Teladan 14 - Umar Dengan Kelahiran
Bayi
Gambar hiasan aje |
Seperti
malam-malam yang sebelumnya, Umar berjalan keluar dari rumahnya sendirian
menyusuri jalanan dan melampaui rumah-rumah yang penghuninya telah lama lena.
Dia tidak mahu malam ini berlalu tanpa dia mengetahui bahawa semua penghuni
kota berada dalam keadaan baik dan tiada sebarang kejadian buruk berlaku.
Biarpun
terasa penat, dia sesekali mendongak melihat langit Madinah yang kelihatan
indah. Maka dia pun tersenyum seperti terhibur dan memuja pencipta-Nya. Dia
berjalan. hingga sampai di luar kota, dan langkahnya terhenti ketika melihat
seorang lelaki yang sedang duduk sendirian menghadap sebuah pelita.
“Apakah yang
engkau lakukan malam-malam begini sendirian,” tegurnya dengan santun.
Lelaki itu
tidak jadi menjawab ketika dia dengar dari dalam bilik suara perempuan yang
memanggilnya dengan mengaduh. Dengan tersekat-sekat, lelaki itu memberitahu
bahawa isterinya hendak bersalin tetapi dia tidak dapat meminta pertolongan
dari jiran mahupun sanak-saudara.
Mendengar
hal itu, Umar segera berlari pulang kerumah biarpun dengan keadaan letih kerana
baru sahaja mengelilingi Madinah dengan selipar yang telah tipis dan dipenuhi
lubang. Segera dia teringat pesanan sahabat-sahabatnya yang mengingatkan agar
dia membeli selipar yang baru.
Apa bila
tiba dirumah, Umar segera mengejutkan isterinya. “Ummi Kultsum, bangunlah, ada
kebaikan yang boleh kau lakukan malam ini.” Isterinya menurut tanpa sepatah
kata, mengekorinya dan segera membelah malam dan tiba dirumah tadi.
Ummi Kultsum
segera masuk dan membantu wanita itu untuk bersalin. Seketika kemudian,
terdengar tangis bayi. Lelaki itu bersujud mencium tanah dan kemudian
menghampirinya
“Siapakah
engkau, yang begitu mulia menolong kami?” lelaki itu bertanya dalam kehairanan
dan kegembiraan.
Umar mahupun
Ummi Kultsum tidak menjawab terus soalan itu. Namun, dia segera tahu kerana
Ummi Kultsum yang memanggil Umar dengan gelaran Amirul Mukminin berkata, “Wahai
Amirul Mukminin, ucapkan selamat kepada tuan rumah kerana telah lahir seorang
anak lelaki yang gagah.”
Kata-kata
ini sekaligus memberitahu siapakah diri Umar yang telah menolongnya.
Norziati binti Mohd Rosman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan