Ahad, 18 Mei 2014

DOA NABI ALLAH YUNUS


DOA INI AFDALNYA DIBACA 11 KALI KETIKA SUJUD SEBAIK SELESAI SALAM SOLAT FARDHU. KEMUDIAN MOHON DOA KEPADA ALLAH.

INSYA'ALLAH. TAWAKKAL... BUKANKAH ALLAH MAHA MENDENGAR LAGI MAHA MENGASIHANI.

DOA NABI YUNUS... memang AJAIB

Assalamualaikum,
Khasiat ayat ini kalau diamalkan, insyaallah segala kesulitan dapat diselesaikan dengan mudah sangat..saya memang rajin membaca ayat ni malah ianya juga menjauhkan kita dari terkena perbuatan sihir. sesiapa yg susah hati, terkena buatan atau sebarang penyakit sekalipun.

Amalkan ayat ini dan rajin-rajinlah membacanya pada setiap masa. Memang berkesan  (dengan isin Allah juga). Disebabkan saya tidak tahu banyak ayat-ayst syifa seperti ini, saya hanya menghafal ayat ini sahaja. Alhamdulillah..memang power ayat ni. Sangat-sangat ajaib.

Doa Nabi Allah Yunus semasa terperangkap di dalam perut Ikan Nun.

"LAA ILA HA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ DZALIMIIN"

(Surah Anbiyak)

http://blogtokwan.blogspot.com/2011/01/doa-nabi-allah-yunus.html

Pesanan Pejuang


Andai diumpamakan Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka aku akan berjalan ke seluruh dunia bagi mencari jiwa jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramainya bilangan mereka. Tetapi aku ingin hati hati yang ikhlas untuk membantu dan bersamaku membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah.
- Hassan Al Banna -

KEUTAMAAN BERSEDEQAH - Us. Zaharuddin

Gambar hiasan sahaja
KEUNTUNGAN 'MEMBERI'
  1. Ketinggian martabat dan darjat pemberi sedeqah.
  2. Memadamkan kemarahan Allah Taala.
  3. Memberi perlindungan kepada pemberinya dari bala dan kesusahan.
  4. Penawar kepada kebanyakan penyakit rohani/hati.
  5. Besarnya ganjaran dan pahalanya berlipat ganda
  6. Menghapuskan kesalahan dan menebus dosa
  7. Sedeqah membawa keberkatan kepada harta dan menambahkan rezeqi.
  8. Pencegah dari azab dan jalan memasuki syurga.
  9. Bukti kebenaran iman.
  10. Menanggalkan sifat buruk dan menghiasinya dengan sifat tepuji.
  11. Pintu segala amalan kebaikan.
  12. Berada di bawah naungan sedeqahnya pada hari qiamat.

BENTUK SEDEQAH YANG TERBAIK
  1. Sedeqah yang disembunyikan.
  2. Amalan sedeqah ketika sihat dan kuat lebih baik dari wasiat selepas kematian atau ketika sakit dan nazak. 
  3. Amalan sedeqah yang dilakukan selepas menunaikan amalan wajib
  4. Sedeqah kepada kaum kerabat, khususnya yang yatim dan yang kita tidak rapat atau kita kurang suka.
  5. Pemberian sedeqah kepada jiran tetangga
  6. Sedeqah yang diberikan kepada rakan sejawat/seperjuangan dan kawan yang berjuang di jalan Allah.
  7. Sedeqah di jalan jihad pada jalan Allah sama ada jihad menentang orang kafir mahupun orang munafiq. 
  8. Sedeqah jariah/ sedeqah yang berterusan.
  9. Pada waktu yang tepat dan terpilih
Petikan Rakan FB Raudzah Hussain

Sabtu, 17 Mei 2014

KISAH DOA TERMAKBUL.


KISAH SEORANG ABANG DAN ADIK. 

KEDUA-DUANYA ANAK YATIM MISKIN.

Mereka menginap di rumah pusaka peninggalan. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba Allah yang soleh. Si abang, saban hari berdoa agar Allah mengubah nasib hidupnya. Dia meminta dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dan meminta kepada Allah agar dirinya kaya raya hidup mewah.


Si adik pula, buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas dan terinsut-insut membaca. Sebelum bapanya meninggal, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.

Dipendekkan Cerita. Akhirnya Allaha mempertemukan seorang wanita yang cantik lagi kaya dengan abangnya. Lantas mereka berkahwin. Si abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka dan meninggalkan adiknya. 
Si abang hidup kaya raya, malah bertambah-tambah kekayaannya apabila menceburkan diri dalam perniagaan. Dia sudah mula alpa terhadap Allah, melewat-lewatkan solat, jarang membaca Al-Quran. sebaliknya tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada Alah.

Berbondong-bondong doanya meminta kekayaana dunia daripada Allah.
Dan ajaibnya, Allah memberi apa yang diminta menyebabkan si abang rasa dirinya istimewa.

Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia maish seorang yang hidup sederhana dengan keadaannya yang buta huruf itu, dia hanya mendapat kerjaya sederhana sahaja.
Terus menjaga rumah pusaka peninggalan bapanya.
 Si adik juga rajin berdoa. Si abang tahu, bahawa adiknya rajin berdoa.

Tetapi si abang melihat, hirup adiknya tidak juga berubah. Sehinggalah pada suatu hari, si abang datang menziarahi adiknya. Dengan sombong si abang berkata kepada adiknya "Kau kena berdoa kuat lagi, tenguk aku, berdoa sahaja Allah kabulkan. Kau ini tak cukup hampir dengan Allah nie. Bordoa pun masih tenguk-tenguk kertas, Tak cukup hebat!".

Si adik tersenyum sahaja. Teguran abang amat bermakna. Kehidupan si adik terus sederhana, di rumah pusaka dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abangnya.

Ditakdirkan, si adik meninggal dunia. Ketika si abang mengemas-gemas rumah pusakan tersebut, dia menjumpai sekeping kertas. Kertas yang sering dipegang adiknya ketika berdoa. Si abang menangis teresak-esak tatkala membaca kertas kecil tersebut. Kertas yang tertulis " Ya Allah, makbulkanlah segala doa abangku". Masyaallah .....kebesaran Illahi. Si abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada Allah dan tidak meringan-ringankan urusan kewajipannya kepada Allah swt. Adiknya sedikit pun tidak meminta dunia kepada Allah, malah tidak pernah meminta apa-apa pun untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa abangnya dimakbulkan. Si abang tidak pernah sedikit pun mendoakan adiknya.
Si abang mula tersedar, rupa-rupanya bukan doanya yang dimakbulkan, tetapi doa adiknya telah diterima dan dimakbulkan oleh Allah swt.


CERITA INI MERUNTUN HATI SAYA,DAN BUAT SAYA SENTIASA BERFIKIR PANJANG. KADANG-KADANG KITA, BILA ALLAH REALISASIKAN HAJAT KITA, 

KITA SUKA MENGIMBAU USAHA-USAHA KITA. "AKU BUAT BEGINILAH YANG JADI BEGINI." "DOA AKU MAKBUL!""AKU NI MEMANG ALLAH SAYANG. TENGOK, SEMUA BENDA ALLAH BAGI. AKU MINTA JE PUN."TANPA SEDAR KITA BONGKAK. TAKABBUR.

SEDANGKAN, KITA TAK TAHU, MUNGKIN YANG MAKBUL ITU ADALAH DOA IBU BAPA KITA, DOA ADIK BERADIK KITA,DOA SAHABAT-SAHABAT KITA. BUKANNYA DOA KITA. CERITA ITU SANGAT MENYENTUH HATI SAYA.

MEMBUATKAN SETIAP KALI SAYA BERDOA, 

SAYA TIDAK LUPA MENDOAKAN IBU BAPA SAYA, 

GURU-GURU SAYA, KELUARGA SAYA, ADIK BERADIK SAYA, SAHABAT-SAHABAT KARIB SAYA, YANG TERAMAT AKRAB.

SAYA SEBUTKAN NAMANYA AGAR LEBIH MERASAI BAHAWA SAYA MEMERLUKAN MEREKA MENDOAKAN SAYA JUGA.

KITA INI BANYAK DOSA. TERHIJAB. MUNGKIN DOA ORANG LAIN YANG LEBIH BERSIH HATINYA, LEBIH SUCI JIWANYA YANG MAKBUL,  

MENYEBABKAN RAHMAT ALLAH TUMPAH PADA DIRI KITA. 

SEBAB ITU JANGANLAH BERLAGAK. JANGAN TINGGI DIRI. JANGAN RASA DOA KITALAH YANG MAKBUL.

PULANGKAN SEMUANYA KEPADA ALLAH. DOA ITU SEBAHAGIAN DARIPADA USAHA SAHAJA SEBENARNYA. 

DAN JANGAN RASA SEGAN MEMINTA ORANG LAIN MENDOAKAN KITA. 

SEMOGA ALLAH REDHA DENGAN KITA. 

AAMIIN. KONGSI ILMU 
👍 renung2kan..Petikan dari rakan wassap

Rabu, 14 Mei 2014

TiAdA PeRaSaaN beRsALaH TiNGGaLkAn SOLAT!

Tiada perasaan bersalah tinggalkan solat - by epondok 

Melihat fenomena zaman kini, begitu ramai orang yang bukan hanya daripada kalangan muda, tetapi juga sudah berumur di negara Muslim yang mengabaikan solat. Adakah masih ada pada zaman moden ini orang yang bersedih hati dan menangis melihat anak serta keluarga tidak solat?

Anas bin Malik ialah sahabat Rasulullah SAW yang terakhir wafat. Beliau mempunyai usia yang panjang (99 tahun) sehingga mengetahui ada orang mengabaikan solat selepas sekian lama Rasulullah SAW wafat.
Az-Zuhri berkata, “Saya datang kepada Anas bin Malik di Damsyik, kebetulan beliau sedang menangis. Lalu saya bertanya: Mengapa engkau menangis? Dia menjawab: Aku tidak tahu apa lagi amal yang aku dapati pada zaman Nabi Muhammad yang masih diambil berat orang sekarang selain solat itu pun sudah disia-siakan mereka.”

Ibu bapa tak hirau anak abai solat

Kenyataannya, apa yang berlaku dalam kebanyakan masyarakat kini bukan hanya sekadar tidak peduli, bersedih dan menangis, malah mereka (ibu bapa) tidak menghiraukan anak membiarkan waktu solat berlalu begitu saja tanpa melaksanakannya.

Daripada Abu Sa’id al-Khudri, Rasulullah SAW bersabda: “Akan datang satu generasi sesudah 60 tahun, mereka melalaikan solat dan menurut hawa nafsu, maka orang ini akan menemui kecelakaan dan kerugian. Kemudian datang lagi satu generasi, mereka membaca al-Quran, tetapi hanya di mulut saja (tidak masuk ke hati), dan semua membaca al-Quran, orang Mukmin, munafik, jahat dan fasik (tidak dapat lagi dibezakan mana orang mukmin sejati dan mana orang yang berpura-pura beriman).” (Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan al-Hakim).

http://epondok.wordpress.com/2014/05/15/tiada-perasaan-bersalah-tinggalkan-solat/

HADIAH TERBAIK


Hadiah tidak semestinya sesuatu yg berupakan wang ringgit atau harta benda. Banyak cara untuk kita menghadiahkan sesuatu kepada orang tersayang tanpa perlu membelanjakan wang:

 Hadiah terbaik untuk seorang sahabat adalah doa
 Hadiah terbaik untuk seorang musuh adalah kemaafan
 Hadiah terbaik untuk seorang guru adalah kejayaan
 Hadiah terbaik untuk murid adalah tauladan
 Hadiah terbaik untuk sebuah kehidupan adalah kasih sayang
 Hadiah terbaik untuk sebuah kematian adalah al-Fatihah
 Hadiah terbaik untuk ibu bapa adalah kebaktian
 Hadiah terbaik untuk isteri adalah penghargaan
 Hadiah terbaik untuk suami adalah kesetiaan
 Hadiah terbaik untuk anak adalah pendidikan
 Hadiah terbaik untuk diri sendiri adalah kejujuran
 Hadiah terbaik untuk orang yang tak dikenali adalah senyuman
 Hadiah terbaik untuk Rasulullah adalah selawat
 Hadiah terbaik untuk Allah SWT adalah ketaqwaan

Sentiasalah bermurah hati utk menghadiahkan sesuatu kepada insan sekeliling kita kerana pemberian anda hari ini adalah ganjaran untuk hari esok.

Selasa, 13 Mei 2014

Uwais al-Qarni?

Gambar hiasan
Tahukah kamu siapakah Uwais al-Qarni?

Uwais al-Qarni merupakan pemuda yang disebut-sebut namanya oleh Rasullulah saw kepada para sahabat baginda.

Rasullulah saw pernah berpesan kepada Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra bahawa akan lahir di kalangan tabiin seorang yang sangat makbul doa yang akan lahir di zaman kamu (zaman selepas kewafatan Rasullulah saw).

Tujuan Rasullulah saw menyuruh Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra mencari Uwais al-Qarni tidak lain ialah meminta Uwais al-Qarni berdoa kepada Allah supaya mengampunkan dosa-dosa sahabat (Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra).

Marilah kita lihat apa istimewanya Uwais al-Qarni sehingga Rasullulah saw meminta sahabat mencari dan meminta doa darinya.

Memang benarlah kata-kata Rasulullah S.A.W, Uwais al-Qarni akhirnya muncul di zaman Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra. Kedua-dua mereka yang memang menunggu dan mencari kabilah-kabilah yang datang dari Yaman ke Madinah, akhirnya bertemu juga dengan Uwais al-Qarni. Pada pandangan mata kasar mereka, tidak mungkin dia adalah orang yang Rasulullah saw sebut-sebutkan ini kerana, Uwais Al-Qarni dianggap sebagai seorang yang kurang waras di kalangan orang awam atau penduduk setempat.

Uwais Al-Qarni adalah seorang yang berpenyakit sopak di seluruh tubuh badannya, yakni sejenis penyakit kulit yang tidak digemari ramai. Walaupun begitu, beliau adalah seorang yang soleh yang amat mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Beliau begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa beliau meninggal dunia ketika beliau masih kecil lagi. Beliau berpenyakit sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaganya sampai beliau dewasa.

Suatu hari ibunya memberitahu kepada Uwais Al-Qarni bahawa dia ingin sekali untuk mengerjakan ibadat haji. di Mekah. Ibunya menyuruh Uwais Al-Darni supaya berikhtiar agar beliau dapat membawanya ke Mekah untuk menunaikan haji. Sebagai seorang yang miskin, Uwais Al-Qarni tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang pergi menunaikan haji dari Yaman ke Mekah perlu menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang di atasnya ‘Haudat’. Haudat ialah sebuah rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi diri daripada cuaca panas matahari dan hujan.

Uwais tidak mampu menyediakan perbelanjaan untuk ibunya pergi mengerjakan haji apatah lagi untuk memiliki unta.

Namun atas permintaan ibunya yang sangat Uwais kasihi. Uwais Al-Qarni mendapat suatu ilham. Beliau membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan sudah habis menyusu. Beliau membuat sebuah rumah di atas ‘Tilal’ (tanah tinggi). Rumah untuk lembu itu dibina di atas bukit, apa yang beliau lakukan ialah pada petang hari beliau akan mendukung anak lembu untuk naik ke atas Tilal. Pagi esoknya beliau akan mendukung lembu itu turun dari Tilal tersebut untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia memberi lembu itu makan. Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang mengatakan beliau kurang waras.

Memang pelik, membuatkan rumah untuk lembu di atas bukit, kemudian setiap hari mengusung lembu, petang dibawa naik, pagi dibawa turun bukit.

Namun sebenarnya jika dilihat di sebaliknya, Uwais al-Qarni seorang yang bijak. Lembu yang asalnya hanya 20kg, selepas 6 bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot tangan dan badan Uwais Al-Qarni pula menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit setiap hari.

Selepas 8 bulan, apabila sampai musim haji. Rupa-rupanya perbuatannya selama ini adalah satu persediaan untuk beliau membawa ibunya mengerjakan haji. Beliau telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekah dengan kedua tangannya. Di belakangnya beliau meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang lebih ringan. Beliau membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Uwais juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.

Setelah pulang semula ke Yaman, ibunya bertanya:

“Uwais, apa yang kamu doakan sepanjang kamu berada di Mekah?”

Uwais Al-Qarni menjawab:

“Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”.

Ibunya bertanya lagi:

“Bagaimana pula dengan dosa kamu?”

Uwais Al-Qarni menjawab:

“Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga. Cukuplah ibu redha dengan saya, maka saya juga masuk syurga.”

Ibunya berkata lagi:

“Ibu inginkan supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini.”

Uwais Al-Qarni berkata:

“Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah Ta’ala.”

Ibunya menambah:

“Kalau ingin masuk ke syurga, mesti taat kepada perintah ibu. Ibu perintahkan engkau berdoa.”

Akhirnya Uwais Al-Qarni tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Beliau lalu berdoa seperti yang diminta oleh ibunya supaya Allah menyembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu.

Allah SWT lalu menyembuhkan serta merta, hilang putih sopak di seluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling di tengkuknya. Tanda tompok putih kekal pada Uwais Al-Qarni kerana permintaannya, kerana sopak ini adalah satu anugerah, maka inilah tanda pengenalan yang disebut Rasulullah saw kepada Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra:

“Tandanya kamu nampak di belakangnya ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu, dialah Uwais al-Qarni.”

Tidak lama kemudian, ibunya meninggal dunia. Beliau telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu beliau telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya di sisi Allah. Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra dapat berjumpa dengan Uwais Al-Qarni dan seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah S.A.W, mereka meminta supaya beliau berdoa agar Allah SWT berkenan mengampuni semua dosa-dosa mereka berdua.

Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Saidina Umar dan Saidina Ali, beliau berkata:

“Aku ini datang dari Yaman ke Madinah kerana aku ingin menunaikan wasiat Rasulullah S.A.W kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku.”

Maka Uwais Al-Qarni pun telah mendoakan untuk mereka berdua.

Setelah itu Saidina Umar, yang ketika itu memegang jawatan Khalifah, saidina umar mahu membuat surat kepada Gabenor Kufah supaya melayan Uwais Al-Qarni dengan layanan yang istimewa. Namun begitu ditolak dengan baik oleh Uwais Al-Qarni.

Lalu Uwais Al-Qarni menjawab dengan lembut :

“Berada di tengah-tengah orang ramai sehingga tidak dikenali lebih aku sukai.”

Diriwayatkan semasa kewafatan beliau, terlalu ramai “orang” yang menyempurnakan jenazah beliau. Daripada urusan memandikan sehinggalah dibawa ke liang lahad. Agak menghairankan kerana pada masa hidup beliau tiada orang yang memperdulikan beliau yang miskin. Malah ada yang menganggap beliau seorang yang gila. Siapakah “orang-orang” tersebut. Mereka itu adalah penduduk-penduduk langit yang terdiri daripada malaikat-malaikat.

Demikianlah kisah Uwais Al-Qarni yang amat taat dan kasih kepada ibunya. Seorang Wali Allah yang tidak terkenal di bumi, tetapi amat terkenal di langit. Wallahua’lam.

KISAH KAROMAH SYEIKH NAWAWI

Kisah Syeikh Nawawi Diarak Keliling Ka`Bah Kemasyhuran dan nama besar Syeikh Nawawi al-Bantani kiranya sudah tidak perlu diragukan lagi. Mel...