Teladan 26 - FITNAH TERHADAP
UTHMAN DAN ALI
Gambar hiasan aje |
Uthman bin Affan dilantik menjadi Khalifah ketiga selepas Umar al-Khattab
dibunuh oleh musuh dalam selimut dari golongan munafik. Ketika itu, keadaan
masih lagi bergolak dan huru-hara. Walaupun begitu, dengan ketegasan sikap dan
kebijaksanaan Uthman yang berjiwa lembut, suasana pemerintahan dapat
dikendalikannya secara aman, hingga menyebabkan ramai penganut agama lain
memeluk Islam. Salah seorang daripadanya adalah seorang pemuda Yahudi dari
Yaman yang bernama Abdullah bin Saba'.
Namun
Abdullah mempunyai tujuan lain disebalik usahanya memeluk Islam. Pada suatu
hari, Abdullah berangkat dari Yaman ke Madinah. Dia mengharapkan Uthman selaku
penguasa negara memberikan penghormatan dan kedudukan kerajaan kepadanya.
Apabila tiba, dia meminta izin mengadap Uthman. Setelah diperkenankan, dia
menyampaikan keinginannya agar diberi kedudukan tinggi di salah satu jabatan
terpenting dalam bidang apa saja.
“Aku hanya
seorang pelayan umat. Aku diangkat menjadi Khalifah bukanlah atas keinginanku
bahkan atas kesepakatan para sahabat yang lain,” kata Uthman dengan lembut
sambil cuma menolak permintaan Abdullah itu.
”Tidakkah
tuan tahu bahawa jawatan bukanlah satu kehormatan tetapi merupakan satu amanah.
Apakah tuan sudah sanggup memikul amanah itu sedangkan tuan baru sahaja memeluk
Islam dan lebih daripada itu tidak layak sesuatu kedudukan diminta atau
diminati, kerana ALLAH yang memberi atau
mencabut kedudukan seseorang,” Uthman berkata lagi.
Abdullah
keluar dengan perasaan hampa. Dia telah bersusah payah memeluk Islam dan
menempuh perjalanan yang jauh dengan harapan untuk memperolehi sanjungan dan
mendapat jawatan tinggi, tetapi ternyata hanya memperolehi nasihat dan teguran.
Semenjak dari itu Abdullah, menyimpan dendam kepada Uthman, umat Islam dan
agama Islam. Ia bertekad untuk membinasakan umat Islam dan mengacau ajarannya.
Sehubungan
dengan itu, Abdullah sentiasa berusaha menabur fitnah kepada orang ramai dengan
berkata bahawa pewaris dan Khalifah yang sah adalah Ali bin Abi Talib. Sebahagian
daripada masyarakat telah terpengaruh dengan hasutan tersebut sehingga mereka
menubuhkan kumpulan yang dipanggil Syiah Saba'iyah, iaitu kaum Syiah sekarang.
Fitnah yang
disebarkan oleh Abdullah begitu berkesan sehingga ia berani berkata
“Sesungguhnya yang menjadi Nabi pilihan ALLAH
adalah Ali bin Abi Talib. Hanya kebetulan pada ketika itu malaikat Jibrail
sedang mengantuk sehingga wahyu ALLAH diberikan
kepada Muhammad iaitu orang yang tidak berhak,” katanya dengan angkuh.
Mendengar
khabar beracun seperti itu, Ali menjadi sangat marah. Apabila Ali dilantik
menjadi Khalifah keempat menggantikan Uthman, dia mengusir Abdullah keluar dari
Madinah.
Norziati binti Mohd Rosman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan