Jumaat, 29 September 2023

Keliru hukum gerakkan jari telunjuk ketika tahiyat, agamawan perjelas ada waktu sesuai

 Oleh ENGKU SHARIFUL AZNI

 

TAHIYAT dari segi bahasa bermaksud penghormatan yang meliputi empat penghormatan iaitu, penghormatan kepada ALLAH; lafaz dua kalimah syahadah; salam dan selawat kepada Nabi Muhammad SAW; dan salam kepada orang-orang yang soleh.

Lafaz tersebut dibacakan dalam solat semasa duduk tahiyat awal pada rakaat kedua solat Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak, dan juga semasa tahiyat akhir dalam semua solat fardu.

Posisi duduk tahiyat awal dinamakan sebagai duduk iftirash, iaitu seseorang itu duduk dengan meletakkan punggungnya di atas kaki kirinya, manakala tapak kaki kanan itu ditegakkan oleh jari-jemarinya dan menghadap ke arah kiblat.

Manakala posisi duduk tahiyat akhir pula ialah duduk tawarruk iaitu seseorang itu duduk dalam keadaan tapak kaki kanannya tegak dan jari jemari kanannya menghadap ke arah kiblat, manakala kaki kirinya dilipatkan ke arah kaki kanan dan meletakkan punggungnya di atau lantai.

Bagaimanapun sering kali kita melihat terdapat gerakan jari telunjuk dalam kedua-dua posisi tersebut ketika solat dan terfikir apa sebenarnya tujuan di sebalik perkara tersebut.

Oleh itu, tokoh agamawan yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi satu hantaran dalam laman web Maktabah Al-Bakri memberi penjelasan tentang pertanyaan tersebut.

Beliau memetik riwayat Ibnu Zubair katanya:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم كَانَ إِذَا قَعَدَ فِي التَّشَهُّدِ وَضَعَ كَفَّهُ الْيُسْرَى عَلَى فَخِذِهِ الْيُسْرَى وَأَشَارَ بِالسَّبَّابَةِ لاَ يُجَاوِزُ بَصَرُهُ إِشَارَتَهُ

Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila Baginda duduk tasyahhud, Baginda meletakkan telapak tangan kirinya di atas paha kiri, dan Baginda mengisyaratkan dengan telunjuknya (tangan kanan), dan pandangannya tidak melebihi jari telunjuk tersebut.”- Riwayat al-Nasa’ie (1275)

Selain itu, Dr Zulkifli berkata, mengangkat jari telunjuk ketika duduk tasyahhud thabit melalui pelbagai hadis, antaranya ialah melalui Abdullah Umar R.A yang meriwayatkan tatacara Rasulullah SAW solat sewaktu keadaan tasyahhud:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِذَا قَعَدَ يَدْعُو وَضَعَ يَدَهُ الْيُمْنَى عَلَى فَخِذِهِ الْيُمْنَى وَيَدَهُ الْيُسْرَى عَلَى فَخِذِهِ الْيُسْرَى وَأَشَارَ بِإِصْبَعِهِ السَّبَّابَةِ وَوَضَعَ إِبْهَامَهُ عَلَى إِصْبَعِهِ الْوُسْطَى وَيُلْقِمُ كَفَّهُ الْيُسْرَى رُكْبَتَهُ

Maksudnya: “Rasulullah SAW apabila duduk untuk tasyahhud, Baginda meletakkan tapak tangan kanan di atas paha kanan dan tapak tangan kiri di atas paha kiri, sambil mengangkat jari telunjuk dalam keadaan ibu jari diletakkan di atas jari tengah, manakala tapak tangan kiri Baginda pula menutup bahagian lutut.”- Riwayat Muslim (579)

"Imam al-Nawawi berkata, hadis-hadis tersebut menjadi dalil akan sunnahnya hukum mengisyaratkan dengan jari telunjuk ketika tasyahhud, dan menurut mazhab Syaf’ie, ia hendaklah diangkat ketika mengucapkan melafazkan إلا الله sewaktu tasyahhud.

"Ibn Hajar al-Haitami dan Imam Khatib al-Syarbini berkata ketika jari telunjuk diangkat semasa menyebut huruf ‘hamzah’ pada kalimah إلا, hendaklah ia dibengkokkan sedikit dan tidak diluruskan sepenuhnya, selain disunatkan jari tersebut ditunjuk ke arah kiblat beserta niat untuk mentauhidkan ALLAH dan mengikhlaskan diri kepada-Nya," katanya.

Mengulas lanjut, Dr Zulkifli berkata, majoriti ulama Syafie berpendapat bahawa makruh menggerakkan jari telunjuk waktu tasyahhud, walaupun ia dibenarkan dalam mazhab Maliki dan Hanbali.

Bagaimanapun, hukumnya sunat mengangkat jari telunjuk ketika mengucap ‘illallah’ dengan sekadar mengangkat tanpa menggerakkan sehingga berdiri untuk tahiyat awal dan sehingga mengucapkan salam dalam tahiyat akhir jika mazhab Syafie.

"Kami berpendapat isu seperti ini adalah masalah khilafiyyah (khilaf) antara mazhab. Justeru, hendaklah kita berlapang dada apabila seseorang mengikut mazhab yang lain daripada mazhab kita," katanya.  Majoriti

https://majoriti.com.my/mukmin/2023/07/09/keliru-hukum-gerakkan-jari-telunjuk-ketika-tahiyat-agamawan-perjelas-ada-waktu-sesuai

 

Kekalkan 4 amalan sunat untuk ikuti jejak Nabi Muhammad SAW sepanjang tahun

Oleh AMIRUL AMIN ABDUL RAHIM

HARI Maulidur Rasul adalah momen yang istimewa dalam kehidupan umat Islam di seluruh dunia.

Pada Khamis, kita merayakan kelahiran Rasulullah Muhammad SAW yang merupakan rahmat bagi seluruh alam semesta.

Baginda adalah contoh teladan bagi umat manusia dalam segala aspek kehidupan bermula dari agama, etika, moral sehingga tatanan sosial dan politik.

Maulidur Rasul adalah saat yang penuh berkat dan kegembiraan di mana kita berkesempatan untuk mengenang ajaran-ajaran luhur yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Melalui peringatan ini, kita diingatkan agar mengikuti jejak beliau dalam mencintai sesama kita, berlaku adil dan menjalani kehidupan dengan penuh kasih sayang.

Selain itu, Maulidur Rasul juga menjadi kesempatan bagi seluruh umat Islam untuk memperdalam pemahaman terhadap agama Islam dan menguatkan iman kita.

Ini adalah waktu yang tepat untuk melakukan refleksi diri, memperbaiki diri dan berkomitmen untuk menjadi peribadi yang lebih baik sesuai dengan ajaran Rasulullah.

Meskipun Maulidur Rasul telah berlalu, penting untuk diingatkan bahawa amalan-amalan sunat yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW tidak boleh ditinggalkan begitu sahaja.

Ajaran dan amalan sunat Baginda adalah penting dalam kehidupan seorang Muslim.

Berikut 4 amalan sunat yang dapat kita amalkan sebagai tanda penghormatan dan kecintaan kita kepada Nabi Muhammad SAW:

1. Banyakkan selawat pada hari Jumaat

Salah satu cara untuk mengingat Nabi Muhammad SAW adalah dengan selawat di mana kita boleh lakukan setiap hari tidak hanya pada Maulidur Rasul.

“Dan berselawatlah ke atasku, sesungguhnya selawat kamu akan sampai kepadaku di mana sahaja kamu berada.” (HR Abu Daud)

Dalam sebuah hadis yang lain pula, Rasulullah SAW memperincikan lagi tentang keharusan memperbanyakkan selawat pada hari Jumaat.

“Sesungguhnya antara hari yang paling baik adalah Hari Jumaat. Maka perbanyakanlah selawat ke atasku. Sesungguhnya selawat kamu akan dibentangkan kepadaku.” (HR Abu Daud)

 

2. Baca surah al-Kahfi pada hari Jumaat

Rasulullah menggalakkan kita supaya membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat. Menurut al-Imam al-Munawi, waktu bacaan bermula pada malam Jumaat. Sabda Rasulullah:

"Barang siapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan diterangkan baginya cahaya (yang meliputi) di antara dua Jumaat." (Hadis Riwayat al-Hakim)

 

3. Perbanyakan doa pada hari Jumaat

Rasulullah membimbing kita agar memperbanyakkan berdoa pada hari Jumaat terutamanya selepas Asar.

"Pada hari Jumaat itu (terdapat) 12 (masa, di mana ada satu masa) yang tiada seorang Muslim pun yang berdoa kepada ALLAH kecuali ALLAH akan memakbulkan doanya, maka bersegeralah untuk mendapatkannya pada waktu-waktu akhir setelah Asar." (Hadis Riwayat Abu Daud)

 

4. Melebihkan ibadah hari Jumaat

Rasullah SAW menyifatkan hari Jumaat sebagai hari yang paling baik dalam seminggu. Oleh itu, sebahagian ulama fokus untuk lebih beribadah pada hari Jumaat. Kata al-Imam Ibn al-Qayyim:

"Hari Jumaat adalah hari yang diharuskan buat kita untuk menyendiri dalam memfokuskan masa untuk beribadah." (Ibn al-Qayyim - Zad al-Ma'd)

 

Penting untuk diingatkan bahawa melakukan amalan sunnah Nabi Muhammad SAW bukan hanya pada Maulidur Rasul, tetapi amalkanlah dalam kehidupan harian kita.

Dengan mengamalkan sunnah-sunnah ini kita dapat memperkuatkan iman, mendekatkan diri dengan ALLAH dan menjadi contoh yang baik buat orang lain dalam masyarakat. — Majoriti

 

https://majoriti.com.my/mukmin/2023/09/29/kekalkan-4-amalan-sunat-untuk-ikuti-jejak-nabi-muhammad-saw-sepanjang-tahun

 

IKHLAS

 ۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Mari ku ajarkan kamu ilmu ikhlas." kata seorang guru kepada muridnya.

"Nanti saya ambilkan buku dan pen untuk menulis."

"Tak payah, bawa sahaja karung guni."

"Karung guni?" soal anak muridnya seperti tidak percaya.

"Mari kita ke pasar!"

Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.

"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu." kata guru itu memberi arahan.

Tanpa banyak soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui di sepanjang jalan.

"Cukup?" tanya anak muridnya.

"Belum. Isi sampai penuh karung guni itu."

Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa. Berlegar-legar, melihat-lihat dah kemudiannya mula beredar keluar.

"Tuan Guru, kita tidak beli apa-apa?"

"Tidak. Bukankah karung gunimu telah penuh?"

"Ya, ya..." kata si murid, agak kelelahan.

"Banyak beli barang." tegur seorang kenalan apabila melihat mereka dengan guni yang kelihatan berat itu.

"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya! Banyak sungguh barang yang mereka beli." kata seseorang yang lain.

"Agaknya, mereka hendak buat kenduri besar." kata yang lain pula.

Sebaik kembali ke tempat tinggal mereka, si murid meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.

"Oh, letih sungguh.. Apa yang kita nak buat dengan batu-batu Tuan Guru?"

"Tak buat apa-apa."

"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya." balas anak murid.

"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas."

"Ikhlas?" si murid kehairanan.

"Kamu sudah belajar apa akibatnya jika tidak ikhlas dalam beramal."

"Dengan memikul batu-batu ini?"

"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang dipasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan, tetapi hanya batu-batu."

"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"

"Ya. hanya berat sahaja yang ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilai nya disisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat."

"Ya, sekarang saya faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!" ujar si murid.

PENGAJARAN : Ramai manusia tertipu delam beramal kerana mengharapkan pujian. Padahal kata-kata pujian hakikatnya hanya menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka.

Cintailah Para Ulama', Pewaris Para Anbiya'

instagram | telegram : @kalam_ulama

...bersedekah untuk setiap ruas tulang..

 ۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

Daripada Abu Dzar Radhiyallah Taala Anhu Rasulullah ﷺ bersabda:

"Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha."

[Hadis Riwayat Ahmad, Muslim dan Abu Daud]



Wanita diperintah ...

 ۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Wanita diperintah tutup dirinya (tutup auratnya) agar dia tak terdedah kepada fitnah. Wanita hari ini tak menghormati dirinya dengan mendedahkan dirinya sehingga dia diganggu oleh lelaki yang fasiq.

Kadang-kadang, dia (wanita) tak keluar (rumah) tapi dia "share" gambar yang tak sepatutnya di media sosial. Gunakan gambar profil yang sopan, letaklah gambar Kaabah, bunga atau apa-apa yang tak tunjukkan WAJAH atau BADAN demi menjaga kehormatan diri.

Dalam Al-Quran, Allah ﷻ tak sebut pun nama wanita kecuali Siti Maryam, demi menjaga kehormatan kaum wanita. Allah cuma sebut 'isteri Firaun', 'ibu Nabi Musa' dan seumpamanya. Tidak disebutkan pun nama mereka dengan jelas.

Kaum wanita di zaman Rasulullah ﷺ dahulu namanya pun tak dikenali sebaliknya cuma diipanggil dengan nama-nama gelaran seperti Ummu Sulaim, Ummu Muhammad, Ummu Anas dan sebagainya."

[Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid]



PUISI HARI JUMAAT

 ۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

Oleh : Syeikh Ahmad Al-Fathani

Maka riwayat pula dari khabar yang mulia,

Pada hari Jum'at itu, hari yang mulia.

Maka hari Jum'at dan malamnya ia,

Tetap nuthfah Muhammad pada ibu yang mulia.

Lagi dijadikan pula Adam yang mulia,

Pada hari Jum'at sangat eloknya ia.

Lagi diampun pula akan Adam yang mulia,

Pada hari Jum'at yang tersalahnya ia.

Lagi dimasukkan pula akan Adam yang mulia,

Pada dalam syurga, ia tempat yang sedia.

Lagi banyaklah ganda dengan amal yang mulia,

Dari hari yang lain dengan sedikit ia.

Lagi diganda pula akan jahatnya ia,

Dari hari yang lain dengan kurangnya ia.

Maka siapa ada satu amal yang mulia,

Tujuh puluh ribu yang digandakan dia.

Pada satu sedekah dan selawat yang mulia,

Maka dapatlah banyak yang digandakan dia.

Lagi baca pula akan Qur'an yang mulia,

Akan surah Al-Kahfi dan Sajadah yang mulia.

Pada hari Jum'at dan malamnya ia,

Maka dapatlah dengan nur bercahaya.

Lagi diampunkan pula akan dosanya ia,

Pada satu Jum'at yang di hadapan ia.

Lagi dapatlah ia dengan untung bahagian,

Pada matinya itu hari Jum'at yang mulia.

Maka banyaklah kamu dengan amal yang mulia,

Pada hari Jum'at itu, hari yang bahagia.


Cintailah Para Ulama', Pewaris Para Anbiya'

instagram | telegram : @kalam_ulama

MARI BANYAK BERSELAWAT KEPADA NABI صلى الله عليه وسلم PADA HARI JUMAAT

 ۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam As-Safinah Al-Qadiriyyah menyebutkan, bahawa Imam Al-Qasthalani pernah mengatakan,  “Ketahuilah, tidak mungkin mampu mencontoh perbuatan dan akhlak Nabi صلى الله عليه وسلم kecuali dengan usaha keras, tidak mungkin mahu berusaha dengan keras kecuali sangat cinta kepada Nabi صلى الله عليه وسلم, dan tidak mungkin cinta mati kepada Nabi صلى الله عليه وسلم kecuali dengan cara memperbanyak bacaan selawat. Sebab, barangsiapa yang suka pada sesuatu, maka dia akan banyak menyebut-nyebutnya. 

Kerana itu, bagi seorang salik mesti memulai jalan kerohaniannya dengan memperbanyak bacaan selawat atas Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم.

Mengingat bacaan selawat menyimpan keajaiban-keajaiban luar biasa dalam rangka pembersihan jiwa dan penerangan batin, di samping masih banyak lagi rahsia-rahsia dan faedah-faedah yang tidak mungkin dihitung oleh angka dan bilangan. 

Seorang si salik perlu memiliki hati ikhlas semata-mata mengharap redha Allah ketika membaca selawat atas Nabi صلى الله عليه وسلم, sehingga dia mampu memetik buah selawat dan barakah-Nya yang bertebaran.

Selawat di sepanjang perjalanan mencari Tuhan bagaikan lampu penerang yang dapat menjadi hidayah yang amat diperlukan.

Barangsiapa yang menghiasi hatinya dengan lampu selawat, maka dia akan mampu melihat segala hakikat tauhid berkat cahaya terang selawat tersebut."

KALAM_ULAMA

telegram.me/kalam_ulama

 ۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Ujian tidak akan menghina atau memuliakan kita tetapi reaksi atau respons kita terhadap ujian itulah yang memuliakan atau menghinakan kita.

Yang sabar dan syukur, jadi mulia, lalu mereka berjaya. Yang putus asa dan takbur, jadi hina, lalu mereka gagal.

Hati yang ingat Allah سبحانه  وتعالى pada setiap masa, ketika dan keadaan apa pun jua, itulah kejayaan. Allah سبحانه  وتعالى Maha Adil tidak meletakkan kejayaan kepada yang lain kerana ujian hidup manusia yang ditakdirkan berbeza-beza.

Namun berbeza-beza ujian itu matlamatnya sama. Sejauh mana kita merasakan kita hamba Allah سبحانه  وتعالى dan kepadaNya kita akan dikembalikan itulah yang membezakan antara kita dan mereka."

[Ustaz Muhadir bin Haji Joll]

Cintailah Para Ulama', Pewaris Para Anbiya'

instagram | telegram : @kalam_ulama

Ingatlah Pakaian Anakmu itu....

 ۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Akhir zaman, pakaian anak perempuan lebih menjolok mata dari pakaian anak lelaki. Anak lelaki walaupun berpakaian model tapi sebahagian besar badannya di tutup.

Tapi anak perempuan sekecil ini sudah diajar pakaian terbuka sana sini, berlubang, nipis dan pemandangan seperti orang fasik yang buruk. Kanak-kanak itu masih kecil. Kasihan tertipu. Ibu bapanya telah menipunya, kelak di akhirat ibu bapa yang pertama sekali dipertanggungjawabkan.

Apa pada hari kiamat kamu mahu mengatakan; "Dulu dia model, Ya Allah." Itu bukan alasan yang tepat

untuk Allah سبحانه وتعالى. Anak sekecil ini sudah tertipu dengan dada terbuka, di depan orang ketiaknya terlihat. Apa ini? Keberanian seperti apa ini? Kerendahan seperti apa yang telah berlaku ini?

Kami menganjurkan lebihi pakaian anak perempuan kamu sejengkal untuk menutup auratnya agar terdidik mereka untuk mengikuti Ummul Mukminin, kerana berharap anak perempuan kamu melihat wajah Sayyidatina Fatimah tapi kamu pakaikan pakaian anak kamu seperti ini.

Wajah Sayyidatina Fatimah sangat mulia, tirulah Sayyidatina Fatimah. Sayyidatina Fatimah berkata pada Rasulullah ﷺ, "Sebaik-baik perempuan tidak dilihat lelaki dan tidak melihat lelaki."

Sayyidatina Fatimah pernah memakaikan kalung perak pada Hasan dan Husin. Ketika Rasulullah ﷺ melihatnya, terkejut lalu keluar dan rumah Sayyidatina Fatimah. Tersedar Sayyidatina Fatimah lalu diambilnya kalung perak tersebut, lalu katanya berikan Rasulullah ﷺ untuk sabilillah.

Alhamdulillah, atas selamatnya Sayyidatina Fatimah, maka baginda pun bangun dan mendatangi puterinya.

Kita ingin anak-anak kita melihat wajah Sayyidatina Fatimah kerana aku sangat yakin, jika anak-anak kita tak dapat lihat wajah Sayyidatina Fatimah, sudah pasti tak dapat melihat wajah ayahnya, Rasulullah ﷺ. Dan siapa yang tidak dapat melihat wajah Sayyidatina Fatimah dan ayahnya, maka tidak akan masuk syurga.

Ketahuilah di sisi Allah سبحانه وتعالى wajah mereka sangat berharga dan kedudukannya yang tinggi di sisi Allah سبحانه وتعالى. Tiru mereka sehingga engkau melihat mereka. Ikut mereka sehingga kau dikumpulkan dengan mereka, kamu meniru siapa sekarang?"

[Habib Umar bin Hafidz]

Cintailah Para Ulama', Pewaris Para Anbiya'

instagram | telegram : @kalam_ulama

#20JamadilAkhir - #harikelahiranSayyidatinaFatimahAzZahraAlBatul

Khamis, 28 September 2023

TUNDUK DAN CIUM TANGAN GURU

 ۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

Dahulu ada seorang lelaki yang sedang berjalan tiba-tiba terjumpa dengan Guru Mulia Al-Musnid Al-ArifBilla Al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz Bin Syech Abu Bakar bin Salim.

Dia bertanya kepada Habib Umar bin Hafidz :

"Mengapa kamu membenarkan anak muridmu menundukkan badan lalu mencium tanganmu, kamu tidak sedar telah melakukan perbuatan syirik kepada Allah dan sepatutnya yang kita sembah hanya Allah سبحانه وتعالى bukan mahkluk, kamu ini mengajarkan anak muridmu perbuatan yang syirik."

Dengar pertanyaan seperti itu, Guru Mulia Al-Habib Umar bin Hafidz hanya membalas dengan senyuman kepada lelaki itu, selepas itu Habib Umar mengambil pen yang berada di kantung baju lelaki tersebut lalu menjatuhkannya ke lantai.

Lalu orang itu pun menunduk ingin mengambil pennya. Namun Habib Umar menahannya, lalu Habib Umar pun berkata, "Apa yang akan engkau lakukan jangan menunduk kebawah."

Kemudian orang tersebut berkata, "Tidak, aku hanya ingin mengambil penku saja"

Lalu Habib Umar kembali berkata, "Engkau tidak boleh menunduk ke bawah menyembah pen, yang kita sembah hanyalah Allah سبحانه وتعالى."


Orang itu berkata kembali, "Tidak, aku bukan menyembah pen aku hanya berniat mengambil pen aku sahaja bukan untuk menyembah."

Lalu Habib Umar tersenyum dan berkata kembali, "Begitu pula anak-anak muridku. Mereka hanya bersalaman dengan menundukkan badan bukan kerana ingin menyembahku namun mereka cuma ingin menghormatiku sebagai Guru mereka meskipun aku tidak menginginkan atau meminta mereka seperti itu."

Dengan jawapan yang singkat itu dia pun puas dan mengerti makna yang sebenarnya. Sungguh indah jawapan untuk seseorang yang agak kurang mengerti makna menghormati.

Sollu 'alan nabiy!

Cintailah Para Ulama', Pewaris Para Anbiya'

instagram | telegram : @kalam_ulama

Wahai wanita ...

Allah Taala sebaik-baik perancang.

Wahai wanita,

Jika engkau terlambat menikah, maka ingatlah kisah Saidatina Khadijah r.ha, yang sentiasa bersabar hingga mendapat suami terbaik di muka bumi, dikatakan diantara pandangan ulama pada ketika usianya 40.

Wahai wanita,

Jika engkau tidak menikah, maka ingatlah kisah Saidatina Maryam, yang sentiasa gigih berjuang, hingga Allah mengangkat darjatnya di dunia dan akhirat.

Wahai wanita,

Jika engkau memiliki suami yang buruk perangainya, maka ingatlah kisah Saidatina Asiah isteri Firaun, yang tetap tabah memegang iman, hingga Allah janjikan kepadanya istana di syurga.

Wahai wanita,

Jika engkau dimadu, tidak memiliki keturunan atau menjadi janda, maka ingatlah bahawa Saidatina Aisyah r.ha telah mengalami itu semua, namun Allah tetap menguatkannya, menolongnya dan memuliakannya.

Wahai wanita,

Jika engkau telah diceraikan suamimu, maka ingatlah firman Allah, "Jika keduanya bercerai, maka Allah akan memberi kecukupan kepada masing-masing dari limpahan kurniaanNya, dan adalah Allah Maha Luas (kurniaanNya) lagi Maha Bijaksana."

Wahai wanita,

Jika engkau adalah seorang ibu, maka syurga anak-anakmu berada di telapak kakimu dan jika engkau adalah seorang anak, maka engkau dapat menjadi pelindung kedua orang tuamu dari api neraka dan jika engkau adalah seorang isteri, maka engkau adalah anugerah terindah yang pernah dimiliki oleh suamimu.

Wahai wanita,

Dengarlah agamamu, yang telah bercerita kepadamu dengan sebaik-baik cerita untuk bekalan hidupmu.

Wahai wanita,

Dengarlah agamamu, yang telah memuliakanmu, menghargaimu dan mengangkatmu maka ikutilah segala jalan, yang telah ditunjukkan oleh agamamu.

Hanya Allah Maha Mengetahui perkara yang benar.

Kredit:Kalam Ulama'

BARAKAH ANAK SULUNG PEREMPUAN

 ۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Keberkatan yang paling banyak bila anak itu ialah seorang perempuan, anak perempuan itu mendapat banyak Keberkatan daripada Allah سبحانه وتعالى Khususnya kalau anak pertamanya ialah perempuan. Rasulullah ‎ﷺ bersabda, "Diberkati oleh Allah سبحانه وتعالى yang anak pertamanya, anak sulungnya itu ialah perempuan." Dapat Doa Khusus dari Rasulullah ‎ﷺ.

Kerana itu Para Salafus Solehin رضي الله عنهم وأرضاهم, kalau mereka sudah kahwin, mereka memohon kepada Allah سبحانه وتعالى, "Ya Allah, berikanlah anak aku yang pertama perempuan." Kenapa Para Salafus Solehin doa macam itu? Kerana nak Doa Khusus dari Rasulullah ‎ﷺ.

Sebab orang jahil dulu jika anak sulungnya perempuan mereka sedih bahkan ada yang lari dari kampungnya kerana takut dihina. Tapi Allah سبحانه وتعالى nak memuliakan apa yang mereka hina.

Bayi ini takkan keluar dari perut ibunya melainkan dengan Izin Allah. Bila lahir sahaja anak lelaki, Allah سبحانه وتعالى berfirman kepadanya, "Keluarlah dan mudah-mudahan kamu tolong ayahmu."

Tapi bila lahir sahaja anak perempuan, Allah سبحانه وتعالى berfirman kepadanya, "Keluarlah dan Aku yang menolong ayahmu." اللهم صل على سيدنا محمد. Inilah barakah anak sulung perempuan."

[Syeikh Abdullah bin Muhammad bin Salim Al-Jahaf حفظه الله تعالى]

Cintailah Para Ulama', Pewaris Para Anbiya'

instagram | telegram : @kalam_ulama

DAKWAH SEBENAR MUSLIMAH TARIM

 ۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Fatwa Ulama Tarim mengenai seorang wanita yang berceramah di media TV atau di depan umum sehingga disaksikan lelaki.

Hendaknya seorang wanita yang ingin berda'wah menyampaikan risalah kenabian dan Islam, ia harus mengenal bagaimana kehidupan seorang wanita puteri kesayangan Rasulullah صلى الله عليه وسلم dalam kehidupannya. Sudah jelas, bagaimana hendaknya seorang wanita berperilaku kepada suami, kemudian jika berda'wah sesama wanita.

Dalam sanad risalah Islam, tidak pernah ditemukan seorang lelaki mengambil sanad keilmuan kepada seorang wanita, mengapa? Kerana tugas seorang wanita hanya menyampaikan da'wahnya kepada sesama kaum hawa dan anak-anak dirumah. Akan tetapi di zaman ini, banyak fakta yang terjadi, seorang wanita berda'wah di hadapan lelaki, baik di TV, di depan umum dan sebagainya.

Nas fuqoha' jika seorang memandang ke dinding dengan syahwat, maka memandang tersebut adalah haram. Begitu juga dengan memandang wanita di TV atau di hadapan orang-orang yang bukan mahramnya. Jika yang memandang menimbulkan syahwat, maka yang memandang dengan yang dipandang adalah sama berdosanya.

Bukankah puteri Rasulullah ﷺ, Sayyidah Fatimah Az-Zahra mengatakan, "Sebaik-baik wanita adalah yang tidak pernah memandang dan dipandang lelaki."

Maka jika seorang wanita menyampaikan risalah Islam, akan tetapi ia sendiri lupa akan inti da'wahnya, iaitu bagaimana meniru kehidupan Sayyidah Fatimah Az-Zahra yang diajarkan ayahnya Al-Mustofa ﷺ, maka sia-sialah da'wahnya di hari akhir."

[Rais Mufti Tarim, Ad-Da'ie IlaAllah Al-'Allamah Al-Habib Ali Masyhur bin Muhammad bin Salim bin Hafidz حفظه الله تعالى]

Cintailah Para Ulama', Pewaris Para Anbiya'

instagram | telegram : @kalam_ulama

BERBAKTI KEPADA KEDUA IBU-BAPA

 ۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Daripada Abdullah bin Mas'ud رضي الله عنه وأرضاه pernah bertanya kepada Rasulullah ﷺ, "Apakah amalan yang paling Allah sukai?" Maka Baginda menjawab, "Solat tepat pada waktunya." Abdullah bin Mas'ud bertanya lagi, "Kemudian apa? Ya Rasulullah." Baginda menjawab, "Melakukan kebaikan kepada kedua ibu-bapa." Abdullah bertanya lagi, "Kemudian apa?" Rasulullah ﷺ menjawab, "Jihad kerana agama Allah."- (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

Didalam Al-Quran, Allah سبحانه وتعالى berfirman, "Hendaklah kamu menyembah Allah, dan tidak mensyirikkan Allah." Dan setelah perintah menyembah Allah dan tidak menyembah selain daripada Allah. Allah سبحانه وتعالى memerintahkan hamba-Nya untuk berbakti kepada kedua ibu-bapanya. Ini adalah perintah.

Bermakna setelah hubungan kita dengan Allah سبحانه وتعالى, adalah hubungan kita kepada kedua ibu-bapa kita yang patut kita jaga. Jangan lihat orang lain. Cuba kita lihat diri kita. Bagaimana hubungan kita dengan kedua ibu-bapa kita? Bagaimana kita berbakti kepada kedua ibu-bapa kita? Bagaimana kita berkhidmat kepada kedua ibu-bapa kita?

Jika salah seorang daripada mereka, atau kedua-dua mereka telah mencapai usia yang lanjut. Maka, jangan kamu mengatakan dengan satu perkataan yang kasar, walaupon dengan perkataan "Ufh" sekalipun. Didalam bahasa arab, "Ufh" ini adalah perkataan yang paling rendah sekali. Apatah lagi kalau kamu mengatakan "Ah."

Ini adalah perintah Allah سبحانه وتعالى. Didalam Al-Quran, perkataan yang paling rendah pun, Allah melarang. Inikan pula, kita membentak, "Ah" kepada kedua ibu-bapa kita. Bayangkan, "Ufh" itu yang lembut pun dilarang oleh Allah سبحانه وتعالى. Inikan pula meninggikan suara. Jangan. Jangan.

Dan Allah سبحانه وتعالى, berfirman didalam Al-Quran; "Hendaklah kamu sentiasa berkata-kata dengan mereka, dengan perkataan yang baik." Dan sentiasalah merendahkan diri kamu dihadapan mereka. Akhir zaman, anak-anak buat lebih daripada itu, kepada ibu-bapa mereka.

Ada diantaranya, yang saman ibu-bapa mereka. Oleh kerana, ibu-bapa mereka tidak mampu, untuk membiayai yuran pengajian anak mereka. Lalu terpaksa berhenti belajar, Ibu-bapa tersebut, disaman oleh anak mereka. Ada yang lebih teruk lagi, ada yang sanggup membunuh kedua ibu-bapa mereka.

Apakah mereka tidak melihat ayat-ayat Allah? Ada juga, yang merasakan, diri mereka lebih alim daripada kedua ibu-bapa mereka. Dia berkata, "Ah, ibu-bapa aku jahil dalam agama. Apa dia tahu, aku yang belajar agama. Mak bapak aku pulak yang nak tegur aku. Aku yang belajar, hadir banyak majlis ilmu, tiba-tiba nak tegur aku."

Dia merasakan, "Ilmu aku lebih tinggi, daripada mereka." Barangsiapa yang merasakan, diri mereka lebih tinggi, lebih alim, takabur dengan kedua ibu-bapanya. Maka, dia hina disisi Allah سبحانه وتعالى. Sekalipun benar dia alim. Tidak bermakna seseorang itu berilmu, maka dirinya lebih baik, daripada kedua-ibubapanya. Tidak. Sepatutnya dia lebih tawaduk. Sepatutnya ilmu agama, lebih cinta kepada kedua ibu-bapa.

Ilmu agama sepatutnya, meleburkan sifat takabur didalam dirinya. Sepatutnya lebih merendah diri dengan ibu-bapanya. Dengan makhluk Allah سبحانه وتعالى. Lebih-lebih lagi kepada kedua ibu-bapa. Dan adab kita kepada kedua ibu-bapa kita, adalah sentiasa mendoakan mereka. Doa anak-anak yang soleh itu menjadi cahaya kepada kedua ibu-bapa.

Kita hendaklah sentiasa mendoakan mereka, "Ya Allah, peliharalah kedua ibu-bapaku, sebagaimana, mereka memelihara aku, diwaktu aku kecil, Ya Allah." Amin. Sentiasalah mendoakan untuk mereka, tidak kira selepas solat, membaca Al-Quran, doa, walaupun setelah mereka tiada.

Kita tetap tersenarai didalam senarai, anak-anak yang berkhidmat, yang berbakti kepada kedua ibu-bapa. Selain itu, lunaskan hutang-piutang mereka, dan menyambung silaturahim dengan sahabat-sahabat mereka. Pintu berbakti kepada kedua ibu-bapa masih terbuka, walaupun mereka telah tiada. Demikian kasih dan sayang seorang anak kepada kedua ibu-bapanya."

Pengajian Kitab Hadith Bersanad,

Kitab Al-Adab Al-Mufrad,

Imam Al-Bukhari رحمه الله تعالى.

[Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari]

Cintailah Para Ulama', Pewaris Para Anbiya'

instagram | telegram : @kalam_ulama

KARAMAH HADIR MAJLIS ILMU DAN ZIKR

 ۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Imam Muslim meriwayatkan dari sepotong Hadis Rasulullahi صلى الله عليه وسلم, Sesungguhnya Allah سبحانه وتعالى mempunyai para Malaikat yang ditugaskan khas untuk mencari majlis-majlis zikr dan apabila ada majlis zikr lalu mereka saling memanggil dan mereka datang untuk menikmati majlis tersebut. Mereka Malaikat juga turut berzikr demi zikr sehingga ke langit, selesai sahaja majlis para Malaikat akan naik ke langit.

Allah سبحانه وتعالى bertanya kepada MalaikatNya, "Daripada manakah kamu datang?" Mereka jawab, "Kami datang dari Majlis Zikr." "Apakah HambaKu sedang buat di sana?" "Hamba-HambaMu sedang Bertahlil kepada Engkau, Bertasbih kepada Engkau dan Bertahmid kepada Engkau, wahai Allah."

Pernah ditanya kepada Al-Imam Hasan Al-Basri, "Apakah maksud orang yang berzikr di dalam Al-Quran, maka jawab Al-Imam, orang yang berzikr itu ialah halaqah-halaqah ilmu dan majlis-majlis ilmu yang didalamnya kita belajar yang mana Halal dan yang mana Haram."

Allah سبحانه وتعالى bertanya kepada Malaikat-Nya, "Apakah perlindungan yang HambaKu minta?" "Ya Allah, mereka minta perlindungan daripada Api Neraka." "Adakah mereka sudah melihat neraka?" "Tidak Ya Allah." "Kalau mereka sudah melihat meraka, mesti mereka akan minta dengan sungguh-sungguh firman Allah."

"Sudahkah mereka melihat Syurga?" "Tidak Ya Allah." "Kalau mereka sudah melihat Syurga nescaya mereka akan minta dengan sungguh-sungguh."

Maka Allah berfirman, "Apakah hambaKu mahukan" Jawab Malaikat, "Mereka mahukan PengampunanMu." Kemudian Allah سبحانه وتعالى berfirman, "Aku menjadikan Malaikat sebagai saksi bahawa Aku telah ampunkan semua dosa yang hadir dalam majlis tersebut."

Kemudian ada sebahagian Malaikat berkata, "Ya Allah ada HambaMu itu selalu melakukan kesalahan, dan dia hadir ke majlis ini bukan atas niatnya untuk hadir tapi dia datang ada tujuan lain, bagaimana, Ya Allah?" Maka Allah jawab, dosa-dosa dia pun Aku ampunkan."

Majlis Ilmu dan Zikr adalah antara nikmat Syurga yang Allah telah letakkan di dunia ini. Hadirlah majlis Rasulullah, didalamnya ada kisah Para Nabi dan Rasul. Didalamnya ada harta mereka Nabi dan Rasul, didalamnya ada Rahmah dan Barakah."

[Habib Abdullah Abdul Qadir Al-Habsyi]

Cintailah Para Ulama', Pewaris Para Anbiya'

instagram | telegram : @kalam_ulama

ISTIQOMAH

 ۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Istiqomah adalah sesuatu yang berat. Dengan hidayah taufiq-Nya, maka kita boleh beristiqomah dalam ketaatan dan juga hindar dari kemaksiatan.

Sekiranya istiqomah dalam ketaatan dan pada masa yang sama bermaksiat kepada-Nya tanpa ada rasa bersalah, maka ada masalah dalam keikhlasan serta kekhusyukan dalam melaksanakan sesuatu ketaatan.

Tanda kerasnya hati adalah nikmat ketika berbuat dosa. Meninggalkan maksiat itu saat hendak melakukannya akan diganjari oleh Allah سبحانه وتعالى.

Kekuatan iman dalam seseorang yang akan menghalang suatu kemaksiatan kepada-Nya."

[Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid]



TUJUAN YANG ABADI

 ۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Maghfirah dan Jannah adalah impian setiap orang yang beriman lagi bertaqwa. Tiada sesiapa akan masuk syurga Allah سبحانه وتعالى sebelum memperolehi maghfirah-Nya (keampunan).

Jannah dari segi bahasa adalah bererti sesuatu yang tersembunyi dan secara istilah adalah tempat yang disediakan oleh-Nya untuk para hamba-Nya yang bertaqwa. Antara kriteria para hamba-Nya yang memperolehi maghfirah serta syurga Allah سبحانه وتعالى adalah mereka yang berinfaq ketika susah mahu pun senang, mereka yang mampu menahan marah dan mereka yang memaafkan orang lain yang bersalah kepadanya."

[Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid]



KEKUATAN DARIPADA 'YA HALEEM' DAN 'YA HAFEEZ'

 ۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Wahai manusia! Untuk menjadi seorang yang bersabar dan kuat menahan diri, setiap pagi sebelum Fajar berdirilah menghadap Kiblat dan baca "Ya Haleem" 100 kali dan Allah akan menjadikan kamu lembut sepanjang hari.

Kemudian ucapkan "Ya Hafeez" 100 kali dan Allah سبحانه وتعالى akan menghantar para malaikat yang khusus di bawah asma itu untuk melindungi kamu pada hari tersebut daripada sebarang penderitaan dari bumi mahupun langit!

Ia mengambil beberapa minit. Daripada mengeluh, lakukan hal ini dan lihat bagaimana masalah-masalah kamu akan diselesaikan.

Saya tahu tentang mereka yang mula membaca zikir ini setiap hari, hidup mereka berubah dan mereka menjadi lebih gembira."

[Mawlana Shaykh Nazim Al-Haqqani Rahimahullah Ta'ala]

Cintailah Para Ulama', Pewaris Para Anbiya'

instagram | telegram : @kalam_ulama

HAKIKAT DAKWAH

 ۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Dakwah bukanlah kerja khusus bagi Ulama, Asatizah, Da'i dan Pendakwah sahaja. Dakwah adalah kerja kita semua. Baik di kalangan lelaki atau perempuan. Walaupun dakwah ini kerja Para Anbia dan Mursalin sekalipun. Sebenarnya dakwah Nabi Muhammad صلى اللَّه عليه وآله وصحبه وسلَّم tidak berhajat kepada kita, Dakwah Allah سبحانه وتعالى tidak berhajat kepada kita semua.

Guru dan Asatizah tidak berhajat kepada anak muridnya, anak murid tidak berhajat kepada gurunya. Sebab kita semua Umat Nabi Muhammad صلى اللَّه عليه وآله وصحبه وسلَّم berhajat kepada Allah سبحانه وتعالى dan berhajat kepada Dakwah itu sendiri. Kita yang perlu untuk Berdakwah. Dakwah Allah dan Dakwah Rasulullah صلى اللَّه عليه وآله وصحبه وسلَّم sentiasa jalan tidak akan berhenti daripada kita atau daripada orang lain, bahkan boleh daripada makhluk-makhluk Allah yang lain. Bukan dari kalangan Jin atau manusia, tapi melalui Haiwan.

Al-Imam Ahmad bin Hanbal, Al-Imamut Tarmizi dan Al-Imamul Baihaqi رضي اللَّه عنهم وأرضاهم meriwayatkan di dalam kitab mereka sebuah cerita yang luar biasa. Ada seorang sahabat Nabi Muhammad صلى اللَّه عليه وآله وصحبه وسلَّم, yang pernah bercakap dengan seekor serigala. Namanya Uhban bin Ka'ab As-Sulami seorang penganut agama Yahudi dan dia juga seorang pengembala kambing, kisahnya ini sebelum dia memeluk agama Islam.

Satu hari, Uhban ini berada di satu tempat yang jauh dengan kambingnya. Tiba-tiba ada seekor serigala datang dan gigit seekor daripada kambing kambingnya kemudian membawanya lari ke tempat lain. Kemudian Uhban kejar serigala tersebut sehingga dapat sebab nak menyelamatkan kambingnya. Setelah kambingnya berjaya diselamatkan. Terus serigala itu berkata kepada Uhban Bin Ka'ab As Sulami, "Kenapa kamu mengambil satu rezeki yang diberikan oleh Allah سبحانه وتعالى kepada aku?"

Uhban berasa pelik, tiba-tiba dia terdengar ada suara yang bercakap dengan lidah yang fasih, dia lihat kiri dan kanan tidak ada sesiapa melainkan dirinya dengan serigala itu. Sudah tidak ada sesiapa kemudian dia pandang serigala itu dengan pelik dan berkata, "Ajib kamukah yang bercakap?" Serigala itu pun balas, "Saya lagi ta'ajjub (pelik) daripada kamu, lagi pelik melihat keadaan kamu, kerana tidak ada di antara kamu dan seorang Nabi melainkan bukit ini, tapi kamu tidak pergi berjumpa dengan Nabiyullah Muhammad صلى اللَّه عليه وآله وصحبه وسلَّم dan tidak beriman kepadanya apatah lagi menolongnya."

Cerita ini berlaku di Madinah. Uhban sebenarnya tidak pernah tahu di sana ada seorang Nabi yang bernama Muhammadin bin Abdillah. Berapa lama kemudian dia pun membuat keputusan untuk berjumpa dengan Rasulullah صلى اللَّه عليه وآله وصحبه وسلَّم dengan kambingnya. Sebelum masuk waktu Asar, Uhban sudah tiba di depan Masjid Rasulullah صلى اللَّه عليه وآله وصحبه وسلَّم.

Waktu itu, Rasulullah صلى اللَّه عليه وآله وصحبه وسلَّم sedang berlegar legar di sekitar halaman masjidnya kerana Rasulullah صلى اللَّه عليه وآله وصحبه وسلَّم sudah tahu ada seseorang yang bernama Uhban bin Ka'ab As-Sulami ingin berjumpa dengannya dan sudah tahu cerita yang sebenarnya, kemudian Rasulullah صلى اللَّه عليه وآله وصحبه وسلَّم terus menegur Uhban setelah Baginda صلى اللَّه عليه وآله وصحبه وسلَّم perasan uhban sudah sampai. "Wahai Uhban, apa yang berlaku antara kamu dengan serigala itu?"

Uhban makin rasa yakin bahawa Muhammadin bin Abdillah ini ialah seorang Nabi, kerana belum sempat Uhban nak menceritakan apa apa Rasulullah صلى اللَّه عليه وآله وصحبه وسلَّم sudah tahu, bahkan Uhban tidak pernah berjumpa dengan Rasulullah صلى اللَّه عليه وآله وصحبه وسلَّم, tapi bagaimana Rasulullah صلى اللَّه عليه وآله وصحبه وسلَّم tahu namanya? Ini yang membuatkan Uhban makin yakin dengan Baginda صلى اللَّه عليه وآله وصحبه وسلَّم.

Terus Uhban pun bagitahu Rasulullah صلى اللَّه عليه وآله وصحبه وسلَّم tentang apa yang berlaku antara dia dengan serigala itu. Kemudian setelah Rasulullah صلى اللَّه عليه وآله وصحبه وسلَّم selesai menunaikan solat Asar. Rasulullah صلى اللَّه عليه وآله وصحبه وسلَّم meminta Uhban As-Sulami menceritakan kisahnya dengan serigala itu depan jemaah semua. Uhban pun menurut perintah dan menceritakan kisahnya kepada semua manusia yang berada di situ sehinggalah di penghujung ceritanya, Rasulullah صلى اللَّه عليه وآله وصحبه وسلَّم menyapa dia depan masjid tadi.

Setelah itu, Uhban terus melafazkan kalimah syahadah dan memeluk agama Islam. Ketika Uhban pulang ke tempat asalnya, serigala tersebut menunggu Uhban di tempat yang sama. Terus Uhban pun ambil seekor daripada kambingnya dan sembelihnya, kemudian hadiahkan kepada serigala itu. Kata Uhban, "Tadi kamu curi kambing saya haram, sekarang saya dah sembelih untuk kamu, sudah halal."

Di dalam Hadith Riwayat Imam Ahmad dan Imam Tarmizi رضي اللَّه عنهم وأرضاهم, Setelah Saidina Abu Bakar As-Siddiq رضي اللَّه عنه وأرضاه mendengar cerita Uhban itu, beliau berkata, Uhban benar demi Allah, tak akan jadi hari Akhirah sehingga binatang-binatang bercakap dengan manusia.

MashaAllah, inilah Dakwah. Siapa yang menyebabkan Uhban untuk berjumpa dengan Rasulullah صلى اللَّه عليه وآله وصحبه وسلَّم? Siapa yang menyampaikan dakwah kepada Uhban? Bukan Da'i, bukan Ustaz. Tapi Makhluk Allah di kalangan haiwan. Kadang-kadang kita tak mampu berdakwah dengan lidah, dakwahlah dengan tangan, dakwah dengan harta, muamalah, akhlak dan sebagainya.

Tapi jangan pula kamu sangka dakwah itu bergantung pada kamu atau ustaz. Kalau ustaz tidak ada, dakwah pun tak jalan. Tak. Kalau ustaz tidak ada, dakwah tetap jalan. Sama ada daripada kamu atau orang lain atau makhluk Allah yang lain. Kita nak ambil saham dan sebahagian daripada kemuliaan itu, kemuliaan Anbiya dan Rasul Allah.

Secara umum Allah سبحانه وتعالى berfirman, berdakwalah kepada jalan Allah. Sebelum ajar orang lain, ajarlah dirimu sendiri, sehingga kamu sendiri beramal dengan apa yang kamu belajar.

Mudah-mudahan إن شاء اللَّه تعالى, kita bahagia dunia Akhirah dengan berkat apa yang kita sampaikan kepada orang lain.

آمين اللَّهم آمين برحمتك يا أرحم الراحمين"

[Sheikh Abdullah bin Muhammad bin Salim Al-Jahaf حفظه اللَّه تعالى]

Cintailah Para Ulama', Pewaris Para Anbiya'

instagram | telegram : @kalam_ulama

YANG MANA DULU? TAQWA ATAU JALAN KELUAR?

 ۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Dikisahkan pada suatu hari ada seorang lelaki yang bekerja di sebuah hotel yang biasa menyajikan arak dan menjual barang-barang syubhat bertemu dengan Syaikh Mutawali Asy-Sya'rawi rahimahullah. 

Kemudian Syaikh Asy-Sya'rawi menyuruh lelaki tadi untuk berhenti bekerja di hotel tersebut. Akan tetapi lelaki ini beralasan bahwa dia terpaksa bekerja di hotel itu kerna ingin menyara ahli keluarganya dan untuk membayar hutangnya.

Syaikh Asy-Sya'rawi kemudian berkata, "Wahai anakku, Allah سبحانه وتعالى berfirman :

وَمَن يَتَّقِ اللّٰهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا – الطلاق : ٢

"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah maka Allah akan menunjukan kepadanya jalan keluar dari kesusahan."-[Surah Ath-Thalaq : 2]

Lalu Syaikh bertanya kepada lelaki itu, "Adakah Allah menyebut taqwa dahulu atau jalan keluar dahulu?"

"Allah menyebut taqwa dahulu." jawab si lelaki itu.

Syaikh pun berkata, "Jadi kenapa kamu mahu mencari jalan keluar dahulu sebelum taqwa? Kenapa duduk di tempat mungkar ini untuk mencari jalan keluar dahulu, kemudian baru bertaqwa? Kamu semestinya bertaqwa dahulu dan kemudian pasti Allah akan menunjukan kamu jalan keluar."

Setelah mendengarkan nasihat Syaikh Asy-Sya'rawi maka lelaki ini pun setuju. Dia meninggalkan pekerjaannya dengan gajinya yang tinggi di hotel tersebut.

Tak lama kemudian, ada seseorang datang bertemu dengan lelaki ini dan menawarkannya sebuah pekerjaan sebagai pengurus di hotel yang berada di Madinah Al-Munawwarah berdekatan dengan makam Nabi Muhammad Rasulullah ﷺ. Pekerjaan barunya ini ternyata lebih baik dan hutang-hutangnya pun selesai dilunaskan disebabkan dia mahu mendengarkan nasihat Syaikh Asy-Sya'rawi dulu, "Yang mana lebih dahulu, taqwa atau jalan keluar?"

Utamakan taqwa dahulu dan Allah akan memberi jalan keluar. Apakah kamu hendak mencari jalan keluar sedang kamu dalam keadaan ingkar kepada Allah? Kegilaan apa ini?

"Siapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukan jalan keluar."

[Habib Umar bin Hafidz]

Cintailah Para Ulama', Pewaris Para Anbiya'

instagram | telegram : @kalam_ulama

BERZIKIR KEPADA ALLAH

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Berdoa itu mencerminkan keadaan seorang hamba yang faqir lagi tidak mampu berbuat apa-apa, meminta-minta dihadapan Tuhannya. Kekuatan sesuatu doa itu bergantung kepada keikhlasan, ketelusan & keyakinan ketika berdoa kepada Allah.

Dan sentiasalah kita mengingati Allah diwaktu susah dan juga senang. Dirikanlah solat, yakni perbaikilah hubungan kamu dengan Allah, mesrakan hubungan kamu dengan Allah سبحانه و تعالى, dekatkan hubungan kamu dengan Allah, ketika susah dan senang, jika tertekan kembali kepada Allah سبحانه و تعالى. Jangan bergantung pada kekuatan diri kamu sendiri. Ada Tuhan yang mengawal, dan memerintah kepada kamu.

Ada Tuhan yang menjadikan musuh itu berjaya menyakiti dan menindas kamu sebagai dugaan daripada Tuhan kepada kamu. Berapa lama Firaun menindas Bani Israel? Cukup lama. Bahkan ramai yang dibunuh. Tapi adakah Allah سبحانه وتعالى perintahkan Nabi Musa عليه السلام angkat senjata kepada Firaun?

Tidak. Jadi apa suruhan Allah? Allah سبحانه وتعالى berfirman; "Sabarlah, kerana ini bumi milik Allah." Disuruh sabar. Adakah Mesir itu bukan milik Allah سبحانه وتعالى? Sementara Firaun yang berkuasa di situ. Allah سبحانه وتعالى akan bagi kepada siapa saja yang Dia kehendaki, walaupun Firaun. Tapi adakah Firaun beruntung dalam hal ini?

Firman Allah سبحانه وتعالى; "Dan mereka yang beruntung ialah bagi orang-orang yang bertaqwa." Walaupun Firaun mentadbir dunia, tapi kalau tak bertaqwa, kerajaan yang dimilikinya itu tiada manfaat bagi dirinya. Yang baik di sisi Allah سبحانه وتعالى, walaupun tidak mentadbir bumi itu ialah bagi orang-orang yang bertaqwa.

Kamu mahu ini dunia, ambillah kamu. Allah سبحانه وتعالى sedia memberi tapi bukan itu yang berharga disisi Allah سبحانه وتعالى. Solat adalah hubungan kita dengan Allah سبحانه و تعالى, dan zakat hubungan kita dengan manusia. Walaupun sedang dizalimi, disakiti, akan tetapi Allah perintahkan untuk perbaiki hubungan dengan Allah سبحانه و تعالى dan manusia.

Jangan dengan dasar kamu dizalimi, segala tindakan yang salah kamu lakukan. Jangan dengan dasar kamu disakiti, segala perbuatan yang haram kamu akan langgar. La, Tidak. Jadilah hamba yang taat kepada Allah سبحانه وتعالى, bukan taat kepada keadaan. Orang yang menjadi hamba kepada keadaan akan berubah sikapnya bergantung kepada perubahan keadaan.

Orang yang mudah terpengaruh dengan kondisi dan situasi akan menjadi hamba kondisi dan situasi. Bila orang buat baik, dia buat baik, tapi bila orang buat yang haram, dia buat yang haram juga. Pasal apa? Menjadi hamba kepada keadaan. Tapi orang yang menjadi hamba Allah سبحانه و تعالى, walau dalam keadaan apa pun suka, duka, dia akan tetap mematuhi perintah Allah سبحانه و تعالى, dan tidak akan berganjak daripada landasan yang ditetapkan Allah dan Rasul-Nya.

Allah سبحانه و تعالى berfirman yang bermaksud; "Bersegeralah meraih pemberian, keampunan Allah dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi." Disuruh segera. Siapa mereka? Orang yang berinfaq dalam keaaan senang dan susah. Orang mudah berinfaq dalam keadaan senang tapi berat dalam keadaan susah.

Ini untuk menunjukkan kestabilan seseorang untuk patuh pada Allah سبحانه و تعالى, ketika susah kembali kepada Allah dengan sabar, tidak menjadi hamba kepada keadaan. Keadaan menginginkan seseorang itu melakukan satu kerusuhan, ikut juga. Tapi seorang mukmin akan guna akalnya. Keadaan yang memaksa saya bertindak ini sesuai dengan Allah dengan Rasul-Nya atau tidak?

Bukan keadaan yang menjadi neraca buat kita! Bukan situasi yang menjadi timbangan sikap apa yang kita perlu ambil? Jika begitu, sikap kita akan berubah mengikut situasi, jika angin ke barat ke barat, angin ke Timur, ke Timur. Rasulullah ﷺ melarang kita menjadi Pak Turut. Yakni kalau orang baik, kita baik, kalau orang tak baik, kita ikut tak baik juga. Mesti ada prinsip, pegangan kukuh yang tidak berubah iaitu perintah Allah dan Rasul-Nya.

Sampai peringkat fitnah yang berlaku di akhir zaman memaksa orang-orang yang berpegang pada jalan agama seumpama orang yang menggenggam bara api. Fitnah ini mencabar aqidah seseorang sehingga untuk selamat, dia perlu pergi ke hujung bandar dengan membawa kambing sebagai bekalan, dan hidup dengan meminum susu daripada kambingnya sehinggalah ajal menjemputnya. Ini demi menyelamatkan agamanya.

Perbaikilah hubungan kamu dengan Allah سبحانه وتعالى dulu. Orang yang hatinya ada Allah سبحانه وتعالى, dia tidak risau akan keadaan sekelilingnya. Dia tidak terkesan, bila keadaan ekonomi tidak baik, dia tidak takut apa-apa pun juga, sebab dia kenal Allah سبحانه وتعالى. Sebab dia tahu Allah سبحانه وتعالى sentiasa bersama dengannya, tidak kira susah ataupun senang. Dia tahu yang memberi segala nikmat adalah Allah سبحانه وتعالى, Yang Maha Kaya, lagi Maha Mengasihani."

[Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid]

Cintailah Para Ulama', Pewaris Para Anbiya'

instagram | telegram : @kalam_ulama 

ILMU AKHLAK & ADAB

 ‎۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Di dalam majlis zikir majlis ilmu ada keberkatan. Sesungguhnya orang yang menghadiri majlis ilmu, akan disembuhkan penyakitnya zahir dan juga batin. Dan Apakah maksud dengan menjaga Allah سبحانه وتعالى?

Maksud menjaga Allah سبحانه وتعالى adalah dengan mengikut segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Seorang mukmin itu dia taat kepada perintah Allah سبحانه وتعالى. Dia hendaklah sentiasa bermujahadah melawan hawa nafsunya.

Dan kita hendaklah bersama Rasulullah ﷺ. Kena bersama Nabi. Apa maksud bersama Nabi? Maknanya kita perlu mengikut setiap gerak-geri Nabi. Barangsiapa yang mendahulukan adab maka dia bersama Nabi.

Kita nak masuk rumah ikut adab. Nak makan perlu ikut adab. Kalau dia ikut cara Nabi makan, maka Nabi akan bersamanya. Sesuai dengan firman Allah سبحانه وتعالى; "Wahai Muhammad kekasih-Ku. Seandainya kau kasih kepada Aku maka ikuti hak Aku." Itu adalah firman Allah kepada Nabi.

Maka Nabi juga berkata kepada umatnya. Dan ikutlah keseluruhan daripada jiwaku, daripada sifatku, daripada adabku. Dan keseluruhan sifat Nabi itu tidak terhad kepada adab dan syariat sahaja. Ianya apa yang dibimbangkan dan apa yang difikirkan oleh Nabi maka, perlu kita mempelajari sirahnya.

Allah سبحانه وتعالى tidak leka dengan makhluknya yang kecil. Allah mentadbir setiap air mata yang mengalir dari mata. Setiap titisan darah yang mengalir ke jantung. Segalanya dalam ilmu dan pengetahuan Allah.

Setiap mukmin perlu berusaha untuk merasakan bahawa setiap gerak-gerinya dilihat dipantau dipandang dan segala pengkhianatan matanya pengkhianatan hatinya segalanya dalam ilmu pengetahuan dan pengawasan Allah سبحانه وتعالى.

Maqam muraqabah ialah satu perasaan ketakutan kepada Allah سبحانه وتعالى. Patut merasa diri sentiasa diawasi dilihat oleh Allah. Dan maqam mushahadah ialah setiap gerak gerinya setiap ibadatnya setiap perilakunya akan nampak Allah سبحانه وتعالى. Dan ini adalah maqam yang paling tinggi. Yang perlu kita usahakan.

Kalau dia tidak merasa Allah سبحانه وتعالى melihatnya, maka tercalar imamnya dihadapan Allah. Oleh kerana malunya perbuatan yang Allah paparkan di padang mahsyar nanti, sehinggakan dia malu sampai meleleh mukanya.

Dan apabila dihari kiamat nanti, recorder di'on'kan start manusia itu baligh sehingga hembusan nafas terakhir. Ianya akan dipaparkan, dan setiap anggota akan bercakap bersaksikan perbuatannya di dunia ini. Seseorang yang duduk lebih selamat daripada org yang berdiri. Orang yang berdiri lebih selamat daripada orang yang berlari. Orang yang berlari lebih slamat daripada org yang menari kerana hampir kepada fitnah.

Makna fitnah mengikut agama ialah ujian yang merosakkan agama, dunia, akhirat dan hati. Jika kamu rasa akan dibunuh maka kamu biarkan dibunuh jangan kamu melawan. Dan jangan kamu mengangkat senjata . Dan jangan kamu memberontak kepada kerajaan yang zalim sekalipun.

Kerana ianya untuk mengelakkan fitnah dan mengekalkan konsep wasatiah. Mana yang patut disederhanakan. Mana yang patut kita utamakan. Kalau boleh lari ke kawasan selamat. Maka lari. Seperti kisah Saidina Hassan رضي الله عنه وأرضاه, yang menyerahkan tampuk pemerintahannya tanpa pertumpahan darah. Dan juga Saidina Hussein رضي الله عنه وأرضاه, mengelakkan tanah haram dihalalkan pertumpahan darah.

Rasulullah ﷺ selalu cium di leher Saidina Hussein dan cium di mulut Saidina Hassan. Lalu Fatimah bertanya; "Wahai Rasulullah, kenapa kau selalu cium mereka disitu?" Rasulullah ﷺ berkata, "Mereka ini ahli syurga. Yang mati dipancung dilehernya iaitu Saidina Hussein. Dan diberi minum racun iaitu Saidina Hassan."

Ahli keluarga Rasulullah akan dibantai, diburu, dibenci, dicela, dimaki sehinggalah kemunculan Imam akhir zaman nanti, Imam Mahdi. Sehingga panji hitam dikibarkan. Dan panji hitam tidak akan ada pertumpahan darah diatas perkara-perkara yang batil. Maka, hendaklah kita menjauhi dalam mana-mana pertumpahan darah. Apa sahaja, yang berlaku diluar sana. Peperangan, pergaduhan, jangan kamu masuk campur, jangan menyertai mereka.

an kita jauhi daripada fitnah. Jika diserang oleh seseorang dengan biadap, maka kita balas dengan adab. Kalau diserang lagi hebat biadabnya, maka kita perhebatkan perbalasan adab kepada mereka. Kerana tidak semua mempelajari adab, dan apabila tidak mempelajari ilmu adab, akhlak, maka tiadalah bagi seseorang itu, landasan ilmiah."

[Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari]

Cintailah Para Ulama', Pewaris Para Anbiya'

instagram | telegram : @kalam_ulama

SIFAT KEMURAHAN ALLAH

D i antara nama dan sifat Allah SWT adalah “Rahman”, “Rahim”, "Hannan", "Mannan", "Kareem" yang menunjukkan pa...