Memaparkan catatan dengan label ReNUNgaN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ReNUNgaN. Papar semua catatan

Isnin, 14 Mac 2016

SEORANG GURU SUFI DITANYA TENTANG DUA KEADAAN MANUSIA



PERTAMA: Manusia rajin sekali ibadahnya, namun sombong, angkuh dan selalu merasa suci.

KEDUA: Manusia yang tak pernah beribadah, namun akhlaknya begitu mulia, rendah hati, santun, lemah lembut dan mengasihi sesama manusia.


LALU Guru Sufi menjawab KEDUA-DUANYA BAIK.

BOLEH JADI –Suatu saat si ahli ibadah yang sombong menemukan kesadaran tentang akhlaknya yang buruk dan dia bertaubat lalu ia akan menjadi peribadi yang baik lahir dan batinnya.

DAN YANG KEDUA boleh jadi dengan sifat kasihNya, Allah akan menurunkan hidayahNya, lalu ia menjadi ahli ibadah yang juga memiliki kebaikan lahir dan batin.


KEMUDIAN orang tersebut bertanya lagi, LALU siapa yang tidak baik kalau begitu?
Guru Sufi menjawab:
“YANG TIDAK BAIK ADALAH KITA, ORANG KETIGA YANG SELALU SUKA MENILAI ORANG LAIN, NAMUN LALAI DARI MENILAI DIRI SENDIRI”.

Ahad, 6 Mac 2016

TERCATATKAH NAMA KITA DALAM PENDAFTARAN MILIK ALLAH?


Gambar hiasan
Kisah seorang tukang besi berdialog dengan seorang Ustaz:
"Ustaz. Mengapa Saya merasa bosan dengan hidup saya yang begini-gini juga..! Terus hambar, tak tentu arah dan tak ada nikmatnya..! Bosan saya Ustaz! Saya ingin bahagia tapi kenapa susah sangat untuk mendapatkannya?".

Ustaz pun menjawab: "Ooooh..! Mungkin di masa ini Allah juga sedang bosan dengan tuan."

"Allah bosan dengan saya? Maksudnya bagaimana Ustaz?"

Ustaz menjelaskan: "Mungkin Allah telah mencari tuan, namun tuan tak pernah ditemui di mana-mana.
✿Dicari di antara kumpulan Solat Dhuha tak ada. Dicari di antara kumpulan Sholat Tahajjud tak ada.

✿Dicari di antara kumpulan Puasa Sunnah juga tak ada. Dicari di antara kumpulan yang sering bersedekah, juga tak bertemu.

✿Dicari di antara kumpulan Tadarrus Al-Qur'an, tuan juga tak ada di sana. Dicari di antara kumpulan orang-orang melakukan ibadah Umrah, namun niat tuan pun belum ada.

✿Dicari di antara orang-orang yang Khusyuk Sholatnya, tak ada. Dicari di majlis Maulidurrasul dan majlis Selawat tak ada. Dicari di antara yang menuntut ilmu Agama pun tak ada. ✿Allah SWT nak mencari tuan di mana? Cuba tuan beritahu!

Maka Menangislah si Tukang Besi sambil mengusap air matanya lalu BERISTIGHFAR berulang kali.
Segeralah kembali kepada Allah! Dekatkan diri mu pada Allah. Hanya Allah sahaja ZAT yang boleh mententeramkan hidup kita.

Selamat Berjuang Saudaraku.

Inn Shaa Allah... Allah! akan kurniakan Rahmat bagi Mu.



PENAWAR DALAM ISLAM:

✿ Sering Sakit = Berpuasa sunnah Rasulullah Isnin dan Khamis

✿Wajah Gelap = Solat Tahajud

✿ Hati yang Sempit = Perbanyakkan Baca Al-Quran

✿Tidak Bahagia = Solatlah Tepat Pada Waktunya

✿Cepat Marah = Berwudhu' dan Perbanyakan Istighfar

✿Gelisah= Perbanyakan Berdo'a

✿Tertekan= Perbanyakan Berzikir "LAHAULA WALAQUWWATA ILLA BILLAH"

✿Rezeki Kurang Beraqah= Sering Berdo'a Untuk Ibu Bapa

✿Hidup Miskin= Perbanyakan Bersedekah Jariah


Wallahua’lam

Ahad, 21 Februari 2016

KEHIDUPAN



Alunan Kehidupan
Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat,
Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.

Aku melihat hidup teman-temanku tak ada duka dan kepedihan,
Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.

Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian,
Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dalam kehidupannya.

Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna,
Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.

Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung,
Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung.
Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui..
Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah..
Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki
apa yang aku ada saat ini.

Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya.
Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi.

Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.
Mungkin aku tak tahu di mana rezekiku. Tapi rezekiku tahu di mana diriku berada.

Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku.
Allah menjamin rezekiku, sejak 4 bulan 10 hari aku dalam kandungan ibuku.
Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja.
Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan-Nya..

Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda..
Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.
Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.

Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya.
Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.
Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan.
Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, "Dari mana dan digunakan untuk apa"
Kerana rezeki hanyalah "hak pakai", bukan "hak milik"...
Halalnya dihisab dan haramnya diazab.
Maka, aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain.

Bila aku iri pada rezeki orang, sudah seharusnya juga iri pada takdir kematiannya.
Setiap orang tertulis rezeki masing-masing
Hanya kita sahaja
Yang kurang menilainya

Kebahagian bukan terletak kepada kekayaan
Tetapi terletak pada hati
Yang sentiasa mensyukuri-Nya

Terima kasih kepada penulis

AKHiRAT DIDAHULUKAN...

 قال الامام القدوة عون بن عبد الله رحمه الله: إن من كان قبلنا كانوا يجعلون لدنياهم ما فضل عن آخرتهم، وإنكم اليوم، تجعلون لآخرتكم ما فضل عن د...