Teladan 37 - Peristiwa Turunnya
Wahyu Pertama
Gua Hira |
Nabi Muhammad saw mengorbankan sebahagian besar waktunya dengan bermeditasi di
dalam kesunyian Gua Hira. Pada suatu hari, ketika baginda sedang
tekun bermeditasi, baginda menerima wahyu yang pertama. Malaikat Jibril
mewahyukan kepadanya firman Tuhan yang pertama, yang termaktub dalam Qur’an melalui
surah Iqra’.
Nabi
Muhammad menjadi sangat gelisah mendapatkan pengalaman baru itu, dan sampai di
rumah baginda menggigil ketakutan, lalu berbaring di tempat tidur
dengan suhu badannya sangat tinggi.
Isterinya,
Khadijah, menjadi sangat khuatir dengan keadaan yang luar biasa itu. Kemudian,
Nabi dirawat dan ditanya sebab kegelisahan itu. Nabi Muhammad saw menceritakan
seluruh kejadian tentang pengalamannya dengan wahyu pertama yang aneh itu.
Dengan sangat gembira Khadijah memberikan ucapan selamat kerana suaminya telah
diangkat ke tingkat yang tertinggi, menjadi utusan Tuhan.
Dia berkata,
“Bergembiralah, kerana Tuhan tidak akan meninggalkanmu.”
Khadijah
kemudian menjadi orang yang pertama memeluk Islam.
Norziati binti Mohd Rosman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan