SUATU CERITA OLEH SHEIKH ALI AL-TANTAWI HAKIM TANAH SYAM
Syeikh Ali Tontowi, Hakim Di Tanah Syam (Syria) |
Dalam cerita yang diceritakan oleh Sheikh Ali al-Tantawi ...
Sheikh mengatakan:
Aku adalah seorang hakim di tanah Syam, dan suatu malam
ketika aku berkumpul bersama kawan-kawanku di salah sebuah rumah mereka,
tiba-tiba aku merasakan sesak nafas dan lemas, aku meminta izin untuk pulang
awal tetapi mereka meminta aku untuk pulang bersama mereka, aku cuba bertahan
tapi aku tidak mampu, lalu aku meminta izin untuk hanya bersia-siar mengambil
udara segar.
Ketika aku berjalan bersendirian di dalam kegelapan malam
itu tiba aku mendengar suara mendayu-dayu datang dari sebalik bukit, aku pergi
melihat dan mendapati seorang wanita menangis dan mengadu kesengsaraan yang
beliau hadapi.
Aku mendekati wanita itu dan bertanya : (Apa yang membuatkan anda menangis, wahai saudari). Beliau berkata : (Suami saya adalah seorang lelaki yang kejam
dan tidak adil, beliau telah menghalang saya keluar dari rumah dan mengambil
anak-anak saya dan beliau telah bersumpah tidak akan membenarkan saya berjumpa
dengan mereka walau dalam masa sehari)
Aku berkata kepada wanita itu : (Mengapa tidak diadukan
kepada hakim?)
Air mata wanita itu turun dengan lebat Sambil berkata : (Bagaimana
seorang wanita seperti saya mampu berjumpa dengan hakim?)
Syeikh terus menangis sambil berkata : (Sedarkah wanita ini bahawa
ketika beliau berkata sebegini ALLAH telah datangkan sendiri hakim - dirinya
syeikh sendiri- kepada beliau).
Maha Suci Pengatur Segala Urusan, yang mengaturkan dirinya
untuk keluar dalam kegelapan malam untuk berjumpa dan bertanya sendiri dengan
orang-orang yang memerlukan beliau.
Doa apakah yang diungkapkan oleh wanita ini sehingga
dimakbulkan oleh ALLAH sebegini cepat dan dengan cara ini.
Oleh itu bagi mereka yang berasa sengsara kerana masalah dan
berfikir dunia telah gelap gelita maka angkatlah tangan anda ke langit dan
mohonlah kepada ALLAH, bagaimana ALLAH selesaikan masalah itu jangan ditanya,
tetapi mohonlah dengan hati yang rendah kepada tuhan yang Maha Mendengar doa si
semut hitam, di atas batu hitam, dan di dalam kegelapan malam.
Yakinlah bahawa ada sesuatu yang menunggu anda selepas dari
kesabaran itu, sehingga membuatkan anda terlupa akan kesengsaraan yang anda
hadapi sebelum ini.
http://mahatera.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan