Jumaat, 29 April 2011

Kisah Seorang Pemuda Yang Menikahi Wanita “Buta, Tuli, Bisu dan Lumpuh”

Seorang lelaki yang soleh bernama Tsabit bin Ibrahim sedang berjalan di pinggiran kota Kufah. Tiba-tiba dia melihat sebiji epal jatuh keluar pagar sebuah kebun buah-buahan. Melihat epal yang merah ranum itu membuat Tsabit teringin untuk memakannya. Tambahan pula ketika itu panas dan dia kehausan. Tanpa berfikir panjang dipungut dan dimakannyalah buah epal itu. Akan tetapi baru separuh epal itu dimakan, tiba-tiba dia teringat bahawa epal bukan miliknya dan dia belum mendapat izin pemiliknya.

Maka dia segera pergi ke dalam kebun buah-buahan itu untuk menemui pemiliknya dan meminta dihalalkan buah yang telah dimakannya. Di dalam kebun itu dia bertemu dengan seorang lelaki. Lalu dia pun berkata, “Aku sudah makan setengah dari buah epal ini. Aku berharap tuan menghalalkannya”. Orang itu menjawab, “Aku bukan pemilik kebun ini. Aku Khadamnya yang ditugaskan menjaga dan mengurus kebunnya”.

Dengan nada menyesal Tsabit bertanya lagi, “Di mana rumah pemiliknya? Aku akan menemuinya dan minta agar dihalalkan epal yang telah aku makan ini.” Pengurus kebun itu memberitahunya, “Jika engkau ingin pergi ke sana maka engkau harus menempuh perjalanan sehari semalam”.

Tsabit bin Ibrahim bertekad akan pergi menemui tuan pemilik kebun itu. Katanya kepada orang tua itu, “Tidak mengapa. Aku akan tetap pergi menemuinya, meskipun rumahnya jauh. Aku telah memakan epal yang tidak halal bagiku kerana tanpa izin pemiliknya. Bukankah Rasulullah s.a.w. sudah memperingatkan kita melalui sabdanya: “Siapa yang tubuhnya tumbuh dari yang haram, maka ia lebih layak menjadi umpan api neraka”

Tsabit pergi juga ke rumah pemilik kebun itu, dan setiba di sana dia terus mengetuk pintu sambil memberi salam dengan sopan,sambil berkata,” Wahai tuan yang pemurah, saya sudah terlanjur makan setengah dari buah epal tuan yang jatuh ke luar kebun tuan. Kerana itu mahukah tuan menghalalkan apa yang sudah ku makan itu?”

Lelaki tua yang ada di hadapan Tsabit mengamatinya dengan cermat. Lalu dia berkata tiba-tiba, “Tidak, aku tidak boleh menghalalkannya kecuali dengan satu syarat.” Tsabit merasa khawatir dengan syarat itu kerana takut dia tidak dapat memenuhinya. Maka segera dia bertanya, “Apakah syarat itu tuan?” Orang itu menjawab, “Engkau harus mengawini putriku !”

Tsabit bin Ibrahim tidak memahami apa maksud dan tujuan lelaki itu, maka dia berkata, “Apakah kerana hanya aku makan setengah buah epalmu dari kebunmu, aku harus mengkahwini puterimu?”

Pemilik kebun itu tidak mempedulikan pertanyaan Tsabit. Malah dia terus sahaja berkata , “Sebelum pernikahan dilakukan engkau harus tahu dulu kekurangan-kekurangan puteriku itu. Dia seorang yang buta, bisu, dan tuli. Lebih dari itu ia juga seorang yang lumpuh!”

Tsabit amat terkejut dengan keterangan pemilik kebun. Dia berfikir di dalam hatinya, apakah wanita seperti itu patut dia persunting sebagai isteri gara-gara setengah buah epal yang tidak dihalalkan kepadanya? Kemudian pemilik kebun itu menyatakan lagi, “Selain syarat itu aku tidak boleh menghalalkan apa yang telah kau makan !”

Tsabit kemudian menjawab dengan yakin, “Aku akan menerima pinangannya dan perkahwinanya. Aku telah bertekad akan mengadakan pertukaran dengan Allah Rabbul ‘alamin. Untuk itu aku akan memenuhi kewajipan-kewajian dan hak-hakku kepadanya kerana aku amat berharap Allah selalu meredhaiku dan mudah-mudahan aku dapat meningkatkan kebaikan-kebaikanku di sisi Allah Ta’ala”.

Maka pernikahan pun dilaksanakan. Pemilik kebun itu menyediakan dua orang saksi yang akan menyaksikan pernikahan tersebut. Seusai majlis pernikahan, Tsabit dipersilakan masuk menemui isterinya.

Sewaktu Tsabit hendak masuk kamar pengantin, dia berfikir akan tetap mengucapkan salam walaupun isterinya tuli dan bisu, kerana bukankah malaikat Allah yang berkeliaran dalam rumahnya tentu tidak tuli dan bisu juga. Maka iapun mengucapkan salam, “Assalamu”alaikum…”
Tidak disangkanya sama sekali wanita yang ada di hadapannya iaitu isterinya itu menjawab salamnya. Ketika Tsabit masuk hendak menghampiri wanita itu , dia mengulurkan tangan untuk menyambut tangannya. Sekali lagi Tsabit terkejut kerana wanita yang itu menyambut huluran tangannya.

Tsabit merasa hairan. “Ayahnya mengatakan bahawa wanita itu tuli dan bisu tetapi ternyata dia menjawab salamnya dengan baik. Jika demikian bererti wanita yang ada di hadapanku ini dapat mendengar dan tidak bisu. Ayahnya juga mengatakan bahawa dia buta dan lumpuh tetapi ternyata dia menyambut kedatanganku dengan ramah dan mengulurkan tangan dengan mesra pula”, Kata Tsabit dalam hatinya. Tsabit berfikir, mengapa ayahnya menyampaikan berita-berita yang bertentangan dengan yang sebenarnya?

Setelah Tsabit duduk di samping isterinya, dia bertanya, “Ayahmu mengatakan kepadaku bahawa engkau buta. Mengapa?” Wanita itu kemudian berkata, “Ayahku benar, kerana aku tidak pernah melihat apa-apa yang diharamkan Allah”. Tsabit bertanya lagi, “Ayahmu juga mengatakan bahawa engkau tuli, mengapa?” Wanita itu menjawab, “Ayahku benar, kerana aku tidak pernah mahu mendengar berita dan cerita orang yang tidak membuat redha Allah."

Ayahku juga mengatakan kepadamu bahawa aku bisu dan lumpuh, bukan?” Tanya wanita itu kepada Tsabit. Tsabit mengangguk perlahan mengiyakan pertanyaan isterinya. Selanjutnya wanita itu berkata, “Aku dikatakan bisu kerana dalam banyak hal aku hanya menggunakan lidahku untuk menyebut asma Allah Ta’ala saja. Aku juga dikatakan lumpuh kerana kakiku tidak pernah pergi ke tempat-tempat yang boleh menimbulkan kemurkaan Allah Ta’ala”.

Tsabit amat bahagia mendapat seorang isteri solehah dan wanita yang memelihara dirinya. Dengan penuh syukur dia berkata tentang isterinya, “Ketika kulihat wajahnya… Subhanallah, dia bagaikan bulan purnama di malam yang gelap”.

Tsabit dan isterinya yang solihah dan cantik itu hidup rukun dan berbahagia. Tidak lama kemudian mereka dikurniakan seorang putera yang ilmunya memancarkan hikmah ke seluruh penjuru dunia, Beliau adalah Al Imam Abu Hanifah An Nu’man bin Tsabit.

Penulis: ahmadriyadhmz

Asyikkah kita BERCINTA & DICINTAI?

Sukakah kita dengan rumah besar dan selesa?, nescaya Allah menawarkan sebesar langit dan bumi. Asyikkah kita BERCINTA dan DICINTAI? nescaya Allah sediakan PASANGAN untuk bercinta dengan BERIBU KALI ganda nikmat cinta dunia, Sukakah kita kelihatan indah dan cantik?, nescaya Allah akan menjadikan kita AMAT INDAH tanpa satu kelemahan fizikal pun. Syaratnya hanya SATU, jadilah MUTTAQIN (orang bertaqwa).

Us. Zaharuddin

Khamis, 28 April 2011

SURAT DARI SUAMI UNTUK PARA ISTERI

Oleh : Abu Ibrahim Abdullah Bin Mudakir Al Jakarty

Wahai isteriku, ku teringat sebuah kewajiban yang harus ku tunaikan sebagai seorang suami, sebagai seorang nahkoda dalam kapal kita, sebagai seorang pemimpin dalam rumah tangga kita, Sebagaimana yang telah dijelaskan dalam sebuah ayat dan hadith yang bukan hanya sekali aku mendengarnya. Allah Ta’ala berfirman
الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ
“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita” (QS. An Nisa :34)

Nabi Shalallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : “ Setiap kalian adalah pemimpin dan akan ditanya tentang kepemimpinannya. Seorang suami pemimpin di rumahnya dan akan ditanya tentang kepemimpinannya, dan seorang isteri pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya tentang kepemimpinannya”.
( HR. Bukhari dan Muslim dari Abdullah Bin Umar Radiyalallahu ‘Anhu)

Wahai isteriku, aku akan berusaha menjadi suami yang baik, yang menyayangimu yang berusaha untuk berta’awun (saling tolong menolong) dalam kebaikan. Semoga aku berupaya merealisasikan sebuah ayat yang bukan jarang aku mendengarnya

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى

Dan tolong menolonglah kamu dalam kebaikan dan ketakwaan “ ( Qs. Maidah : 2 )
atau aku boleh menjadi seperti seorang hamba yang Allah rahmati, sebagaimana yang telah disebutkan dalam sebuah hadith:

Semoga Allah merahmati seorang laki-laki yang bangun malam lalu sholat dan membangunkan isterinya untuk sholat dan bila tidak mahu bangun dia memercikinya dengan air di wajahnya dan semoga Allah merahmati seorang perempuan yang bangun malam lalu sholat dan membangunkan suaminya untuk sholat dan bila tidak mahu bangun dia memercikinya dengan air di wajahnya
(HR. Ahmad, Ahlu sunan kecuali At Tirmidzi Hadist ini shahih)

Wahai isteriku, aku akan selalu berusaha membuat dirimu senang, sebagaimana aku senang jika diperlakukan seperti itu. Di antaranya aku akan berusaha selalu tampil rapi, wangi di hadapan dirimu. Sebagaimana ku senang jika ku diperlakukan seperti itu.
وَلَهُنَّ مِثْلُ الَّذِي عَلَيْهِنَّ بِالمَعْرُوفِ
Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya”
(QS.AL-Baqarah : 228 )

Wahai isteriku, jika engkau melihat dari diriku rasa cemburu itu bukti rasa cintaku padamu. Yang dengan itu, aku berusaha menjaga dan mencintaimu, semoga dengan sebab kecemburuanku yang syar’i menjadi sebab terjaganya dirimu, aku ingin seperti Sa’ad bin Ubadah bahkan aku ingin seperti Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam.

Berkata Sa’ad bin Ubadah :“ Seandainya aku melihat seseorang bersama isteriku, niscaya aku akan menebasnya dengan pedang yang tajam”, Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “ Apakah kalian merasa heran dengan kecemburuan Sa’ad? Sungguh aku lebih cemburu daripadanya, dan Allah lebih cemburu dari padaku
(HR. Bukhari dan Muslim)

Wahai isteriku, engkau dalam pandanganku seorang yang sangat berharga bagi diriku, sosok yang luar biasa, ketaatanmu yang membuat diriku tambah mencintai dirimu. Engkau di antara anugerah yang terbesar yang Allah berikan kepada diriku, sebagaimana Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

Dunia adalah perhiasan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang sholihah
(HR Muslim)

Dan Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam pun bersabda dalam hadith yang lain:
Barang siapa yang dikaruniai oleh Allah seorang wanita yang sholihah, bererti dia telah menolongnya atas separuh agamanya, maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah pada yang separuh yang kedua
(HR Al Hakim dan dia berkata sanadnya shahih dan disetujui oleh Adz Dzahabi)

Wahai isteriku, kebaikanmu begitu besar kepada diriku, kasih sayang dan kelembutanmu, ketaatan dan kesetiaanmu, pelayanan dan pengorbananmu begitu terasa oleh diriku, wahai isteriku, semoga Allah membalas kebaikanmu dengan masukkanmu ke dalam surga Nya.

Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “ Bila seorang isteri shalat lima waktu, puasa pada bulan ramadhan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya ia akan masuk surga dari pintu mana saja yang dia inginkan ”
(HR.Ibnu Nuaim di hasankan oleh syaikh Al AlBani)

Wahai isteriku, ingatkanlah jika suamimu keliru, jika ada hakmu yang terlalaikan, wahai isteriku jangan engkau ragu untuk menasihati jika suamimu keliru, jika suamimu salah, wahai isteriku ku ingin rumah tangga kita dibangun di atas saling menasihati di dalam ketaatan kepada Allah, kerana atas dasar inilah agama kita dibangun. Sebagaimana Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda “Agama itu adalah nasihat” (HR Muslim)

Wahai isteriku, ku ingin hubungan kita dibangun atas saling percaya dan saling berkhusnudzan (berberbaik sangka) satu dengan yang lainnya, kerana dengan sebab inilah akan menutup celah hal-hal yang akan menimbulkan hubungan kita tidak harmonis.

Wahai isteriku, sebagai seorang suami aku ingin mengajarkan perkara agama kepada dirimu, tentang permasalahan tauhid, sholat, puasa dan permasalahan agama yang lainnya, atau mari kita bersama-sama pergi ke majlis ilmu yang membahas perkara agama dengan pemahaman yang benar, kerana hal ini adalah di antara kewajibanku sebagai seorang suami, sebagaimana Allah Ta’ala berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا
Hai orang-orang yang beriman, pelihara dirimu dan keluargamu dari api neraka
(QS. At Tahrim:6)

Wahai isteriku, aku akan melangkahkan kaki ini, mengerahkan tenaga mencari rezeki yang halal yang Allah tetapkan untuk diriku, sebagai tanggungjawab seorang suami untuk menafkahi anak dan isterinya, sebagaimana Allah Ta’ala berfirman :

لِيُنفِقْ ذُو سَعَةٍ مِنْ سَعَتِهِ وَمَنْ قُدِرَ عَلَيْهِ رِزْقُهُ فَلْيُنفِقْ مِمَّا آتَاهُ اللهُ لا يُكَلِّفُ اللهُ نَفْسًا إِلَّا مَا آتَاهَا سَيَجْعَلُ اللهُ بَعْدَ عُسْرٍ يُسْرًا
Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rezekinya hendaklah memberikan nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan (sekedar) apa yang Allah berikan kepadanya
(QS. Ath-Thalaq : 7)

Wahai isteriku, aku akan selalu berusaha bergaul dengan pergaulan yang baik dengan dirimu, dengan kelembutan dan kasih sayang, dengan tutur kata yang sopan dan etika yang baik, dengan mendengar dan menghargai pendapatmu, dengan membantu dan meringankan pekerjaanmu, dengan bersikap yang baik dan menjaga perasaanmu, wahai isteriku maafkan suamimu jika masih jauh dari hal itu, aku ingin berusaha berbuat yang terbaik untuk dirimu.

Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda :
Kaum mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik ahklaqnya, dan sebaik-baiknya kalian ialah yang terbaik kepada isterinya “ (HR. Bukhari dan Muslim)

Wahai isteriku,aku ingin engkau akrab dengan kedua orang tuaku. Aku ingin mereka menyayangimu seperti anaknya sendiri, wahai isteriku mulailah dengan berlaku lemah lembut kepadanya, membantu pekerjaannya, niscaya engkau akan disayang seperti anaknya sendiri.

Wahai isteriku semoga Allah menjaga dan memberkati rumahtangga kita di atas ketaatan kepada Allah hingga akhir hayat kita, dan memasukan kita ke dalam surgaNya.

Tuhan


Tuhan
Ku pohon kemanisan perhambaan.
Tuhan
berilah ku kurnia kemanisan iman.
Tuhan
Berillah ku keseronokan peribadatan
Berilah peluang mataku menitiskan mutiaranya
Tuhan berilah ku rasa keikhlasan
Berilah ku rasa keinsafan
Berilah aku kekuatan melawan diri sendiri
Yang seringnya terpasrah pada nafsu amarah
Yang sering tewas pada jeleknya dunia yang ku pandang indah
Sering terpesona pada mata kuyu dan galak.

Tuhan
Istiqamahkan segala perbuatan redaMu pada lakuan ku
Perhambaan sebagai hamba kepada Khaliq
Hindarkan aku daripada berpura-pura
Jauh sekali ingin menyata pada makhluk sekalian
Tuhan Kau ampunilah daku
Tuhan biarkan aku sentiasa dalam dakapanMu

Tuhan biarkan hatiku selalu mencintaiMU
Tuhan limparkan rahmat dan kasih sayangMU kepadaku.

Sayang Dan Cintailah...

Kehidupan adalah perjalanan yang penuh dengan kasih sayang. Pakailah cinta dan sayang sebagai jubah kehidupan. Sudah pasti perjalanan hidupmu penuh dengan makna kesetiaan dan kesyukuran.
Jika pakaian kasih dan cinta itu engkau tanggalkan. Bersedialah menghadapi bencana sepanjang kehidupan. Sekiranya sayang yang engkau taburkan, maka sayanglah yang engkau akan terima, begitulah sebaliknya.

Tuhan Maha Penyayang. Tuhan Maha Pencinta. Pastikan sayang cintamu itu,di dalam redhaNya

KENAPA ENGKAU MENCINTAINYA !

Dipetik dari kitab Nasihat Agama dan Wasiat Iman oleh Imam Habib Abdullah Haddad :

 Apabila seseorang mencintai orang lain, bersahabat dan membiasakan diri dengannya, kerana dilihatnya orang itu mencintai Allah dan taat-setia kepada perintah Allah, maka hal sedemikian itulah yang dikatakan bercinta-cintaan kerana Allah Ta’ala;

 Ataupun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat dengannya, kerana orang itu membantunya di dalam selok-belok agama, dan mengarahkannya untuk bertaat-setia terhadap Tuhannya, maka hal sedemikian itu juga dikira bercinta-cintaan kerana Allah;

 Ataupun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat dengannya, kerana orang itu membantunya dalam urusan keduniaan, yang mana dengannya pula ia boleh mengurus urusan akhiratnya, maka itu juga termasuk cinta-mencintai kerana Allah;

 Ataupun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat dengannya, kerana dirinya merasa senang berkawan dengan orang itu, dan dadanya merasa lapang senang berkawan dengan orang itu, dan dadanya merasa lapang bila duduk bersama-sama dengannya;

 Ataupun orang itu dapat menolongnya di dalam urusan dunianya, dan di dalam hal-ehwal kehidupannya, yang menerusinya ia boleh hidup senang-lenang, maka cinta serupa itu adalah cinta biasa yang tidak ada kena-mengena sedikit pun dengan Allah.

 Adapun jika ia bersahabat kepada seseorang, kerana orang itu bisa menemannya untuk pergi ke tempat maksiat, atau membantunya untuk menganiaya orang, ataupun memimpin dan menunjuknya ke jalan-jalan fasik dan mungkar, maka persahabatan serupa itu dan kecintaan serupa itu adalah persahabatan dicela dan kecintaan yang tidak berguna, kerana ia menarik kita ke jalan syaitan, yang tidak kena-mengena dengan Allah.

 Persahabatan dan kecintaan sebeginilah yang akan bertukar menjadi permusuhan di akhirat kelak. Sama-samalah bermuhasabah.

Wallahualam..

Selasa, 26 April 2011

DARI DALAM AKU…….

Dan apabila seruan itu kembali memanggil. Bersegeralah menyapanya. Sementelahan Tuhan masih memberimu ruang, untuk bersujud kepadaNya. Lihatlah Dia dengan mata hatimu. Sebutlah Dia dengan lidah lisanmu. Bisiklah AsmaNya di setiap penjuru suaramu. Bisikan AsmaNya di setiap sudut hidup nafasmu. Dengarkan sentiasa, bisikan zikir itu.
Kelak engkau akan merasai resapan ketenangan dan sentuhan kasih cintaNya.

Isnin, 25 April 2011

MuTiArA KaTa

Imam Ali berkata, “Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya; menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya”.

Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan.

Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau –
Saidina Umar Al-Khattab

Sabtu, 23 April 2011

ISTERI- ISTERI RASULULLAH S.A.W

Aisyah binti Abu Bakar (wafat 58 H)
 Aisyah dipersunting oleh Nabi saw. pada tahun kedua Hijrah dan satu-satunya isteri Rasulullah saw. yang dikahwini baginda sewaktu perawan. Aisyah adalah isteri yang paling dicintai oleh Nabi dan yang paling banyak meriwayatkan hadis dari Nabi. Aisyah juga termasuk wanita yang paling pakar dalam ilmu agama dan etika. Beliau wafat di Madinah dan dimakamkan di Baqi.

Hafsah binti Umar (wafat 45 H)
 Dari sejak Islam muncul, Hafsah terus menganut agama Islam. Hafsah bersama suaminya ikut berhijrah ke Madinah, namun suaminya telah meninggal dunia semasa perang Badar. Setelah itu, Rasulullah melamarnya dari orang tuanya. Hafsah seterusnya dinikahkan dengan Rasulullah. Beliau meninggal dunia di Madinah.

Juwairiah binti Harits bin Abu Dhirar (wafat 56 H)
 Nama asalnya adalah Burrah binti Harits. Beliau telah ditawan oleh kaum Muslimin pada perang Bani Musthaliq dan diberikan kepada Tsabit bin Qais sebagai bahagian dari rampasan perang. Beliau diberi hak oleh Tsabit untuk menebus kemerdekaannya dengan nilai sejumlah harta. Juwairiah pergi menghadap Rasulullah untuk minta bantuan, Rasulullah menawarkan kepadanya persetujuannya membayar sejumlah harta yang telah disepakati itu. Setelah merdeka Rasulullah menikahinya.

Khadijah binti Khuwailid (wafat 3 SH)
 KHADIJAH adalah isteri Rasulullah yang pertama dan orang yang paling banyak membantu perjuangan baginda ditahun-tahun pertama kenabian. Sebelum masa kenabian beliau digelar dengan panggilan “wanita suci”. Rasulullah menikah dengannya 15 tahun sebelum baginda diangkat menjadi nabi dan rasul. Putera-puterinya dari Nabi adalah; Qasim dan Abdullah. Kedua-duanya meninggal ketika masih kecil, kemudian Zainab, Ruqaiyah, Ummi Kultsum dan Fatimah. KHADIJAH memberikan sokongan penuh dari segi moral mahupun material kepada Nabi dalam perjuangan baginda. Khadijah meninggal dunia pada “aamul-huzni” (tahun kesedihan) dan dimakamkan di Hujun.

Maimunah binti Harits (wafat 50 H/670 M)
 Nama asalnya adalah Burrah, kemudian Nabi menggantikan namanya kepada Maimunah. Dialah wanita yang menghadiahkan dirinya kepada Nabi yang kerananya turun ayat yang bermaksud: “Perempuan mukmin yang menyerahkan dirinya kepada Nabi..” (Al-Ahzab, ayat 50).

Mariah Qibtiah (wafat 16 H/637 M)
 Seorang wanita berasal dari Mesir yang dihadiahkan oleh Muqauqis, penguasa Mesir kepada Rasulullah pada tahun 7 H. Setelah dimerdekakan lalu dinikahi oleh Rasulullah dan mendapat seorang putra bernama Ibrahim. Sepeninggalan Rasulullah dia dijagai oleh Abu Bakar kemudian Umar dan meninggal pada masa kekhalifahan Umar.

Saudah binti Zam`ah (wafat 23 H/643 M)
 Saudah memeluk Islam bersama suaminya dan turut berhijrah ke Abessina. Dalam hijrah yang kedua, suaminya meninggal dunia. Beliau lalu dinikahi oleh Rasulullah setelah Khadijah wafat. Rasulullah membawanya berhijrah ke Madinah. Saudah termasuk isteri Nabi yang sering memberikan giliran harinya kepada Aisyah.

Sofiah binti Huyai bin Akhtab (wafat 50 H)
 Sebelum memeluk Islam, Sofiah merupakan seorang penganut Yahudi Bani Akhthab, yang ditawan ketika peperangan Khaibar. Rasulullah saw memilih dan memerdekakannya, lalu Sofiah masuk Islam, setelah itu dinikahi oleh Rasulullah saw. dan meninggal dunia di Madinah.

Ummu Habibah binti Abu Sofyan (wafat 44 H/664 M)
 Nama lengkapnya adalah Ramlah binti Abu Sofyan, dia ikut berhijrah ke Abessina (Eriteria sekarang) bersama suaminya, tetapi suaminya terpengaruh di sana, lalu murtad dan meninggal dunia sebagai penganut Kristian. Rasulullah saw. segera mengirim Amru bin Umaiah Dhumari untuk melamarnya buat Rasulullah. Najasyi, penguasa Abessina menikahkannya kepada Rasulullah dengan maskahwin bernilai 400 dinar.

Ummu Salamah (wafat 57 H/676 M)
 Nama lengkapnya adalah Hindun binti Umaiah, termasuk sahabat wanita yang terawal memeluk Islam. Ummu Salamah menyertai hijrah sebanyak dua kali (Abessina dan Madinah). Suaminya mati syahid dalam perang Badar, lalu Rasulullah menikahinya. Beliau termasuk wanita yang bijak, berakhlak mulia dan pandai menulis dan membaca. Beliau dikurniai usia yang panjang. Ummu Salamah meninggal dunia di Madinah dan dimakamkan di Baqi.

Zainab binti Jahsy (wafat 20 H)
 Nama asalnya adalah Burrah, sepupu Rasulullah. Mulanya beliau menikah dengan Zaid bin Haritsah. Setelah dicerai, beliau dinikahi Rasulullah dan diberi nama Zainab dan digelar dengan panggilan Ummul Hakam. Zainab sangat warak dan kuat beribadat serta banyak bersedekah. Beliau juga seorang yang berketrampilan., suka bekerja sendiri, sangat menyayangi orang-orang miskin dan selalu memberi derma kepada keluarga orang miskin dan anak yatim.

This entry was posted in Ensiklopedia Islam, Keluarga Rasulullah, Muslimah. Bookmark the permalink.

Selasa, 19 April 2011

KISAH NABI MUHAMMAD S.A.W


Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu…
Al-Ahzab: 21

Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan baginda adalah keras terhadap orang-orang kafir tetapi berkasih sayang sesama mereka…
Al-Fath: 29

Bahawasanya Nabi Muhammad itu telah diputerakan pada 12 Rabiul-Awal, bersamaan 20 April 571 Masehi. Ayahanda baginda Abdullah Bin Abdul Muthalib telah wafat sewaktu Nabi masih di dalam rahim ibunya. Bertepatan masanya, bonda Nabi, Aminah Binti Wahab pun melahirkan seorang putera tanpa cacat dan cela. Ibu Nabi telah menyusukannya selama tiga hari.

Kemudian Baginda disusukan pula oleh Tsuwaibah dan akhirnya diberi jagaan dan susuan oleh Halimah Sa’dyah yang membawa ke desanya di luar kota Mekah. Tinggallah Nabi dalam jagaan baik Halimah selama empat tahun dan Baginda di bawah kawalan datuknya Abdul Mutalib.

Baginda menjadi yatim piatu pada usia enam tahun setelah wafatnya bonda Nabi. Maka tinggallah baginda dalam jagaan datuknya hanya untuk tempoh dua tahun sahaja. Setelah itu Baginda dijaga dan dipelihara oleh ayah saudaranya Abu Thalib. Walaupun kehidupan mereka miskin, sebagai anak remaja Baginda telah berikhtiar membantu dengan mengambil upah menjaga dan membela kambing dan dengan upahan itulah Baginda dapat menolong bapa saudaranya menyara kehidupan mereka sehari-hari.

Ketika berusia dua belas tahun, bapa saudaranya Abu Thalib telah membawa Nabi ke negeri Syam (Palestin) kerana berniaga. Dalam pemergian inilah Baginda telah ditemui oleh seorang pendita Nasrani dan beliau berpesan kepada bapa saudara Nabi agar memelihara Baginda dengan baik kerana menurutnya Muhammad bakal menjadi seorang Nabi.

Apabila Muhammad berusia 25 tahun, Baginda telah berkahwin dengan Khadijah Binti Khuwalid, seorang perempuan yang mulia dan kaya. Sebelum perkahwinan itu, Baginda telah membawa barangan dagangan Khadijah ke negeri Syam dan beroleh keuntungan. Waktu perkahwinan itu Khadijah telah berusia 40 tahun.
Manakala Baginda berusia 40 tahun, beliau telah diangkat menjadi Rasul Allah dan padanya terletak kewajipan menyampaikan perintah-perintah Allah kepada sekalian manusia.

Nabi Muhammad mengajak manusia kepada agama Islam. Pengikut-pengikutnya kian bertambah dan ini memyebabkan musuh-musuh Islam merasa terancam dan mereka mula bertindak liar dengan mengancam dan menyiksa pengikut-pengikut Nabi. Di samping berbagai ancaman, mereka juga cuba memujuk Nabi supaya Baginda menghentikan seruan kepada Islam. Tetapi Nabi terus menghadapi mereka dengan tabah hati walaupun berbahaya pada dirinya. Suasana menjadi lebih cemas sehingga di antara pengikut-pengikut Nabi berhijrah ke Habsyah (Ethiopia).

Suasana berikutnya bertambah sukar apabila Abu Thalib dan isteri baginda Khadijah wafat. Dalam ketika yang dirundung malang itu, Baginda telah dibawa Isra’ dan Mi’raj oleh Malaikat Jibril bagi melihatkan kekuasaan Allah.

Ancaman ke atas Rasulullah kian bertambah meruncing sehingga mereka telah merancang membunuh Baginda. Maka itu Allah memerintahkan kepada Nabi supaya berangkat meninggalkan Mekah pergi ke Madinah. Perjalanan ini atau Hijrah Rasulullah s.a.w. terjadi pada 12 Rabiulawal setelah tiga belas tahun kerasulan Naginda. Hari itu bertepatan dengan 28 Jun 622 Masehi dan Baginda berusia 53 tahun.

Di Madinah, Islam telah berkembang dengan pesat sekali. Dengan kegigihan Rasulullah s.a.w. maka terdirilah sebuah masyarakat Islam dan sebuah Negara Islam di sana. Baginda kemudian menubuhkan angkatan perang yang padu dan dengan itu kedudukan Nabi dan kaum Muslimin mulai padu dan kuat. Dengan izin Allah, mereka berperang menghadapi musuh-musuh Islam yang zalim.

Islam segera dapat berkembang ke merata tempat kerana dakwah yang tersusun rapi. Perubahan besar kini terjadi di muka bumi dan orang-orang Islam mula disegani dan dihormati.

Setelah sepuluh tahun Nabi bermastautin di Madinah, Baginda wafat dalam usia 63 tahun. Baginda telah berusaha menegakkan Syiar Islam selama 23 tahun. Selama 13 tahun di Mekah namun dakwah Baginda tidak begitu diterima dan tidak meluas dengan baik berbanding dengan sepuluh tahun di Madinah yang mana Baginda telah berhasil memenuhi kewajipan-kewajipan yang diperintahkan Allah sebagai Rasul Allah.

Setelah wafatnya Rasulullah sahabat-sahabat Baginda pula meneruskan perjuangan Baginda, menyebarkan Islam ke serata tempat dan akhirnya sampai ke Negara-negara rantau Melayu ini.
Dari lembaran kehidupan Nabi Allah ini termuat dengan berbagai kisah dan ragam yang indah dan menarik untuk kita semua.

Sumber:http://rangeboy.wordpress.com

Aku Bertanya Tentang Cinta


Aku bertanya pada ALAM SEMESTA tentang Erti “CINTA”, lalu satu demi satu mereka menjawab…

BUMI menjawab:
“CINTA adalah hamparan tempat tumbuh segala bahagia dan harapan. Ia memang diinjak dan dihinakan, tetapi ia tak peduli. Fikir Cinta hanya memberi, dan itu sajalah keinginannya.”

AIR menjawab:
“CINTA adalah hujan yang menumbuhkan benih-benih rasa kesukaan, kerelaan akan keterikatan, kerinduan dan kesenduan, atau samudera kasih yang luas sebagai naungan segala perasaan.

API menjawab:
“CINTA adalah panas yang membakar segala, ia memusnahkan untuk dapat hidup dan menyala. Demi merasakannya, makhluk rela terbakar dalam amarah dan kedurhakaan.”

ANGIN menjawab:
“CINTA adalah hembusan yang menebar sayang tanpa tahu siapa tujuannya. Orang mengatakan cinta buta, sebab itu keinginannya. Ia tak terlihat, TAPI tanpanya segala raga akan hampa.”

LANGIT menjawab:
“CINTA adalah keluasan tanpa batas. Luasnya tiada makhluk yang tahu. Kecuali bahawa cinta itu bahagia yang biru, atau derita kelam yang kelabu.

MATAHARI menjawab:
“CINTA adalah hidup untuk memberi tenaga kehidupan dan cahaya harapan. Ia tak akan kepenatan memberi sampai ia padam dan mati.”

POHON menjawab:
“CINTA adalah akar yang menopang segalanya. Ia tulus hingga tak perlu terlihat dan dikenal. Tapi ia terus memberi agar batang bahagia tetap kukuh abadi, berbuah dan berbunga indah.”

Gunung menjawab:
“CINTA adalah rasa yang menjulang tinggi. Rasa itu demikian tenang dan menyejukkan. Namun saat gundah, Ia akan meleburkan sekelilingnya dengan lautan lava cemburu yang membara.”


LALU, AKU BERTANYA PADA CINTA:

“Wahai CINTA, apakah sebenarnya erti dirimu?”

CINTA menjawab:

CINTA adalah engkau patuh terhadap-Nya, meski kau tak melihat-Nya. Engkau tidak mencium-Nya atau meraba-Nya, tapi engkau patuh karena engkau merasa akan hadir-Nya. Sebab CINTA bukan indera, tapi adalah rasa.”

“CINTA adalah engkau takut akan amarah-Nya, dan takut jika DIA meninggalkanmu. Takut jika DIA tak menyukaimu lagi. Lalu engkau mencari-cari alasan untuk selalu dekat dengan-Nya, bahkan jika engkau harus menderita, atau yang lebih mengerikan dari itu.”

“CINTA adalah engkau menyimpan segala harapan pada-Nya dan tidak pada yang lain. Engkau tidak mendua dalam harapan, dan demikian selamanya. Cinta adalah engkau setia menjadi budak-Nya, yang engkau hidup untuk-Nya dan mati untuk kesukaan-Nya akan dirimu, hidup dan mati untuk Dia. Engkau berusaha sekerasnya agar engkau diakui, hanya sebagai budak, sebagai hamba.”

Di atas segalanya, CINTA adalah engkau merasa kasih sayang yang tunggal yang tidak engkau berikan pada yang lain, selain pada-Nya. Engkau rindu akan hadir-Nya dan melihat-Nya. Engkau suka apa yang Dia sukai dan benci apa yang Dia benci, engkau merasakan segala ada pada-Nya dan segala atas nama-Nya.”

Aku lantas bertanya pada CINTA:

“BOLEHkah aku merasakannya?”
Sambil berlalu CINTA menjawab:

“Selama engkau mengetahui hakikat penciptaanmu dan bersyukur dengan apa yang Dia beri, maka itu semua akan kau rasakan, percayalah padaku tambahnya….”

Aku pun Berteriak, “Wahai KAU SANG MAHA PENCINTA terimalah cintaku yang sederhana ini, izinkanlah aku merasakan cintaMu yang Maha Indah…”

Petikan:|cyberdakwah.net|

Sabtu, 16 April 2011

MENDAKAP TANGAN KETIKA BERDIRI


Selepas takbirratulihram, kedua-dua belah tangan hendaklah didakapkan. Bagaimanapun, para ulama telah sepakat bahawa tiada sebarang dalil yang mewajibkan kedudukan tangan seumpama ini, dan ia bukanlah rukun mahupun syarat sah solat. Ia hanya sunat menurut beberapa mahzab.
Hujah mereka kerana dalam sebuah hadis ketika Nabi s.a.w. mengajar seorang lelaki yang teruk cara solatnya, maka apabila Nabi s.a.w. menyuruh lelaki itu solat semula dan mengajarkannya cara solat. Baginda tidak pun menyebut tentang kedudukan tangan.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Maka ini membuktikan bahawa ia bukanlah perkara yang wajib. Demikian pandangan Imam al-Syawkani, yang juga diutarakan oleh Syeikh Atiyyah Saqar dan lain-lain. (Syeikh Atiyyah Saqar, Min Ahsan al-Kalam,jil. 1, hal.484)
Walaupun demikian, meletakkan tangan pada kedudukan sedemikian adalah salah satu sifat kebiasaan solat Nabi s.a.w.

Dalil Berdakap Tangan
Berikut adalah beberapa hadis Nabi s.a.w. yang menyebut tentang kedudukannya:
Sahabat Nabi bernama Wail r.a. menggambarkan sifat solat Nabi dengan katanya: “Kemudian Nabi s.a.w. meletakkan tangan kanannya di atas permukaan tangan kirinya dan pergelangan dan awal lengan.” (Riwayat Muslim dan Ahmad)

Daripada Ibn Mas’ud r.a. beliau menceritakan: “Sesungguhnya Nabi s.a.w. lalu di sebelahku ketika aku sedang solat. Tatkala itu aku meletakkan tangan kiriku di atas tangan kananku, maka Nabi s.a.w.membetulkan lalu meletakkan tangan kanan di atas yang kiri.” (Riwayat Abu Daud no.755)

Daripada Wail bin Hujr berkata : “Aku solat bersama Nabi s.a.w. dan Baginda meletakkan tangan kanannya di atas tangan kirinya lalu diletakkan di atas dadanya.” (Riwayat Ibn Khuzaimah)

Daripada Abi Jarir daripada ayahnya yang bermaksud: “Aku melihat Ali memegang tangan kirinya dengan yang kanannya di sendinya lalu diletakkan di sebelah atas pusatnya.” (Dalam sanad ini terdapat Abu Talut Abdul Salam bin Abi Hizam. Abu Daud mengkritiknya)

Ali meriwayatkan: “Sesungguhnya Nabi s.a.w. meletakkan telapak tangan di atas telapak tangan yang lain dan diletakkan di bawah pusat.” (Riwayat Abu Daud mengkritik hadis ini: “Aku mendengar Imam Ahmad bin Hanbal mengatakannya daif.’)

KESIMPULANNYA: BERDASARKAN HADIS-HADIS DI ATAS DAN LAIN-LAIN, TERDAPAT BEBERAPA CARA BERDAKAP TANGAN.

Sumber: Formula Solat Sempurna oleh Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.

Jumaat, 15 April 2011

Dunia Datang Kepadanya



"Barang siapa dalam kehidupan di dunia mencari RIDHA ALLAH dan KESELAMATAN AKHIRAT,maka ALLAH akan memberi padanya " adzdzihnu " kecerdasan & kemudahan dalam semua urusannya di dunia, ALLAH jadikan " ghinan nafsi " hatinya puas dengan yang halal & ALLAH jadikan dunia datang kepadanya "wa hiya roghimah " /tunduk padanya".

Demikinlah khabar gembira RASULULLAH kepada orang-orang yang beriman yang selalu mencari REDHA ALLAH. Ternyata sebelum balasan baik di akhirat, ALLAH telah memberi balasan kebahagiaan tersebut di dunia lagi.

PENGHAPUS DOSA & MENGANGKAT DARJAT?


MAHUKAH kalian aku tunjukan suatu amalan PENGHAPUS DOSA & MENGANGKAT DARJAT? tanya Nabi kepada para sahabat .Mahu Ya, RASULULLAH,jawab para sahabat.
1. WUDHU dengan sempurna disaat enggan berwudhu (iaitu ketika cuaca sejuk/ dingin, merasa malas, kepenatan: tetapi tetap wudhu),
2. Memperbanyak langkah KE MASJID,
3. Menunggu WAKTU SOLAT setelah solat.( contoh dari Maghrib ke Isyak dengan diselangi zikir, mengikuti majlis ilmu ,atau membaca Al-Quran).

Muttafaqun alaihi

Bila ALLAH mencintai hambaNYA


Bila ALLAH mencintai hambaNYA maka hamba itu...
1. ALLAH beri kesempatan untuk bertaubat,
2. Merasakan manisnya beriman,
3. Khusyu' dalam beribadah,
4. Bersemangat melakukan amal sholeh,
5. Merasa hahagia dalam melakukan taat.
6. ALLAH hiasi dirinya dengan keikhlasan & kerendahan hati
7. Diberkahi rezekinya.
8. Dimudahakan urusannya,
9. Dimakbulkan doanya,
10. Dimatikan dalam husnul khotimah.
Semuanya ini adalah buah dari KESUNGGUHAN mendekatkan diri kepada ALLAH dan mentaatiNya tanpa belah bahagi.

(QS25:70-QS39:53-QS 23;1-2-QS10:62-QS24;21-QS41:30-31)

DARI K.H.MUHAMMAD ARIFFIN ILHAM


RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud,"Sesungguhnya umatku yang paling dekat denganku di akhirat kelak adalah yang paling lembut tutur katanya, paling mulia akhlaknya, paling rendah hati & SENANG MENYESUAIKAN DIRI dengan sesama manusia",(Ath Thabrani),"

Semakin beriman,semakin bertaqwa,semakin senang ibadah,semakin semangat amal sholeh,semakin mulia akhlaknya,semakin SIBUK & ASYIK memperbaiki dirinya,sama sekali tidak tertarik mencari kekurangan apalagi aib orang lain,SUBHANALLAH.

Petikan

NAMA-NAMA NABI MUHAMMAD S.A.W


Berdasarkan dari hadis nabi sendiri, yang berbunyi.

لي خمسة أسماء، محمد، احمد، الماحي، الحاشر، العاقب

Hadis ini bermaksud: Nama aku ada lima sahaja, Muhammad, Ahmad, Al-Mahi, Al-Hasyir dan Al-Aqib.

Muhammad bererti orang yang terpuji, Ahmad yang amat terpuji, Al-Mahi bererti penghapus (perlu kepada huraian), Al-Hasyir bermaksud orang yang mengumpulkan di padang mahsyar dan Al-Aqib bermaksud, nabi yang terakhir.

Ada sesetengah pandangan ulamak, menyatakan Yasin dan Toha, yang disebut didalam al-quran itu adalah nama-nama nabi juga. Oleh sebab itu kita mungkin akan mendengar seseorang membaca al-quran di surah-surah ini, diikuti dengan bersolawat ke atas nabi.

Oleh sebab yang demikian, ada sesetengah orang menggunakan nama Yasin dan Toha, kerana percaya Yasin dan Toha adalah nama-nama nabi.

Walaubagaimanapun ianya tidaklah diajar oleh nabi kita, ketika dalam pembacaan al-quran membaca surah yasin dan toha, nabi hanya membaca seperti biasa tiada bersolawat terhadap dirinya.

Itu hanya pendapat ulamak, kemungkinan pendapat tersebut tidaklah tepat.
Wallahua'lam

Sedutan -http://ustazzack.blogspot.

Selasa, 12 April 2011

Entah?


DALAM perjalanan kehidupan .kita sering menemui seseorang yang tidak pernah kita jumpa. TAPI seakan KENAL lama. SEAKAN memang pernah berjumpa..bersapa.

DARI SUDUT lain pula. Seseorang yang SELALU kita jumpa. TAPI sukar untuk kita mengenalinya. Sering bertegur sapa. Selalu Senyum sedekah. Acapkali tersua. Namun..seakan masih asing

Benarkan Aku Memiliki?


LAFAZlah dengan mata……PANDANGlah dengan gerak hati…..
SENTUHlah dengan nubari....

SENTIASAlah hubungi DIA. PENCIPTA LANGIT dan BUMI serta SEGALA yang ADA DI DALAMNYA

BASAHI hatimui dengan zikir ..BASAHI matamu dengan taubat…BASAHI lidahmu dengan istighfar….
BASAHI jasad lahir batinmu dengan syukur
Bahawa Tuhan telah menjadikan segala-galanya bukan dengan sia-sia

Berfikirlah…..PANDANG dan LIHATLAH….DAN hubungkanlah....

BAHAWA …sesuatu itu terjadi BUKAN tanpa asbab. KELAK akan engkau temui juga….jika engkau sentiasa melangkah mencari

..DAN tanpa putus asa.. ..tanpa kecewa. ..TAPI penuh harap…
Ingatlah WAHAI DIRI..engkau tidak punya apa-apa..

JANGAN sesekali engkau fikir engkau MEMILIKI

KERANA SETIAP GERAK ADALAH GERAKNYA

[wahai aku carilah DIA]

Sabtu, 9 April 2011

MENCARI YANG HALAL ITU WAJIB


OLEH ITU, MENJADI TANGGUNGJAWAB KITA, semua umat Islam untuk memeriksa terlebih dahulu bahan-bahan produk yang akan kita konsumsi dan merujuk dengan daftar kod E-CODES berikut ini.
Jika ditemukan kod-kod berikut ini dalam kemasan produk yang akan kita beli, maka hendaknya dapat dihindari kerana produk dengan kod-kod tersebut di bawah ini mengandungi lemak BABI.

E100,E110, E120, E 140, E141, E153, E160, E161,
E210, E213, E214, E216, E234,E252,E270, E280,
E300, E301, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337,
E422, E430,E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440, E441, E470, E471, E472, E473, E474, E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493,E494, E495,
E542,E570, E572,
E631, E635,
E904, E920

MENJADI tanggung jawab kita semua sebagai umat Islam untuk Mengikuti syariat Islam dan juga menghebah informasi ini kepada saudara KITA.
This entry was posted in Islamika and tagged kod babi. Bookmark the permalink.

Jumaat, 8 April 2011

DENGARKANLAH AZAN ITU, IA MUNGKIN YANG TERAKHIR!

Rencana Al Islam Oktober 2010
Oleh: Norimanah Seman

Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar!
Ashhadu an la ilaha illallah, Ashhadu an la ilaha illallah !,
Ashadu anna Muhammadar Rasulullah, Ashadu anna Muhammadar Rasulullah,
Hayya’ala-s-solah, Hayya’ala-s-solah!,
Hayya’alal-falah, Hayya’alal-falah!,
Allahu Akhbar, Allahu Akhbar,
La ilahaillaallah!.

Dengarkanlah azan itu sambil pejamkan mata mu dan kunci rapat mulutmu supaya tidak ada satu perkataan yang keluar. Rasakan apa kesannya. Bukankah seruan suci itu terasa seperti terus menikam ke jantung.

Kemudian di satu sudut yang lain pula…seorang datuk memarahi cucunya tika muazin sedia melaungkan azan. Katanya,”Duduk diam, jangan cakap apa-apa masa azan.” Duduklah dua beradik menanti hingga azan berakhir. Kemudian berjemaah bersama jiran-jiran sekampung. Selesai solat datuk berpesan sekali lagi,” Ingat ya, bila azan jangan bercakap.” Kemudiaan si cucu membalas serentak,”Kenapa atuk?” Datuk menjawab ringkas,” Nanti nak mati tidak pandai mengucap.” Takutnya perasaan ketika itu apabila mendengar alasan atuk.

Soal azan dan tidak boleh bercakap berhenti di situ. Puas dicari jawapannya mengapa tidak boleh bercakap namun tidak ada yang pasti. Apa yang diberikan oleh guru-guru agama, ia sebagai tanda menghormati azan. Pesan atuk, jangan bercakap nanti tidak boleh mengucap, langsung tidak timbul.

Pencarian itu membawa AL ISLAM kepada seorang pengkaji al-Quran dan hadis dari sudut saintifik, Dr. Azhar Sarip. Melalui kajian itu juga satu terapi diperkenalkan iaitu terapi azan.


Dr. Azhar melihat azan dari sudut gelombang otak.
Hasil kajiannya memberangsangkan, kerana azan bukan sekadar seruan solat tetapi lebih dari itu. Azan member impak yang besar di dalam kehidupan manusia. Bahkan sesuatu yang cukup indah, sukar digambarkan dengan kata-kata. Jelasnya, kebanyakan orang Islam tidak perasan, azan boleh member kesan yang besar di dalam kehidupan.

“Saya mengambil azan sebagai asas di dalam kehidupan kerana permulaan manusia melihat dunia dimulakan dengan azan. Banyak peristiwa yang berlaku di sekeliling kita yang memperlihatkan azan itu satu yang ajaib dan indah. Antaranya, kisah salah seorang mangsa yang terselamat dari bencana tsunami Acheh. Mangsa itu melihat ibunya dihanyutkan air, tinggallah dia seorang diri dihanyutkan ombak besar.”

Ketika itu barulah dia teringat pesan emaknya supaya melaungkan azan jika ditimpa musibah. Lantas selesai azan dilaungkan, dia sudah terdampar di atas kapal besar yang dibawa hanyut hingga ke tengah-tengah Bandar Aceh, ujarnya.

Tambahnya lagi, “ Saya menyaksikan satu peristiwa iaitu jiran saya lemas di lombong. Setelah usaha bomba mencarinya menemui jalan buntu lalu dilaungkan azan. Mayat mangsa lemas itu timbul ke permukaan air selesai saja azan. Dari situ saya melihat azan ini adalah suatu yang luar biasa.” Ceritanya.

KENAPA BAYI BARU LAHIR DIAZANKAN?
Bila menyentuh soal azan kebanyakan orang hanya tahu dua perkara iaitu azan adalah seruan penanda masuk waktu solat dan untuk bayi baru lahir. Kenapa bayi baru lahir harus diazankan? Mungkin ada yang menjawab kerana nabi buat begitu, maka ia disunatkan.

Kajian Dr. Azhar bermula dari titik ketika seorang manusia dilahirkan ke dunia iaitu bayi. Azan adalah usaha bapa untuk memasukkan pesanan tentang keagungan Allah terus kepada gelombang bawah sedar atau minda bawah sedar bayi itu. Tujuannya,supaya bayi itu nanti faham apa saja di dalam hidup ini akan kembali kepada kebesaran Allah kemudian kalimah syahadat pula menyatakan kesaksian bahawa Allah itu Esa.


Tambah Dr. Azhar, azan adalah formula besar di dalam hidup. Apabila terdengar laungan ALLAHU AKHBAR ALLAHU AKHBAR! Ia satu kaedah untuk manusia merasai kebesaran Allah dan merasa Allah itu wujud. Di dalam azan itu terletaknya asas sifat 20. Meletakkan rasa cinta dan sayang kepada Allah. Manakala Syahadah, kesaksian kepada Tuhan yang Esa dan Rasulullah pesuruh Allah. Pengertiannya, apabila berpegang kepada sunnahnya maka akan selamat dunia dan akhirat.

“ Kemudian kita melihat Hayya’alassolah, disambut oleh orang yang mendengar azan “ La haula wala quwwata illa billah”. Yang bermaksud “ tiada daya dan kekuatan kecuali daripada Allah”. Perkataan “ala-s-solah”, maksud ‘al’ adalah the iaitu definite atau ditentukan. Maknanya bila solat, kita harus solat dalam gelombang otak yang tertentu.

Solat kita mesti berada di dalam gelombang theta iaitu gelombang rendah. Begitu juga azan berada di dalam gelombang theta. Gelombang yang rendah , tenang dan zon makbul doa. Sebab itulah apabila azan, dikehendaki diam kerana ketika itulah makbul doa. JANGAN lepaskan peluang untuk meminta dari Allah ketika itu kerana itu lebih baik daripada bercakap kosong ketika azan,” jelasnya.

AZAN STABILKAN GELOMBANG DUNIA
DR. AZHAR menjelaskan, azan yang dilaungkan muazin bukan sekadar untuk menyeru solat tetapi bertindak sebagai penstabil gelombang dunia. Gelombang azan rendah, sedangkan gelombang dunia tinggi. JADI AZAN YANG MENSTABILKANNYA balik supaya dunia menjadi tempat yang selesa untuk dihuni. Andainya suatu hari nanti sudah tidak ada lagi azan dilaungkan, maka gelombang dunia ini akan menjadi semakin tinggi dan macam-macam akan berlaku.

Suatu masa dulu, kajian yang dilakukan mendapati, semua pokok dan alam ini berada pada tahap gelombang alpha. Sebab itu apabila berada di kawasan yang di kelilingi pokok kita akan merasa tenang.
Sekarang keadaan telah berubah apabila pokok-pokok sudah ditebang dan binatang banyak yang pupus menyebabkan manusia berada di dalam gelombang stress. Sebab itulah setiap hari banyak orang yang stress.

Menurutnya lagi, secara asasnya manusia mengeluarkan empat gelombang tanpa gagal setiap hari iaitu gelombang beta, alpha, theta dan delta. Sekarang ini keadaan sudah berubah. Dianggarkan hampir 90 peratus populasi di dunia berada di dalam gelombang beta. Gelombang yang stress, buntu dan segala perkara yang negatif.

Semua perkara ini berlaku kerana orang Islam tidak pernah faham. Allah menyayangi hambaNya. Melalui azan Allah kirimkan rasa sayangnya kerana azan itu terletak di dalam gelombang theta iaitu gelombang makbul doa dan zon ketenangan.

ATURANNYA BEGINI,……………………………………………..
semua manusia berada di dalam gelombang beta iaitu gelombang yang tinggi.
Kemudian apabila masuk saja waktu solat, kita mengambil wuduk masa itu gelombang akan turun ke alpha.

KEMUDIAN APABILA AZAN,………………………………………
gelombang it terus turun kepada gelombang theta. Sebab itulah kita digalakkan solat tepat pada waktunya sewaktu gelombang theta supaya lebih khusyuk.

“Ketika azan juga dikehendaki supaya jangan bercakap, sebaliknya menghayati. Semua itu ada sebabnya. Ia ada kaitan dengan gelombang theta. Sebabnya ketika badan berada di dalam gelombang theta tiga hormon penting iaitu melatonin, endrofin dan serotonin akan dirangsang keluar. Hormon inilah yang mempengaruhi tahap kesihatan mental dan fizikal manusia,” jelasnya.

AZAN TANDA SAYANG ALLAH
Setelah memahami kedudukan azan dari sudut sains, barulah solat akan menjadi lebih khusyuk. Setiap orang mula faham, melakukan solat adalah kerana rasa cinta kepada Allah dan bukan kerana terpaksa.

Menurut Dr. Azhar, Allah terlalu sayangkan hambaNya dan diberi peluang setiap orang menikmati gelombang theta bukan saja pada azan tetapi pada waktu subuh, dhuha dan asar. Itulah zon makbul doa. Kemudian Allah berikan kepada orang Islam untuk duduk selama sebulan di dalam gelombang theta, iaitu pada bulan Ramadan. Sebab itulah orang yang berdoa ketika ia berpuasa, akan dimakbulkan doanya selain dari sudut kesihatannya, memang sudah dibuktikan manfaatnya.

“Azan adalah penyelesai banyak masalah dari penyakit luaran hinggalah rohani dan ketika menghadapi musibah. Sebab itu di dalam Islam apabila ditimpa musibah dianjurkan untuk ucapkan INNALILLAH….iaitu kembali kepada Allah ataupun azan. Ini kerana gelombang rendah mempunyai tenaga yang paling kuat. Orang yang sedang buntu fikirannya akan merasa tenang dan kuat jiwanya untuk menyelesaikan masalah.

Azan itu merangsang otak kanan dan menguatkan jiwa.

“ALLAH tidak berikan sesuatu itu termasuk azan dengan sia-sia atau memusnahkan kita. Ada hikmah di sebaliknya yang perlu dikaji dan ambil berat untuk kesejahteraan hidup dunia dan akhirat,” katanya.


SOLAT PADA GELOMBANG THETA
Berbalik semula pada solat yang seharusnya terletak di dalam gelombang theta.
HASIL KAJIAN yang dilakukan mendapati bahawa solat yang berada pada tahap gelombang theta akan menyebabkan TIGA PERKARA. Menurut Dr. Azhar, perkara PERTAMA yang berlaku ialah hormon MELATONIM akan dibebaskan. Hormon itu adalah pengawal segala pengawal atau bertindak sebagai pengawal trafik. Tugasnya mengawal semua benda di dalam badan seperti tidur, mengawal tekanan dan mengoksidasikan radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel badan.

“Secara mudahnya begini. Jika anda kena kanser, itu bermakna ‘pegawai trafik’ tidak pandai mengawal lalu lintas, menyebabkan sel berlanggar sesama sendiri. Melatonim tidak mampu lagi mengawal sel. Sebab itulah apabila orang yang menghidap kanser tahap satu dan dua saya akan suruh mereka amalkan azan dahulu kerana ia akan menurunkan gelombang otak supaya melatonim boleh dikeluarkan.”

Yang KEDUA, ENDROFIN, iaitu morfin semula jadi manusia. Perhatikan pesakit di hospital, jika bertindak ganas, gelisah, kelam kabut dan sakit doktor hanya suntikkan morfin supaya kita tenang dan tidur. Tapi sebenarnya kita sudah ada morfin semula jadi yang dikeluarkan dari otak.

Soalnya kenapa kita tidak boleh keluarkan morfin itu supaya kita jadi tenang?
Kerana solat kita selalu di dalam keadaan lalai dan mengambil mudah soal azan.”


“AKHIR sekali SEROTONIM atau AGEN CERIA.
Jika tidak cukup hormon ini di dalam badan, akan jadi murung, dan boleh membunuh diri. Untuk mengawal rembesan hormon itu, juga boleh dilakukan dengan solat dan azan pada tahap khusyuk.” Jelasnya.
Sambungnya lagi, yang menjadi masalah, semua hormon itu tidak seimbang di dalam badan. Itulah yang menimbulkan pelbagai masalah di dalam hidup termasuk penyakit dan perasaan negatif.

SEBENARNYA ALLAH TELAH BERIKAN CARA UNTUK MENGAWAL SEMUA HORMON DI DALAM BADAN IAITU DENGAN CARA SOLAT DAN PENGHAYATAN AZAN.

Dr.Azhar menyatakan bahawa kebanyakan orang sekarang mendirikan solat di dalam gelombang beta, iaitu melakukanya di dalam keadaan kelam kabut dan lalai. Badan yang berada di dalam gelombang beta iaitu gelombang tinggi, akan menyebabkan stress, tertekan dan kelam kabut.

“HANYA DENGAN SOLAT DAN AZAN SAJA GELOMBANG ITU BOLEH DITURUNKAN KE TAHAP THETA SECARA SEMULA JADI
.”

wallaualam

Isnin, 4 April 2011

AYATUL SYIFA’ : AL-QURAN SEBAGAI RAHMAT DAN PENYEMBUH

Umat Islam diajar pelbagai kaedah dalam menjalani kehidupan seharian termasuk pencegahan dan penyembuhan penyakit. Umat Islam sentiasa ditekankan untuk tidak hanya berusaha malah turut bertawakkal kepada Allah S.W.T. Taqarrub atau mendekatkan diri dengan Tuhan adalah satu elemen penting di samping memakan pelbagai ubat kerana segala sesuatu itu adalah ketentuan Allah S.W.T, hanya dengan izin-Nya ubat itu mampu menyembuhkan malah dengan izin-Nya juga ubat itu tidak mampu berbuat apa-apa.

Umat Islam turut dituntut untuk bersabar dengan kesusahan yang menimpa, bersyukur atas kebaikan pada diri, memohon dan berdoa kepada Allah serta bersifat positif dan tidak berputus asa. Kerana ini akan mempersiapkan diri untuk menjadi lebih kuat dalam menghadapi penyakit.

Sesungguhnya di dalam al-Quran banyak menyebut tentang ayat-ayat kesembuhan (Ayatul Syifa’) yang membentangkan pelbagai pengajaran penting berkaitan dengan kesihatan dan kesejahteraan diri. Ayat-ayat yang dimaksudkan ialah seperti berikut:

1. Surah at-Taubah: 14:
Perangilah mereka, nescaya Allah akan menghancurkan mereka dengan(perantaraan) tangan-tanganmu dan Allah akan menghinakan mereka dan menolong kamu terhadap mereka, serta melegakan hati orang-orang yang beriman.


2. Surah Yunus: 57:
Wahai manusia, Sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.



3. Surah an-Nahl: 69:
Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). dari perut lebah itu ke luar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.

4. Surah al-Isra’: 82:
Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.


5. Surah asy-Syu’ara’: 80:
Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan Aku,

6. Surah Fussilat: 44:
Dan Jikalau Kami jadikan Al Quran itu suatu bacaan dalam bahasa selain Arab, tentulah mereka mengatakan: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya?" Apakah (patut Al Quran) dalam bahasa asing sedang (Rasul adalah orang) Arab? Katakanlah: "Al Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang mukmin. dan orang-orang yang tidak beriman pada telinga mereka ada sumbatan, sedang Al Quran itu suatu kegelapan bagi mereka[*1]. mereka itu adalah (seperti) yang dipanggil dari tempat yang jauh".
[*1] Yang dimaksudkan suatu kegelapan bagi mereka ialah tidak memberi petunjuk bagi mereka.


Ketaatan Kepada Perintah Rasulullah dalam Penjagaan Kesihatan
Allah s.w.t. menyuruh setiap hambaNya agar mentaati Rasulullah saw, seperti yang tersebut dalam Al-Quran (al-Hasyr:7).

Apa saja harta rampasan (fai-i) yang diberikan Allah kepada RasulNya (dari harta benda) yang berasal dari penduduk kota-kota, Maka adalah untuk Allah, untuk rasul, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan, supaya harta itu jangan beredar di antara orang-orang Kaya saja di antara kamu. apa yang diberikan Rasul kepadamu, Maka terimalah. dan apa yang dilarangnya bagimu, Maka tinggalkanlah. dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Amat keras hukumannya.

Mengenai hal-hal yang berkaitan dengan rawatan, Rasulullah saw. ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan Al-Quran.

Baginda bersabda:
Hendaklah kamu semua melakukan dua kesembuhan, iaitu dengan menggunakan madu dan al-Quran- Riwayat Ibnu Majah.

Dalam sebuah hadis yang dikeluarkan oleh Abu Daud dalam sunannya, Rasulullah saw. ada bersabda:
Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit, dan menjadikan bagi setiap penyakit itu ubat, kerana itu hendaklah kamu semua berubat, dan jangan berubat dengan benda yang haram.
Hadis ini diperkuatkan dengan hadis-hadis lain, di antaranya hadis yang berbunyi:

Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyedia¬kan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua.
Al-Quran mengandungi pelbagai pengajaran dan maklumat penjagaan diri daripada pelbagai penyakit, memelihara kesihatan jasad juga roh.

Dalam surah al-Maa-idah: 6:
Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan shalat, Maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki, dan jika kamu junub Maka mandilah, dan jika kamu sakit[*2] atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air (kakus) atau menyentuh[*3] perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, Maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (bersih); sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak hendak menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur.

[*2] Maksudnya: sakit yang tidak boleh kena air.
[*3] Ertinya: menyentuh- menurut jumhur. Sedang sebahagian mufassirin berpendapat maksud menyentuh di sini ialah menyetubuhi.

Dalam ayat ini Allah s.w.t. menyuruh orang yang beriman yang hendak mendirikan sembahyang agar membasuh muka dan tangan hingga ke siku, menyapu rambut dan kedua belah kaki hingga ke buku lali. Sesungguhnya wuduk yang dilakukan itu berupaya memelihara jasad, menjaga kulit daripada objek najis yang terdapat padanya. Membersihkan tanah, debu, kotoran-kotoran dan kuman yang mengotorkan tangan. Begitu juga dengan amalan berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung, bersiwak untuk memelihara gigi dan alat penghadam makanan.

Allah s.w.t. juga menyuruh orang yang berjunub agar membersihkan diri (al-Maa-idah: 6) untuk membersihkan seluruh jasad, mengembalikan kecerdasan tubuh, memulihkan semula edaran darah juga mencergaskan fungsi sendi otot dan urat saraf.

Di samping membersihkan anggota zahir, sembahyang merupakan tuntutan menyucikan batin. Mengelakkan diri daripada melakukan dosa-dosa kecil yang berpanjangan juga kemungkaran dosa-dosa besar. Akan lahir daripada ibadah tersebut semulia-mulia akhlak dalam diri.

Dengan sembahyang jiwa menjadi tenang. Ketenangan merupakan asas kesejahteraan individu.

Allah s.w.t. mewajibkan setiap orang agar berpuasa untuk melahirkan rasa takwa. Berpuasa secara tidak langsung memberi kerehatan pada seluruh organ penghadaman, menyebabkan puasa sekarang ini merupakan satu kaedah terbaru, yang diterima umum untuk mengubat penyakit dalam perut, radang paru-paru, sakit sendi juga lain-lain penyakit serius.

Untuk memelihara kesihatan, Islam menegah seseorang memakan makanan yang memberi mudarat seperti bangkai, babi dan sebagainya, juga melarang zina kerana ia merosakkan diri dan masyarakat.

Rasulullah saw. juga memberi amaran agar jangan memasukkan makanan ke dalam makanan (menambah makanan sebelum makanan di mulut hancur terkunyah), memberi amaran tentang bahaya taun dan kusta dan menggesa orang yang sakit agar berubat. Baginda juga menegah seseorang membuang air kecil pada air yang mengalir.

Mengambil makanan ketika perlu merupakan satu faktor utama kesihatan yang berterusan. Selain daripada mendatangkan mudarat, amalan menelan makanan sebelum hadam, melakukan pergerakan yang banyak selepas makan juga tidak baik.

Baginda saw. juga menyuruh agar setiap makanan dan minuman ditutup dengan menyebut nama Allah, agar tidak jatuh padanya binatang yang beracun, yang boleh membunuh pemakan atau peminumnya.

Allah s.w.t. menegah seseorang makan atau minum berlebihan
(A1-A’raaf: 31),

Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di Setiap (memasuki) masjid[*4], Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan[*5]. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.
[*4] Maksudnya: tiap-tiap akan mengerjakan sembahyang atau thawaf keliling ka'bah atau ibadat-ibadat yang lain.
[*5] Maksudnya: janganlah melampaui batas yang diperlukan oleh tubuh dan jangan pula melampaui batas-batas makanan yang dihalalkan.

Al-Ustaz Marzuq (1989: 28) menjelaskan bahawa sekiranya seseorang itu ingin hidup terhindar daripada penyakit, mereka hendaklah makan dalam keadaan sederhana, Punca penyakit ialah makanan yang berlebihan.

Sayidina Umar ada berkata:
Jauhilah makan berlebihan, sesungguhnya ia penyebab rosak diri, mewarisi penyakit, menyebabkan malas mendirikan solat, dan hendaklah kamu menjaga makan, kerana ia paling baik untuk jasad, dan hindarkan daripada berlebih-lebihan, sesungguhnya Allah bencikan orang alim yang gemuk —

Riwayat Abu Naim.

Rasulullah s.a.w. juga ada bersabda:

Orang mukmin makan dalam satu perut, walhal orang kafir makan dalam tujuh perut — Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

Hadis yang mulia ini mengandungi rahsia kesihatan yang besar.

Orang yang sedikit makan, sedikit minumnya. Orang yang sedikit minumnya, kurang tidurnya. Daripada orang yang kurang tidur akan lahir keberkatan pada umurnya. Sebaliknya orang yang penuh perutnya, banyak minumnya, menyebabkannya banyak tidur. Orang yang banyak tidur kurang keberkatan umurnya.

Orang yang mengambil makanan berpatutan sejahtera alat penghadaman tubuhnya. Menyebabkan tubuh dan hatinya dalam keadaan baik. Sebaliknya orang yang banyak makan alat penghadamannya akan lemah, penat bekerja dan berkemungkinan akan rosak, menyebabkan rosak seluruh jasad, keras hatinya, pendengarannya lambat menerima hakikat, menyebabkan seluruh panca¬inderanya sukar tunduk taat kepada perintah Allah, untuk patuh melakukan sesuatu yang baik.

(Petikan dari Buku Doa & Rawatan Penyakit oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din)

TUJUH AYAT CINTA


Sabda Rasulullah SAW:
"Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan.."


1. Bismillahhirrahmannirrahim: Pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Alhamdulillah: Pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3. Astaghfirrullah: Jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insyaallah: Jika ingin muelakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquataillaabillah: Bila tidak dapat melakukan sesuatu
yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah..: Jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7. Laailaahaillallah: Bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-
banyaknya. Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

Sifat Romantik Nabi Muhammad


Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. Disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapan baginda lalu bertanya siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi?.

Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian."

Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain .

Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.

Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud:

"Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka".

Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.

Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga.

Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat................

begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa.

ANDA yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda ke syurga.

Posted by Tuah Alwi

Ahad, 3 April 2011

PESANAN IMAM GHAZALI DALAM MENDIDIK ANAK


Di dalam kitab Siyarus Salikin, Imam Al-Ghazali Rahimahullahu Taala berkata:

•WAJIB ke atas ibu bapa memelihara anak daripada segala kejahatan dan maksiat serta menyuruh anak berbuat kebaikan dan melakukan amal IBADAT.

•DOSA anak terpikul di bahu orang tuanya jika dibiasakan anak dengan perkara KEJAHATAN.

•MELINDUNGI anak daripada api neraka akhirat dengan memberikan didikan dan mengasuh serta mengajarkan akhlak yang elok dan menjaganya daripada berkawan dengan orang yang buruk perangai dan TINGKAH LAKU.

•TIDAK MEMBIASAKAN anak dengan bersenang-senang, bermewah-mewahan yang akan menyebabkan anak akan mensia-siakan usia mengejarnya apabila dewasa kelak.

•TIDAK menyusukan anak dan menjaga anak kecuali kepada wanita yang solehah lagi berpegang teguh pada agama dan memakan hasil yang halal. Air susu dari yang halal itu ada berkatnya dan perangai anak itu mengikut perangai orang yang menjaga dan melalui air susu wanita yang menyusukannya.

•APABILA anak ada perasaan malu (tanda telah 'tamyiz' iaitu berkemampuan membezakan), hendaklah mengasuhnya selaras dengan kehendak hukum syariat yang merupakan sebahagian dari IMAN.

•MENGAJARKAN anak adab sopan santun ketika makan dan perlu membiasakan anak memakan roti kosong tanpa lauk pada waktu tertentu agar terbiasa tidak perlu makan banyak. Menggalakkan anak bersifat murah hati dan tidak tamak dengan mengajarnya memberi makanan pada orang lain.

•MENGGALAKKAN anak memakai pakaian berwarna putih dan melarang anak lelaki memakai sutera dan melarangnya memakai pakaian berlawanan jantina.

•ANAK yang dibiasakan berkawan dengan anak yang biasa bermewah-mewah, bersenang-senang, bersuka-suka nescaya akan menjadi anak yang bersifat buruk akhlaknya iaitu akan banyak berdusta, dengki, mencuri, kuat fitnah, suka berkelahi, banyak cakap/ketawa, banyak menipu yakni kurangnya perasaan malu.

•HENDAKLAH selalu mengajak anak ke tempat pengajian mempelajari Al-Quran, Hadis, Tasauf, kisah nabi dan kisah golongan Aulia serta orang-orang SOLEH.

•HENDAKLAH MELARANG anak dari bersyair dan bercampur dengan golongan sasterawan.

•MENYANJUNG memuji, mengupah anak apabila anak melakukan tingkahlaku terpuji supaya membiasakannya mengekalkan berakhlak baik. Mengecam dan menegur anak secara sembunyi atas kesalahan anak.

•HENDAKLAH MELARANG anak tidur di siang hari kerana tubuh anak akan lemah dan ia akan tidak bersabar untuk menikmati keselesaan. Anak hendaklah dibiasakan unsur kurang selesa pada tempat tidur, pakaian dan makanannya.

•HENDAKLAH MELARANG anak berbuat sesuatu secara sembunyi-sembunyi.

•HENDAKLAH membiasakan anak tidak mendedahkan lutut dan segala auratnya.

•HENDAKLAH MELARANG anak dari perbuatan bermegah-megah pada kawan-kawannya.

•HENDAKLAH MEMBIASAKAN anak merendah diri, hormati orang dan berlemah lembut ketika bercakap.

•HENDAKLAH menjijikkan anak akan perbuatan sukakan emas,perak dan tamakkan keduanya.

•HENDAKLAH MELARANG anak agar tidak berludah di tempat awam, tidak mengeluarkan hingus, tidak menggeliat, menguap di hadapan orang ramai, bertopang dagu, menyandar kepala di lengan kerana tanda malas dan kurang berhemah yang menjatuhkan martabat dan memalukan diri sendiri.

•HENDAKLAH MELARANG anak banyak bercakap, ia petunjuk kurang sopan dan larang anak bersumpah sama ada benar atau palsu supaya tidak terbiasa.

•HENDAKLAH MEMBIASAKAN anak tidak memulakan percakapan dan sekadar menjawab apa yang ditanyakan orang serta mendengarkan baik-baik apabila orang tua bercakap dengannya.

•HENDAKLAH MELARANG anak bercakap yang bukan-bukan, kotor, mengutuk dan memaki orang. Dan melarang anak bercampur dengan orang yang bermulut celupar seperti itu.

•SELEPAS Selepas anak mengaji Al-Quran dan belajar izinkannya bermain-main yang elok dan beristirehat melapangkan fikiran setelah letih belajar supaya kecerdasannya tidak terbantut, tidak mematikan HATINYA.

•KANAK-KANAK diajar menghormati dan mentaati ibu bapa dan tidak menderhaka, diajar mentaati guru, pengasuh juga orang yang lebih tua darinya.

•BAGI KANAK-KANAK tahap tamyiz,bapa mestilah tidak membenarkan anak meninggalkan amalan Thaharah, solat dan suruhlah berpuasa beberapa hari di bulan RAMADHAN.

•AJARKAN KANAK-KANAK hukum-hukum syariat, takutkannya dengan dosa-dosa mencuri, memakan yang haram, berdusta, berkhianat, bercakap kotor dan perbuatan buruknya.

SABDA RASULULLAH SAW: “ Kanak-kanak yang bapanya masih ada disapu kepalanya hingga ke belakang. Anak yatim yang bapanya telah tiada di sapukan kepalanya hingga ke depan kepalanya.”
( Hadith Riwayat Bukhari )

SABDA RASULULLAH LAGI: “Jika engkau mahu hatimu menjadi lembut dan mencapai hajatmu, maka kasihanilah anak yatim, sapulah kepalanya dan berilah ia makananmu nescaya hatimu menjadi lembut dan hajatmu tercapai.”
( Hadith Riwayat Thabrani )

MEKAH KOTA PALING SELAMAT DI DUNIA


Pembongkaran Sains Tentang Kaabah Dan Rukun Haji

BAGI orang-yang memahami hukum fizik dan banyak mengkaji tentang kehebatan Mekah akan menemukan sesuatu yang baru. Penemuan itu menguatkan lagi keyakinan, Islam agama yang datang dari Tuhan yang Maha Esa. Sekali gus, menjadikan diri semakin dekat kepada pencipta dan terasa kerdilnya diri di sisi TUHAN.

Prof. NORISHAM WAHAB, Pengasas Color Vaibration Therapy yang banyak mengkaji tentang kaitan amalan haji dengan sains menjelaskan, Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil. Boleh dikatakan ia kawasan paling selamat di dunia. Tidak keterlaluan kalau dikatakan, jika suatu hari nanti bumi mengalami kekacauan dan malapetaka, Mekah adalah bumi yang paling selamat untuk DIDIAMI.

“ITULAH kawasan yang dicari-cari selama ini, di mana manusia boleh tinggal dengan selamat dan aman sehingga berlakunya kiamat. Sebagai pusat bumi memang banyak keistimewaannya. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh TELINGA”.

“Suatu masa dulu kiblat kita adalah masjid al-Aqsa dan di situlah pusat bumi ketika itu. Kemudian Allah pe-rintahkan Nabi untuk berpaling ke arah Kaabah sebagai kiblat. Dari apa yang saya pernah kaji, berlaku gempa bumi dan pergerakan lempeng bumi di tanah Arab clan menyebabkan pusat bumi berubah ke Mekah,” katanya.

Prof.Nohisham juga menjelaskan tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit. Sebenarnya ketika berada di sana, sistem imun akan menjadi lebih kuat secara semulajadi tanpa bantuan vaksin.

PENGARUH graviti banyak memainkan peranan untuk merangsang kelenjar pineal yang terletak di otak tengah untuk mengawal kekuatan sistem imun. Memang sudah dibuktikan apabila berada di Mekah yang sakit akan jadi sihat dan yang lemah akan bertenaga. Apabila graviti tinggi maka banyak elektron ion negatif yang berkumpul di situ. Sebab itulah doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa SERENTAK.

Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
Ketika berada di sisi Kaabah perasaan akan segera berubah menjadi hening, tenang, sayu, rendah diri, kerdil pada kebesaran Tuhan. Semua itu adalah pengaruh dari tekanan graviti yang tinggi.

HANCURKAN KAABAH

Meskipun ada niat jahat Yahudi atau Kristian untuk menghancurkan Mekah, cubaan itu tidak akan berjaya. Setinggi manapun teknologi ketenteraan negara-negara maju, tetap tidak dapat menembusi Mekah.

Andai kata ada peluru berpandu yang dihalakan ke Mekah untuk menghancurkannya, itu pun tidak akan berjaya. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah. Begitulah hebatnya tempat yang Allah pilih sebagai kiblat bagi umat Islam. Sudah pastinya manusia biasa tidak mampu mencipta sesuatu sehebat itu. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

“Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itulah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk. Sujud, dahi mencecah lantar masih terasa dingin mamar yang dipanah matahari kerana tekanan graviti tinggi itu,” terangnya.

DI SEBALIK RUKUN DAN WAJIB HAJI
Selama ini kita hanya diajar tentang melakukan ibadat haji, rukunnya, sejarahnya, perkara yang dilarang semasa ihram akan penjagaan kesihatan ketika di Mekah. Mengapa tidak pernah ada ulama atau tokoh agama yang memberitahu apa rahsia di sebalik rukun haji itu. Hikmah-hikmah yang selalu dilaung-laungkan tentang haji sudah terlalu biasa sangat. Haji dilihat sebagai satu pengorbanan, memerlukan kesabaran yang tinggi, persaudaraan, mengabdikan diri, melawan nafsu, dugaan, persamaan, perpaduan, kesucian rohani, menghambakan diri dan satu cita-cita. Semua yang dijelaskan terlalu subjektif.

Justeru,Al Islam mengambil kesempatan ini untuk merungkaikan nikmat di sebalik tuntutan rukun haji dan larangan di dalam ihram berdasarkan hubungannya di dalam sains. Ia sudah pasti dimulakan dengan niat. Nampak mudah tetapi besar impaknya pada keseluruhan ibadat. Niat di sini bukan saja niat ihram tetapi juga niat kali pertama yang terlintas di hati untuk menunaikan haji.

Menurut Prof Norhisham, apabila niat untuk mengerjakan haji sudah terlintas di hati, ia sebenarnya sudah sampai ke Kaabah. Untuk mendapatkan haji yang mabrur bermula dari niat semasa di tanah air. Akuinya, memang ramai yang mampu untuk mengerjakan haji namun untuk mendapatkan yang mabrur cukup sukar. Budaya masyarakat Melayu sebenarnya banyak menghalang tujuan mendapatkan haji yang mabrur.

Katanya ramai yang tidak faham tentang ibadat tersebut. Ibadat haji mempunyai hubungan yang sangat rapat antara manusia dengan Tuhan. Justeru tidak boleh ada rasa riak dan bangga diri. Jika membuat kenduri pun tidaklah sampai menjemput satu kampung.

“Niat ke sana untuk apa? Belum pun habis kita menyusun niat sebenarnya Kaabah sudah boleh mengesan apa yang di dalam hati kita. Niat itu ibarat bar kod yang akan diimbas semasa di sana nanti.

“KITA Kita pergi ke sana untuk penyerahan diri pada Tuhan, rasa kerdil pada kebesaran Nya. Secara automatik akan menyebabkan kita lupa pada urusan dunia dan kesusahan yang ditempuhi. Pemusatan fikiran hanya kepada Allah Tuhan yang satu, ia akan datang dengan sendirinya apabila berada di Mekah kerana semua itu ada kaitan dengan kekuatan Kaabah sebagai pusat bumi,” ujarnya.

Tambahnya lagi Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.


BERMALAM DI MINA
Mengapa bermalam di Muzdalifah dan Mina menjadi satu perkara yang wajib sebelum melontar ketiga-tiga jamrah. Di sebalik semua itu ada tujuan apabila Allah menurunkan perintah¬nya. Menurut Prof Norhisham, wajib haji itu bertujuan mendapatkan cukup rehat bagi memulihkan tenaga sebelum kembali semula ke Masjidilharam menunaikan tawaf dan sai.

“ Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang bagi menghasilkan sel darah. Ini adalah sebagai langkah persediaan untuk melakukan rukun haji yang berikutnya sebab itulah diwajibkan bermalam.

“SEMASA tawaf nanti memerlukan tenaga yang banyak untuk mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali. Bila bermalam di Mina seolah-olah kita sudah dapat bateri baru untuk melakukan rukun yang lebih mencabar lagi,” jelasnya. Manakala mengenai tawaf pula memang banyak keistimewaannya.

Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. Sebenarnya pusat bumi itu bukan sekadar untuk bumi saja tetapi ia seakan satu ruang atau suis yang mengawal seluruh cakerawala, bintang, matahari, planet dan ruang angkasa. Bermakna pusat bumi itu ada tenaga yang cukup kuat yang tidak boleh dilihat, dengar, rasa tetapi boleh dikesan frekuensinya.

Prof Norhisham turut menjelaskan pergerakan lawan jam di dalam jumlah tujuh pusingan. Katanya, semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu. Elektron mengelilingi nukleus, molekul protein terbentuk dari kiri ke kanan, darah beredar juga dari arah yang sama di dalam badan, sperma juga beredar mengikut lawan jam, matahari, bulan dan planet semuanya berputar mengikut hukum yang sama.
Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam.

Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

TAWAF
“MANAKALA darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang LELAKI.

SEMUA larangan itu ada penerangan-nya. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Begitu juga, muka dan tangan mempunyai fungsi yang sama. Sebab itulah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang BARU.

SELEPAS selesai semua itu barulah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh TUBUH.

SAMBUNGNYA LAGI, penggunaan kain kapas sebagai kain ihram selain untuk menonjolkan persamaan di sisi Tuhan, wujud rahsia yang lebih mendalam. Kain kapas menurut Prof Norhisham adalah simbolik tanah hitam yang berunsur karbon. Kapas adalah unsur yang paling bersih. Sudah dikaji, kain kapas boleh membiaskan atau memantulkan semula radiasi gelombang jarak jauh atau gelombang infra merah. Gelombang ini memang sudah dikenal pasti mempunyai kesan yang tidak baik kepada badan,” JELAS.

Sumber: Majalah Al Islam ( Sept.)

KISAH PENGISLAMAN

Kisah Saudara Baru - Aminah Assilmi


Pengenalan Dan Keputusan Saya bertemu dengan orang Islam buat pertama kalinya semasa sedang menghabiskan ijazah di dalam bidang Rekreasi. Saya membuat pra-pendaftaran subjek untuk semester tersebut dan pergi ke Oklahoma untuk mengendalikan urusan keluarga. Urusan tersebut menyebabkan saya lewat hampir dua minggu dan oleh yang demikian, tidak dapat lagi membuang mana-mana subjek. Walaupun lewat, saya tidaklah risaukan pelajaran yang terlepas kerana saya adalah pelajar terbaik di dalam bidang berkenaan. Saya telah memenangi berbagai 'award' walaupun hanya seorang pelajar dan mampu bersaing dengan para professional. Seperkara yang anda harus faham, walaupun saya belajar dan cemerlang di kolej, menjalankan perniagaan sendiri dan mempunyai ramai teman rapat, saya adalah seorang yang amat pemalu. Saya lambat untuk mengenali seseorang dan jarang bercakap kecuali jika terpaksa, atau kerana sudah mengenali orang tersebut. Saya hanya merasa selesa di kalangan kanak-kanak. Kembali kepada cerita saya. Cetakan komputer pendaftaran semester tersebut menyebabkan saya amat terperanjat. Saya telah didaftarkan untuk kelas Teater.. sebuah kelas di mana saya dikehendaki membuat persembahan di hadapan orang ramai!.

Saya tidak mampu walau untuk bertanyakan soalan di dalam kelas, apatah lagi untuk naik ke atas pentas di hadapan orang ramai? Suami saya, seperti biasa dengan sikap tenangnya menyarankan supaya saya menerangkan masalah kepada guru berkenaan dan akhirnya beliau bersetuju mencari jalan untuk membantu. Maka saya pun pergi ke kelas pada Selasa berikutnya..

Apabila hendak memasuki kelas, saya mendapat 'kejutan' yang kedua. Kelas tersebut penuh dengan orang-orang Arab dan "penunggang unta". Saya tidak pernah berjumpa mereka tapi pernah mendengar tentangnya. Tidak mungkin saya akan duduk sekelas dengan 'kafir-kafir kotor' ini! Manalah tahu, mungkin saya akan dijangkiti penyakit daripada mereka. Semua orang tahu mereka itu kotor dan tidak boleh dipercayai. Saya lantas menutup pintu dan pulang ke rumah. (Ada satu perkara yang perlu anda tahu. Pada masa itu saya memakai skirt pendek kulit, baju singkat dan terdapat segelas wain di tangan saya... tapi merekalah yang dianggap jahat dalam fikiran saya).

Apabila saya memberitahu suami saya tentang orang-orang Arab di dalam kelas dan tidak mungkin saya kembali ke kelas, suami saya dengan tenangnya mengingatkan bahawa Tuhan mempunyai sebab untuk segalanya dan mungkin saya patut mengambil masa berfikir sebelum membuat keputusan. Dia juga mengingatkan yang saya tentang tajaan biasiswa yang membayar tuisyen saya dan saya perlu mengekalkan G. P. A saya atau memusnahkan segala peluang saya. Saya berdoa untuk petunjuk selama dua hari.

Saya kembali ke kelas pada hari Khamis dengan keyakinan bahawa Tuhan meletakkan saya di situ untuk menyelamatkan orang-orang kafir bodoh itu daripada api neraka. Saya terus menerangkan kepada mereka bahawa mereka akan dibakar api neraka buat selama-selamanya sekiranya tidak menerima Jesus sebagai penyelamat. Mereka mendengar dengan sopan, tetapi tidak menukar pegangan. Saya terus mencuba untuk mengubah pegangan mereka tetapi tidak berjaya. Jadi saya mengambil keputusan membaca sendiri buku mereka untuk membuktikan bahawa Islam adalah agama palsu dan Mohammed adalah tuhan palsu.


Salah seorang pelajar di situ memberikan saya sesalinan Quran dan buku mengenai Islam, dan saya pun memulakan kajian. Saya pasti bahawa saya akan menemui bukti hujah saya dengan cepat. Saya membaca Quran dan buku tersebut dan 15 lagi buah buku, Sahih Muslim, dan kembali kepada Quran. Saya begitu bersungguh-sungguh untuk menukar agama mereka. Kajian tersebut berlanjutan sehingga satu setengah tahun. Dalam masa tersebut, saya mula menghadapi masalah dengan suami saya. Saya makin berubah, walaupun sedikit tetapi cukup untuk mengganggunya. Kami selalu pergi ke bar setiap Jumaat dan Sabut, atau ke parti, tetapi saya tidak lagi ingin ke sana. Saya menjadi semakin pendiam dan dingin. Dia yakin saya ada hubungan dengan orang lain dan menghalau saya keluar. Saya berpindah ke sebuah apartmen dengan anak-anak dan meneruskan usaha dengan bersungguh-sungguh untuk menukar agama para Muslim tersebut ke Kristian.

Pada suatu hari, seseorang mengetuk pintu rumah saya. Apabila dibuka saya mendapati terdapat seorang lelaki yang memakai baju tidur panjang berwarna putih dengan alas meja berkotak warna merah putih di atas kepalanya. Dia ditemani tiga lagi lelaki yang juga memakai pajama. (Itulah kali pertama saya melihat mereka memakai baju Kebangsaan mereka). Saya mulanya merasa agak marah kerana mereka hanya datang dengan pakaian tidur. Mereka fikirkan saya ini wanita jenis apa? Tidakkah mereka ada rasa malu dan harga diri? Bayangkan betapa terperanjatnya saya apabila si lelaki yang memakai alas meja di kepala itu mengatakan bahawa mereka difahamkan yang saya ingin menjadi seorang Muslim.

Saya dengan pantas menjawab yang saya tidak mahu menjadi Muslim. Saya adalah seorang Kristian. Walau bagaimanapun, saya ada beberapa kemusykilan. Itupun kalau mereka ada masa.... Namanya ialah Abdul Aziz Al-Shiek dan dia sudi meluangkan masanya. Dia sangat sabar dan membincangkan setiap soalan bersama saya. Dia tidak pernah membuat saya rasa bodoh atau mengatakan soalan saya itu remeh. Dia bertanya adakah saya percaya bahawa Tuhan hanya satu dan saya berkata ya. Kemudian adakah saya percaya bahawa Mohammad itu PesuruhNya?. Lagi sekali saya mengatakan ya. Dia memberitahu saya bahawa saya sudahpun menjadi Muslim! Saya tetap bertegas bahawa saya adalah Kristian. Saya hanya mencuba memahami Islam.
(Dalam hati saya berfikir : Tidak mungkin saya seorang Muslim! Saya adalah orang Amerika dan berbangsa kulit putih! Apa suami saya akan kata? Jika saya Muslim, saya harus menceraikan suami saya. Matilah keluarga saya!).

Kami meneruskan perbualan. Dia kemudiannya menerangkan,untuk mencapai pengetahuan dan pemahaman rohani adalah seperti mendaki tangga. Jika kita mendaki dan cuba "skip" beberapa anak tangga, maka kita dalam keadaan bahaya dan berkemungkinan jatuh. Mengucap Shahadah adalah hanya langkah pertama pada tangga tersebut. Kami ada banyak lagi yang perlu dibualkan.

Pada petang tersebut, saya mengucap Shahadah. Walau bagaimanapun ada beberapa perkara yang masih belum dapat saya terima dan memang sifat semulajadi saya untuk berterus-terang lalu saya meletakkan "disclaimer" pada Shahadah saya. Saya berkata " Saya naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Mohammad adalah PesuruhNya tetapi, saya tidak sesekali akan menutup rambut saya dan jika suami saya kahwin lain, saya akan "castrate" (mengkasi telur) dia". Saya mendengar lain-lain lelaki di situ menarik nafas terkejut, tetapi Abdul Aziz menyuruh mereka diam. Kemudiannya saya dapat tahu dia memberitahu rakan-rakanya jangan sesekali membincangkan dua perkara itu dengan saya. Dia yakin saya sendiri akan faham tentang perkara tersebut.


Shahadah sememangnya langkah paling mantap dalam tangga mencapai pengetahuan rohani dan mendekatkan diri kepada Allah tetapi pendakian saya agak perlahan. Abdul Aziz berterusan datang menziarahi saya dan menjawab soalan-soalan saya. Dia tidak pernah mencela saya atas soalan-soalan yang mungkin dianggap bodoh atau remeh. Dia memberitahu saya soalan yang bodoh ialah soalan yang tidak pernah ditanya. Hmm... nenek saya juga selalu berkata begitu. Dia menerangkan bahawa Allah menyuruh kita mencari ilmu, dan bertanya adalah salah satu cara untuk mendapatkannya.

Pada tahun-tahun seterusnya, saya telah mendapat ramai guru. Setiap satunya adalah istimewa dan berlainan antara satu sama lain. Setiap guru telah membantu saya mencintai Islam. Apabila pengetahuan saya bertambah, perubahan pada diri saya makin bertambah. Pada tahun pertama saya memeluk Islam, saya telahpun memakai hijab. Saya tidak tahu bagaimana ianya bermula. Segalanya datang dengan semulajadi, dengan pemahaman dan pengetahuan yang kian bertambah.

Saya juga menjadi penyokong kepada poligami. Saya tahu yang sekiranya Allah membenarkannya, maka tentu ada sesuatu yang baik di sebaliknya. Semasa saya mula mempelajari Islam, saya tidak menyangka saya akan berjumpa sesuatu yang saya perlu atau mahu dalam kehidupan peribadi saya. Saya sama sekali tidak menyangka Islam akan merubah hidup saya. Tiada manusia yang boleh menyakinkan saya bahawa pada satu hari saya akhirnya akan berasa tenang dan hidup penuh cinta dan keriangan semata-mata kerana Islam. Bagaimana Islam mengubah cara hidup saya "Kita akan lebih menghargai cahaya.. sekiranya kita pernah hidup dalam kegelapan"

Semasa saya mula memeluk Islam, saya tidak menyangka ianya akan memberi kesan kepada hidup saya. Islam tidak hanya membawa kesan, bahkan ia mengubah kehidupan saya sepenuhnya. Kehidupan berkeluarga : Saya dan suami saya amat mencintai satu sama lain. Cinta itu masih wujud. Tetapi apabila saya mula mempelajari Islam, kami mula menghadapi masalah. Pada masa itu saya tidak sedar yang saya sedang berubah. Dia menganggap satu-satunya perkara yang menyebabkan saya berubah ialah lelaki lain. Saya tidak dapat membuatkan dia faham apa yang telah merubah saya kerana saya sendiri tidak tahu. Setelah saya sedar yang saya adalah seorang Muslim, ianya masih tidak membantu. Lagipun,dia masih menganggap bahawa sebab yang boleh membuat seseorang wanita mengubah sesuatu yang penting seperti agamanya mestilah kerana seorang lelaki. Dia tidak menjumpai sebarang bukti berkenaan lelaki khayalan ini... tetapi ianya dianggap pasti wujud.

Perkahwinan kami berakhir dengan perceraian yang buruk. Mahkamah membuat keputusan bahawa agama yang bukan ortodoks (seperti Islam) akan mencacatkan perkembangan anak-anak kami. Maka mereka telah diambil dari jagaan saya. Semasa proses perceraian, ada suatu ketika di mana saya diberitahu yang saya mempunyai pilihan. Saya boleh meninggalkan agama ini dan kekal dengan anak saya, atau meninggalkan anak saya dan kekal dengan agama ini. Saya sungguh terkejut. Bagi saya ini bukanlah pilihan. Sekiranya saya meninggalkan Islam, saya akan mengajar anak saya untuk bersikap berpura-pura.... kerana saya tidak dapat menyangkal apa yang ada di dalam hati saya.


Saya tidak dapat meninggalkan Allah, buat masa itu mahupun selama-lamaya. Saya berdoa dengan sesungguh hati. Selepas tempoh masa 30 minit itu berakhir, saya tahu bahawa.. tiada tempat yang paling selamat bagi anak-anak saya melainkan di bawah lindungan Allah. Sekiranya saya meninggalkanNya, maka pada masa hadapan hilanglah jalan untuk saya menunjukkan kepada anak-anak saya keajaiban bersama Allah. Mahkamah diberitahu yang saya akan meninggalkan anak-anak saya di dalam tangan Allah. Jadi ini bukanlah bermakna saya telah menolak anak-anak saya. Saya meninggalkan mahkamah dengan kesedaran yang saya akan menderita tanpa anak-anak saya. Hati saya berdarah, walaupun saya tahu saya telah membuat keputusan yang betul. Saya mendapat kedamaian di dalam Ayat-Ul-Kursi. Hak penjagaan anak dan perceraian bukanlah sesatunya masalah yang terpaksa saya hadapi. Kesemua keluarga saya tidak dapat menerima pilihan saya. Kebanyakan daripada mereka tidak mahu langsung mengambil tahu lagi hal saya.

Ibu saya menganggap saya sedang melalui satu fasa ("phase") dan lambat laun akan keluar daripadanya. Kakak saya "pakar kesihatan mental" percaya saya telah gila dan patut disumbat ke hospital gila. Bapa saya menganggap saya patut dibunuh sebelum saya jatuh lebih jauh ke dalam Neraka. Tiba-tiba saya mendapati diri saya tanpa suami dan keluarga.

Apa pula lagi yang akan saya hadapi selepas ini? Sahabat-handai. Kebanyakan sahabat-handai saya menjauhkan diri dari semasa tahun pertama lagi. Mereka sudah tidak seronok bergaul dengan saya. Saya tidak mahu ke parti atau bar. Saya tidak berminat mencari teman lelaki. Apa yang saya buat hanya membaca Quran dan bercakap tentang Islam. Sungguh membosankan bagi mereka. Pada masa itu saya masih belum mempunyai pengetahuan yang cukup untuk memahamkan mereka betapa indahnya Islam.

Pekerjaan : Saya juga kehilangan pekerjaan. Walaupun saya telah memenangi pelbagai anugerah dalam bidang saya dan diiktiraf sebagai "trend setter" dan mampu menghasilkan wang, hari saya memakai hijab adalah hari akhir bagi pekerjaan saya. Saya sekarang tidak mempunyai keluarga, kawan mahupun pekerjaan.


Dalam semua keadaan ini, cahaya di dalam hidup saya ialah nenek. Dia sukakan pilihan saya dan menyertai saya. Saya tahu nenek saya memang seorang yang amat bijaksana. Sejurus selepas itu beliau meninggal dunia. Apabila saya fikirkan kembali, saya hampir merasa cemburu. Pada hari beliau mengucapkan Shahadah, kesemua amalan buruknya terhapus manakala amalan baiknya dipelihara. Beliau meninggal tidak berapa lama selepas memeluk Islam dan saya tahu BUKUnya akan berat di sebelah kebaikan. Itu sudah cukup menggembirakan saya.

Apabila pengetahuan saya semakin bertambah dan saya dapat menjawab soalan-soalan dengan lebih baik, banyak perkara berubah. Tetapi impak paling besar ialah perubahan pada diri saya. Beberapa tahun selepas saya mengisytiharkan keislaman saya pada umum, ibu saya menelefon dan mengatakan dia tidak tahu mengenai Islam tetapi dia berharap saya akan kekal dengannya. Dia sukakan perubahan pada diri saya. Beberapa tahun kemudian dia menelefon lagi dan bertanya apa yang perlu dia lakukan untuk menjadi seorang Muslim. Saya memberitahunya apa yang perlu dibuat ialah mengetahui yang hanya ada satu Tuhan dan Muhammad ialah pesuruhNya. Jawapan yang diberikannya "Orang bodoh pun tahu itu.. tapi apa yang perlu dibuat sebenarnya?" Saya mengulang kembali apa yang telah saya katakan dan dia berkata :"OK.. tapi tak perlulah beritahu ayah lagi". Dia tidak tahu yang ayah saya telah berbual perkara yang sama beberapa minggu sebelum itu. Bapa kandung saya pula telah melakukannya dua bulan sebelumnya. Kemudian, kakak saya (si pakar mental) itu memberitahu yang saya adalah orang yang paling 'bebas' yang dia pernah kenali. Itulah pujian paling bermakna yang saya terima kerana ianya datang daripada dia. Ramai lagi anggota keluarga saya yang telah menemui Islam saban tahun.


Saya paling gembira apabila mendengar berita bahawa bekas suami saya juga telah memeluk Islam. Apabila ditanya mengapa, dia berkata yang dia telah memerhatikan saya selama 16 tahun dan dia mahukan anak perempuannya mendapat apa yang saya ada. Dia datang dan memohon maaf atas perbuatannya yang lalu. Saya telah lama memaafkannya. Anak lelaki sulung saya juga telah mengumumkan bahawa dia akan memeluk Islam. Saya telah dikenali kerana ceramah-ceramah yang saya berikan mengenai Islam, dan ramai pendengar yang telah memilih untuk menjadi Muslim.

Ketenangan dalam jiwa saya terus bertambah dengan pengetahuan dan keyakinan saya terhadap kebijaksanaan Allah. Saya tahu Allah bukan sahaja Pencipta kita, tetapi juga sahabat yang paling akrab. Saya tahu Allah akan sentiasa berada di sisi saya dan tak akan menolak kita. Bagi setiap satu langkah saya kepadaNya, Dia datang dengan 10. Allah juga telah menguji saya, dan sebagaimana yang dijanjikan, memberikan anugerah lebih daripada apa yang saya harapkan. Beberapa tahun lalu, doktor memberitahu yang saya menghidap kanser di peringkat serius. Mereka mengatakan tiada lagi penawar kerana ia terlalu 'advanced' dan menyiapsediakan saya untuk menghadapi kematian. Saya mungkin hanya ada satu tahun untuk hidup. Saya risaukan anak-anak saya, terutamanya yang paling kecil. Siapa yang akan menjaganya?


Walau bagaimanapun saya tidak bersedih. Kita semua akan mati. Saya yakin kesakitan yang saya tanggung ini mengandungi hikmahNya. Saya tidak mengambil masa yang lama untuk menyedari akan RahmatNya. Sahabat-handai tiba-tiba hadir entah dari mana. Saya dikurniakan kesempatan menunaikan Haji. Yang lebih pentingnya, saya belajar betapa pentingnya bagi saya berkongsi kebenaran Islam dengan semua orang. Saya tidak kisah sama ada manusia, Muslim atau tidak, bersetuju atau sukakan saya. Saya hanya perlukan keredhaan Allah. Kasih-sayang yang saya mahukan hanya dari Allah. Tetapi, saya mendapati orang ramai, yang tanpa sebarang sebab yang nyata, telah menyayangi saya. Saya bersyukur, kerana saya pernah membaca, sekiranya Allah menyayangi seseorang, Dia akan membuatkan manusia juga mencintai orang itu. Saya tidak layak menerima semua kasih sayang itu.

Pastinya ini adalah salah satu hadiah lagi daripada Allah. Tiada kata untuk saya menerangkan bagaimana berubahnya hidup saya. Alhamdulillah! Saya amat gembira saya adalah seorang Muslim. Islam adalah hidup saya. Islam adalah denyutan jantung saya. Islam adalah darah yang mengalir dalam diri saya. Islam adalah kekuatan saya. Islam menjadikan hidup saya indah dan gemilang. Tanpa Islam, saya tiada apa dan sekiranya Allah berpaling dari saya, saya tidak akan hidup.

Maha Suci Allah

Aminah Assilmi
Petikan

SIFAT KEMURAHAN ALLAH

D i antara nama dan sifat Allah SWT adalah “Rahman”, “Rahim”, "Hannan", "Mannan", "Kareem" yang menunjukkan pa...