Teladan
2 - Raja Mamluk dan Fatwa Imam Nawawi
Ketika
perang antara kerajaan Mamluk dan tentera Monghul berlangsung, kerajaan Mamluk
kehabisan sumber kewangan bagi membiayai peperangan mereka. Raja Mamluk
kemudian meminta para ulama mengeluarkan satu fatwa bagi membolehkan kerajaan
mengutip wang dari rakyat bagi tujuan tersebut. Kebanyakan ulama berkata
hukumnya harus, tetapi Raja Mamluk tidak berpuas hati kerana ada seorang ulama
besar, iaitu Imam Nawawi yang menarik diri dari mengeluarkan fatwa.
Atas
desakan, akhirnya Imam Nawawi setuju untuk berfatwa. Dia berkata, “saya
mengetahui bahawa sebelum ini Tuanku adalah seorang tawanan yang daif dan
akhirnya dengan pertolongan ALLAH, Tuanku
berjaya menjadi seorang raja. Tuanku memiliki 1000 hamba abdi yang mana setiap
seorang dari mereka memakai pakaian yang mahal-mahal serta beberapa utas emas.
Di samping itu, Tuanku juga ada menyimpan 200 orang gundik dan setiap seorang
daripada mereka Tuanku berikan perhiasan batu
permata serta emas yang tinggi nilainya.” Imam Nawawi berhenti.
“Kalaulah
Tuanku mengumpulkan kembali perhiasan itu, sudah pasti ia cukup bagi menanggung
kos pembiayaan perang. Sekiranya semua ini masih belum mencukupi, barulah saya
berani mengeluarkan fatwa yang membolehkan Tuanku memungut harta dari rakyat,” dia
menyambung kemudiannya.
Teguran yang
berani ini menyedarkan imam-imam yang lain. Raja Mamluk pula menjadi murka lalu
memerintahkan agar Imam Nawawi diusir keluar dari kota Damsyik.
Norziati
Mohd Rosman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan