TANDA-TANDA KIAMAT MENGIKUT HADIS
Gambar hiasan |
1. Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a.,
katanya, “Rasulullah s. a. w. telah bersabda: ”Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat.”Baginda
menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih
Bukhari
2. Zina merajalela.
”Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya
melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah
kiamatakan datang.”
– Sahih Muslim
3. Bemaharajalela alat muzik.”Pada akhir zaman akan
terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. ”Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila
hal ini terjadi?” Baginda menjawab;”Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian
(muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” - Ibnu Majah
4. Menghias masjid dan membanggakannya.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia
bermegah-megahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat Nasai.
5. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan
hubungan dengan tetangga tidak baik.
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan
perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam
tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim
6. Banyak orang soleh meninggal
dunia.
”Tidak akan datang hari kiamat
sehingga ALLAH mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi,
maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang
tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran.
– Riwayat Ahmad
7. Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
”Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia
akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang
paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang
mulia” -Riwayat Thabrani
8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya saja.
”Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari
kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali
yang dikenalnya saja.”
- Riwayat Ahmad
9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya
telanjang.
“Di antara tanda-tanda telahdekatnya hari kiamat ialah akan
muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti
telanjang.”
- Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
10. Bulan sabit kelihatan besar.
”Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah
menggelembung (membesarnya) bulan sabit.” - Riwayat Thabrani
11. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan
berita.
”Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang
datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan
belum pernah didengar oleh bapak-bapak kamu sebelumnya, mereka tidak
menyesatkanmu dan memfitnahmu” – Sahih Muslim
12. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang
benar.
”Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak
kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar” – Riwayat Ahmad
13. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
”Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali
menjadi padang rumput dan sungai-sungai.” – Sahih Muslim
Wallahua'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan