Ahad, 30 Jun 2013

21 Kunci Kejayaan Dunia dan Akhirat

21 Kunci Kejayaan Dunia dan Akhirat
Gambar hiasan aje

اعرفي المفتاح أولا.
من أعظم أبواب العلم: معرفة مفاتيح الخير والشر، قال ابن القيم رحمه الله: وقد جعل الله سبحانه لكل مطلوب مفتاحا يفتح به;

_فجعل مفتاح الصلاة: الطهور.
1-Kunci solat adalah Taharah/Kebersihan.

_ومفتاح الحج: الإحرام.
2-Kunci Haji adalah Ihram dan menjauhi perkara yang diharamkan semasa haji.

_ومفتاح البر: الصدق.
3-Pintu segala kebaikan adalah bersikap benar dalam semua perkara.

_ومفتاح الجنة: التوحيد.
4-Kunci Syuga adalah Bertauhid kepada Allah SWT.

_ومفتاح العلم: حسن السؤال وحسن الإصغاء.
5-Kunci Ilmu adalah bertanya kepada guru secara penuh beradab.

_ومفتاح النصر والظفر: الصبر.
6-Kunci kejayaan adalah Kesabaran.

_ومفتاح المزيد: الشكر.
7-Kunci kemanjuan/Kelebihan  adalah bersyukur.

_ومفتاح الولاية: المحبة والذكر.
8-Kunci Kekuasaan adalah Berkasih-sayang dan ingat mengingati.

_ومفتاح الفلاح: التقوى.
9-Kunci Kejayaan adalah Bertaqwa.

_ومفتاح التوفيق: الرغبة والرهبة.
10-Kunci Taufiq adalah Berkasih sayang dan mencintai Allah SWT.

_ومفتاح الإجابة: الدعاء.
11-Kunci segala kemaqbulan adalah berdoa.

_ومفتاح الرغبة في الآخرة: الزهد في الدنيا.
12-Kunci kecintaan Akhirat adalah meninggalkan segala perkara haram di dunia.

_ومفتاح الإيمان: التفكير فيما دعا الله عبادة إلى التفكر فيه.
13-Kunci Keimanan adalah berfikir kepada apa yang mendorong beribadat kepada Allah SWT dan bertadabbur kepadanya.

_ومفتاح الدخول على الله: إسلام القلب وسلامته له والإخلاص له في الحب والبغض والفعل والترك.
14-Kunci bertemu dengan Allah SWT adalah Hati sejahtera dari segala dosa, Ikhlas dalam bercinta kepada Allah SWT, Membenci dan meninggalkan segala perkara yang Allah SWT larang dan benci.

_ومفتاح حياة القلب: تدبر القرآن، والتضرع بالأسحار، وترك الذنوب.
15-Kunci menghidupkan hati mencintai Allah SWT adalah Bertadabbur kepada ayat-ayat Al-Quran,menjauhi perkara berkaitan dengan sihir dan meninggalkan segala dosa.

_ومفتاح حصول الرحمة: الإحسان في عبادة الخالق، والسعي في نفع عبيده.
16-Kunci mencapai rahmat adalah mengamalkan konsep Al-Ihsan dalam beribadat kepada Allah SWT dan berusaha berbakti kepada hamba-hamba Allah SWT.

_ومفتاح الرزق: السعي مع الاستغفار والتقوى.
17- Kunci rezeki adalah berusaha dengan penuh Istighfar dan bertaqwa kepada Allah SWT.

_ومفتاح العز: طاعة الله ورسوله.
18-Kunci kemuliaan adalah Taat kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.

_ومفتاح الاستعداد للآخرة: قصر الأمل.
19-Kunci kejayaan di Akhirat adalah pendek angan-angan.

_ومفتاح كل خير: الرغبة في الله والدار الآخرة.
20-Kunci segala kebaikkan adalah Cinta kepada Allah SWT dan Cinta Alam Akhirat.

_ومفتاح كل شر: حب الدنيا وطول الأمل.
21-Kunci segala kejahatan adalah Cinta dunia dan panjang angan-angan.

وهذا باب عظيم من أنفع أبواب العلم، وهو معرفة مفاتيح الخير والشر، لا
يوفق لمعرفته ومراعاته إلا من عظم حظه وتوفيقه، فإن الله سبحانه جعل لكل خير وشر مفتاحا وبابا يدخل منه إليه.


http://peribadirasulullah.wordpress.com/2010/05/24/21-kunci-kejayaan-dunia-dan-akhirat/

Jumaat, 28 Jun 2013

HaTi BeRiMaN BeBaS SiFaT TeRcElA

Hati beriman bebas sifat tercela -epondok -Engku Mohd Zaki Mohd Alwi
Berjuang Penuh Keikhlasan demi Allah
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Sesungguhnya ALLAH tidak memandang kepada jasad dan rupa bentuk kamu, tidak kepada keturunan dan harta kekayaan kamu, sebaliknya ALLAH memandang kepada hati kamu. Maka, sesiapa yang memiliki hati yang suci bersih, nescaya ALLAH amat mencintai orang itu.

“Ketahuilah! Wahai anak Adam bahawa orang yang paling dicintai ALLAH ialah orang yang paling bertakwa dalam kalangan kamu.” (Hadis riwayat Muslim dan Tabrani).

Hati manusia adalah raja bagi keseluruhan anggota tubuh badan. Baik dan buruk, sejahtera atau sengsara, sihat atau sakit bergantung kepada kedudukan hatinya.

Sekiranya baik hati, maka baiklah seluruh anggota tubuh yang lain dan begitulah sebaliknya. Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya di dalam jasad itu ada segumpal daging. Apabila dia baik, maka baiklah seluruh jasad tetapi, apabila dia rosak, maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa dia itu ialah hati. ” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Hati memainkan peranan yang penting dalam mencerminkan dan menentukan kemuliaan atau kehinaan peribadi dan jati diri seseorang sama ada sebagai seorang yang soleh atau yang toleh.

Hati juga dianggap sebagai ejen penentu kepada hidup dan matinya jasad manusia. Hatilah tempat bertapaknya iman, takwa, sifat mahmudah dan niat. Di sinilah juga terletaknya kekufuran, nifaq dan sifat mazmumah.

Yang paling menariknya, dalam helaian al-Quran perkataan hati biasa disebut sebagai al-qalb yang membawa maksud sesuatu yang tidak tetap, berubah-ubah dan berbalik.

Hati mudah berubah
Bertepatan dengan konotasi al-qalb itu, maka hati mudah berubah-ubah dari satu keadaan ke satu keadaan yang lain.

Di dalam hati ada dua unsur kekuatan yang sentiasa berlawanan antara satu sama lain, iaitu antara iman dengan kufur, kebaikan dan keburukan, taat dan ingkar, hak dan batil.

Maka, tidak hairanlah betapa Rasulullah SAW sentiasa berdoa kepada ALLAH dengan doa ini iaitu “Ya ALLAH Ya Tuhanku Yang membalikkan hati! Tetapkanlah hatiku di atas landasan agama-Mu”.

Apabila ditinjau dalam al-Quran, ada banyak rangkaian ayat yang membicarakan mengenai hati terutama hati yang bersih lagi suci dari dosa dan maksiat.

Hati bersih dan suci itu ialah hati yang diterangi dengan cahaya Ilahi dan tidak terselit sedikit pun perasaan keraguan dan syirik dalam hatinya.

Seterusnya, hati yang bersih yakin bahawa segala apa yang wujud di alam semesta ini dicipta oleh ALLAH yang Maha Berkuasa. Hati yang bersih juga adalah hati yang terhindar daripada sebarang penyakit hati seperti dendam, dengki, fitnah dan pelbagai sifat tercela.

Hati yang bersih adalah hati yang dipenuhi dengan iman, hidayah petunjuk dan takwa. Ia sarat dengan gelora kerinduan, kecintaan dan ketaatan yang kudus kepada ALLAH.

Justeru, hati adalah tempat bertapaknya nilai kebaikan seperti khusyuk, tawaduk, sabar, tawakal, syukur, istiqamah, pemaaf dan sifat mahmudah.

Rasulullah SAW amat menggalakkan umatnya supaya memiliki hati yang bersih ini sehingga dianggap sebagai seorang manusia yang terbaik. Baginda pernah ditanya oleh seorang sahabat:
“Siapakah manusia yang terbaik? Baginda menjawab: Orang mukmin yang bersih hatinya.

Kemudian baginda ditanya lagi: Siapakah orang mukmin yang hatinya bersih? Lantas Nabi pun menjawab: Iaitu orang yang bertakwa, hatinya bersih, tidak melakukan kedurhakaan dan pengkhianatan terhadap ALLAH,  tidak berdendam dan mendengki kepada orang lain. (Hadis riwayat Ibnu Majah)

ALLAH memberikan ganjaran kepada setiap hamba-Nya yang berniat untuk melakukan kebajikan, ALLAH tidak pula mencatatkan keburukan atau dosa kepada seorang yang hanya berniat di hatinya untuk melakukan kejahatan, bagaimanapun ia tidak pula dilakukannya.

Amalan tidak beretika dan tidak bermoral yang semakin berleluasa dalam masyarakat kita adalah isyarat hati seseorang yang kotor, ketandusan nilai kerohanian yang luhur dan jauh daripada prinsip Islam.

Pernah berlaku satu peristiwa, yang diriwayatkan oleh Sahl bin Sa’ad yang berkata: “Ada seorang lelaki yang lalu melewati hadapan Rasulullah, lalu baginda bertanya kepada sahabat yang duduk di sebelah baginda: Apakah pendapatmu mengenai orang ini? Maka, sahabat itu pun berkata: Dia adalah seorang lelaki daripada kalangan terhormat. Demi ALLAH  Orang ini sangat layak untuk dinikahi jika dia datang melamar, diberi syafaat jika dia meminta syafaat.

Rasulullah SAW pun diam seketika. Kemudian, datang pula seorang lelaki melewati hadapan baginda. Baginda kembali bertanya: “Apakah pendapatmu mengenai orang ini pula? Lantas sahabat itu pun berkata: Wahai Rasulullah! Dia ini adalah daripada kalangan orang fakir miskin. Dia ini sememangnya layak ditolak jika datang melamar, tidak layak diberi syafaat jika dia meminta dan juga tidak layak diberi perhatian jika dia berbicara. Maka Rasulullah bersabda: “Orang ini (yang kedua) jauh lebih baik daripada orang yang pertama tadi.”

Jelas daripada kisah yang dipaparkan di atas bahawa nilai dan taraf seseorang manusia bukan diukur daripada kebesaran rupa lahiriah. Sebaliknya, neraca piawaian yang sebenarnya di sisi ALLAH ialah iman yang bertapak kukuh di dasar hatinya.

http://epondok.wordpress.com/2013/06/29/hati-beriman-bebas-sifat-tercela/


ToKoH-tOkOh SyAiKh dan MuTiArA HiKmAhnYa

Tokoh-tokoh Syaikh dan Mutiara Hikmahnya
Gambar hiasan
1. Abdullah Al-Abhari
Namanya adalah Abu Bakar Abdullah bin Thahir Al-Abhari, wafat sekitar tahun 330 H. / 942 M. Sezaman dengan Dalf Asy-Syibli, termasuk syaikh yang sangat alim dan wara', bersahabat dengan Yusuf bin Al-Husain dan lain-lainnya.

Di antara mutiara hikmahnya:
a. Barangsiapa yang memberi seorang fakir, janganlah kerana kefakirannya. jika kerana begitu, berilah sebatas keperluannya.
b. Jika kamu memenuhi undangan saudara seagama, maka kurangilah berbicara tentang dunia.

2. Ruwaim bin Ahmad
Namanya Abu Muhammad Ruwaim bin Ahmad. Wafat pada tahun 303 H. / 915 M. Termasuk Syaikh yang paling dihormati, penduduk Baghdad, seorang muqri' (ahli membaca Al-Qur'an) dan ahli Fiqih madzhab Daud. Di antara mutiara nasihatnya:

a. Di antara hakim yang bijaksana adalah memberikan kelonggaran  hukum pada orang lain, mempersulit hukuman pada dirinya sendiri. Memberikan kelonggaran hukum pada orang lain termasuk mengikuti ilmu dan mempersulit hukum pada diri sendiri termasuk kebijaksanaan seorang warak.

b. Saya pernah melewati Baghdad pada siang hari yang panas. ketika itu saya berjalan di beberapa jalan dengan keadaan sangat haus. saya mencuba meminta minum pada salah satu penghuni rumah. Kemudian muncullah seorang anak perempuan kecil membuka pintu rumah dengan membawa tempat air minum. Ketika melihatku, ia berkata "seorang sufi minum air  di siang hari?" maka sejak itu saya tidak pernah membatalkan puasaku.

c. Jika ALLAH memberimu kemampuan untuk memberi nasihat dan mengamalkannya, lalu saya mengambilnya, hal itu adalah nikmat. Jika saya melaksanakannya, sedang engkau sendiri tidak melaksanakannya, hal itu adalah musibah bagi dirimu. jika kamu tidak punya nasihat juga tidak berbuat benar , hal itu adalah siksaan.

3. Ahmad Al-Adami
Nama lengkapnya Abul Abbas Ahmad bin Muhammad bin Sahal bin Atha' Al-Adhami.  Beliau wafat pada tahun 309 H./921M. Salah satu seorang alim dan syaikh. pengaruhnya sangat besar. Hidup sezaman dengan Al-Junaid dan sangat akrab dengan Ibrahim Al-Maristani.  Di antara Mutiara hikmahnya :

a. Barangsiapa menetapi hukum-hukum syariat, ALLAH akan memberikan cahaya makrifat di hatinya, dan tiada kedudukan yang paling mulia selain mengikuti perintah, perilaku, dan perangai baginda Rasulullah SAW.

b. Kelalaian yang paling besar adalah kelalaian seorang hamba kepada tuhannya Yang Maha Agung dan Maha Mulia, kelalaian terhadap perintah dan larangan-Nya, dan kelalaian terhadap hukum-hukum ALLAH.

c. Semua pertanyaan carilah jawabannya di pedang ilmu. jika tidak kamu temukan jawabannya,  carilah di medan hikmah, jika kamu tidak menemukannya juga, maka timbanglah dengan tauhid. jika kamu tidak memperolehnya dalam tiga tempat ini, maka lemparkanlah pertanyaan itu ke muka syaitan.

4. Abu Sa’id bin Al-Arabi
Namanya Abu Sa’id Ahmad bin Muhammad bin Ziyad Al-Bashri Al-‘Arabi (246-340 H / 860-952 M), tinggal di sekitar Masjid Al-Hara, bersahabat dengan Al-Junaid, Amar bin Utsman Al-Makky, An-Nuuri dan lain-lainnya. Di antara mutiara hikmahnya adalah “Orang yang paling rugi adalah orang yang menampakkan perbuatan-perbuatan baiknya di hadapan manusia, dan menampakan keburukan secara terang-terangan di hadapan ALLAH”.

5. Abul Khair Al-Aqtha’.
Namanya Abul Khair Al-Aqtha wafat pada tahun 340 H / 592 M, berasal dari Maroko daerah Tinaat. Beliau memiliki banyak keramat dan firasat yang sangat tajam dan sangat agung.  Di antara mutiara hikmahnya adalah, “Seseorang tidak akan mencapai kemuliaan kecuali dengan rajin beribadah, berakhlak mulia, melaksanakan kewajiban-kewajiban, dan bergaul dengan orang-orang sholeh”.

6. Ali Al-Ashbihani
Namanya adalah Abul Hasan Ali bin Sahal Al-Ashbihani, termasuk sahabat Al-Junaid. Amir bin Utsman pernah datang kepadanya untuk menagih  hutang dengan melipat gandakan tagihan. Ali Al-Asbihani masuk ke dalam sejenak kemudian keluar seraya membayar semua tagihannya sebanyak 30.000 dirham. Ia juga pernah bertemu Abu Thurab  dan orang-orang sezamannya.

Di antara mutiara hikmahnya adalah, “Segera mentaati perintah ALLAH  adalah suatu tanda mendapatkan taufik-Nya. Berdiam diri dari perselisihan adalah tanda hati-hati. Menjaga rahasia adalah tanda waspada. Dan menampakkan tuduhan adalah kebodohan. Barang siapa yang tidak benar dasar-dasar keinginannya, maka ia tidak akan selamat pada kesan-kesan akhirnya “.

7. Hatim Al-Asham
Nama lengkapnya adalah Abu AbduRahman Hatim bin Alwan. Terkenal dengan gelaran Al-Asham. Wafat pada tahun 237 H / 751 M . Dia termasuk tokoh guru besar (syaikh) Khurasan, murid Syaikh Syaqiq, guru Ahmad bin Khadrawaih. Hatim dijuluki Al-Asham (orang yang tuli) bukan kerana ia tuli akan tetapi pernah ia berpura-pura tuli kerana untuk menjaga kehormatan seseorang hingga ia dijuluki dengan Al-Asham.

Ustadz Abu Ali Ad-Daqaq – semoga ALLAH merahmatinya, pernah bercerita, “ Seorang wanita pernah datang kepada Hatim. Ia bermaksud menanyakan sesuatu kepadanya. Namun semasa ia mengutarakan pertanyaan, wanita itu tiba-tiba buang angin (kentut) sehingga membuatnya ia sangat malu. Hatim tahu apa yang berada di balik perasaan tamunya. Dia tidak ingin tamunya bertambah malu kerana pendengarannya. Kerana itu mencoba menutupinya dengan mengatakan, ‘keraskan suaramu’. Ia berkata demikian kerana berpura-pura tuli. Akibatnya, wanita itu senang dan tidak salah tingkah. Ia mengira Hatim tidak mendengarnya. Dan sejak saat itulah ia dijuluki dengan Al-Asham.

Di antara muitara hikmahnya :
a. Tiada waktu pagi datang melainkan syaitan mencercaku dengan pertanyaan-pertanyaan yang menggoda, “Apa yang akan kamu makan ?” Apa yang akan kamu pakai ? Di manakah kamu akan tinggal.” Saya tidak ingin hanyut dalam perangkap pertanyaan itu, maka saya cukup menjawabnya, “Saya akan makan kematian, mengenakan kain kafan, dan tinggal di liang lahat.

b.Pernah suatu hari saya ditanya, “Tidakkah kamu menginginkan sesuatu ?” Maka saya jawab, “Saya ingin selalu sihat dari pagi hingga malam hari”. Ditanyakan lagi, “Bukankah kamu sihat selama seharian ?”. saya jawab, “Sihat menurutku adalah tidak menjalankan dosa dari pagi hingga malam”.

c.Saya pernah dalam suatu pertempuran. Saya pernah ditangkap oleh seorang tentera Turki. Kemudian badan saya dibaringkan untuk disembelih. Hati saya tidak merasa takut sedikitpun, Bahkan saya menunggu keputusan ALLAH untukku. Ketika perajurit itu menghunus pedangnya untuk menyembelih diriku, tiba-tiba meluncur sebuah anak panah menembusnya sampai mati sehingga ia terlempar dariku. Sayapun segera berdiri.

 d. Barang siapa memasuki mazhab kami, hendaklah bersedia menerima empat hal kematian. Mati putih kerana lapar, mati hitam kerana menanggung penderitaan dari manusia, mati merah kerana berbuat ketulusan untuk melawan hawa nafsu, dan mati hijau kerana fitnah.

8. Ahmad Al-Anthaki.
Namanya Abu ALi Ahmad bin Ashim Al-Anthaki satu zaman dengan Bisyir bin Al-Harits, Sary As-Saqathi, dan Harits Al- Muhasibi. Abu Sulaiman Ad-Daraani menjulukinya “seseorang yang menjadi mata-mata hati” (jushuusul qulub) kerana ketajaman firasatnya.

Di antara mutiara nasihatnya adalah : 
1. Jika kamu ingin memperbaiki hatimu maka jagalah lidahmu. 2. ALLAH SWT berfirman, “Innamaa amwaalukum wa aulaadukum fitnah”. (QS. At-Taghabuun 15). Namun kita selalu mencari fitnah.

9. Abu Hamzah Al-Bazaar.
Namanya Abu Hamzah Al-Baghdadi Al-Bazaar wafat pada tahun 289 H / 902 M.  Hidup sezaman dengan Al-Junaid namun wafat terlebih dahulu. Bersahabat dengan Sariy As-Saqathi dan Hasan Al-masuhi. Beliau seorang ahli fikih dan ahli baca Al-Qur’an, dan beliau adalah putera dari Isa bin Aban. 

Ahmad bin Hambal pernah bertanya kepadanya tentang beberapa masalah dan memanggilnya, “Bagaimanakah pendapatmu tentang masalah-masalah ini wahai sufi ?”. Maka beliaupun menyampaikan nasihat-nasihatnya di majlisnya pada hari Jumaat. Ketika itu kesihatannya kurang sempurna sehingga beliau terjatuh dari kursi dan wafat pada minggu berikutnya. Di antara mutiara hikmahnya adalah :  

a. Barang siapa yang mengetahui jalan kebenaran, maka ia akan mudah menempuhnya. Tidak ada pemandu yang menghantarkan kepada ALLAH SWT, kecuali dengan mengikuti perilaku, perbuatan dan sabda-sabda Rasulullah SAW.

b. Barang siapa yang memiliki TIGA hal ini maka ia akan selamat dari bencana-bencana iaitu : Perut yang kosong serta diikuti sikap batin yang qana’ah. Kemiskinan yang disertai sikap zuhud dan ketabahan yang disertai keabadian dzikir.

10. Abu Ubaid Al-Bisri
Beliau termasuk salah seorang dari guru besar terdahulu. beliau pernah bersahabat dengan Abu Turab  An-Nakhsyabi.

Ahmad bin Al-Jalla' berkata;"saya telah menjumpai seratus syaikh, namun saya lihat tiada yang seperti empat syaikh ini: Dzun Nun Al-Mishri, ayahku, Abu Turab Al-Nakhsyabi dan Abu Ubaid al-Bisri".

11. Syaqiq Al-Balkhi
Namanya Abu Ali Syaqiq bin Ibrahim Al-Balkhi, wafat pada tahun 149 H / 810 Masihi dan termasuk syaikh sufi Khurasan. Beliau adalah guru Hatim Al-Asham.

Diceritakan bahawa Syaqiq Al-Balkhi adalah putera seorang yang kaya raya. Dia pernah pergi berdagang ke Turki ketika masih muda, lalu masuk ke sebuah tempat penyembahan berhala. Dia melihat seorang pelayan beribadah dengan kepala gundul dan dicukur janggutnya serta memakai pakaian berwarna hijau. Syaqiq hairan, tidak bisa tinggal diam maka mendekatlah ia kepada orang itu dan berkata, “Wahai pelayan, sesungguhnya kamu memiliki Tuhan Yang Maha Menciptakan, Yang Hidup, Maha Tahu dan Maha Kuasa maka sembahla Dia dan jangan menyembah berhala-berhala yang tidak bisa mencelakakan dan menguntungkan”.

“Jika benar demikian,” kata si penjaga tempat ibadah itu, “Jika benar Dia Maha Kuasa, kenapa Dia tak berkuasa memberimu harta di daerahmu sendiri sehingga kau tak perlu jauh-jauh berniaga mencarinya di daerah orang? Kenapa pula kau bersusah payah mencari harta jika Dia berkuasa memberikannya untukmu?”

Rupanya tanggapan yang tak terduga itu menghujam hati Syaqiq. Syaqiq terdiam, merenung. Dia kemudian memutuskan kembali ke daerahnya,dan tidak meneruskan perjalanan niaga. Dia berniat menjalani hidup zuhud, meninggalkan segala kemewahan, dan menghabiskan waktu untuk beribadah.

Di antara mutiara hikmahnya:
a. Jika kamu ingin mengetahui kejujuran seseorang. lihatlah janji Allah dan apa yang dijanjikan manusia, apakah ia lebih mantap hatinya kepada janji ALLAH atau janji manusia.

b. Ketaqwaan seseorang boleh dilihat dari Tiga hal: Dalam kesukaannya menerima pemberian, Keikhlasannya, dan Pembicaraannya.

12. Muhammad bin Al-Fadhal AL-Balkhi
Namanya adalah Abu AbdiLlah Muhammad bin Al-Fadhal Al-Balkhi wafat pada tahun 319H/931 M berasal dari daerah Balkh sebuah daerah di Samarkand, dan beliau wafat di sana. Ia bersahabat dengan Ahmad bin Khadrawaih dan yang lainnya. Abu Utsman Al Hiri sangat cenderung kepadanya.

Di antara mutiara nasihatnya :
a. Pernah Abu Utsman Al-Hirri menulis surat kepadanya yang menanyakan, “Apakah tanda-tanda orang yang celaka ?”. ia menjawab, ‘Ada tiga hal. Pertama ia diberi ilmu tetapi tidak bisa mengamalkannya. Kedua, bisa berbuat kebaikan tetapi tidak ikhlas, ketiga suka bergaul dengan orang-orang soleh tetapi tidak dihormati di kalangan mereka”.

b. Hilangnya Islam kerana EMPAT hal, pertama mempelajari agama tetapi tidak diamalkan. Kedua mengamalkan agama tetapi tidak didasari ilmu agama. Ketiga, tidak mahu mempelajari tentang kebodohannya tentang agama. Keempat, tidak mendukung pendidikan agama.

c. Senang sekali orang yang dapat mengharungi padang Sahara sehingga ia dapat sampai di Baitullah dan dapat melihat sejarah-sejarah kenabian. Maka putuskan hubungan jiwamu dengan hawa nafsumu sehingga kamu dapat sampai di hatimu dan dapat melihat tanda-tanda kebesaran ALLAH zza wa Jalla.

d. Jika kamu melihat seorang murid memperbanyak masalah dunianya maka hal itu adalah tanda kemundurannya.

e. Pernah ditanyakan tentang Zuhud maka dijawabnya, “Memandang dunia dengan mata yang tidak pernah puas, namun ia menjauh dari kesenangan dunia untuk mencari kemuliaan”.

13. Abul Husain bin Bunan.
Abul Husain bin Bunan semoga dengan Abu Sa’id Al-Kharraz. Dia termasuk tokoh dan syeikh di Mesir.

Di antara mutiara nasihatnya adalah :
a. Setiap orang sufi hatinya selalu damai dan tenang menetapi amalan untuk mendekatkan diri kepada ALLAH SWT, dan tanda kedamaian hatinya adalah jika ia telah meyakini kekuasaan ALLAH SWT dari kemampuan dirinya.

b. Jauhilah akhlak yang rendah sebagaimana kamu menjauhi hal yang haram.

14. Ali Al Buasanji
Namanya Abul Hasan Ali Ahmad bin Sahal Al-Busyanji wafat pada tahun 348 H/959 M, dia adalah salah seorang pemuka Khurasan dan pernah bertemu Abu Utsman, Ahmad bin Atha’, Ahmad Al Jariri, dan Abu Amr Ad-Dimasyqi

Di antara mutiara nasihatnya adalah :
a. Pernah ditanyakan kepadanya tentang muru’ah (menjaga kehormatan) maka dijawabnya, “Janganlah memakai apa saja yang diharamkan untukmu dan bergaulah dengan orang-orang shaleh”.

b. Seseorang pernah berkata kepadanya, “Berdoalah kepada ALLAH SWT untuk saya”. Maka iapun berdoa, “Semoga ALLAH SWT melindungi dirimu dari fitnahmu”.

c. Awalnya iman tergantung dengan detik akhirnya.

15. Muhammad At-Turmudzi.
Namanya adalah Abu AbduLlah Muhammad bin Ali At-Tirmidzi , termasuk tokoh dan guru besar dan memiliki beberapa karya tulis tentang sosiologi. Dia bersahabat dengan Abu Turab An-Nakhsyabi, Ahmad bin Khadrawaih, Ahmad bin Al-Jala’, dan yang lainnya.

Di antara mutiara nasihatnya adalah :
a. Pernah ditanyakan kepadanya tentang manusia maka dijawabnya, “Makhluk yang sangat lemah dan banyak kesalahan”.

b. Saya tidak punya huraian satu huruf pun tentang suatu karya tulisan saya. Saya juga tidak suka disebutkan nama saya untuk karya-karya yang saya tulis. Akan tetapi apabila hati saya penuh masalah maka saya menikmatinya dengan menulis”.

16. Sahal At-Tustari
Nama lengkapnya Abu Muhammad Sahal bin AbduLlah At-Tustari, hidup antara tahun 815 sampai 896 M di daerah Tustar, dekat kota Bashra. Sahal At-Tustari termasuk salah seorang imam pada ketika itu yang memiliki kelebihan dalam kezuhudan, Muammalah dan wara’ serta dikenal dengan keramatnya. Dia juga pernah belajar kepada Dzunun Al-Mishri di Makkah ketika ibadah haji.

Sahal bercerita, Ketika berumur tiga tahun pada suatu malam yang syahdu dia terbangun dari tidurnya yang nyenyak. Dia melihat pakciknya Muhammad bin Siwar sedang melakukan sholat malam. Setelah selesai beberapa rakaat, pakciknya beristirahat dan melihat ke arah Sahal. Pakciknya mendekatinya dan berkata, “Wahai Sahal, tidurlah. Hari sudah larut malam”. Saat itu Sahal menjawab bahawa matanya tidak boleh lelap, apalagi melihat sholat pakciknya. Pakciknya mengajarkan Sahal agar berzikir kepada ALLAH SWT. Lalu pakciknya juga mengajarkan supaya Sahal selalu membaca :”Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah saksiku”.

Pakciknya menyuruh dia membaca kalimat tersebut secara bertahap, mulai dari tiga kali semalam. Setelah mantap, ditambah menjadi lima kali, setelah itu tujuh kali hingga sampai sebelas kali. Sahal mengakui setelah ia mempraktikkan zikir itu secara teratur hatinya merasa tenang. Pamannya menasehati agar ia berdzikir secara istiqamah sampai maut menjemputnya. Zikir dapat memberikan manfaat dunia dan akhirat. Sahal berucap, sejak saat itu saya mendapatkan manisnya zikir di dalam hati”.

Sahal sering menasihati dirinya sendiri. Dia pernah berkata, “Wahai Sahal, jika seseorang sentiasa merasa bahawa ALLAH Yang Maha Agung selalu melihat dan menyaksikannya, apakah ia akan berkhianat dengan melakukan apa-apa yang dibencia-Nya ?. Sungguh ketahuilah wahai diriku, apa manfaatnya melakukan maksiat ?, Bukankah seorang kekasih tidak pernah ingin menyakiti hati kekasihnya ?. Lakukanlah khalwat agar dirimu selalu mendapat pencerahan.

Sejak kecil Sahal sudah mempunyai minat yang besar pada ilmu pengetahuan. Pada umur lima tahun dia sudah belajar kepada seorang ulama terkenal di kota kelahirannya. Setiap malam dia belajar dengan tekun dan penuh minat. Pada umur tujuh tahun Sahal sudah menghafal Al-Qur’an. Waktu itu ia juga sudah berpuasa setiap hari, kebiasaan ini dilakukan sampai umur 12 tahun.

Makanan yang dimakannya hanyalah roti gandum. Dalam proses pencarian jati dirinya sering dia mengembara. Dia sering ia pergi ke Bashra. Dia belajar kepada Abu Habib Hamzah bin AbduLlah Al-Abadani di kota Abadan. Di sana dia menetap beberapa lama dan menuntut ilmu. Salah satu sikap wara’ yang diamalkannya adalah membatasi makanannya hanya dengan 10 dirham. Setiap malamnya dia sahur dengan satu oun gandum tanpa garam ataupun lauk.

Dia dikenal sebagai tokoh sufi yang amat wara’ dan zuhud. Sikap berhati-hati dalam beragama menjadi ciri khas Sahal dan dia bersungguh-sungguh untuk menjadi tokoh yang boleh mencapai redha ALLAH SWT.

Sikap lain yang menjadi kelebihan Sahal adalah ma’iaytuLlah iaitu suatu sikap merasa selalu diawasi, diamati, dan disertai oleh ALLAH Ta’ala. Hanya orang yang memiliki perasaan cinta yang total kepada ALLAH sajalah yang mampu menghadirkan ALLAH  dalam setiap gerak langkah dan denyut nadi kehidupannya. Ketahuilah, bahawa setiap apa yang dilakukan oleh hamba ALLAH,  tidak akan lepas dari catatan malaikat ALLAH.  Meski sebesar biji zarah sekalipun. Inilah yang menjadi pegangan setiap pecinta ALLAH. Walahupun ALLAH tidak dapat dilihat oleh makhluk, namun tidak ada yang luput daripada perhatian ALLAH.

Perasaan seperti ini sudah dimiliki Sahal sejak dia hafal Al-Qur’an pada usia belasan tahun. Minatnya pada ilmu yang disertai perilaku hidupnya yang begitu perihatin membuatnya mengalami pencerahan yang begitu cepat. Salah satu nasihatnya kepada para penuntut ilmu adalah membiasakan diri makan sesedikit mungkin agar mereka mudah berkonsentrasi ketika menghafal. 

Makan yang terlalu banyak akan membuat orang malas dan sulit untuk menghafal ilmu. Dalam hal berpakaian Sahal sangat berhati-hati kerana ketakutannya terhadap perilakunya ujub. Pakaian adalah sarana untuk mendekatkan diri kepada ALLAH sehingga yang paling penting adalah suci dan menutup badan dengan baik, tidak memperlihatkan aurat. Tetapi yang lebih penting jangan kerana pakaian seseorang lupa bahawa semuanya itu berasal daripada ALLAH.  Dan jangan pula kerana pakaian seseorang merendahkan orang lain. Itulah bahagian zuhud yang sering dipraktikkannya.


Wallahua'lam

Rabu, 26 Jun 2013

TIGA Tempat Yang MeNdaTaNgKaN KeTeNaNgaN JiWa

3 Tempat yang mendatang ketenangan pada jiwa -by peribadirasulullah 

PERNAH satu ketika seorang sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, Ibnu Masud didatangi oleh seorang lelaki yang raut wajahnya murung (berduka). Lalu lelaki itu berkata: "Wahai Ibnu Mas'ud, berikanlah kepadaku satu nasihat yang dapatku jadikan sebagai penawar untuk hatiku yang gelisah ini. Sejak akhir-akhir ini, perasaanku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut. Aku tidak selera hendak makan, tidurku pun tidak lena."

Mendengar itu Ibnu Mas'ud terus berkata: "Sekiranya itulah penyakit yang menimpa jiwamu, maka hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi TIGA tempat iaitu ,
  • Pertama tempat orang membaca al Quran sama ada kamu membacanya atau kamu mendengarnya. 
  • Kedua, majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada ALLAH, dan 
  • Ketiga, carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada ALLAH SWT dengan khusyuk dan tulus ikhlas."
Wallahua'lam


Isnin, 24 Jun 2013

SiApAkAh SaHaBaT SejATi ?

Siapakah Sahabat Sejati? -Syeikh Ibnu ‘Athaillah As-Sakandary.

“Tak ada sahabat sejatimu kecuali DIA yang paling tahu aibmu, dan tidak ada (sahabat seperti itu) kecuali Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Sebaik-baik sahabatmu adalah yang  menuntutmu, tetapi sama sekali tuntutan itu tidak ada kepentingannya darimu untuk-Nya.”

Tak ada yang lebih tahu aib kita secara detail dan terperinci melainkan ALLAH swt, kerana Dia-lah yang tak pernah meninggalkan kita ketika kita dalam keadaan hina dan tidak menolak kita ketika kita dalam keadaan sangat tertekan, bahkan senantiasa mengasihi kita dalam situasi apa pun.

Pada saat begitu Dia memerintahkan kita dan melarang kita,  namun kita masih bermaksiat pada-Nya, namun Dia tidak meninggalkan kita,  bahkan dengan rasa belas kasih-Nya Dia memanggilmu untuk datang kepada-Nya pada saat kita alpa lalai lupa.

NAMUN jika yang tahu aib kita secara detail itu adalah makhluk, maka para makhluk pun justru meninggalkan kita dan melempari kita atas perbuatan kita selama ini. Namun ALLAH Swt dengan segala cinta dan kasih sayang-Nya sentiasa malah menjaga kita.  Namun yang menyedari itu sangat sedikit.

ALLAH Swt tidak pernah meminta balasan daripada kita di sebalik perlindungan, perintah, tuntutan dan larangan-Nya. Sedangkan pergaulan dan persahabatan dengan makhluk penuh dengan tuntutan dan kepentingan. Maka sahabat sejati sesungguhnya  yang menyadarkan kepentingan yang kembali pada diri kita, hal-hal yang berguna mahupun hal-hal mana yang berbahaya.

Namun rasa yakin yang rendah dan lemah membuat kita terhijab dari semua itu. Kerana itu Ibnu Athaillah ada menyatakan:
Seandainya cahaya yakin memancar, pasti kita melihat akhirat lebih dekat padamu dibanding kita menempuhnya. Dan sungguh kita memandang keindahan dunia tak lebih dari reruntuhan fana yang tampak padanya.”

Dunia hanyalah khayalan dalam wujudnya, apabila kita benar-benar tercerahi oleh cahaya yakin.

Ahmad bin Ashim al-Anthaky ra menegaskan, “Yakin adalah nur yang dijadikan ALLAH swt dalam hati hamba-Nya, hingga ia melihat perkara akhiratnya dan cahaya itu membakar semua hijab antara Dia dan dirinya, sampai akhirat tampak begitu jelas dalam perspektifnya.”

Suatu hari Rasulullah Saw, bertanya kepada Haritsah ra,  “Apa khabarmu pagi ini wahai Haritsah?”
“Saya dalam keadaan beriman yang benar,” jawab Haritsah.

Rasulullah saw, bersabda, “Setiap kebenaran ada hakikatnya, lalu apa hakikat imanmu?”

“Seakan-akan saya berada di Arasy Tuhanku benar-benar ditegakkan dan saya melihat ahli syurga sedang menikmati nikmat-nikmat-Nya di syurga dan ahli neraka sedang saling minta pertolongan,” kata Haritsah.

Rasulullah saw, bersabda, “Kamu sedang mengenal maka teguhlah. Seorang hamba yang qalbunya dicerahi cahaya oleh ALLAH….” (Al-Hadits).

Rasulullah saw, pernah bersabda, “Bila  cahaya masuk dalam hati, maka hati akan lapang…”
Rasul saw, ditanya, “Wahai Rasulullah apakah ada tanda untuk mengenal itu?”

Beliau menjawab, “Merasa kosong di negeri tipudaya dan kembali pada negeri keabadian, serta mempersiapkan bekal mati sebelum waktunya tiba…”

Wallahua'lam

http://pengkajianpelitahati.wordpress.com/2010/10/05/siapakah-sahabat-sejati/

WaHai PARA IsTeRi, WiFe, BiNi...AlaNgkAh MuDaH EkaU MeNdApAt PAHALA.

Kelebihan Menjadi Seorang Isteri -Nabila Putri 

1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari ALLAH kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8 ) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”. Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu “TAAT

Wallahua'lam

Khamis, 20 Jun 2013

KaTa-KaTa MuTiArA IsLaM


Dalam mengharungi hidup tentu saja kita tidak luput dari kesalahan baik disengaja ataupun tidak, adalah suatu hal yang wajar jika setelah kita menyedarinya dengan bersegera memohon maaf atas kesalahan kita kepada orang lain. Dengan kata-kata indah, kata mutiara Islamilah salah satu Ubat penyejuk hati untuk meminta maaf. Berikut ini adalah kumpulan kata mutiara Islam penyejuk hati untuk teman-teman pembaca semua, semoga bermanfaat.

Perbanyaklah kamu mengingat MATI, kerana hal itu bisa membersihkan dosa dan menyebabkan kamu zuhud atau tidak cinta kepada dunia. (Rasulullah)

NIAT adalah ukuran dalam menilai benarnya suatu perbuatan, oleh kerananya, ketika niatnya benar, maka perbuatan itu benar, dan jika niatnya buruk, maka perbuatan itu buruk (Imam An Nawawi)

Orang yang paling aku sukai adalah dia yang menunjukkan kesalahanku. (Umar bin Khattab)

Takutlah kamu akan perbuatan dosa di saat sendirian, di saat inilah saksimu adalah juga hakimmu. (Ali bin Abi Thalib)

SABAR memiliki dua sisi, sisi yang satu adalah sabar, sisi yang lain adalah bersyukur kepada ALLAH. (Ibnu Mas’ud)

ILMU itu lebih baik daripada harta. Ilmu akan menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) sedangkan harta terhukum. Kalau harta itu akan berkurang apabila dibelanjakan, tetapi ilmu akan bertambah apabila dibelanjakan. (Sayidina Ali bin Abi Thalib)

Kejahatan yang dibalas dengan kejahatan pula adalah sebuah akhlak ular, dan kalau kebajikan dibalas dengan kejahatan itulah akhlak buaya, lalu bila kebajikan dibalas dengan kebajikan adalah akhlak anjing, tetapi kalau kejahatan dibalas dengan kebajikan itulah akhlakk manusia. (Nasirin)

Orang yang suka berkata jujur akan mendapatkan 3 hal, iaitu : KEPERCAYAN, CINTA dan RASA HORMAT (Sayidina Ali bin Abi Thalib)

Berteman dengan orang bodoh yang tidak mengikuti ajakan hawa nafsunya adalah lebih baik bagi kalian, daripada berteman dengan orang alim tapi selalu suka terhadap hawa nafsunya. (Ibnu Attailllah as Sakandari)

Keluarlah dari dirimu dan serahkanlah semuanya pada ALLAH,  lalu penuhi hatimu dengan ALLAH . Patuhilah kepada perintahNya, dan larikanlah dirimu dari laranganNya, supaya nafsu badaniahmu tidak memasuki hatimu, setelah itu keluar, untuk membuang nafsu-nafsu badaniah dari hatimu, kamu harus berjuang dan jangan menyerah kepadanya dalam keadaan bgaimanapun juga dan dalam tempo kapanpun juga. (Syekh Abdul Qodir al-Jaelani)

Tanda cinta kepada ALLAH adalah banyak mengingat (menyebut) Nya, kerana tidaklah engkau menyukai sesuatu kecuali engkau akan banyak mengingatnya. (Ar Rabi’ bin Anas)

Pangkal dai semua kebaikan di dunia mahupun di akhirat adalah taqwa kepada ALLAH. (Abu Sualeman Addarani)

Seseorang yang melihat kebaikan dalam berbagai hal bererti memiliki fikiran yang baik. Dan seseorang yang memiliki fikiran yang baik mendapatkan kenikmatan dari hidup (Bediuzzaman Said Nur)

Orang yang terkaya adalah orang yang menerima pembagian (taqdir) dari ALLAH dengan senang hati. (Ali bin Husein)

Menghidupkan kembali agama berarti menghidupkan suatu bangsa. Hidupnya agama bererti cahaya kehidupan (Bediuzzaman Said Nur)

Kebersamaan dalam suatu masyarakat menghasilkan ketenangan dalam segala kegiatan masyarakat itu, sedangkan saling bermusuhan menyebabkan seluruh kegiatan itu buntu. (Bediuzzaman Said Nursi)

Penderitaan jiwa mengarahkan keburukan. Putus asa adalah sumber kesesatan; dan kegelapan hati, pangkal penderitaan jiwa. (Bediuzzaman Said Nursi)

Dia yang menciptakan mata nyamuk adalah Dzat yang menciptakan matahari. (Bediuzzaman Said Nursi)

Seorang teman tidak bisa dianggap teman sampai dia diuji dalam tiga kesempatan: pada waktu diperlukan, sikap di belakang anda, dan setelah kematian anda. (Ali ibn abi Talib )

Sikap buruk merosak perbuatan baik, seperti cuka merosak madu. (Nabi Muhammad)

Lakukanlah seluruh pekerjaan kita dengan penuh cinta dan hanya mengharapkan keredhaan-Nya sehingga akan bernilai ibadah. Berlelah-lelahlah, manisnya hidup terasa setelah kita lelah berjuang. (Anonim)

Manusia yang paling lemah ialah orang yang tidak mampu mencari teman. Namun yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mendapatkan banyak teman tetapi menyia – nyiakannya. (Ali bin Abi Thalib)

Berbahagialah siapa yang selalu ingat akan hari akhir, beramal untuk menghadapi hari perhitungan dan merasa puas dengan ala kadarnya. Sementara ia ridha sepenuhnya dengan pemberian Allah. (Saydina Ali R.A.)

AKHLAK yang baik adalah surga dalam kalbu. ( Dr. Aidh Abdullah al-Qarni )

Hidupmu saat ini yang diwarnai cinta mendalam pada ALLAH membuat masa lalu menjadi mimpi yang indah dan masa depan yang penuh harapan. (Dr. Ibrahim Elfiky)

Wang + Ahklaqul Karimah akan menjadi modal yang sangat berharga baik untuk anda sendiri, mahupun untuk kemajuan Umat Islam. Kejarlah kedua-duanya. (Anonim)

Hanya satu motivasi yang ada, iaitu ALLAH. Adapun motivasi lainnya harus dalam rangka “kerana dan/atau untuk” ALLAH. (Anonim)

Apakah kita mampu untuk memikul misi kita? In sya ALLAH kita mampu, kerana ALLAH Maha Tahu, ALLAH tahu sampai di mana potensi dan kemampuan kita. Jika kita tidak merasa mampu bererti kita belum benar-benar mengoptimalkan potensi kita. (Anonim)

Deburan ombak yang tiada henti menjadi tanda zikirnya pada sang Pencipta. Bagaimana dengan kita ? (Anonim)

Gerhana matahari lebih baik dari gerhana nurani. Gerhana bulan masih lebih baik dari gerhana akal fikiran. Sedangkan gerhana nafsu adalah keselamatan bagimu (Anonim)

Cintailah kekasihmu sekedarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi musuhmu. Dan bencilah musuhmu sekedarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi kekasihmu. (Ali bin Abi Thalib)

Rasulullah bersabda :“ Barangsiapa menunjukkan suatu kebaikan, maka baginya seperti pahala yang melakukannya” (HR. Muslim)

Sesungguhnya apabila badan sakit maka makan dan minum sulit untuk tertelan, istirahat dan tidur juga tidak nyaman. Demikian pula hati apabila telah terbelenggu dengan cinta dunia maka nasihat susah untuk memasukinya. (Malik bin Dinar)

http://pengumpulhikmah.blogspot.com/2013/02/kata-kata-mutiara-islam-penyejuk-hati.html

Sabtu, 15 Jun 2013

MuTiArA KaTa - PeDoMaN BeRsAmA

Mutiara Kata - Pedoman Bersama 
Gambar hiasan
Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda : " Tiada seorang Muslim yang tiba padanya waktu solat fardhu lalu dia menyempurnakan wuduk dan khusyuk serta rukuk sujudnya menjadi penebus dosanya yang telah lalu selama mana dia tidak berbuat dosa besar dan yang demikian itu sepanjang masa," - Riwayat Muslim dari Uthman R.A.

Sabda Nabi S.A.W :"Nikah adalah sunnahku maka sesiapa yang tidak melakukan sunnahku bukanlah daripada golonganku."

Bertakwalah kepada ALLAH, dirikanlah solat, bayarlah zakat, kerjakanlah haji di Baitullah dan buatlah umrah, berbaktilah akan kedua orang tuamu.

Dari Sahabat Anas R.A :"Dinamakan bulan ini dengan bulan Ramadhan kerana dapat melupuskan dosa."

Berkata yang baik itu mudah tapi membuat perkara yang baik itu susah.Yang paling susah ialah ikhlas dalam membuat perkara yang baik.

Seorang yang pemaaf, ALLAH akan menambahkan kemuliaannya, seorang yang tawaduk kepada ALLAH maka ALLAH menaikkan darjatnya.

Hormatilah kedua orang tuamu, berbaktilah akan kedua orang tuamu. Janganlah kamu mengangkatkan suara di sisi mereka.

Sesungguhnya amalan sedekah dan silaturrahim adalah DUA perkara yang boleh menyebabkan ALLAH menambahkan umur seseorang.

Apabila salah seorang kamu berdoa hendaklah dia memulanya dengan memuji Tuhannya kemudian selawat S.A.W setelah itu baru dia berdoa menurut kehendaknya.

Sesiapa yang sentiasa mengingat-Ku dan memohon pada-Ku akan aku berikan sesuatu yang lebih baik dari apa yang dia minta.

Didiklah keluargamu, berbelanjalah hartamu ke atas mereka. Jangan kamu tinggikan lidahmu terhadap mereka. Takutkanlah mereka pada zat ALLAH.

Siapa yang merendahkan dirinya kerana ALLAH nescaya akan diangkat oleh ALLAH . Siapa yang menyombong nescaya akan direndahkan oleh ALLAH . Siapa yang sederhana nescaya akan dikayakan oleh ALLAH . Siapa yang membazir nescaya akan dimiskinkan oleh ALLAH. Dan siapa yang banyak berzikir nescaya akan dicintai oleh ALLAH.

MaHbUbU MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

Si MaTi MeNgaMbiL ManFaAt

Gambar hiasan sahaja
Syaikh Muhammad Abu Khudhair bin Ibrahim ad-Dimyati al-Madani al-Azhari rahimahullah adalah seorang ulama besar Ahlus Sunnah wal Jama`ah bermazhab Syafi`i. Beliau adalah ulama keluaran al-Azhar asy-Syarif yang antara gurunya adalah Syaikhul Islam dan Syaikhul Azhar Ibrahim al-Bajuri rahimahullah. Beliau kemudiannya telah berhijrah ke Kota Madinah al-Munawwarah untuk menjadi tenaga pengajar di Masjid an-Nabawi yang mulia. Beliau amat menguasai ilmu fiqh sehingga digelar sebagai “al-Umdah” yakni tiang atau sandaran dalam ilmu fiqh di kalangan pengikut mazhab asy-Syafi`iyyah. Beliau wafat sekitar tahun 1304H di Madinah al-Munawwarah dan dikebumikan di Jannatul Baqi`.Moga rahmat ALLAH sentiasa dicucuri ke atas rohnya…. al-Fatihah.

Syaikh Nik Mat Kecik rahimahullah dalam karya beliau yang masyhur “Mathla`ul Badrain wa Majmaa`ul Bahrain” pada halaman 141 menukil fatwa Syaikh Muhammad Abu Khudhair bin Ibrahim ad-Dimyathi al-Madani al-Azhari rahimahullah, sebagaimana tercatat dalam karya beliau “Nihayatul Amal li man raghiba fi shihhatil `aqidah wal `amal” yang menyatakan sebagai berikut:
“Bermula yang tetap atasnya oleh hal daripada khilaf yang amat banyak bahawasanya mayyit itu memberi manfaat akan dia barang yang diperbuat baginya pada segala kebajikan kemudian daripada matinya, tetapi tak dapat tiada bahawa diqasad oleh yang memperbuatnya akan pahala demikian itu bagi mayyit; Atau ia mendoa baginya kemudian daripada diperbuatnya dengan hasil pahala baginya; Atau ada ia pada kuburnya. Dan dapat demikian pahala itu pula bagi yang memperbuatnya.”

Maka, pandangan yang menyatakan bahawa segala rupa bentuk amal kebajikan itu harus dan boleh disedekahkan atau dihadiahkan pahalanya kepada saudara-saudara seagama yang telah meninggal dunia, adalah pandangan yang sudah tidak asing lagi dalam umat ini dan ianya telah menjadi pegangan para ulama dan umum umat Islam zaman berzaman.. Bila ianya dilakukan, si pelakunya turut akan memperolehi pahala amalan yang telah dia lakukan itu kerana rahmat ALLAH SWT itu teramat luas daripada boleh dikira-kira. Inilah juga pegangan yang diamalkan sejak zaman tok nenek kita mengenal agama ALLAH yang suci ini dan merupakan pegangan as-sawadul a’dhzam umat ini. 

Maka sayogia ianya turut menjadi pegangan dan amalan kita dan anak cucu kita sekaliannya. Jika si mati boleh diazab akibat ratapan ahli keluarganya, maka apakah yang menghalangnya untuk menerima nikmat dan rahmat daripada amalan sholeh yang dilakukan oleh ahli keluarganya ? Sungguh ALLAH itu al-`Adlul Lathiful Khabir dan rahmatNya luas tanpa boleh dikira-kira dan dibatasi. Pekakkan sahaja telinga kalian daripada salakan puak – puak yang tidak sefaham yang suka memaksa-maksa orang lain untuk menerima fahaman mereka semata-mata.

http://bahrusshofa.blogspot.com/

Jumaat, 14 Jun 2013

CaRa RaSuLuLLaH SAW MeMbAcA aL-QuRaN

Cara Nabi SAW Membaca Al-Quran - By Shahmuzir
Gambar hiasan
Bacalah Al-Quran dan fahamilah ia…

Di dalam tulisan bertajuk Kelebihan Membaca dan Menghayati Al-Quran telah disenaraikan beberapa hadith Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam mengenai anjuran, galakan dan kelebihan berkaitan Al-Quran.  Semoga dengannya kita semakin bersemangat untuk mendampingkan diri kita dengan Al-Quran, in shaa’ ALLAH.

Berikut ini pula diterangkan mengenai cara Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam membaca Al-Quran.  Tujuannya adalah supaya kita sama-sama meniru dan mengikuti cara yang terbaik ini, in shaa’ ALLAH.   Hadith-hadith adalah dipetik dari Syama’il Muhammadiyyah susunan al-Imam at-Turmudzi dan Riyadhus Solihin susunan al-Imam an-Nawawi – rahimahumallah.

1)  Membaca dengan jelas, perkataan demi perkataan.
Ya`la bin Mamlak radhiAllahu `anhu bertanya kepada Ummu Salamah radhiAllahu `anha mengenai cara Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam membaca Al-Quran.  Lalu Ummu Salamah menjelaskan bahawa Rasulullah membaca Al-Quran dengan jelas, perkataan demi perkataan.

(Diriwayatkan oleh Abu Daud, at-Turmudzi dan Nasa’i)

2)  Memanjangkan bacaan sesuai dengan hukum tajwid
Qatadah radhiAllahu `anhu berkata, aku bertanya kepada Anas bin Malik radhiAllahu `anhu:

“Bagaimanakah cara Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam membaca Al-Quran?”
Anas menjawab:  “Baginda memanjangkan bacaan (sesuai dengan hukum tajwid).”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari, Abu Daud, at-Turmudzi, Ibnu Majah, Nasa’i dan Ahmad)

3)  Memotong bacaan pada setiap ayat.
Ummu Salamah radhiAllahu `anha berkata:

“Adalah Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam memotong bacaan Baginda (pada setiap ayat). 
Baginda membaca ‘  الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ  ‘ lalu berhenti. 
Kemudian Baginda membaca ‘  الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ  ‘ lalu berhenti. 
Kemudian Baginda membaca ‘  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ  ‘.”
(Diriwayatkan oleh Abu Daud, at-Turmudzi, Ahmad dan Ibnu Khuzaimah)

4)  Kadang-kala dengan suara yang perlahan, kadang-kala dengan suara yang kuat.
`Abdullah bin Abi Qais radhiAllahu `anhu berkata:

Aku bertanya kepada `A’ishah radhiAllahu `anha mengenai bacaan Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam:  “Adakah Baginda membaca secara perlahan atau pun kuat?”
Beliau menjawab:  “Baginda pernah membaca dengan kedua-dua cara.  Kadang-kala Baginda membaca dengan perlahan.  Dan kadang-kala Baginda membaca dengan kuat.”

Aku membalas:  “Seluruh pujian kepada ALLAH yang memberikan kemudahan dan kesenangan dalam perkara ini.”
(Diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, at-Turmudzi, Ibnu Majah, Nasa’i dan Ahmad)

5)  Membaca dengan suara yang indah
`Abdullah bin Mughaffal radhiAllahu `anhu berkata:

Aku melihat Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam duduk di atas tunggangannya pada Hari Pembebasan Makkah sambil membaca:

إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُّبِينًا.  لِّيَغْفِرَ لَكَ اللَّهُ مَا تَقَدَّمَ مِن ذَنبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ

(Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata.  Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian…)

`Abdullah bin Mugahffal berkata:  “Baginda membaca ayat ini dengan suara yang indah.”
Mu`awiyyah bin Qurrah (seorang daripada yang merekodkan hadith ini) berkata:  “Seandainya orang tidak berkumpul di sekelilingku, pasti akan kubaca seperti itu” atau “sama indah bacaannya dengan Rasulullah.”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, at-Turmudzi, Nasa’i dan Ahmad.)

Dari al-Bara’ bin `Azib radhiAllahu `anhu berkata:
“Aku mendengar Rasulullah sallAllahu `alihi wa sallam membaca pada waktu `Isya’ surah وَالتِّينِ وَالزَّيْتُونِ.  Aku belum pernah mendengar seorang pun yang suaranya lebih merdu dari suara Baginda.”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim)

6)  Kadang-kala mendengar orang lain membaca Al-Quran
Dari Ibnu Mas`ud radhiAllahu `anhu berkata:

Bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam berkata kepadaku:  “Bacakanlah Al-Quran untukku.”
Aku berkata:  “Wahai Rasulullah, saya membacakan Al-Quran untuk tuan?  Padahal kepada tuan lah Al-Quran diturunkan.”

Baginda bersabda:  “Sesungguhnya aku ingin mendengar Al-Quran dibaca oleh orang lain.”
Maka aku pun membacakan untuk Baginda surah an-Nisa’ sehingga sampai ayat:

فَكَيْفَ إِذَا جِئْنَا مِن كُلِّ أُمَّةٍ بِشَهِيدٍ وَجِئْنَا بِكَ عَلَىٰ هَٰؤُلَاءِ شَهِيدًا

(Maka bagaimanakah (keadaan orang-orang kafir pada Hari Akhirat kelak), apabila KAMI datangkan dari tiap-tiap umat seorang saksi (iaitu Rasul mereka sendiri menjadi saksi terhadap perbuatan mereka), dan KAMI juga datangkan engkau (wahai Muhammad) sebagai saksi terhadap umatmu ini?).

Kemudian Baginda bersabda:  “Cukuplah sampai di sini.”
Saya menoleh kepada Baginda, tiba-tiba kedua matanya mencucurkan air mata.”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim)

*Ayat tersebut adalah ayat ke-41, surah an-Nisa’.
Semoga bermanfaat.  Mudah-mudahan hidayah dan taufiq ALLAH tercurah ke atas kita semua, aminn…

muzir.wordpress.com

HADIAH DARI SYURGA - ♥ DOA NUR FATHIMAH ZAHRA ♥


Sekedar gambar hiasan sahaja
Bismillahirrahmanirrahiim,

Salman al-Farisi pernah bercerita; "Saat aku keluar dari rumahku, tepatnya 10 hari setelah wafatnya Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam, aku sengaja menemui Ali bin Abi Thalib. Ali bertanya kepadaku, "Wahai Salman, ke mana gerangan engkau berada dalam beberapa hari ini setelah wafatnya Rasulullah?"

"Wahai kekasihku, Abu al-Hasan, sungguh aku tidak menjauh apa lagi berpaling darimu. Kesedihanku tak kunjung reda akibat wafatnya Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam, suasana berkabung itulah yang mencegahku untuk mengunjungimu" jawabku.

Kemudian Imam Ali berkata, "Wahai Salman, datanglah sekarang juga ke rumah Fathimah, kerana beliau rindu kepadamu dan ingin memberimu suatu hadiah, dan hadiah itu beliau dapatkan dari Syurga"

"Apakah Fathimah mendapat hadiah itu setelah beliau (ayahandanya) wafat?" tanyaku.
"Ya, beliau (Fathimah) mendapatkannya kelmarin" jawab Imam Ali.
Aku pun pergi ke rumah Fathimah, kujumpai beliau sedang duduk, dan beliau berkata, "Wahai Salman, engkau telah menjauh dari ku sepeninggal ayahku!"
Aku berkata, "Wahai kekasihku, apakah aku dianggap menjauh dari engkau?"

Fathimah berkata, "Duduklah dan perhatikanlah apa yang akan aku katakan kepadamu. Pintu rumahku selalu tertutup sepeninggal ayahku. Kelmarin saat aku duduk di tempat ini, sejenak aku merenung tetang terputusnya wahyu dari kami, sementara para malaikat tak pernah putus datang ke rumah kami, namun kelmarin tiba-tiba pintu terbuka tanpa ada seorangpun yang membukanya, lalu para bidadari memasuki rumahku yang belum pernah terlihat keelokan wajah dan bentuk seperti mereka, begitu juga aku tidak pernah menghirup bebauan lebih wangi dari mereka.

Ketika aku melihat mereka, aku bertanya apakah mereka dari penduduk Mekkah atau Madinah? Lalu mereka menjawab, bahawa mereka bukanlah penduduk Mekkah ataupun Madinah, begitu pula mereka bukan penduduk bumi, tapi mereka adalah bidadari dari Surga yang di utus oleh ALLAH untukku.

Mereka berkata kepadaku, bahawa mereka sangat merindukanku. Kemudian aku bertanya kepada yang paling besar di antara mereka, siapa namanya. Dan dia menjawab bahawa namanya adalah "Maqdudah". Aku bertanya mengapa dia dinamai Maqdudah, dia menjawab kerana dia diciptakan untuk Miqdad bin Aswad Kindi.

Kemudian aku bertanya kepada bidadari kedua, siapa namanya. Namanya adalah "Dzarrah", dan aku bertanya mengapa dia dinamai Dzarrah, sementara dia sangatlah cantik di mataku. Bidadari itu menjawab bahawa dia diciptakan oleh ALLAH untuk Abu Dzar Ghifari.

Lalu aku bertanya tentang nama bidadari yang ketiga, dia bernama "Salma", kerana dia diciptakan oleh ALLAH untuk Salman al-Farisi, anak angkat ayahku, Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam.
Ketika bidadari itu mengeluarkan buah kurma yang lebih putih dari salju dan lebih harum baunya dari minyak misik dan diberikan kepadaku.

Wahai Salman, berbukalah sore nanti dengan memakan buah kurma ini, dan tolong besok datanglah lagi ke sini sambil membawa bijinya."

Aku ( Salman ) menerima buah kurma itu dan ketika aku berjalan di perkampungan Madinah, aku menemui sebahagian sahabat Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam, mereka bertanya kepadaku, apakah aku membawa minyak misk, dan aku menjawab "Ya".

Setelah tiba waktu berbuka, aku memakan buah kurma itu, namun aku tidak mendapatkan satu pun biji dari buah kurma seperti yang dikatakan Fathimah.

Kemudian aku pergi ke rumah beliau keesokan harinya, sambil mengatakan bahawa aku tidak mendapatkan satu bijipun dari buah kurma itu.

Fathimah menjawab, "Wahai Salman, memang sama sekali engkau tidak mendapatkan biji di dalamnya, kerana perlu diketahui bahawa buah kurma yang engkau makan ditanam ALLAH di Syurga Darussalam, sebagai imbalan dari ucapan atau bacaan yang diajarkan oleh ayahku yang selalu engkau amalkan tiap pagi dan petang hari"

Aku berkata, "Ajarilah aku, wahai Sayidati!"

Fathimah berkata, "Jika engkau tidak ingin tertimpa gangguan demam selama engkau hidup di dunia, maka bacalah bacaan ini sebagai imbalannya adalah buah kurma di Syurga.

Aku akhirnya mempelajari doa yang diberikan Fathimah Zahra ini, kemudian aku ajarkan doa ini kepada ribuan orang yang terkena demam dari penduduk Mekkah dan Madinah, lalu dengan izin ALLAH Subhana Wa Ta'ala mereka sembuh.

Doa tersebut :

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM. BISMILLAHI-NUR, BISMILLAHI-NURIN-NUR, BISMILLAHINURU 'ALAN-NURI, BISMILLAHILLADZI HUWA MUDABBIRUL-UMURI, BISMILLAHILLADZI KHALAQAN-NURA MINAN-NURI. ALHAMDULILLAHILLADZI KHALAQAN-NURA MINAN-NURI, WA ANZALAN-NURA 'ALATH-THURI FI KITABIN MASTHURIN FI RAQQIN MANSYUR, BIQADARIN MAGDURIN, 'ALAN NABIYYIN MAHBURIN, ALHAMDULILLAHILLADZI HUWA BIL-'IZZI MADZKURIN WABIL-FAKHRI MASYURIN, WA 'ALAS'SARRA'I WADH'DHARA'I MADYKURIN WA SHALLA'LLAHU SAYYIDINA MUHAMMADIN WA 'ALIHITH-THAHIRIN.

Ertinya,
"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih Penyayang. Dengan nama ALLAH Cahaya. Dengan nama ALLAH Cahaya di atas cahaya. Segala puji bagi ALLAH yang telah menciptakan cahaya, menurunkan ke bukit dalam Kitab yang tertulis, dengan ukiran yang tertentu, kepada Nabi Yang Terpilih. Segala puji bagi ALLAH yang dikenal kebesaran-Nya, Yang Masyhor keagungan-Nya, yang disyukuri dalam suka dan duka. Semoga kesejahteraan disampaikan kepada Junjungan kami Muhammad  Rasulullah Nabi dan keluarga baginda yang suci"

(Biharul Anwar, juz 43 hal 66)


SaMpAiKan SaLaM ku KePaDa RaSuLuLLaH


Sahabat sahabat pembaca yang dirahmati ALLAH dan dikasihi Rasulullah.

Di antara adat masyarakat kita, bila ada kenalan yang akan berangkat ke tanah suci Mekah dan Madinah, mesti ada yang minta agar sampaikan salamnya kepada Rasulullah s.a.w.

Sebenarnya tidak perlu mengirim salam kepada Nabi saw dengan jemaah haji @ umrah, kerana ALLAH telah pun menjamin untuk menyampaikan salam hambaNya kepada RasulNya di mana-mana sahaja hambaNya berada..Rasulullah saw bersabda :

لله ملائكة سياحين في الأرض يبلغوني من أمتي السلام
[رواه النسائي]


“Sesungguhnya ALLAH mempunyai malaikat yang berjalan-jalan di bumi,yang akan menyampaikan kepadaku salam dari umatku.”(HR an Nasa’i dan disohihkan oleh Syeikh al Bani)

Kata Syeikh Ibnu Utsaimin rahimahullah:

“Dari sini kami katakan,kalau anda memberikan salam di ujung dunia,maka salam anda akan sampai, kerana ALLAH telah mewakilkan malaikat yang berjalan-jalan di bumi”

Namun dari segi hukum, syarak tidak melarang untuk kita mengirimkan salam kepada Nabi saw melalui jemaah-jemaah haji \ umrah yang akan berangkat ke tanah suci Madinah..Ini berdasarkan perbuatan Khalifah Umar Abdul Aziz di mana beliau telah mengutuskan seorang dari Syam menuju ke Madinah untuk menyampaikan salamnya kepada Nabi s.a.w.

Wallahua'lam

SePuLuH YaNg X AkAn BuSuK Di DaLaM KuBuR

Cahaya Masaku -fb
10 JENIS MAYAT YANG TIDAK AKAN BUSUK DI DALAM KUBUR


1). Para Nabi-Nabi
2). Para Ahli Jihad Fisabilillah
3). Para Alim Ulama menegakkan kalimah ALLAH.
4). Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam.
5). Para Penghafal Al-Qur'an dan beramal dengan Al-Qur'an.
6). Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat ALLAH.
7). Tukang Adzan yang tidak meminta habuan.
8. Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa taat pada perintah ALLAH.
9). Orang mati dibunuh atau dianiaya kerana mempertahankan Maruah dan Agama.
10). Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia.

(HR. Bukhari Muslim)
Mudah2 an Kita tergolong dari 10 Kriteria Tersebut.. Aamiin Allahumma Aaminn....

ReNuNgAn - BeRbUaT BaiK KePaDa iBu BaPa

Us. Zahazan
Kasih bapa
Surah Al-Ahqaaf ayat 15- 16

وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَاناً حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهاً وَوَضَعَتْهُ كُرْهاً وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلَاثُونَ شَهْراً حَتَّى إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحاً تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)".

And We have commended unto man kindness toward parents . His mother beareth him with reluctance , and bringeth him forth with reluctance , and the bearing of him and the weaning of him is thirty months , till , when he attaineth full strength and reacheth forty years , he saith : My Lord! Arouse me that I may give thanks for the favor wherewith Thou hast favored me and my parents , and that I may do right acceptable unto Thee . And be gracious unto me In the matter of my seed . Lo! I have turned unto Thee repentant , and lo! I am of those who surrender ( unto Thee ) .

fB

SIFAT KEMURAHAN ALLAH

D i antara nama dan sifat Allah SWT adalah “Rahman”, “Rahim”, "Hannan", "Mannan", "Kareem" yang menunjukkan pa...