Rabu, 30 Mei 2012

10 KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN ISLAM

Gambar hiasan
BERSIFAT RABBANI
Hukum-hakam, peraturan dan segala syariat bukan ciptaan manusia, tetapi ciptaan ALLAH Yang Maha Kuasa dan menjadikan semua makhluk  dengan sebaik-baiknya. Manusia adalah sebaik-baik makhluk  yang ALLAH jadikan. ALLAH dengan sifat KebijaksanaanNya meletakkan semua perkara di tempat yang bersesuaian.
Firman ALLAH, surah al Anfal, ayat 71 bermaksud: “ALLAH itu Maha  Mengetahui dan Maha Bijaksana”

BERSIFAT UNIVERSAL
Setiap hukum hakam, perundangan dan dasar yang digubal oleh ALLAH bertujuan untuk memberi kesenangan kepada makhluk di alam  ini.
Firman ALLAH dalam surah Ali Imran, ayat 110 bermaksud: “Kamu adalah umat terbaik yang diutuskan untuk umat manusia, kerana kamu menyuruh  berbuat kebaikan, mencegah kemungkaran dan beriman kepada ALLAH.”

SYUMUL
Bermaksud syariat yang suci dan mengandungi pelbagai peraturan meliputi semua aspek kehidupan manusia secara terperinci dan mantap.
Firman ALLAH dalam surah al An’am, ayat 38 bermaksud ,”Kami tidak mengalpakan sesuatu pun dalam al Quran.”

MEMBERI DAN MEMPERBAHARUI
SYARIAT ISLAM memenuhi kehendak setiap zaman, walaupun zaman sentiasa  berubah dan berkembang.
Firman ALLAH, surah al Hujarat, ayat 13, bermaksud “Orang yang mulia di antara kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertaqwa.”

SEIMBANG  ANTARA MATERIAL DAN KEROHANIAN
ISLAM melihatnya  sebagai satu kesatuan yang saling melengkapi antara hak manusia terhadap Tuhan. Syariat Islam yang lengkap tidak mensyariatkan sesuatu tegahan dengan mutlak, seperti memencilkan diri daripada masyarakat dan hanya beribadat.

Dalam masa yang sama  Islam juga tidak membenarkan manusia tenggelam dalam hal-hal duniawi.
Firman ALLAH dalam surah an Nur, ayat 37 yang bermaksud: “Lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan  dan juga jual,beli dari mengingati ALLAH, mendirikan solat, membayar zakat, berasa takut akan suatu hari nanti di mana hati dan penglihatan menjadi berubah-ubah.”

SEIMBANG ANTARA KEPENTINGAN INDIVIDU DAN MASYARAKAT
ISLAM menjamin kewujudan peribadi seseorang dan menganggapnya mempunyai tanggungjawab terhadap ALLAH, diri sendiri dan masyarakat.
Firman ALLAH , dalam surah al-Baqarah, ayat 256, bermaksud: “Tidak ada paksaan dalam memeluk Islam. Sesungguhnya jalan yang benar telah jelas  daripada jalan yang batil ( salah).”

 MUDAH, SEDERHANA DAN LOJIK
Islam adalah agama yang bertolak ansur, tidak memaksa umatnya melakukan sesuatu di luar kemampuan.
Firman ALLAH , surah al Hajj, ayat 78 bermaksud; “ALLAH sekali-kali tidak menjadikan sesuatu kesempitan dalam agama untuk kamu.”

MENYEMPURNAKAN, MENUTUP DAN MEMELIHARA
Pelengkap segala dakwah dan risalah para Nabi terdahulu rasulullah SAW menerangkan bahawa baginda diutuskan untuk  menyempurnakan akhlak yang mulia dan melengkapkan syariat Rasul-Rasul terhadulu.
Firman ALLAH dalam surah al-Maidah, ayat 3 yang bermaksud :”Pada hari ini AKU (ALLAH) telah menyempurnakan agamamu kepada kamu, mencukupkan segala kenikmatanKu kepadamu dan meredai Islam itu sebagai agamamu.”

BERASAS DAN BERKEKALAN
Mempunyai sumber abadi iaitu al-Quran yang kekal terpelihara tanpa terdedah kepada penyelewangan, perubahan danpindahan.
Firman ALLAH dalam surah al Hijr, ayat 9 bermaksud; “Sesungguhnya Kami yang menurunkan  al Zikr ( al Quran) dan Kami benar-benar akan memeliharanya.”

KEADILAN MUTLAK
KONSEP Islam yang sejati ialah menegakkan keadilan kepada manusia, menjalin tali persaudaraan
 ( silaturahim), memelihara keturunan, kehormatan, harta dan akal  sebagaimana diwajibkan agama dan akhlak.”
Firman ALLAH dalam surah al- Maidah , ayat 15 dan 16 yang bermaksud’:
Sesungguhnya telah datang kepada kamu, cahaya dari ALLAH dan kitab yang nyata denga kitab itulah ALLAH akan memberikah hidayah kepada orang mengikut  keredaan-Nya menuju jalan keselamatan (dan ) ALLAH mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada  cahaya yang terang benderang dengan izin-Nya dan memberikan petunjuk ke jalan yang lurus.”

Wallahua’lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KALAM ULAMA - HABIB ALI ALHABSYI

Part 1 1. Ibu saya membiasakan saya dari kecil untuk berdoa sebelum tidur , " ya Allah... ampunilah kesalahan orang-orang yang hari ini...