Teladan 29 -Jaafar dan Ali bin
Abi Talib menjadi anak angkat
Gambar hiasan saja |
Abi Talib termasuk
dalam golongan bangsawan Quraisy dan mempunyai kedudukan yang tinggi dalam
masyarakat. Namun, kehidupannya juga susah dan mempunyai tanggungan yang
banyak. Dia pernah mengalami keadaan yang sangat susah ketika saat kemarau
panjang. Tanamannya mati kerana kekeringan air dan banyak orang terpaksa
memakan bangkai. Ketika, biasanya tidak ada sesiapa yang boleh menghulurkan
bantuan buatnya bagi meringankan beban. Mujurlah ada Abbas dan Muhammad bin
Abdullah.
“Wahai
Abbas, saudaramu (iaitu Abu Talib) mempunyai tanggungan yang sangat ramai.
Sebagaimana yang pakcik saksikan, seluruh masyarakat kini sedang ditimpa
musibah kemarau panjang dan kebuluran yang mengakibatkan banyak orang
kelaparan,” kata Rasulullah kepada Abbas pada suatu hari.
“Marilah
kita pergi ke rumah Abu Talib. Kita ambil alih sebahagian tanggungannya untuk
meringankan beban keluarganya. Aku ambil seorang dari anaknya dan begitu juga
kamu. Mudah-mudahan dengan cara ini,
cukup besar ertinya untuk meringankan bebannya,” sambungnya kepada Abbas.
Abbas setuju
dengan cadangannya itu. “Sangat bagus cadangan itu. Engkau betul-betul membuka
mataku bagi melakukan kerja kebajikan. Marilah kita pergi,” kata Abbas lalu
segera mengajak Rasulullah pergi ke rumah Abi Talib.
Mereka pun
tiba di rumah Abi Talib. “Kami datang hendak meringankan beban terhadanp
tanggungmu yang kian berat. Izinkanlah kami membawa sebahagian anak-anakmu
untuk tinggal bersama kami sehinggalah keadaan yang susah ini berakhir,” kata
mereka.
“Boleh saja,
asal kamu tidak membawa Aqil,” kata Abi Talib yang amat gembira dengan
permintaan itu. Aqil adalah anak lelakinya yang paling tertua.
Lalu
Rasulullah mengambil Ali bin Abi Talib dan di bawa tinggal bersama keluarganya,
manakala Abbas membawa Jaafar bin Abi Talib. Ali tinggal bersama Rasulullah
sehingga Allah mengutusnya menjadi rasul Ali tercatat sebagai pemuda yang
pertama masuk Islam.
Norziati binti Mohd Rosman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan