DOA -doa Ku... Ya Allah....

... اشهد ان لا إله إلا الله وأشهد ان محمد رسول الله .....YA ALLAH...AMPUNKAN AKU ....Bimbinglah Aku di jalan -MU.. TETAPKAN AKU DALAM KASIH SAYANGMU, ......AMPUNKAN SEGALA KESALAHAN dan DOSA-DOSAKU..DOSA DAN KESALAHAN KEDUA IBU BAPAKU..DAN SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT....KUMPULKAN AKU BERSAMA PARA NABI DAN RASUL...YA ALLAH ...KEKALKAN AKU DAN KETURUNANKU DALAM ISLAM DAN BERIMAN KEPADAMU....YA ALLAH.YA ALLAH, HIDUPKAN AKU DALAM KEADAAN MERENDAH DIRI, MATIKAN AKU DALAM KEADAAN MERENDAH DIRI DAN BANGKITKAN AKU (PADA HARI QIAMAT) DI DALAM GOLONGAN ORANG-ORANG YANG MERENDAH DIRI.. استغفر الله العظيم ASTAGFIRULLAHALAZZIM....سبحان الله...SUBHANALLAH ...الحمد لله..ALHAMDULILLAH...الله أكبر..ALLAHUAKHBAR.....ALLAHUMA SOLLIALA SAYIDINA MUHAMMAD....WAALA ALIMUHAMMAD..........

Sabtu, 25 Jun 2016

KATA HIKMAH IBNU QAYYIM AL JAUZI RAHIMAHULLAH



JALAN MENUJU ALLAH ADALAH JALAN DI MANA …….

·         Adam Kelelahan,
·         Nuh Mengeluh,
·         Ibrahim DiLempar Ke Api,
·         Ismail Dibentangkan Untuk Disembelih,
·         Yusuf Dijual Dengan Harga Murah dan Dipenjara           Selama Beberapa Tahun,
·         Zakaria Digergaji,
·         Yahya Disembelih,
·         Ayub Menderita Penyakit,
·         Daud Menangis Melebihi Kadar Semestinya,
·         Isa Berjalan Sendirian dan
·         Muhammad Shalallahu 'alaihi wasallam mendapatkan kefakiran dan berbagai gangguan. 

Sementara KALIAN INGIN MENEMPUHNYA DENGAN BERSANTAI RIA DANBERMAIN-MAIN?

 DEMI ALLAH, TAKKAN PERNAH BISA TERJADI."

Rabu, 22 Jun 2016

Asmaul Husna "99 Names of Allah"(Official Video Original HD) Mustafa Özc...

SOMBONG


TANDA-TANDA SIFAT SOMBONG dapat dikesan melalui pergaulan sesama manusia iaitu sama ada sombong keterlaluan, sederhana atau ringan.

Terdapat 26 tanda–tanda sifat sombong iaitu :
1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang lain itu lebih baik daripadanya.

2. Mudah marah – Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat naik darah kalau ada tersilap.
3. Memilih kawan – Suka berkawan dengan sama taraf sahaja.

4. Bahkan dengan orang sama taraf dengannya masih di pilih-pilih lagi, yakni dia suka orang yang mahu dengar katanya.
5. Memandang hina kepada golongan bawahan.
6. Dalam perbincangan, dia suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan.
7. Dalam pergaulan, dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan diikuti. Sebaliknya dia sendiri susah hendak dengar cakap orang lain.
8. Dalam pergaulan dia sahaja yang bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang lain.
9. Kalau dia jadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikutnya dan orang bawahannya.
10. Susah memberikan kemaafan kepada orang lain yang tersilap dengannya.
11. Kalau dia yang bersalah, susah hendak minta maaf.
12. Dia suka dihormati.
13. Suka menzalimi orang sama ada secara halus atau kasar.
14. Kurang bermesra dengan orang kecuali terpaksa kerana perlukan orang itu.
15. Suka memperkatakan keburukan orang seperti mengumpat, memfitnah, serta membenci orang.
16. Kurang menghormati pemberian orang.
17. Suka mencerita kelebihan diri.
18. Suka menghina dan menjatuhkan air muka orang di hadapan orang lain.
19. Kurang menikmati nikmat Allah s.w.t. Kalau ada, dibazirkan.
20. Kalau berdiri lebih suka bercekak pinggang. Kalau bercakap menepuk-nepuk meja.
21. Kurang memberi simpati kepada orang lain kecuali dengan tujuan sebaliknya.
22. Kurang minat menerima tetamu atau tidak suka menjadi tetamu orang.
23. Tidak suka menyebut kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya.
24. Kesalahan-kesalahan orang lain dibesar-besarkan sedangkan kesalahan diri sendiri didiamkan.
25. Sangat tidak senang dengan kejayaan orang lain.
26. Dia sangat tersinggung kalau orang sebut kelebihan orang lain di depannya. Tetapi kalau dia dipuji, dia berasa bangga dan senang hati.

SOMBONG itu ada 3 jenis..??
1. Sombong terhadap Allah swt
;  iaitu enggan mematuhi semua yang diperintah oleh Allah seperti Firaun, Namrud dan semua manusia yang mendakwa diri mereka bersifat Uluhiyyah.

2. Sombong terhadap Rasul
;  tidak mengikut ajaran yang dibawa mereka dan tidak beriman kepada mereka.

3. Sombong terhadap makhluk
;  iaitu seperti membangga diri adalah terbaik, menghina makhluk lain merasa diri adalah lebih bagus dari yang lain atau sifat yang sama sepertinya.

Sifat sombong sangat bahaya kerana bilamana sifat ini wujud di dalam jiwa,ia boleh menghalanginya dari syurga, sebagaimana dalam sebuah hadis Rasulullah ﷺ

لا يدخلُ الجنَّةَ من كان في قلبِه مثقالُ ذرَّةٍ من كِبرٍ 

"Tak akan masuk syurga sesiapa sahaja didalam hatinya mempunyai sifat kesombongan, walaupun sebesar biji sawi." (HR Muslim- Hadis daripada Abdullah Bin Mas’ud)

Nabi SAW memberikan perumpamaan yang paling kecil daripada bahaya sombong itu, walaupun sebesar biji sawi, tidak akan masuk syurga kata Nabi SAW.

Selasa, 21 Jun 2016

QURAN PENYEMBUH PENGHINDAR- BaCaLah


Mengapa membaca Al Qur'an itu sangat penting ? 

Menurut kajian yang dilakukan oleh Dr. Al Qadhi di Klinik Besar Florida, Amerika Syarikat telah membuktikan hanya dengan mendengar ayat suci Al Qur'an baik yang mengerti bahasa Arab atau tidak, dapat memberikan perubahan fisiologi yang sangat besar termasuklah menghindari diri dari pelbagai jenis penyakit.

Perkara ini juga dikuatkan lagi dengan penemuan Dr Muhammad Salim dari Universiti Boston.

Jadi mengapa di dalam Islam ketika  mengaji disarankan untuk bersuara yang mana sekurang-kurangnya didengari oleh telinga kita sendiri?

Berikut penjelasannya :
✅Setiap sel di dalam tubuh kita bergetar di dalam sebuah sistem yang saksama,
dan perubahan sekecil apapun dalam getaran ini akan menimbulkan potensi penyakit dipelbagai bahagian tubuh.

Maka sel-sel yang rosak ini harus digetarkan kembali untuk mengembalikan keseimbangannya hanya dengan suara.

Maka muncullah terapi suara yang ditemukan oleh Dr Alfred Tomatis dari Perancis.

Sementara itu Dr. Al Qadhi  juga menemukan bahwa membaca Al Qur'an dengan bersuara memberikan pengaruh yang luar biasa terhadap sel-sel otak untuk mengembalikan keseimbangannya.

✅Seterusnya kajian ini membuktikan sel cancer dapat dihancurkan dengan menggunakan frekuensi suara saja. Ini terbukti dengan hanya membaca Al Qur'an akan memberikan impak yang hebat dalam proses penyembuhan penyakit cancer

✅Virus dan kuman berhenti bergetar saat dibacakan ayat suci Al Qur'an dan disaat yang sama , sel-sel sehat menjadi aktif dengan mengembalikan keseimbangan yang terganggu tadi.
(QS Al Isra' : 82.)

Dan yang lebih menguatkan supaya diri sendiri yang membaca bagi penyembuhan diri adalah kerana

SUARA YANG PALING MEMILIKI PENGARUH KUAT TERHADAP SEL-SELTUBUH
ADALAH SUARA SI PEMILIK TUBUH ITU SENDIRI !(QS 7 :55, QS 17:10)

Mengapa solat berjamaah lebih di anjurkan?
Ini kerana ada doa yang dilantunkan dengan keras sehingga terdengar oleh telinga dan ini akan memgembalikan sistem yang rosak.

Mengapa Islam TIDAK menganjurkan mendengar LAGU HINGAR BINGAR ? Ini kerana telah dibuktikan bahawa getaran suara boleh MENJADIKAN TUBUH TIDAK SEIMBANG

Maka kesimpulannya :
1. Kurangkan mendengar muzik hingar bingar, dan gantikan dengan murotal yang terbukti memberikan efek penyembuhan.
2. Maka bacalah Al Qur'an , kerana efek suara kita sendirilah yang paling hebat dalam penyembuhan.

Selamat mengaji.Subhanallah

PeNCiNTa RaSuLuLLaH

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
      وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞


"Jika kamu mampu meninggalkan keperluan paling asas bagi kehidupan manusia (makan dan minum di Bulan Ramadhan), maka bagaimana kamu mengaku atau mengatakan bahawa kamu TIDAK dapat meninggalkan sesuatu perkara yang sebenarnya lebih penting bagi kehidupan melebihi makanan atau minuman? (iaitu perkara keburukkan yang menjauhkan dirimu dari Allah)"

                                                           -Habib Ali Zainal Abidin Abdurrahman Al-Jufri-

Isnin, 20 Jun 2016

PenCiNTA RasULuLLAH

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
      وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Siksaan terburuk di hari kiamat dan di neraka berasal dari rasa lapar dan haus. Orang yang berpuasa harus ingat bahawa puasa selama beberapa jam pada saat ini akan mencegah dirinya dari menjadi haus dan lapar pada hari kiamat"

-Al-Allamah Al-Musnid Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafidz-

Ahad, 19 Jun 2016

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
      وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞


"Tidak kira bagaimana keadaan anda, Allah tidak mengharapkan anda untuk jadi sempurna. Allah hanya mengharapkan kita untuk menjadi ikhlas dan berusaha. Keputusan adalah di "Tangan"-NYA.

Jika anda menunggu sehingga anda sempurna, sebelum anda keluar menolong orang lain. Maka anda tidak akan membantu sesiapapun kerana kesempurnaan itu adalah untuk ALLAH semata-mata"

-Al-Allamah Al-Musnid Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafidz-

PENCiNTA RASULULLAH

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
      وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Tidak kira bagaimana keadaan anda, Allah tidak mengharapkan anda untuk jadi sempurna. Allah hanya mengharapkan kita untuk menjadi ikhlas dan berusaha. Keputusan adalah di "Tangan"-NYA.

Jika anda menunggu sehingga anda sempurna, sebelum anda keluar menolong orang lain. Maka anda tidak akan membantu sesiapapun kerana kesempurnaan itu adalah untuk ALLAH semata-mata"

-Al-Allamah Al-Musnid Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafidz-

Muhasabah Diri dan Teruskan Berselawat

Ahad, 5 Jun 2016

TIPS UnTuK KHATAM AL-QUR'AN DI BULAN RAMADHAN



Datuk Dr. Zulkifli al-Bakri Group

*UNTUK SATU KALI KHATAM* : Baca 4 Halaman Seusai Solat 5 Waktu.
*UNTUK DUA KALI KHATAM* : Baca 8 Halaman Seusai Solat 5 Waktu.
*UNTUK TIGA KALI KHATAM* : Baca 12 Halaman Seusai Solat 5 Waktu.

#‎Sebarkan_kebaikan , Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam bersabda,*_"Barang siapa menunjukkan satu kebaikan, maka baginya pahala semisal orang yang mengikuti KEBAIKAN tersebut."_* (HR. Muslim, no. 1893)

QADHA’ ATAU FIDYAH PUASA
1. Sesiapa yang tertinggal puasa Ramadhan disebabkan musafir atau sakit, dia wajib mengqadha’nya sebelum tiba bulan Ramadhan yang berikutnya. Jika cuai dan tidak mengqadha’nya sehingga masuk bulan Ramadhan yang lain, dia berdosa dan wajib mengqadha’ puasanya serta membayar fidyah, iaitu memberi makan golongan fakir sehari secupak makanan kebiasaan penduduk negeri setempat, dan hendaklah menggandakan fidyah tersebut mengikut bilangan tahun yang dilangkauinya. Secupak bersamaan seraup atau 1 1/3 kati Baghdad, iaitu kira-kira 600 gram.

2. Kalau orang yang wajib membayar fidyah tersebut tidak mampu membayarnya kerana miskin, terhapus kewajipan membayar fidyah, seperti terhapusnya kewajipan membayar zakat fitrah. Pendapat ini yang disokong oleh Syeikh Ibn Hajar di dalam kitabnya, Tuhfah. Namun, menurut Syeikh Ramli dan juga Khatib al-Syarbini, tidak terhapus kewajipan membayar fidyah kerana miskin dan fidyah yang belum terbayar itu menjadi hutang.

3. Orang yang sakit berterusan hingga masuk bulan Ramadhan yang lain, dia wajib mengqadha’ puasanya sahaja tanpa membayar fidyah.

4. Orang yang meninggal dunia sebelum mampu mengqadha’ puasanya, tidak berdosa dan puasanya tidak perlu diganti disebabkan bukan kecuaiannya.

5. Sementara orang yang meninggal dunia sebelum mengqadha’ puasanya, sedangkan dia telah mampu melakukannya, walinya sunat berpuasa bagi pihaknya, menggantikan puasanya yang tertinggal. Yang dimaksudkan dengan wali berpuasa untuk si mati bagi puasa yang ditinggalkannya ialah kaum kerabat atau waris si mati sama ada yang berhak menerima pusaka atau tidak. Ini adalah pendapat Imam al-Nawawi yang terpilih dalam Tashih al-Tanbih.

6. Mengikut pendapat al-Syafie pada qaul yang baru, wajib mengambil harta daripada tarikahnya (pusaka) dengan setiap hari secupak daripada makanan asasi dan tidak sah puasa oleh walinya. Ini juga pendapat kebanyakan ulama, ahli hadis, Abi Thaur dan al-Auza’ie.

7. Sah puasa bagi pihak si mati oleh orang yang bukan daripada kalangan keluarganya apabila diizinkan oleh seorang daripada ahli keluarga tersebut. Sebaliknya, jika tidak diizinkan oleh ahli keluarga si mati atau tanpa wasiatnya, puasa tersebut tidak sah.

8. Jika tiada sesiapa yang menggantikan puasanya, hendaklah disedekahkan makanan bagi pihaknya sehari secupak yang wajib diambil daripada harta peninggalannya, sebagaimana penyelesaian hutang.

9. Orang yang sangat tua dan tidak berupaya berpuasa, wajib bersedekah setiap hari secupak makanan kebiasaan penduduk negerinya sebanyak hari yang dia tidak berpuasa dan tidak wajib ke atasnya dan ahli keluarganya selain daripada itu.

10. Begitu juga kepada orang sakit, yang tiada harapan untuk sembuh, harus berbuka dan wajib bersedekah secupak makanan kebiasaan penduduk negerinya bagi hari-hari yang dia tidak berpuasa, sebagaimana orang tua yang tidak terdaya berpuasa tersebut.

11. Perempuan yang mengandung dan yang menyusui bayi, berbuka sama ada kerana bimbangkan kesihatan dirinya atau kesihatan bayinya. Jika berbuka kerana bimbang akan kesihatan dirinya, maka dia wajib qadha’ sahaja sebelum tiba bulan Ramadhan yang berikutnya.

12. Jika berbuka kerana bimbang akan kesihatan kandungan, iaitu perempuan yang mengandung bimbang akan keguguran ataupun ibu yang menyusukan bayinya, bimbang akan susunya berkurangan dan menjejaskan kesihatan bayi tersebut, wajib mengqadha’ puasanya dan membayar fidyah secupak makanan kebiasaan penduduk negerinya bagi hari-hari yang mereka tidak berpuasa.

13. Begitu jugalah sesiapa yang berbuka kerana menyelamatkan orang yang dalam bahaya, maka dia wajib qadha’ puasanya dan memberi sedekah tersebut.

14. Qadha’ Ramadhan tidaklah wajib disegerakan, tetapi waktunya sebelum menjelangnya Ramadhan yang berikut. Ini kerana Sayidatina Aisyah R.Anha mengqadha’ puasa Ramadhan pada bulan Sya’ban.

15. Orang yang mati dan masih menanggung qadha’ puasa hendaklah walinya berpuasa untuknya mengikut pendapat yang terpilih di sisi Syafieyyah. Inilah pendapat Imam al-Nawawi berdasarkan kepada ahli Tahqiq. Walaupun begitu, boleh diberi makan kepada orang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkan dengan secupak makanan asasi negeri tersebut.

16. Adakah harus bersedekah untuk menggantikan puasanya yang ditinggalkan kerana sakit? Dr. Yusuf al-Qardhawi berkata: Pada pendapat kami, sakit itu terbahagi kepada dua:
Pertama: Sakit sementara yang ada harapan untuk sembuh. Hukumnya tidak harus membayar fidyah atau bersedekah. Ia wajib diqadha’ sahaja.
Kedua: Sakit yang lama dan tidak ada harapan untuk sembuh. Hukumnya seperti hukum ke atas lelaki dan wanita tua. Penyakit ini hendaklah disahkan oleh doktor yang pakar atau melalui pemeriksaan. Ia dikenakan fidyah. Mengikut sesetengah imam, seperti Abu Hanifah, harus kita membayar fidyah dengan duit kepada fakir miskin dan orang-orang yang memerlukannya.

17. Orang yang haidh dan nifas, haram dan tidak boleh berpuasa dan hendaklah baginya berbuka dan qadha’ pada hari yang mereka uzur itu.

18. Qadha’ puasa Ramadhan adalah wajib kecuali bagi yang tua dan sakit, yang tiada harapan sembuh, maka hendaklah diberi makan bagi setiap hari yang ditinggalkannya secupak makanan kepada orang miskin.

19. Petani tidak harus berbuka di siang hari dengan sebab pekerjaannya kecuali adanya syarat-syarat yang ketat, seperti kata Syeikh Ba Alawi.

20. Musafir yang mengharuskan untuk berbuka puasa ialah jarak yang melebihi 89 kilometer dan musafir tersebut sebelum terbitnya fajar, tetapi Mazhab Hanbali mengharuskan berbuka bagi yang musafir walaupun di siang hari. Mengikut Mazhab Syafie, menambah syarat yang lain orang yang musafir tersebut bukan sentiasa dalam perjalanan, seperti pemandu kecuali membawa kepada masyaqqah.

21. Mati membatalkan puasa dan hendaklah diberi makan atau diberi ganti oleh warisnya bagi puasa nazar dan kifarah sahaja.

22. Tafsiran hadis Nabi berkenaan dengan ikatan syaitan pada bulan Ramadhan ialah melemahkan kecergasannya berbanding dengan bulan yang lain. Syeikh Atiyah Saqr berkata: Walaupun begitu, di sana ada faktor lain yang mendorong ke arah dosa. Antaranya nafsu syahwat, begitu juga dengan perangai dan akhlak buruk yang sudah menjadi sebati pada diri seseorang.

Follow by Email