT PERKARA

RASULULLAH SAW BERPESAN KEPADA FATIMAH, PUTERI BAGINDA. 

“WAHAI FATIMAH JANGAN KAMU TIDUR SEBELUM Menunaikan Empat Perkara, Iaitu Khatam Al Quran, Mendapat Keredaan Seluruh Umat Islam, Memastikan Akan Mendapat Syafaat Dari Para Nabi, Dan Menunaikan Haji Dan Umrah”. 
Wahai Rasulullah, jika begitu bilakah masanya aku boleh tidur.

Rasulullah SAW lalu menjawab,

Sebelum kamu tidur hendaklah membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali kerana ia menyamai berkhatam Al Quran.

Berselawatlah kamu kepada ku dan nabi-Nabi sebelum ku, bagi membolehkanmu mendapatkan syafaat ku dan syafaat para nabi.

Bermohonlah kepada Allah agar mengampunkan seluruh umat Islam, bagi mendapat keredaan semua umat Islam.

Bacalah- “SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILLA HA ILLAWALLAH ALLAHUAKHBAR, kerana dengan membacanya ganjaran sama seperti mengerjakan haji dan umrah.


Wallahua’lam

Isnin, 14 Disember 2015

MENGELUH. - Sedikit tazkirah untuk perkongsian:

Gambar hiasan
KETIKA KITA MENGELUH : “ishh, aku penat sangat."
ALLAH menjawab: (وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا)
Dan KAMI jadikan tidurmu untuk istirehat (An Naba' : 9)

KETIKA KITA MENGELUH : “Beratnya dugaan ni, tak sanggup rasanya aku.
" ALLAH menjawab(لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا)
AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupannya.” (Al Baqarah : 286)

KETIKA KITA MENGELUH :“Serabutnyaa.
" ALLAH menjawab: ( أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ)
Hanya dengan mengingatKU hati akan menjadi tenang” (Ar Ra'd : 28)

KETIKA KITA MENGELUH: “Apa yang aku buat ini semua sia sia.
" ALLAH menjawab :(فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ)
"Siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji zarah sekalipun, nescaya ia 
akan melihat balasannya(Al Zalzalah : 7)

KETIKA KITA MENGELUH : “ Tak ada seorang pun yang nak tolong aku." 
ALLAH menjawab(وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ)
Berdoalah (mintalah) kepadaKU, nescaya Aku kabulkan
(Al Ghafir : 60)

KETIKA KITA MENGELUH : “ Aku sedih sangat.” 
ALLAH menjawab( لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا ۖ )
Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita " (At Taubah : 40)

Jangan banyak mengeluh.Banyakkan bersabar dan teruskan kehidupan ini dengan
taqwa dan tawakkal.
Semoga menjadi insan yang bertakwaHadapi dengan tenang.

Semoga berjaya.

Follow by Email