Teladan 18 - Peristiwa Umar Abdul Aziz dilantik
sebagai khalifah
Umar bin
Abdul Aziz dilantik sebagai khalifah kelapan kerajaan Bani Umayyah selepas
kemangkatan Sulaiman bin Abdul Malik, khalifah sebelumnya.
Selepas
pengkebumian Sulaiman, ada beberapa peristiwa menarik yang dilalui oleh Umar.
Ketika berada di makam Sulaiman secara tiba-tiba dia mendengar suara riuh.
“Ada
apa?" tanya Umar kehairanan.
“Inilah
kenderaanmu, wahai Amirul Mukminin,” ujar salah seorang daripada mereka sambil
menunjuk sebuah kenderaan yang disiapkan khusus untuk khalifah.
“Apakah
hubungannya denganku? Jauhkanlah kenderaan ini. Semoga ALLAH
memberkati kalian,” kat Umar dengan suara gementar dan keletihan akibat kurang
tidur. Lalu dia berjalan ke arah seekor keldai yang menjadi tunggangannya
selama ini.
Baru saja ia
duduk di atas keldai, sekumpulan pengawal datang berbaris mengawal di
belakangnya. Di tangan masing-masing tergenggam tombak tajam menandakan mereka
siap sedia menjaga khalifah dari sebarang bahaya.
Melihatkan
pasukan itu, Umar menoleh kehairanan. “Aku tidak memerlukan kalian. Aku
hanyalah orang biasa dari kalangan kaum Muslimin, perjalanan seharianku pada
pagi dan siang hari adalah sama seperti rakyat biasa,” katanya.
Kemudian,
Umar berjalan bersama orang ramai menuju ke masjid. Dari setiap penjuru orang
ramai datang dan berkumpul, lalu Umar pun berdiri. Setelah memuji ALLAH dan berselawat pada Nabi dan para sahabatnya,
dia berkata, “Wahai manusia, sesungguhnya aku menerima cubaan dengan jawatan
ini yang aku dapat tanpa sebarang persetujuan terlebih dulu, tanpa aku minta
atau bermusyawarah dulu dengan kaum Muslimin. Sesungguhnya, aku melepaskan
perjanjian yang ada di hadapan kalian dan sila pilih dari kalangan kalian
sendiri seorang khalifah yang kalian redhai.”
Mendengar
ucapannya itu, orang ramai pun berteriak. “Kami telah memilihmu, wahai Amirul
Mukminin. Kami redha terhadapmu. Aturlah urusan kami dengan kurnia dan rahmat
dari ALLAH,” kata mereka dengan marah.
Norziati binti Mohd Rosman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan