Teladan 15 - Istana Umar Al-Khattab
Pada suatu
hari, ada seorang Yahudi dari Mesir baru saja tiba di Madinah. Apabila sampai,
si Yahudi itu bertanya kepada seorang lelaki, "Di manakah istana khalifah negeri
ini?"
Gambar hiasan ye.. |
“Lepas Zuhur
nanti beliau akan berada di tempat istirahatnya di depan masjid, dekat batang
kurma itu,” jawab lelaki yang ditanya.
Si Yahudi
itu terbayang keindahan istana khalifah. Sudah tentu bangunan kerajaannya
merupakan sebuah bangunan yang megah dengan dihiasi kebun kurma yang rendang
sebagai tempat berteduh khalifah.
Namun, apa
yang dilihat tidak seperti apa yang digambarkannya. Dia menjadi bingung dan
pelik kerana tempat yang ditunjuk oleh lelaki itu tidak ada walau satu pun
bangunan, hatta apa-apa bangunan megah yang mirip istana. Yang terdapat
hanyalah sebatang pohon kurma.
Di bawah
pohon kurma itu ada seorang lelaki berjubah kusam yang sedang bersandar dan
kelihatan seperti tidur-tidur ayam atau mungkin juga sedang berzikir. Si Yahudi
itu tidak punya pilihan selain mendekati lelaki tersebut.
“Maaf, saya
ingin bertemu dengan Umar Al-Khattab," dia menyapa.
“Akulah Umar
Al-Khattab,” jawab lelaki itu sambil bangun.
Si Yahudi
itu terpinga-pinga. “Yang saya maksudkan ialah Umar, khalifah yang memimpin
negeri ini,” katanya dengan tegas.
”Ya, akulah
Umar, khalifah yang memimpin negeri ini,” Umar menjawab, juga dengan tegas.
Si Yahudi
itu terdiam. Apa yang dilihatnya jauh berbeza jika hendak dibandingkan dengan
para rahib Yahudi yang hidupnya serba mewah. Apatah lagi rajanya yang
sememangnya hidup dengan kemewahan dan kekekayaan.
Dia sungguh
tidak sangka bahawa ada seorang pemimpin yang duduk dengan beralaskan sehelai
tikar di bawah pohon kurma dan beratapkan langit dan berada ditengah-tengah rakyat
yang hidup dalam kemakmuran dan kebahagiaan.
“Di manakah
istana tuan?” tanya si Yahudi itu lagi.
Umar
menuding kesatu arah. “Rumahku terletak di sudut jalan itu, bangunan nombor
tiga dari yang terakhir.”
“Apakah
bangunan yang kecil dan kusam itu rumah tuan?” soal si Yahudi itu lagi.
“Ya! Tetapi
itu bukan istanaku, kerana istanaku berada di dalam hati yang tenteram dengan
ibadah kepada ALLAH,” balas Umar dengan penuh yakin.
SiYahudi itu
yang pada asalnya seperti terasa dipermain-mainkan menjadi terharu akan
zuhudnya kehidupan Umar.
“Tuan, sejak
hari ini saya menjadi yakin akan kebenaran agama Tuan. Izinkan saya menjadi
Muslim hingga ke akhir hayati.” Dia kemudian menangis kerana begitu terharu
akan keindahan Islam yang Umar tunjukkan.
Norziati binti Mohd Rosman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan