Manusia yang dimurkai Allah – Qarun
Qarun, lebih dikenali sebagai sepupu Nabi Musa a.s; namun ada juga pendapat ahli sejarah menyatakan dia adalah bapa saudara Nabi Musa a.s. Berketurunan Bani Israel walaupun tinggal di Mesir. Walau apa julukan yang difikirkan oleh kita kepadanya, namun ALLAH SWT telah memberikan laknatnya kepada Qarun – sikaya yang derhaka – hingga ditelan bumi akhirnya!

(Foto: Qasr Qaroun – sisa runtuhan istana Qarun di Mesir) |
Qarun disebut secara jelas bersama-sama Firaun dan Haman di dalam al-Quran, sebagai golongan ‘Thogut’. Gelaran ini bermakna, mereka adalah hamba Tuhan yang melampaui batasan. Jika Firaun mengaku dirinya sebagai “Aku adalah Tuhan kamu yang maha tinggi”, maka Qarun pula mengaku bahawa segala harta yang diperolehinya adalah atas hasil usahanya sendiri. Kata Qarun: “Sesungguhnya aku diberi harta itu adalah kerana ilmu yang ada pada aku.” (al-Qasas: 78)
ALLAH SWT menyebut nama Qarun sebanyak empat kali di dalam al-Quran, iaitu dua kali di dalam surah al-Qasas (ayat 76 dan 78) dan masing-masing sekali di dalam surah al-ankabut (ayat 39) dan al-mukmin (ayat 24). Bahkan di dalam surah al-Mu’min ayat 23-24, ALLAH menempelak Qarun, Firaun dan Haman sekali lagi, firman ALLAH “Dan sesungguhnya telah Kami utus Musa dengan membawa ayat-ayat Kami dan keterangan yang nyata kepada Fir’aun, Haman dan Qarun; maka mereka berkata: (Ia) adalah seorang ahli sihir yang pendusta”.
Qarun akhirnya mati ditenggelami bumi. Turut tenggelam bersama-samanya ialah segala harta bendanya dengan disaksikan oleh Bani Israel. Kini, bekas runtuhan tapak gedung Qarun dipercayai telah ditukarkan ALLAH SWT menjadi sebuah tasik dan ada yang mengatakan sisa-sisa istananya masih ada di Mesir. Walau apa pun yang terjadi, nama Qarun kekal hina di dalam al-Quran – simbol manusia bakhil yang dimurkai ALLAH sepanjang zaman!
http://blog.e-zakat.com.my/?p=156
Tiada ulasan:
Catat Ulasan