Kaabah |
BERAPA banyak air zam-zam yang digunakan setiap musim haji? Mari kita hitung secara sederhana. Jemaah haji yang datang dari seluruh penjuru dunia pada setiap musim haji pada setiap tahun berjumlah sekitar dua juta orang. Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang ke tanah air. Sekiranya 2 juta orang membawa 5 liter zam-zam / seorang ke negara masing-masing, jumlahnya ialah 10 juta liter. Jika seorang jemaah tinggal 25 hari di Mekah dan setiap orang menghabiskan 1 liter sehari, maka jumlahnya sudah 50 juta liter !!. Ini hanya kiraan secara kasar sahaja, betapa luar biasanya air zamzam ini dikongsi dan digunakan oleh sejumlah besar manusia, tanpa pernah kering !
ITULAH salah satu keanehannya. Puluhan juta liter air keluar dari telaga di Mekah ini yang letaknya di tengah padang pasir yang kering kontang. Kawasan gurun yang hujannya saja cuma 2 kali setahun. Dan air itu keluar dari sebuah telaga yang hanya berukuran sekitar 5 x 4 meter lebar dan kedalaman kira-kira 40 meter, bukannya berupa empangan besar. Itulah Keajaiban kurniaan ALLAH Maha Esa. Allahu Akhbar.
Air zam-zam |
Pada tahun 1971, seorang doktor dari Negara Mesir mengatakan kepada Press Eropah bahawa air Zamzam itu tidak sihat untuk diminum. Pernyataannya didasarkan bahawa kota Mekah itu letaknya di bawah garis permukaan laut. Air Zamzam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian turun terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari sumur Zamzam. Masya ALLAH.
Tentu sahaja ini merupakan prasangka buruk yang merugikan dunia Islam. Berita ini sampai ke telinga Raja Faisal yang amat marah mendengarnya. Baginda lalu memerintahkan Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini, dan mengirimkan sampel air Zamzam ke Laboratorium-laboratorium di Eropah untuk diuji.
Tariq Hussain, seorang jurutera kimia yang bekerja di Institut Pemulihan Air Laut, di Kota Jeddah, mendapat tugas menyelidikinya. Pada ketika beliau ingin memulakan tugasnya, Tariq belum mendapat gambaran, bagaimana telaga Zamzam boleh menyimpan air yang begitu banyak seperti tidak ada batasnya.
Hanya TELAGA Kecil
Ketika sampai di dalam telaga Zamzam itu, Tariq kehairanan setelah menyaksikan bahawa ukuran “kolam” telaga itu hanya 18 x 14 kaki sahaja (Kira-kira 5 x 4 meter). Tidak terbayang oleh beliau, bagaimana telaga sekecil ini boleh mengeluarkan jutaan gelen air setiap musim haji. Dan itu telah berlaku sejak ribuan tahun yang lalu, iaitu sejak zaman Nabi Ibrahim AS.
TARIQ mulai mengukur kedalaman telaga zamzam tersebut. Beliau meminta pembantunya masuk ke dalam air telaga tersebut. Ternyata air telaga itu hanya mencapai sedikit di atas bahu pembantunya yang tinggi tubuhnya 5 kaki 8 inci. Lalu beliau meminta pembantunya untuk memeriksa, apakah mungkin ada lubang atau saluran paip di dalamnya. Setelah memeriksa dari satu tempat ke tempat lainnya, ternyata tidak ditemukan apapun!
Beliau berfikir, mungkin sahaja air telaga itu dibekalkan dari luar melalui saluran paip berukuran besar. Jika benarlah tanggapan tersebut sudah tentu dia boleh melihat turun-naiknya permukaan air secara tiba-tiba. Tetapi dugaan itupun tidak terbukti. Tidak ditemukan gerakan air yang mencurigakan, juga tak ditemukan ada alat yang boleh membekalkan air dalam jumlah besar.
SETERUSNYA beliau minta pembantunya masuk lagi ke dalam telaga tersebut. Beliau mengarahkan pembantunya berdiri, dalam keadaan diam sambil mengamati sekelilingnya dengan teliti, dan melaporkan kepadanya sebarang maklumat yang dilihat dan diperhatikan secara teliti. Setelah melakukan proses ini dengan cermat, pembantunya tiba-tiba mengacukan kedua belah tangannya sambil berteriak: “Alhamdulillah, Saya temukan dia! Pasir halus menari-nari di bawah telapak kakiku. Dan air itu keluar dari dasar telaga ”.
Lalu pembantunya diminta berpusing mengelilingi telaga ketika tiba saat penyedutan air (untuk dialirkan ke tempat pengumpulan air) berlangsung. Dia merasakan bahawa air yang keluar dari dasar telaga sama besarnya seperti sebelum masa penyedutan. Dan aliran air yang keluar, besarnya sama di setiap sudut, di semua kawasan. Ini menyebabkan permukaan telaga itu relatif stabil, tak ada kocakan yang besar.
Selesai pengamatan itu, Tariq mengirimkan sampel air kebeberapa makmal di Eropah dan sebahagian ke makmal di Arab Saudi. Dan sebelum meninggalkan Ka’bah, dia berpesan kepada petugas di Mekah untuk menyelidiki keadaan telaga lainnya di sekitar Kaabah.
Sesampainya di pejabatnya di Jedah, beliau mendapat laporan bahawa telaga-telaga lain di sekitar Mekah dalam keadaan kering, hanya telaga Zamzam yang dipenuhi air. Allahu Akbar. Jika Allah menghendaki, apapun boleh terjadi.
Bentuk air zam-zam |
HASIL penelitian sampel air di Eropah dan Saudi Arabia menunjukkan bahawa air Zamzam mengandung zat fluorida yang amat efektif membunuh kuman,. Dengan lain perkataan air tersebut seperti sudah mengandung ubat. Dengan itu perbezaan air Zamzam dibandingkan dengan air telaga lain di kota Mekah dan sekitar Arab adalah dalam aspek kualiti kalsium dan garam magnesium. Kandungan kedua mineral itu sedikit lebih banyak pada air zamzam. Itu mungkin sebabnya air zamzam membuat kesan menyegarkan bagi jemaah yang keletihan.
Selain daripada itu , hasil kajian makmal di Eropah juga menunjukkan bahawa air zamzam baik untuk diminum, selamat untuk diminum. Kenyataan ini secara automatiknya telah menyangkal prasangka buruk doktor di awal rencana di atas tadi.
Keistimewaan lain, komposisi dan rasa kandungan garamnya selalu stabil, selalu sama dari sejak terbentuknya telaga ini. “Rasanya” selalu terjaga, diakui oleh semua jemaah haji dan umrah yang selalu datang pada setiap tahun. Dan Air zamzam ini tidak pernah dicampur bahan kimia apapun seperti air paip yang terdapat di Negara kita. Air Zamzam tetap terjaga, murni dan sihat.
Satu lagi kehebatannya ialah, telaga air zamzam tidak pernah ditumbuhi lumut, seperti yang berlaku dikebanyakan telaga yang terdapat di seluruh dunia yang biasanya ditumbuhi lumut dan tumbuhan serta terdapatnya mikro organisma.
Lokasi telaga zam-zam |
Boleh Menyembuhkan Penyakit
DIRIWAYATKAN dalam Sahih Muslim, Nabi bertanya kepada Abu Dzarr, yang telah tinggal selama 30 hari siang malam di sekitar Ka’bah tanpa makan minum, selain Zamzam. “Siapa yang telah memberimu makan?”. “Saya tidak punya apa-apa kecuali air Zamzam ini, tapi saya bisa gemuk dengan adanya gumpalan lemak di perutku” Abu Dzarr menjelaskan, “Saya juga tidak merasa lelah atau lemah kerana lapar, dan tak menjadi kurus”. Tambah Abu Dzarr. Lalu Nabi saw menjelaskan: ”Sesungguhnya, Zamzam ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandungi GIZI”.
NABI SAW menambahkan: “Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka ALLAH mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka ALLAH akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari ALLAH untuk Ismail”.
(HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari IBNU ABBAS).
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah mengambil air zamzam dalam sebuah kendi dan tempat air dari kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah. Air zamzam itu digunakan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam untuk memerciki orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya. Itu sebabnya pada ketika ini banyak jamaah yang membawa air zamzam untuk diberikan kepada keluarga dan saudara mara mereka di tanah air.
Yusria Abdel-Rahman Haraz dari negeri Arab, mengatakan bahawa dia telah diserang penyakit “bisul” di matanya. Sakitnya yang keterlaluan, tidak dapat disembuhkan dengan ubat. Dia hampir-hampri menjadi buta. Seorang doktor terkenal menasihati dia untuk disuntik dengan sejenis ubat khusus, yang mungkin boleh menyembuhkan sakitnya. Namun begitu dengan penggambilan ubat tersebut kemungkinan besar ada kesan sampingann yang boleh membuatkan dia buta selamanya.
Yusria sangat yakin akan kemurahan ALLAH Dia lalu pergi melaksanakan umrah dan memohon kepada ALLAH menyembuhkan penyakitnya. Di Baitullah dia melakukan tawaf, yang pada ketika itu tidak terlalu padat dengan manusia. Keadaan tersebut membolehkannya tinggal lebih lama di lokasi air zamzam. Dia manfaatkan untuk terus membasuh kedua matanya yang sakit. Ketika dia kembali ke hotel, sesuatu perkara pelik telah terjadi, kedua-kedua matanya yang sakit telah sembuh, dan bisulnya berangsur hilang.
Kejadian ini membuktikan Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam di atas:” Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka ALLAH menyembuhkannya. Wallahu a’alam
Demikian beberapa khasiat air Zamzam. Manfaatkanlah sebaik-baiknya keistimewaan Zamzam ini ketika kita meminumnya di Mekah waktu ziarah nanti, atau ketika kita dihadiahi kerabat, teman kita, yang baru pulang dari Tanah Suci. Dianjurkan membaca do’a dulu sebelum meminumnya. In sya ALLAH berkah.
Petikan :oryfeitya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan