Memaparkan catatan dengan label INfo. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label INfo. Papar semua catatan

Rabu, 26 Disember 2012

Kisah Nyata Syarifuddin Mengislamkan Ribuan Orang


Kisah Nyata Syarifuddin Mengislamkan Ribuan Orang


Kisah nyata ini terjadi di Distrik Pumwani, Kenya, tahun 1998. Ribuan orang telah berkumpul di lapangan, untuk melihat kanak-kanak ajaib, Syarifuddin Khalifah. Usianya baru lima tahun, tetapi namanya telah menjadi buah bibir kerana pada usia itu dia telah menguasai lima bahasa. Oleh umat Islam Afrika, Syarifuddin digelar Miracle Kid of East Africa.

Perjalanannya ke Kenya ketika itu merupakan sebahagian dari rangkaian safari dakwah ke luar negeri. Sebelum itu, dia telah berdakwah ke hampir seluruh kota di negaranya, Tanzania. Masyarakat Kenya mengetahui keajaiban Syarifuddin dari mulut ke mulut. Tetapi tidak sedikit juga yang telah menyaksikan kanak-kanak ajaib itu melalui Youtube.

Ramai orang semakin tak sabar menanti. Mereka melihat-lihat dan tertinjau-tinjau apakah kenderaan yang datang membawa Syarifuddin Khalifah. Beberapa waktu kemudian, Syeikh kecil yang mereka nanti-nantikan akhirnya tiba. Dia datang dengan pengawalan ketat seakan seorang presiden.

Ribuan orang yang menanti Syarifuddin Khalifah rupanya bukan hanya orang Muslim. Tak sedikit orang-orang Kristian yang ikut hadir kerana rasa ingin tahu mereka. Mungkin juga kerana mereka mendengar bahawa kanak-kanak ajaib itu dilahirkan dari sebuah keluarga Katholik, tetapi telah menghafal al-Qur’an sejak usia 1 hingga 5 tahun. Mereka ingin melihat rupa paras Syarifuddin Khalifah secara langsung!

Ditemani Haji Maroulin, Syarifuddin menuju pentas yang sudah disiapkan. Suasana kegembiraan masyarakat Kenya tampak jelas dari riak keriangan mereka menyambut Syarifuddin. Wajar jika anak sekecil itu memiliki wajah yang manis. Tetapi bukan hanya manis. Ada kewibawaan dan ketenangan yang membuat orang-orang Kenya takjub dengannya. Mengalahkan aura orang dewasa.

Kinilah saatnya Syeikh kecil itu memberikan taushiyah. Tangannya yang dari tadi memainkan jari-jarinya, berhenti saat namanya disebut. Dia bangun dari kerusi menuju podium.

Setelah mengucapkan salam, dia memuji Allah dan berselawat kepada Nabi. Bahasa Arabnya sangat fasih, diakui oleh para ulama yang hadir pada kesempatan itu. Hadirin benar-benar takjub. Bukan hanya kagum dengan kemampuannya berceramah, tetapi juga isi ceramahnya membuka mata hati orang-orang Kristian yang hadir pada ketika itu. Ada seberkas cahaya hidayah yang masuk dan menelusup ke jantung nurani mereka. Selain pandai menggunakan ayat Al Qur’an, sesekali Syarifuddin juga mengutip kitab suci agama lain. Membuat pendengarnya terbawa untuk memeriksa kembali kebenaran teks ajaran dan keyakinannya selama ini.

Begitu ceramah selesai, orang-orang Kristian mengajak dialog kanak-kanak ajaib itu. Syarifuddin melayani mereka dengan baik. Mereka bertanya tentang Islam, Kristian, dan kitab-kitab terdahulu. Sang Syeikh kecil mampu memberikan jawaban yang memuaskan. Dan itulah momen-momen hidayah. Ratusan pemeluk Kristiani yang telah berkumpul di sekitar Syarifuddin mengucapkan syahadat. Menyalamai tangan salah seorang perwakilan mereka, Syarifuddin menuntun syahadat dan mereka menirukan: “Asyhadu an laa ilaaha illallah, wa asyhadu anna Muhammadan Rasuulullah.”

Syahadat agak tersekat-sekat. Tetapi hidayah telah membawa iman. Mata dan pipi pun menjadi saksi, air mata mulai berlinang oleh luapan kegembiraan. Menjalani hidup baru dalam Islam. Takbir dari ribuan kaum muslimin yang menyaksikan peristiwa itu terdengar membahana di bumi Kenya.

Bukan kali itu saja, orang-orang Kristian masuk Islam melalui perantaraan budak ajaib Syarifuddin Khalifah. Di Tanzania, Libya, dan negara lainnya kisah nyata itu juga terjadi. Jika dijumlah, melalui dakwah Syarifuddin Khalifah, ribuan orang telah masuk Islam. Ajaibnya, itu terjadi ketika usia Syeikh kecil itu masih lima tahun. 

[Disarikan Abu Nida dari “Buku Bocah yang Mengislamkan Ribuan Orang”]sumber

Posted by Helm Dahl 

http://helmdahl.blogspot.com/

Subhanallah, Inilah Mukjizat Al-Quran tentang cap jari Sebagai Identiti


Subhanallah, Inilah Mukjizat Al-Quran tentang cap jari Sebagai Identiti

Setiap orang, termasuk mereka yang lahir kembar, memiliki pola cap jari yang khas dan berbeza di antara satu sama lain. Itulah sebabnya, cap jadi menjadi tanda pengenal manusia untuk membezakan seseorang dengan orang lain.

Menurut Harun Yahya, sistem pengekodan ini dapat disamakan dengan sistem kode garis (barcode) sebagaimana yang digunakan ketika ini. Penekanan pada cap jari mempunyai makna sangat khusus.

Apa pasal? Menurut Harun Yahya, hal itu disebabkan cap jari setiap orang adalah khas bagi dirinya sendiri. Setiap orang yang hidup atau pernah hidup di dunia ini memiliki siri cap jari yang unik dan berbeza dari orang lain.

Itulah sebabnya mengapa cap jari digunakan sebagai kad identiti yang sangat penting bagi pemiliknya dan digunakan di seluruh dunia. Keunikan cap jari ini baru ditemui pada akhir abad ke-19 M.

Sebelumnya, orang menghargai cap jari sebagai lengkungan-lengkungan biasa tanpa makna khusus. Namun dalam Al-Quran, Allah merujuk kepada cap jari, yang sedikitpun tak menarik perhatian orang waktu itu, dan mengarahkan perhatian kita pada erti penting cap jari, yang baru mampu difahami di zaman sekarang.

Pada abad ke-7 M, Al-Quran telah menyebutkan bahawa cap jari menjadi tanda pengenal manusia. Dalam Al-Quran disebutkan mudah bagi Allah untuk menghidupkan manusia selepas kematiannya, pernyataan tentang cap jari manusia secara khusus ditekankan dalam sebuah ayat.

Semaklah surah Al-Qiyamah ayat 3-4:

"Apakah manusia mengira bahawa Kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang-belulangnya? Ya, bahkan Kami mampu menyusun (kembali) hujung jari-jarinya dengan sempurna." (Al-Quran, 75:3-4).

Sungguh Al-Quran adalah firman Allah yang Maha Benar.

sumber dari republika.co.id

Khamis, 27 September 2012

Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak

Daun inai
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.

Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

Sabtu, 8 September 2012

MASJIDIL HARAM



Masjidil Haram merupakan masjid tertua di dunia. Dalam bahasa Arab, Masjidil Haram bererti masjid yang dihormati atau dimuliakan. Masjidil Haram terletak di tengah-tengah kota Mekah. Sejak tahun ke-8 kerasulan Nabi Muhammad s.a.w, baginda menjadikan Masjidil Haram sebagai tempat ibadah umat Islam. Oleh hal yang demikian itu, masjid ini menjadi tumpuan umat Islam dari berbagai-bagai penjuru dunia untuk melakukan ibadah haji, umrah, solat dan menuntut ilmu. Mereka datang daripada pelbagai mazhab.

Di tengah-tengah Masjidil Haram terletaknya Kaabah. Bangunan terpenting dalam Masjidil Haram adalah Kaabah, yang berbentuk kiub dan disebut juga Baitullah (Rumah Allah), Baitulatiq (Rumah Kuno), dan Baitulharam (Rumah Suci). Di dalam masjid ini juga terdapat makam Ibrahim (bekas tapak kaki Nabi Ibrahim a.s pada batu ketika membina atau mendirikan Kaabah), Hajar Aswad (batu hitam), dan telaga zamzam.

Masjidil Haram – sebuah kompleks bangunan yang berbentuk empat persegi yang mengelilingi Kaabah. Masjid ini terletak di atas tanah empat segi di tengah-tengah kota Mekah. Keadaan Masjidil Haram pada masa Nabi s.a.w dan Saidina Abu Bakar tidaklah seluas sekarang. Pada zaman Saidina Umar dan Uthman, masjid ini diperluaskan dan dibina dinding di sekelilingnya. Kerja-kerja pembaikan terus dilakukan sehingga pemerintahan Umaiyah. Usaha untuk memperindahkan bangunan ini secara besar-besaran dilakukan pada zaman Kerajaan Abasiyah. Ketika Sultan Salim II (1566-1574 M) daripada kerajaan Uthmaniah memerintah, baginda beberapa kali memperbaiki dan menambah bangunan berupa atap kecil. Kerana tuntutan zaman dan perkembangan umat Islam, Masjidil Haram hingga kini terus menerus diperluas dan diperindah oleh pemerintahan kerajaan Arab Saudi.

Di sekeliling masjid ini terdapat tujuh buah menara yang menjulang tinggi. Ketujuh-tujuh menara itu masing-masing mempunyai nama trendier iaitu: Bab al-Umrah, Bab al-Hazurah, Bab as-Salam, Bab az-Ziadah, Bab al-Ali, Sulaimaniah, dan Kait Bai. Menara-menara ini turut menjadi model masjid di seluruh dunia.

Gambar lama sekitar Kaabah

Masjidil Haram memiliki keutamaan yang tersendiri bagi umat Islam. Hal ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: “Janganlah memberatkan untuk mengadakan perjalanan kecuali ke tiga masjid: Masjidil Haram, masjidku (Masjid Nabawi di Madinah), dan Masjidil Aqsa. Solat di Masjidil Haram lebih utama daripada seratus ribu kali solat di masjid lain kecuali di Masjidil Aqsa.” (Riwayat ad-Darimi, an-Nasai’ dan Ahmad)

Telaga zamzam terletak di bahagian tenggara Kaabah dengan kedalaman 140 kaki. Telaga ini juga disebut Telaga Ismail. Pada masa Abdul Mutalib sebagai pembesar Mekah, telaga ini tertutup tanah. Beliau melakukan penggalian dan seterusnya telaga ini berada di bawah pengawasannya.

Masjid ini ditutupi dengan atap dan dilengkapi dengan menara, tiang-tiang kecil tempat lampu penerang, dan kubah-kubah kecil (152 buah). Tiang setinggi 20 kaki (sekitar 6m) dan berdiameter 1.5 kaki (sekitar 0.5m) berjumlah 589 buah. Setiap tiga tiang diselangi dengan satu tiang besar dengan ketebalan sekitar 4 kaki (sekitar 1.2m). Di bahagian utara pula terdapat satu tiang merah dan satu tiang abu-abu kemerah-merahan, manakala di bahagian timur  terdapat dua tiang abu-abu. Di bahagian loteng atau lelangit terdapat ukiran kaligrafi ayat-ayat al-Quran dan perhiasan. Pada bahagian tembok pula terdapat batu inskripsi yang bertuliskan Muhammad, Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, serta Asma ul Husna.

Masjidil Haram memiliki 19 pintu gerbang yang sering terbuka dan juga mempunyai nama-nama, antara lain: (1) Bab as-Salam (pintu salam), disunnahkan masuk ke masjid menerusi pintu ini bagi orang yang pertama kali memasukinya dan akan melakukan tawaf; (2) Bab as-Safaa (pintu Safaa), pintu keluar menuju bukit Safaa untuk melakukan sa’i; (3) Bab as-Su’ud (pintu su’ud); (4) Bab al-Umrah (pintu umrah), biasanya dimasuki oleh orang yang mengerjakan umrah ketika melakukan tawaf; dan (5) Bab Bani Syaibah (pintu Syaibah), sekarang pintu itu tidak wujud lagi kerana termasuk dalam pelan perluasan kawasan kompleks masjid itu untuk jemaah haji melakukan tawaf.

Susunan UMMU AIMAN
www.ummatanwasatan.com

Selasa, 3 Julai 2012

SUJUD YANG DILAKNATI


Cuba perhatikan lengan ketika sujud, inilah sujud yang Rasulullah SAW laknati sehingga Baginda menyebut sebagai sujud anjing malas. Jauhilah kita semua daripada melakukan solat dalam keadaan malas. Terdapat banyak solat yang menempah Api Neraka tanpa disedari. Jika yang melakukan Solat tetap menerima azab Allah SWT, apakan lagi mereka yang tidak menunaikan solat. Pasti Allah SWT tidak ingkar pada janji untuk mengazab mereka dalam api neraka. Jika kita melakukan ibadat, kita mengharap Allah SWT tidak mengingkari janjinya dengan balasan Syurga. Maka begitulah juga janji Allah SWT kepada pencinta maksiat, pasti Allah SWT tidak akan menyalahi janjinya
Rujukan:

http://myblogliefi.blogspot.com/2010/11/sujud-anjing-dalam-solat-yang-allah-swt.html

Ahad, 1 Julai 2012

Pintu Gua Uhud Ditutupi Simen Oleh WAHHABI

Wahabi simen pintu Gua Uhud
Satu demi satu usaha puak ekstrem wahhabi melukai hati umat Islam di seluruh dunia. Terbaru, usaha wahhabi di Arab Saudi menutupi pintu Gua Uhud dengan simen dan batu. Kebiadaban apa yang telah meresap ke dalam jiwa mereka.
Ini merupakan satu usaha jahat wahhabi di Arab Saudi dalam menghakis kesan-kesan peninggalan sejarah dari Junjungan Mulia Sayiduna Muhammad
صلى الله عليه وآله وسلم. Usaha berterusan dalam melemahkan ingatan umat Islam terhadap Sayiduna Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم. Semoga ALLAH melindungi kita semua.

Saya tidak faham bagaimana tergamaknya mereka memusnahkan keulungan warisan kemuliaan ini. Tidakkah wahhabi-wahhabi ini merindui dan bercita-cita untuk duduk dimana duduknya tubuh mulia Nabi Muhammad
صلى الله عليه وآله وسلم. Berhajatkan menempatkan tapak tangan, kaki mereka dimana pernah Sayiduna Muhammad وآله وسلمصلى الله عليه  letakkan. Tidakkah hati-hati keras itu dapat merasai betapa kerasnya batu-batu gua yang melindungi tubuh mulia Sayiduna Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم dari serangan tentera musyrik dalam Perang Uhud. ALLAH… betapa kelamnya hati-hati mereka ibarat ditutupi simen-simen yang dibina dari tangan-tangan hina mereka sendiri.

Apabila mendaki Gunung Uhud, tidak terasakah bagaimana perasaan Sayiduna Muhammad
صلى الله عليه وآله وسلم merasai kesedihan apabila melihatkan tentera memanah berpaling dari arahannya. ALLAHU ALLAH. Kerasukan apa yang menyentap jantung para pemuda di Saudi sehingga tergamak menodai tinggalan sejarah Nabi Muhammad  صلى الله عليه وآله وسلم . Tidakkah mereka terimbau bagaimana berlumba-lumbanya pemuda sebaya mereka merayu agar turut sama berjuang bersama Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم dalam Perang Uhud. Ayah pemuda Rafi’ bin Khudaij merayu kepada Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم Agar mengizinkan anaknya berjuang.

Tetapi belia-belia di Arab Saudi yang terjerut leher mereka dengan akidah wahhabi, tidak langsung merasai keheningan kecintaan terhadap Nabi Muhammad
صلى الله عليه وآله وسلم. Bapa-bapa di Saudi begitu tenang dengan kerosakan akhlak anak-anak muda mereka.

Tuan-Puan, Gunung Uhud menyaksikan bagaimana syahidnya bapa saudara Nabi Muhammad
صلى الله عليه وآله وسلم iaitu Sayidina Hamzah bin Abdul Muthalib.

Gunung Uhud turut menjadi saksi tubuh mulia Sayiduna Muhammad
صلى الله عليه وآله وسلم terjatuh apabila dibaling bertubi-tubi dengan batu oleh tentera musyrik ketika itu. Gigi mulia Baginda صلى الله عليه وآله وسلم bahkan tertanggal dengan kepala yang terluka, darah mengalir di wajah mulia Baginda صلى الله عليه وآله وسلم hingga membasahi wajah beliau. ALLAH…..Seraya Baginda صلى الله عليه وآله وسلم berkata dalam keadaan menahan pedih :
كيف يفلح قو م خضبو ا و جه نبيهم و هو يد عو هم إ لى ربهم

“Bagaimana mungkin suatu kaum memperolehi kejayaan, mereka mengalirkan darah di wajah Nabinya yang mengajak mereka ke jalan ALLAH” [Ibnu Hisyam, J:2]

Tuan-Puan, Uhud hari ini menyaksikan betapa kemusnahan akhlak di kalangan pemuka wahhabi. Mereka telah menyakiti Nabi Muhammad
صلى الله عليه وآله وسلم . Bahkan mereka menghalangi para pecinta Baginda dari menziarahi, merasai dan menghirup haruman syuhada Uhud. Maka tertutuplah hati mereka bagai disimen oleh tangan-tangan hina mereka. Perhatikanlah saudara mara terdekat kita agar tidak terpesong dengan keruntuhan akhlak sebegini. ALLAHU AKHBAR……
أ خف عنا يا الله

اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم

http://almukminun.blogspot.com

Sabtu, 30 Jun 2012

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu,maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. ‘BISMILLAH untukmu dan rumahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH.. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bah agi a dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19
(QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas ‘ ud berkata: ‘ Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. ‘

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ‘ Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. ‘

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Selasa, 10 Januari 2012

KEAJAIBAN ANGKA DALAM AL QURAN


SOLAT 5 KALI

DUNIA
115 KALI
AKHIRAT
115 KALI
MAAIKAT
88 KALI
SYAITAN
88 KALI
HIDUP
145 KALI
MATI
145 KALI
FAEDAH
50 KALI
KERUGIAN
50 KALI
UMMAH
50 KALI
PENYAMPAI
50 KALI
BALA / MUSIBAH
75 KALI
BERSYUKUR
75 KALI
BERSEDEKAH
73 KALI
BERPUAS HATI
73 KALI
ORANG SESAT
17 KALI
ORANG  MENINGGAL DUNIA
17 KALI
MUSLIMIN
41 KALI
JIHAD
41 KALI
EMAS
8 KALI
KEMURAHAN HIDUP
8 KALI
KEAJAIBAN
60 KALI
FITNAH
60 KALI
ZAKAT
32 KALI
BERKAT
32 KALI
MINDA
49 KALI
NUR
49 KALI
LIDAH
25 KALI
SUMPAH
25 KALI
NAFSU
8 KALI
KETAKUTAN
8 KALI
KESUSAHAN
114 KALI
KESABARAN
114 KALI
MUHAMMAD
4 KALI
SYARIAT
4 KALI
LELAKI
24 KALI
PEREMPUAN
24 KALI
BULAN
12 KALI
HARI
365 KALI
LAUTAN
32 KALI
DARATAN
32 KALI
IBLIS (PENGHULU SYAITAN)
11 KAI
MOHON BERLINDUNG DARI IBLIS
11 KALI
BERCAKAP DI KHALAYAK
18 KALI
BERDAKWAH
18 KALI

v           LAUT DAN DARAT : 32 + 13 = 45

           JUSTERU ITU PERATUSAN LAUT : 32/45 x 100 = 71.1111111 PERATUS
           PERATUSAN DARATAN : 13/45 X100 = 28.8888889 PERATUS
           JUMLAH DARATAN DAN LAUTAN = 100 %

v       KAJIAN SAINS PULA OLEH MANUSIA TELAH MEMBUKTIKAN BAHAWA AIR MELIPUTI 71.111 PERATUS DARIPADA BUMI MANAKALA TANAH MELIPUTI 28.889 PERATUS.
BEGITU KEBESARAN DAN KEAGUNGAN CIPTAAN ALLAH

AYAT-AYAT PENYEMBUH


AYAT-AYAT SYIFA ini amat bertepatan dijadikan amalan sebagai IKHTIAR PENYEMBUH PENYAKIT.

Enam ayat Al-Qur’an ini boleh dijadikan amalan sebagai ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit. Rahsia ayat ini diperolehi oleh Syeikh Abu Qasim al-Qusairi r.a. daripada Rasulullah SAW. Ayat-ayatnya ialah : (Sila rujuk Al-Qur’anuntuk ayatnya )

     




 Ø  SURAH AL-TAWBAH : 14  ” Dan (Allah) melegakan (menyembuhkan) hati orang yang beriman.”

Ø  Surah YUNUS: 57 “DAN PENYEMBUH (PENAWAR) BAGI PENYAKIT-PENYAKIT (YANG BERADA) DI DALAM DADA.”

Ø  SURAH AN-NAHL : 69“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warna, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi MANUSIA.”

Ø  SURAH AL –ISRA’ :…….Dan Kami turunkan daripada al-Qur’an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang BERIMAN.”

Ø  SURAH Syu’ara : 80: “Dan apabila aku sakit, Dia lah yang menyembuhkan aku.”

Ø  SURAH al-FUSSILAT : 44 “al-Fussilat : 44 “Katakanlah : Al-Qur’an itu ialah petunjuk dan penawar.”

Ø  SELAWAT SYIFA : : Maksudnya ” Ya Allah limpahkanlah rahmat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW yang menjadi perawat (tabib) segala hatinya dan ubatnya, yang menjadi penawar semua badan dan penyembuhnya, yang menjadi penerang segala pandangan (mata). Juga limpahkanlah rahmat kepada kaum keluarganya dan para sahabatnya SEKALIAN.”
Petikan : Ismail Kamus: INDAH HIDUP BERSYARIAT oleh Dato’Ismail Kamus.

Khamis, 10 November 2011

PENGORBANAN TIADA TANDINGAN


Ketika Rasulullah SAW berada di atas mimbar, baginda berkata, “Terdapat seorang hamba, di mana Allah memberi pilihan kepadanya, sama ada beliau ingin memilih kemewahan dunia ataupun diberi sesuatu yang ada di sisi Allah. Ternyata beliau memilih apa yang ada di sisi Allah.” Selepas itu Abu Bakar menangis dan berkata, “Aku menebus kamu dengan bapa dan ibuku.” Abu Said berkata, “Rasulullah yang dipilihnya dan Abu Bakar sendiri yang memberitahu perkara itu kepadaku.”
Hadis Abu Said r.a.

ABU BAKAR sahabat RASULULLAH sejak kecil


Rasulullah SAW berkata,”Orang yang sanggup berkorban dengan harta dan dirinya kerana  aku ialah Abu Bakar. Sekiranya aku mahu mengambil seorang kekasih, aku akan mengambil Abu Bakar sebagai kekasihku, tetapi beliau saudaraku dalam Islam. Sesungguhnya di masjid ini terdapat jendela besar dia antara dua buah rumah  untuk Abu Bakar.”

Hadis Abu Said r.a.

Rabu, 2 November 2011

Kaabah dan Magnetism: Satu Manifestasi Seni

Mekah kini

Hari ini saya telah menemui sebuah karya seni yang menakjubkan, apatah lagi yang menghasilkannya merupakan seorang doktor! Ahmed Mater yang dilahirkan di Arab Saudi telah menghasilkan sebuah kiub magnet yg dikelilingi oleh serbuk besi, dan karya seni ini telah menampakkan satu medan magnet yg berpusar, seolah-olah seperti tetamu Allah yang mengelilingi Kaabah. Karya seni ini telah dinamakan sebagai ‘Magnetism’.



Ideanya mudah, dan seperti unsur di tengah-tengahnya, mempunyai daya tarikan yang tinggi. Ahmed Mater telah mengubahsuai sebuah magnet dan menaburkan puluhan ribu zarah besi, yang membentuk awanan yang berpusar. Meskipun kita tidak pernah melaksanakannya, tentu kita pernah melihat imej Haji, kunjungan umat Islam ke kota suci Mekah pada setiap tahun. Kiub magnet hitam Ahmed merupakan model mini Kaabah yang dibalut dgn kiswah hitam, ‘Kiub’, unsur utama dalam upacara Haji. Pusaran serbuk besi tersebut mencerminkan tawaf para jemaah haji yang mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali.

Al-Bayt al-’Atiq (Rumah Purba), nama lain bagi Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu merupakan sebuah binaan yang sungguh unik. Kiub ialah bentuk blok paling asas bagi sesebuah bangunan, dan bentuk yang paling asas bagi sesuatu struktur yang dibina. Dan Kaabah (Baytullah), Rumah Tuhan Yang Maha Esa: telah dibina oleh Nabi Ibrahim, monoteis pertama, atau dalam beberapa pendapat yang lain mengatakan telah dibina oleh manusia pertama, Adam. Tapak binaannya pula mungkin lebih purba, menurut kepada sesetengah pendapat. Ahli geografi abad ketiga belas -Yaqut al-Hamawi menulis, perkara pertama yang Allah ciptakan dari bumi ini adalah tapak Kaabah. Beliau kemudiannya menjadikan bumi terbentang luas dari di bawah tempat ini. Oleh itu, ia adalah pusat bumi dan titik pertengahan dunia ini yang lebih rendah dan ibu kepada kampung-kampung. Yaqut seterusnya menjelaskan, berdasarkan autoriti para ulama terdahulu, tawaf para jemaah adalah bersamaan dengan malaikat yang mengelilingi Baytul Ma’mur, mencari keredaan-Nya. Sehingga hari ini, dan seterusnya, Kaabah menjadi tumpuan bagi mendamaikan hati dan juga memohon keampunan; berdasarkan frasa yang digunakan dalam Al-Quran, ‘tempat perehatan untuk umat manusia dan tempat yang sejahtera’.

Karya seni Mater Ahmed, walaubagaimanapun, memberikan kita lebih daripada sebuah simulasi mudah berkenaan Rumah Allah. Titik-titik pertentangan antara segi dan bulatan, lingkaran dan kiub, hitam dan putih, terang dan gelap, meletakkan unsur-unsur utama bentuk dan nada dalam keseimbangan dinamik. Dan ada lagi penentangan yang dinamik dan harmoni yang tersirat di dalam magnet dan juga ibadat haji – iaitu daya tarikan dan daya tolakan. Kaabah adalah magnet dan titik pusat: ‘hendak meninggalkan rumah, akan kembali ke rumah’, adalah antara kata-kata terakhir bagi seseorang jemaah Haji sebelum pulang. Selain itu, perkataan Arab yang bermaksud menarik, ‘jadhaba’, boleh juga kadang-kadang membawa maksud berlawanan iaitu ‘menghalau’. (seseorang pernah berkata; dalam bahasa Arab, semua perkataan adalah membawa maksudnya sendiri, perkataan sebaliknya, dan juga unta. Tentu saja kata-kata ini bukanlah untuk diambil secara literal, walaupun ada sebilangan perkataan di dalam kamus yang membuktikan kebenarannya) Apatah lagi semua pertentangan ini bukanlah sesuatu yang aneh. William Blake pernah menjelaskan, ‘Tanpa percanggahan, tidak akan ada perkembangan’. Daya tarikan dan daya tolakan… adalah perlu untuk kewujudan manusia. 
Perhatikan ulasan yang dibuat oleh seorang tokoh Tim Mackintosh-Smith:

Ahmed Mater’s magnets and that larger, Meccan lodestone of pilgrimage can also draw us to things beyond the scale of human existence, and in two directions at once – out to the macrocosmic, and in to the subatomic. In the swirl of Ahmed’s magnetized particles and the orbitings of the Mecca pilgrims are intimations of the whirl of planets, the gyre of galaxies. Hayy ibn Yaqzan, fictional brainchild of the twelfth-century Andalusian philosopher Ibn Tufayl (and perhaps both a spiritual precursor of the Mevlevi ‘whirling dervishes’ and a literary ancestor of Robinson Crusoe), made this latent link between terrestrial and celestial tawaf explicit. 

Looking skyward from the island on which he had been marooned as an infant and had grown to the age of reason, he observed the heavenly bodies – and then began to imitate their orbital motions, ‘sometimes walking or running a great many times round about his House or some Stone,’ in Simon Ockley’s translation of 1708, ‘at other times turning himself round so often that he was dizzy.’ (In a footnote Ockley, a Cambridgeshire clergyman, thought all this ‘extreamly ridiculous’; his Arabic was clearly better than his metaphysics.) And, to pursue the other, inward path, into the microcosm, might not a Hayy ibn Yaqzan born into the age of particle physics find himself equally inspired by the motion of electrons? Magnetism, gravity, attraction-repulsion are necessary not just to human existence, but to the very being of the cosmos; they are what make worlds both large and small go round. Some commentators, like the literary Elizabethan Sir John Davies, have given these forces another name, more poetic but no less apt:


Kind nature first doth cause all things to love;
Love makes them dance, and in just order move.

Love is what sets in motion the Mevlevi, whirling in his perfect white corolla of skirts, and the circling planet, and the circumambulating pilgrim, and the subatomic tawaf of the atom that makes it all possible.

Perhaps then this is the conclusion to which Ahmed Mater’s Magnetism draws us: that there is a dynamic unity running through creation; that in all things the Creator – ‘the ordainer of order and mysticall Mathematicks,’ as Dr Thomas Browne (like Dr Ahmed Mater, a creative physician-metaphysician) called Him – has set in balance the forces of pull and push and light and dark, has circled the square, and given exquisite form to inchoate matter. That, at any rate, is my conclusion, and it is why Ahmed’s works work for me; both these and the mystical anatomies of his Illuminations. Like good poetry, they speak on a modest and graspable scale of things that are too big or too small or too mysterious to comprehend with the naked mind.
And what of Ahmed Mater himself, giving a twist to the magnet: is there a touch of the demiurge in him – of the creator with a small c? Yes; and one cannot be an artist without that touch.

Look again, and you may also observe in him a touch of the majdhub – literally, ‘one who has been attracted’. Here I mean it not in the debased sense it has taken on in many Arabic dialects, that of someone who is a little mad; but in the sense in which it is used in Islamic mystical texts, that of someone who has lost his personal consciousness in the knowledge of the Oneness of God.
Another way to translate it might be, ‘magnetized by the divine’.

Tim Mackintosh-Smith
Sana’a, Yemen
Sumber : http://nazril.com

Khamis, 27 Oktober 2011

The reason why it is prescribed for Muslims to perform Hajj once in a Lifetime


Posted by  

Read Next

For if a human loves another person, he loves to serve him and that may make him happy. So what do you think about the Almighty Lord Who created us and grants us provision, and everything that we have is a blessing from Him? And His is the highest description. We owe everything to our Lord, so we must hasten to do all that He commands us to do, so that we might give back some small thanks for His great blessings. We can never thank Him enough, but by His grace Allah the Most Generous accepts our small efforts and rewards us for them greatly.
For example, Hajj or pilgrimage. If a Muslim does Hajj in the manner required by his Lord, then Allah has promised to forgive him his sins and admit him to Paradise, on condition that he does not spoil this action by committing any major action that would invalidate it and earn the anger of Allah.
One of the great mercies that Allah has bestowed upon this ummah (nation, i.e., the Muslims), is that Allah has made obedience to His commands and the commands of His Messenger (peace and blessings of Allah be upon him) subject to the condition that one be able to do them. So long as a person is able to do them, then it is obligatory for him to do what is required of him, otherwise he is not obliged to do so and he is excused. Allah says (interpretation of the meaning):
“Allaah burdens not a person beyond his scope” [al-Baqarah 2:286] – i.e.,  He does not ask him to do more than he can bear.
Concerning Hajj in particular, Allah says (interpretation of the meaning):
“And Hajj (pilgrimage to Makkah) to the House (Ka‘bah) is a duty that mankind owes to Allaah, those who can afford the expenses (for one’s conveyance, provision and residence)” [Aal ‘Imraan 3:97]
By His mercy He has enjoined this upon His slaves once in a lifetime, so that it will not be too difficult for them, but He urges those who are able to do Hajj and ‘Umrah more than once to do so. The Prophet (peace and blessings of Allah be upon him) said: “Keep on doing Hajj and ‘Umrah, for they take away poverty and sins as the bellows takes away the impurity from iron.” (Narrated by al-Nasaa’i, 2/4; this is a saheeh hadeeth as was stated by al-Albaani in al-Silsilat al-Saheehah, 1200).
This great act of worship was prescribed by Allah so that we might praise Him and glorify Him, and thank Him for His great blessings and bounty. The purpose of Tawaaf around the Ka’bah is not simply to go around these stones! No, rather the reason is that Allah has commanded us to go around it seven times and we obey Allah by going around it seven times, no more and no less; rather we do what He has commanded us and we feel that we are His slaves, humbling ourselves before Him and praising Him and thanking Him for choosing us to be His slaves out of all of mankind who worship various gods, and may even worship themselves or their own desires.
The same applies to all the rituals of Hajj, and indeed to all the acts of worship that Allah has prescribed for us. Praise be to Allah, Who has honoured us with this great religion.
Moreover, your interest in asking about the Hajj at your young age indicates that you are keen to learn and find out. We advise you to learn more about Islam and to read about it, and to find out for yourself that it is the religion that suits the natural inclinations of man. This will set you on the path towards pleasing your Almighty Lord, Who created you and Who provides for you, and Who deserves that you should worship Him alone and none other.
Perhaps you know that our prophet Muhammad (peace and blessings of Allah be upon him) told us that his fellow-Prophet ‘Eesa (Jesus – peace be upon him) will come down at the end of time and will perform pilgrimage to this House, and he will declare his belief in Allah alone (Tawheed). We believe that this will happen as the Prophet (peace and blessings of Allah be upon him) told us, just as we believe that the sun rises in the morning. The Prophet (peace and blessings of Allah be upon him) said: “By the One in Whose hand is my soul, the son of Maryam (the son of Mary, i.e. Jesus) will certainly pronounce the Talbiyah for Hajj or for ‘Umrah, or for both in the valley of Rawha.” (Narrated by Muslim, 1252). The valley of Rawha’ is a place between Makkah and Madeenah.
[Translator’s note: The Talbiyah is a prayer recited by pilgrims going to Makkah. It may be translated as follows: “Here I am at your service, O Allah, here I am. Here I am at Your Service, You have no partner, here I am. All praise and blessings are Yours, and all dominion. You have no partner.”]
We ask Allaah to open your heart to true guidance… Ameen.
Islam Q&A

AKHiRAT DIDAHULUKAN...

 قال الامام القدوة عون بن عبد الله رحمه الله: إن من كان قبلنا كانوا يجعلون لدنياهم ما فضل عن آخرتهم، وإنكم اليوم، تجعلون لآخرتكم ما فضل عن د...