KISAH PAKAR ANATOMI BUDDHA MEMELUK ISLAM
Tagatat Tejasen, seorang saintis Thailand di bidang anatomi |
Bagi sebahagian besar umat Islam, ayat di atas terdengar seperti ayat-ayat serupa dalam Al-Quran yang menjelaskan pedihnya siksa neraka bagi orang-orang yang tidak beriman. Namun tidak demikian bagi Tagatat Tejasen, seorang saintis Thailand di bidang anatomi. Baginya, ayat itu adalah sebuah keajaiban.
Persidangan Perubatan Saudi ke-6 di
Jeddah yang diikuti Tejasen pada Mac 1981 menjadi awal detik pertemuannya
dengan keajaiban itu. Dalam persidangan yang berlangsung selama lima hari itu,
sejumlah ilmuan Muslim mendedahkan kepada Tejasen beberapa ayat Al-Quran yang
berkaitan dengan anatomi.
Tejasen yang beragama Buddha
kemudian mengatakan bahawa agamanya juga mempunyai bukti-bukti sama yang secara
tepat menjelaskan tahap-tahap perkembangan embrio. Para ilmuan Islam yang ada
ketika itu tertarik mempelajarinya dan meminta profesor yang berasal dari
Thailand itu untuk menunjukkan ayat-ayat tersebut kepada mereka.
Setahun kemudian, pada bulan Mei
1982, Tejasen menghadiri persidangan perubatan yang sama di Dammam, Arab Saudi.
Apabila ditanya tentang ayat-ayat
anatomi yang pernah dijanjikannya, Tejasen meminta maaf dan mengatakan bahawa
ia telah menyampaikan kenyataan tersebut sebelum mempelajarinya. Ia telah
memeriksa kitabnya, dan mendapati bahawa tidak ada rujukan di dalamnya yang
dapat dijadikan bahan kajian.
Ia kemudian menerima cadangan para
ilmuan Muslim untuk membaca sebuah makalah penelitian karya Keith Moore,
seorang profesor bidang anatomi yang berasal dari Kanada.
Makalah itu berbicara tentang
keserasian antara embriologi moden dengan apa yang disebutkan dalam Al-Quran.
Tejasen tercengang saat membacanya.
Sebagai saintis di bidang anatomi, ia menguasai dermatologi (ilmu tentang
kulit).
Dalam tinjauan anatomi, lapisan
kulit manusia terdiri daripada tiga lapisan yakni Epidermis, Dermis, dan Sub
Cutis. Pada lapisan yang terakhirlah, Sub Cutis, terdapat hujung-hujung
pembuluh darah dan saraf.
Penemuan moden di bidang anatomi
telah mendedahkan bahawa luka bakar yang terlalu dalam akan mematikan
saraf-saraf yang menetapkan sensasi.
Saat terjadi Combustio grade III
(luka bakar yang telah menembus Sub Cutis), seseorang tidak akan merasakan
sakit. Hal itu disebabkan tidak berfungsi hujung-hujung serabut saraf afferent
dan efferent pengatur sensasi yang rosak oleh luka bakar tersebut.
Makalah itu tidak saja menunjukkan
kejayaan teknologi perubatan dan perkembangan ilmu anatomi, namun juga
membuktikan kebenaran Al-Quran.
Ayat 56 surah An-Nisa ‘mengatakan
bahawa ALLAH akan memasukkan orang-orang kafir ke dalam neraka, dan menukar
kulit mereka dengan kulit yang baru setiap kali kulit itu hangus terbakar, agar
mereka merasakan pedihnya azab ALLAH.
Jantung Tejasen berdebar. “Bagaimana
mungkin Al-Quran yang diturunkan 14 abad yang lalu telah mengetahui fakta
perubatan ini?”
Sebelum berjaya mengatasi kejutan
tersebut, Tejasen dilempari soalan oleh para ilmuan Muslim yang mendampinginya,
“Mungkinkah ayat Al-Quran ini berpunca dari manusia?”
Ketua Jurusan Anatomi Universiti
Chiang Mai Thailand itu sentak menjawab, “Tidak, kitab itu tidak mungkin
berasal dari manusia. Ia kemudian termangu dan meneruskan respondnya, “Lalu
dari mana kiranya Muhammad menerimanya?”
Mereka memberitahu Tejasen bahawa
Tuhan itu adalah ALLAH yang membuat Tejasen semakin ingin tahu. “Lalu,
siapakah ALLAH itu?” soalnya.
Dari para ilmuan Muslim tersebut,
Tejasen mendapatkan keterangan tentang ALLAH, Maha Pencipta yang dari-Nya berpunca
segala kebenaran dan kesempurnaan. Dan Tejasen tak membantah semua jawapan yang
diterimanya. Ia menerimanya.
Profesor yang pernah menjadi dekan
Fakulti Perubatan Universiti Chiang Mai lalu itu kembali semula ke negaranya,
tempat ia menyampaikan sejumlah kuliah tentang pengetahuan dan penemuan barunya
itu.
Maklumat yang dikutip oleh laman
special.worlofislam.info menyebutkan bahawa kuliah-kuliah profesor yang masih
beragama Buddha itu, di luar dugaan, telah mengislamkan lima mahasiswanya.
Hingga akhirnya, pada Persidangan
Perubatan Saudi ke-8 yang diadakan di Riyadh, Tejasen kembali hadir dan
mengikuti siri pidato tentang bukti-bukti Quran yang berkaitan dengan ilmu
perubatan.
Dalam persidangan yang berlangsung
selama lima hari itu, Tejasen banyak membincangkan dalil-dalil tersebut bersama
para sarjana Islam dan bukan Islam.
Di akhir persidangan, 3 November
1983, Tejasen maju dan berdiri di podium. Di hadapan semua peserta persidangan,
ia menceritakan detik awal minatnya pada Al-Quran, juga kekagumannya pada
makalah Keith Moore yang membuatnya meyakini kebenaran Islam.
“Segala yang terakam dalam Al-Quran
1400 tahun yang lalu pastilah kebenaran, yang boleh dibuktikan oleh sains. Nabi
Muhammad yang tidak boleh membaca dan menulis pastilah menerimanya sebagai
cahaya yang diwahyukan oleh Yang Maha Pencipta, “katanya. Tejasen lalu menutup
pidatonya dengan mengucap dua kalimah syahadat.
http://mahatera.blogspot.com/2013/03/kisah-pakar-anatomi-buddha-memeluk-islam.html?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan