Khamis, 30 Januari 2014

TUJUH BACAAN PEMBUKA PINTU REZEKI


Manusia hanya dapat mengharapkan pertolongan dari Allah Azza Wa Jalla. Tidak dapat menggantungkan diri kepada makhluk. Hanya Allah Rabbul Alamin yang berhak untuk dimintai pertolongan ‘Iyyaka nasyta’in’, datangnya pertolongan itu hanyalah dari Rabb semata.

Manusia dan kelompok yang menggantungkan hidupnya kepada makhluk lainnya, pasti akan mendapatkan dirinya terjatuh ke dalam lembah kehinaan dan kesesatan belaka.
Di antara pintu yang akan menghantarkan pintu rezeki, dan menjauhkan dari kesempitan hidup adalah :

(1). Memperbanyak Membaca “La hawla Wala Quwwata Illa billah"
●Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan “La hawla Wala Quwwata Illa billah" ( HR. At Tabrani )

(2). Membaca ” La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin
●Barangsiapa setiap hari membaca "La ilaha illallahul malikul haqqul mubin" maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut di dalam kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami)

(3). "Beristighfar"

●Barangsiapa beristighfar nescaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak diduga-duga” (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)

(4). Membaca "Surah Al-Ikhlas
●Barangsiapa membaca Surat Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya. ( HR. AtTabrani ).

(5). Membaca "Surah Al-Waqiah
●Barangsiapa membaca surat Al-Waqiah setiap malam, maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup “(HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman).

(6). Memperbanyak "Salawat Ke Atas Nabi"
●Ubay Bin Ka’ab meriwayatkan, bila telah berlalu sepertiga malam, Rasulullah Salallahu’alaih iwassalam berdiri seraya bersabda : “Wahai Manusia Berdzikirlah Mengingat Allah. Akan datang tiupan (sangkakala kiamat) pertama, kemudian diiringi tiupan kedua. Akan datang kematian dan segala kesulitan didalamnya”

(7). Membaca "Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim"
●Dari setiap kalimat itu seorang malaikat yg bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu” (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat).

Sementara itu, diriwayatkan dari Ibnu Abbas, ada beberapa orang musyrik yang telah berbuat maksiat dan dosa, yaitu mereka membunuh dan berzina. Maka, mereka menghadap Rasulullah untuk bertaubat. Mereka pun bertanya kepada beliau, apakah akan diterima taubat mereka? Maka, turunlah ayat ini yang menerangkan hendaknya jangan berputus asa untuk terus mencari ampunan Allah Rabbul Alamin.

“Katakanlah, “Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang”. (Al-Qur’an : Az-Zummar : 53)

Semoga Allah Azza Wa Jalla memberikan rezeki dan melapangkan jalan hidup kaum muslimin, dan jauhkan dari jalan-jalan setan, yang selalu akan menyesatkan.

http://hambaliabdullah.blogspot.com/2014/01/tujuh-bacaan-pembuka-pintu-rezeki.html

SeMuA MaKhLuK di LaNgiT di BuMi SeNtiAsA BeeTasbih

Gambar hiasan
Semua makhluk Allah berzikir dan bertasbih (subhanallah) mengingatiNya.

Al-Israa [44] "Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun".

Semut dan katak juga berzikir kepada Allah. Dari Ibn Abbas bahawa nabi SAW telah melarang daripada membunuh 4 jenis binatang: semut, lebah, belatuk dan nuri.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Dari Rasulullah s.a.w: "Sesungguhnya pernah seekor semut menggigit salah seorang Nabi lalu Nabi tersebut menyuruh supaya membakar sarang semut tersebut, tetapi Allah menurunkan wahyu kepadanya: Apakah hanya gara-gara seekor semut menggigitmu lantas kamu akan binasakan satu umat yang selalu membaca tasbih". 

Hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar “Janganlah kamu membunuh katak kerana bunyi menguaknya adalah tasbih”. 

Dalam hadis disebut binatang yang tidak bertasbih memuji Allah akan menjadi buruan manusia, manakala pokok yang tidak bertasbih akan menjadi kering. 

Malah anjing juga beriman kepada Allah dan menjadi pembela sahabat Nabi. Anjing juga digunakan oleh Allah untuk menasihati seorang wali. 

Kiamat tidak akan berlaku selagi ada orang zikir, tasbih dan sebut nama Allah. Tidak berlaku kiamat sebelum Allah tamatkan perkhidmatan orang Islam. Allah buat dunia ini bulat supaya setiap masa (24 jam) ada sahaja orang beribadat dan mengingatinya. Sebab itulah waktu solat, puasa dan raya tidak sama di semua tempat. Dunia tidak boleh kosong dari hubungan dengan Allah. Kita (umat Islam) ini penawar kepada dunia. Selama mana kita patuh pada Allah, selama itulah dunia bertahan. Bila dekat kiamat, Allah matikan semua orang Islam, cabut Al-Quran dari hati orang Islam.

“Kiamat tidak akan berlaku selagi masih ada orang yang menyebut perkataan “Allah, Allah.” (Hadith Riwayat Imam Muslim).

http://islamdaniman.blogspot.com/2011/06/semua-makhluk-sentiasa-bertasbih-memuji.html

Selawat ke atas Nabi s.a.w hilangkan sifat munafik

Oleh HASHIM AHMAD

RASULULLAH SAW ialah manusia utama yang dimuliakan Allah SWT. Budi pekerti baginda amat luhur dan terpuji. Ini amat sesuai dengan namanya Muhammad yang bererti insan terpuji.

Anas bin Malik pada suatu hari telah meriwayatkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Alangkah rindunya aku untuk berjumpa dengan saudara-saudaraku.”

Seorang sahabat bertanya: “Bukankah kami ini saudara mu, ya Rasulullah?”

Rasulullah menjawab: “Benar, kalian adalah sahabat dan saudaraku. Tetapi apa yang aku maksudkan dengan saudara-saudaraku adalah kaum yang datang sesudahku dan beriman kepadaku, padahal mereka tidak pernah berjumpa denganku.”

Maksud hadis di atas ialah Rasulullah SAW begitu rindu pada kita (umatnya) yang hidup jauh dari masanya. Rindunya merupakan satu penghargaan untuk kita kerana sampai saat ini kita masih beriman padanya walaupun kita tidak pernah sekalipun berjumpa secara langsung dengan baginda Rasulullah SAW.

Baginda juga sangat peduli pada umatnya. Pada detik-detik terakhir roh kekasih Allah SWT ini akan lepas daripada raga, lisannya berucap: “Ummati, ummati, ummati” (Umatku, umatku).

Baginda masih sempat berfikir akan keadaan umatnya selepas kewafatan Rasulullah SAW. Peristiwa itu adalah sebuah pemandangan di luar kebiasaan manusia umum, Malah amat mengharukan dalam sejarah hidup kita.

Ketika dalam keadaan sakaratul maut, di saat badan mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak, bibirnya sentiasa basah menyebut asma-Nya. Di saat itu, terucap sebuah permohonan yang amat memilukan hati: “Ya…Allah, dahsyatnya maut ini. Timpakan saja semua maut ini kepadaku, jangan pada umat-ku.” Sungguh terpuji sekali akhlak Rasulullah SAW.

Hubungan kita

Cuba kita bermuhasabah dan bertanyakan diri, bagaimana hubungan kita dengan Rasulullah di saat ini? Sepatutnya, kita pun merasa rindu dan berterima kasih kepada baginda dengan memperbanyakkan berselawat dan selalu berusaha menjalankan sunnah-sunnah Rasulullah SAW.

Bayangkan keadaan kita saat ini tanpa Rasulullah hadir di dunia ini. Pasti kita akan hidup dalam kegelapan, tidak jelas arah tujuan hidup dan akhlak kita pun akan jauh daripada nilai-nilai yang mulia.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Manusia yang paling mengabaikan aku, adalah orang yang apabila disebut namaku di hadapannya, dia tidak berselawat kepadaku. Selawat kepadaku dan kepada keluargaku menghilangkan kemunafikan.”

Sesungguhnya, banyak berselawat kepada Nabi SAW akan mendatangkan syafaat di akhir. Syafaat adalah pertolongan.

Syafaat Rasulullah SAW dapat membantu di kala amal baik kita kurang kerana kita tidak memenuhi syarat untuk masuk ke syurga. Kita akan beruntung kerana syafaat boleh menghindar kita daripada bakaran api neraka yang amat panas itu.

"Ilmu itu cahaya, Islam galakan umatnya mencari"
http://epondok.wordpress.com/2014/01/30/selawat-ke-atas-nabi-s-a-w-hilangkan-sifat-munafik/

Rabu, 29 Januari 2014

Keutamaan ikhlas, Allah melihat kepada Hati

Keutamaan ikhlas, Allah melihat kepada Hati - by epondok-Oleh DR. AMINUDIN MANSOR


DALAM menjalani kehidupan yang penuh dengan kesibukan dan dugaan, sifat ikhlas sangat penting dipraktikkan. Sifat ikhlas mestilah datang dari hati dan jiwa yang mementingkan kualiti kehidupan yang ditempuh.

Sifat ikhlas juga ada kaitannya dengan harga diri, bertanggungjawab, amanah, toleransi, kerajinan dan kasih sayang. Perkaitan sifat dan nilai murni ini sangat rapat dalam melaksanakan ibadah dan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Sebagai contoh, ikhlas dan kasih sayang terhadap anak dan keluarga, ikhlas terhadap anggota keluarga yang terdekat, mengekalkan tradisi kekeluargaan dan melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga.

Di samping itu, sifat ikhlas juga dapat dipraktikkan dalam menyayangi dan menghargai alam sekitar, peka terhadap isu-isu alam sekitar, ikhlas cintakan negara, sanggup berkorban demi negara. Begitu juga dalam kehidupan, seperti ikhlas dalam melindungi hak kanak-kanak, menghormati hak wanita, menghormati hak golongan kurang upaya dan bekerjasama dalam masyarakat.

Nabi SAW menjelaskan dalam sabdanya: Agama ialah keikhlasan (kesetiaan). Kami lalu bertanya, “Kesetiaan kepada siapa, ya Rasulullah? Rasulullah SAW menjawab, Kepada Allah, kepada kitab-Nya (al-Quran), kepada rasul-Nya, kepada penguasa Muslimin dan kepada rakyat awam. (riwayat Muslim).

Perasaan jujur
Akal fikiran akan memastikan sesuatu itu dilakukan dengan ikhlas dan jujur. Perasaan jujur dan ikhlas yang terbit dari hati menjurus kepada akal fikiran mengajak melakukan apa yang dianggap baik dan menolak mengerjakan apa yang dianggap buruk iaitu berdusta dan melakukan penyelewengan.

Dalam hal ini Nabi SAW bersabda: “Barang siapa memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah dan berkahwin kerana Allah, maka sempurnalah imannya.” (riwayat Abu Daud)

Justeru, apa yang dilakukan untuk mendapat keikhlasan hati mestilah dilakukan kerana Allah SWT. Akhirnya, pastilah keikhlasan itu akan mendapat balasan pahala di sisi Allah SWT di akhirat nanti. Ini dijelaskan dalam sebuah hadis Nabi SAW yang bersabda: Barang siapa membangun sebuah masjid kerana mencari keredaan Allah, maka Allah membangunkan baginya sebuah rumah di syurga. (riwayat Muttafaq Alaihi).

Manakala dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda: “Barang siapa memperbaiki hubungannya dengan Allah, maka Allah akan menyempurnakan hubungannya dengan manusia. Barang siapa memperbaiki apa yang dirahsiakannya, maka Allah akan memperbaiki apa yang dilahirkannya (terang-terangan)€ (riwayat al-Hakim).

Berkaitan dengan melakukan sesuatu dengan rahsia. Nabi SAW bersabda: “Seorang sahabat berkata kepada Rasulullah, “Ya, Rasulullah, seorang melakukan amal (kebaikan) dengan rahsia dan apabila diketahui orang, dia juga menyukainya (merasa senang).” Rasulullah SAW berkata, “Baginya dua pahala iaitu pahala merahsiakannya dan pahala terang-terangan.” (riwayat At Tirmizi).

Oleh itu, kita digalakkan merahsiakan apa yang kita lakukan khususnya berkaitan dengan amal kebaikan dan kebajikan seperti sedekah, memberi hutang tanpa bunga kepada orang lain dan membantu seseorang dalam kesusahan.

Sifat ikhlas juga sebagai buah daripada akidah. Ia adalah amal daripada hati dan berada di hadapan daripada amal-amal hati. Sebab diterimanya berbagai-bagai amal adalah apabila seseorang itu melakukannya dengan ikhlas.

Lantaran itu, ikhlas adalah menghendaki keredaan Allah SWT dengan satu amal yang dilakukan, membersihkan daripada segala noda yang dilakukan oleh individu di dunia untuk mendapat reda Allah SWT. Ini adalah disebabkan asas amal yang ikhlas adalah memurnikan niat kepada Allah semata-mata.

http://epondok.wordpress.com/2014/01/29/keutamaan-ikhlas-allah-melihat-kepada-hati/

Isnin, 27 Januari 2014

MaNuSiA JaDi SoMbOnG BiLa DiPuJi

Gambar hiasan saja

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.” (Surah al-Fatihah, ayat 2)

Membaca al-Fatihah antara syarat sah solat kerana tidak sah solat jika meninggalkannya sehinggakan dalam hadis qudsi, Allah SWT menamakan al-Fatihah dengan solat menggambarkan kehebatan al-Fatihah.
Hakikatnya, surah al-Fatihah ini juga adalah dialog antara seorang hamba dengan Penciptanya.

Allah SWT berfirman: “Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.” (Surah Ibrahim, ayat 7)

Diriwayatkan oleh al-Imam Muslim dalam sahihnya, daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: “Allah berkata: Aku bahagikan solat di antara-Ku dengan hamba-Ku sebanyak dua bahagian. Bagi hamba-Ku apa yang dia pinta. Apabila hamba-Ku berkata, segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Allah berkata: Aku telah dipuji oleh hamba-Ku. Hamba-Ku berkata, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani Allah berkata, hamba-Ku telah memuji ke atas-Ku. Hamba berkata: Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). Allah berkata: Aku telah diagungkan oleh hamba-Ku. Hambaku berkata: Engkaulah saja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah saja kami memohon pertolongan. Allah berkata: Ini di antara-Ku dengan hamba-Ku, buat hamba-Ku apa yang dia pinta. Hamba berkata: Tunjukilah kami jalan yang lurus iaitu jalan orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang yang sesat. Allah berkata: Ini untuk hambaKu, dan untuk hambaKu apa yang dia pinta.”

Maksud perkataan Rabb

Perkataan Rabb memberi maksud Tuhan yang mendidik, mengurus kepentingan yang dididik-Nya dan mengatur setiap urusan-Nya. Terdapat dua bentuk tarbiah Allah SWT terhadap manusia iaitu tarbiah yang bersifat penciptaan.

Pendidikan ini dilakukan dengan mengembangkan jasmani manusia sehingga mencapai kedewasaan dan kesempurnaan dari sudut pertumbuhan jiwa serta akal mereka.
Kedua, tarbiah yang bersifat keagamaan, pendidikan ini dilakukan oleh Allah SWT dengan menurunkan wahyu kepada seseorang di kalangan manusia supaya disampaikan kepada umat manusia.

Hanya Allah SWT saja yang berhak mensyariatkan peribadatan. Untuk itu, tiada sesiapa pun yang dapat menghalalkan atau mengharamkan sesuatu melainkan dengan izin-Nya.

Setiap pujian yang baik hanya untuk Allah SWT kerana Dialah yang menjadi sumber segala yang ada. Dia yang mengatur, mendidik dan memelihara seluruh alam dari awal hingga akhir. Dia jugalah yang mengilhamkan segala sesuatu yang mendatangkan kebaikan dan keuntungan.

Setiap pujian dan kesyukuran hanya berhak bagi-Nya berdasarkan segala nikmat dianugerahkan. Perkataan Alhamdulillah disebut dalam al-Quran sebanyak 38 kali menggambarkan Allah SWT Maha layak dipuji kerana zat-Nya, sifat-Nya, nikmat-Nya, rahmat-Nya dan panduan kehidupan diberikan-Nya.

Sombong bila dipuji berlebihan

Kita memahami apabila manusia dipuji berlebihan ia akan menyebabkan manusia itu menjadi sombong dan merasakan semua perbuatannya betul serta tidak boleh dikritik atau ditegur.

Ungkapan Alhamdulillah satu-satunya lafaz diajar oleh Allah SWT kepada hamba-Nya untuk dizahirkan secara lisan yang menunjukkan kesyukuran di atas nikmat diberikan. Kesan daripada kesyukuran ialah bertambah nikmat yang akan diberikan.

Alhamdulillah adalah perasan kesyukuran yang melimpah pada hati seorang Mukmin sebaik saja teringatkan Allah SWT kerana kewujudan dirinya adalah daripada limpah nikmat Allah SWT yang membangkitkan kesyukuran, pujian dan sanjungan.

Justeru, mengucap Alhamdulillah di awal dan akhir adalah salah satu tuntutan al-Quran. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan Dialah Allah tiada Tuhan melainkan Dia. Segala puji tertentu bagi-Nya, di dunia dan di akhirat; dan hanyalah Dia yang berkuasa menghukum, serta kepada-Nya kamu semua dikembalikan.” (Surah al-Qasas, ayat 70)

Bersyukur kepada Allah SWT akan menambahkan nikmat berdasarkan firman-Nya yang bermaksud: “Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.” (Surah Ibrahim, ayat 7)

Jika diperhatikan kehidupan seharian kita, setiap pergerakan sebenarnya menuntut kita bersyukur kepada-Nya. Ketika tidur roh kita diambil kemudian dikembalikan ketika kita bangkit daripada tidur. Tidakkah itu satu nikmat besar yang seharusnya disyukuri.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Allah (yang menguasai segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa daripada badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati: dalam masa tidurnya; kemudian Ia menahan jiwa orang yang Ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya).” (Surah az-Zumar, ayat 42)

Bayangkan bila kita dikejutkan dari tidur pasti kita memuji-Nya dengan menyebut Alhamdulillah kerana Allah SWT masih memberi peluang kita meneruskan kehidupan, keupayaan bergerak.

Tanpa keizinan-Nya tidak mungkin anggota kita berfungsi.

Wallahua'lam

Manusia jadi sombong bila dipuji - by epondok -Oleh Ahmad Shukri Yusoff

http://epondok.wordpress.com/2014/01/18/manusia-jadi-sombong-bila-dipuji/

Sabtu, 25 Januari 2014

JANGAN BUNUH SEMUT!


Kalau nampak semut banyak-banyak dalam rumah seperti yang pernah dipesan oleh nabi kita junjungan rasullah dulu kita ucaplah "Assalamualaikum rakyat Nabi Sulaiman a.s.. "Ini rumahku, Aku mahukan kebersihan, Kamu adalah makhluk Allah s.w.t. yg sentiasa berzikir kepadaNya.. Jika kamu mahu membuat sarang untuk meneruskan hidup kamu, kamu hiduplah di luar rumahku yg berdekatan dengan rumahku agar kamu selamat".. Jika kita tak suka semut-semut berada di dalam rumah, kita jangan sembur ridsect/ sheildtox/bakar semut-semut tu. Kita tegur mereka dengan bagi Salam ke atas Nabi Sulaiman a.s. sebab semut-semut ni adalah rakyat Nabi Sulaiman a.s. semut-semut ni juga serangga yg sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t. sepanjang masa. Kisah semut ni pun ada di dalam Al-Quran.

Banjir di Madinah 2013: Jasad Para Sahabat Ditemukan Utuh dan Masih Berdarah

 by spedaonthel

Janazah Sahabat Nabi terkena banjir

Subhanallah, Banjir Madinah 2013, Jasad Para Sahabat Ditemukan Masih Utuh dan Berdarah Waktu terjadi banjir di Madinah, kuburan 70 orang keluarga Perang Uhud itu dilanda banjir ditemukan. jasad para sahabat timbul keluar dalam keadaan masih utuh kerana mereka dikuburkan di kawasan padang pasir.

Selepas banjir surut, darahnya masih mengalir harum dan dikuburkan semula tetapi sudah tidak ditandai nama-nama jenazah tersebut dan yang ditandakan kerana dikenali cuma 2 sahaja iaitu Saidina Hamzah RA kerana diketahui dengan luka didadanya, badannya tinggi besar.

Jasadnya masih berdarah dan harum. Bahkan tangannya masih menekup lukanya akibat terkena tombak, yang masih keluar darah. Walaupun sudah lebih seribu tahun.

Dan yang satu lagi adalah Abdullah bin Jaz RA kerana diketahui telinga dan hidungnya terpotong akibat diikat benang. Kedua orang inilah yang sekarang nisannya ada di Uhud.

Jadi kalau sekarang kita berziarah ke Gunung Uhud, hanya ada 2 nisan saja.

Sebuah Kesaksian Dr Thariq As-Suwaidan dalam kasetnya yang amat berharga “Qisshatun Nihayah” yang dinukil secara langsung dari Syaikh Mahmud Ash-Shawaf menyebutkan peristiwa besar yang dialami oleh sebahagian ulama dalam penguburan semula sebahagian sahabat yang gugur syahid di perang Uhud.

Bagaimana mereka menyaksikan para sahabat setelah 1400 tahun berlalu, bagaimana jasad mereka seperti sedia kala tanpa perubahan, tanpa pembusukan.

Sebagai bukti nyata atas kebenaran berita gembira dari Nabi Muhammad SAW kepada para syuhada, bahawa bumi tidak memakan jasad mereka.

Berikut adalah sebahagian dari rekaman pembicaraan Dr Thariq As-Suwaidan tentang peristiwa tersebut. Syaikh Mahmud Ash-Shawaf telah menyampaikan kepada kami bahwa dia adalah salah seorang yang diundang daripada kalangan ulama besar untuk pemakaman semula para sahabat yang gugur syahid di perang Uhud di kompleks kuburan syuhada Uhud iaitu sebuah kawasan perkuburan yang terkenal.

Kerana dilanda banjir, maka sebahagian jasadnya timbul ke permukaan. Para ulama diundang untuk menguburkan semula para sahabat tersebut.

Beliau berkata : Di antara orang yang aku kuburkan adalah Hamzah RA, badannya besar, kedua telinga dan hidungnya terpotong, perutnya terbelah, dia meletakkan tangannya di atas perutnya. Ketika kami menggerakkannya dan mengangkat tangannya, darahnya mengalir.

Aku menguburkannya bersama sahabat-sahabat lainnya yang gugur syahid di Uhud.? Dr Thariq As-suwaidan berkata, Ini adalah perkara yang terbukti secara mutawatir dan dengan mata kepala. Semoga Allah SWT menyampaikan kita semua ke darjat para syuhada.

Syaikh Mahmud telah menyampaikan kepada kami tentang aroma harum misk yang berasal darinya ketika darah mengalir dari jasad Hamzah RA.? SubhanAllah, setelah 1400 tahun lebih, betapa agungnya Engkau ya Allah. Alangkah besarnya kekuasaan-Mu, Maha suci Engkau.

Betapa utamanya, betapa mulianya, Allah memberikannya kepada para syuhada. Jika seperti itu kemuliaan jasadnya yang terpendam di perut bumi yang tak seorangpun melihatnya, lalu bagaimanakah dengan kemuliannya di surga yang luasnya seluas langit dan bumi.

Selamat bagi yang telah melihat sahabat mulia ini, Hamzah bin Abdul Mutthalib RA pakcik Rasulullah SAW Jasad Syuhada Yang Tidak Mengalami Pembusukkan Jabir bin Abdillah bercerita, “Menjelang perang Uhud, ayahku memanggilku pada malam hari.

Ia berkata: ‘Aku merasa akan menjadi orang yang paling pertama gugur di antara para sahabat Nabi SAW. Sungguh aku tidak meninggalkan sesuatupun yang lebih kusayangi selain engkau, disamping Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya aku memiliki hutang, maka lunasilah. Dan bersikap baiklah kepada saudara-saudara perempuanmu.?’

Keesokan harinya, ia pun menjadi orang yang pertama gugur. Ia dimakamkan bersama orang yang lain dalam satu lubang kubur.

Tetapi hatiku merasa kurang selesa membiarkan ayahku berkongsi lubang kubur bersama orang lain.

Enam bulan kemudian, aku membongkar makamnya dan mengeluarkannya. Ajaib, jasadnya masih tetap utuh sama seperti pertama kali aku menguburkannya.? (Hadis Riwayat Bukhari, Fathul Bari, 3/214 )

Petikan hadis di atas membuktikan di mana ayah Jabir RA terbunuh dalam perang Uhud dan ketika enam bulan kemudian makamnya dibongkar, maka jasadnya tetap utuh. Enam bulan adalah waktu yang lama di mana tubuh mayat seharusnya sudah hancur.

Penelitian membuktikan bahwa 24-36 jam pertama mayat dikuburkan, maka bola mata mulai menonjol dan kornea menghitam.

Cabang-cabang urat nadi mulai terlihat di perut dan dada. 2-5 hari berikutnya, wajah dan seluruh tubuh menggelembung, dari tubuh mayat keluar bau.busuk. Setelah melewati 5-10 hari, kulit mulai rapuh dan tubuh dilitupi larva. Organ-organ tubuh meleleh ke tanah dan.mulai menyisakan tulang saja. (sumber)

(dinukil dari buku Ushuluth Thibbisy Syar’i, oleh  Dr. Muhammad.Ahmad Sulaiman)

CATATAN : Dalam buku sejarah bencana banjir pertama kali terjadi pada tahun 46 Hijrah atau 667 Masehi atau 43 tahun setelah Perang Uhud yang ceritanya mirip, iaitu jasad jasad mereka mengapung.

http://islamislogic.wordpress.com/2014/01/02/banjir-di-madinah-2013-jasad-para-sahabat-ditemukan-utuh-dan-masih-berdarah/

Teladani Peribadi Rasulullah S.A.W

Teladani peribadi Rasulullah s.a.w -Oleh Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

Zahirkan kecintaan dengan mengambil sirah, sunnah sebagai panduan

Perutusan Rasulullah SAW sebagai menyambung tradisi perjuangan Nabi dan Rasul terdahulu menegakkan kalimah Allah SWT seterusnya mengakhiri salasilah kerasulan yang memikul amanah menyampaikan risalah Islam kepada sekalian alam.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Tidaklah Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk mendatangkan kerahmatan kepada seluruh alam.” (Surah al-Anbia, ayat 107)

Islam yang diutuskan Allah SWT melalui Rasulullah SAW sudah menyediakan jalan terbaik ke arah kesejahteraan dan kebahagiaan hidup. Islam sarat dengan hukum hakam dan ajaran suci yang mampu menjamin manusia menyelesaikan segala masalah yang melanda serta menjadi penawar semua penyakit kehidupan”

Rasulullah SAW juga dikurniakan kitab suci al-Quran sebagai sumber rujukan dan pedoman berkekalan buat umat manusia menelusuri titian hidup penuh cabaran.

Justeru, sambutan Maulidur Rasul penting dengan harapan untuk menebalkan kecintaan kepada Baginda SAW. Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah insan paling dicintai memandangkan Baginda insan contoh atau manusia mithali dalam serba serbinya.

Umat Islam diperintahkan Allah SWT supaya meneladani dan mencontohi kehidupan Rasulullah SAW selaras dengan firman-Nya yang bermaksud: “Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan Allah) dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” (Surah al-Ahzab, ayat 21)

Zahir kecintaan terhadap Rasulullah
Menyatakan kecintaan kepada Rasulullah SAW, ia tidak cukup sekadar dizahirkan melalui kata-kata pujian dan sambutan, tetapi akan menjadi lebih bermakna jika dizahirkan dengan meneladani sirah Baginda sebagai pemimpin, panglima angkatan perang, sahabat, suami, bapa dan manusia biasa.

Pendek kata, Rasulullah SAW memiliki banyak dimensi dan sudut patut dicontohi umat Islam sejagat. Disebabkan itu, sirah serta sunnah Baginda tetap relevan kepada umat Islam dari dulu, kini dan selamanya.

Kehidupan Rasulullah SAW menyediakan jawapan ampuh yang berupaya memecahkan segala persoalan dan masalah dihadapi manusia moden dewasa ini kerana ia sebenarnya manifestasi menyeluruh dari inti pati al-Quran.

Saidatina Aisyah apabila ditanya mengenai akhlak Baginda SAW menjawab: “Sesungguhnya akhlak Rasulullah SAW adalah akhlak al-Quran.” (Riwayat Muslim)

Dunia kini sedang menyaksikan ramai umat manusia semakin tersasar daripada landasan yang lurus. Natijahnya, ramai manusia tertipu dengan godaan dunia yang mempesona, indeks keruntuhan akhlak semakin merudum dan kesejahteraan hidup mulai pupus.

Dalam erti kata lain, hidup ini seolah-olah ketiadaan bimbingan dan panduan, dada umat manusia pula dipenuhi penyakit jiwa serta hilangnya petunjuk serta rahmat dalam kehidupan.

Sebenarnya konsep untuk manusia hidup bahagia itu ada, namun ia ditinggalkan. Begitu juga jalan menuju kesejahteraan hidup sudah jelas termaktub dalam kitab suci al-Quran, tetapi diingkari.

Islam yang diutuskan Allah SWT melalui Rasulullah SAW sudah menyediakan jalan terbaik ke arah kesejahteraan dan kebahagiaan hidup. Islam sarat dengan hukum hakam dan ajaran suci yang mampu menjamin manusia menyelesaikan segala masalah yang melanda serta menjadi penawar semua penyakit kehidupan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit batin yang ada dalam dada kamu dan menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi orang beriman.” (Surah Yunus, ayat 57)

Al-Quran penyuluh hidup

Al-Quran juga adalah hidayah petunjuk ke jalan diredai Allah yang memimpin manusia mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Al-Quran secara khusus menjadi sinaran rahmat yang menyuluhi setiap detik kehidupan orang yang beriman.

Ini adalah seruan suci Allah SWT kepada umat manusia supaya mereka dapat hidup bahagia di dunia dan akhirat dengan syarat berpegang teguh dengan ajaran dan hukum hakam yang telah ditetapkan-Nya.

Risalah Islam diturunkan sebagai satu cara hidup yang lengkap dan menyeluruh buat mengatur kehidupan manusia sejagat ke arah kebahagiaan abadi di bawah keredaan Ilahi. Ini bermakna jalan keluar sudah sedia ada, penawar di depan mata, maka terserahlah kepada umat manusia memilih sama ada hendak hidup berbahagia atau sebaliknya.

Akhirnya, umat Islam wajib bermuhasabah dan merenungi diri nasib mereka yang sudah sekian lama tercalar. Maka, inilah masanya untuk kembali kepada al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW, mudah-mudahan dapat memartabatkan kembali imej sebagai umat terbaik dan umat contoh.

Setiap Muslim seharusnya bersama mencontohi kehidupan Rasulullah SAW dalam setiap aspek supaya keadilan Islam dapat menghiasi kembali kemakmuran bumi Allah SWT dan Islam menerajui kepimpinan manusia ke arah keharmonian, kesaksamaan dan kesejahteraan

Nabi Muhammad S.A.W. Teladan Sepanjang Zaman

Nabi Muhammad s.a.w Teladan sepanjang zaman - by epondok -Dr. Aminudin Mansor

KALANGAN remaja Islam pada masa kini seharusnya memiliki sifat-sifat terpuji yang selaras dengan tuntutan agama Islam. Dalam hal ini setiap remaja Muslim mestilah melengkapkan diri mereka dengan ciri-ciri akhlak dan budi bahasa yang cemerlang. Tidak ada sesuatu yang lebih berat dalam timbangan (pada hari kiamat) selain daripada akhlak yang baik.

Pembentukan budi pekerti yang baik dan juga akhlak yang baik mestilah dilakukan di peringkat awal iaitu bermula di rumah oleh ibu bapa dan kemudiannya diperkukuhkan di sekolah oleh guru-guru. Pendidikan akhlak dan budi pekerti mestilah dilakukan secara berterusan hingga dewasa melalui percakapan dan perbuatan atau tingkah laku.

Contohi sifat-sifat Nabi SAW sebagai insan teladan sepanjang zaman. Tiada teladan yang lebih bermakna melainkan bimbingan yang dipraktikkan oleh baginda dalam segala tindakan dan keperibadian. Hanya generasi cemerlang pandai menghargai perjuangan gemilang yang Rasulullah SAW ajarkan daripada wahyu Ilahi dalam realiti kehidupan.

Kekuatan keimanan tertanam teguh dalam sanubari umat, terukir indah dalam memori merupakan sumbangan daripada insan teladan sepanjang zaman.

Kesayangan Allah

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Aku kesayangan Allah (dan tidak congkak). Aku membawa panji ‘Pujian’ pada hari kiamat, dibawanya Adam dan yang sesudahnya (dan tidak congkak). Aku yang pertama memberi syafaat dan yang diterima syafaatnya pada hari kiamat (dan tidak congkak). Aku yang pertama yang menggerakkan pintu syurga dan Allah membukanya untukku dan aku dimasukkan-Nya bersama orang-orang beriman yang fakir (yang tidak congkak). Dan Akulah paling mulia daripada kalangan terdahulu dan terkebelakang di sisi Allah (dan tidak congkak). (riwayat al-Tirmizi)

Berkaitan dengan akhlak Nabi SAW ketika ditanya Aisyah r.a, menjawab: Akhlaknya adalah al-Quran. (riwayat Abu Daud dan Muslim)

Begitulah tingginya dan mulianya akhlak Nabi SAW yang tidak congkak atau tidak sombong dalam setiap gerak-geri dan perbuatan, sepatutnya menjadi ikutan kita semua, terutama oleh remaja masa kini. Pada umumnya, tidak ada kebaikan yang lebih baik daripada akhlak yang mulia, sifat yang baik dan bersopan santun. Manusia terbaik adalah yang mempunyai sifat-sifat terpuji. Sementara manusia yang paling buruk adalah mereka yang bersifat keji.

Sesungguhnya, sebaik-baik yang ada di dunia ini adalah keimanan yang benar, akhlak yang terpuji, akal yang sihat, fizikal yang kuat dan rezeki yang halal mencukupi dan memuaskan. Adapun semua yang lain adalah kesibukan yang sia-sia.

http://epondok.wordpress.com/2014/01/14/nabi-muhammad-s-a-w-teladan-sepanjang-zaman/

Masuk Islam - Kesaksian Mantan Biarawati Amerika

Khamis, 23 Januari 2014

Menzahirkan cinta kepada Nabi Muhammad s.a.w

Menzahirkan cinta kepada Nabi Muhammad s.a.w - by epondok 

CINTA, sebuah kata yang mengasyikkan dan menggiurkan. Tidak dapat diungkap dengan sebuah kata, hanya yang pernah menikmati cinta tahu bagaimana indah dan pesona cinta itu.

Sungguh cinta  banyak mengubah watak manusia. Hinggakan pedang dihayun oleh Ibnu Muljam – seorang tokoh al-Quran – bagi membunuh Khalifah Ali sebagai syarat menikahi wanita yang dicintainya. Begitu juga Imran bin Khattan – seorang perekod hadis – mengikuti pemahaman isterinya yang merupakan seorang Khawarij.

Mereka antara tokoh yang tergelincir dalam jurang kesesatan ketika mencari lembah yang subur dengan benih-benih cinta kepada Nabi. Pada sangkaan mereka, kehidupan beragama yang mereka tempuh merupakan jalan meraih cinta Rasulullah SAW. Namun sayangnya, mereka telah menyelisihi ajaran Nabi.

Cinta yang didamba namun murka yang kunjung tiba. Pada hemat mereka, bentuk amalan yang akan merangkul cinta daripada Nabi boleh diilhamkan melalui akal fikiran, sangka-sangkaan, mimpi dan igauan: jika sebuah amal itu dirasakan indah dan molek, nampak padanya kebaikan dan ada unsur Islam, maka wajarlah amalan tersebut dilaksanakan.

Lalu lahirlah pelbagai ragam amalan yang dituju khusus buat Nabi SAW. Tetapi cinta itu bukanlah sebuah perasaan sehala. Cinta harus dibalas oleh yang dicintai agar sang pencinta berasa ‘asyik’.

Persembahan tersebut perlu memenuhi kehendak orang yang dicintai, kerana sering berlaku dalam kehidupan manusia tentang pinangan ditolak, pemberian dipulangkan, serta kasih tidak diterima. Cinta tidak berbalas, ibarat bertepuk sebelah tangan.

Pepatah Arab menyebutkan: “Tidak menghairankan perkataan mereka mencintai-Nya, namun yang dihairankan perkataan Dia mencintai mereka”. Begitulah betapa banyak manusia yang telah mengatakan cintanya kepada Rasulullah SAW, namun Rasulullah tidak menerima cinta yang mereka hulurkan kerana cinta yang mereka persembahkan tidak menepati kehendak Nabi.

Cinta yang berbalas

Sebenarnya jalan untuk melahirkan rasa cinta dan meraih cinta daripada Rasulullah SAW telah dibentangkan oleh Baginda; hingga tidak ada jejak ke syurga melainkan telah dinyatakan dan tidak ada denai ke neraka melainkan telah diperingatkan.

Jelas Rasulullah SAW; tanda cinta seorang manusia kepada dirinya adalah dengan menegakkan sunnahnya, bukan dengan berdansa, bukan juga dengan berarak, bukan juga dengan nyanyian dan bukan dengan temasya keramaian. Semua ini tidak pernah dilakukan oleh sahabat Baginda SAW.

Kata Nabi kepada Anas bin Malik: “Dan barang siapa yang menghidupkan sunnahku, maka dia telah mencintaiku. Dan barang siapa yang telah mencintaiku, maka aku bersamanya di syurga” (Riwayat Tirmidzi).

Lihatlah apa yang dibicarakan Anas, seorang kanak-kanak yang tumbuh membesar di rumah Nabi, di mana cintanya kepada Baginda tidak dapat dimungkiri lagi. Anas berkata:

“Sungguh aku mencintai ALLAH, Rasul-Nya, Abu Bakar dan Umar. Lalu aku berharap mampu bersama mereka walaupun aku belum beramal dengan amalan mereka” (Riwayat Bukhari)
Inilah pemahaman yang diajarkan oleh Rasul kepada muridnya sehinggakan Anas mengerti tanda cinta kepada Rasul adalah dengan melaksanakan ibadah dengan meniru cara amalan Baginda.

Perkara ini diperjelaskan lagi oleh Qadi ‘Iyadh: “Di antara bentuk kecintaan kepada Baginda adalah dengan menolong sunnahnya, membela syariatnya, berangan-angan untuk berjumpa Baginda semasa hidupnya, dan kemudian dia mengorbankan harta dan jiwanya demi membela Baginda ” (Syarh Shahih Muslim)

Sahabat menzahirkan cinta

Apa yang dikatakan oleh Qadi ‘Iyadh itu dijelmakan oleh para sahabat. Mereka mengikut setiap perintah yang diberikan dan menjauhi setiap larangan diingatkan. Mereka beribadah dengan apa Nabi contohkan, kerana pada hati mereka sesungguhnya pada diri Nabi itu telah ada suri tauladan.

Juga mereka beraqidah dengan segala yang diimani oleh Rasulullah SAW, kerana mereka tahu Nabi menerima wahyu dari langit yang ke tujuh. Bukan setakat itu, mereka buktikan kecintaan tersebut dengan air mata dan darah.

Dalam sebuah peperangan yang meragut nyawa Abu Jahal, seorang anak belia yang berumur 14 tahun bernama Muaz bin Amr al-Jamuh telah ditebas tangan kirinya sehingga hampir putus. Dia berlari menuju ke arah Rasulullah dengan dua tujuan; pertama adalah untuk mengkhabarkan di mana tempat Abu Jahal berada dan kedua adalah untuk memeluk Rasulullah buat kali terakhir.

Ada kisah yang menyayat hati tetapi menggambarkan teguhnya iman dan kecintaannya kepada Nabi. Sedang dia berlari, sejenak dia berhenti lalu dia bermonolog: “Wahai tangan, kamu mengganggu perjalananku untuk menemui Rasulullah”. Pedang ditangan kanannya, dia ambil lalu memotong tangan kirinya yang terbuai-buai hingga gugur ke bumi.

Begitu pula dengan Ibnu Umar, dia pasti akan mengejar ular jika terserempak kerana ingin melaksanakan hadis Nabi mengenai anjuran membunuh haiwan tersebut. Sementara Uthman Al Affan ditertawakan kaum Musyrikin kerana berjubah senteng lalu beliau membalas dengan berkata: “Beginilah sahabat kami berpakaian”.

Agungnya cinta seorang sahabat mengatasi seluruh cinta manusia hari ini. Mereka cinta untuk lakukan apa yang Nabi laksanakan. Dalam hati mereka telah berasa cukup sempurna segala bentuk amalan yang Nabi tunjukkan.

Juga mereka beriman bahawa melaksanakan apa yang dipraktikkan oleh Nabi dalam bentuk yang asli, merupakan makna kepada ‘menegakkan sunnah Nabi’ atau ‘berpegang teguh kepada sunnah’.

Makna pejuang sunnah

Tidak layak untuk menamakan seseorang sebagai ‘Pejuang Sunnah Nabi’ jika amalannya bukan mengikut bentuk asli daripada Rasulullah SAW. Hanya orang yang menjalankan seluruh amalnya mengikut bentuk Nabi ajarkan baharu layak dinobat sebagai ‘berpegang teguh kepada Sunnah’.

Tetapi pada zaman ini manusia menyangka seruan untuk beribadah persis sama dengan bentuk ibadah Nabi sebagai anasir jahat, ejen Yahudi, kelompok sesat dan pemecah belah umat.

Fenomena ini tidak menghairankan kerana Rasulullah SAW telah mengkhabarkan awal-awal lagi kepada para pejuang Sunnah: “Sesungguhnya di belakang kalian ada hari-hari kesabaran, bagi orang yang berpegang teguh dengan sunnah pada saat itu seperti menggenggam bara api. Pada saat itu akan mendapatkan pahala 50 orang yang beramal seperti kalian.” (Riwayat Tirmizi)

Lihatlah Rasulullah SAW telah nyatakan, pada akhir zaman nanti akan terjadi keadaan di mana amal sunnah menjadi pelik di mata masyarakat kerana tidak diamalkan sehingga usaha mempraktikkan sunnah terasa sangat berat dan menyiksakan, sekali gus orang yang melaksanakan sunnah akan ditentang.

Namun sebagai galang gantinya ALLAH akan memberi pahala 50 orang sahabat kepadanya. Sungguh inilah zamannya. Segugus soal: mengapa kita menganggap seruan untuk menegakkan sunnah Nabi sebagai ajaran yang menyeleweng?

Walhal hadis di atas jelas menunjukkan keutamaan menggenggam sunnah pada zaman ini. Kemudian mengapa kita enggan untuk beramal dengan bentuk ibadah yang Nabi laksanakan? Apakah kita menganggap ibadah yang Nabi ajarkan tidak sesuai atau kurang sempurna? Sehingga meruntun kita ubahsuai amalan tersebut, sambil kita berteriak “inilah  ahlul sunnah”. Terakhir, bagaimana disebut sunni walhal kita tidak pernah beramal dengan sunnah?

Istilah ahl al-sunnah digunakan oleh Ibnu Abbas ketika mentafsir ayat 106 surah Ali ‘Imran. Terdiri dari dua kata iaitu ahli dan al-sunnah. Kata ahli merujuk kepada orang yang menjadi sebahagian daripada sesuatu kelompok atau bidang, atau seseorang yang memiliki ilmu atau mahir dalam sesebuah disiplin.

Justeru ahlul sunnah adalah seseorang yang mengetahui tentang jalan Nabi dan sahabat, lalu mengamalkannya serta berpegang teguh dengan jalan tersebut sehingga dia dianggap bergabung dengan sunnah.

Jelas upaya untuk mencintai Nabi adalah dengan mengikuti sunnah Baginda dan meniti pada mazhab ahlul sunnah, iaitu satu-satunya jalan yang selamat. Ibnu Umar berkata: “Manusia akan senantiasa berada di atas jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi.” (Riwayat al-Baihaqi)

Ingatlah golongan sahabat lebih mencintai Nabi daripada kita dan telah mengikut jejak Nabi secara sempurna. Ikutilah cara para sahabat menzahirkan rasa cinta kepada Baginda. Mereka tertawa, menangis, bersentuhan dan bernafas secara bersama hingga mereka tahu erti cinta.

Hari kebinasaan seluruh alam

Hari kebinasaan seluruh alam -by epondok
Gambar hiasan

Hari Akhir (al-Yaum al-Akhir) bermaksud sebagai hari kebinasaan seluruh alam dan terhentinya segala kehidupan secara keseluruhannya.

Selain itu, ia juga bermaksud sebagai memasuki kehidupan akhirat bermula dari saat itu. Secara mudah, al-Yaum al-Akhir merujuk kepada hari terakhir kehidupan di dunia, sekali gus hari pertama bermulanya hari penghabisan.

Beriman atau percaya akan al-Yaum al-Akhir adalah satu daripada Rukun Iman. Tidak sempurna iman seseorang Islam jika tidak meyakini atau percaya akan al-Yaum al-Akhir seperti yang dipaparkan melalui firman Allah SWT dalam ayat 13 hingga 18 Surah al-Haqqah:

“Maka apabila sangkakala ditiup sekali tiup dan diangkatlah bumi dan gunung-ganang, lalu dibenturkan keduanya sekali bentur. Maka pada hari itu terjadilah hari kiamat, dan terbelahlah langit, kerana pada hari itu langit menjadi lemah. Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu lapan malaikat menjunjung Arsy Tuhanmu di atas (kepala) mereka. Pada hari itu kamu dihadapkan (kepada Tuhanmu), tiada sesuatu pun daripada keadaanmu yang tersembunyi (bagi Allah)”.

Sesiapa yang melarikan diri daripada beriman kepada al-Yaum al-Akhir bermakna dia melarikan diri daripada kebajikan dan jadilah ia seburuk-buruk makhluk.

Tanpa beriman kepada al-Yaum al-Akhir, seseorang itu menjadi makhluk yang tidak mempunyai kebaikan sama ada untuk diri sendiri atau orang lain.

Penghisaban.

Untuk menghadapi al-Yaum al-Akhir, setiap umat Islam harus melakukan penghisaban ke atas diri sendiri kerana sesiapa yang melakukannya akan memperoleh keringanan penghisaban pada hari akhirat.

Selain itu, umat Islam juga harus membuat persiapan dengan melakukan amal soleh dan membersihkan hati serta perbuatan.

Firman Allah SWT pada ayat 47 Surah al-Anbiya: “Kami akan memasang timbangan tepat pada hari kiamat, maka tiadalah dirugikan seseorang barang sedikit pun. Dan jika (amalan itu) hanya seberat biji sawi pun pasti Kami mendatangkan (pahalanya). Dan cukuplah Kami sebagai pembuat perhitungan”.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kalian siapa itu orang yang muflis?” Sahabat menjawab “Orang yang muflis menurut kami itu adalah yang tidak punya dirham dan tidak punya harta benda”. Maka Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang bangkit dari umatku adalah yang datang pada hari kiamat dengan solat, puasa dan zakat, namun datang juga dengan perbuatan mencela orang, lalu diberikan kepada orang sebahagian kebaikannya.

Jika kebaikannya habis sebelum lunas dosanya, maka akan diambil dari kesalahan mereka, lalu dialihkan kepadanya, kemudian dia dilemparkan ke dalam neraka”.

Sehubungan itu, umat Islam dianjurkan supaya sentiasa menginsafi bahawa kematian adalah ajalnya, kubur adalah pembaringannya, cacing adalah temannya, Munkar dan Nakir sebagai penunggunya, kubur adalah tempat tinggalnya dan syurga atau neraka adalah muaranya.

Allah SWT berfirman dalam ayat 30 Surah Fushilat: “Sesungguhnya orang yang mengatakan “Tuhan kami ialah Allah.” Kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan) “Jangan kamu berasa takut dan janganlah kamu berasa sedih”.

http://epondok.wordpress.com/2014/01/24/hari-kebinasaan-seluruh-alam/

Hidup Cuma 1.5 Jam Saja

Hidup Bagai Pelita
Hidup Kita cuma 1.5 jam saja di dunia ini:
Mari kita lihat berdasarkan Al Qur’an sebagai sumber kebenaran.

  • 1 hari akhirat    = 1000 tahun dunia.
  • 24 jam akhirat  = 1000 tahun dunia.
  • 3 jam akhirat    = 125 tahun dunia.
  • 1.5 jam akhirat = 62,5 tahun dunia.

Apabila umur manusia itu rata-rata 60-70 tahun, maka hidup manusia ini jika dilihat dari langit hanyalah 1.5 jam saja. Kerana itu kita sering diingatkan akan kepentingan waktu . (Al-Asr).

Ternyata hanya satu setengah jam saja yang akan menentukan kehidupan abadi kita kelak, hendak di Syurga atau Neraka. (QS 35:15, 4:170).

Cuma satu setengah jam saja cubaan hidup, maka bersabarlah (QS 74:7,52:48,39:1­­0).

Demikian juga hanya satu setengah jam saja kita harus menahan nafsu dan mengganti dengan sunnahNya (QS 12:53, 33:38).

“Satu Setengah Jam” sebuah perjuangan yang teramat singkat dan Allah akan mengganti dengan surga Allah (QS 9:72, 98:8, 4:114).

Maka berjuanglah untuk mencari bekal perjalanan panjang nanti (QS 59:18, 42:20, 3:148, 28:77).

Allah berfirman: “Kamu tidak tinggal (dibumi) melainkan sebentar saja, kalau kamu sesungguhnya mengetahui” (QS 23:114)

Wallahua'lam

Wanita

W=wanita. A=akan. N=Nampak. I=Indah. T=Tutup. A=Aurat

Selasa, 21 Januari 2014

Tangan diPotong Kerana Bersedekah

Tangan dipotong kerana Bersedekah
           Gambar hiasan
DIKISAHKAN bahawa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata, "Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana ALLAH S.W.T."

Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalau memberikan roti yang masih panas kepadanya.

Sebaik sahaja gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu terus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus.

Semenjak dari peristiwa itu maka ALLAH S.W.T pun mengubah kehidupan orang kaya itu dengan menarik kembali harta kekayaannya sehingga dia menjadi seorang yang fakir miskin dan akhirnya dia meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina.

Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke rumah.

Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah tersebut.

Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya. Ibu itu sangat tertarik dengan gadis tersebut dan dia berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis tersebut.

Maka setelah perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.

Pada suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami hendak makan bersamanya.

Oleh kerana anak gadis itu kudung tangannya dan suaminya juga tidak tahu bahawa dia itu kudung, manakala ibunya juga telah merahsiakan tentang tangan gadis tersebut.

Maka apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri. Apabila suaminya melihat keadaan isterinya itu dia pun berkata, "Aku mendapat tahu bahawa orang fakir tidak tahu dalam tatacara harian, oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri."

Setelah si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya.

Dengan tiba-tiba terdengar suara dari sebelah pintu, "Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana Ku, maka tidak ada halangan bagi-Ku memberikan kembali akan tangan kananmu itu."

Setelah gadis itu mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya, dan dia mendapati tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya, dan dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan.

Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir miskin apabila dia telah datang ke rumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu kita.

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, "Barang siapa menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia telah menghormatiku, dan barang siapa menghormatiku, maka sesungguhnya dia telah memuliakan ALLAH S.W.T.

Dan barang siapa telah menjadi kemarahan tetamu, dia telah menjadi kemarahanku. Dan barang siapa menjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka ALLAH S.W.T."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud, "Sesungguhnya tetamu itu apabila dia datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu berkah dan seribu rahmat."

Wallahua'lam

Dipetik daripada blog Detik Islam.com

Isnin, 20 Januari 2014

Keberkatan [Taat Kepada IBU]

Gambar hiasan
Banyak cara untuk mendapatkan KEBERKATAN dalam kehidupan. Muhammad bin Basyyar Bundar rahimahullah adalah salah seorang ulama hadis yang mempunyai lebih kurang 50,000 hadis. Kebanyakan umurnya dihabiskan di Basrah sehingga dikatanya bahawa beliau mengumpulkan hadis Basrah. Beliau tidak musafir untuk mencari hadis sepertimana yang dilakukan oleh penuntut-penuntut ilmu hadis pada zamannya.

Beliau berkata: أردت الخروج فمنعتني أمي، فأطعتها، فبورك لي فيه "Aku ingin keluar (musafir untuk menuntut ilmu). Namun, ibuku menghalang aku untuk pergi. Maka, aku TAAT PATUH pada perintahnya. Maka, Allah memberikan KEBERKATAN kepadaku padanya" Taatlah pada ibu bapa dalam perkara yang tidak bertentangan dengan Syariat. Semoga Allah kurniaan KEBERKATAN dalam kehidupan dunia dan akhirat.

[Siyar A'lam An-Nubala' 12/145] 

Selasa, 14 Januari 2014

HUKUM BERSELAWAT & BERZIKIR DENGAN GENDANG, MUZIK & TARIAN


بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وأصحابه، والتابعين لهم على الهدى والإسلام إلى يوم الدين، أما بعد

Dalam kita mencari ilmu untuk beribadah menurut apa yang diajar oleh Nabi saw, masih ramai lagi yang keliru dalam memahami kaedah sebenar sebagai panduan dalam beribadah. Maka lahirlah begitu banyak perselisihan di dalam bab ini. Baik perselisihan dengan golongan ahli ahwa’ (golongan rafhidhah yang menghalalkan bid’ah di dalam urusan agama) yang sememangnya tersasar dari Manhaj As-Sunnah mahupun perselisihan sesama golongan yang berfahaman atau bermanhaj As-Sunnah.

Perbincangan di sini akan difokuskan kepada isu yang menjadi persoalan dalam masyarakat, apabila ada ahli ilmu atau pencinta ilmu dalam kalangan ahli ibadat, orang masjid yang melakukannya.
Kita sedar dan faham bahawa perkara yang dibincangkan ini adalah dikatakan perkara khilaf yang menjadi perbezaan pandangan para ulama’ dahulu dan sekarang. Namun untuk menjelaskan isu ini eloklah kita rujuk pandangan imam yang besar dan pandangan ulama’ dalam kalangan pendokong Mazhab Syafie yang dekat dengan jiwa kita.

Membaca selawat sambil diiringi rebana, gendang atau yang seumpamanya (alat muzik).

Perbuatan ini sama juga seperti membaca qasidah-qasidah atau sya'ir-sya'ir yang dinyanyikan dan diringi dengan pukulan kayu, rebana atau seumpamanya. Bahkan lebih teruk lagi sambil menggoyang-goyang badan, berpusing-pusing dan  menari-nari. Ia disebut dengan istilah as-Sama' atau Taghbir (sejenis syair berisi anjuran untuk zuhud di dunia yang dinyanyikan dengan sebahagian hadirin memukul-mukul kayu pada bantal, kulit atau sebagainya sesuai dengan irama lagunya).

Antara Pandangan Ulama'-ulama’ Ahlus Sunnah:

1)    Imam Asy-Syafei (wafat 204H) berkata:

خلفت ببغداد شيئاً أحدثته الزنادقة يسمونه التغبير يصدون به الناس عن القرآن
“Di Iraq, aku meninggalkan sesuatu yang dinamakan taghbir. (Iaitu) perkara baru yang diada-adakan oleh Zanadiqah (orang-orang zindiq; menyimpang), mereka menghalangi manusia dari al-Quran.” [Riwayat Ibnul Jauzi, dalam Talbis Iblis].

Ulama'  menjelaskan perkataan Imam asy-Syafei tersebut dengan mengatakan:

وما ذكره الشافعي - رضي الله عنه - من أنه من إحداث الزنادقة - فهو كلام إمام خبير بأصول الإسلام؛ فإن هذا السماع لم يرغب فيه ويدعو إليه في الأصل إلا من هو متهم بالزندقة...ذكر أبو عبد الرحمن السلمي في مسألة السماع....".

“Apa yang disebutkan oleh Imam asy-Syafei rahimahullah (bahawa perbuatan tersebut merupakan hasil ciptaan para zindiq), adalah suatu pandangan seorang imam yang ahli dalam ilmu usul dalam Islam. Kerana pada dasarnya, tidak ada yang menggalak dan menganjurkan nyanyian melainkan orang-orang zindiq….. sebagaimana yang disebutkan oleh Abdurrahman as-Sulami dalam Mas’alah as-Sama’ daripada Ibnu Rawandi.” [Majmu’ al-Fatawa, 11/570].

Dalam kitabnya, “Al-Umm”, Imam asy-Syafei rahimahullah menegaskan lagi bahawa:

(قَالَ الشَّافِعِيُّ - رَحِمَهُ اللَّهُ تَعَالَى -): "فِي الرَّجُلِ يُغَنِّي فَيَتَّخِذُ الْغِنَاءَ صِنَاعَتَهُ يُؤْتَى عَلَيْهِ وَيَأْتِي لَهُ، وَيَكُونُ مَنْسُوبًا إلَيْهِ مَشْهُورًا بِهِ مَعْرُوفًا، وَالْمَرْأَةُ، لَا تَجُوزُ شَهَادَةُ وَاحِدٍ مِنْهُمَا؛ وَذَلِكَ أَنَّهُ مِنْ اللَّهْوِ الْمَكْرُوهِ الَّذِي يُشْبِهُ الْبَاطِلَ، وَأَنَّ مَنْ صَنَعَ هَذَا كَانَ مَنْسُوبًا إلَى السَّفَهِ وَسُقَاطَة الْمُرُوءَةِ، وَمَنْ رَضِيَ بِهَذَا لِنَفْسِهِ كَانَ مُسْتَخِفًّا، وَإِنْ لَمْ يَكُنْ مُحَرَّمًا بَيِّنَ التَّحْرِيمِ، وَلَوْ كَانَ لَا يَنْسُبُ نَفْسَهُ إلَيْهِ، وَكَانَ إنَّمَا يُعْرَفُ بِأَنَّهُ يَطْرَبُ فِي الْحَالِ فَيَتَرَنَّمُ فِيهَا، وَلَا يَأْتِي لِذَلِكَ، وَلَا يُؤْتَى عَلَيْهِ، وَلَا يَرْضَى بِهِ لَمْ يُسْقِطْ هَذَا شَهَادَتَهُ، وَكَذَلِكَ الْمَرْأَةُ". [الأم للشافعي (6/ 226)- الشاملة].

“Seorang lelaki yang menyanyi dan menjadikannya sebagai pekerjaan, adakalanya ia diundang dan adakalanya ia didatangi sehingga ia dikenali dengan gelaran penyanyi, juga seseorang wanita (yang seperti itu), maka tidak diterima sumpah persaksiannya. Kerana menyanyi termasuk permainan yang dibenci. Tetapi, adalah yang lebih tepat, sesiapa sahaja yang melakukannya, maka ia disebut sebagai dungu (bodoh) dan mereka termasuk orang yang sudah tiada harga diri (jatuh maruahnya)...” [Asy-Syafei, al-Umm, 6/226].

Bagi mazhab asy-Syafei sendiri dinyatakan bahawa: “Diharamkan mengguna dan mendengar alat-alat muzik seperti biola, gambus, shonji (iaitu dua piring tembaga yang saling dilagakan bagi menghasilkan bunyi), gendang, serunai dan sebagainya. Setiap alat muzik yang bertali adalah haram tanpa khilaf. Dibolehkan duff (kompang) bagi majlis kenduri kahwin, berkhatan atau seumpamanya. Nyanyian jika tanpa alat muzik, hukumnya makruh (dibenci) dan jika dengan diiringi alat-alat muzik hukumnya adalah haram.” [Lihat perbahasannya dalam kitab Mughni al-Muhtaj ila Ma’rifah al-Faz al-Minhaj, Kitab asy-Syahadat karya Imam Muhammad bin Ahmad bin al-Khathib asy-Syarbini].

2)   Imam Ahmad apabila ditanya tentang taghbir, beliau menjawab: “Bid'ah.” [Riwayat Al Khallal. Dinukil dari kitab Tahrim Alat Ath-Tharb, ms. 163].

3)   Al-Qadhi Abu at-Toyib al-Tobari (wafat 450H), seorang tokoh ulama' Syafie yang telah menyatakan bahawa: “Kumpulan yang menyanyi untuk ibadah ini telah menyalahi jamaah muslimin kerana telah menjadikan nyanyian sebagai agama dan ketaatan. Iklan-iklan mereka terdapat di masjid-masjid, jami’ah dan semua tempat mulia.” [Mas’alah as-Sama’, Ibnu al-Qayyim].

4)   Imam At-Tartusyi (wafat 520H), tokoh ulama’ Maliki dari kota Qurtubah; telah  ditanya tentang satu kelompok di suatu tempat yang membaca Al-Quran, lalu seseorang di antara mereka menyanyikan sya'ir, kemudian mereka menari dan bergoyang. Mereka juga memukul rebana dan memainkan seruling. Apakah menghadiri majlis mereka itu halal atau tidak?

Beliau menjawab: “Jalan mereka itu adalah batil dan sesat. Islam itu hanyalah kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya. Adapun menari dan berpura-pura menampakkan cinta (kepada Allah), maka yang pertama kali mengada-adakannya adalah kawan-kawan Samiri (pada zaman Nabi Musa). Iaitu ketika Samiri membuatkan patung anak lembu yang boleh bersuara untuk mereka, lalu mereka datang menari di sekitarnya dan berpura-pura menampakkan cinta (kepada Allah). Tarian itu adalah agama orang-orang kafir dan para penyembah anak lembu.

Adapun majlis Rasulullah SAW dan para sahabatnya penuh ketenangan, seolah-olah di atas kepala mereka dihinggapi burung. Maka seharusnya pemerintah dan wakil-wakilnya melarang mereka menghadiri masjid-masjid dan lainnya (untuk menyanyi dan menari, Pen). Dan bagi seorang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tidaklah halal menghadirinya. Tidak halal membantu mereka melakukan kebatilan. Demikian ini jalan yang ditempuh oleh (Imam) Malik, Asy-Syafei, Abu Hanifah, Ahmad dan lainnya dari kalangan imam-imam kaum muslimin.” [Tafsir Al-Qurtuba 11/238 Syamilah. Lihat Kitab Tahrim Alat Ath-Tharb, ms. 168-169].

 5)   Imam Al-Hafiz Ibnu As-Solah (wafat 643H), imam terkenal penulis kitab Muqaddimah 'Ulumil Hadis. Beliau juga ditanya tentang orang-orang yang menghalalkan nyanyian dengan rebana dan seruling, dengan tarian dan bertepuk-tangan. Mereka menganggapnya sebagai perkara halal dan qurbah (perkara yang mendekatkan diri kepada Allah), bahkan (katanya sebagai) ibadah yang paling utama.
فتاوى ابن الصلاح (2/ 499): مَسْأَلَة أَقوام يَقُولُونَ إِن سَماع الْغناء بالدف....

Kesimpulan jawapan beliau ialah: “Mereka telah berdusta atas nama Allah Ta'ala. Dengan pendapat tersebut, pandangan ini masyhur di kalangan golongan batiniyyah  yang Mulhidin (menyimpang). Mereka juga bertentangan dengan ijma'.

Sesiapa yang menentang ijma', (ia) terkena ancaman firman Allah:

{وَمَن يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِن بَعْدِ مَاتَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَاتَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَآءَتْ مَصِيرًا }

{Dan sesiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, Kami biarkan ia berleluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahanam. Dan Jahanam itu seburuk-buruknya tempat kembali.} [An-Nisa:115]”. [Fatawa Ibnu As-Solah, 2/499- Syamilah. Lihat: Kitab Tahrim Alat Ath-Tharb, ms. 170].

5)   Syeikh Ahmad bin Abdul Halim bin Taimiah rahimahullah berkata: “Dan telah diketahui secara pasti dari agama Islam, bahawa Nabi SAW tidak mensyariatkan kepada orang-orang soleh dan para ahli ibadah dari umat Baginda, agar mereka berkumpul dan mendengarkan bait-bait yang dilagukan dengan bertepuk tangan, atau pukulan dengan kayu (stik), atau rebana. Sebagaimana Baginda  tidak membolehkan bagi seorangpun untuk tidak mengikuti Baginda, atau tidak mengikuti apa yang ada pada Al-Kitab dan Al-Hikmah (As-Sunnah). Baginda tidak membolehkan, baik dalam perkara batin atau zahir, untuk orang awam atau untuk orang tertentu.” [Majmu' Fatawa, 11/565. Dinukil dari kitab Tahrim Alat Ath-Tharb, ms. 165].

6)    Fatwa Imam as-Suyuthi rahimahullah (wafat 911H):

"ومن ذلك الرقص، والغناء في المساجد، وضرب الدف أو الرباب، أو غير ذلك من آلات الطرب. فمن فعل ذلك في المسجد، فهو مبتدع، ضال، مستحق للطرد والضرب؛ لأنه استخف بما أمر الله بتعظيمه، قال الله تعالى: (في بيوت أذن الله أن ترفع " أي تعظم " ويذكر فيها اسمه)، أي يتلى فيها كتابه. وبيوت الله هي المساجد؛ وقد أمر الله بتعظيمها، وصيانتها عن الأقذار، والأوساخ، والصبيان، والمخاط، والثوم، والبصل، وإنشاد الشعر فيها، والغناء والرقص؛ فمن غنى فيها أو رقص فهو مبتدع، ضال مضل، مستحق للعقوبة". [الأمر بالاتباع والنهي عن الابتداع - (ج 1 / ص 30) المكتبة الشاملة].

“Dan di antaranya adalah menari, menyanyi di dalam masjid, memukul kompang (atau gendang) atau rebab (sejenis alat muzik bertali seperti biola), atau selain itu dari jenis-jenis alat-alat muzik.
Maka sesiapa yang melakukan perkara yang tersebut di dalam masjid maka dia adalah mubtadi’ (pelaku bid’ah), sesat, perlu dihalau dan boleh dipukul, kerana dia meremehkan perintah Allah untuk memuliakan masjid. Allah SWT berfirman: “Bertasbihlah kepada Allah di masjid-masjid yang telah diperintahkan untuk dimuliakan (iaitu menggagungkannya) dan disebut nama-Nya di dalamnya.” [An-Nur, 24: 36]. Iaitu dibacakan kitab-Nya di dalamnya.

Rumah-rumah Allah adalah masjid-masjid, dan Allah Ta’ala telah memerintahkan untuk memuliakannya, menjaganya dari kotoran, najis, anak-anak (dari mengotori masjid), hingus, bawang putih, bawang merah (memakannya kemudian ke masjid tanpa bersugi terlebih dahulu), nasyid-nasyid, sya’ir, nyanyian dan tarian di dalamnya. Maka sesiapa yang menyanyi atau menari di dalamnya maka dia adalah pelaku bid’ah, sesat dan menyesatkan, dan berhak dikenakan hukuman.” [Jalaluddin as-Suyuti, Al-Amru bil Ittiba’ wan Nahyu ‘anil Ibtida’, m/s. 30 – Al-Maktabah Asy-Syamilah].

Bagi orang Malaysia pula, Nasihat dari Majlis Fatwa Negeri Melaka:
Fatwa Larangan Berzikir, Memukul Gendang Atau Peralatan Muzik Lain Di Dalam Masjid.
Ibadah. Tarikh Keputusan:  29 Dec, 2010.

Keputusan:
 (a) Dilarang memukul alat gendang atau memainkan apa-apa jenis alatan muzik di dalam masjid atau surau kerana perbuatan tersebut adalah bercanggah dengan syariat dan akhlak Islam;
(b) Bagaimanapun, penggunaan alat gendang atau apa-apa jua jenis alatan muzik lain bagi menjalankan aktiviti yang dibenarkan oleh Syarak boleh dilaksanakan di luar bangunan masjid, surau atau madrasah dan pelaksanaannya hendaklah berlandaskan Syariat dan akhlak Islam.

Status Penwartaan:  Diwartakan
Tarikh Diwartakan:  5 Jan, 2012
Nombor Rujukan:  JMM/BFB(S)/351/255/02/10; PUNM. 700-02/37 Jld. 2
Akta/Enakmen:  Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002
Negeri: Melaka.
Sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/fatwa-larangan-berzikir-memukul-gendang-atau-peralatan-muzik-lain-di-dalam-masjid

PENUTUP
Demikianlah penjelasan yang ringkas tentang masalah ini, kami nukilkan untuk maklumat dan penjelasan kepada masyarakat, lakukanlah amalan yang jelas ada dalil keharusannya, mencari yang benar dan tidak ada keraguan dalam beribadat adalah selamat sebagaimana yang diputuskan oleh para ulama’ bahawa الخروج من الخلاف مستحب  “Keluar dari perkara khilaf adalah dituntut”.
Perintah Nabi SAW:

عن الحسن بن علي بن أبي طالب سبط رسول الله وريحانته رضي الله عنه قال: حفظت من رسول الله صلى الله عليه وسلم: (دعْ ما يرِيبُك إلى ما لا يريبُك ) رواه الترمذي وقال : حديث حسن صحيح .

“Tinggalkan apa yang kamu ragu kepada perkara tidak meragukan kamu”. [HR: Tirmizi, Hasan sahih]

Perbuatan ini adalah khilaf antara Haram dengan Harus, bukan antara afdhal dengan kurang baik. Alhamdulillah, jalan ibadat kepada Allah yang sahih banyak dan luas kenapa mencari jalan yang kabur dan tidak jelas. Uslub untuk berdakwah dengan cara yang selamat masih banyak, tidak perlu menggunakan jalan yang meragukan keharusan amalnya, juga kesan akan kejayaannya.

Dalam ibadah tidak memadai hanya niat yang baik tanpa mengikut Syariat atau Sunnah. Niat yang baik mestilah diiringi dengan cara yang betul. Firman Allah SWT:

}الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ{

{Dia-lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun.} [al-Mulk 67:02]

 Makna “lebih baik amalnya” (أحسن عملا ) ialah siapa yang amalannya paling ikhlas dan paling betul (أخلصه وأصوبه). Ini kerana sesuatu amalan jika ikhlas tetapi tidak betul maka ianya tidak diterima. Begitu juga sekiranya betul tetapi tidak ikhlas, maka ianya tidak diterima juga. Betul di dini merujuk kepada apa yang ditunjukkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah.

Insan tanpa panduan al-Quran dan al-Sunnah akan tersesat dalam menentukan cara ibadah kepada tuhan. Inilah yang berlaku di dalam agama-agama palsu. Mereka mencipta cara ibadah menurut akal fikiran mereka tanpa tunjuk ajar wahyu. Mereka tersesat jalan kerana mendakwa kehendak tuhan dalam ibadah tanpa bukti, sekalipun mungkin mereka itu ikhlas. Keikhlasan tanpa diikuti dengan cara yang ditunjukkan oleh al-Quran dan al-Sunnah adalah tidak mendapat tempat.

Maka ibadah mestilah bertepatan dengan apa yang dibawa oleh Nabi SAW berdalilkan apa yang disebut oleh Allah SWT:

}قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ{

{Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.} [Aal Imran 3:31]

Ibadah yang tidak mengikut cara yang ditunjukkan oleh baginda Nabi SAW sekalipun niat pengamalnya baik, adalah tertolak. Firman Allah SWT:

}وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الإِسْلاَمِ دِيناً فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِي{

{Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.} [Aal Imran 3:85]

http://abuanasmadani.blogspot.sg/2013/01/selawat-ke-atas-nabi-saw-kelebihan.html

Berkata al-Imam Ibn Kathir rahimahullah (774H) ketika menafsirkan ayat di atas: “Sesiapa yang melalui suatu cara yang lain dari apa yang disyari‘atkan oleh Allah maka sama sekali ianya tidak diterima.” [Tafsir Ibn Kathir].

Dalam hal ini Dr. Yusuf al-Qaradawi juga mengingatkan:
“Hendaklah seorang muslim dalam ibadahnya mengikut batasan yang ditentukan untuknya. Tidak mencukupi hanya sekadar bertujuan untuk keredhaan Allah semata, bahkan hendaklah ibadah itu dilakukan dalam bentuk yang disyariatkan Allah, dengan kaifiyyat (tatacara) yang diredhai-Nya. Janganlah ibadah seorang muslim itu ialah apa yang yang direka oleh manusia berdasarkan hawa nafsu dan sangkaan”.     [Al-Qaradawi, Al-`Ibadah fi al-Islam].

 Semoga kita mendapat bimbingan dan rahmat dalam beribadat dan mendekatkan diri kepada Allah, Alhamdulillah Rabbil 'alamin.

وصل الله وسلم على نبينا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Sumber:
1. Al-Maktabah Asy-Syamilah.
2.  http://almanhaj.or.id/content/3275/slash/0/bagaimana-cara-selawat-yang-sesuai-sunnah-dan-bolehkah-selawat-diiringi-dengan-rebana/
3.  http://abuanasmadani.blogspot.com/2012/04/fatwa-larangan-berzikir-memukul-gendang.html

Di Susun Oleh:
Al-Faqir Ilallah, Abu Anas Madani.
13 R. Awal 1434H – 25/1/2013M.
www.abuanasmadani.com
www.abuanasmadani.blogspot.com
www.dartaibah.com

http://abuanasmadani.blogspot.com/2013/01/berselawat-berzikir-dengan-gendang.html?m=1

Cara membuktikan cinta kita kepada nabi Muhammad s.a.w

Gambar hiasan
Cara membuktikan cinta kita kepada nabi Muhammad s.a.w

Setelah nyata kepada kita kewajipan menyintai dan mengasihi Nabi Muhammad SAW berdasarkan dalil-dalil naqli dan aqli yang jelas, marilah pula kita cuba membincangkan tanda dan bukti kasih dan kecintaan seseorang terhadap baginda . Deklarasi cinta yang tidak disusuli dengan pembuktian amali tentu sahaja masih belum mencukupi untuk membentuk cinta sejati.Bukti yang paling mudah dilihat, seseorang yang benar-benar mengasihi kekasihnya, akan mengutamakan insan yang dikasihinya daripada dirinya sendiri dan kehendak peribadinya. Jika tidak mencapai tahap ini hubungan tersebut belum layak dinamakan kasih sejati yang ikhlas-murni, tetapi baru sekadar dakwaan semata-mata.

Keutamaan mentaati dan mengutamakan orang yang dikasihi ini jelas dapat dilihat dalam ungkapan seorang pencinta Allah SWT dan NabiNya SAW yang tidak asing lagi, Rabi’ah al Adawiyyah dalam syairnya: “Sesungguhnya seorang kekasih itu akan taat-patuh kepada yang dikasihinya.”

Selain memiliki semangat di atas, orang-orang yang benar-benar mengasihi Nabi SAW harus terdapat pada dirinya bukti dan tanda berikut:

1. Menjunjung agama Nabinya, mengamalkan Sunnahnya, menurut perkataan dan perbuatannya dalam setiap keadaan, melaksanakan suruhannya dan menjauhi larangannya. Dia juga mengamalkan adab-adab kehidupan Rasulullah SAW dalam segala keadaan, sama ada ketika susah atau pun senang, ketika gembira atau pun sedih. Ikatan antara ‘kasih’ dan ‘taat’ ini terlihat jelas dalam firman Allah SWT: “Katakanlah (wahai Muhammad), “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah akan mengasihi kamu.” (ali ‘Imran: 31).

Namun semangat semata-mata tidak memadai jika tidak berpaksikan di atas ilmu yang kukuh. Lebih-lebih lagi pada zaman fitnah ini, kegagalan seseorang itu mengenal mana satu Sunnah dan bidaah akan memungkinkan terjebak ke dalam lubuk bidaah yang dianggap sebagai Sunnah. Akhirnya Sunnah dipinggirkan dan bidaah ditegakkan.

Orang yang tersemat di dalam hatinya kasih yang sejati terhadap Rasulullah SAW juga, tidak akan mempedulikan kemarahan manusia lain dalam usahanya mentaati Allah SWT dan Rasul SAW.

2. Sudah menjadi adat dan lumrah berkasih, seorang kekasih akan sering menyebut dan mengingati kekasihnya. Justeru, apabila hati seseorang itu telah mengisytiharkan kecintaan terhadap Rasulullah SAW, maka lidahnya akan sering menyebut nama Kekasihnya SAW dan kotak fikirannya akan sentiasa mengingati Baginda SAW.

Selaku umat Muhammad SAW, kita amat bertuah kerana telah diajar berselawat ke atas kekasih kita Nabi Muhammad SAW sebagai salah satu bentuk ibadah dan taqarrub kepada Allah SWT. Maka kita beruntung kerana dapat beribadah dengan menyebut, memuji dan berselawat kepada insan yang paling kita cintai dengan membaca ayat-ayat al-Quran yang memuji Nabi SAW serta lafaz selawat yang diajar sendiri oleh Baginda SAW.

Kita juga dididik oleh Nabi SAW dan ulama pewaris Baginda SAW menghormati hari dan bulan kebesaran Islam seperti Maulid al-Rasul SAW dan Isra’ Mikraj dengan mengisinya dengan pelbagai amalan yang kesemuanya ada kaitan dengan Nabi SAW dalam kerangka ubudiah kepada Allah SWT. Walaupun ada segelintir di kalangan orang Islam sendiri mencurigai bacaan dan amalan-amalan ini.

Menghayati dan memperjuangkan agama seiring dengan berkasih-sayang dengan Nabi SAW dirasakan begitu indah dan menyegarkan. Sebaliknya tanpa dimensi ini, menghayati agama boleh terasa gersang dan membebankan serta cenderung membentuk jiwa keagamaan yang keras dan kasar.

3. Orang yang mengasihi Nabi SAW akan sentiasa berasa rindu untuk bertemu dengan Baginda SAW; untuk melihat zatnya di alam yang kekal abadi kelak, atau sekurang-kurangnya jika dapat menatap kelibat wajahnya yang mulia barang seketika dalam mimpi-mimpi mereka. Sudah pasti setiap kekasih sangat merindui untuk bersua dan menatap wajah kekasihnya.

Kerinduan sebeginilah yang dapat kita rasakan jika kita menyorot kehidupan generasi sahabat. Misalnya, kita dapat turut berkongsi keriangan dan kegembiraan Abu Musa al Asy’ari r.a dan rombongan kaumnya dari Yaman yang berkunjung ke Madinah.

Mereka mempercepatkan langkah dan begitu girang untuk menemui Rasulullah sambil mendendangkan syair kegembiraan: “Esok kita akan bertemu dengan para kekasih kita, Muhammad dan sahabat-sahabatnya!” Setibanya mereka di Madinah dan Masjid Nabi, mereka terus menghadap dan memuliakan Nabi SAW. (riwayat Al-Baihaqi)

4. Seseorang yang mengasihi Baginda SAW juga akan membesarkan diri dan suruhan Baginda termasuk memuliakannya ketika menyebut namanya. Malah ada yang sehingga menunjukkan rasa rendah dan hina diri ketika mendengar nama Baginda SAW disebut di hadapan mereka.

Berkata Ishaq al-Tujibi r.a, sahabat-sahabat Nabi SAW selepas kewafatan Baginda SAW tidak akan menyebut nama Baginda SAW melainkan mereka akan merendahkan diri dan menggigil serta menangis kerana diselubungi perasaan rindu yang dalam akibat berpisah dengannya.

Hal ini sangat berbeza dengan sesetengah mereka yang mengaku sebagai ahli agama pada zaman kita yang tidak mahu membesarkan dan menobatkan keistimewaan Nabi Muhammad SAW tetapi hanya menumpukan kepada risalahnya dan sunnah yang dibawa olehnya. Seolah-olah Nabi SAW hanyalah berperanan seumpama posmen penghantar surat atau orang suruhan bawahan!

Sedangkan apabila seseorang makhluk itu mempunyai sifat-sifat istimewa tersebut, maka sifat-sifat itu hanya sekadar yang bersesuaian dengan kemanusiaannya yang diciptakan terbatas dan diperolehi dengan izin, kurniaan dan kehendak-Nya.


Mengasihi Nabi SAW

Ada juga sesetengah mereka yang menolak penggunaan gelaran Sayyidina bagi Nabi SAW sedangkan Nabi SAW lebih daripada layak mendapat gelaran tersebut tetapi dalam masa yang sama mereka bebas menggunakan pelbagai gelaran dalam kehidupan mereka.

5. Orang yang mengasihi Nabi SAW juga sepatutnya akan mengasihi orang yang dikasihi oleh Nabi SAW terutamanya nasab keturunannya dari kalangan ahli-ahli bait dan sahabat-sahabatnya yang terdiri daripada kaum Muhajirin dan Ansar.

Mereka juga akan memusuhi orang yang memusuhi mereka dan membenci orang yang membenci mereka dan keturunan mereka.
Hakikatnya, sesiapa yang mengasihi seseorang, dia akan mengasihi semua perkara yang disukai oleh orang yang dikasihinya.

Ini ialah sirah para Salaf al-Salih; mereka akan mengasihi segala yang dikasihi oleh Rasulullah SAW sehinggakan terhadap perkara-perkara yang sekadar diharuskan dan digemari oleh nafsu (yang tidak diharamkan oleh syarak).

Anas ibn Malik r.a misalnya, setelah melihat Rasulullah SAW mencari-cari labu di dalam dulang ketika sedang menikmati makanan, maka semenjak hari itu dia turut sentiasa suka kepada labu.
6. Orang yang mengasihi Nabi SAW akan membenci apa yang dibenci oleh Allah dan Rasul-Nya, menjauhi orang yang menyalahi Sunnahnya, melakukan perkara bidaah dalam agamanya dan memandang berat setiap perkara yang bercanggah dengan syariatnya.

Allah SWT menjelaskan: Engkau tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, tergamak berkasih mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. (al-Mujadalah: 22)

“Mereka” yang dimaksudkan di dalam ayat di atas ialah para sahabat Baginda SAW yang telah membunuh orang yang mereka kasihi dan juga bapa-bapa mereka yang ingkar dan kafir semata-mata mengharapkan keredaan Allah. Ibnu Abbas RA menyatakan, di antara sahabat Baginda SAW yang dimaksudkan di dalam ayat itu ialah Abu Ubaidah al-Jarrah.

Beliau sanggup membunuh bapanya dalam peperangan Uhud manakala Saidina Abu Bakar r.a sanggup berlawan satu lawan satu dengan anaknya sebelum memulakan peperangan Badar, tetapi dihalang oleh Rasulullah SAW. Inilah antara bukti cinta yang tidak berbelah-bagi terhadap Baginda SAW.

7. Orang yang benar-benar mencintai Nabi SAW juga pasti akan kasih terhadap al-Quran yang diutuskan kepada Rasulullah SAW yang dengannya manusia mendapat petunjuk. Mereka akan mengikut jejak Baginda SAW yang menjiwai al-Quran dan berakhlak dengannya seperti yang ditegaskan oleh Ummul Mukminin, Aisyah r.ha dalam katanya, “Akhlak Baginda SAW adalah al- Quran itu sendiri”.

Mengasihi al-Quran bererti membacanya, beramal dengannya, memahaminya, menjunjung suruhan dan meninggalkan larangannya.

8. Tanda kasih terhadap Nabi SAW juga ialah berasa kasih dan belas terhadap umatnya dengan memberi nasihat kepada mereka, berusaha melakukan kebaikan dan menghapuskan kemudaratan daripada mereka.

Inilah sebahagian daripada bukti dan tanda yang harus ada pada para pencinta Nabi SAW. Oleh itu marilah kita bersama-sama memuhasabah diri, adakah kita ini pencinta sejati atau pendakwa semata-mata?

Tepuk dada, tanyalah iman. Semoga Allah SWT mengurniakan kita semua kesempurnaan kecintaan kepada Rasulullah SAW!

Oleh Panel Penyelidikan, Yayasan Sofa Negeri Sembilan
http://www.feryco.com/cara-membuktikan-cinta-kita-kepada-nabi-muhammad-s-a-w

SIFAT KEMURAHAN ALLAH

D i antara nama dan sifat Allah SWT adalah “Rahman”, “Rahim”, "Hannan", "Mannan", "Kareem" yang menunjukkan pa...