·
Cinta tidak pernah meminta, ia
sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam,
tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala
kebencian membawa kepada kemusnahan.
·
Allah memberi kita dua kaki
untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua
mata untuk melihat. Tetapi mengapa Allah hanya menganugerahkan sekeping hati
pada kita? Karena Allah telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang
untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.
·
Ada 2 titis air mata mengalir
di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yang satu lagi,” Saya
air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya.
Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua itu,” Saya air mata seorang
lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu
begitu saja.”
·
Cinta sejati adalah
ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil
berkata: aku turut bahagia untukmu.
·
Jika kita mencintai
seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi
kita.
·
Jangan sesekali
mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencoba. Jangan sesekali
menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak
mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
·
Perasaan
cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi
jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi
apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah
menjadi titisan air mata dan terus tinggal di hatimu dalam jarak waktu yang
cukup lama.
·
Cinta datang kepada orang yang
masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang
masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin
mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang
mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
·
Jangan simpan kata-kata
cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran
akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya
ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada
hayatnya.
·
Mungkin Allah
menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu
dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas
karunia itu.
·
Cinta bukan mengajar
kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita
menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan
semangat, tetapi membangkitkan semangat.
·
Cinta dapat mengubah
pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi
sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi
rahmat.
·
Sungguh menyakitkan
mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah
mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan
cintamu kepadanya.
·
Hal yang menyedihkan
dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu.
Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus
membiarkannya pergi.
·
Kamu tahu bahwa kamu
sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.
Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.
Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.
·
Allah menciptakan 100
kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia.
Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang
sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.
·
Kadangkala kamu tidak
menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu
kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalam karena perginya tanpa patah
lagi.
·
Jangan mencintai
seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah
mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.
·
Cinta mampu melunakkan
besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan
padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta !
·
Permulaan cinta adalah membiarkan
orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi
gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri
sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.
·
Cinta itu adalah
perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun
yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan
menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah oleh kerana embun
itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang
tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh
kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain
perangai yang terpuji.
·
Kata-kata cinta yang
lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa
raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk
mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.
·
Kamu tidak pernah tahu
bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan
kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya di hatinya
·
Cinta bukanlah kata
murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah
Allah yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
·
Bukan laut namanya jika
airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka.
Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.
·
Mencintai memang mudah.
Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita
cintai itulah yang sukar diperoleh.
·
Satu-satunya cara agar
kita memperoleh kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi
mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.
sumber http://www.abatasa.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan