Teladan 36 - Perkahwinan
Muhammad-Khadijah
Gambar hiasan |
Khadijah cukup tertarik dengan sifat yang ada pada Muhammad dan
menerimanya bekerja. Muhammad dihantar ke Basrah membawa barang dagangan
Khadijah. Setelah tiga bulan sekembalinya dari Basrah - Khadijah mengajukan
lamaran untuk menikahinya. Waktu itu Muhammad berusia 25 tahun, dan Khadijah 40
tahun.
Pada zaman itu wanita
Arab bebas menentukan kehendaknya sendiri dalam hal pernikahan, oleh kerana itu
Khadijah terus membicarakan lamarannya dengan Muhammad. Pada hari yang telah
ditentukan, sanak keluarga Muhammad, termasuk bapa saudaranya, Abu Talib dan Hamzah,
berkumpul di rumah Khadijah. Abu Taliblah yang memberikan kata sambutan dalam
upacara pernikahan mereka.
Nabi Muhammad tidak
menikah dengan wanita lain selama Khadijah masih hidup. Usia perkahwiana mereka
25 tahun lamanya dan Khadijah meninggal dunia tiga tahun sebelum Hijrah.
Khadijah melahirkan enam orang anak anak, dua lelaki dan empat perempuan.
Anak lelakinya ialah Qasim dan Abdullah, kedua-duanya
meninggal sewaktu masih bayi manakala empat orang anak perempuannya bernama,
Fatima az-Zahra, Zainab, Ruqaya, dan Ummi Kalsum. Oleh kerana anaknya bernama
Qasim, kadang-kadang Nabi disebut Abul Qasim (ayah Qasim).
Zainab dikahwinkan dengan sepupunya. Kedua anak perempuan lainnya, Ruqaya dikahwinkan dengan
Uthman yang kemudian menjadi khalifah ketiga. Ummi Kalsum juga dikahwinkan dengan Uthman setelah Ruqaya meninggal dunia. Fatima az-Zahra, anak yang paling disayangi oleh Rasulullah berkahwin dengan Ali
Abi Talib.
Keturunan penerus Nabi
ialah melalui anak lelaki Fatima Zahra, iaitu Hasan dan Husain. Kecuali Ibrahim yang
juga meninggal dunia dalam usia muda, semua anak Nabi diperoleh dari perkawinan
baginda dengan Khadijah.
Norziati binti Mohd Rosman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan