Memaparkan catatan dengan label InfO SOLAT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label InfO SOLAT. Papar semua catatan

Jumaat, 2 Januari 2026

MAKSUD PERGERAKAN SOLAT MENGIKUT TASAWUF


Mengikut tasawuf, pergerakan dalam solat bukan sekadar pergerakan fizikal, tetapi melambangkan perjalanan kerohanian dari duniawi ke Ilahi; gerakan seperti rukuk, sujud melambangkan ketundukan mutlak dan penghapusan ego,

...manakala pergerakan tidak disengajakan dilihat sebagai ujian 'waswas' yang perlu diatasi dengan khusyuk, menjadikan solat itu sendiri sebagai zikir dan penyatuan diri dengan Tuhan, bukan sekadar ritual luaran.


MAKNA PERGERAKAN DALAM SOLAT
RUKUK (Menunduk): Melambangkan merendahkan diri, membuang sifat sombong, dan melihat kebesaran Allah, tunduk patuh dengan penuh hormat.

I'TIDAL (Berdiri Tegak): Melambangkan kembali teguh dengan kebenaran (tauhid), berdiri tegak di hadapan Tuhan setelah tunduk, menegaskan keesaan Allah.

SUJUD (Menjatuhkan Diri): Puncak ketundukan, meletakkan dahi (pusat akal) ke bumi, simbol penyerahan diri sepenuhnya, penghapusan 'aku' (ego), dan penyatuan dengan Tuhan (fana').

DUDUK ANTARA DUA SUJUD: Simbol keinsafan, memohon keampunan, dan kembali kepada Tuhan setelah jatuh sujud, mewakili 'baqa' (kekal dalam ketaatan).

Pergerakan Kecil/Tidak Disengajakan: Dalam tasawuf, ini adalah 'waswas' atau ujian dari syaitan yang mengganggu khusyuk; tujuannya adalah untuk melatih hati agar lebih fokus dan tidak terganggu, menguatkan hubungan dengan Allah.

INTIPATI TASAWUF DALAM SOLAT:
KHUSYUK: Pergerakan fizikal yang tenang dan teratur mencerminkan ketenangan jiwa dan tumpuan hati kepada Allah (menghayati makna setiap gerakan).

PENGHAYATAN MAKNA: Setiap gerakan disertai penghayatan makna di hati, menjadikannya zikir dan doa, bukan sekadar gimnastik fizikal.

MENGHAPUSKAN DIRI (Fana'): Sujud yang sebenar adalah ketika 'diri' hilang dalam kebesaran Tuhan, melupakan dunia dan segala urusan.

PENYATUAN (Ittihad): Solat adalah perjalanan untuk bertemu dan bersatu dengan Allah, di mana pergerakan adalah langkah-langkah menuju ke sana.

Jadi, pergerakan dalam solat mengikut tasawuf adalah cerminan perjalanan rohani yang mendalam, membersihkan hati, dan memperkukuh hubungan dengan Tuhan, melangkaui makna fizikal semata-mata.

Jumaat, 29 September 2023

Keliru hukum gerakkan jari telunjuk ketika tahiyat, agamawan perjelas ada waktu sesuai

 Oleh ENGKU SHARIFUL AZNI

 

TAHIYAT dari segi bahasa bermaksud penghormatan yang meliputi empat penghormatan iaitu, penghormatan kepada ALLAH; lafaz dua kalimah syahadah; salam dan selawat kepada Nabi Muhammad SAW; dan salam kepada orang-orang yang soleh.

Lafaz tersebut dibacakan dalam solat semasa duduk tahiyat awal pada rakaat kedua solat Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak, dan juga semasa tahiyat akhir dalam semua solat fardu.

Posisi duduk tahiyat awal dinamakan sebagai duduk iftirash, iaitu seseorang itu duduk dengan meletakkan punggungnya di atas kaki kirinya, manakala tapak kaki kanan itu ditegakkan oleh jari-jemarinya dan menghadap ke arah kiblat.

Manakala posisi duduk tahiyat akhir pula ialah duduk tawarruk iaitu seseorang itu duduk dalam keadaan tapak kaki kanannya tegak dan jari jemari kanannya menghadap ke arah kiblat, manakala kaki kirinya dilipatkan ke arah kaki kanan dan meletakkan punggungnya di atau lantai.

Bagaimanapun sering kali kita melihat terdapat gerakan jari telunjuk dalam kedua-dua posisi tersebut ketika solat dan terfikir apa sebenarnya tujuan di sebalik perkara tersebut.

Oleh itu, tokoh agamawan yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi satu hantaran dalam laman web Maktabah Al-Bakri memberi penjelasan tentang pertanyaan tersebut.

Beliau memetik riwayat Ibnu Zubair katanya:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم كَانَ إِذَا قَعَدَ فِي التَّشَهُّدِ وَضَعَ كَفَّهُ الْيُسْرَى عَلَى فَخِذِهِ الْيُسْرَى وَأَشَارَ بِالسَّبَّابَةِ لاَ يُجَاوِزُ بَصَرُهُ إِشَارَتَهُ

Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila Baginda duduk tasyahhud, Baginda meletakkan telapak tangan kirinya di atas paha kiri, dan Baginda mengisyaratkan dengan telunjuknya (tangan kanan), dan pandangannya tidak melebihi jari telunjuk tersebut.”- Riwayat al-Nasa’ie (1275)

Selain itu, Dr Zulkifli berkata, mengangkat jari telunjuk ketika duduk tasyahhud thabit melalui pelbagai hadis, antaranya ialah melalui Abdullah Umar R.A yang meriwayatkan tatacara Rasulullah SAW solat sewaktu keadaan tasyahhud:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِذَا قَعَدَ يَدْعُو وَضَعَ يَدَهُ الْيُمْنَى عَلَى فَخِذِهِ الْيُمْنَى وَيَدَهُ الْيُسْرَى عَلَى فَخِذِهِ الْيُسْرَى وَأَشَارَ بِإِصْبَعِهِ السَّبَّابَةِ وَوَضَعَ إِبْهَامَهُ عَلَى إِصْبَعِهِ الْوُسْطَى وَيُلْقِمُ كَفَّهُ الْيُسْرَى رُكْبَتَهُ

Maksudnya: “Rasulullah SAW apabila duduk untuk tasyahhud, Baginda meletakkan tapak tangan kanan di atas paha kanan dan tapak tangan kiri di atas paha kiri, sambil mengangkat jari telunjuk dalam keadaan ibu jari diletakkan di atas jari tengah, manakala tapak tangan kiri Baginda pula menutup bahagian lutut.”- Riwayat Muslim (579)

"Imam al-Nawawi berkata, hadis-hadis tersebut menjadi dalil akan sunnahnya hukum mengisyaratkan dengan jari telunjuk ketika tasyahhud, dan menurut mazhab Syaf’ie, ia hendaklah diangkat ketika mengucapkan melafazkan إلا الله sewaktu tasyahhud.

"Ibn Hajar al-Haitami dan Imam Khatib al-Syarbini berkata ketika jari telunjuk diangkat semasa menyebut huruf ‘hamzah’ pada kalimah إلا, hendaklah ia dibengkokkan sedikit dan tidak diluruskan sepenuhnya, selain disunatkan jari tersebut ditunjuk ke arah kiblat beserta niat untuk mentauhidkan ALLAH dan mengikhlaskan diri kepada-Nya," katanya.

Mengulas lanjut, Dr Zulkifli berkata, majoriti ulama Syafie berpendapat bahawa makruh menggerakkan jari telunjuk waktu tasyahhud, walaupun ia dibenarkan dalam mazhab Maliki dan Hanbali.

Bagaimanapun, hukumnya sunat mengangkat jari telunjuk ketika mengucap ‘illallah’ dengan sekadar mengangkat tanpa menggerakkan sehingga berdiri untuk tahiyat awal dan sehingga mengucapkan salam dalam tahiyat akhir jika mazhab Syafie.

"Kami berpendapat isu seperti ini adalah masalah khilafiyyah (khilaf) antara mazhab. Justeru, hendaklah kita berlapang dada apabila seseorang mengikut mazhab yang lain daripada mazhab kita," katanya.  Majoriti

https://majoriti.com.my/mukmin/2023/07/09/keliru-hukum-gerakkan-jari-telunjuk-ketika-tahiyat-agamawan-perjelas-ada-waktu-sesuai

 

Sabtu, 8 September 2012

SOLAT DHUHA


Gambar hiasan

Dhuha menurut ahli fekah adalah waktu di antara ketika matahari mulai naik sehingga ketika matahari mulai condong. Oleh itu solat Dhuha adalah solat sunat yang dikerjakan pada waktu tersebut
.
 HUKUM SOLAT DHUHA
 Pandangan para ulamak tentang hukum mengerjakan solat Dhuha adalah seperti berikut:
1.     Sunat secara mutlak dan dikerjakan setiap hari
2.     Sunat namun tidak didirikan setiap hari secara berterusan.
3.     Tidak disunatkan.
4.     Ianya disunatkan kerana faktor tertentu seperti bagi mereka yang tertinggal mengerjakan solat Qiyam al-Lail maka digantikan solat tersebut dengan mengerjakan solat pada waktu dhuha.

Pendapat yang paling tepat serta dipegang oleh jumhur ulamak adalah solat Dhuha termasuk amal sunat mu’akkadah dan dianjurkan untuk diamalkan secara rutin. Ini adalah kerana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam selalu mengerjakannya, menganjurkan para sahabat untuk mengerjakannya malah baginda pernah mewasiatkan perlaksanaannya kepada beberapa sahabat. Daripada Abu Hurairah radhiallahu’ anh, dia berkata:

 أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ
 صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَام.َ

Maksudnya: Kekasihku shallallahu ‘alaihi wasallam telah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan dua rakaat solat Dhuha dan mengerjakan solat Witir sebelum tidur – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Shaum, no: 1981.

Walaupun wasiat ini ditujukan kepada seorang sahabat tetapi anjuran tersebut merangkumi untuk seluruh umat Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam kecuali sekiranya terdapat lafaz yang menunjukkan ianya sememangnya khusus untuk sahabat tersebut. Ternyata lafaz tersebut berbentuk umum apatah lagi baginda juga pernah mewasiatkan perkara yang sama kepada Abu Darda’radhiallahu’ anh, dia berkata:

 أَوْصَانِي حَبِيبِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ لَنْ أَدَعَهُنَّ مَا عِشْتُ
 بِصِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَصَلاَةِ الضُّحَى وَبِأَنْ لاَ أَنَامَ حَتَّى أُوتِرَ.

Maksudnya: Kekasihku shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan solat Dhuha dan tidak tidur sebelum  mengerjakan solat Witir. – Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 722.
  
KEUTAMAAN MENGERJAKAN SOLAT DHUHA
n    Ianya Amalan Berbentuk Sedekah

Bagi setiap anggota sendi serta ruas-ruas tulang perlu mengeluarkan sedekah bagi menunjukkan ketaatan kita kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Justeru itu solat Dhuha adalah amalan yang dapat menunaikan tanggung jawab tersebut. Daripada Abu Dzarr radhiallahu anh, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda:

 يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلاَمَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ
 وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ
 وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى.

Maksudnya: Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.

n      Allah Memberi Rezeki Yang Cukup Sepanjang Siang Hari
Bagi mereka yang mengerjakan solat Dhuha Allah Subhanahu wa Ta’ala sentiasa mencukupkan segala keperluan seseorang sepanjang siang hari. Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman:

 يَا ابْنَ آدَمَ لاَ تُعْجِزْنِي مِنْ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ فِي أَوَّلِ نَهَارِكَ أَكْفِكَ آخِرَهُ.
Maksudnya:Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097.

n      Mendapat Pahala Sebagaimana Mengerjakan Haji Dan Umrah
Bagi mereka yang mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu tetap berada dalam masjid dengan berzikir kepada Allah dan mengerjakan solat Dhuha pada awal terbitnya matahari maka dia mendapat pahala seperti mengerjakan haji dan umrah. Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

 مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ
 ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.

Maksudnya: Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535.

n    Ia Solat Bagi Orang Yang Bertaubat --
Solat Dhuha adalah termasuk bagi solat untuk orang-orang yang bertaubat (Sholat Awwabin). Daripada Zaid bin Arqam bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju tempat Ahli Quba’ yang ketika itu mereka sedang mengerjakan solat Dhuha. Baginda lalu bersabda:

 صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.

Maksudnya: Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 748.

TATACARA PERLAKSANAAN SOLAT DHUHA
n    Waktu Mengerjakan Solat Dhuha ......

Waktu untuk mengerjakan solat Dhuha adalah sewaktu matahari mulai naik iaitu sebaik sahaja berakhirnya waktu yang diharamkan solat setelah solat Subuh (12 minit setelah matahari terbit atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya setelah 15 minit) sehingga sebelum matahari condong atau tergelincir ketika tengahari (10 minit sebelum masuk waktu Zuhur atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya sebelum 15 minit). Menurut Syaikh al-‘Utsaimin di dalam Asy-Syarhul Mumti’:

Jika demikian, waktu solat Dhuha dimulai setelah keluar dari waktu larangan solat pada awal siang hari (pagi hari) sampai adanya larangan saat tengah hari.

Namun demikian waktu yang afdal adalah pada saat matahari panas terik. Demikian adalah dalil-dalil tentang waktu mengerjakan solat Dhuha:

Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

 مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ
 ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.

 Maksudnya: Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat…– Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535.
 Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

 صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.
Maksudnya: Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 748.

n   Jumlah Rakaat Solat Dhuha ......
Jumlah rakaat solat Dhuha paling minimal adalah dua rakaat dan ia boleh dikerjakan tanpa batasan jumlah rakaat yang tertentu. Sebelum ini penulis telah memaparkan hadis-hadis berkaitan solat Dhuha yang dilaksanakan dengan dua dan empat rakaat. Berikut adalah dalil yang menunjukkan ianya juga boleh dikerjakan dengan sebanyak enam, lapan dan dua belas rakaat.

Daripada Anas bin Malik radhiallahu’ anh bahawasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengerjakan solat Dhuha sebanyak enam rakaat – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam kitab al-Syamaail, Bab Sholat al-Dhuha, no: 273.

 أُمِّ هَانِئٍ فَإِنَّهَا قَالَتْ إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ بَيْتَهَا يَوْمَ فَتْحِ مَكَّةَ
 فَاغْتَسَلَ وَصَلَّى ثَمَانِيَ رَكَعَاتٍ.

Maksudnya: Daripada Ummu Hani’, dia berkata: Pada masa pembebasan kota Makkah, dia bertemu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ketika baginda berada di atas tempat tertinggi di Makkah. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam beranjak menuju tempat mandinya lalu Fathimah memasang tabir untuk baginda. Selanjutnya Fathimah mengambilkan kain dan menyelimutkannnya kepada baginda. Setelah itu baginda mengerjakan solat Dhuha sebanyak lapan rakaat – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Tahajjud, no: 1176.

Di dalam Fathul Baari al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah telah membawa sebuah riwayat seperti di bawah:

 وَعِنْد اَلطَّبَرَانِيّ مِنْ حَدِيثِ أَبِي اَلدَّرْدَاءِ مَرْفُوعًا مَنْ صَلَّى اَلضُّحَى رَكْعَتَيْنِ لَمْ يُكْتَبْ مِنْ اَلْغَافِلِينَ ,
 وَمَنْ صَلَّى أَرْبَعًا كُتِبَ مِنْ اَلتَّائِبِينَ , وَمَنْ صَلَّى سِتًّا كُفِيَ ذَلِكَ اَلْيَوْمَ ,
 وَمَنْ صَلَّى ثَمَانِيًا كُتِبَ مِنْ اَلْعَابِدِينَ , وَمَنْ صَلَّى ثِنْتَيْ عَشْرَة بَنَى اَللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي اَلْجَنَّةِ

Maksudnya:Dalam riwayat al-Thabarani daripada hadis Abu Darda’ secara marfu’ disebutkan: Barangsiapa solat Dhuha dua rakaat, maka tidak ditulis sebagai orang-orang lalai, barangsiapa solat Dhuha empat rakaat maka ditulis sebagai orang-orang yang bertaubat, barangsiapa solat Dhuha enam rakaat, maka dicukupkan untuknya pada hari itu, barangsiapa solat Dhuha lapan rakaat, maka ditulis dalam golongan ahli Ibadah, dan barangsiapa solat Dhuha dua belas rakaat maka dibangunkan untuknya rumah di syurga. – rujuk Fathul Baari, jilid 6, ms. 349 ketika al-Hafidz mensyarah hadis Shahih al-Bukhari no: 1176.

Namun status hadis ini diperselisihkan olah para ulamak hadis. Musa bin Ya’qub al-Zami’i yang terdapat dalam sanad hadis ini telah didha’ifkan oleh Ibnu al-Madini namun dinilai tsiqah pula oleh Ibnu Ma’in dan Ibnu Hibban. Al-Hafidz sendiri berkata sanad hadis ini lemah namun diperkuatkan oleh hadis Abu Dzar yang diriwayatkan oleh al-Bazzar hanya sahaja sanadnya juga lemah dan apa yang lebih tepat hadis ini dha’if. Wallahu’alam.

Berkaitan dengan dalil yang menunjukkan jumlah rakaat solat Dhuha ini tidak ada batasan yang tertentu adalah:

 مُعَاذَةُ أَنَّهَا سَأَلَتْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا:
 كَمْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي صَلاَةَ الضُّحَى؟
 قَالَتْ: أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ وَيَزِيدُ مَا شَاءَ.

Maksudnya: Daripada Mu’adzah, dia berkata: Aku bertanya kepada ‘Aisyah: Berapa rakaat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengerjakan solat Dhuha?. Dia menjawab: Sebanyak empat rakaat lalu baginda menambahnya lagi menurut yang dia kehendaki. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 719.

n      Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat Dhuha ......
Rakaat Pertama
1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Dhuha
2)      Takbiratul Ihram
3)      Doa Iftitah
4)      Membaca surah al-Fatihah
5)      Membaca Surah al-Qur’an
6)      Rukuk
7)      Iktidal
8)      Sujud
9)      Duduk antara dua sujud
10)    Sujud kali kedua
11)    Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Duduk untuk tahiyyat akhir
3)      Memberi salam ke kanan dan ke kiri

Selasa, 31 Januari 2012

WUDHUK


Kategori : IBADAH Solat   Tajuk :  Wudhuk

Dari Umar bin al-Khattab r.a katanya:

” Ada seorang lelaki berwudhuk tetapi ada kakinya yang tidak terkena air selebar kuku. Dan hal itu dilihat oleh Nabi s.a.w. Disebabkannya baginda bersabda:”Ulang kembali wudhukmu dengan sempurna dan sebagus-bagusnya!” Orang itu pun berwudhuk kembali dan sesudah itu dia solat.”

(Muslim)

  
Huraian

Wudhuk mempunyai enam rukun dan syarat sah wudhuk bergantung kepada enam rukun tersebut. Jika tertinggal atau sengaja meninggalkan salah satu daripada rukun itu, maka wudhuk dikira tidak sah. Rukun-rukun wudhuk ialah:-

1. NIAT, iaitu diniatkan di dalam hati untuk mengambil wudhuk yang ertinya "Sahaja aku mengangkat hadath kecil kerana Allah Ta'ala". 

2. MEMBASUH MUKA, mengalirkan air serta meratakannya keseluruh muka yang dibasuh, dari dahi sampai ke dagu (jika ada janggut hendaklah diratakan seluruhnya) dan dari telinga kanan hingga ke telinga kiri- disunatkan sebanyak 3 kali.

3. MEMBASUH KEDUA TANGAN HINGGA KE SIKU, mengalir dan meratakan air dari bahagian siku hingga ke hujung jari. Mulakan dari tangan kanan dahulu diikuti tangan kiri, juga dilakukan sebanyak - 3 kali.

4. MENYAPU AIR DI KEPALA iaitu menyapu kepala dengan air sekurang-kurangnya tiga helai rambut dan yang lebih baik ialah menyapu seluruh kepala. - 3 kali.

5. MEMBASUH KEDUA KAKI, mengalir dan meratakan air kepada dua kaki serta celah-celah jari kaki tumit hingga buku lali, mulakan sebelah kanan dahulu. - 3 kali.

6. TERTIB iaitu mengikut turutan, yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan.



Sumber: http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith

Sabtu, 26 November 2011

SOLAT TAHAJJUD : APA HUBUNGANNYA DENGAN KANSER?


SOLAT TAHAJJUD ternyata tidak hanya membuat seseorang yang melakukannya mendapat tempat [ maqam ] terpuji di sisi ALLAH SWT tetapi juga sangat penting bagi dunia perubatan dan kedoktoran. Menurut hasil penelitian dr. Mohammad Soleh, Pensyarah IAIN Surabaya, solat sunat TAHAJJUD dapat  embebaskan seseorang daripada serangan kanser.

TIDAK PERCAYA ?

“CUBAlah anda rajin-rajin solat sunat TAHAJJUD. Jika anda melakukannya secara rutin, betul, khusyuk dan ikhlas, insyaAllah anda terbebas daripada infeksi dan kanser”. Jelas Prof. Soleh, ayah kepada dua orang anak itu bukan “ tukang ubat “ jalanan. Beliau melontarkan pernyataannya itu dalam kertas kajiannya bertajuk “Pengaruh Solat Tahajjud Terhadap Peningkatan Perubahan Respon Ketahanan Tubuh Imonologi”.
Melalui hasil kajiannya itu, Prof. Soleh berhasil meraih gelaran doctor dalam bidang ilmu kedoktoran pada Program Pasca Sarjana Universitas Surabaya yang dipegangnya.

Selama ini, menurut Prof. Soleh, TAHAJJUD dinilai hanya merupakan ibadah solat tambahan atau solat sunnah. Padahal jika dilakukan dengan khusyuk dan ikhlas, secara medikalnya solat itu menumbuhkan respons ketahanan tubuh [ imonologi ] khususnya pada imonoglobin M,G,A dan limpositnya yang berupa persepsi dan motivasi positif, serta dapat meningkatkan kemampuan individu untuk menanggung-ulang masalah yang dihadapi.

Solat TAHAJJUD yang dimaksudkan Prof. Soleh bukan sekadar menggugurkan status solat yang mukkadah [ sunnah mendekati wajib ]. Ia menitikberatkan juga kekerapan solat, ketetapan gerakan, kekhusyukkan dan keikhlasan. Selama ini menurut beliau, ulama melihat masalah ikhlas ini sebagai persoalan mental dan kejiwaan.

Namun sebenarnya, soal ini dapat dibuktikan dengan teknologi kedoktoran.  IKHLAS yang selama ini dipandang sebagai misteri, dapat dibuktikan secara kuantitatif melalui pengukuran tahap hormone kortisol. Parameternya dapat diukur dengan keadaan tubuh, jelas Prof. Soleh lagi.
Pada keadaan normal, jumlah hormone kortisol pada pagi hari normalnya adalah antara 38 – 690 nml/liter. Sedangkan pada malam hari atau selepas 12.00 malam, bacaan normalnya adalah antara 69 – 345 nml/liter. “Kalau jumlah hormone kortisolnya normal, maka boleh dianggap bahawa orang itu tidak ikhlas kerana tertekan. Begitulah sebaliknya”. Ujarnya sambil menegaskan hasil kajiannya itu, menafikan paradigm lama yang menganggap pelajaran agama Islam semata-mata hanya dogma atau doktrin sahaja.

Prof. Soleh membuat kajiannya melalui satu penelitian terhadap 41 responden siswa SMU Luqman Hakim Pondok Pasentren Hidayatullah, Surabaya. Daripada 41 siswa itu, hanya 23 yang sanggup bertahan melakukan solat TAHAJJUD selama sebulan penuh. Setelah diuji lagi, tinggal 19 siswa yang bertahan solat TAHAJJUD selama 2 bulan. Solat dimulai pukul 2.00 – 3.30 pagi sebanyak 11 rakaat, maisng-masing 2 rakaat 4 kali salam dan tiga rakaat witir.
Seterusnya hormon kortisol mereka diukur ditiga Laboratium di Surabaya [ paramita, Prodia dan klinikal ]. Hasilnya mendapati bahawa keadaan tubuh seseorang yang rajin bertahajjud secara ikhlas berbeza jauh dengan orang yang tidak melakukan TAHAJJUD. Mereka yang rajin dan ikhlas berTAHAJJUD memiliki ketahanan tubuh dan kemampuan individu untuk menghadapi masalah-masalah yang dihadapi dengan stabil dan tenang.

“Jadi solat TAHAJJUD selain mempunyai nilai ibadah, juga sekaligus penuh dengan hikmah dari segi psikologi yang dapat mempengaruhi pengawalan kognitif dan emosi.
Dengan cara memperbaiki persepsi dan motivasi positif secara yang lebih efektif, emosi yamg positif dapat menghindarkan seseorang dari stress. Menurut Prof. Soleh, “Orang yang selalu mengalami stress [ tekanan ] itu biasanya mudah sekali terkena penyakit kanser dan penyakit berjangkit.”

Dengan solat TAHAJJUD yang dilakukan secara rutin dan disertai perasaan ikhlas serta tidak terpaksa, seseorang akan memiliki respon yang baik, yang kemungkinan besar akan terhindar daripada penyakit infeksi dan kanser. Dan, berdasarkan kesimpulan teknik medical menunjukkan solat TAHAJJUD yang dilakukan seperti itu, membuatkan seseorang mempunyai ketahanan tubuh yang lebih baik.

“Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu, dan berkorbanlah” : [ Al-Kautsar:2 ]

Sebuah bukti bahawa keterbatasan otak manusia tidak mampu mengetahui semua rahsia atas rahmat, nikmat, anegerah yang diberikan oleh ALLAH kepadanya. Maka haruskah kita menunggu untuk ianya benar-benar boleh diterima akan kita? “

Tepuk dada, tanyalah iman. Sudah berapa kali kita bangun malam untuk solat TAHAJJUD dan bermunajat kepada-Nya? Pernahkah kita bersolat TAHAJJUD?

Artikel – Nuratiah Ismail [ dotty_311@yahoo.com]

Jumaat, 24 Jun 2011

HAYYA ALASS SOLAHHHH

SEORANG professor fizik di Amerika Syarikat membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam.


Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan, menyebabkan kita merasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.



Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zuhur didirikan empat rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas di dalam tubuh. Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zuhur, empat rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang daripada kerja, kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak tiga rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding dua waktu sebelumnya. Timbul persoalan di fikiran professor tersebut mengenai solat Isyak yang mengandungi empat rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan empat rakaat di dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam digalakkan tidur awal supaya mampu bangun untuk menunaikan tahajud (sembahyang malam) pada sepertiga malam.

Ringkasnya, solat Isyak sebanyak empat rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun pada waktu malam untuk beribadat (qiamullail).
Dalam kajiannya, beliau mendapati bahawa Islam adalah agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini.


 Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun daripada tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat beberapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan dua rakaat. Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak, semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas.

Sewaktu solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai-bagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita, akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda beliau, mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama. Hasil kajiannya mendapati, bilangan rakaat yang berbeza dalam solat bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita.
Katanya, tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik, iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.
Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.
Wallahua'alam

Jumaat, 17 Jun 2011

PANDANGAN SYEIKH ABDUL QADIR AL-JAILANI TENTANG SOLAT ZAHIR DAN BATIN.

Solat difardukan kepada setiap orang Islam yang waras akal dan cukup umur pada waktu-waktu yang khusus, lima kali sehari semalam. Inilah perintah Allah s.w.t.

Firman Allah:

"Peliharalah segala solatmu dan solat wusto. Berdirilah untuk Allah (dalam solatmu) dengan khusyuk." (al-Baqarah:238).


Solat zahir ini ialah berdiri, membaca al-fatihah, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud dan seterusnya dan sebagainya. Pergerakan dan lakuan solat ini melibatkan anggota-anggota badan.  Inilah solat diri jasmani atau diri fizikal.  Oleh kerana pergerakan atau lakuan badan dalam solat ini banyak dan diulang-ulangi banyak kali dalam solat lima waktu itu, maka itulah sebabnya ayat tadi menyebut solawati (segala solat) iaitu disebut plural atau lebih dari satu. Bukan solat tetapi solawaati (solat-solat). Itulah bahagian pertama tentang solat dalam ayat tersebut.

Bahagian kedua pula dalam ayat tersebut ialah tentang solat wusto.
Solat ini bermaksud solat hati. Wusto itu boleh dimaksudkan sebagai pertengahan atau tengah. Maka oleh kerana hati itu terletak di tengah diri, maka itulah dikatakan solat wusto itu sebagai solat hati.
Tujuan solat ini ialah untuk mendapatkan hati yang damai dan tenteram. Hati itu terletak di tengah antara kiri dan kanan, antara depan dan belakang, antara atas dan bawah dan antara baik dan jahat. Hati itu titik tengah, point perimbangan, point neraca atau median.  
Pernah Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

"Hati anak Adam itu antara dua jari al-Rahman (iaitu Allah). Ia dibolak-balikkan ke mana sahaja yang Allah kehendaki."

Maksud dua jari al-Rahman itu ialah sifat Allah s.w.t.yang bernama `Yang Menghukum dan Mengazab' dan sifat yang bernama `Yang Indah Yang Kasih Sayang, Yang Lemah Lembut'.

Solat dan ibadat yang sebenar ialah solat dan ibadat hati. Kalau hati lalai dan tidak khusyuk atau tidak ada tumpuani dalam solat, maka solat zahir iaitu solat badaniah akan kelam kabut dan kucar-kacir.
Apabila ini berlaku kedamaian diri jasmani atau badaniah yang diharapkan itu melalui solat zahir tidak akan tercapai.
Itulah sebabnya Nabi s.a.w bersabda:

"Ibadat (solat) zahir itu hanya mampu di lakukan dengan hati yang khusyuk."


Solat ialah doa si hamba kepada Tuhannya. Solat juga ialah pertemuan antara hamba dengan Tuhan. Tempat pertemuan itu di dalam hati. Jika hati itu tertutup, tidak endah dan tidak peduli ataupun mati, maka solatnya tidak memberi sebarang manfaat kepadanya. Solat yang tidak
khusyuk itu tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada diri jasmani, kerana hati itu adalah zat bagi badan. Yang lain itu bergantung kepadanya.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w:

"Ada sekeping daging dalam badan manusia, apabila keadaannya baik,seluruh diri jadi baik. Dan apabila ia tidak baik, seluruh diri jadi tidak baik. Sedarlah, daging itu ialah hati."

SOLAT ZAHIR itu dilakukan pada waktu-waktu tertentu, lima kali sehari semalam. Tempat paling baik melakukan solat ialah di masjid,berjemaah dan menghadap kiblat. Dalam solat berjemaah, makmum
mestilah menurut imam.

SOLAT BATIN tidak ada hujungnya dan tidak berwaktu-waktu.

Solat ini tidak tertakluk kepada tempat dan masa. Solat ini sentiasa ada dari dunia hingga ke akhirat. Masjid solat ini terletak di hati. Jemaahnya ialah anggota-anggota batin atau daya-daya ruhaniah yang berzikir dan membaca Asma-ul-Lah (nama-nama Allah) dalam bahasa alam ruhaniah (alam batin). Imam dalam solat ini ialah kemahuan atau keinginan (niat) yang kuat. Kiblatnya ialah kehadirat Allah s.w.t  – Keesaan Allah s.w.t  –iaitu menurut al-Quran di mana sahaja memandang di situ wajah-Nya –Yang Maha Kekal dan Maha Indah. Pendeknya kiblatnya ialah Allah s.w.t

Solat demikian boleh dilakukan oleh hati yang ikhlas, hati yang tidak tidur dan tidak mati. Hati dan jiwa seumpama ini kekal dan sentiasa beribadat atau bersolat sama ada dalam tidur atau dalam jaga. Ibadat hati ini ialah seluruh hayat dan seluruh hayat ini adalah ibadat baginya.  Di situ tidak ada lagi bacaan di mulut, tidak ada lagi berdiri, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud dan sebagainya.
Mursyid di sini ialah Nabi Muhammad s.a.w. Ia berkata-kata dengan Allah s.w.t :

"Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan." (al-Fatihah: 5).



Dengan kata lain, hayat hati kekal terus bersolat kepada Allah s.w.t. Setelah ibadat (solat) zahir dengan solat batin berpadu, berharmoni dan bersatu, maka sempurnalah solat seseorang itu dan ganjarannya amat besar. Hati atau ruh yang demikian membawa seseorang itu hampir dan masuk ke hadirat Ilahi. Hatinya bersatu dengan Allah dan badannya  atau keduniaannya mencapai tingkat yang tertinggi mungkin. Dalam alam nyata ini, ia jadi manusia atau hamba Allah s.w.t yang warak dan alim.
Firman Allah s.w.t ini ditafsirkan sebagai tanda ketinggian kesedaran Insan Kamil (Manusia Sempurna) iaitu mereka yang beberapa tingkat alam rasa dan pengalaman ruhaniah dan tenggelam dalam tauhid atau keesaan Allah s.w.t dan bersatu dengan Allah s.w.t .

Hati sebegini mendapat berkat dan rahmat dari Allah s.w.t . Satu daripada kelebihan hati yang sempurna ini ialah sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w:

"Para Nabi dan kekasih-kekasih (para wali) Allah s.w.t  terus solat dalam kubur mereka sebagaimana mereka bersolat di rumah mereka di dunia ini."
Dalam alam batin atau keruhanian, ia jadi ahli makrifat yang telah sampai ke peringkat kesempurnaan mengenal Allah s.w.t. Sekiranya ibadat zahir tidak bersatu dengan ibadat batin maka itu belum sempurna dan belum permai. Ganjarannya ialah hanya maju dalam peringkat dari segi pandangan manusia sahaja. Ianya tidak membawa seseorang itu hampir kepada Allah s.w.t.dan berpadu dengan-Nya.
wallahualam
Sumber: http://groups.yahoo.com

KISAH KAROMAH SYEIKH NAWAWI

Kisah Syeikh Nawawi Diarak Keliling Ka`Bah Kemasyhuran dan nama besar Syeikh Nawawi al-Bantani kiranya sudah tidak perlu diragukan lagi. Mel...