Teladan 13 -Umar Meninggalkan Kemewahan
Gambar hiasan sahaja |
Umar
al-Khattab terkenal dengan sifatnya yang zuhud hinggakan kedudukannya sebagai
ketua negara langsung tidak menggelapkan matanya dengan kebendaan dan
kemewahan.
Jangankan
untuk korupsi, mengambil sesuatu yang menjadi haknya sendiri saja, beliau
enggan melakukannya. Itulah Khalifah Umar al-Khattab, yang terkenal dengan
kezuhudannya. Meskipun beliau berkedudukan sebagai ketua negara atau Amirul
Mukminin, beliau tak pernah tergiur dengan gemerlapnya harta benda.
Tatkala Umar
menerima utusan dari wakil Semenanjung Arab yang, ditaklukinya, dia
menyambutnya dengan satu-satunya jubah yang dia ada. Jubah yang dipakainya itu
begitu lusuh dan mengandungi 12 tampalan.
Sebagai
pengganti kepada Khalifah Abu Bakar As-Siddiq, mestinya dia berhak untuk
mendapatkan gaji yang lebih banyak dari Khalifah Abu Bakar. Tambahan pula,
wilayah kekhilafahan Islam waktu itu semakin luas dan membesar, menjadikan
tugas dan kewajipannya semakin bertambah, manakala kehidupan rakyat juga
semakin makmur. Walau bagaimanapun, Umar memilih untuk menerima gaji yang sama
dengan yang diterima oleh Khalifah Abu Bakar.
Orang-orang
terdekatnya merasa hiba dan prihatin atas sikap kesederhanaannya itu. Beberapa
kali mereka mengusulkan agar Umar menerima gaji sesuai tanggungjawab dan
bebanan tugasnya. Namun, usul itu selalu sahaja ditolaknya.
“Mengapa
kalian memaksaku untuk menerima gaji yang melebihi keperluanku? Ketahuilah,
walaupun Rasulullah SAW diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang kemudian,
namun beliau tetap memilih hidup sederhana, tetapi tetap bersemangat dalam
beribadah. Apalagi aku ini?” Umar berkata dengan penuh keinsafan dan kesedaran
atas tanggungjawabnya sebagai hamba kepada ALLAH
dan juga pemimpin kepada umat Islam.
Norziati binti Mohd Rosman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan