TENTERA NAMRUD VS NYAMUK
Gambar hiasan |
Kebinasaan Namrud ini terjadi pada hari Rabu, ia dibinasakan
ALLAH SWT dengan tentera nyamuk.
Firman ALLAH SWT yang bermaksud:
“Dan tidak ada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia
sendiri.”
(Al-Muddatsir: 31)
Namrud mempunyai tentera sebanyak tujuh ratus ribu
penunggang kuda dengan senjata yang lengkap. Namrud berkata kepada Nabi
Ibrahim: “Hai Ibrahim, jika Tuhanmu mempunyai malaikat, maka kirimkanlah
kepadaku untuk berperang denganku. Jika sanggup ambillah kerajaanku ini.”
Maka Nabi Ibrahim as. munajat kepada ALLAH SWT: “Ya Ilahi
sesungguhnya Namrud dengan tenteranya menunggu kedatangan tenteramu, maka
kirimkanlah kepada meraka tentera daripada selemah-lemah makhlukmu iaitu
nyamuk.”
Ketika Namrud dan tenteranya telah berkumpul di padang yang
luas, maka Allah memerintahkan nyamuk keluar dari lautan. Lalu keluarlah
tentera nyamuk hingga menutupi permukaan bumi dan langit.
Kemudian nyamuk bertanya:
“Ya Tuhan kami, apakah yang harus kami laksanakan?”
ALLAH berfirman: “Aku telah menjadikan rezeki kamu semua
pada hari ini berbentuk daging tentera Namruz.”
Kemudian ALLAH SWT memberikan kekuatan kepada nyamuk-nyamuk
tersebut. Lalu nyamuk-nyamuk tersebut menyerang tentera Namrud, menghisap semua
darah mereka, ALLAH memerintahkan kepada nyamuk agar menunda penyeksaan
terhadap Namrud. Agar ia dapat melihat sendiri kehancuran tenteranya. Maka
nyamuk-nyamuk itu pun membiarkan Namrud sehingga ia dapat pulang ke istana.
Nabi Ibrahim as. merasa hairan dan takjub melihat peristiwa
tersebut. Kemudian ALLAH berfirman kepadanya:
“Wahai Ibrahim, demi kemuliaan dan keagungan-Ku, sekiranya
engkau tidak meminta kepada-Ku supaya mengutus tentera nyamuk, tentu aku akan
mengirimkan yang lebih halus daripada nyamuk, jika seribu di antaranya
berkumpul menjadi satu tidak mencapai besarnya nyamuk, tentu akan aku musnahkan
juga mereka dengannya.”
Ketika telah dekat seksaan untuk Namrud, lalu ALLAH memerintahkan seekor nyamuk untuk menjalankan tugas tersebut. Nyamuk itu
berkeliling di sebatang pohon selama tiga hari. Setelah sampai tiga hari, maka
ia masuk ke dalam kepala Namrud melalui lubang hidungnya. Kemudian ia memakan
otak Namrud selama 40 hari.
Begitu besar sifat pengasih dan penyayang ALLAH SWT. ALLAH tidak menyeksa Namrud dengan segera, tetapi masih diberi masa ia bertaubat.
Masa tiga hari yang diberikan terhadap nyamuk tersebut tidak digunakan oleh
Namrud untuk menerima kebenaran ALLAH SWT. Maka jadilah Namrud tergolong ke
dalam orang-orang yang dimurkai ALLAH SWT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan