Teladan 17- Gaya Pemerintahan Umar al Khattab
Pada suatu
hari, Umar al-Khattab naik mimbar dan berkhutbah.
“Wahai, kaum
Muslimin! Apakah tindakanmu apabila aku memiringkan kepalaku ke arah dunia seperti
ini?” ( lalu beliau memiringkan kepalanya ).
Seorang
sahabat menghunus pedangnya. Sambil mengisyaratkan gerakan memotong leher, ia
berkata, "Kami akan melakukan ini.”
“Maksudnya,
kau akan melakukannya terhadapku?” Umar bertanya.
“Ya!” Orang
itu menjawab.
Lalu Umar
berkata, “Semoga ALLAH memberimu rahmat!
Alhamdulillah, kerana ada rakyatku yang boleh meluruskan perjalananku apabila
menyimpang dari kebenaran.”
2. Umar Menentang Pemborosan
Pada suatu
hari, Umar al-Khattab mendengar bahawa salah seorang anaknya membeli cincin
bermata seharga seribu dirham. Dia segera menulis surat teguran kepada anaknya
dengan kata-kata sebagai berikut:
“Aku
mendengar bahawa engkau membeli cincin permata seharga seribu dirham. Kalau hal
itu benar, maka segera juallah cincin itu dan gunakalah wangnya untuk
mengenyangkan seribu orang yang lapar, lalu buatlah cincin dari besi dan
ukirlah dengan kata-kata, Semoga ALLAH
merahmati orang yang mengenali jati dirinya.”
3. Peristiwa Umar Meminjam Wang
Pada suatu
hari, Umar al-Khattab memerlukan wang untuk keperluan peribadi. Dia menghubungi
Abdurrahman bin 'Auf, sahabatnya yang berada, untuk meminjam sebanyak 400
dirham.
“Mengapa
engkau meminjam dariku? Bukankah kunci Baitul Maal (perbendaharaan negara)
berada di tanganmu? Mengapa engkau tidak meminjam dari sana?” Abdurrahman
bertanya.
“Aku tidak
mahu meminjam dari Baitul Maal. Aku takut pada saat maut datang menghampiriku,
engkau dan segenap kaum Muslimin menuduhku menggunakan wang Baitul Maal. Jika
hal itu terjadi, pasti amal kebajikanku di akhirat berkurangan. Sedangkan kalau
aku meminjam dari engkau, jika aku meninggal sebelum aku membayarnya kembali, engkau dapat menagih hutangku dari ahli
warisku,” Umar menjawab bagi menunjukkan bahawa beliau seorang pemimpin yang
amanah.
4. Umar Mengakui Kesalahan
Pada suatu
hari, Umar al-Khattab berkhutbah di hadapan kaum Muslimin.
“Jangan
memberikan mas kahwin lebih dari 40 uqiyah (1240 gram). Barangsiapa yang
melebihkannya, maka baki tersebut akan kuserahkan ke Baitul Maal,” katanya.
Dengan
berani, seorang wanita membalas kata-kata Umar itu. “Apakah yang dihalalkan ALLAH akan diharamkan oleh Umar? Bukankah Allah
berfirman, ‘Sedang kamu telah memberikan kepada seseorang di antara mereka
sejumlah harta, maka janganlah kamu mengambil daripadanya sedikitpun’ ( An
Nisaa':20 ),” kata wanita itu.
Umar sedar
bahawa dia telah tersilap kata. “Benar apa yang dikatakan wanita itu dan akulah
salah,” katanya mengakui kesilapan.
5. Umar adil dalam membuat keputusan
Pada suatu
hari, seorang wanita datang dan mengadu kepada Umar al-Khattab, bahawa dia
telah diperkosa. Menurut perempuan itu, oleh kerana dia melawan dan
memberontak, air mani lelaki tersebut telah tertumpah dan mengotori pakaiannya.
Sebagai
bukti, wanita itu menunjukkan pakaiannya yang terkena tumpahan cairan putih.
Umar walau bagaimanapun tidak segera percaya terhadap wanita itu. Da meminta
pendapat Ali bin Abi Talib.
“Sirami
tumpahan putih itu dengan air panas. Kalau kesan itu membeku, maka itu pasti
putih telur. Kalau kesan itu hilang dan lumat bersama air, maka itu adalah air
mani,” kata Ali.
Ketika kesan
itu disiram air panas, ternyata ia membeku. Umar dan Ali pun memutuskan bahawa
pengaduan wanita itu palsu.
“Bertakwalah kamu kepada Allah, wahai wanita! Pengaduanmu
ternyata bohong dan tuduhanmu itu adalah palsu,” kata Umar kepada wanita itu
sebagai menasihatinya.
Norziati binti Mohd Rosman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan