Memaparkan catatan dengan label iSLAM PiliHANkU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label iSLAM PiliHANkU. Papar semua catatan

Rabu, 3 April 2013

Bersyukur diberi Nikmat iman


Bersyukur diberi nikmat iman
Susunan JUANI MUNIR ABU BAKAR
Gambar hiasan

JIKA dahulu Arnoud Van Doorn bersama-sama rakan-rakan seperjuangan politiknya sering memandang negatif terhadap agama Islam, tetapi setelah mengkaji dan menyelidik ajaran agama itu, akhirnya beliau beriman kepada Allah SWT.

Bekas anggota Parti Kebebasan berhaluan kanan selain berfahaman anti-Islam Belanda itu telah mengejutkan pelbagai pihak termasuk rakan-rakan sealiran apabila beliau mengumumkan telah memeluk Islam baru-baru ini.

Bahkan pengumuman tersebut dilakukan Van Doorn dengan memuat turun dua kalimah syahadah dalam laman sosial Twitter milik beliau.

"Tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah," tulisnya dalam laman sosial itu. Van Doorn turut mengumumkan dalam bahasa Belanda bahawa dia kini memulakan kehidupan baharu sebagai seorang Islam.

Van Doorn yang juga merupakan rakan karib pemimpin parti itu, Geert Wilders, sebelum ini pernah mengakui keluar daripada parti tersebut pada penghujung 2011.

Nama Wilders bukanlah asing kerana nama itu pernah menimbulkan kemarahan umat Islam apabila ahli politik tersebut didakwa menghina agama Islam melalui gesaannya iaitu meminta penganut Islam di seluruh dunia meninggalkan agama itu selain memperjuangkan agenda menghentikan imigrasi bukan warga Barat, pengharaman pemakaian tudung dan pembinaan masjid.

Dalam wawancara bersama Al-Jazeera.net baru-baru ini, Van Doorn tertarik dengan keindahan dengan ajaran agama Islam setelah membaca isi kandungan al-Quran dan hadis selain mengkaji kedua-dua panduan utama umat Islam tersebut.

Di sebalik tohmahan negatif yang dilemparkan terhadap Islam, beliau tidak terus-menerus memandangkan buruk terhadap agama itu tetapi ahli politik tersebut mendalami ajaran agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

"Lantaran itu, baru saya menyedari bahawa ajaran agama Islam sangat indah dan menarik. Lagi banyak kajian dibuat, lagi banyak ilmu saya ketahui dan lebih banyak yang ingin diketahui," jelas Van Doorn.

Van Doorn mengambil kesempatan dalam wawancara itu mengesahkan berita mengenai tindakannya itu.

"Sesiapa yang mengenali saya secara dekat boleh meneka keputusan saya. Lebih setahun saya mendalami Islam melalui buku dan ceramah.

"Ramai yang terkejut dengan keputusan ini, terutama mereka yang tahu mengenai pendirian anti-Islam saya.

"Kita semua pernah melakukan kesilapan. Namun, saya melihat setiap pengalaman hidup ada sebab yang tersendiri dan pengalaman saya sangat berkait rapat dengan keputusan saya.

Melalui peluang memeluk agama Islam, saya ingin menebus semula kesilapan lalu dengan memulakan kehidupan baru termasuk mendalami ajaran agama Islam," kata beliau selain memberitahu bahawa keputusan itu dibuat selepas mendalami Islam tanpa paksaan.

Berhubung reaksi orang ramai berkenaan pengumuman tersebut, menurut Van Doorn terdapat dalam kalangan mereka melabel beliau sebagai pengkhianat. Bagaimanapun terdapat juga menyokong langkah beliau memeluk agama Islam.

"Saya bersyukur kerana diberikan nikmat keimanan selain diberikan kekuatan untuk terus istiqamah dengan agama Islam," jelas beliau.

Melalui laman Twitternya, beliau sempat mengucapkan terima kasih sebagai tanda penghargaan kepada individu yang menyokong usaha terbaru berkenaan.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama

Ahad, 3 Mac 2013

Dengan Jilbabnya pun Mampu Berdakwah, 7 Profesor Barat Masuk Islam

Dengan Jilbabnya Ia pun Mampu Berdakwah, 7 Profesor Barat Masuk Islam kerananya
by Khoirunnisa Syahidah 
Gambar hiasan
Kisah yang satu ini merupakan salah satu contoh dari sekian banyak potret kehidupan seorang wanita muslimah yang begitu bangga dan merasa terhormat dengan agama yang selama ini ia telah hadir mewarnai perjalanan hidupnya . Seorang muslimah yang di hatinya terdengar keras detak syiar agama ALLAH.

Itulah hati yang mampu mengenal ALLAH dan Rasul-Nya sehingga keraguan tak pernah lagi dijumpai di dalamnya. Dialah sosok seorang wanita muslimah yang hatinya selalu selalu memikul tanggungjawab da’wah. Namun sayang personaliti semacam ini ternyata jarang untuk kita temukan. Ya memang sangat sedikit sekali.

Ummu Abdul Aziz, begitulah wanita ini biasa disapa dalam kehidupan sehariannya. Suaminya seorang doktor yang tinggal di kota Riyadh, Saudi Arabia.

Pada satu kesempatan, Ummu Abdul Aziz harus menyertai suaminya untuk menghadiri salah satu konferensi medik yang diselenggarakan di salah sebuah negara Eropah. Dengan langkah pasti dia iringi suaminya. Ya, ia sadar sekali bahwa Tuhan yang selama ini ia sembah di negaranya tak lain adalah Tuhan yang akan ia jumpai di negara Eropah tersebut. Tuhan yang Satu, Allah. Demikian pula halnya kaum Pria yang ia jumpai nya di negara asalnya, Arab Saudi. Oleh kerana itu , setibanya di negara tersebut, penampilannya tidak berubah sedikitpun.

Istiqamahnya untuk sentiasa melaksanakan segala perintah Tuhannya selalu pegang dengan baik. Hal ini nampak terlihat jelas dari cara dia berpakaian.Potongan kain yang dikenakannya menutupi seluruh anggota tubuhnya.. Ya Ummu Abdul Azis mengenakan pakaiannya secara lengkap sehingga tidak tak sedikitpun anggota tubuhnya yang dapat terpandang mata, meskipun dia berada di negara Eropah.

Penampilannya yang begitu telah menerik perhatian warga negara Eropah yang menjumpainya. Meraka merasa hairan dengan pemandangan yang sangat asing seperti itu. Maka dia pun mulai menjadi pusat perhatian, seakan-akan bertanya ‘” Makhluk apakah yang ada di balik kain hitam ini?” Benar-benar pemandangan yang sungguh aneh bagi mereka.

Pada suatu hari, beberapa orang wanita Eropah berkumpul menghampirinya. Rata-rata mereka adalah para professor yang telah berusia. Mereka berbual-bual sehinggalah tercetusnya pertanyaan-pertanyaan.  (Qadaralllah ummu Abdul Aziz mampu berbahasa Inggeris). Salah seorang daripada mereka mengajukan sebuah pertanyaan ,

“ Kamu pasti berpenampialan seperti ini hanya untuk menyembunyikan cacat yang ada di badanmu bukan ? Atau mungkin sekedar menutupi wajahmu yang nampak tidak cantik ? Ya kiranya anggapan seperti itulah yang tertanam di benak mereka selama ini terhadapnya.

Ummu Aziz seterusnya membawa mereka ke salah satu sudut ruangan , lalu membuka cadar yang selama ini menutupinya wajahnya.Ternyata ia nampak sebagaimana wanita normal pada umumnya, tanpa ada cacat sedikitpun sebagaimana dugaan mereka. Bahkan mungkin parasnya lebih cantik dari wanita biasa. Kesempatan ini tentu tidak ia biarkan berlalu begitu saja tanpa menyampaikan sesuatu kebenaran.

Setelah memperlihatkan wajahnya, Ummu Abdul Azis terus saja memperkataan tentang pokok perbualan mereka sejak awal tadi. Dia menjelaskan kepada mereka bagaimana Islam meletakkan kemuliaan terhadap golongan wanita. Ia paparkan sejauh mana penghormatan dan apresiasi agama Allah ini terhadap kaum Hawa selain ia berikan gambaran tentang ajaran agama Islam secara umum.

Tahukah apa yang terjadi setelah itu ? Ya setelah tiga jam berlalu, sebanyak tujuh dari sepuluh Professor wanita tersebut terus mengikrarkan keislaman mereka! Tidak lain kerana Ummu Abdul Aziz atas izin Allah! Bayangkan tujuh orang Professor masuk Islam hanya dalam kurang waktu tiga jam setelah melakukan perbahasan dan dialog.

Sebagai seorang muslimah Ummu Abdul Aziz tidak merasa kecil sehingga menjadi asing dengan ajaran agamanya. Kehadirannya di negara yang mengamalkan fahaman liberalisme yang jauh dari tata nilai sosial tersebut . Dia tetap berpakaian muslimah sejati dan tidak mempengaruhinya untuk menganti kepada pakaian ketat dengan hiasan renda di sana-sini seperti perhiasan kejahiliyahan.

Tujuh orang professor wanita menyatakan keislaman mereka . ALLAH pun meninggikan derajat mereka dengan agama ini. Agama yang selama ini menjadi satu kebanggaan tersendiri bagi sosok seperti Ummu Abdul Aziz. Personaliti dari seorang muslimah yang berusaha untuk mengajak umat ini kepada jalan ALLAH. Dia jadikan dirinya sebagai media turunnya hidayah bagi siapa yang ALLAH kehendaki. Dengan cara seperti ini dia mampu merubah pandangan rendah mereka terhadap agama yang ALLAH redai ini.

La ilaha ilallah….semoga ALLAH sentiasa memberikan taufik-Nya kepada dirimu, Ummu Abdul Aziz. ALLAH jaga dirimu sehingga benar-benar bermanfaat bagi agama dan ummat ini. ..Amiin.


By:Muhammad Saleh Al Qathan
(eramuslim/www.syahidah.web.id)

Sabtu, 2 Mac 2013

KISAH PAKAR ANATOMI BUDDHA MEMELUK ISLAM

KISAH PAKAR ANATOMI BUDDHA MEMELUK ISLAM

Tagatat Tejasen, seorang saintis Thailand di bidang anatomi
”Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya ALLAH Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (QS. An-Nisa: 56)

Bagi sebahagian besar umat Islam, ayat di atas terdengar seperti ayat-ayat serupa dalam Al-Quran yang menjelaskan pedihnya siksa neraka bagi orang-orang yang tidak beriman. Namun tidak demikian bagi Tagatat Tejasen, seorang saintis Thailand di bidang anatomi. Baginya, ayat itu adalah sebuah keajaiban.

Persidangan Perubatan Saudi ke-6 di Jeddah yang diikuti Tejasen pada Mac 1981 menjadi awal detik pertemuannya dengan keajaiban itu. Dalam persidangan yang berlangsung selama lima hari itu, sejumlah ilmuan Muslim mendedahkan kepada Tejasen beberapa ayat Al-Quran yang berkaitan dengan anatomi.

Tejasen yang beragama Buddha kemudian mengatakan bahawa agamanya juga mempunyai bukti-bukti sama yang secara tepat menjelaskan tahap-tahap perkembangan embrio. Para ilmuan Islam yang ada ketika itu tertarik mempelajarinya dan meminta profesor yang berasal dari Thailand itu untuk menunjukkan ayat-ayat tersebut kepada mereka.

Setahun kemudian, pada bulan Mei 1982, Tejasen menghadiri persidangan perubatan yang sama di Dammam, Arab Saudi.

Apabila ditanya tentang ayat-ayat anatomi yang pernah dijanjikannya, Tejasen meminta maaf dan mengatakan bahawa ia telah menyampaikan kenyataan tersebut sebelum mempelajarinya. Ia telah memeriksa kitabnya, dan mendapati bahawa tidak ada rujukan di dalamnya yang dapat dijadikan bahan kajian.

Ia kemudian menerima cadangan para ilmuan Muslim untuk membaca sebuah makalah penelitian karya Keith Moore, seorang profesor bidang anatomi yang berasal dari Kanada.

Makalah itu berbicara tentang keserasian antara embriologi moden dengan apa yang disebutkan dalam Al-Quran.

Tejasen tercengang saat membacanya. Sebagai saintis di bidang anatomi, ia menguasai dermatologi (ilmu tentang kulit).

Dalam tinjauan anatomi, lapisan kulit manusia terdiri daripada tiga lapisan yakni Epidermis, Dermis, dan Sub Cutis. Pada lapisan yang terakhirlah, Sub Cutis, terdapat hujung-hujung pembuluh darah dan saraf.

Penemuan moden di bidang anatomi telah mendedahkan bahawa luka bakar yang terlalu dalam akan mematikan saraf-saraf yang menetapkan sensasi.

Saat terjadi Combustio grade III (luka bakar yang telah menembus Sub Cutis), seseorang tidak akan merasakan sakit. Hal itu disebabkan tidak berfungsi hujung-hujung serabut saraf afferent dan efferent pengatur sensasi yang rosak oleh luka bakar tersebut.

Makalah itu tidak saja menunjukkan kejayaan teknologi perubatan dan perkembangan ilmu anatomi, namun juga membuktikan kebenaran Al-Quran.

Ayat 56 surah An-Nisa ‘mengatakan bahawa ALLAH akan memasukkan orang-orang kafir ke dalam neraka, dan menukar kulit mereka dengan kulit yang baru setiap kali kulit itu hangus terbakar, agar mereka merasakan pedihnya azab ALLAH.

Jantung Tejasen berdebar. “Bagaimana mungkin Al-Quran yang diturunkan 14 abad yang lalu telah mengetahui fakta perubatan ini?”

Sebelum berjaya mengatasi kejutan tersebut, Tejasen dilempari soalan oleh para ilmuan Muslim yang mendampinginya, “Mungkinkah ayat Al-Quran ini berpunca dari manusia?”

Ketua Jurusan Anatomi Universiti Chiang Mai Thailand itu sentak menjawab, “Tidak, kitab itu tidak mungkin berasal dari manusia. Ia kemudian termangu dan meneruskan respondnya, “Lalu dari mana kiranya Muhammad menerimanya?”

Mereka memberitahu Tejasen bahawa Tuhan itu adalah ALLAH  yang membuat Tejasen semakin ingin tahu. “Lalu, siapakah ALLAH itu?” soalnya.

Dari para ilmuan Muslim tersebut, Tejasen mendapatkan keterangan tentang ALLAH,  Maha Pencipta yang dari-Nya berpunca segala kebenaran dan kesempurnaan. Dan Tejasen tak membantah semua jawapan yang diterimanya. Ia menerimanya.

Profesor yang pernah menjadi dekan Fakulti Perubatan Universiti Chiang Mai lalu itu kembali semula ke negaranya, tempat ia menyampaikan sejumlah kuliah tentang pengetahuan dan penemuan barunya itu.

Maklumat yang dikutip oleh laman special.worlofislam.info menyebutkan bahawa kuliah-kuliah profesor yang masih beragama Buddha itu, di luar dugaan, telah mengislamkan lima mahasiswanya.

Hingga akhirnya, pada Persidangan Perubatan Saudi ke-8 yang diadakan di Riyadh, Tejasen kembali hadir dan mengikuti siri pidato tentang bukti-bukti Quran yang berkaitan dengan ilmu perubatan.

Dalam persidangan yang berlangsung selama lima hari itu, Tejasen banyak membincangkan dalil-dalil tersebut bersama para sarjana Islam dan bukan Islam.

Di akhir persidangan, 3 November 1983, Tejasen maju dan berdiri di podium. Di hadapan semua peserta persidangan, ia menceritakan detik awal minatnya pada Al-Quran, juga kekagumannya pada makalah Keith Moore yang membuatnya meyakini kebenaran Islam.

“Segala yang terakam dalam Al-Quran 1400 tahun yang lalu pastilah kebenaran, yang boleh dibuktikan oleh sains. Nabi Muhammad yang tidak boleh membaca dan menulis pastilah menerimanya sebagai cahaya yang diwahyukan oleh Yang Maha Pencipta, “katanya. Tejasen lalu menutup pidatonya dengan mengucap dua kalimah syahadat.

http://mahatera.blogspot.com/2013/03/kisah-pakar-anatomi-buddha-memeluk-islam.html?

Rabu, 30 Mei 2012

10 KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN ISLAM

Gambar hiasan
BERSIFAT RABBANI
Hukum-hakam, peraturan dan segala syariat bukan ciptaan manusia, tetapi ciptaan ALLAH Yang Maha Kuasa dan menjadikan semua makhluk  dengan sebaik-baiknya. Manusia adalah sebaik-baik makhluk  yang ALLAH jadikan. ALLAH dengan sifat KebijaksanaanNya meletakkan semua perkara di tempat yang bersesuaian.
Firman ALLAH, surah al Anfal, ayat 71 bermaksud: “ALLAH itu Maha  Mengetahui dan Maha Bijaksana”

BERSIFAT UNIVERSAL
Setiap hukum hakam, perundangan dan dasar yang digubal oleh ALLAH bertujuan untuk memberi kesenangan kepada makhluk di alam  ini.
Firman ALLAH dalam surah Ali Imran, ayat 110 bermaksud: “Kamu adalah umat terbaik yang diutuskan untuk umat manusia, kerana kamu menyuruh  berbuat kebaikan, mencegah kemungkaran dan beriman kepada ALLAH.”

SYUMUL
Bermaksud syariat yang suci dan mengandungi pelbagai peraturan meliputi semua aspek kehidupan manusia secara terperinci dan mantap.
Firman ALLAH dalam surah al An’am, ayat 38 bermaksud ,”Kami tidak mengalpakan sesuatu pun dalam al Quran.”

MEMBERI DAN MEMPERBAHARUI
SYARIAT ISLAM memenuhi kehendak setiap zaman, walaupun zaman sentiasa  berubah dan berkembang.
Firman ALLAH, surah al Hujarat, ayat 13, bermaksud “Orang yang mulia di antara kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertaqwa.”

SEIMBANG  ANTARA MATERIAL DAN KEROHANIAN
ISLAM melihatnya  sebagai satu kesatuan yang saling melengkapi antara hak manusia terhadap Tuhan. Syariat Islam yang lengkap tidak mensyariatkan sesuatu tegahan dengan mutlak, seperti memencilkan diri daripada masyarakat dan hanya beribadat.

Dalam masa yang sama  Islam juga tidak membenarkan manusia tenggelam dalam hal-hal duniawi.
Firman ALLAH dalam surah an Nur, ayat 37 yang bermaksud: “Lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan  dan juga jual,beli dari mengingati ALLAH, mendirikan solat, membayar zakat, berasa takut akan suatu hari nanti di mana hati dan penglihatan menjadi berubah-ubah.”

SEIMBANG ANTARA KEPENTINGAN INDIVIDU DAN MASYARAKAT
ISLAM menjamin kewujudan peribadi seseorang dan menganggapnya mempunyai tanggungjawab terhadap ALLAH, diri sendiri dan masyarakat.
Firman ALLAH , dalam surah al-Baqarah, ayat 256, bermaksud: “Tidak ada paksaan dalam memeluk Islam. Sesungguhnya jalan yang benar telah jelas  daripada jalan yang batil ( salah).”

 MUDAH, SEDERHANA DAN LOJIK
Islam adalah agama yang bertolak ansur, tidak memaksa umatnya melakukan sesuatu di luar kemampuan.
Firman ALLAH , surah al Hajj, ayat 78 bermaksud; “ALLAH sekali-kali tidak menjadikan sesuatu kesempitan dalam agama untuk kamu.”

MENYEMPURNAKAN, MENUTUP DAN MEMELIHARA
Pelengkap segala dakwah dan risalah para Nabi terdahulu rasulullah SAW menerangkan bahawa baginda diutuskan untuk  menyempurnakan akhlak yang mulia dan melengkapkan syariat Rasul-Rasul terhadulu.
Firman ALLAH dalam surah al-Maidah, ayat 3 yang bermaksud :”Pada hari ini AKU (ALLAH) telah menyempurnakan agamamu kepada kamu, mencukupkan segala kenikmatanKu kepadamu dan meredai Islam itu sebagai agamamu.”

BERASAS DAN BERKEKALAN
Mempunyai sumber abadi iaitu al-Quran yang kekal terpelihara tanpa terdedah kepada penyelewangan, perubahan danpindahan.
Firman ALLAH dalam surah al Hijr, ayat 9 bermaksud; “Sesungguhnya Kami yang menurunkan  al Zikr ( al Quran) dan Kami benar-benar akan memeliharanya.”

KEADILAN MUTLAK
KONSEP Islam yang sejati ialah menegakkan keadilan kepada manusia, menjalin tali persaudaraan
 ( silaturahim), memelihara keturunan, kehormatan, harta dan akal  sebagaimana diwajibkan agama dan akhlak.”
Firman ALLAH dalam surah al- Maidah , ayat 15 dan 16 yang bermaksud’:
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu, cahaya dari ALLAH dan kitab yang nyata denga kitab itulah ALLAH akan memberikah hidayah kepada orang mengikut  keredaan-Nya menuju jalan keselamatan (dan ) ALLAH mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada  cahaya yang terang benderang dengan izin-Nya dan memberikan petunjuk ke jalan yang lurus.”

Wallahua’lam

Ahad, 13 Mac 2011

Napoleon Bonaparte - Adakah beliau memeluk Islam?


Susunan SITI AINIZA KAMSARI
Sumber: Utusan Malaysia

“AGAMA-agama itu selalu didasarkan pada hal-hal yang ajaib, seperti halnya Trinitas (Thriniti) yang sulit difahami. Yesus (Jesus) didakwa dirinya sebagai Anak Tuhan, padahal baginda berasal daripada keturunan Daud.

Maka saya lebih meyakini agama yang dibawa oleh Muhammad (Rasulullah). Islam terhindar jauh daripada kelucuan-kelucuan ritual seperti yang terdapat di dalam agama kita (Kristian). Bangsa Turki juga menyebut kita sebagai orang penyembah berhala dan dewa.

“Dengan penuh kepastian saya harus memperjelaskan kepada anda dalam setiap ucapan saya bahawa saya adalah seorang muslim dan saya memuliakan Nabi Muhammad serta mencintai orang-orang Islam.”

Mungkin anda tertanya-tanya, siapakah yang begitu berani menuturkan kata-kata di atas? Atau mungkin anda lebih tidak percaya kerana yang berkata demikian ialah Napoleon Bonaparte!

Tokoh itu begitu terkenal dalam sejarah sehingga namanya berada dalam urutan ke-34 daripada Seratus Tokoh Yang Paling Berpengaruh Di Dunia (Buku tulisan Micheal H. Hart yang meletakkan Rasulullah s.a.w menduduki tempat teratas dalam senarai itu).

Sebagai Kaisar atau Raja Perancis, Napoleon mengukir sejarah yang begitu hebat sebagai jeneral tentera yang berjaya menundukkan dan menawan banyak negara Eropah sehingga ke Asia Barat, termasuk Mesir dan Palestin.

Istilahnya beliau menyapu bersih, sehingga menjadikan Napoleon sangat berkuasa dan berdaulat penuh terhadap negara Perancis. Malah sesetengah pihak menganggap dalam bidang ketenteraan dan strategik Napoleon ialah jeneral yang paling genius.

Napoleon dilahirkan di Ajaccio (Aiacciu) atau disebut Ajax dalam bahasa Latin di Pulau Corsica yang terletak di bahagian tenggara Perancis pada 15 Ogos 1769 sebagai Napoleone Buonaparte. Pulau Corsica yang berada di bawah jajahan Perancis merupakan pulau keempat terbesar selepas Pulau Sicily, Sardinia dan Cyprus di Laut Mediterranean.

Kariernya sebagai anggota tentera yang paling digeruni bermula apabila beliau menyertai Tentera Revolusi Perancis pada lewat 1790-an.

Sehingga tahun 1799, Napoleon memerangi hampir seluruh Eropah sehingga beliau kembali ke Perancis sebagai raja selepas kempennya selesai di Mesir.

Pada 1800, Napoleon kembali semula ke medan perang dengan mengalahkan Austria. Pada 1802, Napoleon memperkenalkan sistem Perundangan Perancis yang baru yang dikenali sebagai Napoleonic Code.

Pada 1804 beliau ditabalkan sebagai Maharaja Perancis di Gereja Notre Dame Cathedral. Sehingga 1807, keluasan empayarnya bermula dari Sungai Elbe di bahagian utara Perancis menganjur sehingga ke Itali di bahagian selatannya atau dari Pyrenees sehinggalah perairan Dalmatian.

Kejatuhan

Tetapi selepas 1812, Napoleon mula mengalami kejatuhan apabila beliau menerima kekalahan pertama ketika cuba menakluk Rusia. Beliau juga terpaksa melepaskan Spain (Sepanyol) kepada Duke Of Wellington daripada tentera British dalam Peninsular War. Beliau mengalami kekalahan yang teruk pada 1814.

Napoleon terpaksa melarikan diri ke Pulau Elba dan kembali semula ke Perancis pada 1815 untuk mengumpulkan kembali kekuatan tentera yang dikenali Grand Army. Tetapi beliau terpaksa mengaku kelemahan apabila mengalami kekalahan teruk dalam Perang Waterloo di tangan tentera Wellington.

Sebagai hukuman, Napoleon dinafikan haknya untuk menetap di Perancis. Malah beliau dibuang negeri ke Pulau Saint Helena yang terletak di bahagian timur Afrika. Enam tahun kemudian, iaitu pada 1821 beliau meninggal dunia di pulau itu dipercayai akibat kanser perut.

Sehinggalah pada 1840, barulah mayatnya di bawa pulang semula ke Paris. Tetapi dalam satu ujian didapati rambut Napoleon mengandungi kandungan racun arsenik yang tinggi.

Ini menjadi teori kepada punca kematian beliau yang sebenar. Beliau dipercayai diracun oleh Count of Montholon bagi pihak British yang tidak mahu melihat Napoleon kembali berkuasa.

Namun persoalan besarnya benarkah pemimpin tentera yang digambarkan sebagai seorang yang kejam dan rakus ini benar-benar memeluk Islam?

Jika benar, adakah kerana ada muslihat di sebalik itu bagi membolehkan apa yang beliau hajati tercapai?

Pengislaman Napoleon didedahkan oleh penulis David M. Pidcock dalam sebuah bukunya yang memetik kembali keratan sebuah akhbar rasmi Perancis, Le Moniteur, yang menyebut mengenai pengislaman Napoleon pada 2 Julai 1798. Ia berlaku hampir 23 tahun sebelum beliau meninggal dunia pada 1821.

Apabila tokoh ini memeluk Islam, beliau dikenali sebagai ‘Aly (Ali) Napoleon Bonaparte’.

Peristiwa ini dipercayai berlaku ketika Napoleon berada di Mesir. Napoleon tertarik kepada Islam ketika dijemput menghadiri suatu majlis memperingati ulang tahun kelahiran baginda Rasulullah s.a.w yang dihadiri oleh begitu ramai umat Islam.

Majlis itu menyedarkan Napoleon kepada kata-kata Voltaire yang mempercayai bahawa manusia memerlukan agama dalam hidup mereka. Manusia tidak boleh hidup tanpa agama atau tanpa mempercayai tuhan.

Pengalaman di Mesir itu dikatakan memberikan satu perjalanan rohani kepada Napoleon.

Tetapi apakah yang membuatkan tokoh perang ini dapat menerima Islam?

Napoleon berkata, Rasulullah s.a.w. berjaya memandu kehidupan kaum Arab yang jahil kepada jalan yang benar. Mengajar kepada mereka mengenai keesaan Allah. Allah yang satu. Tuhan yang tidak mempunyai bapa, tidak mempunyai anak dan tidak mempunyai pendamping.

“Sedangkan menyembah pelbagai jenis tuhan merupakan satu budaya yang sangat kabur tetapi tidak lebih satu aspek pemujaan kepada berhala yang merupakan hanyalah patung-patung yang kosong,” katanya.

Napoleon juga sangat mengagumi kitab suci al-Quran setelah beliau membandingkan isi kandungannya dengan Alkitab (Injil).

“Saya menemukan kebenaran-kebenaran yang unggul di dalam al-Quran yang selama dikelirukan oleh kitab-kitab terdahulu yang manusia itu campur tangan di dalamnya melalui kata-kata mereka sendiri, bukannya kata-kata Tuhan,” katanya.

Malah yang lebih menarik adalah ucapan Napoleon ketika beliau mula-mula sampai di Palestin pada tahun 1799 sebelum bertempur dengan tentera Othmaniah.

Sambil mengenakan serban di kepalanya, Napoleon mengaku mengenai pengislamannya dan berkata: “Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Saya Bonaparte, Amir dari tentera Perancis. Kepada semua pemimpin tempatan, para mufti dan penduduk Gaza, Ramla dan Jaffa, semoga Allah melindungi kita semua,” katanya.

Pengislaman Napoleon mungkin dapat diketahui lebih lanjut melalui sebuah lagi buku, iaitu Napoleon and Islam atau Bonapart et Islam oleh C. Cherfils. ISBN: 967-61-0898-7

Dalam buku itu, Napoleon dipetik sebagai berkata: “Dalam masa terdekat ini, jika berpeluang, saya ingin menyatukan semua umat manusia melalui budaya yang baik (Islam) dan kerajaan yang memimpin rakyatnya melalui prinsip yang tertulis dalam al-Quran al Karim.”

Undang-undang

Menyebut mengenai undang-undang, Napoleon sendiri mengakui akan keagungan undang-undang Islam iaitu syariah.

Lalu beliau mengguna pakai undang-undang itu semasa memerintah Perancis dan dipercayai hingga sekarang pengaruh dan elemen undang-undang syariah masih diguna pakai di negara itu.

Contoh yang paling ketara adalah apabila berlaku tragedi kemalangan jalan raya yang meragut nyawa Puteri Diana dan teman lelakinya, Dodi Al Fayed pada 1997.

Mengikut undang-undang lama Perancis, jurugambar yang sempat mengambil detik-detik berlakunya kemalangan dan kematian Puteri Diana itu dijatuhkan hukuman. Mereka disabit kesalahan kerana tidak membantu mangsa dan lebih mengutamakan untuk mengambil gambar.

Bentuk undang-undang dan hukuman ini jelas diambil daripada perundangan syariah Imam Malik.

Bagaimanapun, pensyarah di Jabatan Sejarah dan Tamadun Manusia, Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Zuraini Nordin berkata, terdapat pelbagai pendapat mengenai status agama dan pengislaman Napoleon.

Beliau berkata, pada asalnya panglima dan maharaja Perancis itu seorang yang berpegang kepada ajaran Deism iaitu tidak percaya kepada ajaran-ajaran Kristian seperti Original Sins (Dosa Warisan), mukjizat dan sebagainya.

“Dia mengkritik ajaran Kristian itu sebagai hanya mementingkan aspek spiritual individu berbanding dengan Islam yang dia sendiri iktiraf sebagai agama yang rasional dan mementingkan ilmu - sains,” katanya.

Maka tidak hairan jika Napoleon sangat-sangat menghargai agama Islam, menghormati orang Islam dan mengagumi keperibadian Nabi Muhammad itu sendiri.

“Ini kerana beliau percaya Rasulullah bukan sahaja seorang pemimpin agung tetapi juga seorang ‘penjajah’ yang ulung,

“Jadi ia sangat sesuai dengan jiwanya sebagai seorang maharaja dan penjajah Perancis yang sangat bercita-cita tinggi,” katanya.

Kata Zuraini, Napoleon ialah seorang yang banyak membaca mengenai Islam, al-Quran dan hadis Nabi dan beliau memupuk hubungan baik dengan para mufti dan ulama-ulama Al-Azhar semasa ekspedisinya di Mesir.

“Napoleon mengiktiraf Islam sebagai satu sistem kepercayaan yang unggul dan beliau banyak mengadaptasikan undang-undang syariah ke dalam kod sivilnya yang dikenali sebagai Code Napoleon.

“Dengan kod atau undang-undang itu Napoleon rasakan beliau dapat memberi manfaat kepada empayarnya dan rakyat Perancis.

“Sebagai seorang raja, tidak dinafikan Napoleon seorang yang agak berjiwa rakyat dan semasa pemerintahannya banyak reformasi dilakukan untuk kepentingan rakyatnya,” katanya.

Namun, menurut Zuraini, ada juga pihak yang menaruh rasa sangsi dan mempertikaikan mengenai pengislaman Napoleon itu.

“Walaupun ada direkodkan mengenai pengislaman Napoleon, dipercayai tokoh ini hanya menaruh minat terhadap Islam.

“Malah beliau mempergunakannya demi kepentingan diri dan meluaskan empayar,” katanya.

Dakwaan ini tidak menghairankan kerana pengislaman seseorang di Eropah sering kali tidak disenangi oleh sesetengah pihak yang ada kepentingan masing-masing.

Pertikaian ini sebenarnya membuka lembaran kepada kajian yang lebih mendalam bagi menentukan status agama anutan Napoleon.

Kepada Barat, mungkin terlalu sukar untuk mereka menerima hakikat ada tokoh sehebat Napoleon yang menerima kebenaran Islam.

Sedikit sebanyak ia memberikan tamparan kepada pelbagai sikap negatif mereka terhadap Islam selama ini.

petikan

Cat Stevens – Yusof Islam


Cat Stevens yang bertukar menjadi Yusof Islam, masuk Islam kerana sebuah buku “Terjemahan Al-Qur’an”, yang diterjemahkan oleh A. Yusof Ali.
Abang Cat Stevens adalah seorang paderi yang cukup kuat Kristiannya. Tiba-tiba abangnya masuk Islam. Pada mulanya Cat Stevens terkejut, dia terfikir bagaimanakah seorang paderi boleh masuk Islam. Akhirnya dia menyimpulkan bahawa abangnya jenis orang gila, sekejap kuat agama Kristian, kemudian menjadi penganut agama Islam pula.

Cats Stevens terus menjalani hidupnya sebagai seorang penyanyi, sibuk dengan pertunjukan pentas sana sini. Pada satu hari, ketika hari jadinya, abangnya yang telah masuk Islam datang ke rumahnya ketika Cat Stevens sedang mengadakan parti hari jadinya. Abangnya mengucapkan selamat hari jadi dan terus menghadiahkan satu bungkusan dan berkata “Benda ini benda suci, tolong letakkan di tempat suci dan jangan kamu hina.” Dia pun ambil dan letakkannya di meja bilik tidurnya.

Setelah habis pesta hari jadinya ketika dia mahu tidur, dia teringat dengan bungkusan yang diberikan oleh abangnya. Apabila dia buka bungkusan tersebut, itulah pertama kali dia terlihat sebuah buku dengan perkataan di kulitnya THE HOLY QU’RAN (Kitab Suci Al-Qur’an). Apabila dia melihat sahaja kitab itu dia terasa sesuatu yang ganjil dalam hatinya.

“Aku buka buku dan aku cuba baca maknanya yang terdapat dalam Bahasa Inggeris, dari satu perkataan ke satu perkataan, dari satu ayat ke satu ayat, aku baca! Baca! Baca! Aku terasa satu macam dalam diriku. Aku tak tahu bagaimana nak gambarkannya tetapi aku memang rasa satu macam. Bermula dari situ, ke mana saja aku pergi, baik ke pertunjukkan pentas atau latihan muzik atau ke mana saja, aku bawa buku itu, aku bawa dalam beg pakaianku. Apabila selesai pertunjukkan pentas, balik ke hotel aku akan sambung baca. Begitulah dari semasa ke semasa.”

Akhirnya Cat Stevens memasuki agama Islam dan menjadi penganut agama yang begitu taat sehingga dia menjadi pendakwah Islam pula sehingga sekarang ini. Namanya Cat Stevens juga ditukar kepada Yusof Islam.
Begitulah keadaannya apabila seseorang itu memahami Islam sebelum masuk Islam. Dia memahami setiap seelok-belok dan hukum Islam serta hati sanubarinya benar-benar yakin dengan Islam, barulah dia masuk Islam. Apabila sudah yakin, imannya tidak bergoyang.

petikan

Cerita Pengislaman Datuk Leo Micheal Toyad


http://www.fauzisabri.com/2010/03/cerita-keislaman-datuk-leo-micheal.html
Posted by Fauzi Sabri Labels: Kongsi, Muslim

"Saya sekarang Muhammad Leo Toyad…saya rasa ada kedamaian dalam Islam…" itulah jawapan spontan bekas Menteri Pelancongan ketika ditanya bagaimana beliau tertarik memeluk agama Islam. Perihal Datuk Seri Dr Muhammad Leo Toyad Abdullah memeluk Islam bukannya perkara yang hendak diperbesarkan tetapi ceritanya yang ingin bersama Islam sejak berada dalam kabinet itu tidak pernah diberitahu pada sesiapa pun.

Beliau hanya memendam rasa dan keinginannya sejak sekian lama sehinggalah pada tarikh 17 Jun 2006 Dr. Muhammad Leo mengambil keputusan untuk di'Islam'kan oleh Iman Besar Negeri Sarawak. Pada mulanya beliau yang masih lagi panggil oleh rakan-rakan sebagai Dr. Leo agak segan menceritakan hal itu kerana menganggap terlalu peribadi, namun akhirnya menjawab juga beberapa soalan.

Dr. Leo, sebelum ini beragama Roman Khatolik mempunyai seorang isteri dan empat orang anak yang sudah menjangkau umur lebih 18 tahun."Mereka tidak bersama saya…" jawab kepada Agendadaily semasa berbual dengannya di bangunan Parlimen ketika ditanya samada isteri dan anak-anaknya ikut sertai Islam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen P212 Mukah mengakui tertarik dengan Islam kerana ramai di kalangan ahli keluarganya telah memeluk Islam. Sebagai seorang baru dan tidak tahu tentang Islam, Dr. Leo kini sedang mendalami pengajian Al-Quran dan hukum hakam Islam melalui seorang ustaz.

"Saya juga seperti biasa menunaikan solat di masjid dan surau serta mengikuti pengajian di majlis ilmu yang adakan di masjid-masjid," katanya. Di samping itu, Dr. Leo juga membaca buku-buku mengenai Islam, membaca sebutan ayat-ayat Al-Quran dengan betul dan turut menggunakan tape dan CD.

Dr. Leo dilahirkan di Mukah, Sarawak pada 11 April 1950, mendapat pendidikan awal di SRB St. Patrick Mukah pada tahun 1957 kemudian meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah di SMB St. Patrick Mukah pada tahun 1963, SMK Three Rivers Mukah pada 1968 dan SMK Tanjong Lobang Miri pada 1969.

Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya (UM) dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Surgeri pada tahun 1976.

Pada tahun 1977 Dr. Leo telah memulakan tugas sebagai Pegawai Perubatan dan Kesihatan di Jabatan Kesihatan Sarawak dan sekali lagi kembali ke UM kemudiannya berjaya menerima Ijazah Sarjana Kesihatan Awam pada tahun 1981.

Bergiat aktif dalam politik setelah menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Kampung Tellian Tengah / Ulu, Mukah pada tahun1980.Kini sebagai Ketua PBB Cawangan Kampung Tellian Tengah / Ulu, Mukah, Ketua Bahagian Limbang dan Naib Presiden PBB Pusat.

Beliau juga terlibat dalam pelbagai aktiviti sosial. Beliau kini adalah Pengerusi Saberkas Sarawak sejak 1998, Penaung dan ahli seumur hidup Persatuan Melanau Miri sejak tahun 1989, Presiden Persekutuan Melanau Sarawak semenjak tahun 2004 dan Penasihat Persatuan Bolasepak Bahagian Mukah sejak tahun 1998.

Pada tahun1982, Dr. Leo telah meninggalkan tugasnya di Jabatan Kesihatan Sarawak untuk bertanding mewakili Barisan Nasional di kerusi Parlimen Mukah dan memenangi kerusi tersebut buat kali pertamanya.Dr. Leo juga terus berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen kawasan Mukah untuk tahun-tahun pilihan raya 1986, 1990, 1995, 2004 dan 2008.

Beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Luar Negeri semasa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Menterinya.- 11/7/2008

*sumber: Agendadaily.com(cerita lama yang sengaja saya re-posting bertujuan untuk menyatakan bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang benar, yang menjadi idaman setiap manusia. ISLAM bukan milik Melayu, tetapi ISLAM milik Allah SWT yang diformulasikan sebagai ADDIN (cara hidup -sistem hidup yang telah diaturcarakan secara sempurna-ZERO DEFECT

Sabtu, 12 Mac 2011

MEREKA MEMILIH ISLAM


Ikuti Kisah-kisah pengislaman Dr. Gary Miller (Pakar Matematik Kanada), Aminah Assilmi (Bekas Kristian dan Aktivis Pembebasan Wanita), Idris Tawfiq(Bekas Paderi), Estanislao Soria (Bekas Paderi), Michael Wolfe (Dari Keluarga Kristian-Yahudi Amerika), Rosalyn Rushbrook (Berijazah Dalam Teologi Kristian London)…. Saya percaya masih ramai yang belum membaca atau mengetahuinya.
---------------------------------------------------------------------

Dr. Gary Miller(Tokoh Ilmu Teologi Kristian Dari Kanada, Pakar Matematik)

Dr. Gary Miller(Abdul Ahad Omar) berasal daripada Kanada. Beliau merupakan seorang pakar matematik yang mendalami ilmu teologi (ketuhanan) Kristian. Pada tahun 1978 beliau dihadiahkan al-Quran dan selepas membacanya beliau mula menyedari tentang kepincangan Bible dan kebenaran al-Quran.

Beliau terus memeluk agama Islam dan merupakan seorang pendakwah Muslim yang komited hinggalah ke hari ini. Antara tulisan beliau yang menarik ialah yang bertajuk “The Amazing Quran” (Quran Yang Mengagumkan).

Dalam tulisannya itu, beliau membuktikan bahawa al-Quran adalah wahyu dan tidak mungkin ditulis oleh manusia dengan menggunakan pendekatan saintifik.
Antara tulisannya ialah, “Seperkara yang mengejutkan golongan yang bukan Islam selepas mereka mengkaji al-Quran ialah, ia tidak seperti apa yang mereka jangkakan. Bagi mereka, al-Quran ialah sebuah kitab tua yang datang dari padang pasir Arab dan berumur lebih kurang 14 abad.

Justeru mereka menjangkakan, isi-isinya pasti juga tua lagi kuno seperti umurnya. Sebahagian daripada mereka pula menjangkakan, oleh kerana ia datang dari padang pasir, ia pasti banyak bercerita tentang padang pasir. Tiba-tiba mereka menyedari bahawa ia tidak seperti itu….

Al-Quran boleh dikaji secara saintifik kerana ia mengutarakan sesuatu yang tidak diutarakan oleh kitab-kitab agama lain secara amnya. Malah al-Quran mampu menyahut cabaran ahli-ahli sains. Konsep sains pada hari ini ialah satu konsep yang memerlukan bukti.

Jika seseorang mengutarakan sesuatu teori, pakar-pakar sains tidak akan mempedulikannya melainkan jika ia disertakan dengan bukti dan sanggup melalui beberapa ujian yang saintifik. Al-Quran sebenarnya sanggup diperlakukan seperti itu untuk membuktikan bahawa ia adalah benar.
Seribu empat ratus tahun sudah berlalu dan tidak ada sesiapa pun yang mampu membuktikan kepalsuan al-Quran, justeru al-Quran adalah sebuah kitab yang hak lagi benar”.
Rujukan: http://www.islamicity.com/science/theamazingquran.shtml
----------------------------------------------------------------------


Aminah Assilmi
(Bekas Kristian Protestan Amerika, Aktivis Pembebasan Wanita Radikal)
Aminah as-Silmi ialah seorang bekas Kristian Protestan dari kumpulan Gereja Southern Baptist.
Beliau juga merupakan seorang aktivis dari kumpulan pembebasan wanita yang radikal dan pernah bertugas sebagai seorang wartawan penyiaran. Beliau merupakan seorang pelajar yang pintar dan mendapat pelbagai anugerah kecemerlangan ketika berada di sekolah. Ketika di kolej beliau terpaksa belajar dengan wanita-wanita Arab yang rata-ratanya memakai tudung. Beliau menganggap mereka sebagai “golongan yang menjijikkan.” Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk berdakwah kepada mereka agar mereka menganut agama Kristian.

Untuk tujuan itu beliau telah mengkaji Islam dengan mengkaji al-Quran, Sahih Muslim dan 15 buku yang lain. Kajian terhadap Islam ini berterusan selama 2 tahun dan akhirnya persepsinya terhadap Islam telah berubah. Ketika itu barulah beliau menyedari betapa Islam merupakan agama yang amat memuliakan wanita. Pada tanggal 21 Mei 1977, beliau mengucap dua kalimah syahadah.

Selepas memeluk Islam beliau berpakaian menutup aurat dan tindakan itu menyebabkan beliau kehilangan kerjayanya sebagai seorang wartawan penyiaran di Denver. Malah mahkamah memutuskan beliau dipisahkan daripada anak-anaknya disebabkan keislamannya. Akhirnya, dengan izin Allah, anak-anaknya, ibu bapanya dan bekas suaminya memeluk Islam…
Rujukan: http://www.texnews.com/religion97/muslim110197.html
-------------------------------------------------------------------------


Idris Tawfiq
(Bekas Paderi Roman Katolik UK)
Idris Tawfiq ialah seorang bekas paderi Katolik (Roman Catholic). Beliau memperoleh ijazah dalam bahasa Inggeris dan Sastera daripada Universiti Manchester, dan dalam bidang Teologi (Sacred Theology) atau Ilmu Ketuhanan daripada Pontifical University of Saint Thomas Aquinas di Rom.

Sebelum memeluk Islam beliau berpandangan Islam ialah satu agama kolot yang merendahkan martabat wanita, mementingkan keganasan dan mengajak umatnya agar mengebom diri untuk mendekatkan diri kepada Tuhan. Ketika beliau bercuti di Mesir selama seminggu beliau mula menyedari bahawa umat Islam secara umumnya tidak seperti yang dipaparkan dalam media massa di Barat.

Apakah perbezaan yang besar antara agama Kristian Katolik dan Islam? Beliau menjawab, “Asas bagi agama Islam ialah Allah. Kesemua perkara adalah berpaksikan Allah… Ia tidak menjadikan, sebagai contoh, Nabi Isa sebagai paksi. Seperkara yang lain ialah, Islam merupakan satu agama yang komprehensif.

Ia bukan satu agama yang menekankan ibadah pada hari-hari tertentu (contohnya hari Ahad) sahaja. Sebaliknya, Islam mengajar umatnya tentang cara untuk menyapa orang lain, adab-adab makan minum, adab-adab memasuki bilik, malah tentang setiap perkara.”
Rujukan: http://www.idristawfiq.com
---------------------------------------------------------------------


Estanislao Soria
(Bekas Paderi Roman Katolik Filipina)
Estanislao Soria ialah seorang paderi Kristian dari mazhab Katolik (Roman Catholic) yang berasal dari Filipina. Beliau mendapat pendidikan dan memperoleh ijazah dari Xavier University dan Loyola School of Theology, Ateneo de Manila University. Ketika pemimpin Islam Moro, Nur Misuari, bercadang untuk menjadikan Mindanao sebuah negara Islam terpisah daripada Filipina, Estanislao Soria menentang cadangan itu.

Beliau (yang lebih dikenali di Filipina sebagai ‘Father Stan’) berazam membuktikan penentangan beliau itu secara ilmiah. Justeru beliau telah membuat kajian yang mendalam dalam bidang sosiologi dan sejarah Filipina untuk membuktikan bahawa cadangan Nur Misuari adalah tidak berasas sama sekali. Di samping itu beliau berasa perlu untuk berdakwah kepada orang-orang Islam bertujuan untuk membawa mereka kepada Kristian. Untuk mencapai tujuan ini buku-buku tentang Islam telah beliau baca dan kaji.

Akhirnya sesuatu yang mengejutkan telah berlaku, iaitu, selepas beliau mengkaji Islam beliau menyedari bahawa Islamlah agama yang sebenarnya dan seterusnya memeluk agama Islam pada tahun 2001. Beliau mendapati banyak pandangan yang diutarakan oleh tokoh-tokoh Kristian seperti Thomas Aquinas adalah berasaskan ajaran Islam.

Beliau berkata, “Kajian saya menyedarkan saya bahawa tamadun Barat sebenarnya berkembang kesan daripada ajaran Islam… Saya juga menyedari bahawa Gospel mengikut Barnabas adalah lebih sahih (credible) jika dibandingkan dengan keempat-empat Gospel yang terdapat dalam Bible sekarang (iaitu Gospel mengikut Mark, Matthew, Luke dan John).” (Gospel mengikut Barnabas menceritakan dengan jelas tentang pengutusan nabi Muhammad selepas nabi Isa).
Rujukan: http://www.islamonline.net/english/Journey/2005/11/jour01.shtml
-------------------------------------------------------------------------


Michael Wolfe
(Dari Keluarga Kristian-Yahudi Amerika, Wartawan)
Michael Wolfe berasal daripada Amerika. Ibunya ialah seorang Kristian dan bapanya seorang Yahudi. Justeru berlatarbelakangkan itu beliau berkesempatan mengenali agama Yahudi dan Kristian namun kedua-dua agama itu tidak menarik perhatiannya. Agama Yahudi, baginya, amat menekankan tentang kaum yang terpilih (iaitu golongan Yahudi), dan pandangan ini tidak dapat beliau terima. Agama Kristian pula diselimuti pelbagai misteri.

Beliau menegaskan, “Agama kebenaran yang saya cari mestilah satu agama yang tidak mengabaikan aspek metafizik dan sains. Ia bukannya satu agama yang sempit yang susah untuk difahami. Agama itu tidak memerlukan manusia perantara seperti paderi. Ia tidak menentang perkara tabii seperti seks. Dalam agama itu perlu ada ritual atau amalan harian agar dengan itu kesedaran diri dapat dipertajam dan minda dapat disiplinkan.

Yang paling penting, saya perlukan kejelasan dan kebebasan dalam beragama kerana saya tidak mahu membuang akal fikiran untuk digantikan dengan dogma atau kepercayaan secara membuta tuli… Dan semakin saya mengkaji Islam semakin saya menyedari bahawa inilah agama yang saya cari.”…. Antara buku yang beliau karang ialah ‘The Hajj: An American’s Pilgrimage to Mecca’ dan ‘One Thousand Roads to Mecca: Ten Centuries of Travelers Writing About the Muslim Pilgrimage’. Beliau mendapat Anugerah Wilbur 2003 kerana buku agama terbaik yang dihasilkan.
Rujukan:http://www.islamonline.net/English/artculture/2002/12/article09.shtml
-------------------------------------------------------------------------


Rosalyn Rushbrook
(Berijazah Dalam Teologi Kristian, Penulis Dari London)
Ruqaiyyah Waris Maqsood dilahirkan pada tahun 1942 di kota London, UK. Nama asalnya ialah Rosalyn Rushbrook. Beliau dibesarkan sebagai seorang Kristian dan memperoleh ijazah dalam bidang Teologi Kristian daripada Universiti Hull pada tahun 1963. Pengetahuan beliau yang mendalam dalam ilmu Kristian merangsang beliau untuk menulis beberapa buah buku tentang agama itu. Antara buku yang ditulis beliau ialah ‘In the Steps of Jesus’, ‘Jesus of Nazareth’, ‘Does God Have a Body?’ dan ‘The Trouble with God’.

Namun pengetahuannya yang mendalam tentang Kristian juga menyedarkan beliau tentang kesesatan agama Kristian terutamanya yang berkaitan dengan konsep triniti. Akhirnya beliau memeluk Islam pada tahun 1986. Pada hari ini beliau berjaya menghasilkan pelbagai buku tentang Islam dan pada tahun 2001 beliau dianugerahkan Anugerah Iqbal kerana sumbangannya.
Rujukan: http://www.welcome-back.org/profile/maqsood.shtml
Mereka telah memilih Islam setelah mengkaji al-Quran. Bagaimana dengan kita semua yang sudah Islam? Adakah kita mengkaji dan membuat rujukan dengannya?

Renung-renungkanlah

Kisah Juha Dan Setengah Cambukan

Suatu hari, Juha berhasil menangkap seekor ikan besar yang sangat langka. Ia pun berniat untuk mempersembahkan ikan tersebut kepada sultan d...