۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
Wanita yang terlihat tidak pandai bergaya kerana dilihat sentiasa berjubah litup.
Terlihat tidak mengikuti gaya lilitan hijab terkini kerana istiqomah dengan tudung labuhnya.
Terlihat tidak pandai bermekap kerana menutup wajah dengan berniqab.
Terlihat seram dan suram kerana berpakaian serba hitam.
Jarang terlihat kerana tersembunyi, terlihat jarang keluar rumah kerana lebih selesa di rumah.
Harinya dihiasi dengan ibadah, waktu lapangnya dipenuhi dengan membaca kalam Ilahi.
Tidak pernah fanatik menyanjungi barisan artis terkini kerana khusyuk meneladani kisah hidup para srikandi. Mengkaji sirah perjuangan sahabat Nabi.
Tidak tergiur dengan ajakan manis si ajnabi kerana terlalu asyik melayan ayat cinta Ilahi dan membalas rindu abadi terhadap sang Rosul.
Terlihat tidak berfoya-foya dan bertutur manja kerana punya rasa malu yang tinggi.
Maka merekalah sebenar-benar wanita yang tidak cinta dan tidak peduli terhadap urusan dunia dan segala macam isi dunia yang menipunya.
Merekalah wanita yang sebenar-benar wanita yang meniru ibunda yang mereka cintai, Sayyidatuna Fatimah.
Mereka tidak peduli terhadap zaman yang mana bila berganti, maka fesyennya pun berganti.
Kain hitam tetap warna kecintaan mereka. Niqab membantu mereka untuk menutupi wajah mereka kerana rasa malu yang menebal.
Kerana mereka benar-benar mentaati pesan ibunda mereka Sayyidatuna Fatimah Az-Zahra'.
Bila kau temukan wanita yang mengaku cintakan Sayyidah Fatimah, namun masih hobi narsis dan berpakaian warna-warni, masih diragukan cintanya itu tuluskah atau hanya sekadar cinta yang hanya terucap di bibir?
Madad Ya Ummu Abiha Sayyidah Fatimah Zahra'.
Cintailah Para Ulama', Pewaris Para Anbiya'
instagram | telegram : @kalam_ulama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan