Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani rahimahullah pernah berkata:
Jika engkau bertemu
dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih dari darimu. Ucapkan dalam
hatimu : "Mungkin kedudukannya di sisi ALLAH jauh lebih baik dan lebih
tinggi dariku".
Jika bertemu anak kecil, maka
ucapkanlah (dalam hatimu) : "Anak ini belum bermaksiat kepada ALLAH
sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh
lebih baik dariku".
Jika bertemu orang tua,
maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Dia telah beribadah kepada ALLAH jauh
lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan
seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Orang ini
memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak
akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan
ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang
jahil, maka katakanlah (dalam hatimu): "Orang ini bermaksiat kepada ALLAH kerana dia jahil (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepada-Nya
padahal aku mengetahui akibatnya, dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan
umurnya kelak, dia tentu lebih baik dariku".
Jika bertemu dengan orang kafir,
maka katakanlah (dalam hatimu): "Aku tidak tahu bagaimana keadaannya
kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh, dan
mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk (na'uzubillah
min zaalik).
Wallahua'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan