Khamis, 28 September 2023

KARAMAH HADIR MAJLIS ILMU DAN ZIKR

 ۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Imam Muslim meriwayatkan dari sepotong Hadis Rasulullahi صلى الله عليه وسلم, Sesungguhnya Allah سبحانه وتعالى mempunyai para Malaikat yang ditugaskan khas untuk mencari majlis-majlis zikr dan apabila ada majlis zikr lalu mereka saling memanggil dan mereka datang untuk menikmati majlis tersebut. Mereka Malaikat juga turut berzikr demi zikr sehingga ke langit, selesai sahaja majlis para Malaikat akan naik ke langit.

Allah سبحانه وتعالى bertanya kepada MalaikatNya, "Daripada manakah kamu datang?" Mereka jawab, "Kami datang dari Majlis Zikr." "Apakah HambaKu sedang buat di sana?" "Hamba-HambaMu sedang Bertahlil kepada Engkau, Bertasbih kepada Engkau dan Bertahmid kepada Engkau, wahai Allah."

Pernah ditanya kepada Al-Imam Hasan Al-Basri, "Apakah maksud orang yang berzikr di dalam Al-Quran, maka jawab Al-Imam, orang yang berzikr itu ialah halaqah-halaqah ilmu dan majlis-majlis ilmu yang didalamnya kita belajar yang mana Halal dan yang mana Haram."

Allah سبحانه وتعالى bertanya kepada Malaikat-Nya, "Apakah perlindungan yang HambaKu minta?" "Ya Allah, mereka minta perlindungan daripada Api Neraka." "Adakah mereka sudah melihat neraka?" "Tidak Ya Allah." "Kalau mereka sudah melihat meraka, mesti mereka akan minta dengan sungguh-sungguh firman Allah."

"Sudahkah mereka melihat Syurga?" "Tidak Ya Allah." "Kalau mereka sudah melihat Syurga nescaya mereka akan minta dengan sungguh-sungguh."

Maka Allah berfirman, "Apakah hambaKu mahukan" Jawab Malaikat, "Mereka mahukan PengampunanMu." Kemudian Allah سبحانه وتعالى berfirman, "Aku menjadikan Malaikat sebagai saksi bahawa Aku telah ampunkan semua dosa yang hadir dalam majlis tersebut."

Kemudian ada sebahagian Malaikat berkata, "Ya Allah ada HambaMu itu selalu melakukan kesalahan, dan dia hadir ke majlis ini bukan atas niatnya untuk hadir tapi dia datang ada tujuan lain, bagaimana, Ya Allah?" Maka Allah jawab, dosa-dosa dia pun Aku ampunkan."

Majlis Ilmu dan Zikr adalah antara nikmat Syurga yang Allah telah letakkan di dunia ini. Hadirlah majlis Rasulullah, didalamnya ada kisah Para Nabi dan Rasul. Didalamnya ada harta mereka Nabi dan Rasul, didalamnya ada Rahmah dan Barakah."

[Habib Abdullah Abdul Qadir Al-Habsyi]

Cintailah Para Ulama', Pewaris Para Anbiya'

instagram | telegram : @kalam_ulama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KALAM ULAMA - HABIB ALI ALHABSYI

Part 1 1. Ibu saya membiasakan saya dari kecil untuk berdoa sebelum tidur , " ya Allah... ampunilah kesalahan orang-orang yang hari ini...