DOA -doa Ku... Ya Allah....

... اشهد ان لا إله إلا الله وأشهد ان محمد رسول الله .....YA ALLAH...AMPUNKAN AKU ....Bimbinglah Aku di jalan -MU.. TETAPKAN AKU DALAM KASIH SAYANGMU, ......AMPUNKAN SEGALA KESALAHAN dan DOSA-DOSAKU..DOSA DAN KESALAHAN KEDUA IBU BAPAKU..DAN SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT....KUMPULKAN AKU BERSAMA PARA NABI DAN RASUL...YA ALLAH ...KEKALKAN AKU DAN KETURUNANKU DALAM ISLAM DAN BERIMAN KEPADAMU....YA ALLAH.YA ALLAH, HIDUPKAN AKU DALAM KEADAAN MERENDAH DIRI, MATIKAN AKU DALAM KEADAAN MERENDAH DIRI DAN BANGKITKAN AKU (PADA HARI QIAMAT) DI DALAM GOLONGAN ORANG-ORANG YANG MERENDAH DIRI.. استغفر الله العظيم ASTAGFIRULLAHALAZZIM....سبحان الله...SUBHANALLAH ...الحمد لله..ALHAMDULILLAH...الله أكبر..ALLAHUAKHBAR.....ALLAHUMA SOLLIALA SAYIDINA MUHAMMAD....WAALA ALIMUHAMMAD..........

Rabu, 25 Mei 2016

BAYAN TERAKHIR MAULANA YUSUF RAH

oleh  Mohd Zahir Yusuff
http://3.bp.blogspot.com/-sVziF4HKpmc/TiaO4t6qUrI/AAAAAAAAAKg/xz8m0r_Tqz4/s640/Tablighi+Jamaat.jpg
Hadrat Maulana Mohammed Yusuf Rah. menyampaikan pesanan terakhirnya di Daerah Raiwind, Lahore, Pakistan, pada hari Ahad selepas solat fajar, pada 24 Dzulkaedah bersamaan 28 March 1965.
Pesanannya yang panjang ini telah dicatitkan oleh Maulana Abdul Aziz Khulnawi. Maulana memulakan bayan selepas membaca masnun khutbah saperti berikut:

'Baiklah! Saya tidak berasa sihat hari ini. Saya tidak dapat tidur sepanjang malam. Walau bagaimanapun, Saya akan bercakap mengikut keperluan. Sesiapa yang diberi-faham dan melakukan amal, Allah s.w.t akan memberinya kebaikan, sebaliknya kamulah yang menyebabkan kemusnahan diri sendiri.

Ummah ini telah dibentuk dengan susah-payah. Nabi s.a.w dan para sahabat r.a telah menanggung kesusahan yang amat sangat untuk membina ummah ini. Musuh-musuh Islam, Yahudi dan Kristian, sentiasa melakukan usaha untuk memecah-belahkan umat ini. Sekarang, org Islam telah hilang nilai-nilai kesatuan.

Pada 9 hijrah , semua orang Arab telah memeluk Islam, pada masa itu tiada satupun struktur bangunan dibina. Sebenarnya, di Madinah, masjid pun bukanlah satu bangunan yang sempurna dan tiada satu lampu pun dinyalakan di dalamnya. Orang pertama yang membawa lampu adalah Hadrat Tamim Dari r.a. Dia memeluk Islam pada 9 hijrah. Dalam masa yang singkat, manusia dari kaum berbeza, bahasa dan negara telah bersatu.

Dalam masa yang singkat, manusia dari suku, bahasa dan kaum yang berbeza bersatu sebagai satu ummah. Hanya bila ini dicapai, barulah lampu di dalam masjid Nabawi di nyalakan. Sebelum itu lampu nur hidayah telah dinyalakan dahulu dan disebarkan di seluruh Semenanjung Arab dan sekitarnya. Selepas ini barulah ummah ini terlahir di seluruh dunia. Negara demi negara jatuh melutut di kaki mereka, di mana sahaja mereka pergi.

Ummah ini terbentuk bila tiada individu mementingkan diri sendiri, keluarga, kumpulan, parti, kaum, negara dan bahasa sendiri. Tiada individu mementingkan kekayaannya, hartanya dan keluarganya. Sebenarnya, kepentingan setiap individu yang ada pada ketika itu hanyalah terhadap perintah Allah dan Rasul s.a.w. Ummah ini hanya akan bersatu bila semua hubungan dan ikatan diputuskan dalam usaha untuk memenuhi perintah Allah dan Rasulnya s.a.w. Bila orang Islam menjadi satu ummah adalah bila pembunuhan satu jiwa orang Islam di mana sahaja di dunia ini akan mencetuskan tindakan balas dari seluruh ummah. Dikala ini beratus ribu nyawa orang Islam telah dibunuh, tetapi tiada satu jari pun diangkat.

Satu negara atau penduduk-penduduk bukanlah membentuk satu ummah. Satu ummah sebenarnya adalah terbentuk bila beribu kaum dan kawasan bersatu. Menunaikan solah, berzikir dan kewujudan madrasah dan ilmu tidak mencukupi u ntuk membina ummah dan menurunkan bantuan Allah. Ibnu Mujim, orang yang membunuh Hadrat Ali adalah orang yang istiqomah bersolat dan berzikir. Pada masa hukuman dijalankan, bila orang ramai dalam kemarahan mahu memotong lidahnya, dia berkata:' Hukumilah aku ikut kehendakmu, tapi jangan potong lidahku. Aku mahu saat akhir hidupku ini berzikir kepada Allah." Walaupun begini, Nabi s.a.w pernah bersabda orang yang membunuh Hadrat Ali adlah orang yang paling celaka di kalangan ummat aku"

Ingatlah! Kata-kata seperti "Kaumku", "Negeriku", "Masyarakatku", hanya memecah-belahkan ummah. Allah tidak suka dengan kata-kata itu. Bila seseorang merasai kehadiran Allah sepanjang masa, dia akan takut kepada hukuman dan kemurkaan Allah dan akan taat kepadaNya setiap kali dia bernafas. Dengan cara ini syaitan tidak dapat menyesatkannya.

Ummah ini akan terselamat dari pecah-belah dan setiap kejahatan jika mereka berpegang dengan tali agama dan bersatu. Syaitan sentiasa bersama anda. Untuk menyelamatkan diri anda dari kejahatannya, seharusnya ada satu kumpulan di kalangan anda yang berusaha untuk menggalakkan yang ma'ruf (dengan keluar di jalan Allah, buat usaha atas iman, solah, dzikr, ilmu dan kerja kenabian) dan mencegah yang mungkar.

Umat ini akan bersatu dengan usaha ini. Ketika ini, satu usaha global sedang dilakukan untuk memecahkan kesatuan ummah. Satu-satunya penyelesaian kepada masaalah ini ada di dalam usaha Nabi s.a.w. Mengajak manusia kepada masjid.

Bercakap tentang iman dan program, taklim dan dzikr harus dijalankan. Mesyuarat berkaitan usaha agama harus dibuat. Kesatuan akan terbentuk dalam ummah bila perbezaan kelas, negara dan bahasa diketepikan, cara yang dibuat oleh masjid Nabawi.

Bila 3 individu duduk bersama, mereka harus merasakan individu ke4 adalah Allah. Jika 4 atau 5 duduk bersama maka yang ke 5 atau 6 adalah Allah. Dia harus mendengar kepada semua dan melihat sama ada percakapan itu menyatukan atau memecahkan. Jangan memburukkan, merancang atau mereka cerita tentang yang lain. Jika ummah ini bersatu maka mereka tidak akan dihina. Ummah ini terbentuk dengan aliran darah dan penanggungan kemiskinan Nabi s.a.w. Sekarang ini atas asbab-asbab yang kecil kita telah berpecah.

Ingatlah! Hukuman memecah-belahkan ummah adalah lebih dasyhat daripada hukuman memaksiati Allah. Jika ummah ini bersatu, maka mereka tidak akan dimalukan. Orang Rusia dan Amerika akan menyerah di hadapan mereka. Ummah ini hanya akan bersatu bila setiap orang Islam mengamalkan ayat, "Azillatin 'alal Mu'minin" maksudnya setiap orang Islam harus merendahkan diri di hadapan saudaranya yang lain. Sifat ini akan terbentuk bila kita menjalankan usaha tabligh. Bila qualiti " Azillatin 'alal Mu'minin" sudah ada maka Allah akan menjadikan mereka “ 'A izzatin 'alal kafirin”, di dalam dunia ini. Mereka akan mendapat kejayaan dan menguasai orang kafir, sama ada dia Eropah atau Asia.

(* Nota Penulis: Maulana merujuk dan tafsir Ayat Quran Surah Al Maidah Ayat 54 di bawah ini:
Wahai orang yang beriman! Sesiapa yang berpaling-tadah dari agamanya, maka Allah akan mendatangkan satu kaum yang Ia kasih akan mereka dan mereka juga kasih akan Ia, mereka berlemah-lembut terhadap orang yang beriman, dan berlaku tegas dan gagah atas orang kafir, mereka berjuang bersungguh-sungguh di jalan Allah, dan tidak takut kepada celaan orang yg mencela mereka. Yang itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikan kepada mereka yang dikehendaki Nya,kerana Allah maha luas limpah kurnia Nya, lagi meliputi pengetahuanNya. *)

Sahabat dan saudara! Allah Ta'ala dan Rasulnya s.a.w melarang kita dengan kerasnya dari membuat ucapan yang memecahkan hati dan menyebabkan perpecahan. Syaitan membisikkan fikiran buruk dalam hati bila dua atau empat individu mengadakan mesyuarat tersembunyi. Mesyuarat tersembunyi telah diisytiharkan adalah kerja syaitan dan kita telah dilarang dari melakukan. Allah menerangkan mesyuarat/perbincangan tersembunyi adalah hanya (dipimpin) dari syaitan dalam usahanya untuk menyebabkan susah-hati orang beriman, tetapi dia tidak dapat langsung memudaratkanya tanpa izin Allah.

Begitu juga kita dilarang merendah dan menghina yang lain. Allah s.w.t perintah, " Jangan kamu mengketawakan antara satu-sama lain; Mungkin yang diketawakan itu lebih baik dari yang mengetawakan." Kita juga dilarang dari mencari-cari kesalahan yang tersembunyi. Kita dilarang dari memberitahu kesalahan seseorang yang kita tahu di hadapan yang lain. Ghibat (mengumpat) adalah haram. Ghibat bermakna memberitahu keburukan seseorang.

Kita diperintahkan supaya memuliakan dan menghormati satu sama lain kerana ini akan menyebabkan kesatuan. Pada masa yang sama kita dilarang dari mencari kemuliaan dari orang lain kerana ini akan memecahkan ummah. Satu ummah akan bersatu bila setiap individu secara ikhlas menyedari, " Saya tak berharga untuk dimuliakan, dan dari itu, saya jangan mencari kemuliaan dari orang lain. Sepatutnya, saya harus memuliakan orang lain kerana setiap individu lain adalah berharga untuk dihormati dan dimuliakan oleh saya." Jika kamu mengorbankan diri kamu, maka ummah ini akan terbentuk.

Kemuliaan dan kehinaan bukan dalam perancangan Rusia dan Amerika, tetapi dalam kawalan Allah. Dia telah menetapkan prinsip dan undang-undang tertentu untuk memuliakan dan menghinakan negara atau individu. Jika Individu, negara, keluarga atau kelas manusia mengikuti prinsip kemuliaan, nescaya Allah akan memuliakan mereka. Sesiapa yang melakukan sesuatu yang menghinakan, maka Allah akan hina mereka.

Orang Yahudi adalah berasal dari anak Nabi-nabi. Tetapi Allah musnahkan mereka bila mereka memecahkan prinsip kemuliaan. Allah muliakan mereka bila mereka mengikuti prinsip kemuliaan. Allah tiada sebarang hubungan silaturahim dengan sesiapa. Penerimaan Allah adalah berdasarkan kepada prinsip dan undang-undang tertentu.

Sahabatku! Korbankan diri anda dalam usaha ini supaya Ummah Saidina Rasulullah s.a.w boleh bersatu dan kualiti saperti iman, yaqin, dzikr, ilmu, dan penyerahan kidmat kepada Allah, tolak-ansur, menghormati satu sama lain dan sebagainya boleh ditegakkan. Berkorbanlah supaya kita akan terselamat dari kejahatan seperti ingkar, mesyuarat tersembunyi, menghina, mengumpat dan mencari keburukan orang lain. Jika mana-mana kawasan, menjalankan usaha ini dengan betul, maka  , / ianya akan tersebar dari tempatnya ke seluruh alam. Buatlah usaha supaya jemaah dari pelbagai negeri, lokaliti dan bahasa keluar dija an Allah. Pastikan supaya prinsip-prinsip kerja dibuat dengan betul. In sya-Allah usaha ini akan menyatukan ummah dan in sya-Allah syaitan dan nafsu tidak dapat membinasakan kita.

.............Beliau mengakhiri bayannya dengan doa..............

3 hari selepas menyampaikan pesanan/bayan terakhirnya di Daerah Raiwind, Lahore, Pakistan, Hadrat Maulana Mohammed Yusuf Rah. telah jatuh sakit tenat dan dibawa ke hospital. Dalam perjalanan beliau meninggal dunia.

Maulana Muhammad Yusuf Alj-Kandhalawi telah dilahirkan pada 25 Jamadil Awal, 1335 H, bersamaan 20 Mac 1917 di Kandhala ,India dan diwafatkan oleh Allah s.w.t pada 26 Dzulkaedah 1384.

Isnin, 9 Mei 2016

Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian dari rezki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi,
( QS. Faathir 35:29 )

“Ya Rahman, Ya Rahim..Engkau isikanlah hati ini dengan rasa kasih dan sayang dan bantulah aku dalam memilih tepat tangguk hati yang benar-benar untuk aku curahkan rasa kasih ini. Ajari aku ikhlas dalam setiap curahan pengorbanan kasih dan sayang ini.”

Follow by Email