Khamis, 28 Februari 2013

Manusia yang dimurkai ALLAH – Qarun

Manusia yang dimurkai Allah – Qarun

Qarun, lebih dikenali sebagai sepupu Nabi Musa a.s; namun ada juga pendapat ahli sejarah menyatakan dia adalah bapa saudara Nabi Musa a.s. Berketurunan Bani Israel walaupun tinggal di Mesir. Walau apa julukan yang difikirkan oleh kita kepadanya, namun ALLAH SWT telah memberikan laknatnya kepada Qarun – sikaya yang derhaka – hingga ditelan bumi akhirnya!

(Foto: Qasr Qaroun – sisa runtuhan istana Qarun di Mesir)
Qarun disebut secara jelas bersama-sama Firaun dan Haman di dalam al-Quran, sebagai golongan ‘Thogut’. Gelaran ini bermakna, mereka adalah hamba Tuhan yang melampaui batasan. Jika Firaun mengaku dirinya sebagai “Aku adalah Tuhan kamu yang maha tinggi”, maka Qarun pula mengaku bahawa segala harta yang diperolehinya adalah atas hasil usahanya sendiri. Kata Qarun: “Sesungguhnya aku diberi harta itu adalah kerana ilmu yang ada pada aku.” (al-Qasas: 78)

ALLAH SWT menyebut nama Qarun sebanyak empat kali di dalam al-Quran, iaitu dua kali di dalam surah al-Qasas (ayat 76 dan 78) dan masing-masing sekali di dalam surah al-ankabut (ayat 39) dan al-mukmin (ayat 24). Bahkan di dalam surah al-Mu’min ayat 23-24, ALLAH menempelak Qarun, Firaun dan Haman sekali lagi, firman ALLAH  “Dan sesungguhnya telah Kami utus Musa dengan membawa ayat-ayat Kami dan keterangan yang nyata kepada Fir’aun, Haman dan Qarun; maka mereka berkata: (Ia) adalah seorang ahli sihir yang pendusta”.

Qarun akhirnya mati ditenggelami bumi. Turut tenggelam bersama-samanya ialah segala harta bendanya dengan disaksikan oleh Bani Israel. Kini, bekas runtuhan tapak gedung Qarun dipercayai telah ditukarkan ALLAH SWT menjadi sebuah tasik dan ada yang mengatakan sisa-sisa istananya masih ada di Mesir. Walau apa pun yang terjadi, nama Qarun kekal hina di dalam al-Quran – simbol manusia bakhil yang dimurkai ALLAH sepanjang zaman!

http://blog.e-zakat.com.my/?p=156

KiSaH NaBi MUSA dan QaRuN


Gambar hiasan
Qarun adalah seorang dari umat Nabi Musa AS dan mempunyai pertalian kekeluargaan dengan baginda. Ia dikurniakan oleh ALLAH SWT kelapangan rezeki dan kekayaan harta benda yang tidak ternilai banyaknya. Dia hidup mewah, selalu beruntung dalam usahanya mengumpulkan kekayaan, sehingga harta bendanya bertimbun-timbun sehinggakan para pembawa kunci hartanya tidak berdaya membawa atau memikul kunci-kunci peti khazanahnya kerana terlalu banyak dan berat.

Qarun hidup mewah dan menonjol di dalam masyarakatnya. Segala-gala tentangnya adalah luar biasa dan lain dari yang lain. Mahligai-mahligai tempat tinggalnya, pakaiannya sehari-hari, pelayan-pelayannya serta hamba-hamba sahayanya melebihi keperluannya. Namun begitu, dia masih merasa belum puas dengan kekayaan yang dimilikinya dan sentiasa berusaha untuk menambahkan hartanya, sifat manusia yang haloba yang tidak pernah puas dengan apa yang sudah dicapai. Jika ia sudah memiliki segantang emas ia ingin memperolehi segantang yang kedua dan demikianlah seterusnya.

Sebagaimana halnya dengan kebanyakan orang-orang kaya yang telah dimabukkan oleh harta bendanya, Qarun tidak sedikit pun merasa bahawa dia mempunyai kewajiban terhadap fakir miskin dengan harta kekayaannya itu. Dalam hidupnya, ia hanya memikirkan kesenangan dan kesejahteraan peribadinya, memikirkan bagaimana ia dapat menambahkan lagi kekayaannya yang sudah melimpah ruah itu.

Qarun telah dinasihatkan oleh pemimpin-pemimpin kaumnya agar menyumbangkan sebahagian daripada kekayaannya bagi menolong fakir miskin dan orang-orang yang tidak berpakaian dan kelaparan. Beliau telah diperingatkan bahawa kekayaan yang diperolehi itu adalah kurniaan dari Tuhan semata-mata yang wajib disyukuri dengan melakukan amal kebajikan terhadap sesama manusia dan meringankan penderitaan fakir miskin dan orang-orang yang ditimpa musibah. 

Diperingatkan kepadanya bahawa ALLAH SWT yang telah memberinya rezeki yang banyak itu, dapat pula menarik semula nikmat kesenangan apabila kewajipannya terhadap masyarakat diabaikan.

Nasihat yang baik dan peringatan yang jujur oleh pemimpin-pemimpin kaumnya itu tidak diendahkan oleh Qarun, malah tidak mendapat tempat di dalam hatinya. Bahkan ia merasa bahawa kekayaannya menjadikannya pemberi nasihat dan bukan penerima nasihat. Orang ramai harus tunduk kepadanya, mematuhi perintahnya, mengiakan kata-katanya serta membenarkan segala tindak tanduknya.

Qarun menyombongkan diri dengan mengatakan kepada orang-orang yang memberikan nasihat bahawa kekayaan yang beliau miliki adalah semata-mata hasil jerih payahnya dan hasil kecekapan dan kepandaiannya berusaha dan bukan merupakan kurniaan atau pemberian dari sesiapapun. Oleh itu, ia bebas menggunakan harta kekayaannya sekehendaknya dan tidak merasa terikat oleh kewajipan sosial untuk membantu golongan yang memerlukan. Sebagai tentangan bagi para orang yang menasihatinya, Qarun makin meningkatkan cara hidup mewahnya dan sengaja menunjuk-nunjuk kekayaannya dengan berlebih-lebihan.

Apabila ia keluar, ia mengenakan pakaian dan perhiasan yang bergemerlapan, membawa pembantu yang ramai dari kebiasaannya dan menunggang kuda-kuda yang dihiasi dengan indah. Kemewahan yang ditonjolkan itu, menjadikan ramai orang iri hati terhadapnya terutama mereka yang masih lemah imannya. Mereka berbisik-bisik di antara sesama mereka, mengeluh dengan berkata: 

“Mengapa kami tidak diberi rezeki dan kenikmatan seperti yang telah diberikan kepada Qarun?

Alangkah mujurnya nasib Qarun dan alangkah bahagianya dia dalam hidupnya di dunia ini! Dan mengapa Tuhan melimpahkan kekayaan yang besar itu kepada Qarun yang tidak mempunyai rasa belas kasihan terhadap orang-orang yang melarat dan sengsara, orang-orang yang fakir dan miskin yang memerlukan pertolongan berupa pakaian mahupun makanan. Di manakah letak keadilan ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih itu?” Qarun yang tidak mempedulikan nasihat agar bersedekah akhirnya didatangi oleh Nabi Musa AS yang menyampaikan kepadanya bahawa ALLAH SWT telah mewahyukan perintah berzakat bagi tiap-tiap orang yang kaya dan berada.

Diterangkan oleh Nabi Musa AS kepadanya bahawa di dalam harta kekayaan, ada bahagian yang telah ditentukan oleh Tuhan sebagai hak fakir miskin yang wajib diserahkan kepada mereka. 

Qarun merasa marah untuk menerima perintah wajib berzakat itu dan menyatakan keraguan dan kesangsian terhadap Nabi Musa AS. Ia berkata: “Hai Musa, kami telah membantumu dan menyokongmu dalam dakwahmu kepada agama barumu. Kami telah menuruti segala perintahmu dan mendengarkan segala kata-katamu. Sikap kami yang lunak itu terhadap dirimu telah memberanikan engkau bartindak lebih jauh dari apa yang sepatutnya dan mulailah engkau ingin meraih harta benda kami. Engkau rupanya ingin juga menguasai harta kekayaan kami setelah kami serahkan kepadamu hati dan fikiran kami sebulat-bulatnya. Dengan perintah wajib zakatmu ini engkau telah membuka topengmu dan menunjukkan dustamu dan bahawa engkau hanya seorang pendusta dan ahli sihir belaka.”

Tuduhan Qarun yang ingin melepaskan dirinya dari kewajipan berzakat itu ditolak oleh Nabi Musa AS yang menegaskan bahawa kewajipan berzakat itu mesti dilaksanakan kerana ia adalah perintah ALLAH yang wajib ditaati. Qarun tidak dapat mengelakkan diri dari kewajiban zakat itu setelah berbantah dan berdebat dengan Musa, maka ia menyerah dan ditentukan berapa besar zakat yang harus dikeluarkan dari harta kekayaannya.

Setelah tiba di kediamannya, ia menghitung-hitung bahagian yang harus dizakatkan dari harta miliknya. Qarun merasa jumlah yang harus dizakatkan terlalu besar dan merasa sayang untuk mengeluarkan dari khazanahnya sejumlah wang tanpa memperolehi sesuatu keuntungan dan laba sebagai pulangan. Akhirnya Qarun mengambil keputusan untuk tidak mengeluarkan zakat walau apapun yang akan terjadi akibat tindakannya itu. Untuk menguatkan pemboikotannya terhadap kewajiban mengeluarkan zakat, Qarun menyebarkan fitnah terhadap Nabi Musa AS dengan mengajak orang ramai agar menentang perintah mengeluarkan zakat sebagaimana diperintahkan oleh Nabi Musa AS.

Ia menyebarkan fitnah seolah-olah Nabi Musa AS dengan dakwahnya dan penyiaran agama barunya bertujuan ingin memperkayakan diri dan bahawa perintah zakatnya itu adalah merupakan cara perampasan yang halus terhadap milik-milik para pengikutnya. Lebih jahat lagi untuk menjatuhkan Nabi Musa AS dan kewibawaannya, Qarun berpakat dengan seorang wanita agar mengaku di depan umum bahawa ia telah melakukan perbuatan zina dengan Nabi Musa AS. Akan tetapi ALLAH SWT tidak rela Rasul-Nya difitnah oleh tuduhan palsu yang diaturkan oleh Qarun itu. Maka digerakkanlah hati wanita tersebut untuk menyatakan keadaan yang sebenar dan bahawa apa yang ia tuduhkan kepada Nabi Musa AS adalah fitnah Qarun semata-mata dan bahawasanya Nabi Musa AS adalah bersih dari perbuatan yang dituduh itu.

Nyatalah bagi Nabi Musa AS bahawa Qarun berniat tidak baik dan tidak dapat diharapkan untuk menjadi pengikut yang soleh yang mematuhi perintah ALLAH terutama perintah wajib zakat bahkan ia dapat merosakkan akhlak dan iman para pengikut Musa dengan sikap dan cara hidupnya yang berlebih-lebihan. Tambahan pula, Qarun sentiasa berusaha untuk merosakkan kewibawaan Nabi Musa AS dengan melontarkan fitnah serta berbagai hasutan. 

Akhirnya, Nabi Musa berdoa kepada ALLAH SWT agar menurunkan azab ke atas diri Qarun yang sombong dan bongkak itu, agar menjadi pengajaran bagi kaumnya yang sudah mulai goyah imannya melihat kenikmatan yang berlimpah-limpah yang telah ALLAH kurniakan kepada Qarun.

Maka dengan izin ALLAH SWT, maka terjadilah tanah runtuh yang dahsyat di atas mana terletak bangunan yang mewah tempat tinggal Qarun dan gedung-gedung harta kekayaannya. Terbenamlah ketika itu juga Qarun hidup-hidup beserta semua harta kekayaan yang menjadi kebanggaannya.

Peristiwa yang menimpa Qarun dan harta kekayaannya itu menjadi contoh bagi pengikut-pengikut Nabi Musa AS serta ubat rohani bagi mereka yang iri hati dan menginginkan kenikmatan dan kemewahan hidup sebagaimana yang telah dimiliki oleh Qarun. Mereka berkata seraya bersyukur kepada ALLAH

“Sekiranya ALLAH telah melimpahkan rahmat dan kurniaNya, niscaya kami dibenamkan pula seperti Qarun yang selalu kami inginkan kedudukan duniawinya. Sesungguhnya kami telah tersesat ketika kami beriri hati dan menginginkan kekayaannya yang membawa binasa baginya. Aduhai benar-benar tidaklah beruntung orang-orang yang mengingkari nikmat ALLAH.”

Dicatat oleh abimkotatinggi 

KiSaH QaRuN - Surah Al- Qasas Ayat 76 - 84


SURAH AL-QASAS 76-84
Gambar hiasan
Sesungguhnya Qarun adalah ia dari kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka; 
dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (ia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya:

 "Janganlah Engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), Sesungguhnya ALLAH tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu). 

"Dan tuntutlah Dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan ALLAH kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia;

dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba ALLAH  sebagaimana ALLAH berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah); 
dan janganlah Engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya ALLAH tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ". 

Qarun menjawab (dengan sombongnya): "Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". 

(Kalaulah Qarun bijak pandai) tidakkah ia mengetahui dan pandai memahami, bahawa ALLAH telah membinasakan sebelumnya, dari umat-umat yang telah lalu, orang-orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan ? dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana ALLAH sedia mengetahuinya). 

Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan memakai perhiasannya. (pada saat itu) berkatalah orang-orang yang semata-mata inginkan kesenangan kehidupan dunia:

 "Alangkah baiknya kalau kita ada kekayaan seperti yang didapati oleh Qarun! Sesungguhnya Dia adalah seorang yang bernasib baik". 

Dan berkata pula orang-orang yang diberi ilmu (di antara mereka): 
"Janganlah kamu berkata demikian, pahala dari ALLAH lebih baik bagi orang yang beriman dan beramal soleh; dan tidak akan dapat menerima (pahala yang demikian) itu melainkan orang-orang yang sabar". 

Lalu Kami timbuskan dia bersama-sama dengan rumahnya di dalam tanah, maka tidaklah ia mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya dari azab ALLAH  dan ia pula tidak dapat menolong dirinya sendiri. 

Dan orang-orang yang pada masa dahulu bercita-cita mendapat kekayaan seperti Qarun - mulai sedar sambil berkata: "Wah! Sesungguhnya ALLAH memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya, dan Dialah juga yang menyempitkannya kalau tidak kerana ALLAH memberi pertolongan kepada kita tentulah kita akan dibinasakan Dengan tertimbus di dalam tanah (seperti Qarun). 

Aduhai! Sesungguhnya orang-orang yang kufurkan nikmat ALLAH itu tidak akan berjaya!" Negeri akhirat (yang telah diterangkan nikmat-nikmatnya) itu, Kami sediakan bagi orang-orang yang tidak bertujuan hendak mendapat pengaruh atau kelebihan di muka bumi dan tidak ingat hendak melakukan kerosakan; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. 

Sesiapa yang datang membawa amal baik (pada hari akhirat) maka baginya balasan yang lebih baik daripadanya; dan sesiapa yang datang membawa amal jahat, maka mereka yang melakukan kejahatan tidak dibalas melainkan dengan apa yang mereka kerjakan.

Rabu, 27 Februari 2013

Bina umah Mahligai Anda di akhirat

Bina Rumah Mahligai Anda di Akhirat
Gambar hiasan
SUATU hari, Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik berjumpa dengan seorang ulama besar di Madinah bernama Abu Hazim Salamah bin Dinar. Khalifah bertanya kepadanya: “Wahai Abu Hazim, apa sebab yang membuat kami takut mati?”

Abu Hazim menjawab, “Sebabnya adalah engkau telah memewahkan rumahmu di dunia, dan meruntuhkan rumahmu di akhirat. Maka kamu takut berpindah dari rumah yang mewah ke rumah yang runtuh.”

Benar ucapan Abu Hazim ini. Setiap manusia memiliki dua tempat tinggal. Tempat tinggal yang pertama sedang ia diami di dunia, dan sifatnya hanya sementara sahaja. Dan rumah satu lagi akan ia duduki kelak selepas mati dan sifatnya kekal abadi selamanya.

Rasulullah SAW selalu mengingatkan bahawa hidup kita di dunia ini hanya sementara. Kita ibarat seorang musafir yang tengah rehat di bawah pokok. Dan ia akan segera meninggalkan tempat itu untuk mencapai destinasi yang dituju.

Maka sungguh pelik jika ada musafir yang menghiasi tempat istirehatnya yang sementara itu dengan pelbagai sebab-sebab keselesaan dan lupa untuk menyimpan sesuatu untuk tempat tinggalnya yang kekal di destinasi nanti. Tidak terbayang penyesalan yang akan ia rasakan apabila tiba di destinasi itu namun tidak mendapatkan tempat selesa untuk didiami atau diduduki.

Amal Soleh
Amal soleh adalah bekalan kita menuju ALLAH SWT. Tempat kita di akhirat ditentukan dengan berapa banyak amalan ibadah kita di dunia.

Sesiapa yang menginginkan rumah besar di syurga, dihiasi dengan taman-taman yang indah, dia boleh menempahnya dari sekarang. Iaitu dengan memperbanyak kerja-kerja yang diniatkan untuk manfaat agama dan umat Islam.

Kerja-kerja itu sangat beragam. Mulai daripada kerja seremeh menyingkirkan kotoran di jalan hingga kerja-kerja besar seperti pentadbiran negara.

Jadi, konsep amal soleh dalam Islam sangat luas dan tidak terhad pada ibadah-ibadah ritual semata. Ia meliputi perkara-perkara yang biasa kita lakukan sehari-hari.

Membuang sampah pada tempatnya yang disediakan adalah amal soleh.

Meletakkan kereta dalam posisi yang tidak mengganggu pengguna jalan yang lain adalah amal soleh.

Bahkan, tersenyum apabila berjumpa dengan jiran sebelah rumah juga amal soleh.

Sungguh banyak amal soleh yang boleh kita lakukan. Benar ucapan Abu Hazim: “Barang-barang akhirat pada saat ini sedang murah. Pada suatu hari nanti, barang-barang itu akan menjadi sangat mahal sehingga tidak mampu dibeli.”

Barang-barang akhirat menjadi mahal apabila nyawa telah berada di tenggorokan. Pada saat itu, pintu taubat dan pintu amalan telah ditutup. Andai seseorang hendak bersedekah semua hartanya sekalipun, ALLAH tidak akan menerimanya.

Rumah siap
Hidup di dunia adalah satu kesempatan untuk membina rumah selesa di akhirat. Dan orang yang berakal tidak akan melepaskan kesempatan besar ini. Sebelum meninggal dunia, ia berusaha untuk memastikan ada rumah yang akan ia diami di syurga.

Ibnu Rajab al-Hanbali bercerita, suatu hari seseorang yang soleh berjumpa malaikat dalam mimpinya. Malaikat itu berkata: “Kami diperintahkan untuk menyelesaikan rumahmu di syurga. Rumah itu diberi nama: “Vila Kebahagiaan” (Dar al-Surur). Kami telah membina dan menghiasinya dengan sangat indah.

“Khabar gembira untukmu,” lanjut malaikat, “setelah tujuh hari nanti, rumah itu akan  siap dibina.”

Ibnu Rajab berkata: “Tujuh hari kemudian, orang soleh itu meninggal dunia.”

Semoga ALLAH memberi kita taufik dan hidayah untuk kembali kepada ALLAH sebelum maut menjemput. Amin ya rabbal álamin.

http://epondok.wordpress.com/2013/02/20/bina-rumah-mahligai-anda-di-akhirat/

Sabtu, 23 Februari 2013

IBLIS LAKNATULLAH KETIKA DI CABUT NYAWA

IBLIS LAKNATULLAH KETIKA DI CABUT NYAWA
Gambar hiasan
Maka turunlah malaikat Izrail dengan bentuk yang sangat mengerikan, sehingga andai kata seluruh penduduk langit dan bumi dapat melihat bentuk yang mengerikan itu niscaya akan cair kesemuanya kerana tersangat ngeri akan keadaan bentuknya, maka apabila sampai kepada iblis laknatullah dan dibentaknya sekali sahaja, langsung ia pengsan dan berdengkur dan andaikan dengkur itu dapat didengari oleh penduduk timur hingga barat, niscaya pengsanlah kesemuanya.

Setelah sedar iblis laknatullah, lalu malaikat Izrail pun membentak iblis laknatullah sekali lagi: “Berhentilah hai penjahat!!!, kini aku rasakan padamu kepedihan maut sebagaimana dirasakan oleh banyaknya hitungan orang yang telah engkau sesatkan dalam beberapa abad yang engkau hidup, dan hari inilah hari yang ditentukan oleh Tuhan bagimu, maka ke manakah engkau akan lari!!”

Maka larilah iblis laknatullah lari ketakutan ke hujung timur, tiba-tiba malaikat Izrail muncul di hadapannya. Lalu iblis laknatullah pun menyelam ke dalam laut, namun malaikat Izrail tetap muncul di hadapannya, lantas ia dilemparkan oleh laut, maka ia berlari keliling bumi, namun tetap tidak ada tempat untuknya berlindung.

Kemudian iblis laknatullah berdiri di tengah dunia di kubur nabi Adam AS sambil berkata: “keranamu aku telah menjadi celaka, duhai sekiranya aku tidak dijadikan”.

Lalu ia bertanya pada malaikat Izrail: “Minuman apakah yang akan kau berikan padaku dan dengan siksa apakah yang akan kau timpakan kepadaku?”

Malaikat Izrail pun menjawab: “Dengan minuman dari dari neraka Ladha dan serupa dengan siksa ahli neraka dan berlipat-lipat ganda!!”,

Maka bergulingan iblis laknatullah di tanah sambil menjerit sekeras suaranya, kemudian berlari ketakutan dari barat ke timur dan patah balik dari timur ke barat dan sampai ke tempat mula-mula ia diturunkan ke muka bumi ini.

Maka malaikat Zabaniyah AS pun menghadang iblis laknatullah dengan bantolan-bantolan dari neraka Ladha. Bumi ini bagaikan bara api, sedang iblis laknatullah dikerumuni oleh malaikat Zabaniyah dan menikamnya dengan bantolan-bantolan dari neraka itu.

Tatkala iblis laknatullah mula merasai sakratul maut maka dipanggil nabi Adam AS dan Siti Hawa untuk melihat keadaan iblis laknatullah itu, maka bangkitlah keduanya untuk menyaksikannya.

Sesudah melihat, maka keduanya berdoa: “Ya Tuhan kami, sungguh engkau telah menyempurnakan nikmatMu pada kami”.

Wallahua'lam

KIAMAT MEMANG MENUNGGU KITA

KIAMAT MEMANG MENUNGGU KITA
Oleh SITI AINIZA KAMSARI
Gambar hiasan

PENULIS buku terkenal, Muhammad Alexander Wisnu Sasongko yang begitu mendalami persoalan hari kiamat dalam sebuah buku karya terbaru beliau iaitu Armagedon 2012 – Bencana Akhir Zaman yang setebal 558 muka turut meminta umat Islam tidak tersesat dengan dakwaan 2012 merupakan tahun yang mengakhiri usia dunia ini.

Beliau mengulas bahawa ramalan bencana besar yang akan berlaku pada 2012 dan apa juga bentuk ramalan yang seumpama itu adalah bahaya kepada orang yang tidak memiliki iman yang kuat kerana dikhuatiri mereka akan mempercayainya.

Di samping itu, ia juga sangat bertentangan dengan akidah Muslim, kata penulis buku-buku bestseller seperti Yakjuj dan Makjud: Bencana Di Sebalik Gunung (2010) dan Alexander adalah Zulqarnain (2009) yang meraih jumlah cetakan melebihi 20,000 naskhah di negara ini.

Walaupun kita tidak pernah menemui para peramal bagi mendapatkan ramalan-ramalan mengenai bila akan berlakunya kiamat itu, tetapi jika kita sekadar mempercayai melalui apa yang kita dengar, baca dan lihat juga dikhuatiri boleh merosakkan iman dan akidah.

Sedangkan Islam telah menegaskan bahawa hukum mempercayai ramalan terutama dari tukang-tukang ramal adalah haram. Umat Islam sama sekali ditegah dari mempercayai sebarang ramalan terutama yang tidak bersandarkan al-Quran dan hadis.

“Sesiapa yang menemui paranormal, dukun ataupun ahli nujum (ahli astrologi) dan mempercayai apa yang mereka katakan, maka kafir atas apa yang yang diturunkan kepada Muhammad,” 
(riwayat Tirmidzi dan Abu Daud)

Menurut Muhammad Alexander, melalui teks al-Quran dan hadis telah membuktikan tarikh hari kiamat adalah rahsia Allah.

“Hari kiamat termasuk dalam kategori perkara ghaib yang hanya diketahui oleh ALLAH  Manusia termasuk Nabi Muhammad dan Malaikat Jibrail pun tidak mengetahui akan tarikh berlakunya kiamat itu,” katanya.

Tetapi ALLAH memberitahu tanda-tanda kiamat. Tanda-tanda besar sebagai memberitahu Kiamat benar-benar sudah hampir, seperti:

Kemunculan atau keluarnya asap putih yang menyelubungi seluruh atmosfera bumi,
Kemunculan Dajjal, bermata satu yang bertujuan untuk menyesatkan manusia termasuk dengan mengaku bahawa dirinya ALLAH.

Turunnya Nabi Isa AS bagi menyelamatkan manusia dari fitnah dajjal tersebut.
 Munculnya juga bangsa atau kaum Yakjud dan Makjud
Dan apabila matahari tidak lagi terbit dari sebelah timur tetapi mula terbit dari sebelah barat.

“Sebenarnya kiamat versi Islam juga memang ada menceritakan tentang gempa bumi yang besar sebagaimana gambaran kejadian yang menjadi ramalan para peramal barat dan lain-lain individu mengenai berlakunya kiamat tersebut.

“Ini termasuklah juga bumi yang bergegar, gunung ganang yang berterbangan dan hancur menjadi debu dan tsunami besar,” katanya.

Ini sebagaimana yang disebut dalam al-Quran:
Apabila bumi digoncangkan sedahsyat-dahsyatnya dan gunung ganang dihancur luluhkan sehancur-hancurnya maka jadilah ia debu yang berterbangan. (al-Waqiah: 4-6)

Dan apabila lautan pecah bercampur baur. (al-Infitar: 3)

Dalam Islam, kiamat kubra (kiamat besar) berakhir dengan kematian seluruh umat manusia.

“Jadi bagaimana kita boleh percaya bahawa kiamat berlaku pada 2012 sebagaimana yang diramalkan dan difilemkan jika masih ada manusia yang terselamat apabila menaiki kapal-kapa laut yang dibina dengan begitu canggih dan tahan bencana,” kata Muhammad Alexander.

Dengan buku Armagedon 2012 itu, Muhammad Alexander tidak sahaja menidakkan ramalan kiamat yang kononnya akan berlaku pada 2012 tetapi kajian beliau mengenai fasa demi fasa berlakunya kiamat itu mengikut al-Quran, hadis dan bukti dari aspek sains moden yang pada akhirnya pembaca mampu menelah sendiri akan bila dikatakan kiamat itu akan berlaku.

Sementara seorang lagi penulis Islam terkenal, Adnan Oktar atau lebih dikenali sebagai Harun Yahya dalam bukunya Hari Akhir dan Imam Mahadi menjelaskan pelbagai tanda kiamat di dalam al-Quran.

Tambahan penjelasan mengenai hari akhirat dalam kitab-kitab hadis memungkinkan kita sampai pada sebuah kesimpulan yang penting, iaitu terdapat dua tahap atau fasa berlakunya kiamat.

Tahap pertama adalah tempoh di mana seluruh manusia mengalami pelbagai masalah material dan spiritual (kerohanian dan jiwa).

Setelah itu bumi akan memasuki tempoh selamat yang disebut sebagai masa keemasan yang ditandakan dengan kehidupan yang penuh rahmat dan berkat serta tegaknya agama Islam yang benar.

Menjelang akhir masa keemasan, akan ada keruntuhan sosial dalam masa waktu yang singkat. Di saat itulah manusia akan menunggu berlakunya kiamat dalam erti kata yang sebenar.

Ini sebagaimana yang disebut dalam al-Quran, yang bermaksud:
Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu melainkan Hari Kiamat yang datangnya kepada mereka dengan tiba-tiba, kerana sesungguhnya telah datang tanda-tandanya. Maka apakah faedah bagi mereka kesedaran mereka itu apabila Hari Kiamat sudah datang? (Muhammad: 18)

Justeru, Hari Kiamat sememangnya sedang menunggu kita, sedangkan manusia pada hakikatnya mengetahui ‘bila’ akan berlakunya kiamat itu dan jika berlaku pada hari ini sekalipun, umat Islam sememangnya telah bersedia untuk menghadapinya.

Ini kerana kita telah diberikan panduan dan tanda-tanda berlakunya kiamat. Jadi mengapa kita harus percaya pada ramalan-ramalan dan khayalan manusia yang ada kepentingan dan perjanjian dengan syaitan itu?

TENTERA NAMRUD VS NYAMUK

TENTERA NAMRUD VS NYAMUK
Gambar hiasan
Kebinasaan Namrud ini terjadi pada hari Rabu, ia dibinasakan ALLAH SWT dengan tentera nyamuk.

Firman ALLAH SWT yang bermaksud:
“Dan tidak ada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia sendiri.” 
(Al-Muddatsir: 31)

Namrud mempunyai tentera sebanyak tujuh ratus ribu penunggang kuda dengan senjata yang lengkap. Namrud berkata kepada Nabi Ibrahim: “Hai Ibrahim, jika Tuhanmu mempunyai malaikat, maka kirimkanlah kepadaku untuk berperang denganku. Jika sanggup ambillah kerajaanku ini.”

Maka Nabi Ibrahim as. munajat kepada ALLAH SWT: “Ya Ilahi sesungguhnya Namrud dengan tenteranya menunggu kedatangan tenteramu, maka kirimkanlah kepada meraka tentera daripada selemah-lemah makhlukmu iaitu nyamuk.”

Ketika Namrud dan tenteranya telah berkumpul di padang yang luas, maka Allah memerintahkan nyamuk keluar dari lautan. Lalu keluarlah tentera nyamuk hingga menutupi permukaan bumi dan langit.

Kemudian nyamuk bertanya:
“Ya Tuhan kami, apakah yang harus kami laksanakan?”
ALLAH berfirman: “Aku telah menjadikan rezeki kamu semua pada hari ini berbentuk daging tentera Namruz.”

Kemudian ALLAH SWT memberikan kekuatan kepada nyamuk-nyamuk tersebut. Lalu nyamuk-nyamuk tersebut menyerang tentera Namrud, menghisap semua darah mereka, ALLAH memerintahkan kepada nyamuk agar menunda penyeksaan terhadap Namrud. Agar ia dapat melihat sendiri kehancuran tenteranya. Maka nyamuk-nyamuk itu pun membiarkan Namrud sehingga ia dapat pulang ke istana.

Nabi Ibrahim as. merasa hairan dan takjub melihat peristiwa tersebut. Kemudian ALLAH berfirman kepadanya:

“Wahai Ibrahim, demi kemuliaan dan keagungan-Ku, sekiranya engkau tidak meminta kepada-Ku supaya mengutus tentera nyamuk, tentu aku akan mengirimkan yang lebih halus daripada nyamuk, jika seribu di antaranya berkumpul menjadi satu tidak mencapai besarnya nyamuk, tentu akan aku musnahkan juga mereka dengannya.”

Ketika telah dekat seksaan untuk Namrud, lalu ALLAH memerintahkan seekor nyamuk untuk menjalankan tugas tersebut. Nyamuk itu berkeliling di sebatang pohon selama tiga hari. Setelah sampai tiga hari, maka ia masuk ke dalam kepala Namrud melalui lubang hidungnya. Kemudian ia memakan otak Namrud selama 40 hari.

Begitu besar sifat pengasih dan penyayang ALLAH SWT. ALLAH tidak menyeksa Namrud dengan segera, tetapi masih diberi masa ia bertaubat. Masa tiga hari yang diberikan terhadap nyamuk tersebut tidak digunakan oleh Namrud untuk menerima kebenaran ALLAH SWT. Maka jadilah Namrud tergolong ke dalam orang-orang yang dimurkai ALLAH SWT.


TANDA-TANDA KIAMAT MENGIKUT HADIS

TANDA-TANDA KIAMAT MENGIKUT HADIS
Gambar hiasan
1. Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a., katanya, “Rasulullah s. a. w. telah bersabda: ”Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat.”Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari

2. Zina merajalela.
”Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamatakan datang.” 
Sahih Muslim

3. Bemaharajalela alat muzik.”Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. ”Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab;”Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” - Ibnu Majah

4. Menghias masjid dan membanggakannya.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat Nasai.

5. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim

6. Banyak orang soleh meninggal dunia.
”Tidak akan datang hari kiamat sehingga ALLAH mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran.
 – Riwayat Ahmad

7. Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
”Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” -Riwayat Thabrani

8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya saja.
”Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.”
- Riwayat Ahmad

9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. 
“Di antara tanda-tanda telahdekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.” 
- Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.

10. Bulan sabit kelihatan besar.
”Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.” - Riwayat Thabrani

11. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
”Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapak-bapak kamu sebelumnya, mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu” – Sahih Muslim

12. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
”Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar” – Riwayat Ahmad

13. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
”Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai.” – Sahih Muslim

Wallahua'lam

SUATU CERITA OLEH SHEIKH ALI AL-TANTAWI HAKIM TANAH SYAM

SUATU CERITA OLEH SHEIKH ALI AL-TANTAWI HAKIM TANAH SYAM
Syeikh Ali Tontowi, Hakim Di Tanah Syam (Syria)
Dalam cerita yang diceritakan oleh Sheikh Ali al-Tantawi ... Sheikh mengatakan:
Aku adalah seorang hakim di tanah Syam, dan suatu malam ketika aku berkumpul bersama kawan-kawanku di salah sebuah rumah mereka, tiba-tiba aku merasakan sesak nafas dan lemas, aku meminta izin untuk pulang awal tetapi mereka meminta aku untuk pulang bersama mereka, aku cuba bertahan tapi aku tidak mampu, lalu aku meminta izin untuk hanya bersia-siar mengambil udara segar.

Ketika aku berjalan bersendirian di dalam kegelapan malam itu tiba aku mendengar suara mendayu-dayu datang dari sebalik bukit, aku pergi melihat dan mendapati seorang wanita menangis dan mengadu kesengsaraan yang beliau hadapi.

Aku mendekati wanita itu dan bertanya : (Apa yang membuatkan anda menangis, wahai saudari). Beliau berkata : (Suami saya adalah seorang lelaki yang kejam dan tidak adil, beliau telah menghalang saya keluar dari rumah dan mengambil anak-anak saya dan beliau telah bersumpah tidak akan membenarkan saya berjumpa dengan mereka walau dalam masa sehari)

Aku berkata kepada wanita itu : (Mengapa tidak diadukan kepada hakim?)
Air mata wanita itu turun dengan lebat Sambil berkata : (Bagaimana seorang wanita seperti saya mampu berjumpa dengan hakim?)

Syeikh terus menangis sambil berkata : (Sedarkah wanita ini bahawa ketika beliau berkata sebegini ALLAH telah datangkan sendiri hakim - dirinya syeikh sendiri- kepada beliau).

Maha Suci Pengatur Segala Urusan, yang mengaturkan dirinya untuk keluar dalam kegelapan malam untuk berjumpa dan bertanya sendiri dengan orang-orang yang memerlukan beliau.

Doa apakah yang diungkapkan oleh wanita ini sehingga dimakbulkan oleh ALLAH  sebegini cepat dan dengan cara ini.

Oleh itu bagi mereka yang berasa sengsara kerana masalah dan berfikir dunia telah gelap gelita maka angkatlah tangan anda ke langit dan mohonlah kepada ALLAH,  bagaimana ALLAH  selesaikan masalah itu jangan ditanya, tetapi mohonlah dengan hati yang rendah kepada tuhan yang Maha Mendengar doa si semut hitam, di atas batu hitam, dan di dalam kegelapan malam.

Yakinlah bahawa ada sesuatu yang menunggu anda selepas dari kesabaran itu, sehingga membuatkan anda terlupa akan kesengsaraan yang anda hadapi sebelum ini.

http://mahatera.blogspot.com/

KELUARLAH KAMU DENGAN NIQABMU DENGAN SENANG HATI AKU PASTI MEMBELAMU...


KELUARLAH KAMU DENGAN NIQABMU DENGAN SENANG HATI AKU PASTI MEMBELAMU...

Rashid Nikaz
Tahukah anda siapa lelaki ini ?!

Lelaki ini adalah seorang jutawan yang berani lagi pemurah, Rashid Nikaz berasal dari Algeria yang meletakkan jutaan euro wang beliau sendiri sebagai aset untuk membayar segala denda yang dikenakan oleh pihak berkuasa Perancis pada setiap gadis Muslimah yang memakai niqab/purdah.

Sejak bermulanya perlaksanaan undang-undang melarang pemakaian purdah, Rasheed Nikaz telah menghantar surat kepada semua balai polis di Perancis bahawa beliau dengan sukahatinya membayar segala denda yang dikenakan pihak polis terhadap wanita muslimah yang melanggar undang-undang tersebut dan segera melepaskan mereka.

Beliau dengan jelasnya menyebut kepada wanita-wanita yang berpurdah " Keluarlah kamu dengan pakaian niqab/ purdahmu dengan senang hati, dan aku pasti akan membela/membantu kamu!!"

Semoga ALLAH menerima amalan beliau dan diberi ganjaran yang besar di sisi ALLAH.


http://mahatera.blogspot.com/

MISTERI UMUR 40 TAHUN MENURUT AL-QURAN


MISTERI UMUR 40 TAHUN MENURUT AL-QURAN
Gambar hiasan
Dalam salah satu artikel pernah membincangkan tentang pertumbuhan otak yang terus berkembang sehingga pada umur 40-an. Kemudian terhenti ketika mencapai usia ini. Dan hari ini para pengkaji telah mengenal pasti perkara tersebut bahawa pertumbuhan otak akan mengalami penurunan setelah mencapai umur tertentu. Terdapat kajian baru yang diterbitkan dari “Jurnal perubatan Britain” yang melaporkan bahawa faktor usia sangat mempengaruhi perubahan kognitif seseorang. Terdapat kes-kes tertentu mengakibatkan timbulnya penyakit Alois Alzheimer atau penyakit lain dari jenis dimensia dan kadang kala bermula pada awal usia, pada pertengahan umur atau hujung 40-an.

Penyelidik mengatakan bahawa penurunan itu sangat minimum sehingga kemungkinkan kecil untuk dikesan dalam kehidupan seharian. Hal ini telah dilaporkan dalam satu penyelidikan perubatan yang melibatkan peserta setiap tiga atau empat tahun. Dari hasil penyelidikan ini sangat penting kerana membuktikan ubat tersebut berkesan sebagai penawar jika digunakan ketika muncul gejala-gejala penurunan prestasi kongnitif.

Kajian sebelum ini telah membuat kesimpulan bahawa penurunan prestasi kongnitif pada manusia terjadi sebelum usia enam puluh tahun. Akan tetapi hasil penyelidikan terkini menujukkan bahawa faktor tersebut boleh berlaku pada pertengahan usia.

Oleh itu ketika seseorang berumur 40 tahun, maka pertumbuhan otaknya telah terhenti dan selepas umur ini sel-sel otak mula rosak. Tetapi tanpa penelitian dan kajian yang terperinci serata dilengkapi dengan peralatan yang canggih adalah sangat kecil kemungkinan untuk menyedari hal tersebut.

Maha suci ALLAH! Bukankah Al-Quran telah memberitahu perkara ini sebelum 1400 tahun lalu, bahawa manusia ketika mencapai tahap prestasi otaknya pada usia 40 tahun akan mengalami penurunan selepas itu.

ALLAH swt berfirman:
“… Sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdo’a:” Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat yang telah Engkau berikan … “
(Surah Al-Ahqaaf: 15)

http://mahatera.blogspot.com/

Jumaat, 22 Februari 2013

Cahaya Muka Nabi Muhammad

Cahaya Muka Nabi Muhammad
Gambar hiasan aje
Pada suatu hari, ketika Aishah menjahit baju pada waktu sahur, tiba-tiba jarumnya terjatuh. Secara kebetulan, lampu yang dipasang sejak tadi terpadam.

Nabi Muhammad masuk dalam kegelapan tetapi wajahnya yang bercahaya itu menyebabkan Aisyah berjaya mengutip kembali jarum yang terjatuh.

“Wahai Muhammad, alangkah bercahayanya wajahmu,” kata Aisyah.

Kemudian, dia menyambung, “Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?”

Nabi Muhammad menjawab, “Orang yang bakhil.”

Aisyah bertanya lagi, “Siapakah orang yang bakhil?”

“Orang yang bakhil itu ialah orang yang tidak mengucap selawat ke atasku apabila mendengar namaku disebut,” jawab Nabi Muhammad.


Norziati Mohd Rosman

Rabu, 20 Februari 2013

Teladan 39 - Tsabit bin Ibrahim dengan sebiji epal

Teladan 39 - Tsabit bin Ibrahim dengan sebiji epal
Gambar hiasan
Pada suatu hari, Tsabit bin Ibrahim sedang berjalan di pinggir kota Kufah. Tiba-tiba dia melihat sebiji buah epal jatuh ke luar pagar sebuah kebun buah-buahan. Melihat epal yang merah ranum di atas tanah itu, maka terliurlah Tsabit. Lebih-lebih lagi pada hari yang panas terik dan rasa lapar serta haus. Maka tanpa berpikir panjang dia mengambil epal itu dan memakannya. Akan tetapi baru setengahnya di makan dia teringat bahawa buah epal itu bukan miliknya dan dia belum mendapat izin pemiliknya.

Maka ia segera pergi ke dalam kebun buah-buahan itu untuk menemui pemiliknya agar menghalalkan buah apel yang telah dimakannya. Di kebun itu ia bertemu dengan seorang lelaki.

“Aku sudah memakan setengah dari buah epal ini. Aku berharap kamu boleh menghalalkannya,” kata Tsabit kepada lelaki itu.

“Aku bukan pemilik kebun ini. Aku hanya pekerjanya yang ditugaskan merawat dan menguruskan kebunnya,” jawab orang itu.

“Di mana rumah pemiliknya? Aku mahu menemuinya dan minta agar dihalalkan epal yang telah kumakan ini,” Tsabit berkata lagi dengan nada menyesal.

“Apabila engkau ingin pergi ke sana maka engkau harus menempuh perjalanan sehari semalam,” kata lelaki itu.

“Tidak mengapa. Aku akan tetap pergi menemuinya, meskipun rumahnya jauh. Aku telah memakan epal yang tidak halal bagiku kerana makan tanpa izin pemiliknya. Bukankah Rasulullah Saw sudah memperingatkan kita bahawa: ‘Siapa yang tubuhnya tumbuh dari yang haram, maka ia lebih layak menjadi umpan api neraka’,” kata Tsabit yang bertekad untuk menemui si pemilik kebun itu.

Apabila Tsabit tiba dirumah pemilik kebun itu, dia mengetuk pintu. Setelah si pemilik rumah membukakan pintu, Tsabit langsung memberi salam dengan sopan.

“Wahai tuan yang pemurah, saya sudah terlanjur makan setengah dari buah epal tuan yang jatuh ke luar kebun tuan. Kerana itu sudikah tuan menghalalkan apa yang sudah saya makan?”

Lelaki tua yang ada di hadapan Tsabit mengamatinya dengan cermat. Lalu dia berkata. “Tidak, aku tidak boleh menghalalkannya kecuali dengan satu syarat.”

Tsabit merasa khuatir dengan syarat itu kerana takutd ia tidak boleh memenuhinya.
“Apakah syaratnya tuan?” Tsabit bertanya.

“Engkau harus mengawini putriku!” segera ia bertanya orang itu menjawab.

Tsabit tidak memahami apa maksud dan tujuan lelaki itu. “Apakah kerana hanya aku makan setengah buah epalmu yang jatuh ke luar dari kebunmu, maka aku harus mengahwini putrimu?” dia bertanya dengan hairan.

Tetapi pemilik kebun itu tidak melayan kata-kata Tsabit. “Sebelum bernikah, engkau harus mengetahui dulu kekurangan anakku ini. Dia seorang yang buta, bisu, dan tuli. Lebih dari itu ia juga seorang gadis yang lumpuh!” kata lelaki itu sekadar menambah kegusaran Tsabit.

Tsabit amat terkejut dengan keterangan si pemilik kebun. Dia berfikir, apakah perempuan seperti itu patut menjadi isterinya hanya kerana memakan setengah buah epal tanpa keizinan pemiliknya?

“Selain syarat itu, aku tidak boleh menghalalkan apa yang telah kau makan,” tambah pemilik kebun itu lagi.

Kemudian, Tsabit menjawab dengan tenang. “Baiklah, aku terima pinangan ini dan berkahwin dengan anakmu. Aku telah bertekad akan mengadakan transaksi dengan ALLAH Rabbul 'Alamin. Untuk itu aku akan memenuhi kewajiban-kewajiban dan hak-hakku kepadanya karena aku amat berharap ALLAH selalu meridhaiku dan mudah-mudahan aku dapat meningkatkan kebaikan-kebaikanku di sisi ALLAH Ta'ala.”

Kemudian, pernikahan pun dilaksanakan. Pemilik kebun itu membawa dua orang sebagai saksi akad nikah mereka. Sesudah itu, Tsabit dipersilahkan masuk menemui isterinya. Sewaktu Tsabit hendak masuk bilik pengantin, dia berfikir untuk mengucapkan salam biarpun dia tahu isterinya tuli dan bisu. Dia tahu kerana Malaikat yang berkeliaran dalam rumahnya tentu tidak tuli dan bisu.

Apabila dia mengucapkan salam, Tsabit terkejut kerana wanita telah menjadi isterinya itu menjawab salamnya dengan baik. Ketika Tsabit mengulurkan tangan menghampiri wanita itu, sekali lagi Tsabit terkejut kerana itu menyambut huluran tangannya.

Dalam hatinya, Tsabit berkata, “Kata ayahnya, dia wanita tuli dan bisu tetapi dia boleh menyambut salamnya dengan baik. Jika demikian wanita yang di hadapanku ini dapat mendengar dan tidak bisu. Ayahnya juga mengatakan bahawa dia buta dan lumpuh tetapi ternyata dia menyambut kedatanganku dengan ramah dan mengulurkan tangan dengan mesra pula,” Tsabit berfikir mengapa ayahnya menyampaikan berita-berita yang bertentangan dengan kenyataan yang sebenarnya.

Setelah itu Tsabit duduk di samping isterinya. “Ayahmu mengatakan kepadaku bahawa engkau buta. Mengapa?” dia bertanya.

“Ayahku benar, kerana aku tidak pernah melihat apa-apa yang diharamkan ALLAH,” jawab isterinya.

“Ayahmu juga mengatakan bahawa engkau tuli. Mengapa?” Tsabit bertanya lagi.
“Ayahku benar, kerana aku tidak pernah mendengar berita dan cerita orang yang tidak membuat ridha ALLAH. Ayahku juga mengatakan kepadamu bahawa aku bisu dan lumpuh, bukan?" tanya wanita itu kepada Tsabit yang kini sah menjadi suaminya.

Tsabit mengangguk perlahan mengiyakan pertanyaan isterinya. Selanjutnya wanita itu berkata, "aku dikatakan bisu kerana dalam banyak hal aku hanya mengunakan lidahku untuk menyebut nama ALLAH saja. Aku juga dikatakan lumpuh kerana kakiku tidak pernah pergi ke tempat-tempat yang boleh mendatangkan kegusaran ALLAH.”

Tsabit amat bahagia mendapatkan isteri yang ternyata amat saleh dan wanita yang akan memelihara dirinya dan melindungi hak-haknya sebagai suami dengan baik.

“Ketika kulihat wajahnya, Subhanallah, dia bagaikan bulan purnama di malam yang gelap,” kata Tsabit yang berbangga tentang isterinya.

Tsabit dan isterinya hidup aman dan bahagia. Tidak lama kemudian mereka dikurnai seorang putera yang ilmunya memancarkan hikmah ke penjuru dunia. Itulah Abu Hanifah An Nu'man bin Tsabit.

Norziati binti Mohd Rosman
http://kisahseributeladan.blogspot.com

SIFAT KEMURAHAN ALLAH

D i antara nama dan sifat Allah SWT adalah “Rahman”, “Rahim”, "Hannan", "Mannan", "Kareem" yang menunjukkan pa...