Jangan
mengharap yang tak pasti
Jangan
menyata kata yang tiada suara
Jangan
dihujani dengan titis mutiara tanpa erti
Kau
hanya menjangka
Engkau
tidak biasa dan tidak kan bisa dengan situasi sedemikian
Ia
penuh haru dan tanda tanya
Tanpa
paksa menyiat urat kendurmu itu
Kau
akan hanya meratapi suatu harapan
Menyintak
keinginan dan hasrat yang belum pasti
Kau
terpasrah pada ketentuan pudar
Di
alami debaran alir detap jantung bergetaran
Mahu
dan ingin sama berjuang
Menuntut
kemahuan yang tiada noktah
Apakah
Perlu
lagi kau ladeni ia
Atau
Perlukah kau kesampingkan saja
Atau
biar ia berlalu seperti hembusan bersin bibirmu
Atau
menerima membuta segala ketentuan
Walau
kau juga punya pilihan
Teman
Usah
difikir-fikir suatu harapan yang pudar
Kembalilah
kepada ketentuan yang benar
Di
sana nanti akan kau temui
Teman
sahabat dan kawan
Akan
kau temui kekasih cinta yang luhur
Akan
kau temui tuan puteri yang ayu tanpa dapat digambar
Dengan
perkataan indah apa pun
Di sanalah ketentuan sebenar
Oleh itu berjuanglah dengan penuh
keikhlasan
Tanpa mengira hitungan jam
kembalilah ke jalan Tuhan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan