Memaparkan catatan dengan label dari dalam aku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dari dalam aku. Papar semua catatan

Jumaat, 3 Ogos 2012

ANTARA RaMADHAN



Ramadhan…
Kini kau mampir kembali
Hadirmu memang sentiasa dinanti
Bagai menanti sang kekasih yang terpisah lama
Ingin melerai rindu yang lama terbuku
Menyentuh mu bagai sutera lembut bayu

Ramadhan......
Di dadamu aku mahu bermanja
Di dadamu aku mahu bicara
Di dadamu aku menguliti kesetiaan
Di dadamu aku cuba mencari erti
Kedamaian ketakwaan kemanisan
Hamba kepada Tuhan Yang Esa.

Ramadhan ......
kau semakin menghindar kini
rinduku belum lagi terlerai
resahku belum lagi terurai
gersangku belum lagi membasah
gersang yang belum menyubur
namun  kau akan tetap pergi lagi
Pergimu tetap akan kuitangisi
Pergimu ku ratapi
Perpisahan yang sememang ditentukan
sehingga mungkin ketemu kembali
Akan tetap ku tunggu kehadiranmu
Akan aku jadi kekasih yang setia
Akan ku jadi penunggu yang tidak putus asa

Ahad, 29 Julai 2012

Tanpa Judul…

Saudaraku !
kiranya ada hati yang menyayangimu
sebagai saudara seagama
terimalah ia seadanya.. 
kiranya ada hati yang ingin menyayangimu…
sebagai kekasih..
sebaliknya
engkau tidak sedemikian…
tolaklah dengan berhemah…
nafilah dengan bermaruah… 
janganlah engkau biarkan….
dia tanpa suara
janganlah engkau biarkan….
dia tanpa rasa
janganlah engkau biarkan….
dia tanpa cahaya 
buanglah sejauh mungkin
egomu
hindarlah sejarak mungkin
sombongmu 
kerana ego dan sombong itu
bukan pakaian kita
kerana ego dan sombong itu
bukan selayaknya untuk kita
makhluk dan hamba.
 khabarkan
dengan baik
khabarkan
dengan molek 
berilah peluang kepadanya
untuk merasa aman
tanpa persoalan 
biarkanlah dia
sunyi dan sungi
agar dapat dia kembali
ke fitrah
memperhamba diri dengan aman
kepada-Nya

berilah peluang kepadanya
pulang ke fitrah
kepada kekasih yang sebenar,
Allah.
 Ingatlah saudaraku
kasih sayang itu pakaian muslim
kasih sayang itu tuntutan Tuhan
kasihilah sesama saudara di bumi
sayangi kasihilah makhluk di bumi
Agar,
masyarakat di langit menyayangimu.
saudaraku
kasih itu
sayang itu
bukannya hak kita
tapi hak Yang Maha Esa

dari dalam aku


Ahad, 15 Julai 2012

Milik Dia

Gambar hiasan
detik itu kembali menyapa
saat itu kembali bicara
sapaan itu kembali menyata
wahai engkau hamba Tuhan
sejudlah segera...sujudlah
waktumu semakin hampir
waktumu semakin kecil
waktumu semakin tersisa

hati kecilmu meminta
suatu yang telah membenarkan akan keTuhanan
hatimu telah bicara benar akan jalan menuju Tuhan

usah lagi menafikan
usah lagi menidakkan
usahlah lagi cuba menolak kenyataan
mutlak segalanya milik Tuhan
Dia yang Maha Esa
Milik Dia segalanya
segalanya milik Dia

apapun milikmu -dalam dakwaanmu
bukan itu...
bukan ini
segalanya milikmu itu adalah milik Dia

dari dalam aku 20Julai2012

Ahad, 24 Jun 2012

Kasih cinta-Nya

Gambar hiasan

Dan apabila seruan itu kembali menjemputmu. Bersegeralah menyapanya. Sementelahan Tuhan masih memberimu ruang, untuk bersujud kepada-Nya. Lihatlah Dia dengan mata hatimu. Sebutlah Dia dengan lidah lisanmu. Bisiklah Asma-Nya di setiap penjuru suaramu. Bisikan nama-Nya di setiap sudut hidup nafasmu. Dengarkan sentiasa bisikan zikir itu. Kelak engkau akan merasai resapan ketenangan dan sentuhan kasih cinta-Nya

Isnin, 11 Jun 2012

Rebutlah aku Tuhan

Gambar hiasan
Tuhan ,
 Engkau tempat  tumpuan
 pasrahku dengan semua ketentuan
redhalah aku segala ketetapan
hitungan-Mu meresapi segala liang

Tuhan,
 berikanlah Rahmat-Mu
Kasih cinta-Mu itu –untuk aku merapat-Mu
 jadikan aku insan - mendamba harapan rahmat sayang dan kasih
pupuk jiwa dan ragaku 
lapang dada redha dan terbuka
menyambut ketentuan-Mu
apa pun persoalan. 

Tuhan,
dakaplah aku dengan kasih sayang-Mu
genggamlah aku  dalam ampunan-Mu.
Tuhan, tempat aku mengadu
di malam pekat hening kekalutan membatu
atau di siang mentari menyilau terik pancaran 

TUHAN kurniakan aku cinta-Mu
kurniakan aku sayang-Mu
berikan aku cinta-Mu
pertama dan terakhir
untuk satu-satunya kecintaan kewajipan

Tuhan , berikan aku rasa perhambaan terhadap –Mu
di sepanjang perjalanan hidup yang semakin mendekat
Ke garisan itu
Ke garisan satu
menuju perkampungan abadi

Rejab 22, 1433H/ 12 Jujun 2012

Isnin, 21 Mei 2012

Khaliq




KeagunganMu menyelirati segenap reruang
KeagunganMu melewati setiap sempadan
sememangnya Engkau Pencipta Alam
Pelbagai khazanah indah dan gersang
Semua makhluk ciptaan yang baru tentu akan luput
Hanya Engkau yang Kekal Abadi

Kesemua hamba ciptaanMu menghamba diri kepada-Mu
Hakikat yang tidak ramai tahu
Sibatu di tepi sumur sering berzikir
Dedaun melambai zikir tidak henti
Ombak laut sungai tasik memeri
Zikir mereka memenuhi pesada alam
Malam siang ..siang dan malam
Hinggakan ikan dan hidupan air berlumba zikir di bibir
Semut halus kuman tidak kelihatan turut pujian sepanjang hayat
Memuji menginsaf kehambaan memanjat

Teman




Jangan mengharap yang tak pasti
Jangan menyata kata yang tiada suara
Jangan dihujani dengan titis mutiara tanpa erti
Kau hanya  menjangka
Engkau tidak biasa dan tidak kan bisa dengan situasi sedemikian
Ia penuh haru dan tanda tanya
Tanpa paksa menyiat urat kendurmu itu
Kau akan hanya meratapi suatu harapan
Menyintak keinginan dan hasrat yang belum pasti
Kau terpasrah pada ketentuan pudar
Di alami debaran alir detap jantung bergetaran

Mahu dan ingin sama berjuang
Menuntut kemahuan yang tiada noktah

 Apakah
Perlu lagi kau ladeni ia
Atau Perlukah kau kesampingkan saja
Atau biar ia berlalu seperti hembusan bersin bibirmu
Atau menerima membuta segala ketentuan
Walau kau juga punya pilihan

Teman
Usah difikir-fikir suatu harapan yang pudar
Kembalilah kepada ketentuan yang benar
Di sana nanti akan kau temui
Teman sahabat dan kawan
Akan kau temui kekasih cinta yang luhur
Akan kau temui tuan puteri yang ayu tanpa dapat digambar
Dengan perkataan indah apa pun

Di sanalah ketentuan sebenar
Oleh itu berjuanglah dengan penuh keikhlasan
Tanpa mengira hitungan jam
kembalilah ke jalan Tuhan

Jumaat, 13 Januari 2012

KIRIM SEAYAT DUA

CUBAlah  pejamkan mata seketika. Seusai solat.
BAYANGKAN ............................

SAHABAT RAKAN kita semasa di sekolah dahulu,
atau di kolej, atau di universiti....
atau  yang bekerja di tempat yang sama.

SAHABAT RAKAN yang rapat, bagai saudara sendiri.
Yang belajar berbahagi buku.
Berkongsi pensel pen.
Yang makan semeja atau sepinggan.
Atau yang dalam tugasan berjaga sehingga pagi – untuk menghantar assignment saat akhir.

SAHABAT RAKAN yang tidur sebantal.
Yang makan sepinggan.
Kadangkala menumpang minum seteguk dua pada gelas yang sama.

SAHABAT RAKAN yang sering memberi meminta.
Meminjam wang ketika kita KEKERINGAN.
YANG MEMBELANJA ketika kita kelaparan.
Yang menghulur ketika kita kesesakkan.

SAHABAT RAKAN yang kekadang bertengkar bermasam muka..
tidak bertegur sapa…disebabkan remeh temeh seperkara dua

SAHABAT RAKAN yang kita suka melihat wajahnya..
yang kita ada menyimpan rasa…CINta

YANG menghiburkan……….. atau menjengkelkan………….

ATAU SAHABAT RAKAN yang sering menjadi mangsa kutukan ………
ATAU BERBAKAT membuat LELUCON ketika kita ..rungsing..dan sedih……..

SAHABAT RAKAN yang sering mengingatkan..
TIKA kita lalai bersolat awal…
YANG SERING mengingatkan agar MENJAUHI KEMUNGKARAN..
MENDEKATKAN KEBAIKAAN.

SAHABAT DAN RAKAN kita itu…kini…sudah pergi dari sisi kita
BERPINDAH sudah ke alam lain
BERHIJRAH TIDAK AKAN KEMBALI untuk mengenang kisah cerita lucu
sedih
gembira
 duka
 sengsara…
SAHABAT RAKAN KITA ITU SUDAH TIDAK PUNYA PELUANG MELAKUKAN
sesuatu yang kita masih diberi peluang melakukan..
APAKAH kita tidak mengenangnya….

APAKAH pemergian mereka TIDAK menginsafkan KITA
BAHAWA kita MASIH BERPELUANG MELAKUKAN KEBAIKAN…MEMUHASABAH DIRI
MENGIRA UNTUNG RUGI DETIK MASA YANG DILALUI….
Titipkanlah SEAYAT DUA…UNTUK MEREKA …SAHABAT RAKAN YANG TELAH PERGI…

TITIPKAN SEIKHLAS untuk mereka satu ayat sebaris dua…

PEJAMKAN MATAMU…Ingatkan kembali wajah-wajah mereka…




Jumaat, 25 November 2011

RASAILAH..KEHADIRANNYA SENTIASA


Dalam setiap langkah rasailah akan  kehadiran ALLAH
Dalam segala buatlaku sedarilah bahawa apapun yang dilakubuat akan ditanya dihitungkira
Dalam setiap TUTUR BICARA..lunak..luka..atau..hibur..di situ ada manisnya iman..pahitnya  duga..lukanya kata.  MAKA ingatlah masih tetap ada HITUNG KIRA di dalamnya.
Dalam setiap lirik mata..jelingan..pesona..usahlah alpa dengan perhatian ALLAH dan MALAIKAT-MALAIKAT-Nya. Penjaga setiap makhluk yang bernama manusia.

KEMBALILAH KEFITRAH KETENTUAN. Kembalilah kefitrah putihnya kalbu.
Telah berjanji , telah berikrar akan Esanya Tuhan Yang Satu. Tuhan Yang Esa.
                                          ALLAH dan MUHAMMAD RASULULLAH sebagai saksi.

Sabtu, 8 Oktober 2011

MEMILIKI…..DIMILIKI !


Benarkah KITA memiliki?    ... Benarkah KITA punya sesuatu?
APA yang KITA MILIKI?  APA yang KITA PUNYAI?
BUKANkah kita TIDAK memiliki apa-apa.......pun
Bukan,.... ITU,...  bukan milik kita. ITU SEMUA MILIK ALLAH.
ALLAH hanya meminjamkan kepada kita.


…tiada  APA-apa yang KITA miliki.. TIADA apa-APA yang KITA punyai.  ..........HATTA nama kita juga milikNYA.
KITA milik ALLAH…bila-bila masa, Dia boleh memanggil KITA pulang.
CUMA KITA sentiasa ingin dan ingin , HARAP dan MOHON serta MERAYU agar  memiliki KASIH SAYANG..Kasih sayangNYA..rahmatNYA, KASIH SAYANG dan RAHMAT ALLAH sentiasa tersebar di seluruh alam.....
DAN..............kita sentiasa mengharapkan  ....KASIH SAYANG Rasulullah....
SYAFAATnya RASULULLAH…….

[ADAKAH kita dalam golongan hamba yang mensyukuri KASIH SAYANG dan RAHMATNYA! ]

Sabtu, 1 Oktober 2011

SAHABAT...itu

SAHABAT itu ialah pengingat kepadamu ketika engkau melakukan kesilapan,
SAHABAT itu penyuluh ketika engkau berada dalam kegelapan, memimpin engkau di kala kebingungan,
SAHABAT itu bergembira ketika engkau memperoleh sesuatu kemenangan kegembiraan,
SAHABAT itu turut berduka ketika engkau ditimpa bencana dan dugaan,
SAHABAT itu sanggup menyatakan yang pahit, walau mungkin memakan DIRINYA tapi akan terus menyatakan kebenaran demi AMANAH TUHAN.
SAHABAT itu apabila melihatnya, engkau berasa gembira,
SAHABAT itu apabila menatap wajahnya, teringat engkau akan hari Akhirat, terpaling wajahmu dari dunia,
SAHABAT apabila menatap wajahnya akan tersirat kebesaran Allah,
SAHABAT itu di wajahnya tergambar sinaran keimanan, gambaran ketaatan.





Sabtu, 14 Mei 2011

MAAFKAN AKU


Tarikh itu, saat itu tidak kita ketahui.
Namun begitu masih ada tanda-tanda itu. Walaupun kita sering alpa atau seakan mengalpakannya ( melupa tanda-tanda yang ditunjuki). Panggilan balik ke perkampungan abadi, tempat berkumpulnya semua kita, hamba kepada Allah Yang Esa.
Allah merahsiakannya kerana hendak melihat kepatuhan dan ketaatan hambaNya terhadapNya.
Dengan sebab itulah sebagai hambaNya, kita sering diperingatkan agar selalu mengingatiNya, selalu membasahi lidah, menyelimuti hati dengan melafazkan asma-asmaNya yang agung , dan selalu mengingatkan akan kebenaran bahawa semua kta akan menemuiNya, kembali kepadaNya.

Wahai saudara seagamaku.
Maafkanlah kesalahan saudaramu, pasanganmu, atau sesiapa sahaja di setiap saat setiap ketika. Atau tatkala ingin melelapkan mata.
Prasangka baiklah terhadap saudara-saudaramu. Jangan sesekali merasa cukup dengan amalan baikmu. Kerana..Hanya rahmat Allah yang membolehkan hambaNya memasuki SyurgaNya. Bukan sesekali disebabkan amalan yang dilakukan.

Patuhilah suruhan dan tinggalkan laranganNya seikhlas mungkin. Berjihadlah untuk menmperoleh keikhlasan itu.

Saudara-saudaraku. Maafkan aku.

jai

Khamis, 28 April 2011

Tuhan


Tuhan
Ku pohon kemanisan perhambaan.
Tuhan
berilah ku kurnia kemanisan iman.
Tuhan
Berillah ku keseronokan peribadatan
Berilah peluang mataku menitiskan mutiaranya
Tuhan berilah ku rasa keikhlasan
Berilah ku rasa keinsafan
Berilah aku kekuatan melawan diri sendiri
Yang seringnya terpasrah pada nafsu amarah
Yang sering tewas pada jeleknya dunia yang ku pandang indah
Sering terpesona pada mata kuyu dan galak.

Tuhan
Istiqamahkan segala perbuatan redaMu pada lakuan ku
Perhambaan sebagai hamba kepada Khaliq
Hindarkan aku daripada berpura-pura
Jauh sekali ingin menyata pada makhluk sekalian
Tuhan Kau ampunilah daku
Tuhan biarkan aku sentiasa dalam dakapanMu

Tuhan biarkan hatiku selalu mencintaiMU
Tuhan limparkan rahmat dan kasih sayangMU kepadaku.

Sayang Dan Cintailah...

Kehidupan adalah perjalanan yang penuh dengan kasih sayang. Pakailah cinta dan sayang sebagai jubah kehidupan. Sudah pasti perjalanan hidupmu penuh dengan makna kesetiaan dan kesyukuran.
Jika pakaian kasih dan cinta itu engkau tanggalkan. Bersedialah menghadapi bencana sepanjang kehidupan. Sekiranya sayang yang engkau taburkan, maka sayanglah yang engkau akan terima, begitulah sebaliknya.

Tuhan Maha Penyayang. Tuhan Maha Pencinta. Pastikan sayang cintamu itu,di dalam redhaNya

Selasa, 26 April 2011

DARI DALAM AKU…….

Dan apabila seruan itu kembali memanggil. Bersegeralah menyapanya. Sementelahan Tuhan masih memberimu ruang, untuk bersujud kepadaNya. Lihatlah Dia dengan mata hatimu. Sebutlah Dia dengan lidah lisanmu. Bisiklah AsmaNya di setiap penjuru suaramu. Bisikan AsmaNya di setiap sudut hidup nafasmu. Dengarkan sentiasa, bisikan zikir itu.
Kelak engkau akan merasai resapan ketenangan dan sentuhan kasih cintaNya.

Selasa, 12 April 2011

Entah?


DALAM perjalanan kehidupan .kita sering menemui seseorang yang tidak pernah kita jumpa. TAPI seakan KENAL lama. SEAKAN memang pernah berjumpa..bersapa.

DARI SUDUT lain pula. Seseorang yang SELALU kita jumpa. TAPI sukar untuk kita mengenalinya. Sering bertegur sapa. Selalu Senyum sedekah. Acapkali tersua. Namun..seakan masih asing

Benarkan Aku Memiliki?


LAFAZlah dengan mata……PANDANGlah dengan gerak hati…..
SENTUHlah dengan nubari....

SENTIASAlah hubungi DIA. PENCIPTA LANGIT dan BUMI serta SEGALA yang ADA DI DALAMNYA

BASAHI hatimui dengan zikir ..BASAHI matamu dengan taubat…BASAHI lidahmu dengan istighfar….
BASAHI jasad lahir batinmu dengan syukur
Bahawa Tuhan telah menjadikan segala-galanya bukan dengan sia-sia

Berfikirlah…..PANDANG dan LIHATLAH….DAN hubungkanlah....

BAHAWA …sesuatu itu terjadi BUKAN tanpa asbab. KELAK akan engkau temui juga….jika engkau sentiasa melangkah mencari

..DAN tanpa putus asa.. ..tanpa kecewa. ..TAPI penuh harap…
Ingatlah WAHAI DIRI..engkau tidak punya apa-apa..

JANGAN sesekali engkau fikir engkau MEMILIKI

KERANA SETIAP GERAK ADALAH GERAKNYA

[wahai aku carilah DIA]

Selasa, 22 Februari 2011

SMSlah ALLAH Selalu


INGATLAH WAHAI Diri
SMSlah selalu kepada ALLAH
supaya ALLAH dekat padamu
supaya Allah bersamamu
BUKANKAH dirimu yang perlukan DIA (ALLAH)
Bukankah engkau yang mengharapkanNya

Wahai diri
ALLAH tidak sesekali memerlukanmu
ALLAH tidak sesekali mengharapkanmu

Wahai diri,
jika engkau ingin perhatian dan kasih sayangNYA
SMS lah DIA sentiasa.

jai

Ahad, 13 Februari 2011

Hari-HariKu


Assalamualaikum...
Hari-hari yang kita lalui tidak semestinya membawa seribu erti.
Mungkin juga tiada erti.
Dalam alam mana kita berada. Dalam alam sendiri yang penuh sunyi. Atau dalam keriuhan duniawi. Dalam kealpaan meniti kehendak naluri. ATAU dalam mencari jalan redha Illahi.
Semuanya akan terjawab melalui fikirmu.

Apakah dalam meniti hari, kita berjalan sendirian. Apakah kita ada kudrat fizikal yang natural.
Bukankah semua kudrat bukannya milik kita? Bukahkah kudrat itu milik Tuhan Yang Esa.
Dititip cuma untuk sementara. Dipinjam cuma untuk seketika. Untuk melihat sejauh mana
kita memanfaatkannya.

Di jalan redha atau jalan murka?
Wahai aku dan kamu...kita semuanya perlukan sesuatu...
Suatu yang menjadi hala tuju..

Kerana...
Kehidupan semua akan ke jalan tamat
Kehidupan cuma beberapa saat
Kehidupan yang hanya melihat-lihat..JIKA..tiada pemandu Hakiki
Terumbang ambing bagai liuk lintuk pepohon muda
Ke sana ke mari tiada tentu hala..

Wahai aku dan kamu ..carilah jalan itu
Jalan kebenaran tulus untuk kita tuju
Jalan kebenaran yang SATU.

11 Rabiulawwal 1432

Kisah Juha Dan Setengah Cambukan

Suatu hari, Juha berhasil menangkap seekor ikan besar yang sangat langka. Ia pun berniat untuk mempersembahkan ikan tersebut kepada sultan d...