Memaparkan catatan dengan label DARI SuDUt SaInS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DARI SuDUt SaInS. Papar semua catatan

Selasa, 18 Oktober 2011

BERSUJUDLAH...............


 
Solat merupakan perintah yang sampaikan oleh Allah secara terus kepada Nabi Muhammad SAW 
berbanding dengan perintah yang lain seperti puasa, zakat, haji dan lain-lain.



Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. 


Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah SWT yang sia-sia, malahan setiap
ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam
dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah 
Allah SWT dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling


hampir dengan Allah SWT dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Manusia paling dekat dengan Allah ketika sujud solat


DARIPADA Anas, katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sempurnakanlah sujud mu! Jangan
membentangkan dua siku seperti anjing (tidur)."

Sujud ialah meletakkan kepala di bumi. Ketika sujud, fikiran berada lebih rendah daripada hati. Ulama 
mengatakan bahawa sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah SWT.

Sebenarnya ketika seseorang manusia itu mengerjakan solat, berpuluh-puluh iblis akan datang menggoda. 
Sesetengahnya datang pada setiap anggota badan supaya datang perasaan malas, was-was, terlupa bilangan 
rakaat, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat, hilang khusyuk dengan
 mata sentiasa menjeling ke kiri ke kanan, telinga sentiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyian
 lain. Malah ada juga iblis yang duduk di belakang badan orang yang solat itu supaya ia tidak dapat sujud 
lama kerana penat atau sebagainya.

Ketika sujud kita digalakkan bertafakur beberapa ketika. Dari segi kesihatan, bersujud boleh mengelak 
penyakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari kita perlu
bersujud. Ahli sains menemui bahawa ada beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala
yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

Dalam solat, cara sujud mestilah mengikut kaedah paling sempurna iaitu turun ke bawah dengan tangan, 
meletakkan ia ke bawah sebelum lutut. Kita dilarang meniru cara unta duduk iaitu cara duduk dengan lutut 
dulu. Hendaklah jadikan tapak tangan sama aras dengan kedua bahu. Tidak meletakkan (melebarkan) lengan 
di tanah seperti anjing. Meletakkan hidung dan dahi di atas bumi. Begitu juga dengan lutut. serta perut jari 
kaki. Menegakkan kaki dengan tumit berdiri tegak selari. Semua anggota disebutkan tadi dipanggil sebagai 
anggota sujud yang menentukan sempurna atau tidaknya sujud seseorang sedang solat iaitu seperti mana 
diperintahkan Rasulullah SAW.


Hikmah sujud


Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ
 ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:
  1. membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
  2. membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
  3. melegakan sakit hernia (burut)
  4. mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  5. melegakan paru-paru daripada ketegangan.
  6. mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
  7. kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
  8. meringankan bahagian pelvis.
  9. memberi dorongan supaya mudah tidur.
  10. menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
  11. pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan 
  12. perjalanan darah yang baik.
  13. bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan 
  14. bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
  15. mengurangkan kegemukan.
  16. pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal 
  17. serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions) .
  18. organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  19. mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut 
  20. serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.



Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali 
gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan 
menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, 
menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang. Menurut kajian, 
terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak
 manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Marilah kita sama-sama mengerjakan solat dengan khusyuk dan tawadduq kerana solat ialah tiang agama
bagai orang Muslim.

Wallahua'lam

Jumaat, 8 April 2011

DENGARKANLAH AZAN ITU, IA MUNGKIN YANG TERAKHIR!

Rencana Al Islam Oktober 2010
Oleh: Norimanah Seman

Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar!
Ashhadu an la ilaha illallah, Ashhadu an la ilaha illallah !,
Ashadu anna Muhammadar Rasulullah, Ashadu anna Muhammadar Rasulullah,
Hayya’ala-s-solah, Hayya’ala-s-solah!,
Hayya’alal-falah, Hayya’alal-falah!,
Allahu Akhbar, Allahu Akhbar,
La ilahaillaallah!.

Dengarkanlah azan itu sambil pejamkan mata mu dan kunci rapat mulutmu supaya tidak ada satu perkataan yang keluar. Rasakan apa kesannya. Bukankah seruan suci itu terasa seperti terus menikam ke jantung.

Kemudian di satu sudut yang lain pula…seorang datuk memarahi cucunya tika muazin sedia melaungkan azan. Katanya,”Duduk diam, jangan cakap apa-apa masa azan.” Duduklah dua beradik menanti hingga azan berakhir. Kemudian berjemaah bersama jiran-jiran sekampung. Selesai solat datuk berpesan sekali lagi,” Ingat ya, bila azan jangan bercakap.” Kemudiaan si cucu membalas serentak,”Kenapa atuk?” Datuk menjawab ringkas,” Nanti nak mati tidak pandai mengucap.” Takutnya perasaan ketika itu apabila mendengar alasan atuk.

Soal azan dan tidak boleh bercakap berhenti di situ. Puas dicari jawapannya mengapa tidak boleh bercakap namun tidak ada yang pasti. Apa yang diberikan oleh guru-guru agama, ia sebagai tanda menghormati azan. Pesan atuk, jangan bercakap nanti tidak boleh mengucap, langsung tidak timbul.

Pencarian itu membawa AL ISLAM kepada seorang pengkaji al-Quran dan hadis dari sudut saintifik, Dr. Azhar Sarip. Melalui kajian itu juga satu terapi diperkenalkan iaitu terapi azan.


Dr. Azhar melihat azan dari sudut gelombang otak.
Hasil kajiannya memberangsangkan, kerana azan bukan sekadar seruan solat tetapi lebih dari itu. Azan member impak yang besar di dalam kehidupan manusia. Bahkan sesuatu yang cukup indah, sukar digambarkan dengan kata-kata. Jelasnya, kebanyakan orang Islam tidak perasan, azan boleh member kesan yang besar di dalam kehidupan.

“Saya mengambil azan sebagai asas di dalam kehidupan kerana permulaan manusia melihat dunia dimulakan dengan azan. Banyak peristiwa yang berlaku di sekeliling kita yang memperlihatkan azan itu satu yang ajaib dan indah. Antaranya, kisah salah seorang mangsa yang terselamat dari bencana tsunami Acheh. Mangsa itu melihat ibunya dihanyutkan air, tinggallah dia seorang diri dihanyutkan ombak besar.”

Ketika itu barulah dia teringat pesan emaknya supaya melaungkan azan jika ditimpa musibah. Lantas selesai azan dilaungkan, dia sudah terdampar di atas kapal besar yang dibawa hanyut hingga ke tengah-tengah Bandar Aceh, ujarnya.

Tambahnya lagi, “ Saya menyaksikan satu peristiwa iaitu jiran saya lemas di lombong. Setelah usaha bomba mencarinya menemui jalan buntu lalu dilaungkan azan. Mayat mangsa lemas itu timbul ke permukaan air selesai saja azan. Dari situ saya melihat azan ini adalah suatu yang luar biasa.” Ceritanya.

KENAPA BAYI BARU LAHIR DIAZANKAN?
Bila menyentuh soal azan kebanyakan orang hanya tahu dua perkara iaitu azan adalah seruan penanda masuk waktu solat dan untuk bayi baru lahir. Kenapa bayi baru lahir harus diazankan? Mungkin ada yang menjawab kerana nabi buat begitu, maka ia disunatkan.

Kajian Dr. Azhar bermula dari titik ketika seorang manusia dilahirkan ke dunia iaitu bayi. Azan adalah usaha bapa untuk memasukkan pesanan tentang keagungan Allah terus kepada gelombang bawah sedar atau minda bawah sedar bayi itu. Tujuannya,supaya bayi itu nanti faham apa saja di dalam hidup ini akan kembali kepada kebesaran Allah kemudian kalimah syahadat pula menyatakan kesaksian bahawa Allah itu Esa.


Tambah Dr. Azhar, azan adalah formula besar di dalam hidup. Apabila terdengar laungan ALLAHU AKHBAR ALLAHU AKHBAR! Ia satu kaedah untuk manusia merasai kebesaran Allah dan merasa Allah itu wujud. Di dalam azan itu terletaknya asas sifat 20. Meletakkan rasa cinta dan sayang kepada Allah. Manakala Syahadah, kesaksian kepada Tuhan yang Esa dan Rasulullah pesuruh Allah. Pengertiannya, apabila berpegang kepada sunnahnya maka akan selamat dunia dan akhirat.

“ Kemudian kita melihat Hayya’alassolah, disambut oleh orang yang mendengar azan “ La haula wala quwwata illa billah”. Yang bermaksud “ tiada daya dan kekuatan kecuali daripada Allah”. Perkataan “ala-s-solah”, maksud ‘al’ adalah the iaitu definite atau ditentukan. Maknanya bila solat, kita harus solat dalam gelombang otak yang tertentu.

Solat kita mesti berada di dalam gelombang theta iaitu gelombang rendah. Begitu juga azan berada di dalam gelombang theta. Gelombang yang rendah , tenang dan zon makbul doa. Sebab itulah apabila azan, dikehendaki diam kerana ketika itulah makbul doa. JANGAN lepaskan peluang untuk meminta dari Allah ketika itu kerana itu lebih baik daripada bercakap kosong ketika azan,” jelasnya.

AZAN STABILKAN GELOMBANG DUNIA
DR. AZHAR menjelaskan, azan yang dilaungkan muazin bukan sekadar untuk menyeru solat tetapi bertindak sebagai penstabil gelombang dunia. Gelombang azan rendah, sedangkan gelombang dunia tinggi. JADI AZAN YANG MENSTABILKANNYA balik supaya dunia menjadi tempat yang selesa untuk dihuni. Andainya suatu hari nanti sudah tidak ada lagi azan dilaungkan, maka gelombang dunia ini akan menjadi semakin tinggi dan macam-macam akan berlaku.

Suatu masa dulu, kajian yang dilakukan mendapati, semua pokok dan alam ini berada pada tahap gelombang alpha. Sebab itu apabila berada di kawasan yang di kelilingi pokok kita akan merasa tenang.
Sekarang keadaan telah berubah apabila pokok-pokok sudah ditebang dan binatang banyak yang pupus menyebabkan manusia berada di dalam gelombang stress. Sebab itulah setiap hari banyak orang yang stress.

Menurutnya lagi, secara asasnya manusia mengeluarkan empat gelombang tanpa gagal setiap hari iaitu gelombang beta, alpha, theta dan delta. Sekarang ini keadaan sudah berubah. Dianggarkan hampir 90 peratus populasi di dunia berada di dalam gelombang beta. Gelombang yang stress, buntu dan segala perkara yang negatif.

Semua perkara ini berlaku kerana orang Islam tidak pernah faham. Allah menyayangi hambaNya. Melalui azan Allah kirimkan rasa sayangnya kerana azan itu terletak di dalam gelombang theta iaitu gelombang makbul doa dan zon ketenangan.

ATURANNYA BEGINI,……………………………………………..
semua manusia berada di dalam gelombang beta iaitu gelombang yang tinggi.
Kemudian apabila masuk saja waktu solat, kita mengambil wuduk masa itu gelombang akan turun ke alpha.

KEMUDIAN APABILA AZAN,………………………………………
gelombang it terus turun kepada gelombang theta. Sebab itulah kita digalakkan solat tepat pada waktunya sewaktu gelombang theta supaya lebih khusyuk.

“Ketika azan juga dikehendaki supaya jangan bercakap, sebaliknya menghayati. Semua itu ada sebabnya. Ia ada kaitan dengan gelombang theta. Sebabnya ketika badan berada di dalam gelombang theta tiga hormon penting iaitu melatonin, endrofin dan serotonin akan dirangsang keluar. Hormon inilah yang mempengaruhi tahap kesihatan mental dan fizikal manusia,” jelasnya.

AZAN TANDA SAYANG ALLAH
Setelah memahami kedudukan azan dari sudut sains, barulah solat akan menjadi lebih khusyuk. Setiap orang mula faham, melakukan solat adalah kerana rasa cinta kepada Allah dan bukan kerana terpaksa.

Menurut Dr. Azhar, Allah terlalu sayangkan hambaNya dan diberi peluang setiap orang menikmati gelombang theta bukan saja pada azan tetapi pada waktu subuh, dhuha dan asar. Itulah zon makbul doa. Kemudian Allah berikan kepada orang Islam untuk duduk selama sebulan di dalam gelombang theta, iaitu pada bulan Ramadan. Sebab itulah orang yang berdoa ketika ia berpuasa, akan dimakbulkan doanya selain dari sudut kesihatannya, memang sudah dibuktikan manfaatnya.

“Azan adalah penyelesai banyak masalah dari penyakit luaran hinggalah rohani dan ketika menghadapi musibah. Sebab itu di dalam Islam apabila ditimpa musibah dianjurkan untuk ucapkan INNALILLAH….iaitu kembali kepada Allah ataupun azan. Ini kerana gelombang rendah mempunyai tenaga yang paling kuat. Orang yang sedang buntu fikirannya akan merasa tenang dan kuat jiwanya untuk menyelesaikan masalah.

Azan itu merangsang otak kanan dan menguatkan jiwa.

“ALLAH tidak berikan sesuatu itu termasuk azan dengan sia-sia atau memusnahkan kita. Ada hikmah di sebaliknya yang perlu dikaji dan ambil berat untuk kesejahteraan hidup dunia dan akhirat,” katanya.


SOLAT PADA GELOMBANG THETA
Berbalik semula pada solat yang seharusnya terletak di dalam gelombang theta.
HASIL KAJIAN yang dilakukan mendapati bahawa solat yang berada pada tahap gelombang theta akan menyebabkan TIGA PERKARA. Menurut Dr. Azhar, perkara PERTAMA yang berlaku ialah hormon MELATONIM akan dibebaskan. Hormon itu adalah pengawal segala pengawal atau bertindak sebagai pengawal trafik. Tugasnya mengawal semua benda di dalam badan seperti tidur, mengawal tekanan dan mengoksidasikan radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel badan.

“Secara mudahnya begini. Jika anda kena kanser, itu bermakna ‘pegawai trafik’ tidak pandai mengawal lalu lintas, menyebabkan sel berlanggar sesama sendiri. Melatonim tidak mampu lagi mengawal sel. Sebab itulah apabila orang yang menghidap kanser tahap satu dan dua saya akan suruh mereka amalkan azan dahulu kerana ia akan menurunkan gelombang otak supaya melatonim boleh dikeluarkan.”

Yang KEDUA, ENDROFIN, iaitu morfin semula jadi manusia. Perhatikan pesakit di hospital, jika bertindak ganas, gelisah, kelam kabut dan sakit doktor hanya suntikkan morfin supaya kita tenang dan tidur. Tapi sebenarnya kita sudah ada morfin semula jadi yang dikeluarkan dari otak.

Soalnya kenapa kita tidak boleh keluarkan morfin itu supaya kita jadi tenang?
Kerana solat kita selalu di dalam keadaan lalai dan mengambil mudah soal azan.”


“AKHIR sekali SEROTONIM atau AGEN CERIA.
Jika tidak cukup hormon ini di dalam badan, akan jadi murung, dan boleh membunuh diri. Untuk mengawal rembesan hormon itu, juga boleh dilakukan dengan solat dan azan pada tahap khusyuk.” Jelasnya.
Sambungnya lagi, yang menjadi masalah, semua hormon itu tidak seimbang di dalam badan. Itulah yang menimbulkan pelbagai masalah di dalam hidup termasuk penyakit dan perasaan negatif.

SEBENARNYA ALLAH TELAH BERIKAN CARA UNTUK MENGAWAL SEMUA HORMON DI DALAM BADAN IAITU DENGAN CARA SOLAT DAN PENGHAYATAN AZAN.

Dr.Azhar menyatakan bahawa kebanyakan orang sekarang mendirikan solat di dalam gelombang beta, iaitu melakukanya di dalam keadaan kelam kabut dan lalai. Badan yang berada di dalam gelombang beta iaitu gelombang tinggi, akan menyebabkan stress, tertekan dan kelam kabut.

“HANYA DENGAN SOLAT DAN AZAN SAJA GELOMBANG ITU BOLEH DITURUNKAN KE TAHAP THETA SECARA SEMULA JADI
.”

wallaualam

KISAH KAROMAH SYEIKH NAWAWI

Kisah Syeikh Nawawi Diarak Keliling Ka`Bah Kemasyhuran dan nama besar Syeikh Nawawi al-Bantani kiranya sudah tidak perlu diragukan lagi. Mel...