Teladan 31 - Nusaibah Serikandi Perang
Gambar hiasan |
Nusaibah merupakan salah seorang daripada serikandi Islam dan merupakan pejuang
Muslimah Islam yang pertama. Dia turut serta dalam Perang Uhud, Perang
Hudaibiyyah, Perang Hunain dan Perang Yamamah serta menyaksikan Bait al-Aqabah.
Nusaibah di Perang Uhud
Ketika
Perang Uhud, Nusaibah keluar memberi minum kepada pasukan Muslimin yang
kehausan dan merawat mereka yang mendapat luka. Apabila tentera Islam menjadi
terdesak dan lari dari medan perang, cuma ada seratus orang sahaja yang tetap
bertahan dan Nusaibah adalah salah seorang yang menghunuskan pedang serta
memakai perisai bagi melindungi Rasulullah dari dikejar musuh.
Kesungguhan
Nusaibah melindungu Rasulullah begitu hebat, hinggakan Rasulullah berkata, “Aku
tidak menoleh ke kiri dan ke kanan kecuali melihat Ummu Imarah (Nusaibah)
berperang di hadapanku.”
Ketika itu,
anaknya Abdullah luka parah ditikam musuh. Dia mengikat luka anaknya lalu
berkata, “Bangun wahai anakku.” Anaknya itu terus bangun dan melawan tentera
musuh.
Rasulullah
yang melihat peristiwa itu merasa terharu. “Wahai Ummu Imarah, siapakah yang
mampu berbuat seperti mana yang engkau lakukan?” kata Rasulullah kepadanya.
Ketika
tentera musuh yang menikam anaknya itu menghampiri, Rasulullah berkata
kepadanya, “Ini dia orang yang telah melukakan anakmu.” Nusaibah menghampiri
orang itu dan menikam betisnya dengan pedang.
“Ya, Ummu
Imarah! Engkau berjaya membalasnya,” kata Rasulullah sambil tersenyum melihat
kesungguhan Nusaibah.
Kemudian,
Nusaibah dengan bantuan beberapa tentera Muslimin berjaya membunuh orang itu.
Melihatkan keadaan ini, Rasulullah berkata, “Segala
puji bagi ALLAH yang
telah menenangkanmu dan menggembirakan hatimu daripada musuhmu serta
memperlihatkan balas dendammu di hadapanmu.”
Ketika
Perang Uhud ini, Nusaibah mengalami luka yang banyak, terutamanya di bahagian
bahu. Rasulullah memeriksa lukanya lalu meminta Abdullah, anaknya untuk
mengikat luka tersebut sambil berkata, “Semoga ALLAH
sentiasa memberkati dan merahmati kamu semua.”
Nusaibah
mendengar kata-kata Rasulullah itu. “Ya Rasulullah! Mohonlah kepada ALLAH agar kami boleh menemanimu di syurga nanti,”
kata Nusaibah.
Maka
Rasulullah pun berdoa, “Ya ALLAH! Jadikalnlah
mereka semua ini penemanku di syurga kelak.”
“Aku
tidak akan mengeluh setiap musibah yang menimpa diriku di dunia ini,” kata Nusaibah sebagai membalas.
Nusaibah di Perang Yamamah
Perang
terakhir yang diikuti oleh Nusaibah ialah Perang Yamamah. Perang ini berlaku
ketika pemerintahan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq bagi memerangi orang-orang
murtad yang diketuai oleh Musailamah al-Kazzab.
Nusaibah
berperang dengan sesungguh hatinya walaupun ketika itu sebelah tangannya telah
putus. Ketika tentera Islam berjaya membunuh Musailamah dan para pengikutnya,
dia bersujud kepada ALLAH sebagai tanda
kesyukuran akan berakhirnya fitnah tersebut.
Nusaibah Punya Karamah.
Nusaibah
dikurniakan ALLAH dengan pelbagai kelebihan
yang tiada pada orang lain. Ketika Rasulullah mencukur rambutnya di
al-Hudaibiyyah, para sahabat berusaha mendapatkan rambut tersebut. Nusaibah
mengambil beberapa helai rambut dan air cucian rambut ini digunakan oleh
pesakit untuk mandi dan minum. Dengan izin ALLAH,
pesakit itu sembuh.
Sebelah tangannya
telah putus ditetak musuh semasa Perang Yamamah. Apabila ada orang yang sakit
datang menemuinya, Nusaibah akan mengusap si pesakit menggunakan tangannya yang
kudung itu sambil berdoa supaya sembuh. Dengan izin ALLAH,
pesakit itu sembuh.
Norziati binti Mohd Rosman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan