Sabtu, 31 Oktober 2020

Quran Surat Az-Zukhruf Ayat 36

 وَمَن يَعْشُ عَن ذِكْرِ ٱلرَّحْمَٰنِ نُقَيِّضْ لَهُۥ شَيْطَٰنًا فَهُوَ لَهُۥ قَرِينٌ

Arab-Latin: Wa may ya'syu 'an żikrir-raḥmāni nuqayyiḍ lahụ syaiṭānan fa huwa lahụ qarīn

Terjemah Erti: Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al Quran), kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya.

Tafsir Quran Surat Az-Zukhruf Ayat 36. Orang yang memandang Al-Qur`ān dengan pandangan tidak profesional maka itu mengantarkannya pada sikap berpaling dari Al-Qur`ān, dia akan dihukum dengan penguasaan syaitan terhadap dirinya yang senantiasa menambahkan kesesatan padanya.

Tafsir Al-Mukhtashar / Markaz Tafsir Riyadh, di bawah pengawasan Syaikh Dr. Shalih bin Abdullah bin Humaid (Imam Masjidil Haram). Dan barang siapa yang berpaling dari mengingat Allah yang Maha Pengasih iaitu al-qur’an, sehingga tidak takut hukumanNya dan tidak mengambil petunjukNya, maka Kami mengirimkan syaitan kepadanya di dunia yang menyesatkannya sebagai balasan kepadanya kerana dia berpaling dari dzikrullah tersebut, syaitan tersebut menjadi rakan akrabnya yang menghalang-halanginya melakukan yang halal dan mendorongnya melakukan yang haram.

Tafsir Al-Muyassar / Kementerian Agama Saudi Arabia 36-39. Barangsiapa yang berpaling dan lalai dari al-Qur’an dan menyembah Allah, maka Kami akan menjadikan baginya syaitan yang menyesatkannya sehingga dia tidak dapat terlepas dari keraguan; syaitan itu akan selalu bersamanya.

Sungguh syaitan dari golongan jin dan manusia akan selalu menghalangi orang-orang kafir yang sesat dari petunjuk, dengan cara menghiasi bagi mereka jalan kesesatan; sehingga mereka menganggap diri mereka di atas jalan petunjuk, hingga ketika orang kafir datang pada hari kiamat bersama syaitan yang senantiasa menyertainya untuk menjalani hisab, orang itu menyesal dan berteriak: “Andai saja antara diriku dan dirimu terdapat jarak antara timur dan barat; sungguh kamu adalah seburuk-buruk teman.” Akan tetapi kebersamaan kalian dengan para teman dan kekasih kalian pada hari kiamat dalam azab tidak akan membawa manfaat bagi kalian, kerana kalian tidak akan saling menghibur. Dan azab tidak akan dibahagi-bahagi di antara kalian sehingga azab itu menjadi lebih ringan kerana kezaliman dan kekafiran yang kalian lakukan bersama.

Tafsir Al-Madinah Al-Munawwarah / Markaz Ta'dzhim al-Qur'an di bawah pengawasan Syaikh Prof. Dr. Imad Zuhair Hafidz, professor fakulti al-Qur'an Universiti Islam Madinah 36. وَمَن يَعْشُ عَن ذِكْرِ الرَّحْمٰنِ (Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah) Yakni barangsiapa yang gelap penglihatannya sehingga tidak mengetahui hak Tuhannya. Makna (الأعشى) yakni orang yang tidak dapat melihat di malam hari namun dapat melihat di siang hari. نُقَيِّضْ لَهُۥ شَيْطٰنًا (kami adakan baginya syaitan) Yakni Kami siapkan baginya syaitan.

Dan pendapat selain dari pendapat ini. Ibnu Abi Hatim meriwayatkan bahawa kaum Quraisy berkata: utuslah bagi setiap sahabat Muhammad seseorang yang dapat menariknya. Maka mereka menyiapkan Thalhah bin Ubaidullah bagi Abu Bakar, kemudian Thalhah mendatanginya saat berada di sekumpulan kaum.

Maka Abu Bakar bertanya kepadanya: “ke mana kalian akan mengajakku?” Thalhah menjawab: “Aku mengajakmu untuk menyembah Laata dan ‘Uzza.” Abu Bakar kembali bertanya: “Apa itu Laata?” Thalhah menjawab: “dia adalah termasuk anak-anak laki-laki Allah.” Abu Bakar berkata: “Dan apa itu ‘Uzza?” Thalhah berkata: “dia adalah termasuk anak-anak perempuan Allah.”

Abu Bakar berkata: “Lalu siapa ibu mereka?” Maka Thalhah berkata kepada kaumnya: “Jawablah pertanyaan lelaki ini.” Namun mereka semua terdiam. Maka Thalhah berkata: “Berdirilah hai Abu Bakar, sungguh aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah Rasulullah.”

Maka turunlah ayat ini. فَهُوَ لَهُۥ قَرِينٌ (maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya) Sehingga syaitan selalu menyertainya ke manapun dia pergi, dan ia mengikuti syaitan dalam segala urusanya, dan mentaati segala yang syaitan bisikkan kepadanya.

Zubdatut Tafsir Min Fathil Qadir / Syaikh Dr. Muhammad Sulaiman Al Asyqar, mudarris tafsir Universitas Islam Madinah 36. Barangsiapa berpaling dari Alquran maka akan kami biarkan dan kami persilakan setan untuk menyesatkannya dan menjadi teman karibnya, yang akan menyesatkan segala urusannya.

Ayat ini turun untuk para kafir Qurays yang menyembah berhala

Tafsir Al-Wajiz / Syaikh Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaili, pakar fiqih dan tafsir negeri Suriah (Barang siapa yang berpaling) iaitu memalingkan diri (dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah) dari Alquran (Kami adakan) Kami jadikan (baginya syaitan, maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya) yakni tidak pernah berpisah darinya.

An-Nafahat Al-Makkiyah / Syaikh Muhammad bin Shalih asy-Syawi Allah Subhaanahu wa Ta'aala memberitahukan tentang hukuman-Nya yang besar bagi orang yang berpaling dari peringatan-Nya. Iaitu Al Qur’anul Karim yang merupakan rahmat terbesar yang Dia berikan kepada hamba-hamba-Nya.

Barang siapa yang menerimanya, maka ia telah menerima pemberian terbaik, berhasil memperoleh harapan yang paling besar, dan barang siapa yang berpaling darinya dan menolaknya, maka ia telah rugi dengan kerugian yang tidak ada lagi kebahagiaan setelahnya, dan Allah Yang Maha Pengasih akan menyerahkan untuknya syaitan yang durhaka sebagai kawannya yang menemani, yang menjanjikan dan membuatnya berangan-angan serta mendorongnya berbuat maksiat.

Hidayatul Insan bi Tafsiril Qur'an / Ustadz Marwan Hadidi bin Musa, M.Pd.I Dan barang siapa berpaling dari pengajaran Allah yang maha pengasih, iaitu tidak memperhatikan apa yang terkandung di dalam Al-Qur'an, kami biarkan syaitan menyesatkan dan mengendalikannya serta menjadi teman karibnya yang selalu menyertai, mendampingi, dan mendorongnya melakukan kedurhakaan. 37. Dan sesungguhnya mereka, yakni syaitan- syaitan yang menjadi temannya itu benar-benar menghalang-halangi mereka dari jalan yang benar sehingga mereka tidak mampu melakukan kebaikan, sedang mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk dari apa yang ditunjukkan syaitan itu.

Tafsir Ringkas Kementerian Agama RI Related: Quran Surat Az-Zukhruf Ayat 37 Arab-Latin, Quran Surat Az-Zukhruf Ayat 38 Bahasa Indonesia, Terjemah Arti Quran Surat Az-Zukhruf Ayat 39, Terjemahan Tafsir Quran Surat Az-Zukhruf Ayat 40, Isi Kandungan Quran Surat Az-Zukhruf Ayat 41, Makna Quran Surat Az-Zukhruf Ayat 42 Category: Surat Az-Zukhruf

Referensi: https://tafsirweb.com/9232-quran-surat-az-zukhruf-ayat-36.html

Sabtu, 24 Oktober 2020

42 KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS JUNJUNGAN KITA NABI MUHAMMAD SAW

Al-Sheikh Abdul Qadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisasirruhu telah menjelaskan di dalam kitabnya Al-Safinah al-Qadiriyah tentang kelebihan kita umat Islam untuk berselawat ke atas Rasulullah SAW.

Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata “Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW itu mempunyai 42 kelebihan. Perkara ini tertulis dalam kitabnya Hadaiq Al-Anwar”
1. Dapat melaksanakan perintah-perintah Allah s.w.t.
2. Bersamaan dengan selawat Allah s.w.t. kepada Rasulullah s.a.w.
3. Mendapat ganjaran 10 x selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan selawat daripada Allah s.w.t. bererti rahmat.
4. Bersamaan dengan selawat para malaikat.
5. Dikurniakan oleh Allah s.w.t. 10 x dari darjat atas setiap satu-satu selawat.
6. Dituliskan oleh malaikat 10 x kebaikan atas setiap selawat.
7. Dihapuskan oleh Allah s.w.t. 10 x kejahatan atas setiap selawat.
8. Segala doa akan diperkenankan oleh Allah s.w.t.
9. Mendapat syafaat dprd Rasulullah s.a.w.
10. Mendapat keampunan Allah s.w.t. dan akan ditutup segala keaiban.
11. Allah s.w.t. akan menutupi segala dukacita.
12. Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.
13. Mendapat darjat al-sidq.
14. Ditunaikan segala hajat.
15. Selamat sejahtera pada hari kiamat.
16. Allah s.w.t dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat.
17. Mendapat khabar gembira daripada Allah s.w.t. dengan balasan syurga.
18. Selamat sejahtera pada huru-hara hari kiamat.
19. Rasulullah s.a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan.
20. Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa.
21. Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.
22. Tidak akan merasai fakir.
23. Terpelihara dari dihinggapi sifat bakhil.
24. Mendapat kesejahteraaan drpd doa Rasulullah s.a.w.
25. Selawat akan menjemput setiap pengucapnya ke jalan syurga.
26. Menjauhkan seseorg itu drpd terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan rasulNya atau drpd majlis-majlis lagha.
27. Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah s.w.t. apabila disebut “Alhamdulillahirabbil’alamin” di dalam doa, maka akan disambut selepas itu dengan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
28. Selamat melintasi titisan sirat al-mustaqim pada hari kiamat.
29. Terpelihara drpd sifat kasar dan gelojoh.
30. Disambut oleh Allah s.w.t. pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.
31. Mendapat keberkatan Alalh.
32. Mendapat kesempurnaan iman.
33. Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.
34. Mendapat hidayah daripada Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah s.w.t.
35. Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung.
36. Teguh pendirian dengan kebenaran.
37. Berselawat bererti kita menunaikan sebahagian daripada hak-hak Rasulullah s.a.w. ke atas diri kita. Di samping itu ia dianggap mensyukuri nikmat Allah s.w.t. yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.
38. Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengiktiraf segala nikmat yang dikurnikan oleh Allah s.w.t.
39. Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah s.w.t.
40. Berselawat bereti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah s.w.t. ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri.
41. Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. dalam jiwanya.
42. Dikurniakan oleh Allah s.w.t. maqam seorang Syeikh dan Murabbi.
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.
Berkata Jibril A.S.: "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."
Berkata pula Mikail A.S.: "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."
Berkata pula Israfil A.S.:"Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."
Malaikat Izrail A.S pula berkata: "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi."

Ahad, 4 Oktober 2020

KEPENTiNGAN ILMU AGAMA -MENURUT IMAM GHAZALi

 Kepentingan ilmu agama dalam kaitannya dengan tasawuf dilihat dari dua sebab:

PERTAMA: Sebab amal,ibadah yang benar ialah yang selari dengan ketentuan-ketentuan syariat ini WAjiB dipelajari dan diketahui. Kemudian kewajipan menuntut ilmu syariat ini memiliki tingkatan masing-masing.

-          ADA beberapa antara ilmu MESTi didahulukan daripada yang lainnya. Seperti Ilmu Tauhid, kewajipan mempelajarinya mesti didahulukan di atas seluruh ilmu.

-          Oleh sebab itu, seseorang yang hendak mempelajari ilmu tasawuf, pertama-tama mesti memiliki akidah yang lurus, mengetahui siapa yang ia sembah, bagaimana menyembah-Nya, mengetahui sifat-sifat wajib atas-Nya, perkara-perkara yang mustahil atas-Nya, dan perkara-perkara yang ja’iz bagi-Nya. Pengetahuan ini penting kerana jika keyakinan seseorang rosak dan tidak mengetahui tauhid yang benar, maka seluruh  amal ibadah yang dilakukannya menjadi sia-sia belaka.

KEDUA: Sebab ilmu yang bermanfaat dapat melahirkan rasa takut kepada Allah. Perasaan takut ini kemudian akan melahirkan sikap taat kepada Allah dengan melakukan setiap perintah-Nya dan menghindari berbagai-bagai perbuatan maksiat kepada-Nya.

Jumaat, 2 Oktober 2020

Tasawuf Menurut Imam al-Junaid al-Baghdadi

Tasawuf ialah sebuah nama yang mengandungi sepuluh pokok ajaran,

Pertama; Menyedikitkan benda-benda duniawi dan tidak memperbanyaknya,

Kedua; Berserah diri kepada Allah

Ketiga; Cinta kepada ketaatan dengan mengerjakan segala hal yang disunahkan

Keempat; Sabar daripada kehilangan dunia dengan tidak mengeluh dan meminta-minta

Kelima; Memilih-milih sesuatu ketika hendak mengambil atau mengerjakannya

Keenam; Hanya sibuk dengan Allah daripada segala apa pun

Ketujuh; Banyak melakukan zikir khafy

Kelapan; Ikhlas dalam segala perbuatan hanya kerana Allah sahaja

Kesembilan; Keyakinan yang kuat

Kesepuluh; Tenang dengan ALlah ketika kedatangan rasa gelisah dan dalam keterasingan

Sumber:Indahnya Tasawuf dan Hidup Sufi

TANDA TANDA MENCINTAI NABI

 Al-'Allamah Hadratus Syaikh Hasyim Asy'ari (pendiri Nahdatul Ulama di Indonesia, wafat 25 Julai 1947) di dalam kitab beliau berjudul an-Nur al-Mubin. Menyatakan (Tanda-tanda) Mencintai Nabi ﷺ

Hadratusy Syaikh menulis: Menyintai Nabi ﷺ ada tanda-tandanya.

Barangsiapa yang dzahir pada dirinya tanda-tanda tersebut, adalah ia benar-benar mencintai Nabi ﷺ. Dan sekiranya tidak, maka cintanya hanya perkataan semata.

Tanda-tanda tersebut adalah:

• meneladani Baginda ﷺ samada dalam percakapan, perbuatan dan ahwal, zahir dan batinnya.

• mengamalkan sunnah-sunnah Baginda ﷺ, mematuhi perintahnya dan menjauhi larangannya, berusaha beradab dengan adab Baginda ﷺ, dalam semua keadaan, baik di kala susah, maupun senang, di kala cergas mahupun malas.

• mengutamakan apa yang telah di syariatkannya dan yang di galakkannya untuk dilakukan daripada mengikuti hawa nafsu dan syahwat.

• banyak menyebutnya yakni bersalawat ke atas Baginda ﷺ, sebab orang yang mencintai sesuatu, banyak atau sering menyebutnya dengan perasaan rindu kepada yang dicintainya, mengagungkannya, memuliakannya dan menzahirkan kekhusyu’kan dan rendah diri ketika mendengar nama Baginda  ﷺ disebut.

• rindu untuk bertemu dgn Baginda ﷺ, kerana sesungguhnya setiap kekasih ingin bertemu dengan yang dikasihinya.

• mencintai mereka yang dicintai oleh Baginda  ﷺ, iaitu yang punya hubungan dengan Baginda ﷺ seperti ahli bait Baginda  ﷺ, para shahabat Baginda  ﷺ dari kalangan Muhajirin dan Anshar.

• membenci orang-orang yang dibenci oleh Allah dan RasulNya, memusuhi orang yang memusuhinya, menjauhi orang yang menyimpang dari sunnahnya serta berkeberatan terhadap orang yang menyimpang dari sunnahnya.

• mencintai al-Quran yang diturunkan kepada Baginda ﷺ.  Mencintai al-Quran bererti membaca, memahami dan mengamalkan segala tuntutan-tuntutannya di dalam mengatur kehidupan kita dan seterusnya memperjuangkannya.

• mencintai sunnahnya serta memperhatikan dan memahami hukum-hakamnya. 

Sahal bin ‘Abdullah at-Tusturi berkata: Tanda-tanda mencintai Allah adalah mencintai al-Quran dan mencintai Nabi ﷺ

Tanda-tanda mencintai Nabi ﷺ adalah mencintai sunnahnya. 

Tanda-tanda mencintai sunnahnya adalah membenci dunia. 

Tanda-tanda membenci dunia adalah enggan mengambilnya melainkan untuk bekalan menuju kampung akhirat. 

Belas kasihan (bersikap lemah lembut dan mengasihi) terhadap ummatnya, memberi nasihat kepada mereka tanpa jemu, berusaha memberi kemaslahatan dan menghindarkan mereka daripada marabahaya.

Demikian sedikit sedutan dari kitab yang di sebutkan. Semoga kita menjadi umat yang benar-benar mencintai Rasulullah ﷺ dan Rasulullah ﷺ juga mencintai kita. 

Dari Telegram https://telegram.me/pencintarasulallah

SIFAT KEMURAHAN ALLAH

D i antara nama dan sifat Allah SWT adalah “Rahman”, “Rahim”, "Hannan", "Mannan", "Kareem" yang menunjukkan pa...